AMK bersama Pemuda PAS bantah hina Nabi esok
Harakahdaily, | 20 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR:
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif yang
digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (Pemuda PAS) untuk berhimpun di
hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan
bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina peribadi Rasulullah SAW.
“AMK menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan akan turut bersolidariti bersama-sama dengan rakan-rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan pada petang esok,” ujar ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan.
Katanya, sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda Umno yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan.
Menurutnya, rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda Umno berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik.
“Di mana Pemuda Umno ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan memperkecil hukum Hudud yang termaktub di dalam Al-Quran?
“Di mana Pemuda Umno bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum Hudud?” tanya beliau.
Justeru, tegasnya AMK sekali lagi mengulangi sokongan dan solidariti terhadap Pemuda PAS dan akan turut bersama-sama berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan ke atas Rasulullah SAW.
Susulan daripada perhimpunan esok, jelasnya AMK akan turut melancarkan program "Cahaya Muhammad" pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
Sumber gambar
YAB. Tuan Guru solat hajat setibanya di rumah api misteri di Kg. Penambang.
Ulama Pelapis menyokong kenyataan Presiden yang menegaskan PAS akan
melaksanakan hudud di negara ini sekiranya diberi mandat dalam pilihan
raya tetapi menerusi sistem demokrasi yang berlandaskan raja
berperlembagaan, seperti yang diamalkan di negara ini.
Penegasan ini perlu agar masyarakat jelas dengan matlamat perjuangan
PAS ialah untuk menegakkan negara Islam, yang sifatnya berkebajikan dan
terkandung di dalamnya perundangan dan nilai-nilai yang boleh membawa
kesejahteraan hidup bukan sahaja kepada orang Islam, malah termasuk
bukan Islam.
Komitmen PAS dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak bermakna PAS menerima semua nilai yang terdapat dalam sistem demokrasi tulen (barat) tetapi setakat ini ruang yang ada ini adalah metode terbaik untuk menegakkan Islam di negara ini. Demokrasi tulen (barat) yang berteraskan rasional memberikan kedaulatan sepenuhnya kepada akal manusia untuk memutuskan kebenaran. Ini berbeza dengan negara Islam kerana prinsip kenegaraan dan undang-undang serta sebahagian kecil undang-undang mesti bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini tidak bermakna juga, negara Islam bersifat teokrasi tulen, kerana negara Islam memberikan kebebasan kepada manusia memikirkan pelaksanaan yang terbaik berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan. Justeru, negara Islam tidak berkiblatkan demokrasi tulen dan juga bukan teokrasi tulen.
Justeru, Ulama Pelapis menegaskan bahawa PAS perlu komited dengan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam berlandaskan ruang demokrasi di Malaysia. PAS tidak perlu membahasakan diri sebagai “Islamist demokrat” yang akan mendedahkan lagi kepada polemik yang tidak perlu dalam konteks Malaysia.
Barat memang mengkategorikan negara/kumpulan Islam dari kedudukan yang paling bahaya iaitu terroris kepada kedudukan yang paling dekat dengan mereka iaitu demokrasi. Pengkategorian ini ialah dengan tujuan untuk mengenali manakah negara/kumpulan Islam yang boleh bekerjasama dengan barat. Sekirannya negara/kumpulan Islam komited dengan demokrasi pun, tetapi mengancam barat, mereka pasti akan tentang.
PAS perlu mengetengahkan dasar politik Islam yang lebih dinamik hasil paduan antara rasional dan wahyu yang memang sudah ada dalam dasar perjuangan PAS itu sendiri. PAS komited dengan sistem demokrasi di negara ini, tetapi bukan sebagai demokrat. - http://malaysiatransform.com
Khairul Muntanazar Ismail ialah Ketua Ulama Pelapis PAS Pusat.
KUALA LUMPUR: Kerajaan
Malaysia tidak sepatutnya menggunakan alasan dasar tidak mahu campur
tangan dalam isu konflik etnik serta agama di barat Myanmar, yang
menyaksikan pembunuhan masyarakat minoriti Islam.
Presiden Arakan Rohingya National Organisation (ARNO) Nurul Islam berkata, kerajaan Malaysia yang merupakan anggota negara Asean sebaiknya melihat konflik yang berlaku lebih kepada pencabulan hak asasi.
Ketika mengunjungi Harakahdaily hari ini, Nurul Islam berkata, kerajaan Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam sudah tentu mempunyai autoriti yang berbeza.
"Kita minta kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang konkrit terhadap konflik yang sedang berlaku di Arakan hari ini," katanya.
Beliau juga menggesa kerajaan Malaysia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan keganasan yang berlaku di sana yang semakin meruncing.
Selain itu, katanya yang juga meminta kerajaan negara ini memberikan bantuan kemanusiaan bagi penduduk yang kini bakal menghadapi krisis makanan tidak lama lagi.
Bagaimanapun beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang cukup prihatin dengan nasib umat Islam di Arakan dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan dan makanan sejak konflik ini berlaku pada Mei lalu.
Justeru katanya, pihaknya mengambil perhatian terhadap bantahan yang dibuat oleh PAS dan NGO berikutan konflik di Arakan dan berharap agar ianya diteruskan pada masa akan datang di samping meminta semua rakyat berdoa untuk umat Islam di sana.
ARNO merupakan gerakan politik yang komited untuk mengikuti penyelesaian secara aman berhubung politik dan masalah Rohingya.
NGO ini bekerjasama dengan kuasa-kuasa demokratik negara dan warganegara etnik untuk membina semula Myanmar Kesatuan Persekutuan yang kuat. Ia menyokong demokrasi dan federalisme di Myanmar.
“AMK menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan akan turut bersolidariti bersama-sama dengan rakan-rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan pada petang esok,” ujar ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan.
Katanya, sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda Umno yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan.
Menurutnya, rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda Umno berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik.
“Di mana Pemuda Umno ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan memperkecil hukum Hudud yang termaktub di dalam Al-Quran?
“Di mana Pemuda Umno bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum Hudud?” tanya beliau.
Justeru, tegasnya AMK sekali lagi mengulangi sokongan dan solidariti terhadap Pemuda PAS dan akan turut bersama-sama berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan ke atas Rasulullah SAW.
Susulan daripada perhimpunan esok, jelasnya AMK akan turut melancarkan program "Cahaya Muhammad" pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
Hebat gambar Tok Guru solat hajat halau jin!!
http://batuvskayu.blogspot.com, | 20 Sep 2012 |
Bila Aku publish gambar Tok Guru
tengah solat nanti ada pencacai kata itu riak dan sebagainya,Tetapi
apa mesej yang nak di sampaikan ialah sikap seorang pembesar negeri
yang turun menyelesaikan permasalahan rakyat.Dengan rendah diri serta
tawaduk beliau turun menyelesaikan masalah rakyatnya.
Kisah berlaku di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan bila
mana sebuah rumah telah di ganggu oleh kejadian misteri di mana rumah
itu seperti digangu oleh mahkluk halus dengan dinding rumah di jilat
api di bahagan tertentu di rumah tersebut.
YAB. Tuan Guru telah meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan 'api misteri' di Penambang ,Tuan Guru telah solat hajat setibanya sampai di rumah mangsa ,moga ikhtiar Tok Guru dengan memohon doa diterima oleh kepada Allah s.w.t .
Menurut sumber gangguan makhluk halu
situ mengganggu cucu Zainab Sulaiman,Norfatini Wan Hanafi,kemana sahaja
Norfatini pergi gangguan api akan ada.
Moga berkat solat hajat yg dilakukan TGNA tiada lagi gangguan sebegitu... Aamiin..
Sumber gambar
YAB. Tuan Guru solat hajat setibanya di rumah api misteri di Kg. Penambang.
PAS guna saluran demokrasi, bukan demokrat
Khairul Muntanazar Ismail, | 20 Sep 2012 |
Komitmen PAS dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak bermakna PAS menerima semua nilai yang terdapat dalam sistem demokrasi tulen (barat) tetapi setakat ini ruang yang ada ini adalah metode terbaik untuk menegakkan Islam di negara ini. Demokrasi tulen (barat) yang berteraskan rasional memberikan kedaulatan sepenuhnya kepada akal manusia untuk memutuskan kebenaran. Ini berbeza dengan negara Islam kerana prinsip kenegaraan dan undang-undang serta sebahagian kecil undang-undang mesti bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini tidak bermakna juga, negara Islam bersifat teokrasi tulen, kerana negara Islam memberikan kebebasan kepada manusia memikirkan pelaksanaan yang terbaik berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan. Justeru, negara Islam tidak berkiblatkan demokrasi tulen dan juga bukan teokrasi tulen.
Justeru, Ulama Pelapis menegaskan bahawa PAS perlu komited dengan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam berlandaskan ruang demokrasi di Malaysia. PAS tidak perlu membahasakan diri sebagai “Islamist demokrat” yang akan mendedahkan lagi kepada polemik yang tidak perlu dalam konteks Malaysia.
Barat memang mengkategorikan negara/kumpulan Islam dari kedudukan yang paling bahaya iaitu terroris kepada kedudukan yang paling dekat dengan mereka iaitu demokrasi. Pengkategorian ini ialah dengan tujuan untuk mengenali manakah negara/kumpulan Islam yang boleh bekerjasama dengan barat. Sekirannya negara/kumpulan Islam komited dengan demokrasi pun, tetapi mengancam barat, mereka pasti akan tentang.
PAS perlu mengetengahkan dasar politik Islam yang lebih dinamik hasil paduan antara rasional dan wahyu yang memang sudah ada dalam dasar perjuangan PAS itu sendiri. PAS komited dengan sistem demokrasi di negara ini, tetapi bukan sebagai demokrat. - http://malaysiatransform.com
Khairul Muntanazar Ismail ialah Ketua Ulama Pelapis PAS Pusat.
Ambil tindakan pihak hina pemimpin Islam
Rizal Tahir, | 20 Sep 2012 |
KOTA BHARU:
Medan Ilmu di Jalan Dato’ Pati dekat sini sekali lagi akan
menghimpunkan ribuan rakyat Kelantan bagi membantah penerbitan filem
pendek ‘Innocent of Muslim’ pagi esok.
Sebelum ini lokasi yang sama pada April lalu diadakan perhimpunan membantah kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' seperti disiarkan akhbar New Strait Times.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, masyarakat Islam tanpa mengira fahaman politik dan kaum wajar menyertai perhimpunan tersebut.
Katanya, cerita dalam filem pendek tersebut telah membakar api kemarahan umat Islam di seluruh dunia memandangkan mempunyai elemen penghinaan terhadap umat Islam dan Rasulullah saw.
“Rakyat Kelantan yang menyayangi Islam dan Rasulullah saw amat wajar menyertai bantahan tersebut sambil mendengar kuliah pagi Jumaat,” ujarnya di sini semalam.
Manakala perhimpunan serupa juga akan diadakan di perkarangan Pejabat PAS Bachok selepas solat Jumaat dianjurkan Pemuda PAS Bachok.
Abdul Latiff juga berharap umat Islam menghadiri Himpunan Sejuta Ummah juga akan diadakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur esok.
Menurutnya juga kerajaan perlu mengambil anisiatif terhadap penghinaan pemimpin Islam di Malaysia termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disamakan dengan wajah haiwan seperti disiarkan dalam internet.
“Gambar tersebut tersebar luas di internet dan kita tidak mengetahui siapa yang melakukannya. Tak puas hati dengan perjuangan Islam boleh berhujah, jangan guna politik kotor,”ujarnya.

PRK: Pemimpin Umno jumpa jentera aspirasi
Harakahdaily, | 20 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR:
Semepena Pilihan Raya Kampus (PRK) yang akan berlangsung 25 September
ini, pemimpin Umno didakwa telah mula masuk ke kampus-kampus bertemu
dengan jentera aspirasi.
Terbaru Selasa lalu, pemimpin Umno didakwa mengadakan pertemuan dengan jentera aspirasi kampus Lembah Klang dalam satu program yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Program itu difahamkan diadakan di Kolej Kediaman Rahim Kajai dan turut dihadiri oleh jentera aspirasi dari Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) selain penghuni kolej tersebut.
Program yang dinamakan'Pertemuan dengan siswa siswiuniversiti' itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Program tersebut turut diisi dengan pembentangan khas oleh Ahli Parlimen BN Tanbun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Menteri Kewangan Kedua.
Program ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kolej Kediaman Rahim Kajai yang turut dihadiri pengetua kolej tersebut dan kolej kediaman lain.
Sebelum ini mahasiswa melahirkan bantahan atas campur tangan asing khususnya parti politik luar pada pilihan raya kampus kali ini.
Pilihan raya kampus kali ini juga turut dikaitkan dengan operasi rahsia BN yang dinamakan 'Ops 2020' bagi menguasai 20 kampus utama di seluruh negara.

92% pangsapuri kos rendah terima air percuma
Harakahdaily, | 20 Sep 2012 |
SHAH ALAM: Kerajaan
Selangor sedia maklum dengan usaha-usaha pihak tidak bertanggungjawab
yang sengaja memperlekehkan program pemberian air percuma 20 meter padu
pertama setiap bulan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
“Walaupun kerajaan negeri menghormati kebebasan rakyat mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut hak mereka, tetapi kita percaya mereka ini telah diperdaya dengan maklumat palsu atau tidak mendapat maklmumat yang secukup mengenai program air percuma ini,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, sejak program ini dilancarkan pada Jun 2008, lebih 1 juta penduduk Selangor yang menggunakan meter individu telah menikmati pemberian air percuma setiap bulan melibatkan perbelanjaan melebihi RM400 juta.
“Oleh kerana kita tidak mahu rakyat miskin di rumah bertingkat kos rendah menjadi mangsa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang merumitkan proses penukaran meter pukal kepada individu, maka kerajaan negeri mengambil inisiatif pada Jun 2010 untuk memastikan pemberian air percuma ini turut dinikmati oleh penghuni pangsapuri kos rendah,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, berdasarkan laporan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), daripada 232 kawasan pangsapuri atau 64,715 unit yang menggunakan meter pukal, 92 % atau 214 kawasan melibatkan 58,049 unit pangsapuri kos rendah telah menerima air percuma menerusi Skim Rebet Air Percuma (Safwa).
Menurutnya lagi, baki 18 kawasan atau 6,666 unit lagi gagal melaksanakan tuntutan rebet air percuma kerana Badan Pengurusan Bersama (JMB) kekurangan tenaga kerja.
Jelasnya, sejak Julai 2010 sehingga sehingga Julai 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah.
Katanya, Skim Safwa ditambah baik menerusi “Lapor dan Dapat’ iaitu mana-mana pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan membuat tuntutan secara terus dengan SYABAS.
Bagaimanapun, katanya Skim Safwa untuk pangsapuri bertingkat kos rendah sahaja sementara pangsapuri bukan kos rendah, pemiliknya perlu memohon daripada Syabas untuk proses migrasi dari meter pukal kepada individu.
Malah, ujarnya kerajaan negeri juga menubuhkan pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini.
Katanya, rekod semua Unit Pesuruhjaya Bangunan, pihak berkuasa tempatan dan Syabas, sebanyak 108 kawasan terdiri daripada 29,318 unit telah bertukar kepada meter individu.
“Kerajaan negeri telah mewajibkan semua pangsapuri melaksanakan migrasi meter air individu mulai Mei 2007.
“Selepas 2007, pemaju wajib menyediakan meter individu dan meter pukal pada setiap pembangunan perumahan bertingkat yang baru,” jelasnya lagi.

Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100j
Sejumlah
337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau hari ini memfailkan
tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran
Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas
dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam
tangki simpanan perumahan berkenaan.
Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.
Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.
- Bernama

Hanya pihak kecewa bangkitkan isu air
Harakahdaily, | 20 Sep 2012 |
GOMBAK: Seorang guru yang tinggal di rumah banglow
di Sungai Chichin dekat sini hanya perlu membayar bil air paling tinggi
pun RM5 sebulan.
Sedangkan sebelum 2008, hampir RM20 diperuntukan untuk bayaran bil air setiap bulan. Isterinya juga seorang pendidik, mempunyai dua anak.
Di Bangi, penduduk yang tinggal di rumah flat kos sederhana dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air hanya mendapat bil bulanan kira-kira RM10 setiap bulan.
Seorang peniaga, Zulkifli Yusoff, 42 berkata, setiap bulan bil air yang diterima tidak lebih daripada RM10, sedangkan sebelum 2008 lebih RM20 sebulan.
“Kebanyakan rumah flat baru disediakan meter air secara individu dan bukan secara pukal. Langkah pemberian subsidi air diberi kerajaan Selangor amat meringankan bebanan rakyat.
“Cuma apa yang berlaku sekarang segelintir pihak yang kecewa dalam politik sahaja yang mengambil kesempatan di atas keengganan Syabas menyediakan meter individu di rumah flat lama.
“Mereka tidak boleh menyalahkan kerajaan Selangor kerana tanggungjawab Syabas menyediakan meter individu dan bukannya pukal sehingga menyusahkan penduduk,” katanya di sini.
Media hari ini melaporkan seramai 2,020 pengguna air di Shah Alam dan Petaling Jaya dilaporkan menuntut ganti rugi hampir RM1.15 juta daripada kerajaan Selangor kerana didakwa gagal menerima subsidi air.
Zul berkata, isu air sengaja dimainkan sebagai usaha memburuk-burukkan kerajaan Selangor yang terbukti mengutamakan kebajikan rakyat negeri tersebut.
Katanya, pihak terbabit seolah-olah memperlekehkan kebajikan yang diterima majoriti rakyat Selangor.
“Saya yakin kumpulan terbabit tidak ramai kerana kebanyakan rumah yang dibina selepas tahun 1990 disediakan meter secara individu,” katanya.
Seorang lagi penjawat awam di Salak Tinggi memberitahu setiap bulan beliau hanya membayar bil air sekitar RM8.
Kata beliau sepatutnya Umno Selangor turut berterima kasih di atas dasar kebajikan kerajaan negeri sekarang memperkenalkan subsidi air kepada setiap rakyatnya.
Sedangkan katanya, sebelum ini kerajaan BN tidak pernah melakukan perkara itu biar pun mereka mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.
“Peliknya apabila kerajaan Pakatan memperkenalkan dasar kebajikan mereka pula kelam kabut. Saya yakin rakyat Selangor tidak mudah termakan hasutan golongan yang kecewa tersebut,” ujarnya.
Sebelum ini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dilaporkan memberitahu tidak berhasrat melaksanakan program pemberian air "1,000 liter pertama percuma" kerana ia menggalakkan pembaziran.
Timbalan Menteri, Noriah Kasnon, berkata caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan berdasarkan tarif air sedia ada di semua negeri.

Rohingya: Minta kerjasama Malaysia henti keganasan
Salmiyah Harun|Foto: M Nasir, | 20 Sep 2012 |
Presiden Arakan Rohingya National Organisation (ARNO) Nurul Islam berkata, kerajaan Malaysia yang merupakan anggota negara Asean sebaiknya melihat konflik yang berlaku lebih kepada pencabulan hak asasi.
Ketika mengunjungi Harakahdaily hari ini, Nurul Islam berkata, kerajaan Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam sudah tentu mempunyai autoriti yang berbeza.
"Kita minta kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang konkrit terhadap konflik yang sedang berlaku di Arakan hari ini," katanya.
Beliau juga menggesa kerajaan Malaysia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan keganasan yang berlaku di sana yang semakin meruncing.
Selain itu, katanya yang juga meminta kerajaan negara ini memberikan bantuan kemanusiaan bagi penduduk yang kini bakal menghadapi krisis makanan tidak lama lagi.
Bagaimanapun beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang cukup prihatin dengan nasib umat Islam di Arakan dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan dan makanan sejak konflik ini berlaku pada Mei lalu.
Justeru katanya, pihaknya mengambil perhatian terhadap bantahan yang dibuat oleh PAS dan NGO berikutan konflik di Arakan dan berharap agar ianya diteruskan pada masa akan datang di samping meminta semua rakyat berdoa untuk umat Islam di sana.
ARNO merupakan gerakan politik yang komited untuk mengikuti penyelesaian secara aman berhubung politik dan masalah Rohingya.
NGO ini bekerjasama dengan kuasa-kuasa demokratik negara dan warganegara etnik untuk membina semula Myanmar Kesatuan Persekutuan yang kuat. Ia menyokong demokrasi dan federalisme di Myanmar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan