Rabu, 19 September 2012

JIKA BELIAU SIHAT...MUNGKIN PERLU BAGI MENGIMBANGI PAS NEGERI PERLIS SERTA MASIH BERPENGARUH DAN DIHORMATI...TAK SALAH BERTANDING LAGI...PERJUANGAN KEJALAN ALLAH TAK DE HAD UMUR

Umno BN muflis fikiran, tiru PR wujudkan lori 1Malaysia

http://omakkau.blogspot.com, 18 Sep 2012

UMNO/BN DAH GERSANG IDEA DAN MUFLIS BUAH FIKIRAN...AKHIRNYA TIRU CARA PKR/PR JUGA DENGAN MENGWUJUDKAN SEBUAH LORI 1M'SIA!!!!.. MUKA TAK TAHU MALU!!!!



UMNO/BN betul-betul dah ketandusan cara dan idea serta buah fikiran...Sebelum ini kutuk gila lepas itu ikut serta.

Kini sebuah lori terpampang gambar Najib dan logo BN serta 1M'sia dibadan sudah dapat dikesan.

Nampak sangat ikut cara apa yang kini diguna pakai oleh PKR/PR.  Meniru konsep Bas Merdeka Rakyat Jelajah Menuju KePutrajaya.

Budaya politik amanah,cekap,berhemah yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat tak mau pula UMNO/BN nak tiru dan ikut.

Tapi UMNO tak perlu khuatir dan risau.. para pejuang Pakatan Rakyat akan bersikap dan berperangai jijik macam juak-juak UMNO dengan melontarkan cat merah atau batu keatas lori UMNO 1M'sia.

UMNO PARTI BANGKRAP ISU DAN MUFLIS CARA BERKOMUNIKASI!!!!



Johor tetap jadi pusat gelombang perubahan

Abdul Aziz Mustafa, 18 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Walaupun tanpa jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat (PR), Johor tetap menjadi pusat kepada gelombang perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor kepada program-program PR.

"Itu keyakinan kita dan kita tidak beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan atau tidak," kata beliau.

Sebelum ini, ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata, sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50 meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.

"Tetapi baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran parti itu di Skudai," katanya.

Begitu juga dengan sambutan kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS.

"Dalam setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.

"Sambutan masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam program PAS di Johor," kata Salahuddin.

Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.

Sebelum ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya.

PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.

"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Parlimen yang menjadi sasaran PR itu, dan sama ada ia ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP.

Ulamak wajib bersama, berdemo sambil berakhlak

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, 18 Sep 2012
Penghinaan ke atas batang tubuh Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah dilakukan sejak zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lagi. Akan tetapi arus modenisasi mengembalikan penghinaan ke atas Rasul yang mulia dengan pelbagai bentuk antaranya;

a)      Versi novel yang ditulis oleh Haidhar bin Haidhar, seorang yang berbangsa Syiria yang menetap di Mesir pada zaman Husni Mubarak. Akhirnya, ribuan mahasiswa/wi bangkit dan menuntut agar kerajaan Mesir mengharamkan terus novel tersebut dan menarik balik jualannya di pasaran. Bantahan ini menyaksikan gugurnya seorang srikandi dalam mempertahankan kesucian Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

b)      Seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah menghina Baginda Nabi di dalam penulisannya sehingga penulisannya itu melahirkan kemarahan umat Islam lalu bertindak membakar pejabat utama “Nigeria This Day”.

Hari ini sekali lagi musuh-musuh Islam cuba mengusik sentimen umat Islam dengan mengaibkan batang tubuh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang tercatat di dalam sejarah.

Sejarah Saiduna Khubaib bin ‘Adi antara yang meruntun jiwa kita. Saat tubuhnya dicincang oleh musuh-musuh Allah lalu ditanya apakah dirinya mahu tempatnya digantikan dengan yang namanya Muhammad [shallallahu ‘alaihi wasallam], maka dengan tenang dia menjawab “bagaimana aku bisa membiarkan Nabi Muhammad menggantikan diriku menerima penyeksaan kamu sedangkan walau hanya sebatang duri saja yang menusuk Baginda aku tidak redha”.

Ungkapan dan tindakan para sahabat seharusnya menjadi pendorong, motivasi dan pembakar semangat kepada mereka yang telah dianugerahkan pangkatnya melalui hadits dan al-Quran.

Golongan ulamak perlu melahirkan perasaan dan ekspresi mereka terhadap isu ini. Mereka ini digelar pewaris Nabi. Mereka juga diiktiraf oleh Allah sebagai hamba yang taat dan patuh kepadaNya. Hubungan zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang terputus dengan umat akhir zaman hanya dapat bersambung dengan adanya para pewaris Nabi ini.

Wahai sekalian ulamak di serata pelusuk di seluruh Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru agar kita semua dapat beramai-ramai turun untuk menyatakan marahnya kita apabila insan yang kita cintai melebih dari diri kita ini dihina oleh musuh-musuh Allah.

Turunnya kita adalah untuk menzahirkan betapa umat Islam akan segera bangkit sekiranya nama Baginda dihina dan maruah Baginda direndahkan. Para pewaris Nabi sekalian, kita perlu turun hari Jumaat ini sebagai satu bentuk pendidikan kepada masyarakat awam bahawa kemuliaan Nabi perlu dijaga, syariat Nabi perlu ditegakkan dan sebagai amaran untuk mereka yang berani-berani menghina Junjungan Baginda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi meminta agar sekalian tuan-tuan guru, sekalian asatidz, pendakwah-pendakwah, penceramah-penceramah dan alim ulamak untuk meramaikan himpunan pada Jumaat ini di Masjid Tabung Haji. Kehadiran para ulamak sekalian mudah-mudahan membuka pintu pertolongan Allah untuk memberikan keizzahan kepada umat Islam sehingga menimbulkan gerun di hati-hati mereka yang kufur.

Para peserta juga diingatkan untuk menjaga adab dan akhlak. Kita tidak mahu sebarang tindakan luar kawalan yang hanya memburukkan keadaan. Dengarlah apa yang diarahkan oleh pimpinan ketika di medan mudahan-mudahan peristiwa uhud tidakkan kembali berulang. Langkah yang disusun dan derapan kaki yang berbunyi pasti akan menimbulkan rasa takut dan gentar dalam diri penghina-penghina Islam di atas kebangkitan umat Islam yang dipandu dengan syariat Islam.

Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pencerobohan bot pukat tunda semakin serius

S.M.Mohamed Idris,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi dengan lebih kerap di perairan Pulau Pinang khususnya di Daerah Barat Daya bagi mengawal pencerobohan bot pukat tunda di kawasan nelayan pantai di negeri ini.

Masalah yang semakin serius berlaku itu melibatkan lebih 2,000 nelayan pantai di sepuluh tempat iaitu Sungai Pinang,Pantai Acheh,Jalan Baru,Sungai Burung,Teluk Kumbar,Sungai Batu,Gertak Sanggul,Telok Tempoyak,Permatang Damar Laut dan Batu Maung.

Berikutan kejadian tersebut sumber pendapatan nelayan-nelayan pantai yang terlibat telah merosot dari lebih RM100.00 sehari kepada RM20.00 sehari. Kegiatan bot-bot pukat tunda itu bukan saja menyebabkan ikan dan udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan-nelayan pantai di sini berkurangan dan semakin pupus malah perairan Zon A serta dasar laut di daerah tersebut telah tercemar pada tahap yang membimbangkan. Ramai nelayan pantai mengalami kerugian besar kerana alat tangkapan mereka musnah dilanggar oleh bot-bot pukat tunda tersebut

Bot-bot pukat tunda yang menceroboh kawasan nelayan pantai di sini berpengkalan di Batu Maung dan Teluk Bahang dan menjalankan aktiviti mereka pada waktu malam dengan menjadikan kawasan antara 1 batu nautika hingga 3 batu nautika dari pantai sebagai tempat beroperasi.

CAP menerima aduan dari nelayan pantai bahawa hasil tangkapan bot pukat tunda bukan saja ikan bersaiz besar tetapi juga anak ikan kecil (benih) yang tidak boleh dimakan dan dipasarkan. Ikan kecil ini dijadikan ikan baja untuk makanan ternakan ikan dalam sangkar oleh pengusaha-pengusaha projek akuakultur tempatan. Setiap buah bot pukat tunda di negeri ini mendaratkan 5 tan hingga 7 tan anak ikan kecil berbagai jenis termasuk beberapa jenis ikan yang berkualiti tinggi. CAP bimbang dan percaya jika keadaan ini berterusan dalam masa 10 tahun akan datang sumber perikanan di negara ini akan mengalami kepupusan.

Sehubungan itu CAP meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Perikanan memberi perhatian serius dan mengambil langkah segera bagi menangani masalah ini. CAP kesal walau pun wajud Akta Perikanan 1985 bersama jabatan serta agensi penguatkuasa bagi untuk mengawal keadaan tersebut namun ia tidak memberikan kesan positif terhadap kehidupan nelayan pantai di negeri ini. CAP bersama aktivis nelayan pantai Pulau Pinang merancang untuk melancarkan kempen tandatangan Haramkan Penggunaan Pukat Tunda dalam masa terdekat.

Presiden CAP

Hashim Jasin umum tidak bertanding lagi

Zulkifli Sulong, 18 Sep 2012

Selepas tiga penggal menjadi Adun dan 21 tahun menjadi pemimpin utama PAS Perlis, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang.
Namun beliau telah mempersiapkan segala-galanya untuk PAS Perlis menghadapi Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang ini. Ikuti wawancara wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dengan beliau baru-baru ini.



Harakahdaily: Apa perkembangan berlaku di Perlis sekarang ini terutama dari segi persediaan hadapi pilihan raya umum ke 13?

Hashim Jasin: Pertamanya terima kasih kepada Harakahdaily yang sudi datang ke Perlis ini. Pertamanya dari segi persediaan pilihan raya terutama dari segi kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP. Sebenarnya, sejak Mei tahun lalu (2011), kita sudah selesai pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat.

Selepas itu, kita iaitu PAS telah membuat re treat dua hari satu malam yang disertai oleh wakil-wakil dari DUN dan Kawasan-kawasan sebab kita dah tahu kawasan yang kita bertanding. Ia bertujuan untuk menentukan bakalbakal calon. Dengan re treat itu kita sudah dapat cadangan dari wakil-wakil yang hadir, nama-nama yang bakal bertanding. Pihak Perhubungan khasnya Dewan Harian kemudiannya atur mereka mengikut keutamaan dan kita serahkan nama-nama itu kepada Pusat. Baru-baru ini, kesemua nama-nama yang kita hantar itu diluluskan oleh Majlis Syura.

Langkah kedua yang kita buat adalah memperkemaskan jentera  melalui Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN). Kali ini pengarah dia, kita bagi orang baru, orang muda jadi pengarahnya iaitu Saudara Hasharudin dan dia susun kerja-kerjanya. Kita telah banyak belanja untuk JPN, hampir RM200,000 untuk membuat pelbagai persiapan. Ia banyak kerana Perlis ni negeri kecil sahaja.

Yang kedua, Pemuda. Juga kita banyak gerakkan parti melaluinya termasuk penubuhan PKC iaitu Pasukan Kerja Calon yang diuruskan Pemuda. PKC ditugaskan untuk membantu calon kita mendekati pengundi melalui aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat. Kita juga telah belanjakan RM107,000 untuknya kerja-kerja ini. Bukan yang PAS, Pemuda saja. Antaranya kita bagi daging, buah kurma semasa Ramadhan dan lain-lain. Ini sebenarnya banyak membantu kita untuk memasuki mana-mana kawasan di negeri ini. Ia macam pembuka jalan.

Seterusnya kita perkuatkan jentera di peringkat UPU. Ini sedang berjalan sekarang dengan tumpuan kepada cula. Dari lapan kawasan DUN kita tanding, enam sudah siap. Kita pula jalankan ikut taktik Kelantan ketika nak rampas negeri semula menjelang tahun 1990. Sekarang ini ia masih terus berjalan lagi tetapi tinggal tak banyak dah, dalam 20 peratus lagi untuk kita selesaikan.




(Ustaz Hashim mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Perlis)

Bagaimana dengan pembahagian kerusi?

Kita telah berbincang ketiga-tiga parti dan selesai pada Mei tahun lepas lagi. Ia kemudiannya ditandatangani oleh wakil ketiga-tiga parti. Saya telah wakili PAS. Kita kemudian telah hantar kepada Pusat.


Jadi Perlis antara yang awal?


Ya, saya rasa kita antara paling awallah yang selesai. Walaupun ada usaha untuk ubah, tetapi kita di Perlis sudah selesai.


Dari segi kerjasama antara PAS, PKR dan DAP di negeri ini?


Kita telah sekian lama menubuhkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat negeri. Kita telah adakan empat atau lima kali mesyuarat di mana saya adalah pengerusinya. Yang tak pernah putus mesyuarat adalah Sekretariat Pakatan Rakyat negeri yang adakan mesyuarat setiap bulan dan kadang-kadang dua kali sebulan. Ia dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS.


Bagaimana kedudukan pengundi Cina di Perlis?


Perubahannya sangat menarik di Perlis ini. Mereka sangat banyak cenderung kepada Pakatan sekarang. Misalnya di Sanglang, kawasan saya bertanding sebelum ini. Dulu masa pru 12, saya dapat 30 undi sahaja dari 800 pengundi Cina yang ada. Sekarang ini saya rasa, BN akan dapat 30 undi itu dan selebihnya calon PAS akan dapat.



Secara keseluruhannya di Perlis ini, bagaimana kecenderungan mereka?


Saya kira antara 70 - 80 peratus dari mereka menyokong Pakatan dalam pilihan raya akan datang ini. Dan yang menariknya, ini kali pertama fenomena ini berlaku di negeri ini.


Maknanya pilihan raya 2008 lalu, hal ini tidak berlaku?


Ya kali ini baru bergerak macam tu, dulu tak begitu.


Yang menarik juga Ustaz kata tadi adalah PKC. Apa makna PKC ini dan tugas mereka ustaz?


PKC ialah Pasukan Kerja Calon. Mereka ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda. Mereka dibentuk untuk membantu setiap calon kita yang akan bertanding. Merekalah barisan hadapn kita yang akan menemui masyarakat dengan memasuki kampung-kampung, berjumpa orang. Mereka membawa bersama sumbangan PAS, pemimpin PAS atau bakal calon kita kerana kita telah kenalpasti calon kita.




Maknanya semua calon PAS sudah tahu mereka adalah calon?

Ya mereka telah tahu mereka adalah calon.

Seterusnya, ada kajian yang menunjukkan perpecahan dalam Umno Perlis sekarang ini sangat ketara. Ikut kajian itu, penduduk Perlis tidak tahu isu NFC misalnya tetapi mereka tahu perpecahan dalam Umno Perlis ini. Sebenarnya setakat mana kebenaran perkara ini?

Ia memang betul berlaku. Misalnya dalam sidang DUN Perlis baru-baru ini, (Datuk Seri) Shahidan (Kassim) bantai MB, bantai Exco. Saya mencelah, nampaknya Umno pecah dua. Dia (Shahidan) jawab, dok bukan dua...tiga. Baru-baru ni, saya tanya lagi...bagaimana doh jadi tiga. Dia kata lagi...dok, empat.

Dalam sidang itu juga, ADUN Mata Air, Khairy berucap. Dia kata, anak muda tidak menyokong BN. Kerana dihasut pembangkang, dia kata. Saya kata, bijak pembangkang.  Ada antara mereka beritahu saya, kamu senanglah dah tau dah nak buat apa. Kami tak tau lagi. Nak buat kerja pun tidak boleh, takut saja je. Buat kerja pun takut tak lekat langsung (jadi calon). Ini dilema yang mereka hadapi berbanding dengan kita yang tidak ada masalah itu.



Tetapi perpecahan yang berlaku dalam Umno Perlis ini sejak dari dahulu lagi? Adakah darjahnya berbeza sekarang?


Ooooh berbeza, berlain. Tengoklah, dulu (Datuk Seri) Najib mai sekali je. Sekarang dah berapa kali dah Najib datang. (Tan Sri) Muhyidin pun datang . Dulu mereka buat keputusan, bagi kawasan Arau misalnya, Shahidan tentukan calon. Bahagian ini pula ketua bahagian. Tetapi sekarang tak boleh. Shahidan  dah kontrol semua JKKK dengan cara dia bayar elaun JKKK selain kerajaan negeri. Dia bagi dahulu, tiada yang tertangguh. Banjir, kerajaan bagi RM300 juta sahaja tetapi Shahidan bagi RM600,000.



Selain Shahidan, siapakah lagi pemimpin yang mengawal kumpulan Umno Perlis ini?


Ada empat kumpulan, kalau berdasarkan kata Shahidan itu iaitu diketuai Shahidan, Datuk Seri Mohamad Isa Menteri Besar, adinda Tuanku Sultan Adun Pauh Syed Razlan dan Datuk Azmi Khalid, bekas menteri.




Sikap PAS Perlis dalam menghadapi perpecahan dalaman Umno ini?


Kita tidak kesah dan biarlah kepada mereka untuk selesaikannya.




(Komplek PAS Perlis yang dibina dengan harga RM1.8 juta sahaja)

Negeri Perlis ini, negeri miskin. Kalau federal tidak sokong, boleh ke negeri ini hendak bayar gaji pegawai dia apatah lagi membuat pembangunan. Apa komen ustaz?

Hal ini juga berbangkit dalam Dewan Undangan Negeri. Saya kata senang je, pendapatan kerajaan negeri dalam RM120 juta saja. Bagaimana nak hidup. Saya jawab, komplek PAS Perlis, orang nilai RM6 ke RM7 juta. Dengan tanah, tar dan segalanya. Barang yang orang bagi pun kami kira duit. Jumlahnya kami buat RM1.8 juta. Semua orang tidak percaya. Sampai Menteri Dalam Negeri Singapura yang datang ke sini pun tidak percaya. Kita boleh buat.

Jadi Umno, dengan RM200 juta pun tidak cukup, kita yakin dengan RM100 juta tu cukup untuk mentadbir negeri. Kita yakin, pintu rezeki Allah akan buka.



Perlis juga menarik kepada orang luar dengan pelancongannya. Ramai yang datang untuk melancong. Dasar PAS dengan pelancongan ini macamana?


Memang ramai orang luar datang ke Perlis kerana pelancongan. Namun sekarang ini, banyak yang terbengkalai. Kalau kita buat pelancongan ilmu dan perubatan alternatif di Perlis ini akan mendapat sambutan baik. Maknanya, kita akan majukan lagi pelancongannya. Kita juga suka kerana dari segi negatif pelancongan di Perlis ini masih terkawallah.



Akhir sekali apa harapan Ustaz dalam pilihan raya akan datang ini?


Pertama saya nak maklumlah, dalam pilihan raya akan datang ini saya tidak bertanding dah. Ini Ustaz Hadi (Presiden PAS) tahu dah. Saya dah cari ganti saya dan dah ada dah (untuk DUN Sanglang) dan ada dalam Dewan Harian. Saya pun dah tolong perkenal dia.

Kita telah gariskan kabinet bayangan. Kalau diizinkan kita kemenangan kita dah sedia. Kita juga yakin, kalau menang, saya yakin bahawa PAS mesti menguasai kerajaan dalam bentuk apa aktivitipun. Parti yang menguasai kerajaan.

Tidak tolak pecah cermin kereta bermotif politik

Khairil Abdul Rahim, 18 Sep 2012
PEKAN: Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kassim Manaf tidak menolak dua buah kereta yang dipecahkan cermin dalam tempoh dua hari berturut-turut di rumahnya adalah perbuatan khianat atau bermotif politik. Katanya, ini disebabkan selama ini beliau tidak pernah memiliki musuh atau membuat pinjaman Ah Long justeru tidak menyangka perkara buruk seperti ini berlaku di kawasan Perdana Menteri Malaysia.
(Gambar: Abu Kassim menunjukkan cermin keretanya yang pecah dibaling samseng.)
Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada awal pagi Ahad lalu melibatkan kereta Proton Persona milik anak saudaranya yang dibaling tukul sehingga pecah dan hanya disedari keesokan harinya.
“Setelah menyedarinya, satu laporan polis dibuat dan tidak menyangka kejadian yang sama berulang apabila kereta Kia Spectra milik saya pula dipecahkan pada sebelah malamnya.
“Kejadian berlaku pada awal pagi Isnin iaitu sekitar pukul 1.30 pagi di mana saya bersama 8 ahli keluarga sedang tidur, dikejutkan bunyi kuat dari arah bahagian dinding depan rumah,” katanya.
Tambahnya, berikutan itu dia dan anaknya bergegas keluar rumah dan melihat seorang lelaki dewasa menunggang motosikal jenis Honda EX5, melarikan diri dengan dengan laju.
“Kami dan jiran-jiran yang juga bangun tidak sempat mengejar suspek yang memecut dengan laju dan menjumpai dua ketulan batu di tepi dan di sebelah dalam bahagian cermin belakang kereta yang pecah.
“Selama sepuluh tahun saya memegang jawatan YDP PAS belum pernah lagi kejadian seumpama ini berlaku dan tiada sebarang ugutan diterima, tetapi tidak menolak kemungkinan kes ini berpunca motif politik,” ujarnya.
Katanya, andaian tersebut berdasarkan pelbagai perbuatan khianat, provokasi dan gangsterisme berlaku melibatkan pemimpin dan program Pakatan Rakyat pada ketika ini tetapi tidak menyangka berlaku di parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Abu Kassim yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan kira-kira jam 1.30 pada hari yang sama (semalam) bersyukur dia sekeluarga masih selamat dan menganggap kejadian tersebut sebagai ujian daripada Allah.
“Harapan saya ialah agar pegawai polis mengambil tindakan, buat penyiasatan rapi sehingga dapat memberkas penjenayah ini supaya perkara khianat seperti ini tidak berlaku lagi di bandar diraja ini kepada orang lain pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu beliau menganggarkan kerugian yang ditanggungnya tidak kurang daripada RM2,000.

KUIN dari ilmu terbatas ke profesional: Agong bangga

Azamin Amin, 18 Sep 2012
ALOR SETAR: Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melahirkan rasa gembira atas pencapaian Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang telah berkembang kepada pelbagai ilmu pengajian profesional.

"Beta juga merasa gembira kerana KUIN yang dahulunya hanya mempunyai kurikulum dan bidang ilmu yang kecil dan terbatas serta tumpuan hanya diberikan kepada pengajian Islam.

"Kini telah berkembang menjadi IPT yang menyediakan program profesional seperti perubatan, kejuruteraan, multimedia, hospitaliti, kaunseling, perbankan dan kewangan Islam," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim yang juga Canselor KUIN bertitah demikian ketika majlis konvokesyan ke-14 Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini, 17 September lalu dan berkenan menyampaikan ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda kepada kira-kira 300 graduan.

Laporan penuh dalam Harakah cetak.

Kedah tuntut Felcra bayar hasil tanah

Azamin Amin, 18 Sep 2012

(Ustaz Azizan, MB Kedah)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak  berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.

"Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) terhadap Felcra.

"Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu," katanya.

Katanya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.

"Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.

"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sidang media di Wisma Darul Aman, baru-baru ini.

Laporan penuh dalam Harakah cetak.

Tiada ulasan: