Isnin, 24 September 2012

KADANG2 APA YANG KITA BUAT...MENJELASKAN@BAGI CONFIRM KITA ADALAH PUAK YANG SUKA MAIN JAHAT@GUNA TAKTIK KOTOR...TAKUT MAKAN DIRI BALIK

Hukum Gantung Gambar Bernyawa

by admin on February 12, 2012

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding di dalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Sumber: http://www.ustazazhar.net/

Berani ke Najib 'jahit' mulut Dr M?

Abdul Aziz Mustafa, 24 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani 'menjahit' mulut Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui bila pilihan raya boleh diadakan kerana Najib tidak dijangka berani menutup mulut Dr Mahathir.

"Hari demi hari Najib melihat kenyataan demi kenyataan Dr Mahathir yang makin memburukkan lagi peluangnya untuk mendapatkan kemenangan yang diharap-harapkannya untuk Umno dan Barisan Nasional.

"Dengan keadaan sedemikian, Najib tidak mampu mengadakan pilihan raya dalam keadaan peluangnya kian diburukkan seperti yang berlaku kepada Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2008 dahulu," kata Mahfuz.

Meskipun demikian, katanya lagi, Najib tidak berani menjahit mulut Dr Mahathir yang dilihat umum semakin hari semakin mengancam peluangnya.

"Menyuruh Najib menjahit mulut Dr Mahathir samalah seperti menyuruh tikus menggantung loceng ke leher kucing," katanya.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan "kita adalah syaitan yang orang kenal" akhirnya menyebabkan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya.

"Dr Mahathir menggunakan simpulan bahasa atau idiom Inggeris tetapi tindakannya itu menyebakan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya," kata Mahfuz (gambar).

Bekas Perdana Menteri juga, kata Mahfuz, menghakis keyakinan rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil apabila memberi gambaran jika Umno dan BN menang pilihan raya umum akan datang sekalipun, kerajaan pimpinan parti itu akan kekal lemah.

Malah, Dr Mahathir menyifatkan kerajaan yang kekal lemah itu menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan.

"Memburukkan lagi peluang Najib ialah apabila bekas Presiden Umno itu memberi gambaran bahawa kerajaan Najib ialah kerajaan yang menghampiri rasuah," kata Mahfuz.

Dr Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia menghampiri kepada pembelian undi.

"Dr Mahathir memang kata perbuatan Najib itu menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah. Tetapi, yang rakyat faham ialah kerajaan Najib mengamalkan rasuah untuk mendapatkan sokongan.

"Perkataan menghampiri yang Dr Mahathir gunakan itu hanya untuk melunakkan tetapi yang sebenarnya memang beli undi secara terang-terangan," katanya.

Mahathir mudah lupa...rakyat tak lupa apa hang buat dengan Soros

http://sharpshooterblogger.blogspot.com, 24 Sep 2012

Versus 5, juara Futsal 25 Tahun Harakah

Harakahdaily, 24 Sep 2012
SUBANG JAYA: Kejohanan Futsal Piala Tok Guru sempena 25 Tahun Harakah berlangsung dengan jayanya dan penuh meriah semalam.

Bertempat di Ferro Futsal Center Subang Jaya, sebanyak 96 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut bagi merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan pihak penganjur.

Program bermula seawal jam 9 pagi dengan acara perasmian kejohanan yang telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Abdul Fatah Mahmood merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri.

Sejurus memberi ucapan ringkas, sebagai gimik, beliau telah mengambil sepakan penalti dengan menendang masuk bola ke gawang gol.

Kesemua 96 pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada 24 kumpulan dengan masing-masing 4 pasukan setiap kumpulan.

Sebanyak 8 gelanggang digunakan serentak untuk kejohanan kali ini dengan perlawanan secara liga untuk pusingan pertama.

Setiap pasukan akan melalui lima pusingan perlawanan sebelum menempah tiket ke suku akhir yang diadakan secara kalah mati.

Perlawanan untuk pusingan pertama berjaya diselesaikan sebelum Zohor menyaksikan 48 pasukan iaitu johan dan naib johan kumpulan mara ke pusingan seterusnya.

Sebelum bermula pusingan kedua, pihak penganjur memberi ruang rehat 30 minit kepada para pemain untuk solat secara berjemaah di dalam gelanggang utama yang disediakan penganjur.

Selepas itu, perlawanan kemudian diteruskan sehingga tamat pusingan kelima dan suku akhir kira-kira jam 4.30 petang.

Untuk peringkat separuh akhir dan akhir, penganjur membuat kelainan dengan kesemua perlawan diadakan di gelanggang fifa.

Dua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir adalah Versus 5 A dan MBC B dan menyaksikan pasukan Versus 5 A berjaya merangkul kejuaran setelah membenam MBC B 2-0.

Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3,000 berserta medal dan piala kejohanan.

MBC B selaku naib johan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 juga berserta medal dan barangan hamper.

Tempat ketiga pula dimenangi pasukan Dani FC dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1, 500 beserta medal manakala tempat keempat dimenangi pasukan Dacs Bangi A yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi merangkap pengerusi Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan negeri.

Rashid Ghannushi: Memberi imej baru kepada Tunisia

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 24 Sep 2012

(Rachid Ghannouchi ketika diwawancara oleh Al Jazeera)

TUNIS: Tunisia adalah tempat di mana segalanya bermula. Tindakan seorang lelaki terdesak mencetuskan revolusi dan menjadi inspirasi kepada gelombang perubahan di seluruh dunia Arab.

Tetapi dua tahun selepas Mohamed Bouazizi membakar dirinya, ke manakah hala tuju Tunisia sekarang?

Sudah pastinya demokrasi adalah lebih baik: buat pertama kalinya dalam lebih daripada empat dekad rakyat membuang undi dalam proses yang bebas dan adil yang melantik presiden dan ahli himpunan yang baru.

Tetapi rundingan untuk menulis perlembagaan baru yang akan mengabadikan nilai baru Tunisia bergerak seolah-olah  sangat perlahan.

Antara isunya adalah soalan tentang peranan agama, pembahagian kuasa dan status wanita - dan di tengah-tengah perbahasan tersebut adalah seorang lelaki.

Kepada ramai orang, Rashid Ghannushi adalah figur yang tidak menentu.

Beliau adalah  lawan diktator lama - dipenjarakan, diseksa dan dibuang kerana pandangan-pandangan beliau - falsafah dan pemikiran Islam yang progresif.

Sesetengah yang lain pula takut kepada partinya, Ennahda atau Parti Pembaharuan, adalah pelopor untuk Islamisasi yang menjalar di Tunisia, dan Ghannushi sendiri bekerja untuk khilafah Islam yang baru.

Sedang rusuhan merebak ke seluruh dunia Arab sebagai tindak balas kepada treler filem hina Nabi, Ghannushi berkongsi pandangan beliau mengenai reaksi ganas umat Islam, "Ia adalah berita yang amat menyedihkan bagi saya kerana perkara ini hanya membantu pihak anti-Islam.

"Sesiapa yang merancang jenayah ini dengan niat atau tanpa niat, mereka telah memusnahkan dialog antara Islam dan Barat, mereka membantu Islamofobia di dunia.

"Keganasan bukan penyelesaian, ia adalah sebahagian daripada masalah," Ghannushi memberitahu Talk to al-Jazeera.

"Kami mempunyai banyak masalah dalam kalangan orang Islam dan sesetengah negara Barat, tetapi keganasan bukan penyelesaiannya.


"Ia boleh meningkatkan masalah dan kesukaran dan ia mendesak ke arah peperangan antara bangsa dan agama. Ia bukan [sebahagian] politik Islam."

Beliau juga bercakap mengenai demokrasi, Islam dan masa depan Tunisia.

KLIK UNTUK TONTON TALK TO AL JAZEERA DENGAN GHANOUSHI

'Demokrasi terpimpin' ala Sukarno di universiti?

Zairil Khir Johari, 24 Sep 2012
Esok bakal berlangsung pilihan raya kampus bagi 15 lagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), sesudah lima IPTA selesai memilih majlis perwakilan pelajar masing-masing minggu lalu. Pada Hari Malaysia, mahasiswa telah berhimpun dan berarak di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihanraya kampus yang bersih.
Saya tertarik dengan laporan akhbar Sinar Harian pada 21 September lalu yang memberitakan bahawa Pro-Aspirasi berjaya kekal kuasa di UiTM, sambil memetik Naib Canselornya, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, sebagai berkata bahawa seratus peratus pemimpin mahasiswa yang bertanding adalah “calon Aspirasi UiTM”.
Ini amat menghairankan saya.
Jika semua calon yang bertanding adalah calon Pro-Aspirasi, bagaimanakah yang dikatakan mereka ini dapat “kekal berkuasa” di Universiti Teknologi Mara? Siapakah lawan politik mereka jika bukan berlawan sesama sendiri? Apakah ini yang dinamakan demokrasi? Atau adakah ini sebenarnya “demokrasi terpimpin” ala Sukarno yang dipupuk oleh pihak universiti?

Saya tambah keliru dengan konsep Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menjadi amalan universiti-universiti kita pada hari ini. Rata-rata saya saksikan mereka sekadar menjadi jawatankuasa pemudahcara antara pihak pentadbir universiti dengan pelajar.
Saya tidak hairan jika ada segelintir mahasiswa yang melabelkan mereka sebagai “staf sokongan” kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar, memandangkan peranan yang dimainkan oleh MPP adalah sekadar membantu pihak universiti untuk melaksanakan dasar-dasar universiti. Lebih teruk lagi apabila MPP diarahkan supaya melaksanakan aspirasi dan dasar-dasar kerajaan.
Di sini, saya ingin merujuk kepada pendedahan video (http://youtu.be/S7A6gGZQfUI)  yang menunjukkan bagaimana seorang pentadbir universiti mempengaruhi jawatankuasa kolej kediaman untuk menyokong kerajaan UMNO-BN dalam taklimat beliau menjelang pilihanraya kampus. Pentadbir tersebut didakwa adalah seorang Penolong Naib Canselor di sebuah IPTA.
Jika isi kandungan video tersebut adalah benar, maka apa yang terjadi adalah campurtangan berat daripada pihak pentadbiran universiti dalam mencatur pilihan raya kampus supaya dimenangi oleh calon-calon yang disenangi pihak pentadbiran. Campurtangan sebegini wajar dikutuk dan ditentang kerana ia merupakan satu pencabulan demokrasi yang nyata.
Sewajarnya mahasiswa diberi kebebasan untuk memilih sesiapa sahaja daripada kalangan mereka untuk mewakili suara mereka di peringkat pentadbiran, dan bukannya menjadi suara pentadbiran kampus di kalangan mahasiswa. Sebarang usaha untuk mencatur pilihan raya kampus oleh pihak pentadbiran mestilah dihentikan.
Universiti seharusnya menjadi medan percambahan idea, dan tiada cara lain yang lebih afdal berbanding pilihan raya kampus, yang dapat membuka ruang perdebatan dan kapasiti pemikiran para mahasiswa.
Rugilah sekiranya mahasiswa dinafikan hak memilih dan bertanya jika mereka terus diancam dan diugut dengan sentimen kaum dan keamanan, dan seterusnya dididik untuk menjadi robot yang dihasilkan kilang-kilang sumber manusia untuk menjana ekonomi semata-mata, dan kekal bisu tidak menyoal.

Penulis ialah Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY.

Aishah akan teliti jika ditawarkan bertanding

Mohd Sabri Said, 24 Sep 2012

BUKIT MERTAJAM: Selebriti tanahair, Wan Aisyah Wan Ariffin atau Aishah berkata beliau akan meneliti, mengkaji serta solat istiqarah terlebih dahulu sekira kepimpinan PAS menawarkan secara rasmi untuk dirinya bertanding atas tiket PAS pada pilihanraya umum akan datang.

Menurutnya, setakat ini memang ada suara menggajak untuk dirinya bertanding tetapi terpaksa menolak dengan alasan belum bersedia kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada kepimpinan PAS terutamanya dari kepimpinan Dewan Muslimat tentang dunia politik.

"Saya tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memberikan jawapan selagi ilmu belum penuh dalam bidang politik.

"Masih banyak saya kena belajar sebab berpolitik bukan mudah sepertimana yang disangkakan.

"Justeru itu, jika ada tawaran secara rasmi pun saya tetap akan mengkaji, meneliti dan solat istiqarah kerana bimbang tanggungjawabnya amat berat, " terangnya ketika menjawab persoalan peserta dan peminatnya dalam program Hi-Tea bersama Aisyah di Padang Awam, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam semalam.

Aishah, bekas pelajar Sains Politik dari Universiti Auckland, New Zealand disebut-sebut akan bertanding atas tiket PAS di sebuah kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang kata putus dari pihaknya atau PAS walaupun beliau mempunyai peluang besar di sana.

Menurut Aishah, tekadnya hanya satu  ketika mengisi borang keahlian PAS, iaitu untuk menjadi jentera PAS untuk memastikan PAS melangkah ke Putrajaya.

Sebagai golongan artis jelasnya, kemasukan ke dalam PAS sekadar menjadi daya tarikan
supaya masyarakat yang selama ini merupakan peminatnya turut serta ke program yang PAS anjurkan.

"Bila mereka (peminat) datang bertemu di majlis anjuran PAS sekaligus memberi 'point' pada PAS itu sendiri.

"Tambahan lagi bila saya ceritakan pengalaman pahit yang pernah dilalui setelah aduan kepada Menteri yang terlibat dengan Hal Ehwal Wanita tidak diendahkan pasti ada yang simpati dan mengangap Barisan Nasional  (BN) bukan tempatnya bergantung harap sebab orang yang ada nama pun tidak diberikan perhatian apatah lagi masyarakat biasa," ceritanya pada ratusan hadirin.


(Antara peminat dan orang ramai yang datang berdialog dengan Aishah)

Aisyah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' di era 90 an menambah, kebangkitan masyarakat tanpa kira Melayu, Cina dan India membuktikan Pakatan Rakyat sudah bersedia mengambil alih pemerintahan dari pemerintahan yang zalim dan tidak mengambil peduli kesengsaraan rakyat bawahan.

Peluang itu harus diambil kerana lagi lama BN memerintah, sambungnya, rakyat bertambah miskin, harga barangan melambung berkali ganda dan hak rakyat dianak tirikan.

Turut sama hadir ke program anjuran Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Bukit Mertajam dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Alma Jaya itu ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa, Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir, Datin Siti Fatimah Osman, Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Mertajam, Norazman Ishak, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Bukit Mertajam, Puan Noriah, Timbalan YDP PAS Bukit Mertajam , Mohd Bakar Awang dan Ketua PAS  Cawangan PAS Alma Jaya, Rosli Hasan.

Anwar setuju terima bantuan jet peribadi

Muhammad Faizal, 24 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isu penggunaan jet peribadi ketika beliau ke Sabah dan Sarawak tidak pernah disembunyikan.

Malah beliau turut meminta Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk mengambil gambar dan menyebarkannya melalui laman twitter agar semua rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

"Penggunaan jet peribadi ini adalah bagi perjalanan saya dari Kuala Lumpur, Labuan, Kota Kinabalu dan Kuching seterusnya balik semula ke Kuala Lumpur.

"Saya melihat mereka memperbesarkan isu ini yang lebih kepada kepentingan peribadi mahupun wujud unsur rasuah, malah kita lebih telus memberitahu kepada semua dan perkara ini boleh disemak," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.

Anwar turut memberitahu, beliau telah menjelaskan perkara tersebut melalui laman twitternya sebelum ini.

"Mereka yang ingin mengetahui siapa pemilik jet tersebut boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia kerana semua maklumat pemilik ada dalam simpanan DCA," sambungnya lagi.

Anwar yang sebelum itu memberitahu, beliau dihubungi rakannya bahawa ada seorang individu yang sanggup memberi kebenaran beliau menggunakan jet peribadi tersebut.

"Jet peribadi ini diuruskan oleh rakan saya dan siapa pemiliknya mereka yang ingin mengetahui oleh hubungi DCA.

"Ia macam saya bila kereta rosak, maka kawan akan memberi pinjam kereta mereka begitulah urusan penggunaan jet tersebut," sambung beliau lagi.

Anwar yang secara berselorok menyatakan beliau hari ini juga terpaksa meminjam baju kot dari rakannya kerana tidak membawa bajunya sendiri serta menyifatkan itu perkara biasa apabila ada rakan ingin membantu.

"Saya tahu banyak isu akan ditimbulkan dan sebelum saya bersetuju untuk menerima bantuan jet peribadi itu, saya telah pastikan bahawa pemilik tersebut tidak mempunyai apa-apa kepentingan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Umno dan MCA cuba memperbesarkan isu ini adalah bertujuan untuk menakutkan ahli-ahli perniagaan agar tidak lagi membantui Pakatan.

"Tetapi mereka terus merahsiakan isu-isu rasuah, penyelewengan serta penggunaan dana awam untuk kepentingan mereka sendiri," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut memberitahu jika ada ruang dari ahli-ahli perniagaan yang ingin meminjam jet peribadi mereka beliau mengalu-alukannya terutamanya apabila hampir pilihanraya nanti.

"Kita perlukan helikopter di Sabah dan Sarawak termasuk jet peribadi untuk urusan kita (Pakatan) jika terlalu terdesak untuk ke mana-mana," tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Lihatlah betapa terdesaknya puak itu

http://tukanglawan.blogspot.com, 24 Sep 2012

Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Selain itu, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.

Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan,
" kata penerbit itu lagi.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Terdesak memang terdesak, cuba la tukar taktik, taktik burukkan kerajaan negeri dengan isu air ni jadi bahan gelak nanti.

Tiada ulasan: