Khamis, 27 September 2012

JANGAN PILIH KASIH MINTA MAAF...PILIH BULU...RAKYAT TAHU SAPE LU...APA PERJUANGAN LU...USAH DOK SEMBANG DAN AUTA LAH...ALLAH LAGI LAGI TAHU

Bajet Pakatan tak berasaskan dasar kaum
  • Aidila Razak
  • 4:19PM Sep 26 2012
 
Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.

Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.

Menteri kewangan akan membentangkan bajet 2012 Jumaat ini.
Bajet 2013 'pemurah', tapi ketepi reformasi ekonomi?
5:43PM Sep 26 2012  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan bajet yang menyenangkan pengundi dengan meletakkan keutamaan memenangi pilihan raya daripada menyentuh hutang negara yang makin membebankan.

Menurut pakar ekonomi, Najib mungkin menangguhkan pembaharuan - untuk meluaskan asas cukai dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak - ketika mengumumkan langkah membantu keluarga miskin yang bergelut untuk menyara hidup.

NONEPendapatan kukuh pada 2012 membolehkan kerajaan bersikap pemurah dalam bajet tahun depan tanpa membimbangkan pasaran kewangan, lapor Reuters.

Bagaimanapun, lapor agensi berita antarabangsa itu lagi, tanda-tanda kemerosotan fiskal akan menambah kebimbangan pelabur ekoran kemerosotan yang konsisten dalam kewangan Malaysia.

Fitch Ratings pada Ogos lalu berkata, kewangan awam Malaysia lemah berbanding kedudukan negara lain sebarisnya dan setanding dengan negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali dan Israel.

"Jelas sekali ia akan menjadi bajet pilihan raya. Ia akan bersifat pemurah," Irvin Seah, pakar ekonomi di Bank DBS Singapura, dipetik sebagai berkata.

"Pada tahap ini, keperluan pada sokongan politik akan menjadi keutamaan berbanding pertimbangan ekonomi."
PKFZ: Mahathir akan dipanggil beri keterangan
  • Kow Gah Chie
  • 1:39PM Sep 26 2012
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan dakwaan menipu kabinet melibatkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

"azlanKami akan panggil Dr Mahathir," kata peguam pembelaan Wong Kian Kheong ketika menyoal balas Ling pagi ini.

Wong bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci berhubung langkah itu.

Sumber yang dekat dengan pihak pendakwaan memberitahu pemberitan, sepina sudah dikeluarkan kepada Dr Mahathir untuk tampil ke mahkamah bulan depan.

Kemungkinan Dr Mahathir akan tampil di mahkamah dalam minggu kedua dalam bulan Oktober, tambah sumber itu lagi.

Dr Ling membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
  
Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
  
Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.
Sementara itu, Bernama melaporkan Ling hari ini mendakwa tidak pernah menerima surat daripada Dr Mahathir bagi menyatakan terdapat kesilapan pada surat yang dihantarnya berhubung projek PKFZ.
  
Dr Ling turut memberitahu bahawa beliau juga tidak menerima balasan surat menyatakan perkara yang sama (terdapat kesilapan) daripada Kementerian Kewangan.
  
Katanya surat bertarikh 29 Jun 2002 yang mengandungi maklumat kadar nilaian pembelian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi (skp) dan kadar faedah 7.5 peratus setahun itu disediakan oleh bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Datuk Zaharah Shaari, Timbalan KSU Datuk Abdul Rahman Mohd Noor dan bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Maritim P. Chandrasekaran.
  
"Sehingga saya bersara pada 28 Mei 2003, tiada seorang pun yang memberitahu bahawa terdapat kesilapan pada surat tersebut," katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Wong Kian Kheong.
  
Beliau turut menegaskan bahawa tiada pegawai yang memberitahu bahawa kadar RM25 skp dan faedah 7.5 peratus itu tidak mematuhi penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).    

Sementara itu, prosiding yang bermula pada 9 pagi ini terpaksa dihentikan lebih awal apabila Wong memohon penangguhan berikutan masalah kesihatan yang dialami Ling.
  
Ling hanya memberi keterangan selama sejam setengah sebelum Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan Jumaat untuk menyambung perbicaraan.
  
Dr Mahathir dijangka memberi keterangan pada bulan depan berhubung kes ini.
Pegawai khas ADUN dakwa diugut bunuh
  • Bernama
  • 2:42PM Sep 26 2012
 
Seorang pegawai khas kepada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang individu, semalam.   
Anthony Lee Kim Kwang, 51, membuat laporan berkenaan petang semalam di Balai Polis Taman Johor Jaya, Johor Bahru selepas mendakwa menerima ugutan menerusi panggilan telefon pada jam 11.17 pagi semalam.   
"Panggilan itu diterima ketika saya sedang mengikuti satu program lawatan di Rumah Pangsa Laman Tasik Pandan, di sini.  Ia adalah suara lelaki yang menjerit nama saya iaitu 'Lee Kim Kwang' sebelum panggilan itu kemudian terputus," katanya kepada pemberita dalam pertemuan yang diatur MCA Cawangan Permas Selatan, di Johor Bahru hari ini.
Lee berkata dia kemudian bertindak menghubungi semula nombor terbabit dan suara lelaki yang sama kemudian bertutur dalam loghat Hokkien dengan mengugut mengatakan akan mencari dan menembaknya.
Beliau berkata lelaki terbabit mendakwa dia mewakili seorang rakannya yang tersinggung dengan percakapan Lee pada program tinjauan masalah perparitan di Bandar Permas Jaya, di Johor Bahru  beberapa hari lepas.
Lee yang berasa sangat gusar dan bimbang keselamatannya terancam terus memaklumkannya kepada beberapa rakan dan ADUN  berkenaan sebelum kemudian dinasihati membuat laporan polis.
Katanya ugutan seumpama itu merupakan kali pertama diterimanya sejak berkhidmat sebagai pegawai khas sejak empat tahun lepas.
Sementara itu, Pengerusi MCA Cawangan Permas Selatan Shium Chan Teck pula berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti individu yang terlibat dengan jenayah terbabit.
"Kita percaya negara ini ada undang-undang dan kita serahkan kes ini kepada ihak polis," tegasnya.
- Bernama
Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan
  • Steven Gan
  • 10:24AM Sep 26 2012
 
EKSKLUSIF "Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.

NONEEmpat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman
kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

Dalam surat 11 Januari 2006 itu, Dr Mahathir berkata beliau menulis menjemput Soros untuk memberi sokongan kepada usaha tersebut bagi mencapai muktamad hak asasi manusia - hak kepada kehidupan.

Kedua-duanya yang berusia 80-an - Mahathir 87, Soros, 82 - terbabit dalam perang mulut sewaktu krisis kewangan Asia, dengan Dr Mahathir memanggil Soros "dungu" dan menyalahkannya mencetuskan kekalutan tersebut, manakala Soros pula membalas dengan menyifatkan perdana menteri Malaysia itu sebagai "ancaman kepada negaranya".

Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros.

Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004.

"Apa juga yang mungkin menjadi perbezaan antara kita, kita nampaknya mempunyai pandangan yang sama mengenai perang, iaitu tentang pembunuhan manusia dalam mengejar agenda nasional," kata Mahathir.
ADUN DAP dakwa Noh dapat tanah 'lepas jadi MP'
  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 3:29PM Sep 26 2012
 
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mempertikaikan dakwaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berhubung pemilikan tanah seluas 12 hektar yang menjadi tapak untuk satu projek ternakan udang.
Ng mengemukakan dokumen yang menunujukkan bahawa pemilikan tanah Noh ke atas tanah di Tanjung Karang itu hanya didaftarkan selepas menteri tersebut menjadi MP kawasan berkenaan pada 1995.

Dakwanya, perkara itu menunjukkan bahawa Noh "sekali lagi menipu dan mengelirukan rakyat".

Tambahnya, perkara itu bercanggah dengan penjelasan Noh pada Julai bahawa menteri tersebut memiliki tanah tersebut "sebelum menjadi MP atau menjadi peguam".
Lelaki ditahan bantu siasatan dakwaan hina Islam di Facebook
  • Bernama
  • 7:28PM Sep 26 2012
 
Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan
memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
  
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
  
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
  
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.
  
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
  
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut.

- Bernama
Badan Peguam: Tiada salahnya dengan dana asing
  • Haifz Yatim
  • 4:16PM Sep 26 2012
 
Badan Peguam Malaysia tidak nampak apa salahnya dengan pembiayaan dana asing selagi ia mematuhi undang-undang negara, kata presidennya Lim Chee Wee.

"Malah Badan Peguam Malaysia menerima dana asing yang dikenal pasti untuk projek-projek tertentu.

"Tiada apa salahnya kerajaan dan organisasi swasta menerima wang dari luar negara selagi  undang-undang negara dipatuhi."

Tambahnya, agak malang apabila terdapat unsur-unsur tertentu mempersoalkan motif dan membuat kenyataan yang memburukkan pembiayaan asing.

"Pokoknya sama ada organisasi yang menerimanya mematuhi Akta Syarikat dan Akta Pertubuhan."

Lim mengulas mengenai media arus perdana yang mendakwa dana asing yang diterima oleh organisasi tertentu, termasuk BERSIH dan Suaram dengan tujuan untuk menggugat kestabilan kerajaan.

Menurutnya, tidak ada undang-undang yang menyekat dana asing dan menambah, "saya tidak fikir kita mahu melihat perundangan seumpama itu."
Hasan Ali juga mahu Guan Eng minta maaf
  • Abdul Rahim Sabri
  • 6:05PM Sep 26 2012
 
Presiden JATI Datuk Hasan Ali menyokong gesaan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menolak hudud.
Bekas exco kerajaan Selangor itu berkata gesaan itu penting bagi mendapatkan pendirian rasmi daripada Guan Eng bagi mewakili parti DAP dalam isu berkenaan.

NONEKatanya, pendirian itu penting memandangkan pemimpin kanan DAP seperti pengerusi parti itu, Karpal Singh juga menolak hudud.

"(Nasharuddin) juga hendak mengaitkan Lim Guan Eng yang ada kedudukan, pandangan, pendapat, bangkangan, bantahan tentang hudud yang sama dengan Karpal Singh dan sebagainya...," katanya.

Tambahnya, Karpal selaku pengerusi DAP tidak membuat kenyataan peribadi tetapi mewakili keseluruhan parti itu.

"Bagi saya dan Ustaz Nasha, keseluruhan pemimpin besar DAP menolak hudud. Bukan lagi satu, dua individu, tetapi setiausaha agung itu mewakili keseluruhan parti, menolak hudud," kata Hasan dalam satu sidang media hari ini.

NONEKenyataannya itu timbul susulan kenyataan Lim semalam yang berkata Nasharuddin bersikap seperti ejen Umno apabila mengambil pendirian yang berubah-ubah dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

Sedangkan, Nasha tidak ada masalah dengan pendirian DAP tentang hudud sewaktu beliau memegang timbalan presiden PAS, kata Lim.

Lim juga mencabar Nasharuddin agar mendapatkan penjelasan dari Umno berhubung pendirian mereka tentang pelaksanaan hukum hudud.

Terdahulu, Nasharuddin dalam sidang medianya Lim memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa DAP menolak hudud.

MP Bachok itu menimbulkan gesaan tersebut berdasarkan satu laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik kenyataan Lim bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.
Hasan Ali dakwa kenyataan Anwar hina orang Islam
  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:06PM Sep 26 2012
 
Presiden NGO Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali mendakwa, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina umat Islam melalui kenyataan berhubung tindakan umat Islam menyatakan bantahan ke atas filem anti-Islam Innocence of Muslims.
NONEHasan mendakwa demikian berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Anwar dalam laporan akhbar British, The Scotsman.

Laporan Utusan itu memetik kenyataan itu sebagai: "Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi."

Pandangan Anwar itu, kata Hasan, "memperkecilkan tindakan yang telah dan sedang diambil" oleh umat Islam dan tidak sepatutnya dikeluarkan "dari mulut seorang pemimpin Islam".

NONE"Kenyataan yang sedemikian terlalu berat bagi saya dan anggota JATI untuk menerimanya.

"Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka," katanya.

Laporan Utusan itu bagaimanapun tidak menyebut bahawa Anwar mengulas "reaksi ganas" dalam bantahan orang Islam ke atas video yang menghina Islam itu.
Kenyataan Anwar dalam The Scotsman itu juga sebaliknya menyebut: "masalah dengan jiwa orang Islam... orang mudah marah dan emosi"
Seterusnya, Anwar dalam laporan The Scotsman itu juga mengulas mengenai kemarahan kelas pemerintah Malaysia ke atas filem berkenaan.
"Hipokrasi oleh orang-orang ini (yang) bercakap mengenai mempertahankan Islam sedangkan mereka terang-terangan korup dan tidak adil...," katanya.

Hina Islam: Ngeh Dah Minta Maaf, Mahathir, Najib Dan Pemimpin Umno Bila Lagi?
Posted on Monday, September 24 @ 06:15:13 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: Tok Janggut
Apabila Pengerusi DAP Perak dalam twitter nya mempersoalkan akan kewajaran umat Islam membuat demonstrasi aman mengutuk puak Yahudi kerana filemnya yang menghina Nabi, bergegak tempik puak UMNO mengutuk pula Dato Ngeh malahan ada yang meminta polis menyiasat beliau. Akhirnya beliau memohon maaf diatas ketelanjuran dan sikap tidak pekanya itu. Namun begitu mengapa bila pemimpin UMNO seperti Mahathir, Najib dan lain-lainya menghina syariat Allah dan memperlekehkan sunnah Nabi tidak ada pula pihak yang buat demonstrasi?

Pemimpin DAP itu secara terbuka meminta maaf, samada beliau ikhlas atau tidak tidak ada siapa pun yang boleh mengesahkanya. Bagaiman pula dengan Mahathir, Najib dan lainya? Bila pula mereka ini hendak meminta maaf, yang selalu kedengaran bukan minta maaf tapi bertambah hebat dan angkuhnya mereka memperkecilkan syariat Allah itu.

Ingin juga kita bertanya pada Mahathir. Apakah beliau tidak tahu bahawa syaitan itu musuh ketat umat Islam? Apakah beliau tidak pernah membaca atau mendengar bahawa syaitan itu sifatnya sangat pendendam, menipu, kerjanya merosakan aqidah dan akhlak umat Islam? Jadi mengapa beliau sanggup menyamakan UMNO/BN itu sebagai syaitan yang perlu disokong? Ini jelas beliau telah mengesahkan bahawa jahat dan zalimnya UMNO sama seperti syaitan juga. Jadi mestikah umat Islam perlu terus menyokong dan membantu serta membela puak syaitan? Perlukah orang Melayu bersyukur kepada talibarut syaitan? Orang Melayu Islam yang beriman hanya wajib bersyukur kepada Allah, bukanya kepada UMNO yang mempunyai bayangan syaitan itu! Dia bagi RM500.00 pada rakyat tapi puak mereka sapu berjuta RM duit rakyat. Golong penipu beginikah yang orang Melayu perlu sokong dan pertahankan? Hancur negara.

Hanya manusia yang berkhlak dan beraqidah seperti syaitan sahaja yang akan terus menyokong, membela dan mempertahankan UMNO itu.
Orang Melayu kena ingat....kemerdekaan yang kita kecapi sekarang bukanlah dari hasil usaha pemimpin UMNO dahulu. Mereka hanya menyambut kemerdekaan tetapi bukanya pejuang kemedekaan. Yang berjuang untuk menghalau penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan tanah air kita air pejuang Melayu yang hidup di dalam hutan dengan bersenjatakan keris, lembing dan tombak. Dato Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Hj Abd Rahman Limbong, Tok Kenali, Mat Janggut, Tok Ku Paloh dan ramai lagi. Inilah pejuang kemerdekaan sebenarnya. UMNO adalah pejuang palsu yang mendapat nama hasil dari darah dan nyawa pejuang kita di dalam hutan sana. Akibat tidak tahan dengan asakan dan amukan pejuang kita, maka penjajah mengambil keputusan untuk berundur dan keluar dari bumi ini maka dicarinyalah puak yang perlu diberikan kuasa memerintah dengan syarat wajib mengikuti dan mematuhi semua perjanjian yang dibuatnya. Itulah UMNO.

Umat Ilsam kena ingat, penjajah datang menjajah ke negara umat Islam diseluruh dunia sekadar untuk menjajah dan merompak hasil mahsul negara tersebut dan dibawa pulang ke negara asal mereka tetapi tujuan utama mereka ialah untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus setelah mereka kalah dalam perang Salib dulu. Antara kejayaan besar mereka apabila meninggalkan sesebuah negara yang dijajah itu ialah undang-undang mereka kekal diamalkan oleh pemerintah negara tersebut yang menjadi boneka dan anjing peliharaan mereka. 

Inilah kebanggaan penjajah kerana aqidah umat Islam berjaya dirosakan dengan hanya pewarisnya mesti mengekalkan undang-undang yang mereka tinggalkan sehinggakan ada umat Islam yang beriktiqad bahawa undang-undang penjajah ini lebih baik, lebih adil dari syariat Allah itu sendiri. Bagi umat Islam yang faham bab tauhid, mereka sanggup mati dan sanggup hidup susah, asalkan tidak sekali-kali menyokong puak yang mempertahankan dan menjunjung undang-undang peninggalan penjajah itu demi kerana aqidah, kerana Allah dan kerana Rasul. Bagi yang telah rosak aqidahnya, mereka tidak peduli itu semua, yang penting poket mesti penuh, anak bini mesti hidup mewah, rumah besar, pangkat tinggi dan boleh buat apa sahaja tanpa siapa berani menghalangnya kerana mereka berkuasa. Itulah sebabnya pemimpin mereka berani menghina syariat Allah dan sunnah Nabi tanpa rasa berdosa dan tanpa perlu meminta maaf. Nampaknya DAP lebih bermaruah dari pemimpin UMNO ini. Inilah syaitan manusia yang sebenarnya. Jauhilah UMNO. Wallahualam. 

PKR: Tiada bayaran untuk jet peribadi
  • Aidila Razak
  • 5:13PM Sep 26 2012
 
Timbalan presiden PKR Azmin Ali hari ini menegaskan bahawa penggunaan jet peribadi oleh pemimpin PKR, termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hujung minggu lalu tidak melibatkan apa-apa bayaran.
Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini, beliau berkata, naib presidennya Tian Chua sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sama kenyataan yang dibuatnya itu tepat.

NONEKatanya, pemberita sepatutnya mengikut penjelasan Anwar bahawa jet tersebut dipinjamkan oleh seorang rakan ketua pembangkang itu.
“(Tian) perlu semak sebelum buat kenyataan. (Pemberita) sepatutnya dengar (penjelasan) Anwar (yang menyatakan jet tersebut dipinjamkan seorang rakan)," katanya.

Tambahnya, butiran mengenai pemilikan jet tersebut boleh didapati dengan Jabatan Penerbangan Awam untuk semakan awam dan PKR tidak perlu mendedahkannya.

"Kenapa anda tidak tanya mengapa (isteri perdana menteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) membuat perjalanan menggunakan pembiayaan kerajaan atau siapa yang membayar untuk penerbangan helikopter mingguan (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin dari Kuala Lumpur ke Johor?," soalnya.

Bagaimanapun, Chua ketika diminta memberi penjelasan mempertahankan bahawa kenyataannya tidak bercanggah dengan kenyataan Anwar.

"Faktanya adalah jet tersebut disewa, tetapi kita tidak bayar sesen pun untuk (sewa)," katanya.

Katanya lagi, sekiranya PKR ingin menyembunyikan apa-apa, mereka tidak akan memuatkan gambar jet tersebut untuk tatapan umum.

Jet peribadi: Zahid Hamidi kantoi! hahaha!

ASK,25 Sep 2012


Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?



Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia “transparent”.

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari akan apa yang tersirat dari peristiwa ini..

Ini sebenarnya membuktikan kepada kita semua bahawa golongan usahawan sudah mula yakin bahawa UMNO/BN akan tumbang pada PRU kali ini oleh itu mereka berani menghulurkan bantuan.

Menariknya dalam hal ini berlumba-lumba blogger-blogger UMNO melakukan pendedahan dari harga jet hinga kepada kos bahanapi diselidik mereka..



Bersungguh-sungguh benar mereka.. tetapi mengapa Zahid Hamidi yang pernah melakukan perkara yang sama dengan Anwar lakukan iaitu terbang menggunakan jet peribadi milik kawannya tidak dipersoalkan.

Anwar cuma meminjam jet peribadi milik rakannya untuk terbang di dalam Malaysia.. tetapi Zahid Hamidi terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji..


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.

Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.


Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.

Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.


Anwar hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang Menteri.

Anwar Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..

Tetapi Zahid Hamidi merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu..

E-mail yang disebar itu..
————————————————————————————-
By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian.


——————————————————————————–

Semak  e-mail tersebut di (SINI)

Buat pencaca-pencacai UMNO tu.. dedahkanlah kalau berani berapa nilai jet yang Zahid Hamidi naik tu dan berapa pula kos bahanapi untuk jet itu..

Kalau tak silap aku.. Jamil Khir pun pernah terbang dengan jet peribadi untuk satu programnya di Kedah.

------------------------------

Source: http://mediaperak.com/2012/09/25/jet-peribadi-zahid-hamidi-kantoi-hahaha/

Tiada ulasan: