Ahad, 30 September 2012

LAH...SEDAR KE ATAU TAK SEDAR...SAPE YANG SELALU KUTUK...HASUT DAN JANJI...TAMBAH LAGI SAPE YANG SELALU UGUT....JANGAN PULA KITA MENGATAKAN UNDANG2 CIPTAAN MANUSIA LEBIH BAIK DARI UNDANG2 ALLAH...MAKA TERBANGLAH AKIDAH DAN IMAN MEREKA INI

PM: Kertas cetak lebih bernilai dari dasar Buku Jingga

  • Andrew Ong
  • 1:35PM Sep 30 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berbeza dengan dasar BN, manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak mengandungi dasar yang boleh dilaksanakan,
   
Dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-44 hari ini, Najib malah menyifatkan, kertas untuk cetakan Buku Jingga itu juga lebih bernilai daripada dasar tersebut.

Najib berkata, cadangan Pakatan untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak boleh dilaksana kerana akan menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM50 bilion pada 2020.

NONEBeliau juga memperolokkan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol kerana menurutnya ia akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

Najib memberi alasan, kesemua pemegang konsesi tol merubakan syarikat yang disenaraikan di pasaran saham dan penghapusannya akan menjejaskan keseluruhan pasaran saham Bursa Malaysia.

Katanya, ia berbeza dengan dasar BN melalui bayaran wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnnya bukan langkah populis.

Tambahnya, Pakatan Rakyat boleh melakukan BERSIH 2.0 namun kerajaannya boleh membuat BR1M 2.0.

Berbeza dengan subsidi untuk barangan keperluan, BR1M disasarkan kepada golongan dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan tidak layak diterima golongan kaya.

Skim sama dijalankan di negara lain seperti Indonesia dan Singapura, katanya.

Bantuan baucar RM250 untuk buku pelajar tingkatan enam dan di universiti juga bukan langkah populis kerana ia bukan bayaran tunai tetapi khusus untuk membeli buku bagi membantu golongan itu, katanya.

Katanya, beliau enggan menyalurkannya sebelum pilihan raya kampus walaupun sesetengah pihak berpendapat sokongan kepada kerajaan akan akan meningkat jika dilakukan sedemikian.
Bagaimanapun, kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan, menang di 18 daripada 20 kampus, katanya.
Penduduk, NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang

  • Team Malaysiakini
  • 9:25AM Sep 30 2012
dikemaskini 2.36pm Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.
pengerang himpunan hijau 300912 start marching 05Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.

Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

LAPORAN LANGSUNG
11.45am: Juruacara Hishamuddin Rais mengetuai peserta perhimpunan untuk menyanyikan lagu Suara Rakyat dan membaca deklarasi Earth Charter.
Deklarasi sama dicetak di baju hijau yang dipakai peserta.
Beliau seterusnya mengumumkan bahawa perhimpunan itu tamat dengan kehadiran 6,000 peserta.
Aktivis itu juga menggesa para peserta mengutip sampah ketika bersurai.
Sumber polis menganggarkan 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini.
11.25am: Chua juga berjanji bahawa projek Rapid akan dihentikan sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya.
"Kita (PKR) sudahpun mewakili orang di sini. Peguyam kita telah mengemukakan petisyen terhadap projek ini di mahkamah," katanya.
11.20am: Pesuruhjaya PAS Johor juga berucap berhuung isu pembangunan lestari dengan pandangan bahawa parti itu menentang pembangunan yang hanya menguntungkan kroni.Katanya, PAS akan mempertahankan hak orang Johor di Pengerang sekiranya berjaya menewaskan BN.
Ketua PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng pula berucap mengenai prestasi MP Pengerang dalam mempertahankan hak warga Pengerang.
"Di mana Azalina? Adakah dia berada di hotel?
Katanya, Pakatan akan menghentikan semua "projek berbahaya" sekiranya berjaya merampas Johor.
11.10am: Anggota jawatankuas Himpunan Hijau Kuantan Clement Gan berkata negara jiran perlu bimbang dengan kerosakan alam sekitar di sini, kerana menurutnya ia juga akan menjejaskan negara tersebut.
"Bila saya lihat udang karang di sini, saya rasa kasihan kerana ia akan menjadi toksik, dan jika ia berenang ke Kuantan, ia akan menjadi radiokatif," katanya.
Pentas kemudian diserahkan kepada pemimpin politik. ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menggesa peserta supaya "menghijaukan" seluruh Johor dan Malaysia.
"Ini adalah untuk anak-anak kita pada generasi depan," katany ADUN Skudai itu.
10.45am: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman menyenaraikan sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek Rapid, yang disambut dengan laungan "boo" dari peserta perhimpunan.10.30am: Dalam ucapannya, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat berkata rakyat akan membuang kerajaan ke "tong sampah sejarah" sekiranya menggadaikan hak dan tanah mereka.
"Kita tidak mahu tanah kita menjadi tong sampah Australia dan Taiwan," katanya.
pengerang himpunan hijau 300912 start marching 0710.20am: Jumlah peserta perhimpunan di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada 3,000 orang apabila disertai kumpulan yang berarak.

Presiden Jawatankuasa Bertindak Pengerang Prihatin (Prihatin) berucap di hadapan peserta perhimpunan.
Kerusi yang dikhaskan untuk MP Pengerang Datuk Azalina Othman diketepikan untuk memberi ruang kepada VIP yang hadir.

10.15am:
Wakil dari pelbagai NGO diberi peluang untuk berucap, seorang demi seorang.
Para jurugambar mengadu tidak cukup masa untuk merakam gambar.
10am: Himpunan Hijau Lestari Pengerang dimulakan dengan bacaan doa.
Sementara itu, seorang wartawan Citizen Journalist Malaysiakini,  Azizan Yunos mendakwa keretanya disimbah asid pagi ini.
"Saya tidak tahu mengapa saya jadi sasaran," katanya.

Beliau berada di Pengerang sejak jam 3 pagi semalam bersama beberapa orang untuk merakam satu video mengenai Lim Hwee Seng, seorang bekas guru di Pengerang yang melawati kawasan tersebut.
Kereta yang digunakan Lim diparkir di hadapan kereta Azizan turut menjadi sasaran dalam serangan itu.
pengerang himpunan hijau 300912 start marching 049.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km.Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang.
Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara. Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan.
9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang.Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar.
Salah satu kumpulan dari Pagoh melaungkan "Turun Muhyiddin" dalam bahasa Cina - yang merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Salah satu kumpulan lagi dari Segamat melaungkan: "Kami sokonga Pengerang".
pengerang himpunan hijau 300912 supporter 039.05am: Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.

8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai.
7.50am: Lebih 120 orang diketuai CEO Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Tang Ah Chai tiba dengan tiga bas dan menyertai kumpulan Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman yang menaiki satu bas lain.
pengerang himpunan hijau 300912 supporter 05Pengerusi Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman Wong Him Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menahan sebuah bas daripada memasuki lebuhraya dalam perjalanan ke Pengerang.
"Ini memaksa kami menggunakan jalan lama ke Pengerang," kata Wong.
Menurut ketua pergerakan pemumuda sosialis DAP Tan Hong Pin, polis membuat sekatan di plaza tol Ulu Tiram di Lebuhraya Desaru.
VIDEO l 2.01 mins


Pemuda Gerakan mahu boikot, Koh gesa 'Satu Hati'

  • Nigel Aw
  • 11:42AM Sep 30 2012
Presiden GerakanTan Sri Koh Tsu Koon merayu kepada setiap lapisan parti itu supaya bersatu bagi memecahkan rekod kekalahannya di Pulau Pinang dalam pilihan raya lalu.
Katanya, Pulau Pinang sentiasa berada di hati Gerakan dan berterima kasih kerana berpeluang untuk berkhidmat di negeri itu.

Sekiranya anggota parti itu "satu hati", rakyat akan memberi peluang untuk menebus kekalahan itu, kata Koh kepada para perwakilan di persidangan perwakilan nasional parti itu di Kuala Lumpur pagi ini.
Kempen "Satu Hati" itu dinyatakannya sehari selepas sayap pemudanya mengumumkan untuk tidak akan menghantar perwakilan ke sesi perbahasan pada persidangan perwakilan nasional parti itu hari ini.

Pemuda Gerakan berbuat demikian sebagai tanda bantahan terhadap badan induk parti itu yang sebelum ini dilihat telah meminggirkan pergerakan itu, kata Ketuanya Datuk Lim Si Pin.

Ucapan Koh hari ini juga sebagai reaksinya kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Mac lalu yang yakin bahawa Pakatan Rakyat mampu mengekalkan negeri itu dan BN akan "makan telur".
Gerakan membentuk kerajaan selama hampir 39 tahun namun tewas di semua kerusi yang ditandinngi di negeri itu pada pilihan raya umum lalu.
Dalam ucapannya hari ini, Koh turut menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mengaitkan kempen kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) kerajaan negeri dengan "berlagak, angkuh dan tokong" (cocky, arrogant and tokong).

"Itulah dia CAT)", katanya yang berkata, inilah peluang untuk Gerakan melancarkan menyerang balas.

Katanya, banyak isu mengenai Pakatan Rakyat yang sudah didedahkan di Pulau Pinang sepanjang empat setengah tahun lalu.

Tambahnya, parti itu juga akan berusaha untuk merampas semula Kedah, Selangor dan Kelantan, selain mempertahankan Perak, Johor dan Sabah yang diserang Pakatan Rakyat.

"Kita akan serang dan pertahan," katanya.
MCA Kapar cadang Nazri dilantik menteri pelajaran
3:56PM Sep 30 2012
MCA bahagian Kapar menyatakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz lebih sesuai menjadi menteri pelajaran berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua bahagian MCA itu Song Kee Chai berkata persetujuan Nazri ke atas tuntutan Dong Zong berhubung pendidikan Cina menunjukkan beliau berfikiran terbuka dan sanggup menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat itu.

Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, bahagian MCA itu turut memasang kain rentang menggesa Nazri dilantik menteri pelajaran.

Song dilaporkan berkata, masyarakat China menyokong Nazri dalam soal ini.

Katanya, Nazri memahami masalah pendidikan Cina dan masyarakat itu dengan lebih baik. Berbanding Muhyiddin yang disifatkannnya sebagai seorang yang sibuk.

Maka Nazri patut menggantikan Muhyiddin untuk jawatan itu, katanya lagi dalam laporan tersebut.

Nazri dalam reaksinya kepada Sin Chew Daily berterima kasih atas sokongan bahagian MCA itu.

Bagaimanapun, MCA Kapar perlu menyatakan sendiri perkara itu kepada perdana menteri, katanya.
Najib: Waspada strategi 'kutuk, hasut, janji'

  • Bernama
  • 2:49PM Sep 30 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga "senjata" iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.

"Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.

"Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga – kutuk, hasut, janji," tegas Perdana Menteri.

Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.

"Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama," katanya.

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.

"Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

"Simbol tak sama...kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama," katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan "kabinet bayangan" mereka.
Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

"Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata "tidak", pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama," katanya.

Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

"Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.

"Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu," katanya.

- Bernama
Gerakan janji buat lebih banyak untuk rakyat P.Pinang

30 September 2012
KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta pengundi di Pulau Pinang supaya memberi sekali lagi peluang kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk berkhidmat kepada mereka.
  
Beliau berkata Gerakan bertekad untuk melakukan lebih banyak dan lebih baik lagi untuk mengubah nasib rakyat di negeri itu.
  
Koh turut menyifatkan negeri yang menjadi kubu Gerakan selama 40 tahun itu sebelum kecundang pada pilihan raya 2008, sebagai jantung hati Gerakan sambil menyatakan hati dan minda Gerakan adalah sentiasa bersama negeri dan rakyat Pulau Pinang.
  
"Kita meminta peluang supaya dapat terus berkhidmat. Kami bertekad untuk melakukan lebih banyak di Pulau Pinang. Sekiranya kita benar-benar bersatu hati, rakyat tentu akan memberi peluang kepada kita," katanya pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.
  
Justeru, Koh yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mahu anggota Gerakan di semua peringkat segera merapatkan barisan dan mengetepikan perbezaan dalam memastikan kemenangan calon-calon Gerakan dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

"PRU-13 akan menyaksikan pertarungan sengit tetapi kita tidak gentar. Marilah kita tonjolkan yang sebaik mungkin. Mari kita jadikannya kejayaan terbaik kita," katanya.  
  
Beliau juga memberitahu perwakilan bahawa Najib adalah pemimpin terbaik untuk memacu negara ke arah pembangunan berterusan dan menjamin kestabilan.
  
"Sebahagian masyarakat mungkin menaruh harapan kepada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tetapi bagi saya, Najib adalah pilihan yang jauh lebih baik.
  
"Beliau (Najib) dikenali sebagai pemimpin yang mesra dan apa yang penting ialah beliau seorang pemimpin yang adil dan tegas. Untuk kenyataan ini, saya berani jamin," katanya.
  
Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyentuh isu pendidikan dengan mencadangkan supaya transformasi pendidikan negara yang bakal dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mengambil kira beberapa perkara.

Gerakan mahu melihat pengajaran Sains dan Matematik diadakan dalam dwi-bahasa dengan penekanan terhadap Bahasa Inggeris di tingkatan lebih tinggi bagi menyediakan pelajar untuk ke peringkat selanjutnya.
 
Permintaan lain yang diajukan ada kaitan dengan pelajar yang memiliki Unified Examination Certificate (UEC) dan subjek Sejarah yang bakal menjadi
subjek wajib dalam kurikulum sekolah.
  
Menurut Koh, Gerakan akan menganjurkan satu bengkel bagi membincangkan isu-isu mengenai PPPM dan akan mengemukakan cadangan konkrit mengenainya kepada kerajaan.
  
Seramai 1,760 atau 76 peratus daripada keseluruhan jumlah perwakilan Gerakan menghadiri persidangan itu yang berakhir hari ini.

Sementara itu, Koh berkata tidak wujud konflik antara badan induk parti dengan pergerakan Pemudanya berikutan keputusan pergerakan itu memboikot perbahasan atas dakwaan ia telah dipinggirkan badan induk.
  
Sebagai sebuah parti politik yang mengamalkan demokrasi, anggotanya bebas untuk menyuarakan sebarang rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti, katanya kepada pemberita kemudiannya.
 
 Beliau berkata isu "warlords atau orang berpengaruh dalam parti" telah diperbesar-besarkan.
 
Koh juga menggesa perwakilan Gerakan untuk terus berjuang demi kelangsungan parti. - Bernama


Komponen BN mesti berani, kata Najib

  • Bernama
  • 3:18PM Sep 30 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pemimpin parti komponen BN harus berani "turun ke gelanggang" untuk berjuang demi rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
"Jangan takut...jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi  lambang semangat juang yang sebenar.

"Tunjuk kekuatan kita, kita ada semangat untuk berjuang, lawan apabila anda dalam keadaan terdesak," tegasnya pada majlis yang turut dihadiri Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Perdana Menteri berkata berbekalkan semangat juang yang tinggi, kerja keras, semangat berpasukan dan perancangan stategik, BN dapat memastikan segala usaha untuk menawan hati rakyat berjaya.

Selain itu, Najib berkata masanya telah tiba untuk Parti Gerakan menjadi lebih ofensif dan tidak takut untuk membuat perubahan terutama dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada DAP, sekali gus memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat.

"Jangan takut, kita ada kes yang kuat. Pembangunan di Pulau Pinang sangat baik. Sebab apa? Sebab adanya kerjasama daripada Umno, MCA, MIC dan juga kerajaan.

"Oleh itu dalam perhimpunan ini, saya minta diperbaharui semangat, jadi rakan yang baik dan berharga kepada BN. Hanya dengan itu, anda akan mencapai kejayaan yang diimpikan," kata Najib.

Dalam pada itu, beliau turut memuji Koh berhubung hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang selain menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang telah menyumbang banyak kepada parti dan negara.

"Saya nak ucap terima kasih. Banyak yang telah beliau lakukan bukan sahaja kepada Pemandu (Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi), tapi juga dalam soal perpaduan dan Rukun Tetangga.

"Beliau seorang pemimpin yang boleh diharap yang sentiasa memberikan nasihat bernas. Macam inilah yang kita nak untuk masa depan kita," kata Najib.

- Bernama

 DARI FB


Time aku pula nak komplain bab bajet 2013. Hoi penyokong umno... buka mata tu luas2. Baca elok2 apa yang aku tulis neh.

Pinjaman tekun untuk kaum india.

Dasar bodoh dari bn. Dah berapa banyak kali aku ulang. Jangan buat block kaum utk agih bantuan la baghal. Buat je macam neh. rm200juta untuk seme usahawan dan peniaga kecil yang layak tanpa kira kaum. Ko buat block kaum melayu dapat rmblablab.. india dapat rmblablabla, cina dpt rmblablabla.. rakyat malaysia yang bukan terdiri dari kaum cina india melayu macam mana?

Sebab tu dasar tersebut tak relevant. Lagipun mana nak tahu berapa banyak india cina melayu yang perlukan modal dan bantuan pinjaman tersebut. Better buat merit, sapa layak dia mohon. Bukan ikut kaum. BONGOK punya bn.

Rebet untuk smartphone 21 - 30

Satu lagi idea bangang dari najib. Sapa jadi penasihat dia neh? Memang bijak. Bijak menjahanamkan najib dan bn. Terima kasih aku ucapkan. Smartphone bukan barang keperluan. Walaupun tak nafikan betapa pentingnya peranan smartphone dalam menjahanamkan bn tetapi still ia bukan barang keperluan.

Rata2 smartphone low end dah jadi mampu milik. Tue stock baru. Kalau second hand pun bleh dapat high end punya. Kesimpulan nya idea bodoh datang dari manusia bodoh. Opss pm aku yang bodoh rupanya.

Dari sini jek kos rm300 juta terbazir. KRONi mana lah yang datang duit tu seme. Celake. Pendidikan percuma tak boleh smartphone haram jadah boleh. Pendidikan itu keperluan, smartphone bukan. Benda simple tak bleh fikir. Otak udang punya pm.

Skim rumah pertamaku.

Aku nampak ada penambahbaikkan dalam skim neh. Aku sokong usaha najib dalam meringankan kriteria pemohon2 skim rumah pertamaku tetapi still ia tak cukup cantik utk dapat 5 bintang. Nak bagi dia nampak cantik mudah jek.

Skim rumah pertamaku haruslah terbuka kepada seme jenis rumah walaupun rumah itu tidak dibina di bawah prima. Nak tunggu prima buat rumah kat kawasan dia mungkin sampai mampos tak dapat. So bagi merealisasikan impian mereka yang tiada rumah untuk beli rumah maka skim neh haruslah terbuka kepada seme rakyat malaysia di seme negeri tanpa kira samada prima bina rumah kat situ ataupun tidak.

Pendek kata, di mana dia kerja, disitu dia nak beli rumah sebab takde rumah, maka luluskan permohonan dia nak beli rumah under skim rumah pertamaku meskipun prima tak bina rumah di kawasan situ. Jika ini najib buat at least masalah mereka2 yang takde rumah sendiri settle. Tapi najib baghal. POINT paling penting dia tak nampak. Demm.

Insurans nelayan, peniaga, penjaja dan usahawan kecil.

Segala benda yang berkaitan dengan insurans yang menelan belanja berjuta2 adalah idea bodoh dan brengset. Kerajaan keluarkan duit utk bayar duit kat syarikat insurans. Sapa untung? Seme tahu kroni yang untung. Sebab tu aku cakap idea brengset. Sepatutnya cari jalan utk stabilkan kos perubatan, pendidikan, sara hidup dan modal pusingan sebab rata2 empat golongan di atas banyak mengalami masalah berkenaan empat perkara yang aku telah sebutkan tadi.

BRIM Family dan BRIM INDIVIDU.

Aku boleh nampak logik family under rm3k diberikan rm500 meskipun ia tak banyak membantu. Hanya 0000.1% je kebaikan BRIM dibanding dengan beban kehidupan keluarga tetapi still bn bagi ko amek je la. Tapi BRIM bujang? Lawak sket. Bujang + takde tanggungan + Gaji bawah rm2k = dapat rm250? Aku jenuh fikir. Kenapa dan siapa yang nasihatkan najib? Aku seronok sebab najib mmg bodoh.

Discount tambang KTM utk pekerja bawah gaji rm3k sebulan.

Apa kata ko turunkan aje tambang komuter tu tak kira la berapa gaji yang dorang dapat.. yang tu lebih baik la. Nak banyak2 kerja plak.. bayangkan mak yang ada anak 5 orang.. dia sorang je gaji 3k tapi anak2 dia tak berkerja... so nak kira macam mana? Mak dapat discount, anak tak dapat discount? Banyak citer siot. Kan lebih bagus ko kurangkan je tambang KTM sementelah service pun lambat. Selalu tak patuhi jadual.

Discount PTPTN.

Sebenarnya discount neh bagus. Tapi lebih bagus kalau kurangkan kos pendidikan di malaysia. Konsep neh sukar diterima sebab kapitalis tetap untung. Buat kolej + guna dana kerajaan = yang untung kroni. Kerajaan bagi discount = pelajar bayar balik = wang sama pusing balik p kat kolej utk peminjam lain. So nampak tak kat situ? Lebih baik buat polisi yang boleh memanfaatkan seme pihak iaitu kurangkan kos pendidikan at least rakyat tak kecoh sangat sebab terpaksa berhutang utk belajar. Kalau setakat bawah rm20k aku fikir rakyat sanggup bear lagi. Kalau dah rm60-70k sapa bleh tahan? Kurangkan kos pendidikan sepatutnya itulah yang kerajaan buat. Macam tak boleh buat polisi yang membela rakyat marhaen masalahnya takmo buat bukan tak boleh buat.

Cukai individu susut 1%

Aku sambut baik kerajaan buat gini. Ada la yang tak perlu bayar cukai da. So ada negara bankrupt? Takde kan. Boleh pula kerajaan susutkan cukai individu. So benda yang sama kalau buat kat kenderaan memang bagus. Antara nak dengan taknak jek.

Pinjaman bank rm10k utk pemilik bas

Najib tak reti fikir. Pinjam 10k sebagai modal asas = deposit utk beli bas tak membantu pengusaha bas sekolah pun. Pengusaha kena tanggung 3 azab.

bank = kenakan bunga + riba, penjual kenderaan = jual bas, cukai kenderaan = kerajaan. Nampak tak? Kalau kerajaan cerdik dan fikir rakyat, kurangkan cukai kenderaan automatik = harga bas susut = automatik pengusaha bas mampu simpan deposit utk beli bas baru tanpa perlu pinjam modal asas.. yang tu pun tak bleh fikir. BODOHnya.

Subsidi gula dikurangkan.

Gula naik 2osen. Atas nasihat persatuan perubatan najib cakap gula patut dikurangkan pengambilannya dan ia akan naik sebanyak 2osen dan najib nasihatkan kita agar kurangkan pengambilan gula demi menjaga kesihatan masing2.

Najib cakap begini di parlimen. Aku tatau kenapa tapi tv aku sendiri terkekek2 gelak. Tv gelak beb. Bukan aku, tv tu sendiri geli hatinya gelak dengar najib berucap melaluinya. Bayangkan tv tergelak, manusia apatah lagi. LUE FIKIRLAH SENDIRI.

Peruntukan2 utk pelbagai projek.

Kedengaran memang cantik. RM1b utk ini, rm3b utk itu, rm9b utk sana, rm4b utk sini. Cantik. Tapi bagaimana dengan pelaksanaannya? Benda neh aku dah dengar berkali2 bertahun2. Orang miskin makin bersepah. Jenayah makin meningkat. Kos sara hidup makin membebankan. Lebih ramai rakyat tak mampu beli rumah. Kos pendidikan semakin meningkat. Bil perubatan makin naik. Harga makanan makin meninggi. Dengar bajet cam cantik. Cam membantu kita tapi bila bab pelaksanaan satu haramjadah ko aku kita tak merasa hapa pun.

Tak pernah nak dengar najib mengesa bahawa pekerja2 JKM zakat dan baitumal turun padang cari orang susah. Cara mereka berkerja akan diubah. Haram.

Tak pernah nak dengar najib akan tetapkan pemasangan cctv di satu malaysia untuk memantau kegiatan jenayah, maksiat supaya membantu pihak penguatkuasaan menjalankan kerja2 mereka. Haram.

Tak pernah nak dengar najib buat polisi bahawa mereka2 yang tiada rumah automatik akan diberikan rumah [kelulusan utk beli rumah sendiri melalui pinjaman perumahan] kat mana2 kawasan yang mereka tinggal berkerja supaya mempunyai rumah sendiri. HARAM.

Tak pernah nak dengar najib tetapkan peraturan bahawa banduan2 pesalah ringan dan serdahana yang duduk dalam penjara akan lakukan khidmat sosial dengan gaji secara berkala seperti bersihkan kawasan tertentu, gotong royong, buat kerja2 buruh seperti bina rumah supaya negara tidak bergantung kepada tenaga luar.. HARAM.

Tak pernah nak dengar bahawa najib akan peruntukkan sejumlah besar wang utk pembangunan rohniah orang2 islam dalam program ceramah bergerak 1malaysia bersama penceramah terkenal. HARAM.

Tak pernah nak dengar najib akan pastikan dalam masa 2 tahun negeri2 di malaysia di seluruh kawasan bandar luar bandar akan dilengkapi dengan kemudahan infrastuktur yang paling asas iaitu sistem pengangkutan yang efisyen. HARAM.

Tak pernah nak dengar bahawa najib akan kurangkan kos pendidikan dan perubatan supaya rakyat marhaen tak terbeban dengan pinjaman sehingga terpaksa meminta2 utk mengubati penyakit dan hantar anak pergi belajar semata2 kekurangan wang akibat terbeban dengan kos yang amat2 tinggi.. HARAM.

Seme yang aku sebut di atas adalah masalah kita bersama. Masalah aku masalah orang2 uMNo juga. Tapi beza antara aku dengan umno ialah aku kenalpasti masalah aku dan aku sedang nak atasi masalah2 aku dengan tukar kepimpinan. Orang2 umno plak, mereka tahu mereka pun hadapi masalah sama tapi mereka bangang sangat tak boleh fikir bahawa masalah neh hanya akan selesai dengan tukar kerajaan. Mereka fikir kerajaan akan dengar idea2 dan saranan kita.

Padahal setakat idea2 dan saranan2, seme medium yang boleh digunakan utk salurkan idea aku dah buat. At least aku dah cuba nak ubah dan dah cuba nak nasihat najib bahkan aku dah cuba bagitau najib apa masalah aku sebagai rakyat marhaen. Jadi tanggungjawab aku utk memperingati najib dah lepas. Bukan aku pandai maki hamun jek aku pandai gak berusaha nak ubah situasi tapi nak buat macam mana dah najib pekak badak. Apa pun tak boleh.

Bukan sahaja tiada satu bajet pun dalamnya yang berpihak kepada rakyat marhaen.. bahkan inilah bajet terburuk dalam sejarah sehinggakan aku rasa hey ini bajet ka brengset? Satu sen pun tak boleh pakai. Demm.. - Acik(credit to KAMI BENCI SAIFUL BUKHARI)

Assalamualaikum.....
Dlm suatu majlis ilmu, seorang ustaz menjelaskan perihal HUDUD..."org kita(Islam) bising bila ada org Penang(DAP) bantah..... yg itu sy tak risau, kes kecil shj, dia bukan Islam tak timbul soal akidah hanya urusan kita sesama manusia....sy kata kesnya kecik sbb kita hanya perlu runding dgn dia, kita beri dia kefahaman bahawasanya " INI HAK KAMI, PERSOALAN AGAMA KAMI, URUSAN KA

MI DGN TUHAN KAMI....dan kamu harus menghormatinya kerna kami tdk akan masuk campur urusan agama kamu".......Yg kita risau dan jd masalah besar bila org kita(Islam) sndiri juga membantah, ia jd kes sangat besar, sbb ia berkait soal asas, soal akidah kita, soal 'kepatuhan', soal 'tunduk' kepada Allah. Islam itu maknanya tunduk, patuh, taat dan tawadduk kpd Allah iaitu kita beriman dengan Allah...Dlm Al-Quran, setiap kali Allah tegaskan berkaitan HUDUD ini misalnya surah Albakarah, ayat 178(klu x silap) berkaitan hukum KISAS...Allah akan nyatakn hal berkaitan dgn menyebut..."Ya ayyuhallajina amanu....wahai org2 yg beriman...maknanya orang kita orang Islam....klu Allah kata "Ya ayyuhannas....itu lain utk semua manusia. Persoalan berat disini ialah kita org Islam bila TOLAK hukum Allah ini apa maknanya? Kita menetang Allah tuan2...naujubillah.... Ini kes berat tuan2, berkaitan akidah kita bukan soal politik PAS atau Umno itu sendiri, ini soal akidah kita orang Islam...... jadi kita sedar keupayaan kita terbatas kerana faktor politik, ttp kita blh bebaskan diri dari tanggungjwb ini bila berdepan dgn Allah esok sekurang2nya dgn menyokong usaha ke arah perlaksanaan HUDUD ini selain kita menjelaskan kpd saudara2 kita yg belum beragama Islam semoga mereka faham dan tidak ditakut2kan berkaitan hal ini......wallahualam.

'Ulama perlu hati-hati beri pendapat'

  • Bernama
  • 2:55PM Sep 30 2012
Golongan ulama disaran agar berhati-hati mengeluarkan pendapat berhubung sesuatu perkara supaya buah fikiran mereka itu tidak mengelirukan masyarakat.

Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata ulama yang tidak cukup pengetahuan untuk menyelesaikan permasalahan melibatkan hukum boleh melembabkan masyarakat dengan fatwa mereka yang salah.

"Ulama adalah orang yang berpengaruh, pandangan mereka diambil kira sebagai 'divine conclusion' oleh masyarakat. Jadi, golongan ulama harus beri pandangan yang boleh meningkatkan mentaliti umat," katanya ketika berucap pada seminar Ulama dan Kebangkitan Rakyat anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang, di Georgetown hari ini.

Mohd Asri berkata sejarah membuktikan kebangkitan atau kejatuhan sesebuah masyarakat bergantung pada kekukuhan institusi ulama dan golongan itu harus memperkasa barisan mereka jika mahu menjadi pembela rakyat.

Beliau bagaimanapun berpendapat golongan ulama tidak semestinya menjadi pemerintah atau membentuk kerajaan sendiri untuk memandu rakyat sebaliknya harus berani menasihati pemerintah, jika wujud kepincangan dalam pentadbiran kerajaan.

"Pemimpin dan ulama adalah dua golongan yang memegang kepimpinan, ada pengaruh tersendiri dalam masyarakat," katanya.

Justeru, Mohd Asri berkata jika kedua-dua golongan itu bergabung dan tidak memanipulasi antara satu sama lain maka kerjasama itu dilihat mampu melahirkan masyarakat intelektual dan dapat mewujudkan sebuah negara yang teguh.

- Bernama
Gerakan tangguh pemilihan parti

  • Bernama
  • 10:05AM Sep 30 2012
Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan meluluskan beberapa cadangan pindaan perlembagaan parti itu termasuk usul menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan Mac tahun depan, lapan bulan selepas tarikh pilihan raya umum (PRU).
Cadangan itu, yang diterima sebulat suara oleh perwakilan Gerakan, dibentang Timbalan Speaker Datuk Gooi Hoe Hin pada persidangan perwakilan nasional parti itu di Kuala Lumpur semalam.

"Pindaan itu akan membolehkan parti menghadapi PRU terlebih dahulu, dan dalam masa lapan bulan, baharu kita habiskan pemilihan parti itu, bermakna kita mahu lebih masa untuk pemilihan parti, supaya ia tak jejaskan usaha kita untuk hadapi PRU-13," katanya kepada kira-kira 747 perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri persidangan dua hari dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sementara itu, ketika membentangkan cadangan tersebut, Gooi berkata sebelum ini, berdasarkan Artikel 43.1 Perlembagaan Parti Gerakan, Jawatankuasa Kerja Pusat dengan kebenaran Jawatankuasa Pusat, mempunyai kuasa untuk menangguhkan pemilihan parti kepada satu tarikh lain dalam tempoh 15 bulan.

"Tahun ini, kita sudah menggunakan lebih kurang sembilan bulan dan memandangkan PRU-13 masih belum tahu lagi tarikhnya, dan menjelang 31 Mac 2013 sudah habis tempoh penangguhan itu, maka bermakna kita mesti habiskan.

Malangnya, kita tiada masa kerana yang lebih penting ialah PRU," katanya.

Selain itu, Jawatankuasa Pusat membatalkan Artikel 96.2 dalam perlembagaan parti serta meluluskan penambahan Artikel 96.3 bagi membenarkan pelajar universiti menyertai parti tersebut selaras dengan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

- Bernama

BN: Lepas menang kita tentukan MB S'gor

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:08PM Sep 29 2012
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, soal siapa akan menjadi menteri besar sekiranya BN berjaya menawan Selangor dalam pilihan raya akan datang tidak perlu dihebohkan lagi pada masa ini.

Noh yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri berkata, BN "tidak kurang tokoh" untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR pada masa ini.

NONE"Dalam Umno semua kita ada, ada tokoh korporat, profesional, agama, ahli akademik kita ada. Semua kita ada.

"Esok bila kita dah menang, kita akan tentukan siapa akan jadi menteri besar.

"Sama seperti Pakatan Rakyat, ada mereka heboh? Yang penting kita menang (terlebih dahulu)," katanya ketika ditanya siapakah calon menteri besar BN di Selangor.

Noh sebelum ini antara nama yang dispekulasi sebagai menteri besar dan dikatakan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Noh hanya menjelaskan bahawa penduduk di Parlimen Tanjung Karang masih mahukannya terus memimpin kawasan itu.

"MB akan ditentukan oleh pucuk pimpinan, tapi pengundi Tanjong Karang calonkan saya di parlimen," katanya.

Mengulas peluang BN, Noh yakin BN yakin akan menang sekurang-kurangnya 32 kerusi DUN di negeri itu, sekali gus membentuk kerajaan baru.

"Saya tidak mahu mendahului takdir, tetapi insya-Allah saya amat yakin kita menang di Selangor.

Tiada ulasan: