Gula naik tiada laporan pesakit diabetes berkurang
Salmiyah Harun, | 29 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen
sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes
adalah alasan yang tidak munasabah.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang
sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing
manis berkurangan.
Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.
"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.
Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.
"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.
Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.
Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.
"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.
Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.
"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya.
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.
Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.
Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.
Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.
Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.
Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.
Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.
Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.
“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.
“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.
Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.

Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz
Rizal Tahir, | 29 Sep 2012 |

Bajet 2013 tidak mesra pekebun getah
Khairil Abdul Rahim, | 29 Sep 2012 |
TEMERLOH: Pekebun
kecil getah kecewa nasib mereka tidak dibela malah tidak disebut
langsung dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak semalam.
Seorang pekebun, Ahmad Mat Yaman (gambar) berkata, nasib golongan mereka pada masa ini perlu diambil perhatian kerana harga komoditi itu dalam keadaan rendah antara RM2 ke RM3 sekilogram dan sudah berlarutan beberapa bulan.
Katanya, hasil itu pula lazimnya dibahagi dua antara pemilik kebun dan penoreh menyebabkan pendapatan harian semakin kecil tidak berpadanan dengan kos kehidupan pada masa ini.
Tambahnya, kerajaan perlu membela nasib mereka yang pendapatan mereka bergantung kepada hasil getah kerana kenaikan harga barang keperluan serta kedatangan musim hujan atau tengkujuh yang mana pada musim tersebut mereka tidak boleh menoreh.
“Malangnya dalam bajet semalam tidak disebutkan langsung usaha kerajaan untuk membantu nasib pekebun getah seperti subsidi atau berusaha mengawal harga getah bagi pekebun kecil seperti kami, yang bergantung sumber pendapatan dengannya”.
“Jika keadaan berterusan begini dan kerajaan tidak berbuat sesuatu, pendapatan akan terus merosot dan kami akan mengalami kesulitan terutama menjelang waktu penggal persekolahan baru tahun depan,” katanya.
Semalam Najib membentangkan Bajet 2013 yang dianggap ramai pihak sebagai ‘bajet pilihan raya’. Dalam belanjawan tersebut kerajaan telah mengumumkan insentif kepada nelayan, penanam padi dan penanam sawit tetapi tidak langsung disebutkan tentang nasib dan kebajikan pekebun kecil getah.
Ahmad yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, meminta kerajaan melakukan sesuatu demi untuk menyelamatkan mereka yang terbabit dengan industri getah.
Katanya, pemimpin kerajaan selalu berkata rakyat sepatutnya sama-sama senang dan sama-sama susah dengan kerajaan terutama apabila menaikkan harga minyak.
“Justeru itu apabila harga getah pada tahap rendah pada masa ini dan pekebun kecil mengalami kesulitan, kerajaan juga sepatutnya sama-sama susah dengan rakyat. Saya percaya kerajaan mempunyai beberapa alternatif seperti membeli getah sebagai stok pengimbal bagi mengawal harga”.
“Kerajaan juga boleh mewujudkan subsidi harga kepada pekebun atau membuat tambatan harga getah RM5 sekilo. Ini pernah dilakukan kerajaan dulu iaitu menambat harga dolar Amerika ketika gawat tahun 1997 dulu.
“Sebab jika tidak, kebanyakan pekebun akan terjerumus ke lembah kemiskinan kerana harga barang keperluan telah melambung sejak sekian lama dan tidak pernah turun”, katanya.
Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya melihat permasalahan ini dengan serius kerana jika terus dibiarkan kadar pengangguran akan meningkat semula di tanah-tanah rancangan Felda dan di kampung-kampung.
“Bila pengangguran meningkat sudah pasti gejala sosial seperti kecurian akan terus menjadi-jadi. Sebab itu saya katakan perkara ini serius tetapi kerajaan BN terlepas pandang sehingga terus membiarkan nasib kami,” katanya.
Beberapa bulan dahulu, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang agak tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah melebihi RM5 sekilo.
Ketika itu orang kampung yang mana harta dan mata pencarian mereka hanya bergantung kepada pertanian itu, bolehlah dikatakan menarik nafas lega. Sehinggakan penoreh getah tidak lagi dianggap ‘pekerja kelas dua’ kerana sedikit demi sedikit mereka boleh mengumpul harta termasuk mencantikkan rumah dan bermotokar.
Pernah satu ketika, anak-anak muda yang bekerja kilang di bandar-bandar besar rela pulang ke kampung untuk mengusahakan kebun-kebun getah orang tua masing-masing kerana pendapatannya tinggi dan kerjanya senang.
Bagaimana pun sejak beberapa bulan kebelakangan ini fenomena mulai berubah dengan penurunan harga komoditi itu dan berlanjutan dengan lama. Keadaan ini memberi kesan besar kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut.
Lebih mencemaskan, harga komoditi itu dikatakan akan terus menjunam sehingga bakal menyulitkan mereka jika tidak ditangani kerajaan.

PAS Perak dakwa wujud kepincangan Kisdar
Muhammad Faeez Azahar, | 29 Sep 2012 |
IPOH:
PAS Perak menerusi Jawatankuasa Strategik dan Isu mendedahkan
kepincangan yang kritikal mengenai pengurusan Kolej Islam Darul Ridzuan
(Kisdar).
Jurucakapnya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, akibat berlakunya kepincangan itu, status sijil graduan dan transkrip kolej tersebut dikatakan diragui dan dipertikaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Dikatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertikaikan status sijil ini kerana berlakunya satu pengurusan yang telah melanggar Warta Kerajaan Negeri,” katanya.
Menurutnya, punca utama permasalahan ini ialah kegelojohan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang tergesa-gesa membuat pindaan ke atas enakmen asal bermula pada tahun 2009 melalui 3 persidangan Dun Perak ketika krisis peralihan kuasa berlaku.
Namun katanya, pindaan tersebut tidak pernah mendapat persetujuan dua pertiga majoriti daripada perwakilan sehinggalah ke hari ini dan dikatakan masih tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak.
Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, dengan adanya beberapa enakmen iaitu Enakmen asal 2002, Enakmen Pindaan 2009 dan Enakmen Pembubaran 2011 kepada enakmen asal Kisdar memperlihatkan kegagalan dan konflik telah berlaku di Kisdar.
“Ianya menjadi satu rungutan, keresahan, kesangsian dan menjadi satu tanda tanya kepada pelajar-pelajar kolej itu dan para ibu bapa mereka, apabila sijil-sijil kolej itu sekarang ini sudah diragui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Mengikut enakmen asal, setiap sijil perlu ditandatangani oleh Rektor dan Ketua Pendaftar namun sejak peralihan kerajaan oleh BN pada tahun 2009, penandatangan yang kedua iaitu Ketua Pendaftar telah ditukar kepada Setiausaha Senat.
“Ini telah berlanggaran dengan enakmen asal sebagaimana yang tertulis didalamnya bahawa perlu ditandatangani oleh Pendaftar Kolej,” ujar beliau lagi.
Raja Ahmad menjelaskan, apabila Enakmen Pindaan 2009 dan Enakmen Pembubaran yang masing-masing belum lagi disahkan dan diwartakan, maka ini bermaksud segala peraturan perlulah berasaskan kepada enakmen yang asal iaitu enakmen 2000.
Ujar beliau, semua item-item sijil dan kewangan dan juga perjalanan gerak kerja kolej mestilah mendapat kelulusan dan ditandatangani oleh Ketua Pendaftar serta Rektor.
“Tetapi sekarang ini dilihat semua sijil-sijil dan cek-cek ditandangani oleh Setiausaha Senat yang juga merupakan Timbalan Rektor, Pentadbiran dan Kewangan.
“Ini bermakna pentadbiran Kisdar ini telah bertentangan dengan enakmen asal dan secara umumnya melanggari perlembagaan negeri dimana Sultan Perak sebagai Ketua Negeri,” tegas beliau.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu berkata, dari segi undang-undang yang ada, semua aktiviti yang dijalankan sejak 2009 hingga kini adalah dianggap tidak sah.
Ini kerana katanya, Enakmen Pembubaran bagi memansuhkan kewujudan Kisdar dan ditukarkan kepada kewujudan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah yang masih belum disahkan lagi namun ianya telah bergerak atas nama tersebut.
“Sekiranya perkara ini benar, ianya amat memalukan kerana iIni merupakan satu kesalahan yang sangat besar dan memalukan kerana sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Perak, tidak mematuhi peraturan enakmen kerajaan sendiri,” jelasnya lagi.
Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah
menyebutkan, "Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana
dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal
itu." (HR. Bukhari)
Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."
"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." (HR. Bukhari).
Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.
Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, "Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain."
Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).
Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak. Sumber republika.co.id
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyeru semua pihak yang prihatin kepada rakyat tertindas agar berhimpun beramai-ramai dalam Himpunan Hijau Kekalkan Pengerang Lestari di Dataran Sungai Rengit, Pengerang esok.
"Himpunan demi kesejahteraan alam sekitar dan lebih dari itu demi membela nasib penduduk yang tertindas akibat pengambilan tanah untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) itu akan bermula pukul 10.00 pagi.
"Saya sendiri akan berada di sana bersama-sama para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) serta NGO lain yang sama-sama prihatin," katanya.
Menurut Salahuddin, tiga tuntutan utama Himpunan Hijau Kekalkan Pengerang Lestari itu ialah, pertama, menentang pengambilan 22,500 ekar dari penduduk Pengerang sedangkan projek Rapid hanya memerlukan 6,424 ekar tanah sahaja.
"Kedua, membela nasib kira-kira seribu nelayan dan petani yang diancam sumber mata pencarian mereka sedangkan pampasan yang diberi tidak mungkin dapat menyara kos kehidupan mereka dalam jangka panjang," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Ketiga, katanya lagi, mempertegaskan bantahan dan keprihatinan terhadap kesan projek berkenaan ke atas alam sekitar.
Salahuddin menyeru semua pihak yang hadir agar membawa bendera Malaysia atau Johor dan mematuhi arahan mengenai meletak kenderaan dan memberi kerjasama kepada mereka yang bertugas di tempat letak kereta.
"Sila hubungi segera aktivis-aktivis Himpunan Hijau yang anda kenali jika anda disekat dari memasuki kawasan perhimpunan.
"Jika anda ditangkap, serta merta hubungi peguam anda atau Johor Bar Committee Legal Aid, 019-7467333 atau 016-7031967 (Encik Kuna)," katanya.
Salahuddin juga meminta semua yang berhimpun agar membersihkan kawasan perhimpunan selepas perhimpunan tersebut berlangsung.
Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara.
MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara.
Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan.
Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama.
Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion.
Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013.
Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK.
Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan :
MP Gombak Azmin Ali “Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan.
“Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh.
“Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange.
MP Bagan Lim Guan Eng
“Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini.
“Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni.
“Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni.
” MP Kepong Dr Tan Seng Giaw
“Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu.
“Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan.
“Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK.
“Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang.
Yang penting kerajaan perlu atasi defisit.
” MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar
“Belanjawan yang diumumkan hari ini tidak menjelaskan sumber-sumber pertumbuhan pada masa akan datang.
“Bayangkan cukai peribadi personal income tax diturunkan satu peratus jadi saya tertanya-tanya kritikan sebelum ini mengatakan tidak ada sumber pertumbuhan yang dikemukakan oleh Pakatan.
“Kenapa hari ini terlalu bersifat budaya amat memperlihat pembelian undi dan juga tidak benar-benar cuba menyelesaikan masalah struktur ekonomi Malaysia?
Ulasan GB
GB terbaca dari wall fb:
Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion
Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak perlu bimbang. Kita baru 53 percent. Threshold 55 percent. Bagus pny menteri)
Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
September 2012 (terkini): RM476.68 bilion.
sumber: Bank Negara Malaysia
Bajet 2013 : RM 502 Billion
clap clap clap....

Hikmah larangan bernafas ketika minum
http://detikislam.blogspot.com, | 29 Sep 2012 |

Himpunan Pengerang Lestari bela penduduk tertindas
Abdul Aziz Mustafa, | 29 Sep 2012 |

Hutang negara semakin bengkak menjadi RM502 billion
http://greenboc.blogspot.com, | 29 Sep 2012 |
Belanjawan Bingai: Hutang Negara Semakin Bengkak Menjadi RM502 Billion

Bajet 2013 tidak dapat selesai hutang negara
KUALA LUMPUR: Bajet 2013 didakwa memberi tumpuan yang lebih kepada golongan sasar untuk menarik undi mereka pada Pilihan raya Umum ke-13.
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr.Mujahid Yusof Rawa berkata, pemberian one off kepada golongan belia, nelayan, petani dan pesara tentera menunjukkan kerajaan sedang menawan hati golongan itu.
"Apa yang kerajaan beri dalam bentuk one off kepada golongan 21 tahun ke atas seperti rebat pembelian smartphone, pelajar sekolah dapat RM100 baucer, RM250 baucer buku kepada pelajar IPT, ini semua sasaran kerajaan dalam pilihan raya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, petang tadi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tiada sesuatu yang baru dalam Bajet 2013 selain tidak menyelesaikan masalah bebanan hidup rakyat.
"Semua ini tidak menyelesaikan bebanan hidup. Kita mahu kalau boleh ada isu harga minyak tapi tak ditekankan.
"Saya menganggap bajet ini berada dalam kerangka lama, tidak ada sesuatu yang baru dan bajet pilihan raya kerana semuanya akan diberi pada 2013.
Selain itu katanya, masalah hutang negara juga tidak dapat diselesaikan jika kerajaan terus mengamalkan pemberian one off.
"Masalah hutang negara tidak digarap dan meningkap 10.1 peratus dalam laporan ekonomi iaitu hutang dalaman RM484.8 bilion berbanding dahulu iaitu lebih kurang RM430 bilion," katanya.
“Jadi saya bimbang kalau pun Pakatan berjaya meneraju pemerintahan kita akan mewarisi ekonomi yang bankrup.” -selangorku
Ulasan GB
GB terbaca dari wall fb:
Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion
Hutang Malaysia 2011 : RM421 bilion (Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak perlu bimbang. Kita baru 53 percent. Threshold 55 percent. Bagus pny menteri)
Jun 2012 : RM470.76 Bilion (Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
September 2012 (terkini): RM476.68 bilion.
sumber: Bank Negara Malaysia
Bajet 2013 : RM 502 Billion
clap clap clap....
Bajet 2013 tidak bawa manusia takwa kepada Allah
Rizal Tahir, | 29 Sep 2012 |
KOTA BHARU: Menteri
Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan
Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada
sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah.
Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.
Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.
Tuan Guru seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada Allah.
“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.
“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.
Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.
Beliau turut mengambil contoh sejarah Rasulullah s.a w bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.
Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.
“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram.

Bajet 2013 gagal selesai masalah ekonomi negara
Anis Nazri, | 29 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Pimpinan
Pakatan Rakyat melahirkan kekecewaan ke atas bajet 2013 yang
dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Selain menyifatkan ia sebagai bajet pilihan raya, bajet itu juga dilihat gagal menyelesaikan beberapa masalah berkaitan ekonomi negara.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata antara masalah penswastaan yang membebankan rakyat tidak diutamakan dalam bajet itu.
"Umpamanya harga tol yang sepatutnya boleh dibincangkan untuk dikurangkan, yang mana dengan pengurangan ini ertinya kos beban rakyat dapat dikurangkan," tegas beliau sejurus selesai pembentangan bajet, semalam.
Tambah Khalid, yang juga Menteri Besar Selangor, bajet ini juga tidak menunjukkan bagaimana kerajaan akan mengurangkan kos pentadbiran, yang mana dengan pengurangan kos pentadbiran ini sekaligus ia mampu mengurangkan defisit 'bajeting' yang dihadapi sekarang.
Bajet ini juga, kata beliau perlu ditunjukkan bagaimana kerajaan dapat memberitahu rakyat dalam usaha untuk melakukan pembangunan, kerajaan juga mesti menunjukkan penjimatan kerajaan, dan dalam masa sama penjimatan itu dapat disalurkan bagi mengurangkan beban rakyat.
"Jadi bagi saya bajet kali ini berfokus hanya untuk memberikan pandangan kepada rakyat bahawa kewangan negara dalam keadaan baik, tapi perlu juga diingatkan rakyat bahawa keadaan ekonomi dunia tidak sebaik apa yang berlaku paa 2010," tegas beliau.
Sementara itu, ahli parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa, bajet ini perlu diperhalusi dari sudut pelaksanaannya kelak.
Walaupun banyak tawaran kepada rakyat yang boleh diambil manfaat, umpamanya insentif terhadap industri kecil dan sederhana (IKS), beliau mempersoalkan bagaimana pelaksanaan insentif-insentif tersebut dilakukan.
"Jika dilihat, banyak insentif itu diberikan tahun hadapan. Jadi, kita hendak tahu bagaimana ia dilaksanakan sebab ia terlalu hampir dengan pilihan raya," tegas beliau selain menyifatkan bajet ini sebagai usaha untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Bajet 2013: Bajet panik, bajet selamat tinggal
Abdul Aziz Mustafa, | 29 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR:
Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak adalah belanjawan panik yang takut kepada kebangkitan rakyat,
kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Tetapi, katanya lagi, apa pun yang diumum dan diberikan oleh Najib dalam belanjawan itu tidak akan dapat membendung kemaraan gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Belanjawan tersebut adalah belanjawan selamat tinggal dari Najib sama ada sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan," kata Mahfuz.
Beliau berkata, sama ada BN kalah atau menang dalam pilihan raya umum akan datang, inilah penggal terakhir bagi Najib dalam kabinet.
"Kalau dengan segala tipu dayanya BN menang sekalipun dalam pilihan raya akan datang, ia dijangka lebih tipis dari kemenangannya pada tahun 2008.
"Akibatnya, Najib akan dihambat seperti Umno hambat Pak Lah (Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi) setelah beliau gagal mendapatkan majoriti dua pertiga untuk BN dalam pilihan raya 2008 lalu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Bagi Mahfuz, belanjawan tersebut bagaikan wasiat Najib dalam pembahagian harta.
"Berbilion-bilion diwasiatkan untuk anak-anak kesayangan atau kroni-kroni Umno yang pakar membodek dan mengampu.
"Anak-anak yang tak mahu atau tak pandai membodek dan mengampu pula, dapatlah sagu hati RM1,000, RM250, RM200 atau RM7.80," katanya.
Tumpuan belanjawan panik Najib itu, kata Mahfuz, adalah untuk menggula-gulakan rakyat supaya memberi peluang kepada Umno BN sekali lagi.
Namun begitu, katanya, masih terdapat unsur ketirisan dan hendak mengkayakan kroni.
"Walaupun hendak menggula-gulakan rakyat supaya terus menyokong Umno BN, tetapi belanjawan itu bukan untuk rakyat," katanya.
Belanjawan yang tidak pro-rakyat itu, kata Mahfuz, tidak mempedulikan masalah fundamental dalam ekonomi negara seperti penghapusan rasuah, salah urus dan percanggahan yang besar antara perancangan dan perlaksanaan.
"Belanjawan itu juga mengetepikan soal akauntabiliti," katanya.
Beliau juga menyifatkan belanjawan itu kosong dengan pendekatan yang menarik perhatian untuk meningkatkan ekonomi.
"Tidak ada perkara baru seperti perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diumumkan oleh (Tun) Dr Mahathir dulu.
"Belanjawan Najib tidak ada daya penarik. Orang Putih kata tak ada 'wow factor'," katanya.
Mahfuz juga menyifatkan belanjawan itu tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.
"Kita baca berita tentang belanjawan Perancis yang dipanggil 'combat budget' dengan memberikan tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam," kata beliau.
Sebaliknya, kata Mahfuz, belanjwan Najib tidak memberi tumpuan kepada hutang negara yang telah mencecah RM476 bilion.
"Kerajaan Umno BN juga masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara," katanya lagi..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan