Ketua Pemuda Umno Kepong dipercayai diserang warga asing
24 September 2012
Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis mendapati barangan berharga mangsa iaitu telefon bimbit dan cincin masih berada di lokasi kejadian dan senjata yang digunakan penjenayah tidak ditemui di lokasi kejadian.
"Keadaan mangsa stabil dan doktor menasihatkan mangsa berehat. Kami akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh dan kami juga masih menunggu laporan perubatan," katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa di Hospital Ampang di sini hari ini.
Tun Hisan berkata, jiran mangsa memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan dan dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun, katanya.
Norizan parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di sini kira-kira 3.30 pagi tadi.
Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.
Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.
Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.
Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.
"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.
Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.
"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya.
Dua maut dalam kemalangan libatkan 10 kenderaan
24 September 2012
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata yang maut ialah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam, R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.
Salehhudin berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lori terbabit yang datang dari arah Bukit Katil di sini dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.
"Lori tersebut kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya akibat rempuhan itu pemandu lori terbabit tersepit di tempat duduk kenderaannya manakala Mukeudan terperosok di bawah lori tersebut sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera dalam kemalangan itu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera, sebuah van dan dua unit bermotor dari balai bomba Ayer Keroh dan Bukit Katil.
"Operasi mengeluarkan mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih tiga jam," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.40 petang menggunakan pelbagai peralatan termasuk pemotong dan dua buah kren. - Bernama
Pro-Mahasiswa: 'Siapa terlupa baca buku sebenarnya'
24 September 2012
Presidennya, Syis Abd Kadir berkata, bukan Pro-Mahasiswa yang terlupa membaca buku, sebaliknya TNC yang tidak mengkaji perlembagaan universiti.
"Jelas tertulis di Perlembagaan Universiti bahawa calon–calon yang terpilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) wajib menjawat jawatan tersebut selama setahun.
"Calon yang kini berada dalam tahap akhir pengajian bagi kursus mereka adalah tidak layak bertanding dalam pemilihan sesi 2012/2013 kerana mereka akan menamatkan pengajian sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir semester sesi 2012/2013 pada bulan Jun 2013. Jadi, siapa yang terlupa baca buku sebenarnya?" katanya.
Jelasnya, seseorang pelajar akan terhenti menjadi pelajar berdaftar secara automatik sebaik sahaja keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
"Jika mereka bukan lagi pelajar berdaftar di UM, bagaimana mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai MPMUM?
"Ini akan menimbulkan situasi yang mana terdapat ahli MPMUM yang statusnya bukan lagi pelajar berdaftar tetapi memegang jawatan dalam MPMUM," tegasnya.
Tambah beliau,,keadaan tersebut bercanggah dengan peranan MPMUM yang bertanggungjawab mewakili mahasiswa UM kerana pelajar yang tidak berdaftar tidak lagi mempunyai kapasiti sebagai seorang ahli majlis.
Semalam, TNCHEP UM mengesahkan enam calon yang dibantah oleh Pro-Mahasiswa, layak untuk bertanding dalam pemilihan MPMUM, esok.
Enam calon yang menerima bantahan itu merupakan pelajar tahun akhir di universiti terbabit.
Sementara itu, hari ini Pro-Mahasiswa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka membantah lima calon bukan enam seperti yang dikatakan sebelum ini kerana salah seorang calon, Ahmad Syahmi Naim Mohd didapati masih mempunyai baki tiga semester pengajian.
PRU13: Makna bayangan kelima Najib
24 September 2012
Nampaknya semua menarik nafas!
Sekali lagi penganalisis menjadi perhatian.
Beberapa penganalisis politik yang dihubungi Sinar Harian Online berpendapat PRU13 akan diadakan Januari 2013 susulan bayangan terbaru – kali kelima dalam tempoh sebulan ini.
Ketika membuat bayangan keempat, Perdana Menteri menasihatkan mereka yang menunaikan haji supaya tidak bimbang dengan tarikh PRU13.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Azizudin Mohd Sanim berkata, agak mustahil pilihan raya diadakan tahun ini kerana faktor masa dan belanjawan yang bakal dibentang hujung minggu ini.
Menurutnya, Bajet 2013 akan mengambil masa untuk dilaksanakan.
“Saya tak fikir PRU akan dibuat tahun ini, kalau hujung tahun pun ia dilihat agak kelam kabut dan saya rasa paling awal PRU, dijangka Januari depan.
“Lagipun pembentangan bajet pada bulan ini banyak yang dirancang kerajaan dalam usaha menarik undi rakyat seperti pemberian bantuan, bonus kepada kakitangan kerajaan dan lain-lain, akan ditunaikan pada awal tahun hadapan dan Perhimpunan Agung Umno yang akan dibuat adalah satu langkah untuk mengatur strategi terakhir untuk memastikan Barisan Nasional menang besar," katanya.
Bajet 2013 akan diumumkan Jumaat ini.
Kelmarin, Najib menasihatkan jemaah haji, jumlahnya dalam sekitar 28,000 orang, agar menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.
Dua hari sebelum itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno (AGM) akan diadakan mulai 27 November hingga 1 Disember ini dan ia akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.
“Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.
Bermakna Najib, yang juga Presiden Umno, masih boleh memanggil PRU13. AGM bukan satu halangan dalam menentukan tarikh PRU.
Pada Sabtu lalu, ketika berada di Johor, Najib memberi bayangan kelima - sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli Umno negeri itu memberikan beliau satu bentuk semangat untuk memanggil PRU13.
Nampak gaya, keliru lagi!
Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung Umno akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata, biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.
“Saya suka mereka buat spekulasi," katanya.
Ketika era pentadbirannya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikaitkan dengan istilah “ilham” apabila spekulasi tarikh PRU muncul. Era beliau menyaksikan PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
Wartawan sering bertanya sama ada sudah ada ilham ataupun sebaliknya.
Sementara Najib bermain dengan kata-kata ‘bayangan’, Pas menjangkakan PRU13 akan ditangguh lagi. Kemungkinan sehingga akhir tahun ini atau tahun depan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Hadi, Pas mengandaikan Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini.
“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut meramalkan pilihan raya kali ini akan diadakan tahun hadapan, antara Januari atau Mac 2013.
Namun tidak mustahil bagi Najib untuk mengadakan PRU tahun ini selewatnya Disember 2012 kerana kuasa sepenuhnya terletak di tangan beliau.
“... kemungkinan besar tahun hadapan, setelah cukup sepenuhnya lima tahun mandat,” katanya.
Tambahnya, pengumuman bajet yang bakal memberi pengaruh besar kepada undi rakyat perlu ditunaikan terlebih dahulu seperti pemberian insentif-insentif berbentuk kewangan kepada rakyat dan Perhimpunan Agung Umno adalah platform terakhir BN untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU13.
Dalam pada itu, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, spekulasi tarikh sebenar PRU13 sering menjadi perbualan rakyat dan ada pihak menjangkakan berlaku musim haji.
Beliau berkata, PRU13 berkemungkinan diadakan November ini setelah jemaah haji pulang ke tanah air, cuma ketika itu negara berisiko menghadapi masalah banjir.
“Mac antara tempoh sesuai untuk PRU13 memandang masa itu adalah cuti sekolah,” katanya.
Ramai meramalkan sidang Parlimen Mac-April lalu sebagai yang terakhir.
Hari ini Parlimen bersidang semula. Mengikut aturan mesyuarat, persidangan akan memakan masa sekitar dua bulan. Paling lama dalam kalendar Parlimen. Ia juga dilabel sebagai ‘sidang bajet’.
Beberapa minggu lalu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub meminta Najib mengambil kira musim peperiksaan dan cuti sekolah jika mahu memanggil PRU13 November ini.
Katanya, musim peperiksaan melihatkan pelajar, guru, dan ibu bapa.
“Jumlah keseluruhan mereka itu besar dan mereka memberi tumpuan ke atas peperiksaan. Jadi, saya berharap Datuk Seri Najib tidak membubarkan Parlimen ketika musim peperiksaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sebelum Pas melahirkan pendirian agar Perdana Menteri melihat aspek musim haji.
Kini sudah jelas tiada PRU13 ketika musim haji. Tidak akan ada PRU13. Musim peperiksaan akan merentasi bulan November. Dan, ia akan disusuli Disember.
Beberapa sumber berkongsi maklumat dengan Sinar Harian Online bahawa semua pihak boleh 'rasa lega’ kerana PRU13 pasti tidak akan berlangusng Disember ini, melainkan keadaan mendesak.
PRU13 - 'ibu' segala pilihan raya umum akan muncul Februari-Mac? Jika begitu, suasana PRU 2004 dan 2008 akan disaksikan lagi kali? Atau Najib akan cuba mengelak persekitaran itu.
Pilihan Raya UM: Batal 5 calon atau jumpa di mahkamah
24 September 2012
Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata, surat bantahan sudah dihantar kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, petang tadi.
"Kami memberi peluang terakhir kepada Prof Datuk Dr Rohana Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPMUm 2012/13 untuk menarik balik pencalonan lima orang yang tidak layak bertanding kerana telah melanggar syarat asas kelayakan seorang calon.
"Sekiranya tidak, kami bersedia untuk mengheret perkara ini ke mahkamah," katanya ketika ditemui, petang tadi.
Selain itu, pihak berkenaan juga mendakwa Rohana telah menyalah guna kuasa dengan mencampuri urusan mahasiswa serta terlibat dalam beberapa siri kempen untuk melemahkan moral kumpulan Pro-Mahasiswa.
Menurut Edikoup, fitnah terhadap Pro-Mahasiswa juga disebarkan melalui beberapa siri pengedaran risalah di seluruh kampus dalam tempoh berkempen.
"Kami telah mengambil segulung poster dan risalah fitnah berbaur hasutan daripada tangan seorang pimpinan pelajar iaitu Presiden Kolej Ketiga dan berdasarkan maklumat yang kami terima, Kolej Kediaman Pertama menjadi pusat pengedaran risalah dan poster fitnah terhadap Pro-Mahasiswa.
"Sehubungan itu, kami menggesa agar pihak Jawatankuasa Induk Pemilihan MPMUM bertindak lebih telus kepada seluruh calon yang bertanding bagi memastikan sistem demokrasi kampus tidak tercalar," jelasnya.
Kumpulan itu mendesak supaya pentadbiran Kolej Kediaman Pertama dan Presiden Kolej Kediaman Ketiga dikenakan tindakan tegas sebelum perkara tersebut dibawa ke mahkamah.
Penamaan calon di UM dijalankan Khamis lalu dan mahasiswa akan membuang undi, esok.
Fokus: Pelajar tahfiz banyak kelebihan
24 September 2012
"Sebenarnya seorang hafiz merupakan golongan yang lebih hebat dari kumpulan profesional kerana mereka mahir dalam hafazan al-Quran dan bidang profesional malah mampu memimpin masyarakat,” demikian kata Guru Kanan Maahad Tahfiz Al-Akhyar, Ustazah Suhana Abdul Majid.
Suhana yang berpengalaman lebih daripada 13 tahun sebagai guru al-Quran berkata, skop kerjaya bagi golongan ini tidak terhad menjadi ustaz atau imam malah pendidikan di maahad kini mendedahkan pelajar dengan subjek seperti di sekolah biasa.
Jelasnya, situasi masyarakat hari ini yang tidak seimbang iaitu cemerlang dalam sudut akademik semata-mata penyebab pengajian tahfiz menjadi pilihan ibu bapa masa kini.
“Kebanyakan ibu bapa sedar bahawa anak mereka perlu didedahkan pendidikan awal agama, tidak kira latar belakang profesion mereka dan melihat tahfiz pilihan tepat yang mengajar anak mengaji al-Quran sekali gus menghafaz.
“Saya melihat ia satu kelebihan buat pelajar tahfiz yang telah melalui proses pendidikan menghafaz dan memahami al-Quran kerana ia mampu melahirkan individu yang mantap, matang, berdikari dan cemerlang sekali gus mampu memupuk ciri kepimpinan,” katanya.
Katanya, adalah seeloknya kanak-kanak berusia empat tahun didedahkan dengan membaca al-Quran diikuti dengan hafazan.
“Kita sasarkan selepas enam bulan mereka dapat mengenal huruf dan mampu menghabiskan Iqra, kemudian mereka akan diajar untuk membaca al-Quran dengan betul dan seterusnya kanak-kanak ini sudah mampu menghafaz. Bagaimanapun ia mengikut keupayaan pelajar.
“Kita mahu tekankan bukan sekadar boleh membaca al-Quran, tetapi setiap pelajar mestilah boleh membaca dengan bertajwid, tartil dan dapat menyempurnakan makhraj dengan baik, bukan sekadar anak-anak sibuk menghafaz namun banyak melakukan kesalahan dalam bacaan.
"Dalam masa yang sama pelajar tahfiz perlu juga diajar untuk memahami ayat-ayat yang dihafaz,” katanya.
Anwar bidas kerajaan tidak mahu bentang Laporan Audit sebelum bajet
24 September 2012
Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata, Kerajaan Pusat bertindak demikian kemungkinan kerana ada agenda yang tersendiri.
Katanya, "Nazri sengaja lengahkan pembentangan audit sebelum Bajet 2013 disebabkan agenda lain."
"Nazri mungkin tidak mahu ahli Parlimen membahaskan kekurangan yang terdapat pada belanjawan itu nanti," kata beliau di bangunan Parlimen hari ini.
Nazri dipetik berkata, kelewatan pembentangan laporan itu bertujuan memberi peluang kepada wakil rakyat untuk membahaskan Bajet 2013 dengan terperinci.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu membaca laporan Ketua Audit Negara terlebih adahulu untuk memberi keadilan kepada semua pihak.
"Ini tak wajar seolah-olah untuk mengalihkan kesempatan ahli-ahli Parlimen untuk membahas berdasarkan laporan, kerana ini keputusan penilaian prestasi, daripada Ketua Audit Negara, tapi BN tolak untuk Ketua Audit Negara buat begitu.
"Kalau nak adil, laporan itu perlu dibacakan terlebih dahulu untuk ahli Parlimen membahaskannya," katanya.
Tambahnya, jika PR mengambil alih Putrajaya, beliau akan memastikan laporan audit akan dibaca terlebih dahulu sebelum bajet.
Fokus: Masa depan pelajar tahfiz terjamin
24 September 2012
Pengetuanya, Ustaz Jemari Ngarif berkata, tiga sijil diperoleh pelajar iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tahfiz dan sijil akademik diiktiraf dan menjamin masa depan.
“Sijil akademik ialah peperiksaan yang sama diambil oleh pelajar di sekolah kerajaan meliputi UPSR, PMR dan SPM,” katanya.
Jemari berkata, pelajar yang mempunyai kelulusan sijil STAM akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir.
Menurutnya, jika pelajar ingin meneruskan pelajaran di universiti dalam negara, mereka boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan menggunakan sijil STAM berkenaan.
Jemari berkata, peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) juga merupakan salah satu sijil yang diperoleh melalui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Menurutnya, maahad berkenaan turut menyediakan aktiviti kokurikulum pada setiap pagi Sabtu khas untuk pelajar.
Menurut Jemari, pelajar di maahad berkenaan bertuah memandangkan mereka mempunyai tiga sijil kelayakan yang diiktiraf berbanding sekolah-sekolah kerajaan dan swasta yang lain.
سُوۡرَةُ الطّلاَق
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ۬ وَأَشۡہِدُواْ ذَوَىۡ عَدۡلٍ۬ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَ لِلَّهِۚ ذَٲلِڪُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣) Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)
Syafaat
April 17, 2008 — sulaiman
8 Golongan yang boleh memberikan syafaat dengan izin Allah ialah:-
- Malaikat,
- Quran(syafaat yang besar kerana ia adalah qalam Allah)
- Nabi Muhammad s.a.w.,
- Para ulama,
- Para wali,
- Sidiqin (orang-orang jujur),
- Solehin (orang-orang soleh),
- Hafiz (yang hafal al-quran dan beramal dengannya). Hafiz yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya.
Syafaat
al-Uzma” ialah Syafaat yang terbesar yang ditentukan untuk Nabi
Muhammad s.a.w. sahaja mengemukakannya ke hadhrat Allah ‘Azza wa Jalla
agar disegerakan perbicaraan di Hari Kiamat.
Ada lagi beberapa jenis syafaat yang dikhaskan bagi Nabi Muhammad s.a.w., di antaranya:
-
Syafaat Baginda s.a.w., supaya Tuhan memasukkan ke syurga satu kumpulan besar dari umatnya dengan tidak dihisab.“Dari Abi Hurairah, sesungguhnya Nabi SAW. bersabda: “70000 orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab”…nabi telah berdoa agar dilebihkan bilangan tersebut, akhirnya dipersetujui setiap seorang dari 70,000 itu membawa 70,000 orang lagi (70,000 x 70,000)
-
Syafaat Baginda s.a.w. untuk satu kumpulan yang telah dihisab dan didapati mereka berhak menerima balasan Neraka, supaya tidak dimasukkan, tetapi dimasukkan terus ke syurga
Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syafaatku untuk ummatku yang melakukan dosa-dosa besar. (kecuali mereka yang mati dalam keadaan syirik dan tidak bertaubat darinya)
SISTEM PEMBELAJARAN DAN KAEDAH HAFAZAN AL-QUR'AN ...
http://eprints.utm.my/2844/1/75184.pdf
TIPS MENGHAFAL QURAN, cara hafal, kaedah | Minda Cemerlang
http://cpintrass.com/blog/panduan/tips-menghafal-quran/.html
PANDUAN UNTUK MENGHAFAZ AL QURAN ... - Waktu Solat
http://www.alfurqanonline.net/Files/TEKNIK%20MENGHAFAZ%20AL%20QURAN.pdf
Masalah bahagian boleh halang kemenangan besar BN, kata Hisham
23 September 2012
Beliau berkata kini bukan lagi masa untuk anggota parti bercakaran atau bertelagah sesama sendiri tetapi merapatkan lagi barisan sedia ada dan bekerjasama dengan anggota parti komponen BN yang lain.
"Suka atau tidak tapi inilah masanya kita rapatkan barisan kita, sekiranya kita tidak lakukannya sekarang akhirnya kita akan berhadapan dengan nasib seperti yang menimpa negara di Timur Tengah yang bertelagah yang berpunca daripada politik," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Indera Mahkota di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sesiapa saja yang akan dicalonkan dalam pilihan raya nanti juga tidak patut dicemburui oleh mereka yang tidak terpilih, sebaliknya mereka harus memberikan sokongan penuh kepada calon tersebut demi masa depan parti dan negara.
Beliau turut mengingatkan anggota-anggota Umno supaya bersedia berdepan dengan pelbagai isu seperti serangan peribadi dan tohmahan yang akan dibangkitkan pembangkang dalam PRU-13 kelak.
"Dekat PRU-13 ini banyak isu yang akan dibangkitkan pembangkang seperti perkauman, agama serta serangan peribadi dan kita mesti bersedia menghadapinya.
"Budaya politik kebencian dan pecah-belah yang cuba disuntik pembangkang kepada pemikiran orang ramai ini boleh menular sekiranya tidak dikawal dan budaya politik seperti ini kita mesti tolak kerana ia tidak membantu negara," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau berharap kertas cadangan yang dihantar kementeriannya untuk memperkasa pasukan keselamatan negara terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentang Jumaat ini mendapat pertimbangan sewajarnya.
"Saya teruja untuk mendengar pembentangan Bajet 2013 kerana kertas cadangan telah dihantar untuk penilaian dan saya harap kerajaan dapat beri pertimbangan mengenai penambahan anggota dan memperbaiki skim perjawatan dalam PDRM.
"Pertambahan anggota ini penting bagi meneruskan kesinambungan kejayaan PDRM mengurangkan kadar jenayah dan ia termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan kerajaan," katanya
Menurutnya, selain penambahan anggota, KDN bercadang memperluas penglibatan banyak pihak dalam membanteras jenayah termasuk yang dilakukan sebelum ini iaitu membabitkan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).- Bernama
Strategi solat berjemaah
solat berjemaah 5 waktu,5 waktu times 27darjat=135 darjat
seandainya seminggu 135 darjat times 7days=945 darjat
actually strategi solat berjemaah penting seperti;
1)sentiasa tahu bila tiba masuk waktu solat
2)identify lokasi surau dan masjid yg berdekatan sama ada berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja atau berhampiran anda ketika anda berada di mana mana sahaja
3)perlu tepuk bahu belah kanan seseorang yg sedang bersolat supaya dapat berjemaah,tepuk je senang jemaah
4)communicate dgn tegur dan bersapa dgn orang lain sekeliling untuk mengajak berjemaah seperti berkata "jemaah" ...."sembahyang"...."jom solat"..tak kisah lah sama ada kawan atau officemate ataupun seseorang tidak dikenali ketika di surau
5)communicate dan mengajak isteri,ahli keluarga atau adik beradik sendiri untuk berjemaah
6)bersedia untuk qamat untuk mengajak berjemaah tak kisah lah sama ada jemaah di rumah untuk family ataupun surau
7)ability untuk jadi imam,dah ajak jemaah,sure kena bersedia menjadi imam
8)solat subuh berjemaah di masjid atau surau,paling lambat bangun pun kena setengah jam sebelum azan subuh sebab awal pagi,obviously sebelum tidur baca ayatul kursi 3 kali,alarm clock pelu pasang,kalau ada version azan clock pun bagus juga,make sure paling lambat tidur pukul 1 pagi
9)solat zohor,asar,maghrib,isyak pula....5 minit sebelum azan perlu berjalan ke masjid,kalau solat waktu isyak tuh...hujan sikit sikit je pergi jelah dgn kereta ataupun berjalan kaki pakai payung
10)seandainya ruang tempat solat kecil di tempat kerja sehingga sukar untuk berjemaah,cuba lah sedaya upaya solat zohor berjemaah di masjid berdekatan ketika waktu tengah hari,cuba solat berjemaah asar juga jika berkesempatan,jika tidak sempat pandai pandai lah after office hour turun solat asar kat mana mana surau kat kl yg sentiasa ada pengunjung untuk solat,tepuk je bahu kanan terus jemaah,solat asar secara berjemaah yg paling tough dan susah nak dapat time weekdays sebab waktu awalnya adalah ketika office hour seandainya ruang tempat solat kecil di office
sebenarnya bagi lelaki muslimin yang betul betul serius dalam dunia hafazan cubalah jangan skip solat lima waktu berjemaah....jika perkara yang berkaitan dengan sunnah no 1 Rasulullah SAW pun tidak buat,apatah lagi hendak menghafalnya,menghafal quran bukannya sekadar menghafal sahaja tetapi perlu lah memahami isi kandungannya,syariat,perintah Allah SWT dan melakukannya(amalkan)...so akan effect lah kepada hafazan jika tidak melakukan sepertimana yang terkandung di dalam al-quran
Firman Allah SWT
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Surah Al Baqarah ayat 43
Tiada ulasan:
Catat Ulasan