Pemimpin siswa dakwa diserang 5 lelaki
Pengerusi
kumpulan mahasiswa antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM)
Edikoup Lakip Sediyanto membuat laporan polis mendakwa diserang
sekumpulan lelaki tidak dikenali di Petaling Jaya awal pagi tadi.Edikoup berkata, kejadian pada jam 4 pagi di Seksyen 17 itu bermula apabila motosikal yang dipandunya dihadang sebuah kereta, sebelum beliau diheret dari motosikal ke bahu jalan dan diserang.
"Setelah itu, turun seorang yang berbadan besar menghayun topi keledar ke badan saya sehingga saya terjatuh dari motosikal.
"Setelah itu, mereka memukul saya, menghentak kepala saya dengan topi keledar sehinggalah saya dipukul, ditumbuk, diterajang di perut dan sebagainya.
"Setelah puas memukul saya mereka melarikan diri. Saya kesakitan di muka dan badan," laporan polisnya dipetik.
Edikoup berkata, lima lelaki terlibat memukulnya.
Sidang media di wad kecemasan
Dalam laporannya juga, Edikoup berkata, beliau sebelum itu, sekitar jam 12 tengah malam telah diugut tiga lelaki lain di Lebuh Raya Mahameru Kuala Lumpur.
"Mereka seramai 3 orang telah mengancam saya dan mendakwa saya seolah ada membuat masalah dengan mereka tetapi saya langsung tidak memahami apa yang mereka maksudkan," katanya dalam laporan itu lagi.
Beliau kini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu berkaitan pilihan raya kampus atau tidak.
Proses pengundian hari ini berlangsung di lebih 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), termasuk universiti utama di Lembah Klang.
Pro-Mahasiswa UM dijadual mengadakan sidang media di wad kecemasan PPUM pagi ini.
Kesan lebam
Edikoup ketika ditemui di Pusat Perubatan Universti Malaya (PPUM) selepas menerima rawatan kira-kira jam 11.30 pagi ini, didapati berada dalam keadaan letih dan lemah.
Beliau yang berkerusi roda berkata, luka di bahagian pipi kanannya dipercayai ditumbuk dan terdapat kesan lebam di bahagian dahi.
"Setakat ini badan rasa sengal-sengal... Saya kena pukul oleh lima orang, seluruh badan sakit-sakit," katanya yang berkerusi roda.
Satu arahan perubatan yang dikeluarkan PPUM menyebut, beliau baru mengalami kecederaan di kepala dan memerlukan pemerhatian setiap dua jam selama 24 jam.
Pro-M yakin kekal kerusi, pro-A ramal menang besar
Hari
ini, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dan Pro-Aspirasi (pro-A) bertembung
lagi bagi memilih anggota Majlis Perwakilan Mahasiswa dalam pilihan
raya kampus yang sering menarik perhatian umum serta pihak media.Proses pengundian di lebih 15 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) bermula jam 8 pagi dan keputusannya dijangka diketahui sewal jam 6 petang.
Bagaimanapun, tumpuan kini terarah kepada tujuh kampus perdana IPTA yang setiap tahun mendapat liputan 'panas' khususnya mengenai kumpulan pro-M yang mendakwa terpaksa berdepan kekangan pihak pentadbiran universiti.
Persoalannya, mampukah pro-M mengekalkan penguasaan mereka di tiga kampus utama IPTA - UM, UKM dan UIA dan pada masa yang sama, menambah kerusi di kampus-kampus lain.
Atau, apakah pro-Aspirasi mampu kembali berkuasa, sekaligus mengukuh 'cengkaman' dan prestasi mereka di kampus berkenaan?
Dalam pilihan raya lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di UM, di UKM (22 daripada 37 kerusi) dan UIA (23 daripada 26 kerusi). Selebihnya dikuasai pro-A.
Kampus-kampus IPTA yang lain yang dikuasai pro-A ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).
Pengerusi pro-M Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mengakui mereka bakal menghadapi pertarungan sengit untuk mengekalkan penguasaannya, khususnya di UM, sekalipun yakin turut mampu mengekalkan penguasaan di UIA dan UKM.
"Pilihan raya kampus tahun ini agak sengit di UM... Kita berdepan dengan kekangan seperti tidak boleh berkempen secara bebas di kolej kediaman khusus kepada pelajar tahun satu, yang belum pernah mengundi," dakwanya.
"Di UIA, kita yakin boleh menang kerana secara tradisi memang kekuatan jentera dan sokongan kita ada di sana. Sokongan mereka (kepada pro-M) tidak berbelah bagi," kata Edikuop sambil mendakwa Ops 2020 turut digunakan untuk memenangkan calon Penggerak Mahasiswa.
Edikoup juga berkata pihaknya yakin mampu menambah dua atau tiga kerusi lagi, sekalipun mengakui sukar menang di USM, UTM, UPM dan Upsi antaranya disebabkan pertembungan tiga penjuru dengan calon bebas dan pro-A.
Berbeza dengan pro-M, Jurucakap pro-A, Mohd Hafiz Ariffin dipetik oleh Sinar Harian Online sebagai berkata pihaknya yakin mampu mengulangi kemenangan besar di 15 pusat pengajian tinggi sepertimana lima kampus sebelum ini.
“Kami memang sasarkan kemenangan kerana kami berpegang pada strategi khusus di mana kepimpinan bakal calon digilap dari akar umbi, bermula dari kelab dan persatuan yang ada di universiti.
“Mereka lebih dekat dengan mahasiswa sejak awal, jadi lebih mudah untuk mendekati mahasiswa pada masa akan datang,” katanya dalam laporan tersebut.
Kampus lain yang bakal melangsungkan pilihan raya kampus serentak esok antaranya Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak).
Dalam pilihan raya kampus pada 20 September lalu, pro-Aspirasi mencatat kemenangan besar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknikal Malaysia (UteM) dan Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM).
P'raya kampus: 18 pusat pengundian dibuka di UM
Sebanyak
18 pusat pengundian dibuka pada jam 9 pagi untuk 22,822 mahasiswa
Universiti Malaya yang berdaftar bagi memilih anggota Majlis Perwakilan
Mahasiswa bagi sesi 2012/2013.Pusat pengundian tersebut dibuka di semua 12 kolej kediaman, Akademi Pengajian Melayu, Fakulti Alam Bina, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains.
Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan yang merangkumi sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti. Sebanyak 17 calon bertanding merebut kerusi umum, dan 53 calon fakulti.
Tinjauan Malaysiakini di pusat pengundi mendapati proses pengundian berjalan tenang dan lancar. Kelihatan juga para mahasiswa sedang menunaikan tanggungjawab membuat pengundian secara elektronik (e-undi).
Setakat jam 10.05 pagi ini, seramai 1,317 atau 5.72 peratus mahasiswa keluar mengundi di seluruh UM.
Peratus pelajar keluar mengundi pada sesi lalu adalah sebanyak 67.11 peratus.
Pusat pengundian akan ditutup jam 5 petang dan keputusan pengundian bakal diketahui seawal jam 6.30 petang.
Sebanyak lebih 15 institut pengajian tinggi awam dan swasta hari ini mengadakan pilihan raya kampus masing-masing termasuk di Universiti Malaya (UM).
Ibrahim Menudin nafi jet dinaiki Anwar miliknya
Tokoh
korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menafikan dengan keras
desas-desus yang mengatakan bahawa jet peribadi yang dinaiki Penasihat
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama pemimpin pembangkang ke Labuan
pada 15 September lalu adalah miliknya.
Ibrahim dengan reaksi terkejut ketika dihubungi berkata, penggunaan jet tersebut tiada kaitan dengan beliau, malah menganggapnya sebagai suatu khabar angin.
Desas-desus yang mengatakan jet tersebut milik beliau menjadi hangat di Labuan terutamanya ketika Anwar membuat pengumuman rasmi kemasukan beliau ke dalam PKR.
"Saya tidak ada jet. Orang hanya cakap-cakap sahaja. Hari ini saya ingin mengesahkan bahawa jet itu bukan milik saya. Untuk perkara lain pula, kita berjumpa lain kali," ujarnya yang pernah menjadi bendahari Umno Sabah.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai pemilik jet tersebut, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan Sabah pada 15 September lalu.
Berikutan itu, beberapa blog mempersoalkan tindakan pemimpin pembangkang yang dilihat bermewah-mewah dalam perbelanjaan mereka ketika pakatan itu baru mentadbir empat negeri.
1. Pemilik jet tak harap balasan, kata Anwar

K'jaan diminta tambah peruntukan untuk PDRM tangani jenayah seksual
Wanita
BN meminta kerajaan menambah peruntukan kepada pasukan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dalam Belanjawan 2013 bagi membolehkan pasukan itu
memperkukuhkan siasatan berhubung jenayah seksual, keganasan rumah
tangga dan penderaan kanak-kanak.
Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perhatian perlu diberi kepada usaha melatih lebih ramai pegawai penyiasat serta menaik taraf penyelidikan dan pembangunan, terutama peralatan terkini untuk siasatan forensik.
Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyarankan penubuhan pasukan polis awam selain meningkatkan rondaan berkereta dan penambahan kamera litar tertutup (CCTV).
Belanjawan 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, di Parlimen.
- Bernama

Iklan masalah air berjalan 'rahsia' di PJ
Sebuah
penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara
'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.
Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.
Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.
Beberapa penduduk, antaranya Dr S Paramananthan mendakwa penggambaran itu mungkin berkaitan isu air Selangor.
Bagaimanapun, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.
"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.
Babak beratur dapatkan air
Beliau menjelaskan ia berkenaan kempen penjimatan air.
Bagaimanapun ketika ditanya kenapa babak yang dilakonkan seolah-olah menggambarkan isu masalah bekalan air, Cheong enggan mengulasnya.
"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.
"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.
Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.
Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.
Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.
Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.
Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.
"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.
Ditanya sekiranya penggambaran tersebut dibiayai BN, Chow berkata beliau tidak dapat menjawab perkara.
"Sekali lagi, saya tidak boleh jawab," katanya yang menafikan bahawa penggambaran tersebut dibuat secara rahsia.
"Ia bukannya diselubungi rahsia tapi ianya sulit dan persendirian. Ia adalah garis panduan standard dalam industri ini," katanya.
Jelasnya, syarikatnya akan mengambil tindakan sama sekiranya mana-mana pihak mengupahnya untuk penggambaran iklan.
"Jika kami buat penggambaran iklan untuk Malaysiakini, kami juga akan kata perkara sama," katanya.
Seorang anggota sekretariat panel siasatan berkata pihak polis telah menyerahkan rakaman tersebut.
Pengerusi panel siasatan tersebut, Khaw Lake Tee (kanan) kemudiannya meminta ACP Mohamad Zulkarnain Abd Rahman untuk mengesahkan sama ada klip tersebut daripada pihak polis.
Bagaimanapun, ACP Zulkarnian berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ia atau tidak apabila soalan itu diajukan lagi selepas video tersebut dimainkan.
Zulkarnain, yang merupakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan pegawai pemerintah kawasan Dataran Merdeka semasa perhimpunan pada 28 April itu, berkata beliau tidak melihat video tersebut ditunjukkan di mana-mana mesyuarat pihak polis.
Klip sejam selama sejam itu telah ditandakan untuk identifikasi kemudiannya dan hanya akan dianggap sebagai bukti jika seorang saksi boleh membuktikan kesahihannya.
Logo polis dipaparkan pada permulaan dan di akhir rakaman, yang merupakan kompilasi klip pendek peristiwa penting sebelum dan semasa perhimpunan itu. Ia bermula dengan bantahan "Occupy Dataran" oleh pelajar dua minggu lebih awal.
Klip tersebut pada umumnya berkualiti tinggi dan jelas, dan disertakan dengan kapsyen mengenai masa dan lokasi setiap kejadian yang berlaku.
Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.
Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.
Beberapa penduduk, antaranya Dr S Paramananthan mendakwa penggambaran itu mungkin berkaitan isu air Selangor.
Bagaimanapun, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.
"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.
Babak beratur dapatkan air
Beliau menjelaskan ia berkenaan kempen penjimatan air.
Bagaimanapun ketika ditanya kenapa babak yang dilakonkan seolah-olah menggambarkan isu masalah bekalan air, Cheong enggan mengulasnya.
"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.
"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.
Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.
Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.
Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.
Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.
Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.
"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.
Penggambaran P&C, bukan rahsia
Sementara
itu, seorang produser eksekutif di syarikat penerbitan iklan berkenaan
Chow Chun Son ketika dihubungi bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada
penggambaran tersebut adalah untuk menunjukkan berlakunya krisis air di
Petaling Jaya.Ditanya sekiranya penggambaran tersebut dibiayai BN, Chow berkata beliau tidak dapat menjawab perkara.
"Sekali lagi, saya tidak boleh jawab," katanya yang menafikan bahawa penggambaran tersebut dibuat secara rahsia.
"Ia bukannya diselubungi rahsia tapi ianya sulit dan persendirian. Ia adalah garis panduan standard dalam industri ini," katanya.
Jelasnya, syarikatnya akan mengambil tindakan sama sekiranya mana-mana pihak mengupahnya untuk penggambaran iklan.
"Jika kami buat penggambaran iklan untuk Malaysiakini, kami juga akan kata perkara sama," katanya.
'Video polis' ditayang di siasatan BERSIH
Sebuah
video polis yang dikatakan mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 ditayangkan
sewaktu siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam
tetapi seorang pegawai polis yang dipanggil sebagai saksi, tidak dapat
mengesahkan ketulenannya.Seorang anggota sekretariat panel siasatan berkata pihak polis telah menyerahkan rakaman tersebut.
Pengerusi panel siasatan tersebut, Khaw Lake Tee (kanan) kemudiannya meminta ACP Mohamad Zulkarnain Abd Rahman untuk mengesahkan sama ada klip tersebut daripada pihak polis.
Bagaimanapun, ACP Zulkarnian berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ia atau tidak apabila soalan itu diajukan lagi selepas video tersebut dimainkan.
Zulkarnain, yang merupakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan pegawai pemerintah kawasan Dataran Merdeka semasa perhimpunan pada 28 April itu, berkata beliau tidak melihat video tersebut ditunjukkan di mana-mana mesyuarat pihak polis.
Klip sejam selama sejam itu telah ditandakan untuk identifikasi kemudiannya dan hanya akan dianggap sebagai bukti jika seorang saksi boleh membuktikan kesahihannya.
Logo polis dipaparkan pada permulaan dan di akhir rakaman, yang merupakan kompilasi klip pendek peristiwa penting sebelum dan semasa perhimpunan itu. Ia bermula dengan bantahan "Occupy Dataran" oleh pelajar dua minggu lebih awal.
Klip tersebut pada umumnya berkualiti tinggi dan jelas, dan disertakan dengan kapsyen mengenai masa dan lokasi setiap kejadian yang berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan