Posted on Tuesday, September 18 @ 03:23:05 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Sinar Harian
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.
“Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incoorporated (MBI) terhadap Felcra. Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu,” katanya.
Menurutnya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.
“Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.
"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.
Azizan berkata, buat masa ini, MBI sedang mengenal pasti pemilikan tanah bawah MBI dan Felcra untuk memudahkan proses tuntutan.
“Surat tuntutan sudah bincang, cuma jumlah sebenar belum pasti, namun ianya melibatkan jumlah yang banyak,” katanya.
Menurut sumber, antara kejayaan MBI bawah kerajaan PR ialah membuat tuntutan kepada Felcra, di mana sekurang-kurangnya RM200 juta wang rakyat Kedah yang diabaikan oleh kerajaan terdahulu kini akan dikembalikan kepada rakyat Kedah, pembayaran akan dibuat berdasarkan perjanjian.
Difahamkan, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, Felcra juga tidak membuat pembayaran.
Dalam perkembangan lain, Azizan menafikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat rombakan besar-besaran akibat mengalami masalah.
“Setakat ini, tiada rombakan dibuat, semua GLC Kedah berjalan lancar. Saya adalah pengerusi MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB), semuanya tiada masalah,” katanya.
Menurutnya, mungkin pada awal pengambilalihan, wujud beberapa masalah termasuk kewangan, namun selepas empat tahun PR menerajui Kedah, semuanya berjaya diselesaikan.
Sebelum ini, PKB ketika diterajui Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tenat, namun berjaya dipulihkan sehingga mampu memberi sumbangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta setahun.
Azizan menyifatkan ini suatu kejayaan dalam mengendalikan GLC Kedah, ekoran PKB berjaya melunaskan hutang tertunggak, malah dalam tempoh empat tahun, kembali aktif dan menyumbang hasil kepada negeri.
Wang Zakat, habis belajar baru dapat?
Posted on Tuesday, September 18 @ 02:53:41 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: anaabdullah
"Itulah cerita yang penulis dengar. Cerita ini keluar dari mulut mulut para pelajar yang pernah memohon dan menerima wanag zakat yang diberi nama oleh MAIDAM sebagai derma siswa.
MAIDAM juga memperuntukan wang zakat yang diberi nama wang pendahuluan kepada pelajar Terengganu disamping Yayasan Terengganu sejumlah RM 1,000 setiap kepala.
Bantuan wang pendahuluan yang dikeluarkan oleh MAIDAM setakat ini tiada lagi cerita lewat bayar sepertimana yang berlaku pada derma siswa yang boleh dikatakan habis belajar baru dibayar.
Beberapa
orang pelajar yang memberitahu penulis serta menyatakan rasa kecewa
dengan MAIDAM yang lewat membuat pembayaran, sedangkan mereka
memerlukan, terutama sekali untuk membeli buku buku.
Salah
seorang pelajar yang tak membuat pinjaman dengan mana mana institusi
kewangan dan sudah habis satu semester seringkali berulang alik untuk
mendapat wang zakar yang dikatakan sudah lulus itu merungut sakan.
Pada
penulis, mengapa boleh jadi demikian, sedangkan ianya sudah lulus, tapi
malang sekali tidak mahu bayar kepada pelajar yang sering menghadapi
masalah kewangan.
Yang peliknya, setelah
mereka ke kaunter bayaran di pejabat MAIDAM pelbagai alasan diberi. Yang
mengecewakan apabila pergi kaunter atas, katanya dibawah. Apabila pergi
kebawah, mereka jawab di atas.
Ada juga yang jawab tunggu SMS untuk di temuduga dulu baru dibayar.Macam macam alasan yang mengecewakan.
Inilah
karenah yang berlaku pada kaunter pejabat MAIDAM. Cerita ini adalah
cerita beberapa pelajar yang sering berulangalik untuk mendapat wang
zakat yang diperuntukan atas nama “asnaf fisabilillah” kepada para
pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Univsersiti dalam dan luar
Negara.
Penulis tidak tahu kedudukan yang
sebenarnya, tetapi maklumat ini keluar daripada mulut mulut pelajaran
yang datang sendiri ke Pejabat MAIDAM berurusan untuk mendapat wang
zakat yang mereka pohon yang dikatakan sudah lulus, belum dapat
bayarannya.
Ops Samseng tahan 111 motosikal di Kuala Kedah
Posted on Tuesday, September 18 @ 02:47:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Bernama
KUALA KEDAH - Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini semalam.
Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar DSP Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit.
Ketua Polis Kedah ACP Adzaman Mohd Jan berkata 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
"Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah.
Tinjauan Bernama ketika operasi malam tadi mendapati ibu bapa remaja yang ditahan menunggu di luar pagar Balai Polis Kuala Kedah untuk melihat kelibat anak masing-masing sebelum membawa mereka pulang.
Kesemua remaja terbabit kemudian dibebaskan selepas menjalani ujian air kencing manakala motosikal yang disita akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Posted on Tuesday, September 18 @ 02:47:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Bernama
KUALA KEDAH - Polis menahan 111 motosikal dalam Ops Samseng Jalan Raya di Kampung Padang Garam, Kota Marina, Kuala Kedah dekat sini semalam.
Operasi yang bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 11 malam diketuai Ketua Polis Trafik Kota Setar DSP Jamil Ahamed, menahan 132 remaja berusia lingkungan 14 dan 21 tahun termasuk 15 remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti merempit.
Ketua Polis Kedah ACP Adzaman Mohd Jan berkata 86 motosikal disita kerana penunggangnya melakukan pelbagai kesalahan seperti pengubahsuaian kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
"Kita bebaskan 25 motosikal yang mempunyai lesen memandu, cukai jalan selain motosikal mereka tidak diubah suai, selain ujian air kencing negatif," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata polis turut menahan empat remaja lelaki yang positif dadah.
Tinjauan Bernama ketika operasi malam tadi mendapati ibu bapa remaja yang ditahan menunggu di luar pagar Balai Polis Kuala Kedah untuk melihat kelibat anak masing-masing sebelum membawa mereka pulang.
Kesemua remaja terbabit kemudian dibebaskan selepas menjalani ujian air kencing manakala motosikal yang disita akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Inferiority Complex (Tak Yakin Diri)
Posted on Monday, September 17 @ 22:34:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: pemerhati44
"
Kita di Malaysia ni tak akan terlepas dari pemandangan caca-marbah disetiap pelusuk jalan-raya dan bangunan-bangunan.Posted on Monday, September 17 @ 22:34:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: pemerhati44
"
Dimana jua kita akan melihat pelbagai sepandok yang memaparkan gambar wajah pemimpin ahli politik.
Kenapakah ini perlu? Membuat sepanduk ni semua satu pembaziran! Ataukah para peminpin ini semua ada sindrom "Inferiority Complex" atau sifat tidak yakin diri?
Hairan perkara ini hanya 'di over gunakan' di Malaysia saja.
Siapa dia yang sertai Umno untuk dapatkan projek?
Posted on Monday, September 17 @ 22:33:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
16
Sept. 2012 - Dua jenis individu ini tidak diperlukan dalam parti UMNO,
sebaliknya jika ada, mereka perlu disingkirkan. Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, individu yang
dimaksudkan ialah mereka yang mengkhianati parti dan menyertai UMNO
semata-mata mahukan projek untuk kepentingan peribadi.
Aduh... kesiannya, di mana saja di benci
Posted on Monday, September 17 @ 22:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh yutuba
Ingatkan website politik jer di benci, website it dan teknologi pun kena troll.
Komen-komen daripada pelayar internet
Posted on Monday, September 17 @ 22:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh yutuba
Ingatkan website politik jer di benci, website it dan teknologi pun kena troll.
Komen-komen daripada pelayar internet
Dikutip dari Forum TKO, kiriman forumer yutuba
Sumber: amanz.my
Seleweng RM200K dana Pertubuhan Kebajikan, nama pemimpin BN terdedah..
Posted on Monday, September 17 @ 21:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: AnakSgDerhaka
"
Adakah ini sudah menjadi satu amalan yang membarah didalam Pentadbiran Najib?... setiap dana dari wang rakyat yang disalur keluar dari sebarang Kementerian perlu diagihkan beberapa peratus darinya kepada pemimpin UMNO/BN melalui Syarikat milik mereka.
Semalam dengan berbekalkan beberapa dokumen yang lengkap mengenai penyelewengan RM200,000 atau 40% dari jumlah keseluruhan geran yang bernilai RM500,000 dari geran bantuan Perdana Menteri yang diterimanya pada 12 September 2012 lalu, Chegu Bard bersama SAMM dan AMK Pulau Pinang telah membuat satu laporan kepada SPRM.
Posted on Monday, September 17 @ 21:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: AnakSgDerhaka
"
Adakah ini sudah menjadi satu amalan yang membarah didalam Pentadbiran Najib?... setiap dana dari wang rakyat yang disalur keluar dari sebarang Kementerian perlu diagihkan beberapa peratus darinya kepada pemimpin UMNO/BN melalui Syarikat milik mereka.
Semalam dengan berbekalkan beberapa dokumen yang lengkap mengenai penyelewengan RM200,000 atau 40% dari jumlah keseluruhan geran yang bernilai RM500,000 dari geran bantuan Perdana Menteri yang diterimanya pada 12 September 2012 lalu, Chegu Bard bersama SAMM dan AMK Pulau Pinang telah membuat satu laporan kepada SPRM.
Temujanji telah diadakan dengan salah seorang pegawai penyiasat dari SPRM pada pukul 2.45 petang, hari ahad 16 Sepember dan hanya empat orang sahaja termasuk Chegu Bard sendiri yang dibenarkan memasuki perkarangan Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang itu.
Bagi membantu untuk memudahkan pihak SPRM menjalankan siasatan beberapa dokumen telah diserahkan antaranya ialah:
~Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000. Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan
~Penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.
~Beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri. Pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.
~Penyata akaun bearakhir bulan Mac 2012
~Penyata akaun bearakhir bulan April 2012
~Penyata akaun bearakhir bulan Mei 2012
~Minit mesyuarat Exco ke 192 bil 03/2012 Persatuan Bekas Polis
~Minit mesyuarat Exco ke 193 bil 03/2012 Persatuan Bekas Polis
Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.
Sila sambung bacaan anda di SINI"
Islam Wasatiyyah UMNO-BN joget dengan bapuk
Posted on Monday, September 17 @ 18:28:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh ALBA
Ini lah contoh yang perlu kita ikut!! Islam Wasatiyyah Najib Razak
Paparan besar
KLIK BLOG DIBAWAH TUK VIDEO
..........
http://video-kini.blogspot.com
Posted on Monday, September 17 @ 18:28:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh ALBA
Ini lah contoh yang perlu kita ikut!! Islam Wasatiyyah Najib Razak
Paparan besar
KLIK BLOG DIBAWAH TUK VIDEO
..........
http://video-kini.blogspot.com
Debat .. Islamikkah Ia ?
Posted on Monday, September 17 @ 17:49:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Nazrul Nasir
Posted on Monday, September 17 @ 17:49:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Oleh Nazrul Nasir
Sudah
lama saya tidak menulis di dalam laman ini. Ya, bukan sudah tapi sangat
lama. Menulis perlukan tumpuan.Jika ingin menulis tentang resepi
masakan pun perlukan penelitian bimbang masakan tidak menjadi, apatah
lagi menulis berkenaan agama yang sangat tinggi iaitu Islam. Sudah tentu
lebih diperlukan penelitian dan penumpuan.
Bimbang disalahertikan dan disalah tafsirkan. Bukan hanya percakapan yang akan menjadi penilaian pada timbangan neraca akhirat kelak, malah tulisan juga sangat berat penilaiannya kelak. Jika baik apa yang ditulis maka baiklah natijahnya, jika buruk dan jelek apa yang dikarang dan disajikan pada pembaca maka buruk jugalah natijahnya.
Bimbang disalahertikan dan disalah tafsirkan. Bukan hanya percakapan yang akan menjadi penilaian pada timbangan neraca akhirat kelak, malah tulisan juga sangat berat penilaiannya kelak. Jika baik apa yang ditulis maka baiklah natijahnya, jika buruk dan jelek apa yang dikarang dan disajikan pada pembaca maka buruk jugalah natijahnya.
Sehari
dua ini , ada suasana baru yang saya kira mula wujud dalam benak
pemikiran masyarakat khususnya golongan muda-mudi , siswa-siswi,
pemikir-pemikir dan lain-lain. Suasana yang saya maksudkan ialah sukakan
perdebatan atau dengan bahasa yang lebih sopan PERBAHASAN dan BERBALAS
HUJAH.
Ada yang
mengatakan bahawa inilah yang paling Islamik, inilah yang paling sesuai
dengan zaman sekarang, zaman orang suka berfikir dan boleh menilai. Jika
diadakan perdebatan maka kita secara tidak langsung membuka ruang untuk
masyarakat membuat pilihan mana yang baik dan mana yang buruk.
Persoalannya , benar atau tidak persepsi sebegini? Benar-benarkah ianya mengikut acuan agama?
Apakah Maksud Perdebatan @ Mujadalah ?
Kata
Al-Allamah al-Muhaddis Al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah :
Perdebatan @ Mujadalah bermaksud berbalas hujah dengan harapan dapat
mengalahkan dan menundukkan musuh.
Hujjatul
Islam Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah pula menyebut bahawa dengan
perdebatan ini akan menyebabkan yang kalah akan dihina manakala yang
menang akan disanjung dan membangga diri dengan digelar sebagai seorang
yang bijak dan berilmu.
Hakikatnya
perdebatan bukan untuk mencari kebenaran tetapi sebaliknya hanya
semata-mata untuk menjatuhkan lawan dihadapan orang ramai.
Mungkin
ada yang akan bertanya : Bagaimana kita ingin membezakan di antara
berdebat untuk menjatuhkan seseorang dan berdebat untuk menegakkan
kebenaran?
Bagi
membezakan kedua perkara ini , menurut Al-Allamah al-Syeikh Abdul Fattah
Abu Ghuddah seseorang perlu menilai kepada dirinya sendiri : Jika
dia berbahas dengan seseorang dan dia berusaha untuk menjatuhkan air
muka seseorang maka ketika tersebut dia termasuk di dalam perdebatan
yang dicela. Tetapi jika dia berusaha untuk memahamkan dan memberikan
penerangan sebaik mungkin terhadap perkara yang benar kepada lawannya
dengan menghormati pihak lawan maka pada ketika tersebut dia dikira
berdebat menegakkan kebenaran.
Perkara
ini akan dirasai oleh kedua-dua pihak lawan tersebut sendiri. Jika
kesudahannya berakhir dengan kebencian di dalam hati maka itu adalah
perdebatan yang dicela, manakala jika ianya berakhir dengan
masing-masing mengakui kesilapan jika dia tersilap dan mengikut kepada
kebenaran jika pihak lawan di pihak yang benar, maka inilah perbincangan
@ debat yang dipuji oleh syarak.
Sebenarnya
terdapat beberapa istilah yang sepatutnya difahami oleh kita bagi
membezakan apa yang disebut sebagai debat yang dicela, debat yang dipuji
@ perbincangan, dan lain-lain.
Al-Allamah
Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid rahimahullah, salah seorang ulama yang
pernah mengajar di Masjid al-Azhar menyebut di dalam kitabnya : Risalah
al-Adab Fi Ilmi Aadab al-Bahsi wal Munazarah ( Risalah Adab yang
menerangkan tentang ilmu adab berbahas dan berbincang) berkenaan
perbezaan antara istilah mujadalah dan munazarah .
Tajuk
kitab itu sahaja sudah dapat menunjukkan kepada kita bahawa ulama tidak
menggunakan tajuk ( adab bermujadalah) sebaliknya digunakan tajuk (
adab bermunazarah) . Kedua-dua ini adalah mempunyai maksud yang sangat
berbeza.
Maksud Mujadalah sudah saya terangkan pada permulaan tulisan saya.
Manakala maksud bagi Munazarah pula ialah : Perbincangan
dua pihak yang bertujuan untuk mempertahankan hujahnya yang benar dan
membatalkan hujah saudaranya dengan keinginan kedua-dua pihak bagi
menjelaskan kebenaran ( bukan berniat menjatuhkan dan memalukan pihak
yang lain).
Cerita Menarik
Seorang
lelaki telah pergi bertemu dengan seorang ahli bijak pandai lalu
berkata : " Aku ingin berdebat denganmu" , maka jawab Ahli Bijak Pandai
tersebut : " Boleh, jika kamu mampu tepati syarat-syarat yang aku
letakkan:
1) Jangan Marah
2) Jangan Tergesa-gesa
3) Jangan Bangga Diri
4) Jangan Cepat menghukum salah kepada orang lain
5) Jangan mentertawakan pihak lawan
6) Jangan menjadikan dakwaanmu ( tanpa bukti) sebagai dalil utamamu
7) Jika kita menggunakan khabar angin , maka tujuan kita hanyalah untuk bertanyakan adakah khabar itu benar atau tidak
8)
Jika kita menggunakan hujah daripada akal maka jadikan pertentangan itu
sebagai taaruf ( untuk saling mengenali antara satu sama lain )
9) Perlu kita sematkan di dalam hati bahawa perdebatan ini hanya untuk mencari kebenaran bukan untuk menjatuhkan pihak lawan
10) Jangan sekali-kali berpaling kepada orang lain @ ke tempat lain ketika aku sedang berbicara denganmu
Adab-adab
ini disebutkan oleh al-Imam Mahfuz bin Ahmad al-Kalwazani , Ketua Ulama
Hanbali pada zamannya di dalam kitab ( al-Intisar Fi al-Masail
al-Kibar)
Kesimpulan
Jika
semua jelas dengan istilah dan maksud sebenar perkara ini, maka kita
akan dapat menilai sebenarnya apa yang diingin-inginkan oleh
pemuda-pemuda sekarang yang hanya melihat kepada selesainya sesuatu
masalah dengan berdebat. Namun hakikatnya , setelah selesai perdebatan
langsung tiada tindakan daripada hasil perdebatan ke arah lebih baik.
Malah
lebih buruk ingin menyerahkan kepada orang ramai membuat penilaian.
Adakah semua layak memberikan penilaian? Kebanyakkan orang pada zaman
sekarang hanya memberikan penilaian mengikut selera dan pandang sisinya.
Bukan kepada kebenaran. Hanya memandang kepada siapa yang lebih hebat
susunan katanya, berketerampilan dan lain-lain. Bukan kepada kebenaran.
Ini hakikat yang mesti diterima , bukan dongengan.
Tak
salah kalau saya katakan bahawa debat zaman sekarang hanya lebih
menyeronokkan nafsu bukan membangkitkan iman. Semoga Allah taala
menyelamatkan kita daripada fitnah akhir zaman ini.
Rujukan :
1) Risalah al-Musytarsyidin oleh al-Imam Al-Haris al-Muhasibi rahimahullah (165-243H)
2)
Maraqi al-Ubudiyyah Syarah Bidayah al-Hidayah oleh al-Syeikh Al-Allamah
Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani rahimahullah ( 1315H)
3) Risalah al-Adab Fi Ilmi Aadab al-Bahsi wal Munazarah oleh Al-Allamah Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid al-Azhari rahimahullah
Rujukan asal links
Rujukan asal links
Tiada ulasan:
Catat Ulasan