Rabu, 12 September 2012

INGATLAH SAMSENG TAK SEMSENG PUN SEMUA AKAN MATI...CALON KALAH ATAU MENANG PUN AKAN MATI...CARA MENIPU ATAU TAK PUN AKAN MATI...CUMA INGATLAH BALASAN ALLAH JIKA KITA ORANG JAHAT@SAMSENG SERTA KUNCU2NYA AKAN DAPAT BALASAN SETIMPAL DENGAN KEJAHATANNYA...NASIB KURANG BAIK DIDUNIA PUN ALLAH DAH BALAS

PAS hadapi budaya samseng sejak 1960-an

Muhammad Faizal, 12 Sep 2012
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

"Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat.

"Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Mustafa juga menyatakan walaupun keganasan itu ditujukan kepada Ketua Pembangkang dan juga PKR, namun ia juga dianggap ancaman kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata keganasan yang berlaku terus berulang setiap kali adanya program Pakatan Rakyat terutamanya PKR.

Namun, katanya walaupun tindakan tersebut sentiasa berlaku dan berulang sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengutuk tindakan tersebut.

"Kita mempunyai maklumat dan bukti yang menyatakan bukan sekadar penglibatan Perkasa malah turut melibatkan Umno," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

Malah, katanya keganasan yang berlaku di Lembah Pantai seolah-olah ia mendapat restu daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada langsung tindakan diambil oleh pihak polis berhubung insiden tersebut.

"Adakah ini menjadi budaya mereka dan jika tidak saya berharap pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan adil.

"Malah kenyataan terbaru ada yang memberi amaran kepada saya dari turun ke Johor untuk meneruskan program jelajah merdeka rakyat," sambung Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berharap Najib dan juga Hishammuddin dapat tampil mengutuk keganasan yang telah berlaku di Kota Bharu, Alor Setar, Lembah Pantai dan Melaka.

Beliau juga minta Perdana Menteri perlu berlaku adil dengan semua pihak dan jangan hanya menyebelahi pihak yang menyokong beliau sahaja.

 

Sokong PAS untuk kuatkan Melayu

Hazayani Zakaria, 12 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh seruan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar orang Melayu menguatkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, orang Melayu khususnya beragama Islam harus menyokong PAS untuk memastikan pentadbiran negara mengikut landasan Islam.

Katanya, kedudukan Melayu ketika ini semakin lemah akibat dasar Umno BN sendiri yang menindas orang Melayu.

"Di bawah pemerintahan BN, walaupun BN memerintah lama tetapi kita tengok di mana kedudukan Melayu selepas 55 tahun kita merdeka.

"Dasar ekonomi baru target 30 peratus pencapaian Orang Melayu tapi setakat ini pencapai hanya 18 peratus, bermakna ia gagal," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Siti Zailah lagi, janji Umno BN untuk menjaga tanah rezab Melayu juga tidak boleh dipercayai kerana semakin banyak tanha rezab Melayu yang tergadai angkara Umno BN.

"Kalau kata nak jaga tanah rezab Melayu, dah lebih separuh tanah rezab orang melayu telah diceroboh tanpa ganti. Apa lagi yang ada pada orang Melayu?

"Kalau kita nak memartabatkan melayu dan Islam maka orang Melayu mesti memilih PAS," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau panjang.

Kelantan sedang rangka bina laluan keretapi laju

Nazri Abdullah, 12 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan kini sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beberapa pihak berkaitan telah dihubungi untuk membantu membuat rangka awal cadangan laluan keretapi tersebut.

Menurut beliau, pembinaan laluan keretapi itu akan menggunakan wang dari bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

"Jadi saya berharap Kerajaan Kelantan masa depan boleh buat jawatankuasa untuk mengkaji membina laluan keretapi laju mengguna duit royalti.

"Duit royalti dari telaga (Bunga) Kamelia sahaja bermula tahun hadapan akan diperolehi kelantan insyaAllah RM500 juta satu tahun.

"Kalau kos keratapi laju RM4 hingga RM5 bilion, itu masih dalam kemampuan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini.

Tambah beliau lagi, pembinaan itu nanti akan membantu perkembangan ekonomi Kelantan selain mempercepatkan masa perjalanan dan memudahkan perhubungan.

Pembinaan itu juga dilihat akan membantu mengurangkan penggunaan kenderaan rakyat Kelantan khususnya yang berada di perantauan untuk pulang ke kampung halaman terutama di musim perayaan dan cuti umum.

"Keretapi yang ada sekarang ini terlalu perlahan dan laluannya masih laluan yang dibuat oleh penjajah dahulu.

"Kita mencadangkan perjalanan dari KB ke KL lebih cepat dan selesa," katanya.

Mengulas cadangan BN Kelantan yang ingin memasukkan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam menifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, Husam berkata ianya sudah terlambat.

"BN terlambat, kita dah pikir nak buat kretapi laju dia baru nak ambik lebuh raya.

"(Cadangan lebuh raya KBKK) dah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9, itu pun dibatalkan balik. Kalau dalam manifesto, bila-bila masa pun dia boleh masukkan dalam tong sampah," katanya.

Lebuh raya KBKK: Dalam RMK pun BN tarik, inikan pula manifesto

Nazri Abdullah, 12 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan BN Kelantan yang mahu memasukkan janji membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai (KBKK) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang disifatkan sebagai 'sudah terlambat'.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, tindakan BN itu hanya mencerminkan sikap mahu mempermainkan rakyat Kelantan dalam isu itu.

Ini kerana, cadangan pembinaan itu menurut Husam, telah dicadangkan Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5) iaitu sejak tahun 1986 lagi tetapi tidak terlaksana.

Malah ia telah diluluskan sekali lagi dalam RMK9, namun difahamkan ianya dibatalkan semula dan gagal dilaksanakan oleh kerajaan pusat sehingga hari ini.

"Barisan Nasional dah terlambat. Perkara ini tak perlu masuk dalam manifesto, dia (BN) boleh buat terus masa kita serah kepada Kerajaan Persekutuan dulu.

"Malah lebuh raya ini sudah ada dalam Rancangan Malaysia bukan dalam manifesto," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri Harakah di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin baru-baru ini yang menyatakan akan memasukkan janji Perdana Menteri untuk membina lebuh raya itu, dalam manifesto BN Kelantan.

Mengulas lanjut Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika perkara yang sudah dimasukkan dalam RMK pun boleh ditarik balik dengan mudah,  inikan pula hanya janji dalam manifesto.

"Dah ada dalam Rancangan Malaysia ke-9, itu pun dibatalkan balik. Kalau dalam manifesto, bila-bila masa pun dia boleh masukkan dalam tong sampah," katanya.

Pakatan setuju p’raya Dun Selangor berasingan

Muhammad Faizal, 12 Sep 2012
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan melalui mesyuarat pimpinan tertinggi bahawa Selangor akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berasingan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini berkata, keputusan itu diambil kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai pertambahan pengundi yang ramai dan tidak dapat diselesaikan.

Jelasnya, Pakatan Rakyat yang bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Mentei Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan bahawa senarai nama daftar pengundi yang meragukan gagal dibersihkan sepenuhnya.

"Keputusan telah kita perolehi bahawa Selangor akan melakukan pilihanraya berasingan dan ini diputuskan apabila kita mendapati negeri ini merupakan jumlah pertambahan pengundi yang ramai serta meragukan.

"Kita melihat perkara tersebut sebagai masalah yang tidak dapat diselesikan yang mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal untuk membersihkan senarai nama pengundi," katanya.

Pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula menyatakan Kelantan akan turut serta untuk membubarkan Dun bersekali dengan pembubaran parlimen pada pilihan raya nanti.

"Kerajaan Negeri Kelantan tekah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Pusat.

"Namun perkara tersebut belum diputuskan oleh Kedah pada waktu ini sama ada ingin mengadakan pilihan raya berasingan atau pun tidak," kata beliau.

Sementara itu, Pakatan Rakyat juga akan turut membuat pertimbangan jika Pulau Pinang ingin membuat pilihan raya berasingan jika Ketua Menteri merasakan daftar pemilih yang ada sekarang meragukan.

Hadir sama pada siding media itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Nasharudin: PKR hormati keputusan Majlis Syura PAS

Muhammad Faizal, 12 Sep 2012
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pihaknya menghormati keputusan yang diambil oleh Majlis Syura Ulamak PAS berhubung isu bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada Ahad lepas.

Malah menurut beliau, PKR tidak pernah mencampuri urusan setiap parti di dalam Pakatan Rakyat dan tidak akan mencampuri apa yang telah diputuskan.

"Kita menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS terhadap isu Nasharudin, malah kita tidak akan mencampuri keputusan yang telah diputuskan.

"Apa yang diambil oleh Majlis Syura itu adalah hak peribadi mereka dan kita dalam Pakatan tidak boleh pertikaikan," sambung beliau lagi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan wartawan berhubung tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyaman Nasharudin,, katanya ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat menganggapkan itu adalah bersifat peribadi.

Langat 2: S’gor ada kuasa, MB beri peringatan awal

Selangorku, 12 Sep 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri mengeluarkan peringatan kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai pembinaan loji rawatan air Langat 2 bahawa projek tersebut masih tidak mendapat kelulusan Selangor.

Oleh itu, pemaju, kontraktor, perunding dan sesiapa yang mengambil bahagian di dalam projek tersebut diingatkan supaya tidak menyalahkan kerajaan negeri apabila perlaksanaan projek itu tergugat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa berhubung perlaksanaan projek tersebut walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskannya.

Kuasa Kerajaan Negeri antaranya meliputi kelulusan merancang dan memasuki tapak projek.

“Kita ingin mengingatkan kepada pemaju, kontraktor mahupun Kerajaan Pusat bahawa Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab sepertimana yang dijamin Perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.

“Kerajaan Negeri juga ingin mengingatkan bahawa Kerajaan Negeri akan menjaga tanggungjawab ini,” jelasnya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco semalam.

Peringatan itu dibuat susulan penyiaran iklan tender Langat 2 di laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) semalam.

Tender tersebut dikeluarkan walaupun projek tersebut masih tidak mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan undang-undang bagi menjelaskan tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri mengenai projek ini.

“Mereka perlu sedar dan jelas tentang tanggungjawab dan tanggungan mereka akan beberapa perkara apabila berurusan atau berhadapan dengan Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata sesiapa yang menyertai projek tersebut harus berdepan dengan risiko akibat dari percanggahan pendirian Kerajaan Pusat dan Negeri.

“Andaikata mereka masih ingin menyertai tender, kemudian menang ‘bidding’ namun perlaksanaan tertunggak, jangan datang saman (Kerajaan Negeri).

“Kerana kita sudah memberi penjelasan dan peringatan berkenaan perkara ini,” tegas beliau ketika ditemui.

Kerajaan Negeri sebelum ini tidak bersetuju dengan pembinaan Langat 2, dan mahu ia dirunding bersama dengan rancangan penstrukturan semula industri air Selangor.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

FGVH: Tahniah KWSP kerana 'pintar' membeli

Dr. Dzulkefly Ahmad, 12 Sep 2012
Sementara saya sangat berpuas hati, selaku pencarum, bahawa KWSP bijak mengurus wang pencen saya dengan mengikuti 'prinsip keramat pelaburan': 'buy low, sell high', (beli murah,jual mahal) saya hendak peringatkan badan pengurus dana terbesar di negara ini, sampai bila akan mereka teruskan dengan pembelian ini?

KWSP sebagai salah satu 'pelabur asas' FGVH, telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 % pada 4 Julai kepada 7.02 %.

Jelasnya, harga saham FGVH lemah berbanding dengan rakan-rakan seperti Sime Darby dan KL Kepong mengalami kejatuhan lebih teruk akibat kebimbangan harga komoditi ini.

KL Kepong turun 4% dari awal bulan Julai dan Sime Daby turun hanya 1% berbanding FGV yang turun sebanyak 12 %. Untuk pengetahuan umum, saham Facebook, pensenaraian terbesar di dunia telah mengalaminkemorosotan harga ke paras lebih 50% dari harga IPO- pensenaraiannya.

Saham FGVH semalam tidak terlepas turun ke bawah harga jualan institusi sebanyak RM4.55, menjunam 11 sen dari harga pembukaan rendah RM4.57, sebelum pulih kepada RM4.73 pada akhir hari dagangan.

Terdahulu FGVH telah mengalami penurunan keuntungan sebanyak 32.5 % berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh pengurangkan tuaian minyak sawit, peningkatan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada subsidiari gula MSM Holdings.

FGVH juga telah diketahui memilikki pokok-pokok kelapa sawit tua sebanyak 53 % daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit danantara yang tertinggi dalam industri. Penanaman semula akan menyebabkan kehilangan lebih banyak pendapatan sepanjang tempoh sebelum pokok-pokok menjadi matang.

Faktor-faktor penilaian risiko pelaburan serta unjuran keuntungan dan jangkaan aliran tunai  atau 'projected cashflow', adalah mustahak sebagai perhitungan besar dalam pelaburan.

Pencarum kini ingin tahu apakah perhitungan strategik yang menjadi rasional sebab mengapa panel pelaburan KWSP terus-terusan membeli saham -saham FGV ini, disamping menjalankan 'national service', mungkin seperti di arah penguasa politik Umno-BN?

Dalam hal ini agak sukar KWSP menolak persepsi pencarum dan rakyat dari menanggapi bahawa KWSP sedang melakukan 'program menyelamat' atau 'bailout' ke atas FGVH.

KWSP mesti menjelaskan perhitungan dan rasional mereka secara telus (transparent) dan bertanggungjawab.

Ingat amanah dan tanggungjawab kepada pencarum (rakyat) dan bukan penguasa politik Umno-BN sahaja!

*Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Tiada ulasan: