Ahad, 30 September 2012

GUNAKAN OTAK UNTUK BERFIKIR...JANGAN TAKSUB HINGGA DAYA FIKIR TAK BERFUNGSI DENGAN BETUL

Cermin kereta dinaiki Salahudin dipecah

Hazayani Zakaria, 30 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari tadi.

Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi tadi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.

"Kita percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk mengadakan perhimpunan hari ini sebab itu melakukan perbuatan khianat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun laporan polis belum lagi dibuat berhubung kejadian itu.

Salahuddin yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) sementara itu berkata, himpunan yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk pagi tadi berlangsung dalam keadaan aman dan dikawal polis walaupun pelbagai ugutan diterima.

"Banyak ugutan yang kita terima termasuk sms, panggilan telefon berbentuk amaran agar kita tidak meneruskan himpunan,"
katanya.

Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid.

Himpunan pagi tadi bagi membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.

Budaya ‘one off’ didik sindrom kebergantungan

Harakahdaily, 30 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat kerajaan yang mengamalkan budaya one off akan melaporkan sindrom kebergantungan yang tidak sihat di kalangan rakyat.

“Peruntukan one off benar-benar menggunakan pendekatan "memberi ikan" bukan memberi "pancing",” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, kesan jangka panjang ialah apabila rakyat terlalu bergantung kepada bantuan dan sikap berpuas dengan menerima bantuan wang tunai menjadi budaya yang membunuh daya usaha.

“Kami melihat inilah kali pertama  bantuan one off yang sangat banyak diberi kepada rakyat dalam sepanjang pembentangan belanjawan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, ujarnya tidak boleh dielakkan dari tanggapan bahawa ini adalah belanjawan populis yang dirangka untuk meraih undi menjelang PRU13.

Ditambah lagi, kata beliau bahawa budaya berbelanja di kalangan pengguna di negara ini masih menunjukkan tabiat boros dan tidak cermat, akan menyebabkan aliran wang tunai tidak produktif malah pembaziran yang tinggi akan berlaku.

Menrutnya, dengan memberi rebat membeli iPhone RM200 di kalangan anak muda dalam belanjawan kali ini,  tidak sama sekali memberi impak positif kepada ekonomi negara melainkan memberi keuntungan amat lumayan kepada pihak pembekal yang berkemungkinan diselaputi amalan kronisme.

“Kami mendapati belanjawan ala kenduri besar menjadi ciri kepada kepada peruntukan yang cuba ditonjolkan dalam belanjawan kali ini tanpa mengambilkira akibat buruk yang melanda kewangan negara akan berlaku,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, prinsip berhemat dan menyekatkan ketirisan serta salah perbelanjaan dalam pengurusan nampaknya tidak menjadi asas dalam belanjawan kali ini.

Sebab itu, katanya Teras berpendirian belanjawan ini kelihatan sangat terdesak dan bersifat sensasi kempen terakhir yang diguna untuk menarik sokongan pengundi sehingga janji pembayaran one off diharap dapat memenangi sokongan yang tersisa dalam PRU13.

Menurut beliau, bagi pengundi yang bijak dan prihatin terhadap masa depan negara kita mahu kewangan negara diuruskan dengan professional dan berintikan budaya etika yang tinggi dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab.

Beliau menambah, apa gunanya mengedar wang tunai kepada rakyat sedangkan akhirnya wang itu terarah kepada hidup boros dan membazir.

“Kami juga sangat khuatir bahawa dengan unjuran pertumbuhan ekonomi yang sangat bergantung kepada tren ekonomi dunia yang tidak menentu dan muram menyebabkan pendekatan one off akan memberi kesan kepada aliran tunai kewangan negara.

“Kami kecewa kenapa belanjawan yang dibentangkan untuk 16 tahun berturut-turut masih menunjukkan belanjawan defisit. Selain ekonomi yang dipengaruhi oleh iklim pasaran dunia, kerajaan sepatutnya serius menangani elemen salah urus, pembaziran, rasuah, kronisme dan perbelanjaan berlebihan yang berleluasa dalam pentadbiran yang ada,” ujarnya.

Mohd Azmi berkata, umum mengetahui betapa kos perniagaan di negara ini adalah tinggi akibat karenah birokrasi dan amalan rasuah yang tinggi di negara ini.

Menurutnya, jika bancian dilakukan kepada usahawan kecil dan sederhana, gambaran yang diberi ialah rasuah menjadi kos yang mesti diambilkira dalam perniagaan jika pengusaha mahu memastikan perniagaannya boleh bet langsung dengan lancar.

“Sebab itu kami berpendapat bahawa pelbagai projek mega dan pemberian one off dalam belanjawan kali ini tidak produktif dalam jangka masa panjang malah menyebabkan aliran tunai kewangan negara akan menjadi  tidak seimbang,” katanya.

Tambahnya, kerajaan one off akan menjadi jenama yang akan dilabel oleh rakyat kerana rakyat akan melihat bahawa kerajaan yang ada bukan melihat kesejahteraan dalam jangka masa panjang akan tetapi memuaskan kehendak yang singkat namun memangsakan nasib generasi mendatang.

Negara perlu peruntukan bina generasi berintegriti

Nasrudin Hassan, 30 Sep 2012
1. Masalah utama ekonomi negara ialah pada mereka yang menguruskan kewangan negara yang sebati dengan budaya ketirisan, kebocoran, pembaziran dan diancam gelaja rasuah yang berleluasa. Memacu pertumbuhan ekonomi tidak hanya dilihat pada nilai dan jumlah angka yang ditabur kepada rakyat untuk mengembirakan penerimanya tetapi mesti juga memastikan operasi kawal aliran serta kitaran ekonomi yang telus, saksama dan adil.
2. Oleh yang demikian, pemacu ekonomi negara perlu diperkaya dengan keutuhan nilai dan spiritual. Jika pengurus dan pemacu ekonomi negara tidak cakna dosa dan pahala dalam mengusahakan pendapatan dan perbelanjaan negara, belanjawan sebaik manapun tiada guna, apatah lagi satu belanjawan yang berPhD dalam berbelanja tapi masih bertadika dalam meningkatkan hasil negara.

3. Berlakunya rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah adalah berpunca dari rendahnya nilai modal insan yang dimiliki oleh negara.  Sebagaimana berlakunya jenayah, salah laku moral dan aneka kemungkaran adalah berpunca juga dari tandusnya agenda atau program membina spiritual sepantas pembinaan material yang mencakar langit. Jangka panjang, segala gejala negatif tersebut akan meruntuhkan peradaban negara dan tamadun kemanusiaan.

4. Belanjawan yang dibuat semata-mata untuk mendapatkan undi adalah sangat tidak sihat dalam pertumbuhan ekonomi negara. Candu hari ini adalah racun pada generasi yang akan datang. Ini mengkhianati Allah swt Tuhan yang menurunkan rezeki. Fenomena ini akan berterusan tanpa pembangunan spiritual yang mantap selari dengan pertumbuhan material. Jesteru, negara terus akan mengalami kepincangan ketara kerana sumber manusia  atau modal insan adalah faktor terpenting untuk memastikan pengurusan ekonomi terlaksana dengan baik dan gemilang.

5. Lebih menyedihkan, Belanjawan 2013 terus mengenepikan pertumbuhan spiritual rakyat – yang penting untuk membina benteng kepada menularnya gejala rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah yang telah menjadi budaya pemerintah masa kini.

6. Sebagai negara yang diterajui oleh pemerintahnya yang majoritinya beragama Islam, perlu ditegaskan institusi membina kefahaman, kesedaran dan penghayatan Islam kepada rakyat harus diberi penekanan mulai sekarang demi pembangunan negara masa hadapan. Negara perlu melahirkan generasi yang berintegriti untuk menggantikan generasi pemerintah kini yang sudah sebati dengan gejala rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah.

7. Atas sebab itu, sayugia pembangunan Islam mesti dijadikan agenda terpenting sebagai sebahagian dari "mesin" yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan sumber manusia yang mempunyai kredibiliti.

8. Sehubungan itu, amat dikesali sehingga kini tiada usaha berkesan dan peruntukan wajar untuk Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang bertaburan dalam negara kita untuk membangun minda dan jiwa anak bangsa. SAR terus dianak tirikan dan terus menjadi mangsa dendam politik yang tidak memulangkan kebaikan kepada rakyat khasnya ummat Islam.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

FIKIR2KAN...SAPE YANG BODOH...APA YANG LEBIH PENTING....PEMBANGUNAN ROHANI JANGAN TERLEPAS PANDANG...HUDUD JANGAN ABAIKAN

19 maut pesawat terbakar sebelum terhempas



ORANG RAMAI menyaksikan bangkai pesawat syarikat Sita Air yang terbakar selepas ia terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu semalam.



KATHMANDU - Seramai 19 orang maut apabila pesawat yang mereka naiki terhempas selepas dua minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di sini semalam.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Nepal, juruterbang pesawat tersebut melaporkan, pesawat itu berlanggar dengan seekor burung beberapa saat sebelum nahas itu berlaku.
Beberapa saksi memberitahu, mereka menyaksikan salah satu sayap pesawat itu terbakar, manakala beberapa penumpang menjerit sebelum ia terhempas kurang satu kilometer dari lapangan terbang tersebut.
Warga asing yang terbunuh itu ialah tujuh rakyat Britain dan lima pelancong China.
Baki mangsa yang terbunuh ialah warga Nepal termasuk tiga kru penerbangan.
Pesawat itu terhempas ketika menuju ke bandar Lukla yang dikenali sebagai pintu masuk ke Gunung Everest. - Agensi

Anggota tentera Thai menari tarian kuda



GAMBAR rakaman video yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa anggota tentera laut menari tarian kuda di Pulau Phuket.



BANGKOK - Beberapa anggota Tentera Laut Diraja Thailand menari tarian kuda yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam muzik video Gangnam Style, lapor agensi berita AP semalam.
Klip video yang menunjukkan anggota tentera itu menari tarian tersebut dimuat naik di laman YouTube pada Khamis lalu.
Seorang pegawai tentera laut, Leftenan Komander Patiroop Khemtis berkata, klip tersebut disiarkan semasa parti tahunan yang diadakan di sebuah pangkalan tentera di Pulau Phuket, selatan Thailand pada Rabu lalu.
Tarian kuda itu kini menjadi popular di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat (AS).
Video muzik Gangnam Style telah ditonton lebih 292 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.
Tarian tersebut juga menyebabkan Psy, 34, menjadi terkenal di AS dan dipikat menjadi artis syarikat Schoolboy Records milik Scooter Braun.
Braun merupakan pengurus penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber. - Agensi

2.7 juta orang bujang dapat BR1M 2.0


NAJIB bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas sesi pembentangan Bajet 2013 di Parlimen semalam.



KUALA LUMPUR - Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua atau BRIM 2.0 akan diteruskan tahun depan dengan golongan penerimanya bukan sahaja membabitkan 4.3 juta isi rumah tetapi manfaatnya diperluaskan kepada 2.7 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas.
Golongan bujang itu akan menerima bayaran RM250 dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran tersebut akan dibuat awal tahun depan.
"Hasrat kerajaan memberi bantuan ini kepada isi rumah berpendapatan rendah serta golongan bujang bukan satu langkah populis tetapi manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan secara berhemah," kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam

Subsidi gula dikurangkan 20 sen

KUALA LUMPUR - Harga gula dijangka naik selepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi barangan itu sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini selepas mengambil kira isu kesihatan rakyat termasuk yang membabitkan 2.6 juta penghidap diabetis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 semalam memberitahu, pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
"Walaupun subsidi dikurangkan, kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya.
Pada masa ini harga gula kasar ditetapkan kepada RM2.30 sekilogram manakala gula halus pula RM2.40.

Gula naik tiada laporan pesakit diabetes berkurang

Salmiyah Harun, 29 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.
Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.
"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.
Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.
"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.
Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.
Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.
"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.
Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.
"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya.

1.5 juta belia dapat rebat RM200 beli telefon pintar 3G



GOLONGAN muda berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dapat membeli set telefon pintar dengan harga lebih murah pada tahun depan di bawah program Bajet 2013.



KUALA LUMPUR - Seramai 1.5 juta belia di negara ini akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara sekali bayar bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakej khas itu yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
"Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pelaksanaan rebat ini," jelas beliau ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.

 DARI FB

Time aku pula nak komplain bab bajet 2013. Hoi penyokong umno... buka mata tu luas2. Baca elok2 apa yang aku tulis neh.

Pinjaman tekun untuk kaum india.

Dasar bodoh dari bn. Dah berapa banyak kali aku ulang. Jangan buat block kaum utk agih bantuan la baghal. Buat je macam neh. rm200juta untuk seme usahawan dan peniaga kecil yang layak tanpa kira kaum. Ko buat block kaum melayu dapat rmblablab.. india dapat rmblablabla, cina dpt rmblablabla.. rakyat malaysia yang bukan terdiri dari kaum cina india melayu macam mana?

Sebab tu dasar tersebut tak relevant. Lagipun mana nak tahu berapa banyak india cina melayu yang perlukan modal dan bantuan pinjaman tersebut. Better buat merit, sapa layak dia mohon. Bukan ikut kaum. BONGOK punya bn.

Rebet untuk smartphone 21 - 30

Satu lagi idea bangang dari najib. Sapa jadi penasihat dia neh? Memang bijak. Bijak menjahanamkan najib dan bn. Terima kasih aku ucapkan. Smartphone bukan barang keperluan. Walaupun tak nafikan betapa pentingnya peranan smartphone dalam menjahanamkan bn tetapi still ia bukan barang keperluan.

Rata2 smartphone low end dah jadi mampu milik. Tue stock baru. Kalau second hand pun bleh dapat high end punya. Kesimpulan nya idea bodoh datang dari manusia bodoh. Opss pm aku yang bodoh rupanya.

Dari sini jek kos rm300 juta terbazir. KRONi mana lah yang datang duit tu seme. Celake. Pendidikan percuma tak boleh smartphone haram jadah boleh. Pendidikan itu keperluan, smartphone bukan. Benda simple tak bleh fikir. Otak udang punya pm.

Skim rumah pertamaku.

Aku nampak ada penambahbaikkan dalam skim neh. Aku sokong usaha najib dalam meringankan kriteria pemohon2 skim rumah pertamaku tetapi still ia tak cukup cantik utk dapat 5 bintang. Nak bagi dia nampak cantik mudah jek.

Skim rumah pertamaku haruslah terbuka kepada seme jenis rumah walaupun rumah itu tidak dibina di bawah prima. Nak tunggu prima buat rumah kat kawasan dia mungkin sampai mampos tak dapat. So bagi merealisasikan impian mereka yang tiada rumah untuk beli rumah maka skim neh haruslah terbuka kepada seme rakyat malaysia di seme negeri tanpa kira samada prima bina rumah kat situ ataupun tidak.

Pendek kata, di mana dia kerja, disitu dia nak beli rumah sebab takde rumah, maka luluskan permohonan dia nak beli rumah under skim rumah pertamaku meskipun prima tak bina rumah di kawasan situ. Jika ini najib buat at least masalah mereka2 yang takde rumah sendiri settle. Tapi najib baghal. POINT paling penting dia tak nampak. Demm.

Insurans nelayan, peniaga, penjaja dan usahawan kecil.

Segala benda yang berkaitan dengan insurans yang menelan belanja berjuta2 adalah idea bodoh dan brengset. Kerajaan keluarkan duit utk bayar duit kat syarikat insurans. Sapa untung? Seme tahu kroni yang untung. Sebab tu aku cakap idea brengset. Sepatutnya cari jalan utk stabilkan kos perubatan, pendidikan, sara hidup dan modal pusingan sebab rata2 empat golongan di atas banyak mengalami masalah berkenaan empat perkara yang aku telah sebutkan tadi.

BRIM Family dan BRIM INDIVIDU.

Aku boleh nampak logik family under rm3k diberikan rm500 meskipun ia tak banyak membantu. Hanya 0000.1% je kebaikan BRIM dibanding dengan beban kehidupan keluarga tetapi still bn bagi ko amek je la. Tapi BRIM bujang? Lawak sket. Bujang + takde tanggungan + Gaji bawah rm2k = dapat rm250? Aku jenuh fikir. Kenapa dan siapa yang nasihatkan najib? Aku seronok sebab najib mmg bodoh.

Discount tambang KTM utk pekerja bawah gaji rm3k sebulan.

Apa kata ko turunkan aje tambang komuter tu tak kira la berapa gaji yang dorang dapat.. yang tu lebih baik la. Nak banyak2 kerja plak.. bayangkan mak yang ada anak 5 orang.. dia sorang je gaji 3k tapi anak2 dia tak berkerja... so nak kira macam mana? Mak dapat discount, anak tak dapat discount? Banyak citer siot. Kan lebih bagus ko kurangkan je tambang KTM sementelah service pun lambat. Selalu tak patuhi jadual.

Discount PTPTN.

Sebenarnya discount neh bagus. Tapi lebih bagus kalau kurangkan kos pendidikan di malaysia. Konsep neh sukar diterima sebab kapitalis tetap untung. Buat kolej + guna dana kerajaan = yang untung kroni. Kerajaan bagi discount = pelajar bayar balik = wang sama pusing balik p kat kolej utk peminjam lain. So nampak tak kat situ? Lebih baik buat polisi yang boleh memanfaatkan seme pihak iaitu kurangkan kos pendidikan at least rakyat tak kecoh sangat sebab terpaksa berhutang utk belajar. Kalau setakat bawah rm20k aku fikir rakyat sanggup bear lagi. Kalau dah rm60-70k sapa bleh tahan? Kurangkan kos pendidikan sepatutnya itulah yang kerajaan buat. Macam tak boleh buat polisi yang membela rakyat marhaen masalahnya takmo buat bukan tak boleh buat.

Cukai individu susut 1%

Aku sambut baik kerajaan buat gini. Ada la yang tak perlu bayar cukai da. So ada negara bankrupt? Takde kan. Boleh pula kerajaan susutkan cukai individu. So benda yang sama kalau buat kat kenderaan memang bagus. Antara nak dengan taknak jek.

Pinjaman bank rm10k utk pemilik bas

Najib tak reti fikir. Pinjam 10k sebagai modal asas = deposit utk beli bas tak membantu pengusaha bas sekolah pun. Pengusaha kena tanggung 3 azab.

bank = kenakan bunga + riba, penjual kenderaan = jual bas, cukai kenderaan = kerajaan. Nampak tak? Kalau kerajaan cerdik dan fikir rakyat, kurangkan cukai kenderaan automatik = harga bas susut = automatik pengusaha bas mampu simpan deposit utk beli bas baru tanpa perlu pinjam modal asas.. yang tu pun tak bleh fikir. BODOHnya.

Subsidi gula dikurangkan.

Gula naik 2osen. Atas nasihat persatuan perubatan najib cakap gula patut dikurangkan pengambilannya dan ia akan naik sebanyak 2osen dan najib nasihatkan kita agar kurangkan pengambilan gula demi menjaga kesihatan masing2.

Najib cakap begini di parlimen. Aku tatau kenapa tapi tv aku sendiri terkekek2 gelak. Tv gelak beb. Bukan aku, tv tu sendiri geli hatinya gelak dengar najib berucap melaluinya. Bayangkan tv tergelak, manusia apatah lagi. LUE FIKIRLAH SENDIRI.

Peruntukan2 utk pelbagai projek.

Kedengaran memang cantik. RM1b utk ini, rm3b utk itu, rm9b utk sana, rm4b utk sini. Cantik. Tapi bagaimana dengan pelaksanaannya? Benda neh aku dah dengar berkali2 bertahun2. Orang miskin makin bersepah. Jenayah makin meningkat. Kos sara hidup makin membebankan. Lebih ramai rakyat tak mampu beli rumah. Kos pendidikan semakin meningkat. Bil perubatan makin naik. Harga makanan makin meninggi. Dengar bajet cam cantik. Cam membantu kita tapi bila bab pelaksanaan satu haramjadah ko aku kita tak merasa hapa pun.

Tak pernah nak dengar najib mengesa bahawa pekerja2 JKM zakat dan baitumal turun padang cari orang susah. Cara mereka berkerja akan diubah. Haram.

Tak pernah nak dengar najib akan tetapkan pemasangan cctv di satu malaysia untuk memantau kegiatan jenayah, maksiat supaya membantu pihak penguatkuasaan menjalankan kerja2 mereka. Haram.

Tak pernah nak dengar najib buat polisi bahawa mereka2 yang tiada rumah automatik akan diberikan rumah [kelulusan utk beli rumah sendiri melalui pinjaman perumahan] kat mana2 kawasan yang mereka tinggal berkerja supaya mempunyai rumah sendiri. HARAM.

Tak pernah nak dengar najib tetapkan peraturan bahawa banduan2 pesalah ringan dan serdahana yang duduk dalam penjara akan lakukan khidmat sosial dengan gaji secara berkala seperti bersihkan kawasan tertentu, gotong royong, buat kerja2 buruh seperti bina rumah supaya negara tidak bergantung kepada tenaga luar.. HARAM.

Tak pernah nak dengar bahawa najib akan peruntukkan sejumlah besar wang utk pembangunan rohniah orang2 islam dalam program ceramah bergerak 1malaysia bersama penceramah terkenal. HARAM.

Tak pernah nak dengar najib akan pastikan dalam masa 2 tahun negeri2 di malaysia di seluruh kawasan bandar luar bandar akan dilengkapi dengan kemudahan infrastuktur yang paling asas iaitu sistem pengangkutan yang efisyen. HARAM.

Tak pernah nak dengar bahawa najib akan kurangkan kos pendidikan dan perubatan supaya rakyat marhaen tak terbeban dengan pinjaman sehingga terpaksa meminta2 utk mengubati penyakit dan hantar anak pergi belajar semata2 kekurangan wang akibat terbeban dengan kos yang amat2 tinggi.. HARAM.

Seme yang aku sebut di atas adalah masalah kita bersama. Masalah aku masalah orang2 uMNo juga. Tapi beza antara aku dengan umno ialah aku kenalpasti masalah aku dan aku sedang nak atasi masalah2 aku dengan tukar kepimpinan. Orang2 umno plak, mereka tahu mereka pun hadapi masalah sama tapi mereka bangang sangat tak boleh fikir bahawa masalah neh hanya akan selesai dengan tukar kerajaan. Mereka fikir kerajaan akan dengar idea2 dan saranan kita.

Padahal setakat idea2 dan saranan2, seme medium yang boleh digunakan utk salurkan idea aku dah buat. At least aku dah cuba nak ubah dan dah cuba nak nasihat najib bahkan aku dah cuba bagitau najib apa masalah aku sebagai rakyat marhaen. Jadi tanggungjawab aku utk memperingati najib dah lepas. Bukan aku pandai maki hamun jek aku pandai gak berusaha nak ubah situasi tapi nak buat macam mana dah najib pekak badak. Apa pun tak boleh.

Bukan sahaja tiada satu bajet pun dalamnya yang berpihak kepada rakyat marhaen.. bahkan inilah bajet terburuk dalam sejarah sehinggakan aku rasa hey ini bajet ka brengset? Satu sen pun tak boleh pakai. Demm.. - Acik(credit to KAMI BENCI SAIFUL BUKHARI)

Assalamualaikum.....
Dlm suatu majlis ilmu, seorang ustaz menjelaskan perihal HUDUD..."org kita(Islam) bising bila ada org Penang(DAP) bantah..... yg itu sy tak risau, kes kecil shj, dia bukan Islam tak timbul soal akidah hanya urusan kita sesama manusia....sy kata kesnya kecik sbb kita hanya perlu runding dgn dia, kita beri dia kefahaman bahawasanya " INI HAK KAMI, PERSOALAN AGAMA KAMI, URUSAN KA

MI DGN TUHAN KAMI....dan kamu harus menghormatinya kerna kami tdk akan masuk campur urusan agama kamu".......Yg kita risau dan jd masalah besar bila org kita(Islam) sndiri juga membantah, ia jd kes sangat besar, sbb ia berkait soal asas, soal akidah kita, soal 'kepatuhan', soal 'tunduk' kepada Allah. Islam itu maknanya tunduk, patuh, taat dan tawadduk kpd Allah iaitu kita beriman dengan Allah...Dlm Al-Quran, setiap kali Allah tegaskan berkaitan HUDUD ini misalnya surah Albakarah, ayat 178(klu x silap) berkaitan hukum KISAS...Allah akan nyatakn hal berkaitan dgn menyebut..."Ya ayyuhallajina amanu....wahai org2 yg beriman...maknanya orang kita orang Islam....klu Allah kata "Ya ayyuhannas....itu lain utk semua manusia. Persoalan berat disini ialah kita org Islam bila TOLAK hukum Allah ini apa maknanya? Kita menetang Allah tuan2...naujubillah.... Ini kes berat tuan2, berkaitan akidah kita bukan soal politik PAS atau Umno itu sendiri, ini soal akidah kita orang Islam...... jadi kita sedar keupayaan kita terbatas kerana faktor politik, ttp kita blh bebaskan diri dari tanggungjwb ini bila berdepan dgn Allah esok sekurang2nya dgn menyokong usaha ke arah perlaksanaan HUDUD ini selain kita menjelaskan kpd saudara2 kita yg belum beragama Islam semoga mereka faham dan tidak ditakut2kan berkaitan hal ini......wallahualam.

Bomoh penipu dijel 45 tahun



OMAR diiringi polis ketika berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU – Seorang pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias menjatuhkan hukuman itu selepas Omar Mohamad, 38, mengaku bersalah atas dakwaan penipuan kononnya boleh mengganda wang, mengelak wang daripada disedut makhluk halus dan membersih barang kemas daripada saka.
Omar didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana melupuskan barang kemas bernilai RM20,000 dengan memajak harta tersebut untuk kegunaan sendiri. Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara lima tahun, sebat dan denda.
Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi 14 tuduhan lain kerana menipu boleh menggandakan wang, mengelak wang simpanan disedut mahkluk halus dan membersihkan wang daripada saka. Dia boleh dihukum penjara 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Penjenayah ganas Geng Kartik tumpas



KONG SOON menunjukkan parang yang dirampas daripada enam penjenayah bergelar Geng Kartik pada sidang akhbar di Kampar semalam.



KAMPAR – Kerisauan penduduk di sekitar Kuala Dipang dan Gopeng mengenai keganasan sekumpulan penyamun bergelar Geng Kartik yang mencederakan mangsa sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi sedikit reda apabila enam ahlinya diberkas.
Enam suspek termasuk dua pelajar sekolah tingkatan empat berusia antara 16 hingga 26 tahun tersebut diberkas baru-baru ini selepas bergiat dalam jenayah samun sejak beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, tangkapan bermula apabila polis memberkas dua ahli Geng Kartik ketika mereka sedang melakukan samun di kawasan Gopeng pada pukul 10 malam 8 September lalu.
Katanya, tiga hari kemudian, pihaknya menahan pula empat lagi rakan suspek di beberapa lokasi sekitar sini.
“Polis turut merampas dua bilah parang bersama-sama suspek. Siasatan mendapati, suspek akan bertindak ganas apabila mangsa cuba melawan atau ingkar arahan dengan melibas parang ke arah mereka.
“Kes terbaharu dilakukan suspek ialah menyamun tiga mangsa di daerah ini tiga hari lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

481,424 calon PMR duduki peperiksaan pada 9 Oktober ini

KUALA LUMPUR - Seramai 481,424 calon di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula 9 Oktober ini.
Menurut Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran, sebanyak 3,560 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,898 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

METRO DAN KOSMO KEDUA2NYA BERITA ZINA...JANGAN NEGARA KITA JADI NEGARA DIPENUHI PELACUR@SUNDAL...CERDIK ALLAH CERDIKKAN...BUKAN HERBA

Kanak-kanak 13 bulan mati digilis


MUHAMMAD UZAIR menunjukkan tempat kejadian Auni Iylia Aifa (gambar kiri) digilis di Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang semalam.



KUALA NERANG - Sebuah keluarga di Felda Lubuk Merbau dekat sini diselubungi insiden menyayat hati apabila anak mereka berusia 13 bulan maut akibat digilis kereta yang dipandu bapa sendiri petang kelmarin.
Kejadian malang kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika Muhammad Uzair Zul, 22, memandu kereta Proton Persona miliknya selepas mengisi petrol di stesen minyak yang terletak bersebelahan rumahnya
Ketika menggerakkan kereta tersebut, Muhammad Uzair tidak menyedari Auni Iylia Aifa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik bermain di sebelah kanan kenderaan yang dipandunya.
Menurutnya, dia langsung tidak menyedari Auni Iylia berada di situ kerana ketika memasuki kawasan stesen minyak tersebut anaknya bermain bersama sepupunya di kedai membaiki motosikal bersebelahan rumahnya.
"Saya hanya sedar apabila terdengar sesuatu seperti terlanggar anak kucing. Apabila menjenguk kepala menerusi tingkap saya terkejut Auni Iylia berada di bawah kereta.
"Saya mengucap panjang melihat anak saya itu sudah tidak bermaya, saya berasa sebak dan sayu namun menerima kejadian itu sebagai takdir Tuhan," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Tambahnya, isterinya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah bergegas keluar selepas menyedari kejadian itu sebelum mendukung anaknya itu menuju ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Panahan asmara darling Betong



BEBERAPA orang pelacur menunggu pelanggan dari Malaysia di Betong, Thailand.



BETONG (Selatan Thailand) - Sekali pandang, pemandu teksi, Awan Taib sudah tahu niat rakyat Malaysia yang mahu menggunakan perkhidmatannya ketika berada di Betong, pekan paling selatan di Thailand dan hanya lima minit perjalanan dari sempadan Malaysia di Pengkalan Hulu, Perak.
Selepas lima tahun memandu teksi dan membawa ratusan penumpang pelbagai kaum dari Malaysia di pekan itu, Awan, 45, sudah hampir pasti niat mereka cuma satu iaitu mencari darling, gelaran untuk pelacur di Betong.
“Lelaki Malaysia yang datang ke Betong sama ada seorang atau ramai memang mencari pelacur. Kami sudah tahu dari saat mereka melambaikan tangan untuk menahan teksi,” kata Awan dalam loghat Kelantan kepada wartawan Kosmo! Ahad yang berada di pekan tersebut untuk meninjau kegiatan seks di kawasan itu.
Betong menjadi tumpuan rakyat Malaysia bukan sahaja kerana lokasinya berdekatan sempadan negara tetapi juga ia lebih aman berbanding Hatyai dan Golok yang kerap menjadi sasaran serangan puak pemisah Islam.
Nikmat keamanan itulah punca rezeki kepada ramai warga Betong termasuk Awan yang hampir tidak menang tangan melayan penumpang khususnya pada cuti umum dan hujung minggu.
Tugas Awan cukup mudah, dia hanya perlu membawa penumpang meronda di beberapa buah lorong yang menjadi pusat pelacuran di tengah-tengah pekan tersebu

Polis tahan empat lelaki culik anak doktor



DUA daripada empat lelaki yang disyaki menculik seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat menculik anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun dengan menuntut wang tebusan RM500,000 di sini Selasa lalu.
Kesemua suspek yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang warga negara Myanmar itu ditahan dalam serbuan berasingan Khamis lalu dan awal pagi semalam.
Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Kuala Kedah di sini malam Khamis lalu manakala tiga lagi rakannya dicekup di sebuah kuil yang dalam pembinaan di Taman Sutera, Sungai Petani pukul 2 pagi semalam.
Dalam serbuan di Taman Sutera, salah seorang suspek dikatakan cuba menyorok di dalam kuil itu selama hampir dua jam sebelum polis memberkasnya dengan kerjasama anggota bomba.
Menurut sumber, kanak-kanak lelaki itu diculik ketika pulang dari kelas tuisyen di sini kira-kira pukul 10 malam Selasa lalu.

Pelajar cemerlang UniMAP amal minum herba Cina



HUI LING (berdiri tiga dari kiri) bergambar bersama beberapa graduan cemerlang selepas Istiadat Konvokesyen Ke-7 UniMAP di Kangar semalam.



KANGAR - Amalan meminum herba Cina merupakan rahsia seorang pelajar, Chong Hui Ling mampu memberi tumpuan kepada pelajaran dan dipilih antara graduan cemerlang pada Istiadat Konvokesyen ke-7, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini semalam.
Menurut Hui Ling, 23, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, sejak kecil lagi dia diajar oleh ibunya meminum herba tersebut sebelum mengulang kaji pembelajaran di rumah dan sekolah.
Anak kepada peniaga ikan dari Alor Setar itu berkata, sepanjang menuntut di UniMAP, ibunya sering menghantar minuman tersebut ke asramanya.
"Selepas meminumnya, saya jadi lebih bersemangat dan mudah memberi tumpuan terutama ketika menjawab kertas peperiksaan.
"Selain itu, amalan membuat jadual ulang kaji, belajar seorang diri dan kerap bertanya kepada pensyarah banyak membantu saya cemerlang dalam pelajaran," katanya yang menerima anugerah Pelajaran Emas Diraja daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada istiadat konvokesyen itu.
Hui Ling yang kini bekerja dalam bidang pengurusan di sebuah kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang turut menerima RM5,000, sijil penghargaan daripada Majlis Raja-Raja dan UniMAP serta pingat.
Pada majlis konvokesyen itu, seramai 1,830 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing.

OIC desak undang-undang menentang kebencian agama diwujudkan

NEW YORK - Menteri-menteri luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kelmarin mendesak undang-undang 'menentang kebencian terhadap agama' diwujudkan.
Kenyataan itu dibuat ketika para menteri tersebut mengutuk filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.
Menurut kenyataan itu, semua kerajaan di serata dunia digesa mengambil beberapa langkah termasuk mewujudkan undang-undang tersebut bagi bertindak terhadap perbuatan yang mampu menyebabkan berlakunya kebencian, diskriminasi dan keganasan. - AFP

Penerbit filem hina Nabi Muhammad SAW tukar nama

NAKOULA kini dikenali sebagai Youssef.


LOS ANGELES - Pihak pendakwa raya persekutuan di sini menyatakan, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula kini menggunakan nama lain yang diiktiraf undang-undang Amerika Syarikat (AS).
Penolong Peguam Negara AS, Robert Dugdale kelmarin berkata, Nakoula, 55, kini dikenali sebagai Mark Basseley Youssef.
Nama itu terdapat dalam rekod mahkamah.
Beberapa dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Daerah Orange menunjukkan dia diberikan hak menukar nama pada 2002.
Nama penerbit tersebut ditukar kepada Youssef kerana Nakoula ialah nama seorang perempuan dan ia mencetuskan masalah kepadanya.
Youssef dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu selepas pihak berkuasa menyatakan dia melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Lelaki itu dibebaskan pada Jun 2011 setelah menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana didapati bersalah menipu bank pada 2010.
Pendakwa raya Robert Dugdale berkata, dia dituduh melakukan lapan kesalahan termasuk membuat kenyataan palsu kepada para pegawai perunding cara dan menggunakan tiga nama yang berlainan.
Hakim Suzanne Segal turut memutuskan lelaki tersebut ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kerana bimbang dia akan melarikan diri selain dianggap berbahaya kepada masyarakat.
Dia ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan di sini.
Youssef yang merupakan penganut Kristian Koptik akan ditahan sehingga seorang hakim memutuskan sama ada dia melanggar syarat-syarat pembebasannya.
Dia yang berketurunan Mesir kini merupakan warga AS.
Youssef menyembunyikan diri pada 15 September lalu sebelum ditangkap pada Khamis lalu.
Rumahnya di Cerritos di sini kini menunggu pembeli baharu.
Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu telah menyebabkan tunjuk perasaan ganas berlaku di beberapa buah negara sehingga mengakibatkan 50 orang mati baru-baru ini. - Agensi

Wanita mengaku menghendap Cotillard



NEW YORK - Seorang wanita, Teresa Yuan mengaku bersalah menghendap aktres Marion Cotillard (gambar) yang pernah membintangi filem Batman, The Dark Knight Rises.
Yuan membuat pengakuan itu di sebuah mahkamah persekutuan di Brooklyn di sini kelmarin.
Pihak pendakwa raya menyatakan Yuan telah menghantar sebanyak 504 e-mel dan 120 rakaman video kepada sebuah laman web untuk para peminat Cotillard selama empat hari pada tahun lalu.
Sebahagian rakaman video yang disiarkan di mahkamah itu menunjukkan Yuan kelihatan berada dalam keadaan separuh bogel, berdesis seperti seekor kucing dan bercakap tentang permainan pistol.
Yuan boleh dihukum penjara sehingga 16 bulan. Hakim akan memutuskan hukuman terhadapnya. - Agensi

Pesawat terhempas di Bandung


BEBERAPA anggota penyelamat memadamkan kebakaran pesawat ringan 202 Bravo yang terhempas di bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia di Bandung semalam.



JAKARTA - Sebuah pesawat ringan 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas semalam mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.
Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU).
Mangsa yang terbunuh merupakan bekas pegawai TNI-AU.
Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.42 pagi, lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik.
Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukan udara seterusnya sebagai tanda berkabung.
Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 Kota Bandung yang memasuki hari ketiga semalam diteruskan hanya dengan acara pameran.
Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia mengambil bahagian pada pertunjukan udara yang dijadual berlangsung selama empat hari mulai 27 September lalu. - Bernama

Pelesit rempit menyorok di surau diminta berdoa



BEBERAPA pelesit rempit duduk di tepi jalan sambil membaca doa di Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU - Gara-gara ditangkap bersembunyi di dalam sebuah surau selepas cuba mengelak sekatan jalan raya, enam remaja berusia antara 18 hingga 21 tahun terpaksa akur dengan arahan pihak polis.
Mereka telah diminta membaca bacaan di dalam solat termasuk doa qunut di tepi Jalan Tok Adis, Kuala Ibai dekat sini kira-kira pukul 3 pagi semalam.
Walaupun malu kerana insiden itu dilihat oleh orang ramai, mereka terpaksa mematuhinya selain berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.



CARILAH PASANGAN YANG BERAGAMA@BERPEGANG KUAT PADA AGAMA...TAAT PADA AGAMA..NI SARANAN HADIS

RM6,000 seminggu

Oleh HADZLAN HASSAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my
TAWAR... didalangi kebanyakannya wanita warga asing.
TAWAR... didalangi kebanyakannya wanita warga asing.
KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’.
Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran.
Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.

Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan.

‘Tidak takut pihak berkuasa’

KUALA LUMPUR: Dengan bantuan Eddie, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki dua gadis Vietnam yang menawarkan pakej kekasih kontrak kepada lelaki tempatan di ibu kota sejak pertengahan tahun ini.
Hasil pertemuan dengan Pretty, 17, dan Chris, 23, mereka mengaku mampu memperoleh RM20,000 sebulan jika tidak putus pelanggan sepanjang berada di negara ini.

Peranan Eddie yang fasih berbahasa Vietnam dalam pertemuan itu penting kerana kedua-dua gadis berkenaan tidak tahu berbahasa Melayu dan hanya mampu bercakap sepatah dua dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Sundal Eropah Timur

Oleh RAJA NORAINA RAJA RAHIM
rnoraina@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila gadis genit dari Eropah Timur, termasuk dari negara yang jarang dikaitkan dengan aktiviti penyundalan, dikesan menawarkan khidmat seks kepada lelaki miang di sekitar ibu kota.
Ini terbukti apabila kegiatan tidak bermoral itu berjaya dikesan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman, yang menyerbu sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi semalam dan menahan 18 wanita berusia antara 26 hingga 33 tahun, sebahagian besarnya dari Eropah Timur, termasuk dari Tajikistan, Kyrgyzstan dan Azerbaijan.

Difahamkan, harga dikenakan RM300 dan boleh mencecah RM2,000 mengikut paras rupa serta usia bagi setiap perkhidmatan seks kepada setiap pelanggan yang berhibur di kelab malam itu.

Pelacur terbabit dikatakan sering menyasarkan pelanggan di kalangan pelancong dari negara mereka, namun lelaki tempatan turut ditawarkan perkhidmatan seks.

Helah sindiket kaut untung mudah

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa percaya ada sindiket pelacuran kini mempelbagaikan helah untuk mengaut keuntungan segera dalam tempoh singkat dengan memperkenalkan pakej tertentu, termasuk menawarkan perkhidmatan sewa teman wanita dikenali sebagai ‘kekasih kontrak’ seperti didedahkan Metro Ahad.
Tindakan itu dipercayai untuk mengurangkan risiko ditahan jika menjalankan kegiatan itu berikutan kekerapan penguatkuasaan menyebabkan mereka beralih arah dan membuat pengiklanan melalui laman sesawang di Internet.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, polis menyedari helah golongan berkenaan, malah sentiasa memantau pergerakan mereka.
Katanya, hasil pemantauan, banyak sindiket pelacuran berjaya ditumpaskan polis di seluruh negara sebelum ini.

“Kita juga tahu sindiket kini berusaha membawa masuk wanita dari Vietnam berikutan permintaan menggalakkan di pasaran gelap tempatan, malah hasil risikan juga mendapati golongan ini kini mendominasi kehadiran wanita asing di negara ini,” katanya.

“Selain sindiket, polis mendapati ada wanita asing ini menjalankan sendiri kegiatan seperti itu dan mereka sanggup berbuat demikian berikutan kemewahan yang ada di negara ini, selain rangkaian pengangkutan yang baik.” katanya.

Lelaki dayus

Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB
yusliza@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Suami yang tidak marah, malah merelakan isteri melakukan pekerjaan maksiat dan haram di sisi agama, adalah lelaki dayus. Dalam Islam, lelaki dayus tidak boleh masuk syurga,” kata penceramah bebas, Zawiyah Hassan.
Beliau yang juga mantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sungguhpun suami meredai kerja isteri, ia tetap tidak berguna jika pekerjaan itu jelas melanggar hukum Allah.

“Suami sepatutnya mendidik isteri menjadi lebih baik, baru rumah tangga diberkati Allah. Setiap orang Islam perlu sedar, sebagai hamba, kita diikat dengan peraturan ditetapkan Allah, namun yang dilihat kini, semakin ramai mempermainkan perintah-Nya.
“Jiwa orang yang banyak berbuat dosa dan maksiat akan sentiasa terdorong melakukan perbuatan sama berulang kali atau perbuatan lebih teruk lagi, melainkan jika diberi hidayah Allah atau bertaubat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai cara hidup segelintir suami isteri di ibu kota yang ‘sekepala’ menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit sangat bahagia biarpun diselubungi noda berikutan mengutamakan hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah.

Malah, pasangan baru berkahwin, Man dan Liza, turut mengaku tidak kisah dengan pekerjaan Liza sebagai pelayan pelanggan (GRO) selain diberi keizinan suaminya kerana pendapatannya lumayan hingga mencecah lebih RM10,000 sebulan.
Bagaimanapun, Liza baru berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini hamil lima minggu.

Zawiyah berkata, contoh kehidupan demikian menunjukkan pasangan itu atau pasangan seumpamanya menganggap seolah-olah Allah tiada kaitan langsung dengan hidup mereka kerana melakukan apa saja sesuka hati tanpa batasan agama.
“Nasihat saya, segera bertaubat nasuha selagi masih ada kesempatan dan cari rezeki halal kerana rezeki Allah sangat luas di dunia ini. Sanggupkah kita melahirkan zuriat dengan perangai sama kelak?” katanya.

Reda tolak tiga lamaran

Oleh BETTY SUBARYATI
metahad@hmetro.com.my
Yati
Yati
KOTA BHARU: Pada usia 32 tahun, Yati (bukan nama sebenar) masih gebu, subur dan bergetah, namun sebab kelicikan suaminya dan kerenah birokrasi mahkamah rendah syariah, nafkah zahir dan batinnya terabai sejak lima tahun lalu hingga terpaksa menolak lamaran tiga lelaki.
Seperti wanita normal lain, terutama yang pernah mengecapi nikmat berumah tangga, Yati dari Pengkalan Chepa, di sini, seboleh-bolehnya mahu menikmati kehidupan lebih baik dan berpisah dengan suami yang tidak lagi dicintai, tapi tidak mampu berbuat demikian akibat kesalahan pihak lain.
Bukan saja tuntutan nafkah zahir dan batinnya tidak dipenuhi, dia terpaksa menghentikan persekolahan dua daripada tiga anaknya akibat kemiskinan selepas kes tuntutan cerai dan nafkah dirinya dan anak yang difailkan di mahkamah sejak 2007 belum selesai sehingga kini.

Yati berkata, dia memfailkan kes tiga tahun selepas melangsungkan perkahwinan apabila mengetahui suaminya penagih dadah.

Suami enggan hadir

KOTA BHARU: Sikap pihak lelaki atau wanita yang enggan hadir perbicaraan antara faktor kes perbicaraan di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah negeri ini tertangguh.
Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, Jabatan Kehakiman Syarie Kelantan memiliki hakim dan peguam mencukupi, malah pakar dalam bidang masing-masing.

Katanya, sesuatu kes akan tergendala apabila pihak lelaki atau wanita tidak hadir di mahkamah.
“Selain itu, faktor dokumen sokongan seperti surat tuntutan, surat kahwin, surat beranak anak dan perkara lain berkaitan sesuatu tuntutan tidak lengkap turut menyumbang kepada masalah kes tertangguh.

“Namun, secara keseluruhannya kes perbicaraan di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah negeri ini tidak akan tertangguh. Sebagai contoh, untuk tuntutan atau sebutan kes cerai, jika kedua-dua pihak hadir, ia dapat diselesaikan kerana tempoh menyelesaikan kes cerai secara amnya hanya mengambil masa antara satu tahun dan paling lama dua tahun,” katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu berkata, sepanjang berkhidmat di mahkamah itu, banyak tuntutan kes, terutama cerai dan nafkah, difailkan isteri, namun kes mereka tertangguh sehingga bertahun-tahun lamanya apabila pihak lelaki gagal hadir perbicaraan.
Katanya, hakim yang mengendalikan kes seumpama itu sering buntu apabila waran dikeluarkan, namun pihak lelaki tetap gagal hadir dengan alasan tidak munasabah selepas peguam bela yang mewakilinya memaklumkan anak guamnya ke luar negara untuk urusan perniagaan.

Bukan kawan biasa

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
MESRA... Apek dan Leuniey.
MESRA... Apek dan Leuniey.
KOTA BHARU: Teka-teki mengenai status hubungan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey dengan penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, akhirnya terjawab apabila Leuniey mengaku hubungan mereka kini lebih daripada sekadar kawan biasa.
Menurut Leuniey, sebelum ini dia tidak mahu mengulas lanjut hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek kerana berasakan tidak perlu berbuat demikian berikutan hubungan mereka sekadar biasa.
“Bagaimanapun, saya akui kini kami dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi gosip tidak benar seperti kami kononnya sudah bertunang.

“Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terlanggar anak sendiri

Oleh MARIA UFFA ZULKAFELI
am@hmetro.com.my
DI SINI... Muhammad Uzair  menunjukkan tempat kejadian dia melanggar anaknya.
DI SINI... Muhammad Uzair menunjukkan tempat kejadian dia melanggar anaknya.
PADANG TERAP: “Sedangkan kucing pun kalau boleh kita elak, ini kan pula anak sendiri,” kata Muhammad Uzair Zul, 22, bapa kepada Auni Iylia Aifa, 13 bulan, yang meninggal dunia selepas digilis kereta dipandu bapanya di pekarangan rumah mereka di Felda Lubuk Merbau, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di luar kawasan rumahnya yang terletak bersebelahan stesen minyak milik keluarganya sebelum dilanggar oleh kereta dipandu bapanya yang tidak menyedari kehadiran anaknya.

Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad Uzair berkata, dia baru pulang dari Sik ketika itu dan tidak menyangka akan melanggar anaknya sebaik selesai mengisi minyak di stesen minyak keluarganya.
“Sebaik mengisi minyak, saya terus memandu sebelum terdengar satu bunyi seperti terlanggar kerusi.

“Saya segera menoleh ke belakang bagi melihat apa yang dilanggar, namun tiada apa berlaku hinggalah terdetik melihat di bawah kereta lalu ternampak tubuh anak saya di bawah kereta dengan kesan darah yang banyak.

“Ketika itu, saya hanya mampu bertakbir dan menjerit namanya dan meminta tolong ahli keluarga yang berehat di rumah,” katanya di rumahnya, semalam.
Dia berkata, ibunya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah ketika kejadian, segera mendukung anaknya menuju ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau, 50 meter dari rumah mereka.

Katanya, anaknya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu akibat cedera parah di muka dan kepala.
“Saya terkilan namun menerima takdir ini dengan tabah,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Diana Amira Saidin, 20, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu manja dan sentiasa berada dalam kawalannya jika bermain di luar rumah.

Namun, katanya, pada petang kejadian dia tidak menyedari anaknya bermain di luar tanpa dikawal dan kejadian yang berlaku benar-benar di luar dugaan serta menyedihkan mereka sekeluarga.

“Saya meraung bagaikan ‘dirasuk’ selama satu jam sebaik melihat keadaan anak saya yang berlumuran darah sebelum ditenangkan ahli keluarga lain,” katanya.

Penculik ditahan

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar ditahan polis di sebuah kuil di Batu 2, Sungai Petani, kerana disyaki terbabit dalam kes penculikan remaja berusia 13 tahun, Selasa lalu.
Mangsa dikatakan diculik suspek yang berusia 30-an selepas mengikuti kelas tambahan sebelum disembunyikan di satu lokasi rahsia.

Difahamkan, suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa bagi meminta wang tebusan RM500,000 namun selepas rundingan ia dikurangkan kepada RM350,000.
Suspek membebaskan mangsa pada Khamis lalu selepas mendapat wang tebusan itu sebelum ditahan di kuil, jam 11 malam kelmarin.

Polis turut menemui wang tunai berjumlah RM300,000 di dalam kuil manakala sebahagian wang tunai berjumlah RM30,000 ditemui berhampiran kediaman suspek.

Suspek direman empat hari mulai semalam di Mahkamah Majistret Alor Setar.
Sumber polis berkata, suspek menyembunyikan diri di bahagian bumbung kuil bagi mengelak ditahan polis, namun tidak berjaya.

Polis mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat untuk memujuk suspek menyerah diri.

Polis temui petunjuk kes tembak

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Polis giat menjalankan siasatan berhubung kes tembak di Jalan Kuchai Lama, di sini, yang mencederakan dua anggota Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, polis menemui beberapa petunjuk terhadap kes itu, namun proses siasatan masih terlalu awal untuk diperkatakan.

“Kami ada maklumat. Namun, saya tidak boleh dedahkan di sini kerana ia boleh mengganggu siasatan.
“Begitupun, saya ingin meminta saksi awam yang berada di tempat itu pada waktu kejadian tampil memberi keterangan dan maklumat kepada polis.

“Bantuan mereka sangat kami hargai. Ia untuk melengkapkan maklumat yang kami peroleh, lebih-lebih lagi saksi yang kebetulan melihat penjenayah terbabit melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan mereka,” katanya.

Menurut Abdul Bari, seorang anggotanya kini dibenarkan keluar manakala seorang lagi masih perlu dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Koperal Nor Azlan Abu Bakar dibenarkan keluar pagi ini (semalam) tetapi Koperal R Subramaniam masih ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan dijangka dibenarkan keluar hospital beberapa hari lagi,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye yang ditemani Abdul Bari dan beberapa exco MCPF semalam mengadakan lawatan ke PPUM bagi memberi sokongan moral kepada anggota polis terbabit.
Ketika sesi lawatan itu, MCPF memberi sedikit sumbangan kepada dua anggota terbabit bagi meringankan beban mereka.

Maut ditetak

Oleh NURUL EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE
ekhwan@hmetro.com.my
KLANG: “Biasanya setiap hari adik menghubungi saya, namun hari ini (semalam) dia tidak berbuat demikian, menyebabkan saya berasa hairan.
“Namun pagi tadi (semalam) saya terkejut sebaik menerima panggilan daripada anak mangsa mengatakan mangsa ditemui mati di bilik utama rumahnya,” kata S Karuppanan, 67, abang kepada S Doraisamy, 58, yang ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala di rumahnya di Taman Telok Gadung, di sini, semalam.

Karuppanan berkata, biasanya mangsa berbual dengannya tetapi sehari sebelum kejadian, mangsa tidak berbuat demikian, malah cubaannya untuk menghubungi mangsa juga gagal.
Menurutnya, dua hari sebelum kejadian, mangsa menghubunginya dan tidak menyangka itu perbualan mereka yang terakhir sebelum ditemui mati.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang juga kontraktor tinggal di rumah berkenaan bersama dua anaknya sementara isteri dan dua lagi anak mangsa menetap di Kajang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak mangsa berusia 22 tahun jam 8.20 pagi sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke rumah mangsa.
Katanya, sebaik tiba, polis mendapati mangsa dalam keadaan terlentang di dalam bilik utama rumahnya dengan kesan darah di lantai dan tangga.

“Siasatan polis mendapati ada kesan tetakan pada kepala mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam, menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa disamun sebelum dibunuh berikutan kehilangan wang RM2,500 yang disimpan di dalam dompet,” katanya.

Menurut Mohamad, polis tidak menemui kesan umpilan pada pintu rumah mangsa dan tidak menolak kemungkinan ia memudahkan suspek masuk kerana mangsa sering tidak mengunci pintu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sarapan terakhir

Laporan DJ DOLASOH
am@hmetro.com.my
LENGGONG: “Tiada perubahan pelik, sebaliknya saya terkejut apabila melihat dia menghabiskan tiga bungkus nasi lemak pagi semalam (kelmarin) biarpun sebelum ini jarang bersarapan pagi.
“Saya tidak menyangka perilaku itu menandakan arwah akan pergi buat selama-lamanya,” kata Noraini Abdul Kadir, 47, ibu kepada Mohd Aiman Izuddin Abd Raman, 12, yang lemas di Sungai Perak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Mohd Aiman bersama lima rakannya berusia antara lapan hingga 15 tahun mandi di sungai itu selepas solat Jumaat sebelum dihanyutkan arus deras.
Bagaimanapun, empat rakan mangsa menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing manakala seorang lagi, Mohd Izuddin Shuid, 11, sempat berpaut pada akar kayu di tebing sungai.

Mayat Mohd Aiman yang juga murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Temelong, di sini, ditemui terdampar di beting pasir di tengah-tengah Empangan Kenering berhampiran Kampung Pulau Cheri oleh seorang nelayan, jam 7 pagi semalam.

Anggota mencari dan penyelamat terpaksa menutup sementara empangan itu pagi semalam bagi memudahkan operasi mengesan mangsa.
Noraini yang ditemui semalam berkata, selepas selesai makan tengah hari kelmarin, arwah meminta izinnya untuk mandi di sungai bersama beberapa rakan.

Beliau berkata, dia dan suami, Abd Raman Adam, 62, tidak membenarkannya pergi kerana arwah tidak pandai berenang, selain keadaan arus sungai deras dan berbahaya sejak tiga hari lalu.
“Bagaimanapun, selang sejam kemudian, seorang penduduk datang ke rumah dan memaklumkan arwah lemas ketika mandi di sungai,” katanya.

Kenduri akikah tukar kenduri arwah

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my
JASIN: “Dia (arwah) sepatutnya menghadiri majlis kenduri akikah dan cukur jambul cucunya malam esok (malam semalam), namun tidak menyangka kami turut membuat kenduri arwah sekali,” kata Mohamad Ali Sungip, 53, adik kepada seorang pemandu jengkaut yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 31.5 jalan Jasin-Merlimau, di sini, kelmarin.
Hasrat mangsa, Sukardi Sungip, 59, untuk meraikan kelahiran cucu pertamanya tidak menjadi kenyataan apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah treler pada jam 6.30 petang.

Difahamkan, bapa kepada dua anak yang menunggang motosikal Honda Wave bersendirian itu baru selesai bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Parit Penghulu, di sini.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dikatakan dihimpit treler dipandu seorang lelaki berusia 30-an lalu terjatuh dan cedera di belakang badan serta kepala.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Menurut Ali yang juga Imam Masjid Merlimau Utara, kali terakhir dia menemui anak ketiga daripada enam beradik itu ketika menghadiri satu majlis kenduri minggu lalu.
“Pada waktu itu, saya mendapati dia tidak banyak bercakap dan kami kemudian tidak lagi bertemu sehingga dimaklumkan mengenai kejadian ini petang tadi (kelmarin).

“Lebih menyedihkan apabila saya juga baru tahu dia ingin membuat kenduri akikah untuk cucu pertamanya. Ternyata hasratnya tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Jasin, di sini, malam kelmarin.
Katanya, dia bertambah terkilan apabila anak perempuan abangnya turut dijadualkan menghadiri majlis konvokesyen di Pahang.

Maut dipijak gajah

GERIK: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui maut dalam keadaan menyayat hati apabila bahagian dadanya cedera parah akibat dipijak seekor gajah, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi di Felda Tawai 1, mangsa yang dikenali sebagai Ngatmin, 44, ditemui terbaring di ladang getah dengan dadanya cedera parah oleh seorang rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum berkata, siasatan awal polis turut menemui beberapa jejak dan kesan tapak kaki gajah di lokasi kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Kami difahamkan, mangsa adalah pekerja kontrak Felda yang juga penoreh getah di ladang itu sejak 15 hari lalu.

“Kami menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan, termasuk pihak pengurusan ladang, supaya melaporkan segera kehadiran haiwan itu bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

3 jam buang limpa

TANJUNG MALIM: Seorang bakal guru nyaris maut selepas ditikam tiga kali di perut oleh dua peragut yang menyerangnya, malam Selasa lalu.
Lebih derita, Abd Azim Mohd Nasri, 26, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpaksa menderita seumur hidup apabila doktor terpaksa membuang limpanya, malah usus dan ginjalnya turut cedera parah.

Abd Azim yang berasal dari Sarawak berkata, dia reda dengan keadaan menimpanya itu namun, berharap pelajar lain lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Doktor mengambil masa lebih tiga jam untuk melakukan pembedahan bagi membuang limpa yang rosak itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Slim River, di sini, semalam.

Skandal gambar Kate berterusan



ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør.
ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør.
LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.
Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.
Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.

Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.

Pengarang Se og Hør, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.

“Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya.”

Majalah Perancis, Closer yang mula menyiarkan gambar separuh bogel Kate sudah menerima arahan mahkamah supaya tidak menyiarkannya lagi.

Malah, tiga hakim Perancis mengarahkan majalah itu menyerahkan setiap salinan digital gambar itu serta diarah membayar kos perundangan.

Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan tidak bermakna untuk William dan Kate kerana ketika itu, lebih 500,000 naskhah majalah itu sudahpun terjual.

Tambahan pula, keputusan itu hanya membabitkan Closer.

Dalam pada itu, majalah gosip Amerika Syarikat, Gawker, semalam turut menyiarkan gambar seperti yang terkandung dalam Se og Hør. - DM

Amah penggal anak majikan



YANBU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang memenggal kanak-kanak berusia empat tahun dengan pencincang dirujuk ke Hospital Sakit Jiwa Madinah, semalam.
Pakar jiwa di daerah ini membuat keputusan itu selepas memeriksa suspek.

Polis yang menahan suspek di rumah majikannya selepas menemui mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Tala, menghantar pembantu rumah berkenaan ke hospital selepas dia cuba membunuh diri dengan meminum peluntur.
Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan tetapi dikatakan masih trauma dengan pembunuhan anaknya. Dia pengsan selepas melihat mayat anak bongsunya dengan kepala terkulai di atas katil selepas pulang daripada mengajar.

Si ibu, guru yang mengajar di sebuah sekolah di Yanbu, Bandar Pelabuhan Laut Merah dalam wilayah Madinah di barat Arab Saudi, tidak sangka melihat anaknya kali terakhir sebelum meninggalkan rumah untuk mengajar pada hari kejadian. Dia dikatakan mempercayai pembantu rumah itu dan melayaninya dengan baik.

Amah dari Indonesia itu yang namanya tidak disiarkan media Arab Saudi sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan dikatakan cekap dalam melakukan kerja rumah.
“Tingkah laku dan sikapnya amat memuaskan dan dipuji oleh sanak saudara, rakan serta jiran majikan. Dia sepatutnya pulang ke Indonesia minggu depan,” kata anak saudara mangsa.

Polis berkata,pembunuhan kanak-kanak itu terbongkar apabila ibu mangsa bersama anaknya yang lain. Bagaimanapun, mereka tidak dapat membuka pintu yang diselak dari dalam. Pembantu rumah itu enggan membuka pintu selepas diminta oleh majikannya, sebaliknya mengancam membunuh si anak yang di bawah jagaannya.
Ibu mangsa yang ketakutan menelefon suaminya. Si suami kemudian melaporkan kepada polis sebelum bergegas pulang.

Polis yang memecahkan pintu rumah berkenaan, menemui amah itu, duduk menonton televisyen. Tetapi anak sulung keluarga itu, Yara, meluru ke kamar tidur dan melihat mayat adiknya berlumuran darah dengan kepala terkulai.

Akhbar Al-Madinah memetik seorang anggota keluarga mangsa sebagai berkata, pembantu rumah itu kelihatan marah dan kecewa selepas menerima mesej menerusi sistem khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya, sehari sebelum kejadian. - SG

Penerbit filem anti-Islam malu guna nama ‘Nakoula’



LOS ANGELES: Penerbit filem anti-Islam dikatakan menukar nama asalnya kerana merasakan ia terlalu kewanitaan.
Penolong Pendakwa Raya Amerika Syarikat, Robert Dugdale berkata semalam, Nakoula Basseley Nakoula akan dikenali sebagai Mark Basseley Youssef dalam rekod mahkamah.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Orange County menunjukkan dia diberi kebenaran menukar namanya kepada Youssef kerana ‘Nakoula’ adalah nama perempuan.
Lelaki biadap itu, dalam petisyen untuk menukar nama berkata, nama ‘Nakoula’ memberi banyak masalah kepadanya.

Hakim, Suzanne Segal kelmarin mengarahkan Nakoula dipenjara tanpa ikat jamin sehingga hakim lain boleh menentukan sama ada dia melanggar syarat pengawasan pembebasannya.

“Mahkamah tidak mempercayai defendan ketika ini,” kata Suzanne dalam keputusannya.
Pendakwa raya berkata, Nakoula mencabuli lapan syarat pengawasan, termasuk menipu pegawai pengawasan.

Bekas pemilik stesen minyak itu yang mempunyai kesalahan dadah, dilarang menggunakan Internet dan nama samaran selepas didapati bersalah pada 2010. - DM

Banduan bimbang rahsia kahwin 2 terbongkar



DUBAI: Selepas menjalani hukuman penjara 17 tahun kerana kesalahan membunuh, seorang warga Pakistan semakin risau menjelang pembebasannya.
Ahmad Abdul Rahim, 47, dalam wawacara eksklusif dengan akhbar Gulf News semalam, mengaku kebimbangan rahsianya berkahwin dua terbongkar mengatasi kegembiraan pembebasannya. Dia yang didapati bersalah atas kesalahan membunuh bersama-sama empat yang lain akan dibebaskan dan diusir ke negara asal mereka minggu ini.

“Sudah tentu saya gembira kerana akan pulang ke tanah air. Saya merindui keluarga saya. Kami sudah berpisah terlalu lama. “Yang menjadi masalah, saya mempunyai dua isteri. Kedua-duanya tidak tahu mereka dimadu. “Saya amat bimbang jika mereka mengetahuinya. Jika rahsia itu terbongkar, kesannya mungkin lebih teruk daripada hukuman penjara 17 tahun yang saya lalui. “Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan mereka lakukan jika rahsia itu terbongkar. Tindakan mereka lebih merunsingkan saya lebih daripada hari saya ditangkap kerana kesalahan membunuh,” katanya. - GN

Buah berisi dadah



LONDON: Penyeludup menyumbatkan kokain seberat 7.5 kilogram bernilai RM3.8 juta ke dalam buah yang sudah dikorek isi dalam usaha menyeludupnya ke Britain dengan pesawat.
Pegawai kastam di Lapangan Terbang Heathrow menemui dadah itu tersembunyi di antara bungkusan buah dan sayur selepas memeriksa barangan yang tiba dengan pesawat dari Ghana, minggu lalu.

Kokain itu disembunyikan dalam buah berbentuk pusang (gambar). Isi buah itu dikorek keluar dan disumbat dengan dadah berkenaan sebelum ia dilekatkan semula dan dimasukkan ke dalam kotak bersama-sama buah lain.
Pegawai percaya kumpulan sama bertanggungjawab menyeludup 1.5 tan ganja yang disembunyikan dalam penghantaran buah dan sayur, juga dari Ghana, yang ditemui di lapangan terbang sama, sehari sebelumnya. - DM

Muhyiddin digesa selesai isu air di Johor dahulu

Abdul Aziz Mustafa, 30 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyelesaikan masalah air di Johor dahulu sebelum berbincang mengenai isu air di Selangor, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Beberapa daerah di Johor seperti Simpang Renggam, Kluang dan Senggarang menghadapi masalah air.

"Eloklah Muhyiddin selesaikan masalah itu dahulu bersama-sama (Menteri Besar Johor, Datuk Abdul) Ghani (Othman) dan berhentilah mempolitikkan isu air di Selangor.

"Hentikanlah 'water torture' terhadap rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Muhyiddin sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan kerajaan negeri Selangor berhubung isu air.

Isu air di Selangor tercetus apabila Umno Barisan Nasional menyebelahi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan mempolitikkan isu itu.

Sambil terus menekankan supaya Muhyiddin menyelesaikan krisis air di Johor dahulu, Salahuddin berkata, walaupun sudah 55 tahun merdeka dan Johor pula diperintah oleh Umno sejak dari merdeka lagi, masih ada rakyat Johor seperti di Kampung Bukit Kelicap di Senggarang yang tidak pernah menikmati bekalan air bersih.

Lebih buruk lagi, katanya, tarif air di Johor adalah yang tertinggi di Malaysia.

"Carta tarif air di Malaysia yang disiarkan oleh Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air dengan jelas menunjukkan tarif air di Johor adalah yang tertinggi di Malaysia.

"Syarikat Air Johor (SAJ) pula ditubuhkan pada tahun 1994, iaitu ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor.

"Persoalannya, apa Muhyiddin buat dan mengapa ketika itu beliau tidak memperjuangkan tarif bekalan air yang lebih saksama untuk rakyat Johor?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.


Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995.

SAJ kini dikenali sebagai Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd dan tarif air begitu tinggi di Johor terus menjadi persoalan yang tidak pernah dijawab dengan memuaskan.

Salahuddin sebelum ini pernah mengingatkan supaya tragedi dan politik air Umno di Selangor tidak berulang di Johor berikutan keinginan MMC Corporation Bhd untuk mengambilalih aset air di negeri itu.

Beliau tidak mahu urus janji yang tidak adil dan tidak wajar berlaku di Johor seperti yang berlaku dalam perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor di bawah Umno BN dahulu.

Dalam perjanjian tersebut, Syabas diberi habuan lumayan oleh kerajaan Umno BN Selangor apabila diberi hak untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali.

Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenarkan menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus.

Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus. Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.


Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya

Aspan Alias, 30 Sep 2012
Najib adalah PM pertama yang menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.
Najib memangnya tidak pernah diuji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap ‘play-save’ dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya. Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh UMNO.

Najib bermain politik mengikut resmi air, ‘di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul’. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak ‘the buttered side of the bread’. Kali ini beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai waktunya beliau untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ untuk negara.

Tetapi malangnya beliau begitu lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli UMNO keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan UMNO di peringkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan dalam kerajaan.

Sebenarnya Najib tidak mengetahui keadaan sebenarnya yang berlaku di peringkat bawahan ini dan ramai merasakan yang Najib akan jatuh oleh kerana beliau tidak merasakan apa yang sebenarnya yang diresahi oleh rakyat. Beliau seperti sifat semula jadi beliau, di dalam politik jika ada masalah cara penyelesaiannya ialah dengan membayar dan membeli perasaan ramai.

Itulah sebabnya beliau membentangkan belanjauan 2013 jumaat lepas dengan menumpukan usaha membeli undi dengan ‘hand-outs’ berbentuk tunai kepada rakyat yang mempunyai pendapatan dibawah RM3,000 dalam program BRIM beliau. Tetapi beliau masih lagi enggan untuk membubarkan parlimen kerana ada perasaan kurang keyakinan terhadap sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau Sudah empat tahun menduduki kerusi PM, tetapi beliau masih belum berani untuk mendapatkan ‘endorsement’ rakyat itu.

Selemah-lemah Abdullah Badawi beliau berani memanggil pilihanraya umum hanya selama 6 bulan beliau mengambil alih jawatan PM dari Mahathir Mohammad. Abdullah lagi ‘strategic’ dalam pemikiran beliau. Beliau sedar beliau telah mengambil alih kepimpinan dari Dr Mahathir semasa rakyat hanya menunggu masa untuk menolak Mahathir di dalam pilihanraya 2004 jika Mahathir masih menjadi teraju kepimpinan negara pada 2004 yang lalu. Mahathir bernasib baik kerana beliau telah mendapat ‘signal’ jelas dari rakyat dan beliau bertindak meletakkan jawatan.

Abdullah beruntung kerana semasa itu rakyat terpaksa memberikan sokongan padu kepada sesiapa yang mengambil alih kepimpinan dari Mahathir. Justeru itu Abdullah telah mendapat mandat  yang amat besar semasa PRU 2004.

Sebaliknya Najib telah mengambil alih sudah lama dari Abdullah tetapi sehingga hari ini beliau tidak mempunyai kudrat untuk memanggil pilihanraya lagi. Oleh kerana tempuh penggal ini sudah hampir tiba, jika Najib memanggil PRU sekarang pun, rekod tetap tercatat yang Najib merupakan satu-satunya PM negara yang tidak mndapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat atas kepimpinan beliau. Mungkin oleh kekurangan inilah Najib bertindak untuk bercakap besar dan meninggi seolah-olah beliaulah PM yang paling handal dan berpengaruh.

Oleh yang demikian memanggil PRU itu sekarang atau membiarkan sahaja tempoh penggal ini tamat pada 28hb April tahun depan ia tidak memberikan apa-apa perbezaaannya. Beliau tetap seorang PM yang tidak terbukti mendapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat jelata.

Najib tidak payah bersusah payah memikirkan tarikh pilihanraya itu. Tamat sahaja tempoh penggal ini, iaitu pada 28hb April tahun depan  Dewan-Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya. Tidak payah berfikir lagi bagi Najib kerana tentu beliau telah banyak berfikir tetapi belum juga mendapat penyelesaiannya.

Najib mungkin masih belum memahami yang bajet yang beliau bentangkan dua hari yang lepas tidak akan dapat mengubah pendirian sebahagian besar rakyat yang telah membuat keputusan.

Segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan UMNO selama ini sudah menjadikan rakyat sudah ‘conclusive’ untuk menolak UMNO kerana terlalu lama masa telah diberikan kepada UMNO untuk kembali kepangkal jalan, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana parti itu sudah tidak dapat lagi hidayah yang telah hilang itu.

Ingat pesepsi rakyat terhadap UMNO, ‘UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing’,   di antara satu dengan lain. Persepsi ini tidak dapat membawa UMNO kembali di hormati sepert yang pernah mereka alami pre- Mahathir dahulu.

Lagi pun, pada bila-bila pun PRU itu diadakan, keputusannya adalah 'predictable'. Keputusan sudah berada di tangan rakyat sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: