Panduan kenali ciri gay, lesbian popular di Twitter
Menteri
Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk
mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengabil
langkah untuk membetulkan keadaan itu.Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:
"Simptom" gay:
- Mempunyai badan sasa dan sukamenunjukkan aset di badan (pakai baju v-neck, sleeveless)
- Suka memakai baju yang ketat dan fit mengikut tubuh dengan warna yang terang
- Lebih cenderung minat kepada lelaki
- Suka berjalan-jalan dengan membawa beg yang besar seperti beg perempuan
"Simptom" lesbian:
- Menunjukkan ketertarikan pada wanita
- Jaga jarak dan hubungan dengan wanita lain yang bukan pasangannya
- Lebih suka berteman untuk tidur, makan dan ke mana-mana dengan pasangan wanita
- Tidak mempunyai perasaan dengan mana-mana lelaki
Ia juga menyatakan, garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.
Ia dilancarkan dalam satu seminar di Pulau Pinang semalam, lapor akhbar itu.
Seminar mengenai usaha menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender itu merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikian Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.
Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.
Program berkenaan merupakan seminar kesepuluh yang diadakan di negara ini.
Garis panduan berkenaan hari ini dikesan menjadi ulasan utama pengguna Twitter yang menggunakan kata kunci "Simptom seorrang gay" (#SymptomsOfBeingGay).
Hinggakan, kata kunci tersebut muncul sebagai trend paling popular di kalangan pengguna Twitter Malaysia hari ini.
Antaranya, seorang aktivis Pang Khee Teik yang menulis dengan nada ejekan bahawa garis panduan itu memudahkan golongan gay mencari pasangan.
"Sebelum ini saya kesunyian. Tapi dengan #SymptomsOfBeingGay saya sekarang boleh mencari gay lain. Terima kasih Menteri Pelajaran!," tulisnya.
Garis panduan itu juga diulas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengakui bahawa beliau juga mengenakan baju sendat dengan kolar-V.
"Saya juga pakai baju sendat, kolar-V. Saya OK," katanya dengan kata kunci ejekan "Simptom seorang yang bodoh" (#SimptomsOfBeingStupid).
Pengerang kg nelayan untuk 1,000 tahun lagi jika...
Tanpa
projek petrokimia, Pengerang akan kekal sebagai kampung nelayan "untuk
seribu tahun lagi" dengan masyarakatnya kerugian ribuan pekerjaan dan
pembangunan bernilai tinggi, kata Kumpulan Dialog.Tetapi dengan projek itu, menurut pengerusi syarikat itu Ngau Boon Keat, kampung itu dijangka membangun seperti Jurong, Singapore pada 15 tahun lagi.
"Jika kamu tidak lakukan sesuatu, kamu akan kekal sebagai perkampungan nelayan untuk seribu tahun lagi.
"Jurong menyumbang satu pertiga daripada GDP (keluaran dalam negara kasar) Singapura," kata Ngau kepada pemberita.
Dialog adalah syarikat di belakang projek bernilai RM5 bilion itu.
ADUN PKR dakwa ditendang di program debat MCA
Seorang
ADUN PKR mendakwa diserang seorang individu dalam satu kejadian di satu
acara debat dengan pemimpin MCA di Bandar Tun Razak pada malam tadi.Gan Pei Nei mendakwa, beliau ditendang seorang pemuda dalam kejaidan pada kira-kira jam 8.30 malam itu.
"Tendangan itu kena pada bahagian bawah sebelah kanan pinggang saya," katanya dalam satu laporan polis petang ini.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika beliau meninggalkan Dewan Pusat Belia Antarabangsa malam tadi.
Gan merupakan antara pemimpin yang hadir ke program debat di antara timbalan menteri MCA Datuk Chua Tee Yong dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.Khalid diwakili empat wakil yang terdiri daripada tiga MP Pakatan, Tony Pua, Dzulkefly Ahmad dan William Leong, dan juga setiausaha politiknya Faekah Husin.
Keempat-empat wakil berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan untuk berdebat dengan Khalid, menyebabkan wakil berkenaan meninggalkan dewan.
Dalam suasana hingar-bingar itu, satu pergelutan turut berlaku di antara kumpulan penyokong MCA dan PKR yang hadir, ketika wakil berkenaan meninggalkan dewan.
Gan berkata, ketika meninggalkan dewan itu beliau kemudiannya diserang ketika melalui kaki lima dewan tersebut.
"Saya sedang meninggalkan dewan bersama Faekah dan (setiausaha akhbar MB) Arfa'eza A Aziz dan beberapa orang penyokong.
"Saya berada di bahagian kanan kumpulan itu dan apabila kami melalui koridor tersbut, ramai yang menolak dan memekik ke arah kami.
“Saya berpaling dan cuba mententeramkan mereka tetapi saya ditendang oleh seorang lelaki muda yang menyebabkan saya terjatuh.
"Bagaimanapun salah seorang penyokong kami memegang saya dan menarik saya ke sisi," kata Gan ketika dihubungi Malaysiakini.
Ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat lagi
Ibupejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian pada awal pagi ini.Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai
kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.
"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya.
Ng, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa beliau akan membuat laporan di balai polis Jalan Pattani lewat pagi ini.
Bangunan tingkat itu yang berharga kira-kira RM3 juta, telah
dirasmikan awal tahun ini.
Difahamkan, pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.
Seorang ahli parti itu dikatakan telah menyedari kejadian itu pada kira-kira jam 6 pagi.
Ini adalah kali ketiga ibupejabat parti itu disimbah cat sejak tahun lepas. Pada 14 Ogos 2011, bangunan yang dahulunya terletak di Jalan Talipon - telah disimbah dengan cat oren dan merah.
Pada masa yang sama, pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, juga disimbah dengan cat oren dan merah (kiri). Sebuah kereta yang diletakkan di luar pusat perkhidmatan tersebut pada hari berkenaan, turut disimbah cat.
Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menaiki tiga buah motosikal telah mendatangi pusat perkhidmatan Ng, pada sekitar jam 1.20 pagi dan membaling beg plastik kecil mengandungi cat.
Mukhriz tak faham pasaran kereta, kata Pakatan
Komen
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz
Mahathir berhubung permit import (AP) kereta menunjukkan beliau tidak
tahu menahu berhubung pasaran kereta, kata Pakatan Rakyat.Bertentangan dengan dakwaan Mukhriz, anggota parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata, pelelongan AP kereta tidak akan menjejaskan harga kereta.
Sebaliknya, katanya, ia akan menyalurkan hasil terus kepada simpanan kerajaan dan tidak kepada pemegang konsesi yang menjadi "rakan baik" dengan kementerian yang menjual AP.
"Ini jelas. Saya tidak fikir beliau faham tentang permit AP dan mekanisme pasaran terbuka," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri) dalam forum di ibu negara malam tadi.
Mukhriz Mahathir semalam menyindir idea pembangkang bahawa pelelongan AP bagi kereta luar negara akan menurunkan harganya.
Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.
SPR: P'raya negeri berasingan tidak patut berlaku
Cadangan
kerajaan negeri di bawah pimpinan parti pembangkang mengadakan pilihan
raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum bukan sahaja
melibatkan kos yang tinggi, malah akan menjejaskan perjalanan kelas dan
mengganggu tugas guru.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini berikutan lebih 80 peratus tenaga kerja yang digunakan untuk memastikan kelancaran pengundian adalah terdiri daripada guru sekolah.
Selain itu, SPR juga terpaksa menggunakan semula sekolah untuk dijadikan pusat mengundi yang akan menganggu perjalanan kelas di sekolah tersebut.
"Ini tidak patut berlaku. Kita kena fikir kepentingan semua pihak bukan semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya dalam rancangan wawancara 'Hello Malaysia' oleh Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi, bertajuk 'Isu Bubar DUN: Implikasi SPR'.
Selain itu, kata Wan Ahmad, anggaran jumlah kos untuk mengadakan pilihan raya umum adalah kira-kira RM400 juta manakala pilihan raya negeri secara berasingan di negeri Selangor sahaja akan menelan belanja sebanyak RM50 juta.
Kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang, katanya, perlu ingat bahawa mereka tidak sepatutnya berfikir untuk menang sahaja, tanpa memikirkan masalah kos, tenaga kerja serta kanak-kanak sekolah yang akan terganggu akibat proses pilihan raya yang terpaksa diadakan dua kali.
Selain itu, tambahnya, kempen pilihan raya yang diadakan dua kali juga akan mengganggu ketenteraman awam, yang mana kesesakan jalan berlaku dan polis terpaksa terpaksa dikerah ke lokasi berkempen bagi menjaga ketenteraman awam serta mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Sebelum ini, empat kerajaan negeri yang bawah pimpinan parti pembangkang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Baru-baru ini, kerajaan Selangor, di bawah pimpinan gabungan pakatan PKR-DAP-PAS dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya DUN serentak dengan pilihan raya umum.
Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata berkata kerajaan negeri itu belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata parti PAS berpendirian tidak akan membubarkan DUN secara berasingan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
Di Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bermain teka-teki dengan berkata pembubaran DUN akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri jelapang padi itu.
- Bernama
1. 'P'raya DUN S'gor tidak serentak dengan PRU13'

Pakatan lancar 'buku jingga' Agenda Wanita M'sia
Pakatan
Rakyat malam tadi melancarkan 'buku jingga' Agenda Wanita Malaysia
(AWM) yang menggariskan tujuh tuju-tumpu wanita sebagai usaha memperkasa
dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.
Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat sekaligus melaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Majlis pelancaran agenda tersebut disempurnakan oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Selangor di Shah Alam.
Turut bersama merasmikan majlis pelancaran itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat.
Tujuh tuju-tumpu yang terkandung buku agenda yang bertemakan "Wanita Berdaya Negara Sejahtera" - yang turut diedarkan kepada kira-kira 1,200 hadirin - merangkumi:
Sambil menyifatkan ia satu cabaran yang besar, Anwar turut mencadangkan supaya Wanita Pakatan Rakyat mencontohi pengalaman Kelantan yang dipimpin oleh PAS mendekati kumpulan tersebut.
"Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman.
"Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS, DAP dan Keadilan tidak menjadikan ia sebagai slogan atau retorik biasa yang dilakukan, kerana sudah 50 tahun lalu dengan retorik yang sama.
"Semua ingin memberdaya dan memperkasa tetapi akhirnya bukan memberdaya tapi memperdaya... Sebab itu kita mahu supaya ada program (dalam) satu kertas biru khas. Kita tidak punyai banyak masa," katanya.
Anwar berkata beliau yakin Pakatan dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu berjaya menembusi "sedikit ruang" dengan mendapat sokongan wanita desa dan pedalaman.
"Saya percaya ini masa dan ketikanya, rakan kita dalam DAP, PAS dan Keadilan bersama, untuk melihat, kalau kita mahu menawan Putrajaya, Insya-Allah, saya yakin kita dapat tawan Putrajaya.
"Tetapi kita perlu sedikit 'push' di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita," katanya.
Dalam sidang media selepas itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata Wanita Pakatan Rakyat merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan AWM khususnya wanita di desa dan pedalaman.
Bagi tujuan itu, katanya, mereka merancang untuk mengadakan bengkel di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat parlimen dan cawangan.
Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata bengkel tersebut akan diadakan pada 23 September ini di Selangor.
"Kita juga ada jawatankuasa khas untuk membincang mengenai tujuh tuju-tumpu itu dan ia akan dilakukan oleh kumpulan profesional dalam bidang masing-masing," kata Naib Ketua Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi yang turut serta dalam sidang media itu.
Kemudian Zuraida mencelah: "Kemudian kita akan menetapkan tarikh untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menarik (tumpuan) kumpulan (wanita) tersebut".
Sebagai reaksi terhadap cadangan Anwar yang mencadangkan supaya mencontohi pengalaman Kelantan, Zuraida menyambut baik cadangan itu dan akan mengkaji, mengenalpasti strategi yang digunakan dan mengubahsuai berdasarkan keperluan dan keadaan.
Wanita Pakatan Rakyat juga mengharapkan maklumbalas berhubung agenda itu daripada 25 NGO wanita yang turut hadir di majlis perasmian itu.
Dalam ucapan di majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan perniagaan asing dan polis hari ini, Mustapa berkata perkara itu ditimbulkan oleh pelabur beberapa kali dalam setahun lalu, pada dialog sebelum ini.
"Tujuan dialog kerana dalam beberapa dialog dengan dewan perniagaan hal yang berkait keselamatan ada kesan pada pelaburan.
"Saya menjanjikan satu pertemuan untuk menangani isu ini... Kita di sini untuk melihat apa lagi yang kita boleh buat untuk memperbaiki situasi di negara ini," katanya.
Turut hadir di program dialog berkenaan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan pegawai tertingginya termasuk ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah, ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
Wakil daripada dewan perniagaan Jepun, Korea Selatan, Eropah, Amerika Syarikat, Jerma dan Taiwan turut menyertai dialog tersebut.
Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat sekaligus melaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Majlis pelancaran agenda tersebut disempurnakan oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Selangor di Shah Alam.
Turut bersama merasmikan majlis pelancaran itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat.
Tujuh tuju-tumpu yang terkandung buku agenda yang bertemakan "Wanita Berdaya Negara Sejahtera" - yang turut diedarkan kepada kira-kira 1,200 hadirin - merangkumi:
- Dasar pendidikan yang "celik dan cerdik" terhadap wanita dengan menerapkan Falsafah Hormat Wanita dan peka gender dalam agenda pendidikan negara.
- Memberi perhatian khusus kepada kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti kepada wanita.
- Merangka program, menyelaras, menggalak dan membuka peluang dengan penglibatan wanita bidang ekonomi.
- Merangka dan mengenalpasti agenda yang mementingkan kesejateraan sosial dan keselamatan di kalangan wanita.
- Menyusun dan menyebarluas program pendemokrasian dan pendidikan politik di kalangan wanita secara berimbang di seluruh negara.
- Melakukan pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang serta penambaikan terhadap akta dan dasar yang tertumpu antaranya kepada jenayah keganasan, gangguan seksual, keganasan rumah tangga, diskriminasi dan pemerdagangan wanita.
- Memberdaya golongan Wanita Muda yang berumur 18 hingga 35 tahun dari aspek pengukuhan jati diri, pemantapan keluarga, pemberdayaan ekonomi mandiri dan keseimbangan kerjaya.
Sambil menyifatkan ia satu cabaran yang besar, Anwar turut mencadangkan supaya Wanita Pakatan Rakyat mencontohi pengalaman Kelantan yang dipimpin oleh PAS mendekati kumpulan tersebut.
"Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman.
"Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS, DAP dan Keadilan tidak menjadikan ia sebagai slogan atau retorik biasa yang dilakukan, kerana sudah 50 tahun lalu dengan retorik yang sama.
"Semua ingin memberdaya dan memperkasa tetapi akhirnya bukan memberdaya tapi memperdaya... Sebab itu kita mahu supaya ada program (dalam) satu kertas biru khas. Kita tidak punyai banyak masa," katanya.
Anwar berkata beliau yakin Pakatan dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu berjaya menembusi "sedikit ruang" dengan mendapat sokongan wanita desa dan pedalaman.
"Saya percaya ini masa dan ketikanya, rakan kita dalam DAP, PAS dan Keadilan bersama, untuk melihat, kalau kita mahu menawan Putrajaya, Insya-Allah, saya yakin kita dapat tawan Putrajaya.
"Tetapi kita perlu sedikit 'push' di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita," katanya.
Dalam sidang media selepas itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata Wanita Pakatan Rakyat merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan AWM khususnya wanita di desa dan pedalaman.
Bagi tujuan itu, katanya, mereka merancang untuk mengadakan bengkel di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat parlimen dan cawangan.
Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata bengkel tersebut akan diadakan pada 23 September ini di Selangor.
"Kita juga ada jawatankuasa khas untuk membincang mengenai tujuh tuju-tumpu itu dan ia akan dilakukan oleh kumpulan profesional dalam bidang masing-masing," kata Naib Ketua Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi yang turut serta dalam sidang media itu.
Kemudian Zuraida mencelah: "Kemudian kita akan menetapkan tarikh untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menarik (tumpuan) kumpulan (wanita) tersebut".
Sebagai reaksi terhadap cadangan Anwar yang mencadangkan supaya mencontohi pengalaman Kelantan, Zuraida menyambut baik cadangan itu dan akan mengkaji, mengenalpasti strategi yang digunakan dan mengubahsuai berdasarkan keperluan dan keadaan.
Wanita Pakatan Rakyat juga mengharapkan maklumbalas berhubung agenda itu daripada 25 NGO wanita yang turut hadir di majlis perasmian itu.
Mustapa: Pelabur bimbang tahap keselamatan M'sia
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara
ini.Dalam ucapan di majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan perniagaan asing dan polis hari ini, Mustapa berkata perkara itu ditimbulkan oleh pelabur beberapa kali dalam setahun lalu, pada dialog sebelum ini.
"Tujuan dialog kerana dalam beberapa dialog dengan dewan perniagaan hal yang berkait keselamatan ada kesan pada pelaburan.
"Saya menjanjikan satu pertemuan untuk menangani isu ini... Kita di sini untuk melihat apa lagi yang kita boleh buat untuk memperbaiki situasi di negara ini," katanya.
Turut hadir di program dialog berkenaan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar dan pegawai tertingginya termasuk ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Hadi Ho Abdullah, ketua polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
Wakil daripada dewan perniagaan Jepun, Korea Selatan, Eropah, Amerika Syarikat, Jerma dan Taiwan turut menyertai dialog tersebut.
Peguam: Isteri tahanan ISA diugut, visa bakal tamat
Peguam
Farhana Abdul Halim mendakwa seorang isteri kepada tahanan ISA diugut
supaya menarik balik laporan polis yang mendakwa lelaki itu dipukul di
dalam kem tahanan.
Beliau mendakwa isteri kepada tahanan tersebut, seorang warga Indonesia, didatangi beberapa orang polis dari Bukit Aman yang meminta supaya wanita berkenaan tidak meneruskan kes itu.
Farhana (kiri) mendakwa, wanita Nunurheni Onim, turut diugut akan ditamatkan visanya jika berkeras membuat laporan polis.
"Beliau didatangi beberapa pegawai polis Bukit Aman yang menyatakan nama suaminya sudah naik (disenarai untuk dibebaskan).
"(Mereka pesan) jika beliau teruskan laporan polis ini akan menyusahkan proses pembebasan suaminya," kata Farhana pada sidang media pagi tadi.
Suami wanita itu, Md Radzali Kassan, merupakan sebahagian daripada 30 orang lain yang masih berada dalam tahanan, kata Farhana.
Sakit batu karang kronik
Dakwanya, Md Radzali juga kini terpaksa membeli sendiri makanan dari kantin Kem Tahanan Kamunting kerana keadaan kesihatannya.
"Suami beliau terus ditahan dan sedang sakit batu karang kronik.
"Untuk jaga kesihatan beliau, beliau sendiri terpaksa keluar duit beli makanan di kem kerana diberi spesifikasi oleh doktor untuk tidak makan makanan berminyak.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kesihatan tahanan adalah tanggungjawab kem," kata Farhana.
Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Farhana berkata Nunurheni (kiri) pada 2 Julai lalu membuat laporan polis pertama berhubung dakwaan Razali dipukul.
Nunurheni kemudiannya didatangi tiga orang pegawai polis di kediamannya di Johor Bahru, tiga hari selepas wanita itu membuat laporan polis itu, kata Farhana.
Polis berkenaan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bukit Aman, tambahnya.
Wanita itu bagaimanapun membuat laporan kedua di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 2 Julai lalu, berhubung dakwaan ugutan oleh tiga pegawai polis berkenaan, katanya lagi.
Laporan polis yang dibuat pada 7 Julai lalu menyebut, laporan awalnya pada 2 Julai adalah mengenai dakwaan bahawa Md Radzali dipukul semasa menyertai mogol lapar di kem berkenaan.
"Pada 4 Julai 2012, saya dilawati tiga pegawai yang mengaku pegawai polis dari Bukit Aman di rumah saya di Johor."Salah seorang dari mereka yang memperkenalkan diri sebagai Puan Fazlin menyuruh saya menarik balik laporan polis yang saya buat pada 2 Julai.
"Puan Fazlin juga secara tidak langsung mengugut saya dengan menyatakan bahawa saya perlu memberi kerjasama terutamanya kerana visa saya akan tamat pada 20 September 2012," kata Nunurheni dalam laporan tersebut.
Katanya, lagi, individu berkenaan juga mendakwa bahawa tindakan menarik balik laporan polis berkenaan boleh menjamin keselamatan beliau dan suaminya yang berada dalam tahanan.
Nunurheni juga mendakwa, beliau turut dihubungi oleh pegawai Kem Tahanan Kamunting berhubung laporan bertarikh 2 Julai itu.
"Saya diberitahu oleh beliau bahawa kononnya laporan saya itu adalah salah kerana tidak dibuat pada hari kejadian dan tidak dibuat di balai berdekatan tempat kejadian," katanya.
VIDEO l 2.01 min

Dua individu mangsa rompak ditemui mati
Dua
individu dipercayai mangsa samun ditemui mati berlumuran darah di
sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga, dan rakan wanitanya Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap.
"Pemeriksaan mendapati ada kesan selongkar di rumah itu. Dipercayai jam tangan, barang kemas dan wang tunai telah disamun.
"Turut dilarikan dua kenderaan jenis BMW dan Toyota Vellfire," kata Ab Rashid melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.
Mangsa dipercayai dibunuh pagi semalam namun kejadian itu hanya disedari malam tadi.
Difahamkan mangsa mengalami beberapa kecederaan pada badan, dan senjata turut ditemui di kediaman itu.
Polis telah merakam keterangan beberapa kenalan rapat mangsa termasuk seorang pengawal peribadi Leong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan