Ribuan berarak ke kedutaan AS bantah filem anti-Islam
GALERI FOTO
Ribuan umat Islam dari Umno dan PAS berhimpun di Kuala Lumpur hari ini kerana membantah filem Innocence of Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mencetuskan demonstrasi anti Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia.
Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub mengetuai demonstrasi 'Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW' anjuran Pemuda PAS selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, sebelum kira-kira 5,000 orang berarak ke kedutaan AS dekat situ.
Sementara itu, protes anjuran Umno pula diketuai oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang berlangsung di Masjid Kampung Baru disertai kira-kira 3,000 orang.
Kedua-dua protes tersebut turut disokong oleh pertubuhan Islam dan pelbagai NGO.
Dalam perhimpunan anjuran Pemuda PAS, peserta berarak ke kedutaan Amerika Syarikat dengan melaungkan "Hidup Islam", "Hancur Israel", dan "Hancur Amerika", bertakbir dan berselawat berulang-ulang kali.
Beberapa peserta juga bertindak membakar kain rentang memaparkan bendera Amerika dan logo Bintang David yang menjadi lambang negara Israel sebelum dipadamkan Unit Amal yang berkawal.
Mereka turut merentang pelbagai kain pemidang dan mengangkat poster yang mengutuk filem itu serta memuji baginda SAW.
'Obama perlu bertanggungjawab'
Turut bersama beberapa pimpinan pembangkang dan NGO seperti Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar serta Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia Mohd Azmi Hamid.
Dalam ucapannya, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mendesak Presiden AS Barrack Obama bertanggungjawab atas penerbitan dan penyiaran filem itu dan mendesaknya memohon maaf.
"Barrack Obama perlu bertanggungjawab minta maaf seluruh dunia.... Kami akan pertahan Nabi Muhammad SAW dengan apa cara sekalipun," katanya.
Sementara Tian pula berkata kehadiran beliau bersama dengan umat Islam bertujuan menyatakan pendirian jelas tidak membenarkan sesiapa pun menghina agama lain, termasuk Islam.
Delegasi enam orang diketuai Salahudin kemudiannya menyerahkan memorandum Pemuda PAS kepada kedutaan AS kira-kira jam 3 petang, yang antara lain mendesak negara itu bertegas terhadap Nakoula Basseley yang dipercayai penerbitnya.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam sidang media menyatakan kekesalannya terhadap kedutaan apabila hanya menghantar ketua keselamatan menerima menerima memorandum mereka.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata pihaknya berpuas hati dengan perhimpunan hari ini yang berjalan baik, mengikut peraturan dan tiada insiden tidak diingini.
Pemuda Umno ambil kesempatan kritik DAP
Bagaimanapun,dalam perhimpunan anjuran Pemuda Umno, ketuanya Khairy mengambil pendekatan berbeza apabila turut mengambil peluang mengkritik pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham yang didakwa mempertikai bantahan umat Islam dalam isu itu.
Khairy yang juga Ketua Pemuda BN malahmenggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana mendakwa DAP tidak menunjukkan perpaduan dalam membantah filem Innocence of Islam itu.
"Bagaimanapun, (MP Beruas Datuk) Ngeh Koo Ham berkata ini (protes) buang masa," katanya.
Berbeza dengan Pakatan, kata Khairy, perhimpunan mereka turut disertai pelbagai kaum dari MCA dan MIC yang menyatakan kebersamaan dalam bantahan itu.
"Kami akan lakukan perkara yang sama jika ini berlaku kepada agama lain," katanya.
Ngeh semalam memohon maaf atas kenyataannya di Twitter sebelum ini.
"Ia cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.
"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.
Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru.

Dana asing: 'BN lihat puaka yang tak wujud'
Serangan
serentak kerajaan menggunakan media perdana yang mendakwa berlaku
penjajahan bentuk baru NGO prodemokrasi melalui tajaan dana di negara
ini terang-terangan hanya kes "paranoia", kata PKR Sarawak."Ia cubaan terdesak BN untuk memperkecilkan perniagaan yang sah, masyarakat sivil dan organisasi dengan sindiran tak langsung, bahawa Malaysia secara rahsia dilemahkan oleh negara asing, bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menunjukkan bagaimana BN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan di peringkat antarabangsa.
"Taktik momokan ini sebenarnya hanya menunjukkan ketakutan BN sendiri terhadap demokrasi sebenar dan lebih penting lagi mereka melihat puaka yang tidak wujud," kata Ketua PKR Sarawak Baru Bian dalam kenyataan semalam.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan akhbar berkaitan Umno Berita Harian dan New Straits Times semalam melaporkan di muka depan NGO berpangkalan di Amerika Syarikat National Endowment for Democracy (NED) dan badan lain di peringkat antarabangsa mendanai NGO di Malaysia.
Laporan sama juga ditayangkan dalam waktu perdana TV3 semalam yang menyifatkan perkara itu sebagai penjajahan bentuk baru.
Zunar: Lawan filem dengan filem
Berdemonstrasi sahaja tidak akan menghalang penerbitan filem anti-Islam seperti Innocence of Muslim pada masa akan datang, sebaliknya pengkarya Islam mesti "melawan seni dengan seni", kata kartunis terkenal Zunar.
Beliau atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque berkata, karya-karya seni lain yang mempersenda Nabi Muhammad akan terus dihasilkan oleh orang Barat yang tidak peka dan tidak tertakluk kepada peraturan Islam.
"Bagi orang Islam, berdemo dan protes tidak akan menghalang penerbitan karya-karya seperti ini malah akan terus menggalakkan penerbitannya," katanya.
"Saya menyeru penerbit/pengarah filem/kartunis dan karyawan Islam lain untuk berlawan 'seni dengan seni' dengan banyak menghasilkan karya-karya tentang Nabi Muhammad dari persepktif Islam sekali gus menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat."
Dalam kenyataannya dari Seoul, Korea, Zunar berkata, beliau kesal apabila pemerintah Islam tidak mengambil inisiatif menyediakan dana bagi karyawan Islam menghasilkan karya seni mengenai Nabi Muhammad.
Katanya, karya seni tentang ajaran, pemerintahan, kehidupan peribadi, falsafah Nabi Muhammad jarang dihasilkan oleh karyawan-karyawan Islam.
"Filem terakhir, dalam pengetahuan saya ialah ialah The Message arahan Moustapha Akkad, terbitan 1976.
"Pemerintah Islam sebaliknya banyak melakukan rasuah, penyelewengan bagi memperkayakan diri dan kroni," katanya.

Star: Perisytiharan Kuching buat BN tertekan
Komponen
BN Sabah dan Sarawak harus mengkaji semula kedudukan dalam gabungan itu
jika Pusat tidak menaikkan bayaran hasil minyak daripada 5 peratus
kepada 20 peratus, gesa Parti Reformasi Negeri (Star).
"Sekiranya Umno/BN tidak menaikkan hasil minyak tersebut kepada 20 peratus, maka parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak seharusnya mengkaji semula kedudukan mereka dan menarik diri daripada BN demi masa depan rakyat," kata Pengerusi Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (atas).
Menurutnya lagi, BN yang kini tertekan perlu lebih serius berbuat demikian setelah 'Perisytiharan Kuching' diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
"Dengan memberi kredit kepada apa yang sepatutnya, Deklarasi Kucing merupakan langkah betul yang pertama oleh Pakatan, dan ia akan memberi tekanan kepada Umno dan BN untuk membuat tindakan susulan.
"Ini mungkin suatu petanda yang baik bagi negeri-negeri di Borneo jika adanya susulan oleh Pakatan dan Umno/BN, demi memulihkan kedudukan Sabah dan Sarawak," kata Jeffrey dalam kenyataan semalam.
Perisytiharan tujuh perkara itu antara lain menegaskan, royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus selain mengembalikan autonomi kedua-dua negeri itu.
Jeffrey berkata, pendapatan sampingan itu sekiranya digunakan dengan betul akan menyumbang kepada kesejahteraan penduduk Sabah dan Sarawak.
Jeffrey juga berkata, pemimpin Pakatan dan BN perlu mengkaji secara mendalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Minyak yang ditandatangani pada tahun 1976 untuk tujuan itu.
"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita membawakan kemajuan sebenar dan perubahan di negara ini," katanya dalam perhimpunan 3,000 orang alumni Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di ibu negara.
Perkara ini, katanya, bertentangan sama sekali dengan janji pembangkang yang tidak tentu.
"Perubahan adalah perkataan terbaik, semua ahli politik dalam negara dan seluruh dunia menyuarakan agenda perubahan... Tetapi biar saya beritahu, apa yang kita mahu bukan semata-mata untuk berubah tetapi berubah kepada lebih baik - dengan maksud perubahan yang sebenar.
"Kita mahukan perubahan yang sebenar, sistematik, tersusun dan terancang dan bukannya sesuatu yang boleh membawa kepada keadaan tidak menentu," katanya.
"Sekiranya Umno/BN tidak menaikkan hasil minyak tersebut kepada 20 peratus, maka parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak seharusnya mengkaji semula kedudukan mereka dan menarik diri daripada BN demi masa depan rakyat," kata Pengerusi Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (atas).
Menurutnya lagi, BN yang kini tertekan perlu lebih serius berbuat demikian setelah 'Perisytiharan Kuching' diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
"Dengan memberi kredit kepada apa yang sepatutnya, Deklarasi Kucing merupakan langkah betul yang pertama oleh Pakatan, dan ia akan memberi tekanan kepada Umno dan BN untuk membuat tindakan susulan.
"Ini mungkin suatu petanda yang baik bagi negeri-negeri di Borneo jika adanya susulan oleh Pakatan dan Umno/BN, demi memulihkan kedudukan Sabah dan Sarawak," kata Jeffrey dalam kenyataan semalam.
Perisytiharan tujuh perkara itu antara lain menegaskan, royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus selain mengembalikan autonomi kedua-dua negeri itu.
Jeffrey berkata, pendapatan sampingan itu sekiranya digunakan dengan betul akan menyumbang kepada kesejahteraan penduduk Sabah dan Sarawak.
Jeffrey juga berkata, pemimpin Pakatan dan BN perlu mengkaji secara mendalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Minyak yang ditandatangani pada tahun 1976 untuk tujuan itu.
PM: Saya bawa perubahan, tak perlu Pakatan
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, BN bawah
pentadbirannya membawakan perubahan sebenar dan oleh itu rakyat tidak
perlu mengambil risiko dengan berubah demi janji-janji pembangkang."Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita membawakan kemajuan sebenar dan perubahan di negara ini," katanya dalam perhimpunan 3,000 orang alumni Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di ibu negara.
Perkara ini, katanya, bertentangan sama sekali dengan janji pembangkang yang tidak tentu.
"Perubahan adalah perkataan terbaik, semua ahli politik dalam negara dan seluruh dunia menyuarakan agenda perubahan... Tetapi biar saya beritahu, apa yang kita mahu bukan semata-mata untuk berubah tetapi berubah kepada lebih baik - dengan maksud perubahan yang sebenar.
"Kita mahukan perubahan yang sebenar, sistematik, tersusun dan terancang dan bukannya sesuatu yang boleh membawa kepada keadaan tidak menentu," katanya.
P'raya UM: Siswa adu polis, dakwa 'salah guna kuasa'
Kumpulan
antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) membuat laporan
polis terhadap jawatankuasa pilihan raya kampus yang didakwa "menyalah
guna kuasa" dengan menerima pencalonan mahasiswa tidak layak.
Mereka mendakwa jawatankuasa itu menerima enam pencalonan daripada pasukan lawan Penggerak Mahasiswa - kumpulan yang cenderung kepada aspirasi pemerintah - yang tidak mempunyai baki pengajian mencukupi walaupun setelah dibantah.
"Tujuan saya membuat laporan polis (kerana) tidak puas hati dengan perkara ini di mana berlaku penyalahgunaan kuasa...," laporan polis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Syis Abdul Kadir itu dipetik.
Syis membuat laporan itu di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur tengah hari semalam. PMIUM dianggap sebagai antara persatuan "tulang belakang" dalam gabungan longgar Pro-Mahasiswa.
Pengerusi Pro-Mahasiswa Edikuop Lakip Sediyanto berkata, usaha mereka mendapatkan penjelasan berhubung penerimaan enam calon pada Khamis malam (hari pencalonan) juga tidak mendapat layanan sewajarnya.
Pilihan raya kampus UM akan berlangsung pada 25 September ini, serentak dengan 14 universiti lagi, termasuk di beberapa universiti utama di Lembah Klang.
Pada pilihan raya kampus lalu, Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di UM, Penggerak Mahasiswa memperoleh 16 kerusi, sementara calon bebas dua kerusi.

Tengkorak & badan terkerat ditemui di Pekan
Satu
tengkorak dan beberapa anggota badan manusia yang dikerat-kerat ditemui
dekat sebuah tali air di kawasan hutan di Sungai Miang, Pekan semalam
dipercayai berkaitan dengan kes kehilangan seorang warga emas baru-baru
ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman ketika dihubungi Bernama berkata polis menemui tengkorak dan beberapa anggota badan manusia itu pada jam 5 petang selepas berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kehilangan warga emas itu.
"Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan tengkorak itu mempunyai kaitan dengan warga emas yang dilaporkan hilang baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata hasil soal siasat terhadap dua suspek terbabit pada hari ini, pasukan polis ke lokasi berkenaan dan menjumpai tengkorak dan beberapa anggota badan manusia.
"Kes penemuan tengkorak dan beberapa anggota badan yang dikerat-kerat itu masih terlalu awal dan siasatan masih diteruskan," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang pada Sabtu lepas selepas menaiki kereta bersama dua lelaki untuk urus niaga berhubung penyewaan sebuah premis perniagaan.
Isteri mangsa, Siti Salamah Sheikh Abd Rahman, 63, berkata suaminya Sh Othman Sh Bakar, 72, tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi selepas keluar bersama dua lelaki berkenaan.
Beliau berkata suaminya bukanlah pemilik premis menjual alat binaan sebaliknya hanya pekerja di premis berkenaan.
- Bernama

Tunku Aziz: Bukan mesra BN, tapi transformasi
Bekas
anggota DAP termasuk naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
akan mengadakan program jelajah di seluruh negara bagi membuka mata
pengundi mengenai kepentingan pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata program seumpama itu mendapat permintaan di kalangan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak, serta menambah rakyat Malaysia perlu memahami dengan sebenar program transformasi termasuk agenda 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Mereka (rakyat) tidak boleh mengundi dengan hati tetapi dengan kepala kerana pilihan raya umum akan datang adalah sangat penting kepada Malaysia.
Mereka perlu membuat keputusan bijak," katanya kepada pemberita selepas forum bertajuk 'Hari-Hari Semasa Kami Berada di Dalam DAP' di George Town hari ini yang dihadiri lebih 400 orang.
Antara peserta lain ialah Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.
Tunku Aziz berkata beliau tidak mewakili mana-mana parti tetapi akan berjuang bagi memastikan negara menjadi negara demokrasi sebenar yang akan memanfaatkan rakyat.
Ditanya sama ada bekas anggota DAP mesra BN, beliau berkata: "Kami bukan mesra BN, kami mesra transformasi".
Beliau berkata rakyat melaung mahukan transformasi selama ini tetapi buat pertama kali melihat hasil yang dilakukan perdana menteri dan beliau mendengar suara rakyat.
"Seperti yang saya kata, saya tidak peduli kenapa beliau lakukannya. Saya mahu perkara-perkara ini dilakukan. Ia mungkin tidak 100 peratus sempurna, tetapi kita perlu anggap ia sebagai satu proses dan memerlukan masa.
"Jadi mari kita beri peluang kerajaan untuk melaksanakan program (transformasi) ini. Lagipun kita yang memilih kerajaan ini," kata beliau.
Tunku Aziz menekankan mereka tidak mewakili parti politik tetapi menyokong sebarang program yang akan membawa manfaat kepada negara dan bangsa, sambil berkata beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan