Jumaat, 7 September 2012

ATAP GENTING...ATAP RUMBIA...MAKA KENA SEDAR DIRILAH...HANYA ALLAH MAMPU MENOLONG...BERDOALAH TANPA JEMU DAN PUTUS ASA...DISAMPING USAHA YANG BERLIPAT GANDA

Najib: 'Saya rasa nak umum pilihan raya dah'

6 September 2012
Najib: 'Saya rasa nak umum pilihan raya dah'
Najib Tun Abdul Razak (tengah) bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Jom Beraya Bersama Rakyat di Machang hari ini. - Foto Bernama
MACHANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan terbaru hari ini – kali ini di Kelantan – mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau "sudah mahu" mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak.

"Ambo rasa nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini adalah untuk masa depan kita," katanya dipetik Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah di sini, hari ini. Najib turut meluangkan masa menghadiri jamuan Aidilfitri di Besut hari ini.
Hujung bulan lalu, ketika berucap di Baling, Kedah, Najib secara berseloroh berkata, beliau sudah ada semangat untuk membubarkan Parlimen - bagi membuka laluan kepada PRU13, yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.
"Semangat nak bubar Parlimen... tengoklah dulu," kata beliau di akhir ucapannya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling.
Sebelum ini ramai meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau awal Julai lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Pun begitu ada yang menjangkakan ia hanya akan dipanggil selepas Februari depan.

Najib selaku Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen dengan memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Di Stadium Nasional juga, pada 11 Mei lalu, Najib menyampaikan ucapan dengan berseloroh bahawa "rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?"

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, perjuangan memartabatkan Islam di negara ini yang diperjuangkan parti itu adalah di landasan yang tepat dan mendapat pujian daripada pemimpin negara-negara Islam lain.

Perdana Menteri berkata, ia tidak seperti Islam yang diperjuangkan

pembangkang terutama Pas yang menggunakan Islam terutama hukum hudud semata-mata untuk berkempen semasa musim pilihan raya.

"Mesir kata Malaysia telah menjadi model negara Islam. Percayalah kita di landasan yang betul. Kita janji apa? Kita janji negara maju 2020, Janji Ditepati.

"Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya.

"Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata apa, fajar menyingsing, ayam berkokok kita akan laksanakan hudud. Ayam itu pun dah mati dan tua," katanya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Kira-kira 30,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu yang merupakan lawatan pertama Najib ke Machang.

Beliau turut memuji langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyokong langkah pihak tertentu baru-baru ini yang bertindak biadab ketika mengadakan satu perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara baru-baru ini.

"Ambo ucap terima kasih dan menulis surat pada Nik Aziz atas perkara itu," katanya.

Najib berkata, ia jelas menunjukkan Nik Aziz juga tidak menyokong langkah yang keterlaluan seperti sanggup memijak poster, menunjuk punggung dan membawa bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang seperti itu.

Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, segala kemahuan rakyat negeri ini akan dimasukkan dalam manifesto dan akan memperjuang perkara itu apabila Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum nanti.

"Kita masukkan apa sahaja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti," katanya.

Perdana Menteri juga kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program Umno dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN.
SU Agung Pas: MB Kedah 'lebih hebat daripada jangkaan'
JAMILAH HAMZAH
6 September 2012
Azizan Abdul Razak
Azizan kelihatan ceria dan sempat bergurau dengan jurugambar/wartawan yang hadir.
SHAH ALAM - "Saya terkejut daripada apa yang saya jangka.”
Demikian reaksi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika mengulas keadaan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang kembali meneruskan tugasnya semalam, berbanding ketika beliau melawatnya di hospital akhir bulan lalu.
Mustafa berkata, Azizan kelihatan “lebih hebat daripada jangkaan dan masalah kesihatan yang digembar-gemburkan, dia mesyuarat di bilik mesyuarat seperti biasa.”
Menurutnya lagi, walaupun doktor menasihatkan agar Azizan mengurangkan aktiviti, namun itu tidak membataskan pergerakkannya dan ia terbukti apabila menyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah semalam berjalan seperti biasa.
Mustafa menambah, hal itu membuatkan Pas Pusat buat masa sekarang tidak mengatur perancangan untuk menggantikan kedudukan Azizan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sebelum ini, Azizan dikatakan mengalami sakit teruk. Bagaimanapun ia dinafikan oleh isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang menegaskan beliau hanya dinasihat oleh doktor supaya berehat ekoran demam dan alahan.
Semalam, Azizan berkata, beliau tegas mengatakan masih mampu mengemudi Kerajaan Negeri Kedah, namun segala keputusan diserahkan kepada Pas Pusat.
Ketika ditemui di Wisma Darulaman, Azizan yang ceria sempat berseloroh dengan jurugambar dan wartawan.
“Tengoklah sendiri, saya sihatkan,” katanya, sambil ketawa.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah sempat bergurau dengan wartawan, mengatakan keadaan beliau semakin baik malah dirinya semakin kacak sejak kembali sihat.
“Makin kacak tak,” katanya, sambil mengenyitkan mata.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, Pas menyerahkan perjalanan dan urusan Kerajaan Negeri Kedah seperti biasa kepada Azizan.
“Kita tak masuk campur urusan kerajaan negeri itu, kita masih biarkan Azizan menjalankan kerjanya sebagi menteri besar seperti biasa.
“Pas  juga yakin beliau dapat lakukan tugasnya seperti biasa," katanya lagi.
'Semua Exco adalah Timbalan MB', kata Azizan
ROSLINDA HASHIM
6 September 2012
Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - “Semua Exco adalah Timbalan Menteri Besar,” tegas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, apabila ditanya desakan beberapa pihak yang mahu Kerajaan Negeri mewujudkan jawatan itu, ekoran masalah kesihatan beliau.
Katanya, sepanjang beliau bercuti sakit, semua anggota Exco menjalankan tugas dengan baik, bukan sahaja bawah portfolio masing-masing, termasuk membantu memantau portfolio yang disandangnya.
“Mereka buat kerja dengan cemerlang semasa ketiadaan saya di pejabat. Tiada perkara yang tertangguh sepanjang saya bercuti. Semuanya berjalan lancar kerana Exco tahu tugas masing-masing,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.
Ketika ditanya keperluan membincangkan perkara itu, memandangkan jawatan Timbalan Menteri Besar dicadangkan semula selepas Azizan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tahun lalu, Azizan berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini juga tidak mewujudkan jawatan itu ketika bekas Menteri Besar,Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit.
“Masa BN dulu mereka tidak buat pun. Masa itu pun, ada kes sakit juga,” katanya.

Pada 29 Ogos, Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan supaya jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan bagi meringankan beban tugas yang dipikul Menteri Besar, terutama ketika beliau sakit, bukannya bertujuan mengambil alih sepenuhnya tugas Menteri Besar.
Radzi sedih, Azmi tetap bantu BN
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
6 September 2012
Radzi Sheikh Ahmad
Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad
KANGAR - Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melahirkan rasa sedih dengan dakwaan Ahli Parlimen di Perlis yang juga bekas menteri dikatakan akan lompat parti sekiranya tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ini bukan masanya untuk membuat tuduhan, sebaliknya adalah bekerjasama memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah di negeri dan Persekutuan.

"Saya sedih dengan tuduhan itu, lebih-lebih lagi bukan dari luar. Ini dari dalam Umno sendiri. Sepatutnya dalam masa ini, Umno semua peringkat hendaklah bersatu menghadapi PRU.

"Ini PRU paling sengit, kita kena ingat, jadi hendaklah bersatu menghadapinya, bukan menuduh dengan dakwaan yang tidak berasas langsung," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Sinar Harian semalam yang menyebut bekas menteri yang masih menjawat Ahli Parlimen akan meninggalkan BN sekiranya tidak dicalonkan dalam PRU13.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen iaitu, Padang Besar disandang Datuk Seri Azmi Khalid; Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Arau, Datuk Ismail Kassim.

Hanya Azmi dan Radzi yang pernah menyertai kabinet di mana Azmi jawatan terakhirnya adalah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (ketika itu) manakala Radzi, Menteri Dalam Negeri.

Mengulas lanjut katanya, perbuatan sebegini boleh memecahbelahkan lagi parti dari dalam.

Katanya, beliau sentiasa akur dengan apa yang ditentukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya sudah lama dalam politik.... saya pun tak tahu saya 'Winable Candidate' atau tak, pengerusi akan tentukan segalanya," katanya.

Ditanya mengenai jawatan Menteri Besar, beliau berkata, "dicalonkan pun belum tahu lagi, inikan pula saya nak jadi MB".

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid, beliau menafikan akan lompat parti sekiranya tidak dicalonkan PRU13.

Sebaliknya, beliau bertegas akan terus memberikan sokongan dan bantu siapa saja calon yang diputuskan.

"Saya tidak akan lakukannya (lompat parti), itu hanya cerita mereka-mereka saja. Tidak perlu serius.

"Dengan pengalaman yang sedia ada, saya akan bantu sebaik mungkin dalam menghadapi PRU akan datang ini," katanya yang kini dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Kenyataan Karpal tidak jejas hubungan baik PR
Wartawan Sinar Harian
6 September 2012
Kenyataan Karpal tidak jejas hubungan baik PR
Nik Aziz (dua kiri) disambut mesra oleh Nik Amar (kiri) dan pegawai peribadinya, Hasan Mamat (kanan) pada sambutan Hari Raya Pas, Pengkalan Chepa, semalam.
KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan keupayaan, hukum hudud dalam mengatasi jenayah di Malaysia, langsung tidak menggugat hubungan baik sesama Pakatan Rakyat (PR).

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hukum hudud bukan dilaksanakan di bawah undang-undang Pas, sebaliknya ia merupakan hukum Islam yang dilaksanakan di beberapa negara Islam sejak penubuhan negara Islam lagi, termasuk di Arab Saudi yang jelas dapat mengurangkan kadar jenayah di negara itu.

"Perkara ini tidak perlu diperbincangkan kerana ia adalah hukum agama dan bukan ideologi, kalau hukum dunia kita boleh tolak tapi jika kita sebagai golongan Islam, tolak agama maka akan terima pembalasan di akhirat kelak.

"Hudud lebih baik dari hukuman gantung sampai mati, walaupun pencuri dipotong tangannya atas kesalahan itu, sekurang-kurangnya dia (pesalah) masih boleh bekerja dan ia boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat, jika melakukan kesalahan seumpama itu mereka akan menerima hukuman setimpal," katanya kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama di sini semalam.

Hadir memeriahkan majlis, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, Wan Ubaidah Omar.

Mengulas mengenai isu terbabit, beliau berkata, kenyataan pucuk pimpinan DAP itu, langsung tidak menjejaskan hubungan di antara PR malah mengukuhkan hubungan antara mereka kerana perlaksanaan hukuman itu jelas termaktub dalam Islam walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.
Polis masih buru 3 lagi peserta Janji Bersih
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
6 September 2012
Gambar Najib kena pijak
Tindakan sekumpulan peserta himpunan yang memijak gambar pemimpin adalah tidak wajar.
KUALA LUMPUR – Polis masih mengesan tiga lagi peserta Janji Bersih yang dipercayai terlibat dalam kejadian memijak gambar pemimpin negara, memperkenalkan dan mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ semasa perhimpunan di Dataran Merdeka, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, setakat jam 10.30 malam semalam, lima individu iaitu dua wanita dan tiga lelaki sudah ditahan serta dibebaskan.

“Mereka dibebaskan selepas keterangan diambil. Setakat ini, individu lain sedang dikesan dan jika mereka gagal serah diri, kita akan menahan mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Polis Kuala Lumpur di Pasar Seni, hari ini.

Semalam, seorang model sambilan berusia 19 tahun ditahan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Selatan manakala teman lelakinya berusia 20 tahun ditahan di Balai Polis Taman Pelangi Indah, Johor.

Seorang pelajar kolej di Kuala Kubu Bahru berusia 19 tahun turut ditahan di IPD Dang Wangi dan seorang lagi wanita berusia 19 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sebelum itu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang menunjukkan punggung pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di kolejnya di Cheras, Selasa lalu.
Ahmad Bashah: Tindakan Anwar sampai tazkirah politik jejas keharmonian masjid

6 September 2012
ALOR SETAR - Tindakan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan masjid sebagai medan politik telah menganggu keharmonian institusi masjid, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
  
Beliau berkata masjid tidak harus dicemari dengan aktiviti berpolitik dan perkara itu perlu dihormati oleh semua pihak.
  
"Di Kedah, jemaah telah ada kesepakatan tidak rasmi bahawa masjid tidak harus dicemari dengan aktiviti berpolitik dan kesepakatan itu dihormati oleh semua pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau mengulas kekecohan di Masjid Al-Hussin, Kampung Seberang Pumpong di sini Sabtu lepas ekoran bantahan khariah masjid berkenaan yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar menyampaikan tazkirah di situ.
  
"Saya difahamkan imam masjid telah berjanji dengan penduduk kampung bahawa Anwar hanya datang untuk sembahyang sahaja tanpa tazkirah tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
  
"Penduduk menyuarakan bantahan mereka kerana mahu mempertahankan kerukunan masyarakat serta tidak mahu masjid mereka dicemari dengan ceramah politik," katanya.
  
Beliau berkata kejadian di Masjid Al-Hussin itu harus menjadi pengajaran bahawa masjid tidak boleh dijadikan pentas politik mana-mana pihak. - Bernama

GAMBAR2 DARI FACEBOOK....

 PILIH KASIH.!!
ISU PIJAK GAMBAR - Bila Penyokong PR Siarkan Gambar Pemimpin Mereka Dipijak & Dikencing Serta Dibakar,,, Pihak Mereka Cakap Pergilah Report Supaya Tindakan Susu...
‎12 Mutiara Peninggalan Imam Shafie...


Ini kes pun samalah...POLIS tak kisahpun kan!

Tawaran Pakatan Rakyat jika berjaya ke Putrajaya. Apa kata anda?


Tiada ulasan: