Bas PKR disimbah cat lagi, kali ke-3
14 September 2012
Kali ini insiden itu dilaporkan terjadi di depan Masjid Jamek Tangkak selepas solat Jumaat.
"Bas #MerdekaRakyat disimbah cat di Masjid Jamek Tangkak," kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitter sekitar 2.15 petang tadi.
Bas itu dalam perjalanan dari ibu negara ke Johor.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi juga mengesahkan insiden itu.
Inkues: Semula jadi punca Baharudin mati
14 September 2012
Koroner Zulkpli Abdullah dalam penghakimannya berkata tiada keterangan yang menunjukkan berlaku kekerasan atau kecuaian dari mana-mana pihak yang menyumbang kepada kematian Baharudin, 59 tahun.
Inkues yang bermula pada 30 Jan dan berakhir 18 Julai lepas menyaksikan 35 saksi memberi keterangan termasuk bekas Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh dan Pakar Patologi Forensik Dr Khairul Anuar Zainun.
Inkues bagi menyiasat kematian Baharudin itu dibantu Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh, Ahmad Ishrakh Saad, Henry Tan dan Mohamed Shah Reza Noor Azman manakala keluarga Allahyarham diwakili peguam Ahmad Jufliz Faiza dan Patrick Das. - Bernama
UIA batal auditorium, Konvensyen Fiqh dilema
13 September 2012
Sumber urus setia konvensyen memberitahu Sinar Harian Online lewat malam ini bahawa pihaknya terkilan dengan keputusan itu kerana pembatalan hanya dimaklumkan oleh pengurusan UIAM sekitar 9 malam tadi.
"Kami sudah menempah tempat persidangan hampir dua bulan lalu. Tetapi tinggal dua hari, baru malam ini, kami dimaklumkan.
"Jadi kami agak terkilan dengan keputusan... nampaknya kami perlu mencari tempat lain yang sesuai, untuk menampung 800 peserta," kata sumber itu lagi.
Sinar Harian Online akan berusaha mendapatkan respons pihak pengurusan UIAM.
Keputusan pembatalan itu juga dikongsi beberapa pihak menerusi laman mikro Twitter sejak jam 10malam tadi.
Sumber itu menambah, alasan yang diberikan ialah penganjuran konvensyen ini, yang dijangka disertai oleh pembentang kertas kerja dari parti politik kerajaan yang memerintah dan pembangkang, bercanggah dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Konvensyen sehari itu, anjuran bersama K-Fiqh Sdn Bhd dan , Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), diadakan untuk mengupas isu-isu berkaitan politik menurut fiqh dan pandangan masa kini. Ia antara lain menghimpunkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik.
Penganjur sebelum ini berkata, konvensyen julung kali diadakan ini, yang menyentuh politik tanah air, akan membincangkan kaedah pentadbiran dalam pemerintahan Islam dengan mengetengahkan konsep wasathiyah.
Menurutnya, sambutan sangat menggalakkan dan sehingga kini 800 peserta sudah sahkan kehadiran.
“Isu pilihan raya sememangnya isu hangat di dalam negara. Pihak kami menerima respons menggalakkan, sehingga masih ramai yang bertanyakan tempat dan kira-kira 200 orang lagi untuk senarai menunggu,” katanya.
Berdasarkan maklumat awal itu, forum di sebelah malam konvensyen tersebut, wakil pemimpin parti politik akan turut sama dalam forum bertajuk, Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti.
Antaranya, Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi; Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli serta ahli akademik, Prof Datuk Dr Mohammad Bakar.
Puad, Dzulkefly dan Rafizi masing-masing dari Umno, Pas dan PKR.
Mengulas lanjut, sumber penganjur berkata, pihaknya akan meneruskan konvensyen sebagaimana telah dirancang.
"Oleh kerana sudah 800 orang mengesahkan kehadiran, maka kami perlu mencari lokasi yang sesuai untuk menampung mereka," kata beliau.
UIAM pernah membatalkan program yang sepatutnya dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah awal tahun ini atas alasan Auku.
Ketika itu kerajaan memulakan kajian untuk meminda Auku.
UIA batal auditorium, Konvensyen Fiqh pindah ke MBSA
14 September 2012
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi laman sosial Facebook pagi ini.
"Alhamdulillah, berikut maklumat baru K Fiqh Politik Islam Semasa (setelah pihak UIAM membatalkan sewaan kami dalam tempoh 36 jam sebelum program," kata beliau.
Ketika dihubungi kemudian, beliau berkata, oleh kerana kapasiti dewan lebih besar dari tempat asal, pihaknya yakin dapat menerima kehadiran peserta dalam lingkungan 1,400 orang.
"Ada baiknya juga pembatalan (tempahan auditorium)... kami dapat tempat lebih luas, lebih ramai boleh sertai," kata Zaharuddin.
Auditorium MBSA boleh memuatkan 1,400 orang peserta berbanding Auditorium Utama UIAM yang hanya muat 850 orang.
"Sebelum ini ada 200 nama dalam senarai menuggu, yang mahu menyertai konvensyen. Kami mengalu-alukan mereka, saya yakin lebih 1,000 orang akan sertai esok," kata beliau yang juga penasihat konvensyen.
Tengah malam tadi, Sinar Harian Online membawa laporan pengurusan UIAM mengambil tindakan 'drastik' membatalkan tempahan auditorium dua hari sebelum Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa berlangsung, menyebabkan pihak penganjurnya berhadapan dengan dilema mencari lokasi baru.
Sumber urus setia konvensyen memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya terkilan dengan keputusan itu kerana pembatalan hanya dimaklumkan oleh pengurusan UIAM sekitar 9 malam semalam.
"Kami sudah menempah tempat persidangan hampir dua bulan lalu. Tetapi tinggal dua hari, baru malam ini, kami dimaklumkan.
"Jadi kami agak terkilan dengan keputusan... nampaknya kami perlu mencari tempat lain yang sesuai, untuk menampung 800 peserta," kata sumber itu lagi.
Sehingga kini usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan respons pihak pengurusan UIAM masih sebelum berhasil.
Sumber itu menambah, alasan yang diberikan ialah penganjuran konvensyen ini, yang dijangka disertai oleh pembentang kertas kerja dari parti politik kerajaan yang memerintah dan pembangkang, bercanggah dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Konvensyen sehari itu, anjuran bersama K-Fiqh Sdn Bhd dan Murshid, diadakan untuk mengupas isu-isu berkaitan politik menurut fiqh dan pandangan masa kini. Ia antara lain menghimpunkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik.
Penganjur sebelum ini berkata, konvensyen julung kali diadakan ini, yang menyentuh politik tanah air, akan membincangkan kaedah pentadbiran dalam pemerintahan Islam dengan mengetengahkan konsep wasathiyah.
Berdasarkan maklumat awal itu, forum di sebelah malam konvensyen tersebut, wakil pemimpin parti politik akan turut sama dalam forum bertajuk, Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti.
Antaranya, Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi; Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli serta ahli akademik, Prof Datuk Dr Mohammad Bakar.
Puad, Dzulkefly dan Rafizi masing-masing dari Umno, Pas dan PKR.
Zaharuddin berkata, pihaknya kesal kerana hanya dimaklumkan keputusan pembatalan kira-kira 36 jam sebelum konvensyen berlangsung.
"Kami hormati jika dibatalkan awal, tetapi kami sudah mematuhi segala syarat keperluan. Ini termasuklah mengemukakan program konvensyen, senarai nama penceramah dan kertas kerja yang hendak dibentangkan.
"Malah, perubahan pembentang kertas kerja juga kami sudah memaklumkan. Misalnya (Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional) YB Khairy Jamaluddin tidak dapat datang, digantikan oleh Dr Puad, beliau seorang timbalan menteri. Jadi kami kesal apabila tempahan auditorium dibatalkan 36 jam sebelum konvensyen," katanya lagi.
Katanya, tindakan UIAM bukan sahaja meletakkan penganjur dalam situasi sukar, malah para peserta yang telah membuat tempahan tempat tinggal dekat dengan UIAM.
"Kini mereka terpaksa mencari tempat tinggal di kawasan Shah Alam. Siapa yang akan membuat bayaran (menanggung kos)," kata beliau.
BN yakin dapat takluk tiga negeri pembangkang
14 September 2012
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain merampas balik tiga negeri pembangkang iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, mereka akan mempertahankan Johor, Sabah dan Sarawak, daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, BN tidak akan melepaskan tiga negeri itu dengan mudah kepada PR setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menambah baik taraf kehidupan rakyatnya.
“Adakah mereka yakin rakyat menyukai mereka? Sebaliknya, rakyat akan pilih dasar dilaksanakan Perdana Menteri kerana ia beri kebaikankepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadhillah Yusuf berkata, kenyataan itu hanya omong kosong PR.
Menurutnya, pada pilihanraya umum lalu pun PR pernah keluarkan kenyataan mampu menawan Sarawak, namun gagal berbuat demikian.
DAP: Perlu pilihan raya serentak
14 September 2012
Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara itu masih belum mendapat kata putus sepenuhnya.
Menurutnya, pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai amaran dan perkara itu sebenarnya belum lagi diputuskan oleh Pakatan Rakyat (PR).
"Pilihan raya secara berasingan didakan di Sarawak, tetapi ia berlaku kerana ada sebab dan peristiwa hingga membuatkan perlu untuk pilihan raya diadakan secara berasingan.
"Tetapi apa yang berlaku di sini, tidak menampakkan perlu diadakan berasingan. Lebih baik ia diadakan serentak sahaja," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasrat pilihan raya secara berasingan itu kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum beri sebarang.
Selangor politikkan Langat 2, dakwa Noh Omar
13 September 2012
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata kerajaan negeri sepatutnya tidak perlu bimbang mengenai projek itu kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat.
"Pembangkang hanya tahu membantah sahaja tanpa memikirkan impak positif yang akan dihasilkan kelak oleh projek tersebut. Projek Langat 2 ini merupakan projek jangka masa panjang dan bukannya mengamalkan budaya kronisme dengan memberi projek tanpa tender terbuka seperti yang didakwa pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Agrobank Bhd (Agrobank) di sini hari ini. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.
Noh berkata buat masa ini, BN Selangor menyerahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengambil tindakan selanjutnya dalam menyelesaikan isu Langat 2 itu.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail baru-baru ini berkata projek Langat 2 itu boleh diteruskan walaupun kerajaan negeri Selangor membantah, tidak mahu mengeluarkan Perintah Pembangunan dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. - Bernama
Muhyiddin: Biar rakyat nilai hasrat kerajaan Selangor buat pilihanraya berasingan
13 September 2012
Sama ada tindakan kerajaan negeri itu disebabkan bimbang mereka akan kalah, Muhyiddin berkata ia juga terserah kepada rakyat untuk menilainya.
Mungkin juga kerajaan Selangor merasa gusar kerana rakyat di negeri itu sudah bersedia menyokong BN dan hanya menunggu masa mengembalikan negeri itu kepada BN untuk ditadbir, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal yang memetik pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diadakan berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.
"Kalau rakyat Selangor sudah bersedia buat keputusan menyokong BN, agaknya waktu pilihan raya Parlimen mereka akan sokong BN tetapi kalau tiada pilihan raya di peringkat negeri setidaknya Anwar Ibrahim dan pengikutnya akan kata mereka tidak kalah di peringkat negeri," katanya.
Selepas itu, katanya, mereka akan mengatur strategi untuk mengadakan pilihan raya.
Muhyiddin berkata sama ada ia akan berlaku atau tidak, bagi Barisan Nasional (BN) baik di peringkat pusat mahupun negeri, mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kita tidak boleh buat tafsiran sama ada itu akan berlaku atau tidak, terserah kepada mereka (kerana) negara mengamalkan demokrasi, rakyat juga ada pilihan untuk buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
"Sama ada ia akan menyebabkan kos berganda pun biar rakyat menilai, sama ada ia akan menimbulkan masalah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih mengetahuinya, yang penting BN Selangor sedia berdepan apa jua keadaan dan situasi," katanya. - Bernama
Bendera PKR kena bakar
13 September 2012
Koordinator Keadilan Labu, Mokhtar Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi semalam.
“Kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam) saya melalui kawasan berkenaan dan mendapati bendera itu masih elok.
“Pada jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi, hujan turun agak lebat dan saya menjangkakan bendera itu dibakar sejurus hujan reda iaitu kira-kira jam 3.30 pagi.
“Kita tidak menuding jari mana-mana pihak dan mahu perkara ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Bilik Gerakan PKR Labu, dekat Kampung Batu 8, di sini, semalam.
Hadir sama, Penaung Majlis Permuafakatan Keadilan Labu, Ismail Ahmad.
Sementara itu menurutnya, kejadian itu disedari kira-kira jam 9.30 pagi setelah dimaklumkan rakannya.
Menurutnya, kejadian itu pertama berlaku. Sebelum ini, bendera milik PKR dan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain tidak dimusnahkan sebaliknya diturunkan.
“Kita terpaksa buat laporan polis di Balai Polis Labu kira-kira jam 10 pagi kerana tidak mahu perkara ini berulang dan ini merupakan satu provokasi yang boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penyokong PKR,” katanya.
Sementara itu Ismail berkata, bendera parti telah dipasang di semua kawasan di Dun Labu terutamanya di Simpang Tiroi hingga Pekan Labu.
“Sebelum ini kita mendapat maklum balas bahawa ada sesetengah pihak yang tidak senang melihat bendera PKR dipasang begitu banyak.
“Kita tidak pernah mengganggu bendera parti lain meskipun dipasang di kawasan yang sama,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akur sekiranya bendera PKR dilarang dipasang di tiang-tiang milik agensi kerajaan kerana memahami peraturan.
Bagaimanapun katanya, penguatkuasaan itu juga perlu dilakukan ke atas semua parti politik lain dan kebanyakan bendera partinya dipasang di kawasan persendirian.
Muhyiddin: Biar rakyat nilai hasrat kerajaan Selangor buat pilihanraya berasingan
13 September 2012
Sama ada tindakan kerajaan negeri itu disebabkan bimbang mereka akan kalah, Muhyiddin berkata ia juga terserah kepada rakyat untuk menilainya.
Mungkin juga kerajaan Selangor merasa gusar kerana rakyat di negeri itu sudah bersedia menyokong BN dan hanya menunggu masa mengembalikan negeri itu kepada BN untuk ditadbir, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal yang memetik pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diadakan berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.
"Kalau rakyat Selangor sudah bersedia buat keputusan menyokong BN, agaknya waktu pilihan raya Parlimen mereka akan sokong BN tetapi kalau tiada pilihan raya di peringkat negeri setidaknya Anwar Ibrahim dan pengikutnya akan kata mereka tidak kalah di peringkat negeri," katanya.
Selepas itu, katanya, mereka akan mengatur strategi untuk mengadakan pilihan raya.
Muhyiddin berkata sama ada ia akan berlaku atau tidak, bagi Barisan Nasional (BN) baik di peringkat pusat mahupun negeri, mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kita tidak boleh buat tafsiran sama ada itu akan berlaku atau tidak, terserah kepada mereka (kerana) negara mengamalkan demokrasi, rakyat juga ada pilihan untuk buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
"Sama ada ia akan menyebabkan kos berganda pun biar rakyat menilai, sama ada ia akan menimbulkan masalah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih mengetahuinya, yang penting BN Selangor sedia berdepan apa jua keadaan dan situasi," katanya. - Bernama
Penduduk buat laporan polis khutbah Jumaat berbaur politik
13 September 2012
Mereka mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan khatib jemputan, berusia 29 tahun dari Kulim dekat sini, ada menyebut bahawa seorang mursyidul dan ulamak Ikhwanul Muslimin dari Mesir pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW pada 1998 yang menyebut akan wujud seorang pemerintah Malaysia bernama Anwar Ibrahim.
“Khatib itu dalam khutbahnya juga memuja dan memuji kewibawaan pemimpin pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan jelas menyadurkan khutbah Jumaat yang mulia itu dengan seorang pemimpin politik. Kami amat kesal atas tindakan pentadbiran masjid yang membiarkan perkara tidak sewajarnya berlaku," kata Mohd Taridi Darus, 52, ketua kumpulan kariah itu kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Padang Serai di sini.
Mohd Taridi dari Taman Serai Setia di sini meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menyiasat tindakan pihak masjid menerima khatib jemputan setiap minggu.
Beliau berkata khutbah itu dirakam oleh jemaah yang hadir bersolat Jumaat pada hari berkenaan.
Seorang lagi anak kariah, Mohd Noor Husain, 64, tidak mahu masjid itu menjadi perhentian ceramah politik yang disampaikan melalui khutbah setiap Jumaat.
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim Sheikh Radzi Abdul Mutalib ketika dihubungi berkata pihaknya akan menjalankan siasatan. - Bernama
Soi Lek: Anak saya layak debat dengan MB Selangor
13 September 2012
Beliau berkata Tee Yong sememangnya layak berdebat dengan Abdul Khalid kerana Tee Yong merupakan Ketua Biro Profesional Muda MCA dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Ketika saya berdebat dengan (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng, adakah saya setaraf (dengan Guan Eng)? Dia (Guan Eng) ialah Ketua Menteri tetapi saya bukan sesiapa.
"Ketika (Barack) Obama berdebat dengan (calon presiden daripada parti Republican) Mitt Romney... dan siapa Mitt Romney? Obama merupakan Presiden Amerika Syarikat," katanya pada sidang media selepas pelancaran 1MCA Skim Mikro-kredit untuk Belia di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau mengulas ketidakhadiran Menteri Besar Selangor itu untuk berdebat berhubung isu Talam, anjuran MCA di sini, malam semalam.
Mengenai skim pinjaman 1MCA skim Mikro-kredit, Dr Chua berkata sebanyak 380 permohonan diluluskan melibatkan kos bernilai RM6.4 juta bagi membantu golongan muda menjalankan perniagaan. - Bernama
PR mahu SPR selesai dahulu isu pengundi hantu
14 September 2012
Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, langkah itu perlu berikutan senario perbezaan pendirian yang berlaku di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang mengenai persetujuan tarikh pilihan raya ada kaitannya dengan masalah keraguan pengundi di negeri masing-masing.
“Bagi Kelantan, mereka mungkin tidak mempunyai masalah sekiranya pilihan raya dijalankan serentak kerana isu pengundi hantu mungkin tidak sehebat yang berlaku di Selangor.
“Dengan peningkatan jumlah undi mendadak mencecah 100,000, pastinya Selangor ada alasan tersendiri mengapa mereka menyatakan pendirian untuk mengadakan pilihan raya berasingan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Kor Ming berkata, sama ada secara serentak atau berasingan, beliau percaya setiap keputusan yang diambil adalah salah satu strategi pilihan raya bagi memastikan kemenangan di negeri yang dikuasai terus berpihak kepada PR.
Menurutnya, ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa pimpinan PR tidak sepakat, sebaliknya secara terbuka memberi kebebasan kepada kuasa pentadbiran negeri masing-masing dalam merencana pendekatan sebelum kata sepakat dicapai.
“Selangor kita ibaratkan seperti jantung pentadbiran negara, jadi sudah semestinya pelan startegik yang sesuai bagi menghadapi PRU dibuat di negeri itu berbanding Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang lebih bergantung kepada senario politik semasa,” katanya.
Pendapat sama turut disuarakan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Beliau berkata, masalah kos meningkat sekiranya Selangor mengadakan pilihan raya secara berasingan seperti yang dinyatakan SPR adalah skala kecil berbanding risiko kemenangan atau kekalahan yang bakal dihadapi PR di negeri itu.
“Saya melihat PR di Pulau Pinang, Kedah serta Pas di Kelantan tidak berdepan dengan ancaman besar, berbanding Selangor.
“Apa pun yang berlaku ia bergantung kepada isu yang berlaku sekarang dan Selangor berdepan dengan masalah keraguan pengundi yang masih belum disahkan SPR, jadi isu ini perlulah diselesaikan dahulu,” katanya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Dr Muhammad Nur Manuty pula yakin, pimpinan tertinggi PR bersikap matang dalam mengatur setiap pelan strategi pilihan raya akan datang.
Baginya, apa yang dinyatakan adalah salah satu proses perbincangan dan bukan keputusan muktamad.
“Setiap negeri ada justifikasinya tersendiri dan saya melihat ia satu proses perbincangan yang matang, apa jua keputusan yang diambil, pasti ianya sesuatu yang menguntungkan PR kelak,” katanya.
Muhyiddin: Kelantan sepatutnya sudah maju jika bersama BN
14 September 2012
Katanya hakikat bahawa Kelantan masih belum mencapai tahap kemajuan itu bukan sesuatu yang direka sebaliknya ia berdasarkan kepada penilaian pakar-pakar berkelayakan dalam bidang masing-masing.
"Sudah 22 tahun berlalu tetapi kemajuan itu masih belum tercapai. Ini realiti sebenarnya walaupun negara sudah mencapai negara maju dan menjadi contoh kepada negara luar.
"Tidak cukupkah 22 tahun ini? Apakah mahu menderita lagi? Ada enam bulan lagi tempoh untuk diadakan pilihan raya. Buatlah perubahan. BN nak beri ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Mesra Aidilfitri di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Kira-kira 20,000 orang hadir pada majlis tersebut.
Muhyiddin berkata beliau yakin rakyat Kelantan keseluruhannya sudah sedar tentang kesilapan mereka memilih PAS sejak 1990.
"Ada yang saya temui tanya saya bila pilihan raya nak diadakan. Mereka kata kami sudah tidak tahan lagi duduk bawah PAS. Kami nak pangkah BN pulak," katanya.
"Tuan-tuan sudah dapat menilai. Dapat rasa pahit getir (berada di bawah PAS)," katanya.
Beliau berkata apa pun BN mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskan Kelantan yang mana PAS merupakan kerajaan negeri tetapi yakin dengan senario yang berlaku kini, ia adalah tidak mustahil untuk dicapai.
Menurutnya setiap apa yang dijanjikan bagi pembaharuan itu, ia akan dimasukkan ke dalam manifesto khas pada pilihan raya umum akan datang, khusus untuk Kelantan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata apa yang perlu diperjuangkan BN antaranya masalah air yang turut membebankan pelajar sekolah di negeri itu.
"Saya tak nak lihat anak-anak kita sakit apabila minum air kotor. Masalah ini perlu diatasi," katanya. - Bernama
PRU13: Pas mahu Pusat ikut Selangor
14 September 2012
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu pembaziran masa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menyediakan kos tambahan tidak akan timbul jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada waktu yang sepatutnya.
“Kalau nak elak bazir masa dan kewangan, tak payah buat sebelum tempoh berakhir penggal. Buat sekali tahun depan dan biar sampai habis penggal, jangan buat awal.
“Mereka (Barisan Nasional) kata Pakatan Rakyat (PR) tidak menepati janji. Bagaimana nak realisasikan semuanya kalau masa tidak cukup. Bagi masa sebab kami nak selesaikan manifesto yang ada," katanya, di sini, semalam.
Dr Rani berkata, jika tidak mahu menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang tinggal di luar Selangor dan terpaksa pulang semata-mata kerana pilihan raya, Kerajaan Pusat perlu mengadakannya serentak dengan Selangor tahun depan.
Bagaimanapun katanya, beliau akan cuba memanjangkan cadanganuntuk menyediakan sedikit peruntukan jika ada keperluan bagi membantu meringankan beban rakyat Selangor pulang mengundi dua kali.
“Memang baik buruknya (pilihanraya berasingan) tetapi kalau betul jadi seperti itu (berasingan) kita cuba fikirkannya. Cuba panjangkan dan bagi cadangan kepada parti dalam mesyuarat parti nanti (Jumaat ini ada satu perjumpaan).
Bagaimanapun, Selangor mesti cukup penggalnya juga,” katanya. Beliau juga tidak menafikan, tindakan mempercepatkan PRU13 membuktikan BN takut dengan manfaat yang diperoleh rakyat melalui program Kerajaan Negeri PR memandangkan program yang tiada dalam manifesto pun dilaksanakan seperti 'Jom Shopping' dan sebagainya.
Dalam pada itu katanya, tarikh PRU13 sepatutnya diumumkan lebih awal kerana yang akan mengundi berhak mengetahuinya.
Filem hina Islam: Pembela, 15 NGO protes AS
14 September 2012
Bantahan yang diketuai oleh Pengerusi Gabungan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya itu turut disertai kira-kira 30 penyokong mereka.
Aminuddin menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan AS selepas berarak dari Menara Tabung Haji ke Kedutan AS yang terletak di Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat.
Bayi maut tercampak dari kenderaan
14 September 2012
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata, akibat rempuhan kira-kira jam 9.30 malam itu, pemandu berusia 23 tahun itu gagal kawal Perodua Kembara yang dinaiki lima sekeluarga itu terbalik menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar kenderaan.
"Mangsa, Ariana Insyirah Mirul Hisham, 1, parah di kepala dan maut serta merta di tempat kejadian," katanya.
Manakala datuk, nenek dan dua ibu saudara mangsa yang menaiki kenderaan sama mengalami luka ringan dan menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.
Difahamkan, mangsa tinggal bersama nenek dan datuknya memandangkan ibunya perlu menghadiri kursus di Ipoh manakala ayahnya bekerja di Seremban.
Sementara itu, menurut Mushar, dalam kejadian itu, Proton Wira yang dipandu seorang lelaki turut terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tembok batu di kiri jalan berkenaan.
"Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan dan membuat laporan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, laporan awal yang diperolehi menerusi siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan kecuaian pemandu membuat pusingan U.
"Setiap pemandu perlu berhati-hati membuat pusingan U dan tindakan keluar terburuburu hanya bawa bahaya kepada pengguna jalan raya lain dan diri sendiri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan