Bajet 2013: Kakitangan awam diberi bonus satu setengah bulan Posted on Friday, September 28 @ 10:39:19 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh WTKO
Bajet 2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.
Bajet: Pencen minimum pesara kerajaan RM820
Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.
"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.
"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.
Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.
"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.
Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. - Bernama
Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500
Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan
pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.
Katanya, "rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."
"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.
Bajet: Belia beli telefon pintar dapat rebat RM200
SHAH ALAM - Kira-kira 1.5 belia berusia 21 hingga 30 tahun boleh menuntut rebat sehingga RM200 untuk membeli telefon pintar.
Bajet 2013: Subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilo mulai esok
Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
"Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" hari ini.
Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.
Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Jan 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Dis 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini.
itu adalah disebabkan faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang.
Najib berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.
"Gula yang diambil secara berpatutan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.
Beliau berkata peruntukan itu juga untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini.
Dilema guru Sekolah Menengah Agama negeri Terengganu Posted on Friday, September 28 @ 03:47:40 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: amkns
"BERMULA November 2007, guru-guru Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMAN Terengganu) telah menerima tawaran pertukaran pelantikan menyertai Kementerian Pelajaran melalui opsyen, hasil daripada memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan Kementerian Pelajaran melalui program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Hampir 98 peratus guru SMAN Terengganu menerima tawaran tersebut dengan perasaan yang berbeza-beza. Ada yang menerimanya dengan senang hati kerana ingin bernaung di bawah payung yang lebih besar, yang memungkinkan peluang kenaikan pangkat lebih luas. Ada yang seperti "pucuk dicita, ulam mendatang", iaitu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditawarkan jawatan tetap.
Sementara satu kumpulan yang lain ialah kumpulan yang mempunyai perasaan yang berbelah-bahagi iaitu sebilangan besar guru tetap yang telah lama berkhidmat di bawah kerajaan negeri.
Mahu tidak mahu mereka turut menerima tawaran pertukaran pelantikan tersebut ekoran daripada kata-kata seorang 'pegawai' dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang kononnya pihak kerajaan negeri tidak berminat lagi untuk menguruskan hal ehwal SMAN.
Sekarang sudah hampir tiga tahun kami berada di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia. Harapan kami yang menggunung tinggi sebelum ini beransur-ansur menjadi landai. Ini kerana perkara-perkara yang dijanjikan semasa pertemuan dengan pegawai dari Kementerian Pelajaran lima tahun lalu masih belum jadi kenyataan.
Kalau sebelum ini kami diberi jaminan tidak akan ditukarkan tanpa persetujuan, semuanya kini hanya janji kosong. Pada 2010, berlaku pertukaran besar-besaran melibatkan guru tetap yang telah lama berkhidmat.
Lebih malang, ramai yang diarahkan bertukar keluar daerah yang jaraknya melebihi 50 kilometer. Alasannya sekolah berkenaan terlebih guru, sedangkan pada masa sama pihak kementerian telah membawa masuk guru-guru mereka ke Sekolah Menengah Agama tersebut. Ini tidak akan berlaku sekiranya kami masih berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri (hanya berlaku jika ada kesalahan tatatertib).
Selain itu, soal pelarasan gaji dan kenaikan pangkat yang dijanjikan pun masih belum dapat diselesaikan oleh pihak BPI. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah pula mula mencari peluang untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat di SMAN.
Sekolah-sekolah menengah agama negeri sekarang ini bagaikan sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda. Pihak sekolah terpaksa mengikut program yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak. Sebagai contoh, kami mempunyai/menyertai program sukan Sekolah Agama Negeri (MASMAT), dan pada masa yang sama kami juga diminta menyertai sukan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (MSSMT).
Ini memberi beban kepada pelajar dan guru yang terlibat kerana terpaksa menghabiskan masa untuk menyertai dua acara sukan yang sepatutnya boleh dijadikan satu. Sesetengah pengetua pula dilihat lebih bersifat menjaga 'tengkuk' sendiri apabila hanya memperjuangkan kedudukan serta pangkat mereka apabila berurusan dengan pihak BPI.
Bagaimanakah dengan kedudukan dan kenaikan pangkat guru-guru SMAN Terengganu yang masih tidak berkesudahan ini? Sehubungan itu diharap pihak yang bertanggungjawab agar dapat memberi perhatian yang serius terhadap dilema para guru SMAN Terengganu demi memartabatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah menengah agama negeri Terengganu ini.
GURU DILEMA
Terengganu
Bukti Umno/BN Semakin Ditolak Rakyat Posted on Friday, September 28 @ 02:30:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh Nurul Islam
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya baru-baru ini membuktikan bahawa UMNO/BN semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan merosotnya sokongan terhadap UMNO/BN. Ini sekaligus membuktikan bahawa rakyat kian hari kian hilang keyakinan terhadap kebolehan UMNO/BN memerintah negara. Dengan pelbagai isu yang terpalit kepada pemimpin BN, rakyat semakin tidak sabar untuk melihat kejatuhan mereka
Kajian ini juga menunjukkan bahawa segala sogokan yang diberi oleh UMNO/BN seperti BR1M, TR1M dan sebagainya tidak memberikan kesan kepada rakyat Malaysia. Semakin banyak yang dilakukan, semakin meluat rakyat kepada UMNO/BN. Rakyat semakin teruja melihat kejatuhan UMNO/BN. Setelah 56 tahun memerintah dan menjerut leher rakyat, kini masanya untuk rakyat Malaysia membuat pembaharuan dengan memilih Pakatan Rakyat. Manifesto-manifesto Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga mampu menawan hati rakyat Malaysia sehinggakan UMNO/BN terpaksa mencedok idea daripada buku tersebut untuk disajikan kepada rakyat.
DPPWP juga tertarik dengan kajian UM yang menyatakan bahawa kaum Cina semakin yakin dengan undang-undang hudud. Ini sekaligus menafikan bahawa kaum Cina di Malaysia amat fobia dengan undang-undang hudud. Undang-undang hudud untuk umat Islam ini sememangnya diketahui umum amat adil. Apatah lagi ianya amat berkesan dilaksanakan di saat negara kini mengalami kadar jenayah yang tinggi. Kajian ini merupakan tamparan yang hebat kepada UMNO/BN khususnya MCA yang dilihat cuba untuk menakut-nakutkan kaum Cina dengan isu hudud. Kini, hukum hudud bukan lagi menjadi suatu momokan dan modal politik murahan yang boleh dimanipulasi oleh UMNO/BN untuk menjauhkan kaum bukan Islam daripada PAS.
Inilah hasil perjuangan PAS dari dulu hingga kini. Rakyat kini sudah mula dapat menerima hukum hudud. Penerangan demi penerangan diberikan tanpa jemu walaupun diugut dan ditolak oleh orang yang mengaku Islam sendiri. UMNO walaupun memerintah namun tidak pernah ada usaha untuk memberikan kefahaman hudud kepada rakyat. Ianya berbeza dengan PAS yang tidak memerintah namun masih mampu memberikan kefahaman tersebut.
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Statistik Jenayah Menurun Tetapi Rakyat Semakin Bimbang Posted on Friday, September 28 @ 02:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh Muhamad Suhaimi
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan takziah dan merasa simpati ke atas Datuk Norizan Ali, Ketua Pemuda UMNO Kepong yang cedera parah ditikam oleh dua penjenayah dalam insiden di depan rumahnya beberapa hari lalu. Apa yang berlaku ke atas Datuk Norizan adalah suatu jenayah yang kejam dan hanya mereka yang tidak waras serta di luar peri kemanusiaan sahaja sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini.

DPPWP menganggap apa yang menimpa ke atas Datuk Norizan adalah suatu manifestasi tahap keselamatan rakyat di negara ini. Insiden yang menimpa ke atas Datuk Norizan tidak mustahil boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja. Timbul pula suatu kebimbangan pada rakyat di negara ini bahawa tidak ada tempat yang selamat di negara ini. Jenayah sudah berlaku di mana-mana termasuk di depan rumah sendiri. Malah, ramai yang merasa risau berada di dalam rumah kerana jenayah boleh berlaku dalam rumah mereka sendiri.
Meskipun kerajaan mengumumkan indeks jenayah negara yang semakin menurun, namun tahap kebimbangan rakyat terhadap jenayah masih tinggi. Kes jenayah pula semakin ketara akhir-akhir ini dan pelakunya pula menjadi semakin agresif dengan pelbagai jenayah yang di luar batas kemanusiaan. Bahkan, penjenayah sudah tidak gentar melakukan jenayah ke atas mangsa meskipun di kawasan yang terang atau di kawasan awam.
Justeru, DPPWP mengharapkan PDRM berusaha mempertingkatkan kawalan keselamatan ke atas rakyat. Kerajaan perlu memberi jaminan perlindungan rakyat secara maksimum dengan pelbagai usaha bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan rakyat terutama di kawasan perumahan, tempat awam, pusat membeli-belah, kawasan parkir kereta, serta lokasi-lokasi hitam. Statistik jenayah bukan suatu jaminan rakyat akan merasa tenteram hidup dalam negara ini, melainkan dibuktikan dengan adanya usaha bersugguh-sungguh memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjaga.
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Pedoman Drama Kementot salah sangka Posted on Friday, September 28 @ 00:05:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: DukunPasir
"Pagi esoknya didepan rumah HAJI SAMEON ......
" CELAKA MANA PULOK CURI TONG SAMPAH AKU NI!!! Macam lah tak ada benda lain nak curik..tong sampah pun nak dikebasnya !! " Bebel dan ceramah umum Haji Sameon seorang diri sambil menggalas dua beg sampah. TERMENUNG SEKETIKA Haji Sameon akan kehilangan tong sampahnya....TAK KAN NAK REPORT POLIS??
"Mahaaaaaaaaaaaaa........" Belum habis nama isteri Haji Sameon disebut, dia ternampak seseorang SEDANG MEMBAWA TONG SAMPAH diatas motor. Sepantas kilat Haji Sameon berlari mendapatkan motor .....Tanpa sempat memberikan signal dia terus memecut mengejar MANUSIA yang membawa tong sampah didepannya......
Dengan garang Haji Sameon menghimpit motor mamat tong sampah tu ketepi SAMBIL MENENDANG! ...DENGAN SEKALI TENDANG MAMAT TU TERJATUH !! Tanpa rasa bersalah dan DEK KERANA MARAH TONG SAMPAHNYA DICURI HAJI SAMEON TERUS MELAKUKAN AKSI KURANG SOPAN SEPERTI MENYEPAK DAN MEMUKUL MAMAT ITU YANG SEDANG MENAHAN SAKIT KERANA TERJATUH!
SETELAH PUAS HATI, HAJI SAMEON AMBIL TONG SAMPAH DAN BERLALU PERGI DENGAN MOTORNYA ....MENINGGALKAN MAMAT ITU YANG KESAKITAN DALAM ''KEHAIRANAN DENGAN APA YANG TERJADI".
"EH! ABANG RAJIN PULOK BUANG SAMPAH PAGI PAGI NI, KAN ADA LORI AMBIL ESOK ". Tanya isterinya Mahani yang pelik melihat suaminya turun dari motor bersama tong sampah.
" BUANG SAMPAH APANYA......AKU baru dapat ambil tong sampah ni dari pencurik tadi, PUAS HATI AKU BELASAH DIA ,KALAU YE PUN CARILAH BENDA LAIN NAK CURIK NI TONG SAMPAH ". CERAMAH Haji Sameon pada Isterinya sambil membelik belik tong sampah.
"EH!! SEKEJAB? ....Jawab Isterinya sambil melulu lari ke belakang rumah membiarkan Haji Sameon yang membelik motornya pula takut ada LUKA PARAH pada warna akibat tercalar SEMASA AKSInya tadi.
"ABANGGGGGG!! NI kan tong sampah KITA!!! Kan ABANG yang BASUH SEMALAM LETAK KAT BELAKANG" . JERIT ISTERINYA MENYEBABKAN HAJI SAMEON TERLEPAS DARI MEMEGANG MOTORNYA yang tidak ditongkat!!!
HAJI SAMEON TERMENUNG....DIAM ....... Raut wajahnya BERUBAH ................
SEHARI SEBELUM KEJADIAN
" MAK! Esok orang nak pinjam tong sampah ni nak ambil nenas kat kebun. " Beritahu Ramli pada emaknya suatu petang sambil bermain dam ular dengan emaknya.
" Eh! Raga buah kan ada lagi, dah boleh pungut hasil ke Lie ". Tanya emaknya sambil baling buah dam......
"Raga tu besar sangatlah mak,lagipun hasilnya baru nak mula ,guna tong sampah dululah." Jawab Ramli sambil terkedu tengok langkah emaknya maju 3 tapak didepan.
" Gunalah tapi basuhlah dulu". Jawab emaknya sambil senyum kerana berjaya potong Ramli dalam permainan dam ular tanpa perlu menggunakan seekorpun ular haha.
Najib mesti JELES gila neh, dia mana besa masuk penjara Posted on Saturday, September 29 @ 00:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh shalehudin
Surat cinta Anwar dilelong RM50,000
(Sri Jalaraman membeli gambar dan terendak Ustaz Hadi dengan harga RM17,000)
(Sri Jalaraman membeli gambar dan terendak Ustaz Hadi dengan harga RM17,000)
SHAH ALAM: Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat berjaya mengumpul RM182,000 untuk tabung pilihan raya ke 13 Pakatan Rakyat.
Majlis lelongan itu dibuat dalam majlis makan malam perdana Pakatan Rakyat yang diadakan malam ini.
2, 250 orang menyertai majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Stadium Melawati dekat sini.
Majlis itu disertai oleh hampir kesemua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP serta para penyokong Pakatan dan dermawan di samping pemimpin pro Pakatan dari Sabah danSarawak.
Antara yang hadir adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang ditulis beliau dari penjara. Ia dibayar dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang membeli surat itu.
Ia diikuti oleh kartun yang dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000.
Pen yang digunakan Lim Guan Eng ketika dalam penjara dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.
Gambar santai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000.
Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000), teddy bear Exco Selangor, Teresa Kok (RM10,000), gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).
Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja,
Sebanyak 255 meja berjaya dijual dalam majlis makan malam ini di mana setiap meja dijual dengan harga RM1,000.
Di samping itu, sebanyak RM20,000 berjaya dikutip dalam bentuk derma yang disumbangkan oleh peserta majlis makan malam ini.
"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata pengarah majlis ini, Dr Hatta Ramli kepada Harakahdaily.
Sumber SH
Nik Aziz menyambut Sultan Kelantan yang perkenan berangkat menziarahi beliau di rumahnya dan berjemaah bersama-sama di Masjid Pulau Melaka dekat Kota Bharu, petang ini.
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih bernada sama, yang tidak akan membawa manusia pada ketaqwaan kepada ALLAH.
Nik Aziz berkata, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.
Mursyidul Am Pas berkata, Bajet 2013 langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.
Katanya, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH.
“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.
“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Nik Aziz berkata, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.
Beliau yang petang ini diziarahi Sultan Kelantan petang ini turut mengambil contoh sejarah Rasulullah SAW bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.
Tambah Nik Aziz, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.
“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam.
"Bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.
Sumber KeadilanDaily
Anwar: Cubaan menipu PRU13,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat
SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.
“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi. “Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.
“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin
Oleh Idris Ahmad
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan minggu lepas adalah satu cara kerajaan hendak mencekik rakyat secara tidak langsung. Cuba bayangkan dalam masa dua hari, sebanyak 2,952 keping imej pesalah lalu lintas telah dirakamkan di 14 ‘lokasi maut’. Jika semua imej ini didapati bersalah kerajaan telah memungut wang secara mudah RM885,600, jika diandai setiap kesalahan sebanyak RM300.00.
Hampir RM1 juta di dalam masa dua hari. Ertinya kerajaan dapat memungut hampir RM15 juta sebulan. Ini baru 14 tempat, kalau dipasang 817 lokasi maut, berapa banyak kerajaan dapat wang dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.
Oleh PenjagaKubur
Seperti biasa setiap yang baru ada kelemahannya. TKO Versi 12 juga tidak terkecuali, versi ini pada mula dilancarkan tidak mempunyai waktu solat. Apabila saya membuka thread 30 minit bersama webmaster di forum, ada forumer mengambil kesempatan bertanyakan tentang perkara ini.
Dia tidak segan menyatakan rasa kesal atas ketiadaan bar waktu solat di bawah header laman TKO. Saya memang menyedari perkara ini kerana saya yang bertanggungjawab membuangnya.
Pembuangan waktu solat itu ada beberapa sebab antaranya script waktu solat itu diambil daripada laman JAKIM dan ini membuatkan akses laman TKO menjadi lembab sekiranya ada apa-apa hal kepada laman Jakim. Banyak kali rungutan daripada mereka yang mahir ICT tentang hal ini.
PenjagaKuburWebmaster
http://www.facebook.com/penjagakubur96
http://penjagakubur96.blogspot.com/
Oleh Firdaus
Mat Sabu pernah cakap lebih kurang macam ni. " Ini perangai Umno. Dia bela hantu raya. Tiap-tiap hari dia bagi makan telor. Satu hari nanti bila telor dah habis, telor tuan dia (Umno) dia makan!" Macam ni lah bajet kali ni...Bagi bagi bagi. Nanti bila tak bagi...Ngap!! Hehe...tersungkur di pilihan raya.
Bagi aku bajet ini tidak banyak ertinya. Gaji aku lebih dari 3k. Umur aku dah lebih 30 tahun. Aku bukan kerja dengan gomen. Anak aku semua umur bawah 21 tahun. Cuma dapatlah bantuan persekolahan RM100 untuk anak aku yang paling kecil. Itupun PIBG SK Taman Bukit Indah ambik balik RM100 tu. Cheh!!
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.
Oleh ALBA
(Datuk Lajim membeli surat cinta dari penjara dengan harga RM50,000)

Ia dibeli oleh Ketua Pemuda DHPP Selangor, Sri Jalaraman. Jalaraman ketika ditemui berkata, beliau membelinya kerana penghormatan beliau kepada Presiden PAS itu.
(Kartun Zunar telah berjaya dillelong dengan harga RM32,000 untuk tabung pilihan raya Pakatan Rakyat)
Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000), teddy bear Exco Selangor, Teresa Kok (RM10,000), gambar dan tongkat Tuan Guru Datuk Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).
Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja,
Sebanyak 255 meja berjaya dijual dalam majlis makan malam ini di mana setiap meja dijual dengan harga RM1,000.
Di samping itu, sebanyak RM20,000 berjaya dikutip dalam bentuk derma yang disumbangkan oleh peserta majlis makan malam ini.
"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata pengarah majlis ini, Dr Hatta Ramli kepada Harakahdaily.
Nik Aziz: Bajet 2013 banyak ‘gula’, kurang rohani Posted on Saturday, September 29 @ 00:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh teori |
Sumber SH
Nik Aziz menyambut Sultan Kelantan yang perkenan berangkat menziarahi beliau di rumahnya dan berjemaah bersama-sama di Masjid Pulau Melaka dekat Kota Bharu, petang ini.
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih bernada sama, yang tidak akan membawa manusia pada ketaqwaan kepada ALLAH.
Nik Aziz berkata, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.
Mursyidul Am Pas berkata, Bajet 2013 langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.
Katanya, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH.
“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.
“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Nik Aziz berkata, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.
Beliau yang petang ini diziarahi Sultan Kelantan petang ini turut mengambil contoh sejarah Rasulullah SAW bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.
Tambah Nik Aziz, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.
“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam.
"Bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.
Audit buktikan SPR laksana penipuan besar-besaran – Anwar Posted on Saturday, September 29 @ 00:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh teori |
Sumber KeadilanDaily
Anwar: Cubaan menipu PRU13,SPR daftar 5 juta pengundi tiada alamat
SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.
“Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui proses semakan dan bantahan rasmi. “Sebanyak 77, 246 nama pengundi baru yang tidak ada dalam daftar pemilih PRU 12,imasukkan.
“Bezanya apa? Permohonan dibuat bertahun-tahun sebelum PRU 12. Ada lima, lapan tahun tetapi tidak semena-mena nama-nama itu terpancar semula,” kata Ketua Pembangkang pada majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Tertutup Melawati itu yang dihadiri kira-kira 3,000 pemimpin
Menyifatkan ia didalangi Umno lantaran tidak yakin memenangi PRU 13, Anwar memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.
Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
“Ini bukan perkara baru, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, 3.3 juta hanya ada nombor rumah.
“Ada 4.38 juta pemilih tanpa nombor rumah. Dia jawab, di kawasan Dayak, Kadazan, nombor rumah tiada tapi takkan sampai 4 juta. Manakala 1.99 juta boleh diperbaiki, ada alamat tapi tidak dibetulkan,” katanya.
Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, beliau berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.
“Kita tahu beberapa nama diumumkan oleh kawan-kawan kita yang terlibat tentang soal lokaliti. Lokaliti ini dulu banyak tetapi dikurangkan. Dulu jika ada enam, sekarang jadi tiga.
“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.
Selain itu, katanya masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.
“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.
“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37081
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Mencekik Rakyat Posted on Saturday, September 29 @ 08:50:08 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh Idris Ahmad
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan minggu lepas adalah satu cara kerajaan hendak mencekik rakyat secara tidak langsung. Cuba bayangkan dalam masa dua hari, sebanyak 2,952 keping imej pesalah lalu lintas telah dirakamkan di 14 ‘lokasi maut’. Jika semua imej ini didapati bersalah kerajaan telah memungut wang secara mudah RM885,600, jika diandai setiap kesalahan sebanyak RM300.00.
Hampir RM1 juta di dalam masa dua hari. Ertinya kerajaan dapat memungut hampir RM15 juta sebulan. Ini baru 14 tempat, kalau dipasang 817 lokasi maut, berapa banyak kerajaan dapat wang dengan mudah tanpa perlu bersusah payah.
Apakah tujuan AES dipasang? Untuk keselamatan atau pendapatan?. Di negara lain kalau dipasang alat ini, diberi tahu kamera beroperasi. Kawasan ini pula memang kawasan maut. Betulkah AES ini di pasang di kawasan maut? Tidak masuk akal AES dipasang di kawasan 60 kiliometer sejam di jalan yang lurus, bukan kawasan merbahaya. Adakah Menteri, Pegawai JPJ, Polis yang naik kereta 60km sejam di jalan lurus?
Haramkan sahaja kenderaan berkuasa besar, biar kereta Kancil berkuasa 650 sahaja. Pelik undang-undang negara ini, kereta berkuasa besar dibenarkan bila naik lebih 60 KM akan disaman. Seolah-olah dadah dibenarkan, kemudian ditangkap kepada siapa yang menghisapnya.
Rakyat boleh terima jika dipasang di kawasan 110 kilimeter, di lampu isyarat, selekoh merbahaya.
Kemalangan di negara ini berlaku berpunca daripada kenderaan besar yang tidak beretika. Kita boleh lihat bagaimana bas dan lori yang hendak memotong tanpa mengambil kisah kenderaan yang lain. Apakah tindakan kerajaan bertindak terhadap kenderaan bas ekspress, terutama waktu malam yang memandu amat menakutkan. Pihak kerajaan melalui JPJ dan Polis akan memantau setelah berlaku kemalangan ngeri yang membabitklan kenderaan awam. Selepas isu ini sejuk, tidak ada lagi penguatkuasa, sehinggalah kemalangan ngeri lain pula berlaku.
Pakatan Rakyat sudah memberi komitmen jika diberi mandat selepas PRU13 kita akan kaji cara yang dianggap menindas rakyat.
Waktu Solat - Hasil dari sifat berlapang & harmonis Posted on Saturday, September 29 @ 08:25:54 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh PenjagaKubur
Seperti biasa setiap yang baru ada kelemahannya. TKO Versi 12 juga tidak terkecuali, versi ini pada mula dilancarkan tidak mempunyai waktu solat. Apabila saya membuka thread 30 minit bersama webmaster di forum, ada forumer mengambil kesempatan bertanyakan tentang perkara ini.
Dia tidak segan menyatakan rasa kesal atas ketiadaan bar waktu solat di bawah header laman TKO. Saya memang menyedari perkara ini kerana saya yang bertanggungjawab membuangnya.
Pembuangan waktu solat itu ada beberapa sebab antaranya script waktu solat itu diambil daripada laman JAKIM dan ini membuatkan akses laman TKO menjadi lembab sekiranya ada apa-apa hal kepada laman Jakim. Banyak kali rungutan daripada mereka yang mahir ICT tentang hal ini.
Kedua script ini menggunakan iframe. Iframe untuk pengetahuan pembaca yang kurang tentang it yang mudah saya nak cerita ialah laman orang lain boleh dibuka melalui laman kita. Ada kebaikan dan ada keburukan. Jika orang nak injack laman TKO dia boleh buat script melalui kod iframe ini kerana TKO benarkan. Jadi dia boleh memasukkan apa-apa benda yang tak baik melalui script yang kita benarkan.
Sebab itu jika orang yang kurang arif tentang it, mengguna anti-virus full protected akan menghalang laman TKO dengan mengganggap TKO adalah laman berbahaya.
Saya menerima beberapa aduan tentang perkara ini dan kita maklumkan kepada pelayar, itu bukan virus atau trojan tetapi adalah script iframe.
Saya saya sangat senang dengan dengan forumer yang berterus terang tentang hal waktu solat berbanding dengan beberapa orang forumer yang menyarang saya tanpa sebarang hujah atas dasar tak setuju dengan apa yang kami putuskan.
Untuk pengetahuan pembaca, saya nak buang waktu solat ini pun bukan mudah. Saya sendiri mengalami gangguan (mungkin ini istilah terbaik..) Adakah buang waktu solat seolah-olah saya tak utama agama dalam buat keputusan design laman??
Apabila wujud sifat terbuka forumer dan ada perbincangan setiap apa yang kami buat dengan hormanis. Kami menjadi lebih berfikir dan akan cuba memberikan perkhimatan sebaik yang mungkin. Akhirnya saya terfikir kenapa saya tak buat satu module khusus waktu solat untuk phpnuke. Yang mana module ini membolehkan pembaca mendapatkan waktu solat lebih baik daripada versi 11 yang hanya kepada waktu Kula Lumpur sahaja.
Akhirnya waktu solat wujud semula di TKO (klik pada gambar orang sedang bersolat di atas) atau melihat pada menu utma sisi kiri anda dengan lebih baik kerana sifat forumer yang berlapang dada dan memahami situasi. Saya mengharap mana-mana forumer yang tidak puas hati dengan borak niaga boleh mencari satu alternative yang baik yang boleh memberikan senangan kepada semua pihak.
Jika wujud suasana ini, TKO akan menjadi lebih baik dan mantang!
PenjagaKuburWebmaster
http://www.facebook.com/penjagakubur96
http://penjagakubur96.blogspot.com/
Bajet Nasi Kangkang.... Posted on Saturday, September 29 @ 06:42:51 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh Firdaus
Mat Sabu pernah cakap lebih kurang macam ni. " Ini perangai Umno. Dia bela hantu raya. Tiap-tiap hari dia bagi makan telor. Satu hari nanti bila telor dah habis, telor tuan dia (Umno) dia makan!" Macam ni lah bajet kali ni...Bagi bagi bagi. Nanti bila tak bagi...Ngap!! Hehe...tersungkur di pilihan raya.
Tentang gelagat Najib masa nak tutup pembentangan bajet tadi aku boleh faham. Dia kat rumah kena buli. Jadi orang macam ni dia akan lepaskan geram kat tempat lain. Satu dunia orang perli dia kena control dan macam2. Jadi hari ni dia tunjuk ek sikitlah. Relax relax....
Bagi aku bajet ini tidak banyak ertinya. Gaji aku lebih dari 3k. Umur aku dah lebih 30 tahun. Aku bukan kerja dengan gomen. Anak aku semua umur bawah 21 tahun. Cuma dapatlah bantuan persekolahan RM100 untuk anak aku yang paling kecil. Itupun PIBG SK Taman Bukit Indah ambik balik RM100 tu. Cheh!!
Yang aku dok termenung ni macam mana aku masih masuk dalam golongan 1.7 juta orang yang masih kena bayor income tax dari 12 juta orang tenaga pekerja di negara ini? Lahabau betul...something wrong somewhere...
What a sad day bro... ada sapa2 nak belanja aku nescafe tarik malam ni? Kurang gula bro....
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Datuk Seri Najib Razak menawarkan “gula-gula” dalam Bajet 2013 hari ini, menggunakan RM3 bilion wang pembayar cukai untuk pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3, 000 dan bonus 1.5 bulan untuk 1.4 juta penjawat awam dalam apa yang dilihat sebagai bajet pilihan raya sebelum pilihan raya akan datang, perlu diadakan menjelang pertengahan 2013.
Perdana menteri yang juga menteri kewangan juga memberikan RM250 bagi yang belum berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000, yang membentuk seramai 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pelajar-pelajar sekolah juga akan mendapat RM100 setiap seorang dari Putrajaya tahun depan manakala RM1.2 bilion telah diperuntukkan untuk golongan tua, kanak-kanak, pekerja kurang upaya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik di bawah Program Kebajikan 1Malaysia.
Najib juga mengurangkan satu peratus cukai pendapatan bagi yang berpendapatan RM50,000 pendapatan bercukai setahun, menyediakan bantuan kecil kepada 1.2 juta pembayar cukai dalam negara yang mempunyai rakyat seramai 28 juta.
Tetapi Barisan Nasional (BN) memotong subsidi gula sebanyak 20 sen/kg, meninggalkan subsidi sekarang pada 34 sen/kg, menurunkan bil subsidi gula kepada RM278 juta pada harga semasa.
Kerajaan juga akan membelanjakan RM1.9 bilion untuk membina 123,000 unit perumahan untuk mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM5,000.
Antara beberapa tajuk lain rancangan perbelanjaan kerajaan seperti:
— RM500 juta akan diperuntukkan untuk projek Kehidupan Sungai bagi membaikpulih Sungai Klang
— RM 9 billion untuk Mass Rapid Transit (MRT)
— RM 200 juta untuk Dana Industri Halal
— RM 1 billion untuk perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) Bumiputera
— Pencen minimum ditingkatkan dari RM720 ke RM820 bagi yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun
— RM38.7 billion untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan tambahan RM 500 juta untuk melatih guru bagi subjek penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik
— Geran dan insentif untuk memulakan tadika dan pusat jagaan kanak-kanak dengan RM1.2 billion peruntukan bagi pembangunan pendidikan pra sekolah
— RM1billion untuk membaik pulih sekolah — RM400 juta untuk sekolah kebangsaan dan RM100 juta untuk sekolah Cina, Tamil, agama, berasrama penuh dan MRSM
Janji Di Capati - Bajet gula-gula!! Posted on Saturday, September 29 @ 06:35:39 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh ALBA
Chorus :- Lima puluh lima tahun merdeka tapi rakyat masih sengsara
Barang naik cukai segala rakyat digula-gula
Kita kibarkan jalur gemilang tapi kita kena temberang
Kemerdekaan tiada arti hanyalah janji ditepati...
Lirik Rap Melayu
Bulan tak ikut matahari logic astronomi
Pemimpin otak mundur takkan maju ekonomi
Big Mama buat duit janji dicapati
Janji ditepati, gua tak dapat diam lagi
Cetak rompak salah kalau rompak dan cetak
Tiru lagu gereja rakyat pandai ada otak
Tiada modal idea memang takkan laku
Semua temberang pecah lebih baik mengaku
Harga barang naik gaji masih rendah
Kroni yang berkuasa Kita dikerah
Makan minum cukai hidup mati cukai
Berasap pun cukai Huh! Rakyat Pokai!
Mana unsur merdeka anjakan paradigm
Sisihkan pelakon buang semua drama
Kami semua mahu Malaysia kekal lama
Dengarkan naluri yang sentiasa bergema
Lirik Rap Tamil
Dengarlah cerita yang berlaku di sekeliling kamu
Dengarkan apa anak muda ini nak beritahu
Duit yang kita laburkan habis kena songlap
Kerja keras untuk negara apakah yang kita dapat?
Naik turun bukit keluar masuk hutan bina jalan
Untuk diri sendiri akhirnya apa yang kamu dapat?
'Kamu keluar dari Negara ini' Siapa yang kata?
Dey! (censored) Ini pun Negara kami juga
Kita perlukan PTPTN untuk belajar
Tak boleh keluar Negara kalau tak bayar
Tak boleh keluar macam mana nak bayar?
Wajah sebenar Encik Dacing sudah terbongkar?
Duit Negara sudah habis ke?
Dengan yakin kami mengundi jadikan kamu kerajaan
Periuk nasi kami pun kamu nak kacau
Kamu tinggalkan kami sehelai sepinggang
Dengan 1 Malaysia 1 Rakyat berulang kali
kamu masukkan racun dalam makanan kami
Lirik Rap Chinese
Lihat calendar 2020 sudah tak lama lagi
Sehingga hari ini masaalah perkauman masih tak selesai
Orang atas hanya fikir nak kumpul duit
mereka hanya pedulikan nama
Apa-apa berlaku seorang pun tak nak bertanggung jawab
Rakyat pelbagai bangsa tinggal dalam satu negara
1 Malaysia untuk siapa?
50 tahun masih bersusah payah dengan isu perkauman
Apa yang kamu mahu? Apa kamu boleh buat?
Lihat kepada iklan satu Malaysia
Aku nak Tanya apakah semua ini?
siapa yang telah pergunakan rakyat?
Akhirnya rakyat yang jadi mangsa
Pelbagai orang tinggal dalam sebuah negara
Bagaimana Negara ini menghakimi aku?
Kami bukan budak-budak
Kita perlu tahu hari ini bukan seperti masa lalu

youtube oleh J13Revolution

Tiada ulasan:
Catat Ulasan