Jumaat, 21 September 2012

TUTUP PEJABAT...PENGADUAN KEPADA ALLAH SENTIASA TERBUKA...JADI DOA LAH...MOHONLAH....MINTALAH HUKUMAN DARI ALLAH...UNTUK MUSUH2 ISLAM NI...ALLAH SANGAT MENGETAHUI UNTUK MEMBUATNYA@MENGHUKUMNYA

'Dunia berjaga-jaga, protes filem hina Nabi dijangka besar'
Wartawan Sinar Harian
21 September 2012
Filem hina Islam: Pembela, 15 NGO protes AS
Bantahan secara aman di hadapan Kedutaan AS mengecam tindakan menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW selepas sembahyang Jumaat. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Benua Eropah dan Asia khususnya negara-negara Arab mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi protes baru hari ini dijangka lebih besar berbanding hujung minggu lalu bagi memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan aman juga akan diadakan hari ini di ibu negara oleh parti-parti politik dan badan bukan kerajaan.

Semalam, kedua-dua pemimpin tertinggi Umno dan Pas - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Ni Mat,  menyeru ahli dan penyokong turun padang menyertai himpunan aman yang akan diadakan selepas solat Jumaat.

Kedua-dua Najib dan Nik Aziz membuat seruan secara terbuka, yang lazimnya akan diterima oleh penyokong masing-masing.

Pemuda Pas menganjurkan himpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini manakala Pemuda Umno pula di pekarangan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Umumnya, demonstrasi hari ini, hari Jumaat, dilihat akan diadakan dalam skala besar susulan kemunculan karikatur dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo sementara kemarahan berkaitan filem Innocense of Muslims belum reda.

Protes bermula pada 11 September lalu di Libya, di mana ia membawa kepada empat kematian termasuk Duta AS ke negara itu.

Awal minggu ini, kumpulan Hezbollah menggesa agar protes "segar" diadakan.

Dalam protes semalam di Islamabad, Teheran dan Kabul, 50 orang cedera.

Polis Perancis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga manakala kawalan keselamatan di kebanyakan premis misi diplomatik Perancis di luar negara dipertingkatkan.

Begitu juga di kedutaan AS di kebanyakan negara Islam.

Pihak berkuasa Perancis tidak memberi kebenaran untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Besar di Paris.

Dalam pada itu, mahkamah Los Angeles pula telah menolak tuntutan seorang aktres Innocence of Muslims agar treler filem itu dikeluarkan dari  YouTube.

Cindy Lee Garcia menyaman kedua-dua penerbit filem dan Google.
Musuh tidak mahu Islam berkuasa
Wartawan Sinar Harian
21 September 2012
Musuh tidak mahu Islam berkuasa
NOH GADUT
KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut mendakwa Yahudi dan musuh Islam telah menggariskan empat strategi untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia, sekali gus menghalang Islam dari terus menapak, kuat dan bersatu sehingga mampu memerintah dunia.

Menurutnya, misi musuh Islam yang didalangi Yahudi, mahu umat Islam terus berada dalam kemiskinan terutamanya dalam bidang ekonomi dan berada dalam kejahilan dan buta huruf serta tidak bersatu-padu.

“Mereka mahu umat Islam jadi miskin dan papa kedana. Malah, mereka suka apabila umat Islam berpecah-belah, dan saling memfitnah antara satu sama lain. Mereka tidak  mahu umat Islam berkasih sayang dan takut kita akan bersatu di peringkat dunia.

“Contohnya melalui isu Rohingya, Iraq dan di Palestin, merek lihat bagaimana umat Islam tidak dibela dan tidak bersatu. Jadi, kita jangan sesekali mati hati dan harus ubah serta pertahan maruah kita,” katanya dalam tazkirah mempertahan keperibadian Rasulullah SAW, di Masjid Jamek Kampung Baru, kelmarin.

Hampir 500 hadirin yang selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah mendengar tazkirah itu.

Noh turut menegaskan musuh Islam sengaja memasarkan barangan haram kepada umat Islam supaya makanan yang haram dimakan, mendapat kifayah daripada ALLAH sekali gus menyebabkan doa-doa orang mukmin tidak dimakbulkan.

“Musuh Islam tahu, makanan yang haram yang dimakan oleh orang Islam akan menyebabkan doa mereka tidak didengari dan musuh telah kaji dengan melakukan strategi ini untuk melihat kehancuran umat Islam seluruhnya,” katanya.
Nasrudin: Pas hormat pendirian Pemuda Umno
NURUL AINI MOHAMED ALI
21 September 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menerima secara terbuka dan menghormati pendirian Pemuda Umno yang mahu mengadakan himpunan aman secara berasingan hari ini bagi membantah filem Innocence of Muslim dan karikatur dalam majalah Perancis.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya wajar menghormati pendirian dibuat Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin selepas mereka bersama-sama berbincang kelmarin.
"Saya hormati sikap dan pendirian beliau," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Semalam, Khairy berkata, Pemuda Umno akan mengadakan protes berasingan daripada Pemuda Pas bagi mengecam penerbitan filem anti-Islam  Innocence of Muslims dan kartun di dalam majalah Perancis Charlie Hebdo.
Katanya, ia dilakukan atas faktor keselamatan setelah berbincang dengan Ketua Pemuda Pas dan mendapat nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein.
"Kami risau dari segi keselamatan apabila terlalu ramai penyokong politik yang berbeza bertembung di Kedutaan Amerika Syarikat, keadaannya panas
dan kami telah buat keputusan itu. Tujuan esok melahirkan bantahan filem Innocense of Muslim, jangan perkara itu ditenggelami oleh kerana insiden yang boleh berlaku.
"Saya juga rujuk kepada Menteri Dalam Negeri, hendak pastikan esok (hari ini) selamat dan saya dapat nasihat lebih baik kita pecahkan crowd, kalau tidak (akan menjadi) terlalu ramai dan ada kebimbangan sesuatu boleh berlaku dan kita tak nak hantar mesej yang salah kepada masyarakat dunia," katanya.
Khairy berkata, perhimpunan Pemuda Umno, pergerakan Pemuda parti-parti komponen serta lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat manakala Pemuda Pas akan menganjurkan protes di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.
Selain parti-parti komponen, antara NGO terlibat dalam protes di perkarangan Masjid Kampung Baru esok termasuk Pertubuhan Peribumi Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Alumni Aspirasi dan Belia 4B.
Minggu depan, Khairy berkata Gerakan Pemuda Umno turut akan menganjurkan program Malam Cintai Rasul atas objektif yang sama bagi melahirkan
bantahan, namun dalam bentuk yang lebih tenteram.
Semalam, Khairy mengumunkan yang perhimpunan oleh Pemuda Umno akan diadakan secara berasingan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, himpunan aman oleh Pemuda Pas yang juga dikenali sebagai  Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.

"Jika timbul kekacauan atau provokasi, itu bukan berpunca daripada pihak Dewan Pemuda Pas," tegasnya.

Tambah beliau, Pemuda Pas juga memberi amanah penuh kepada Unit Amal untuk mengawal himpunan agar berlangsung dengan aman dan terkawal.

Menurut beliau lagi, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW juga  tidak dibenarkan membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan boleh mengancam keselamatan peserta dan orang ramai.
Gadis OKU ditolak dari kereta
OTHMAN YAHAYA
21 September 2012
Gadis OKU ditolak dari kereta
Sara (kiri) ditemani David Chua (dua, kanan) melihat keadaan Sofia (dua, kiri) yang ditinggalkan anggota keluarganya semasa ditemui di Kampung Federal, malam kelmarin.
BAGAN - Siapa lagi yang mahu diharap oleh seorang anak istimewa yang memegang kad pengenalan diri sebagai orang kurang upaya (OKU) selain anggota keluarga sendiri.

Namun dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Cantik di sini, dua hari lalu, remaja malang itu, Sofia (bukan nama sebenar) dikatakan telah ditolak keluar dari kereta dipercayai dilakukan oleh anggota keluarganya sendiri.

Sofia, 29, seorang anak tunggal yang mengalami masalah lembam.

Mujur kejadian yang menimpa gadis yang memegang kad  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu dilihat oleh seorang penduduk kampung.

Saksi kejadian, Sara Che Daud, 54, berkata, dia melihat Sofia terjatuh dipercayai selepas ditolak dari sebuah kereta di jalan masuk ke kampungnya sekitar jam 12.50 tengah hari, Ahad lalu.

Sara ketika itu dalam perjalanan  pulang dari menghadiri  majlis kenduri.

Menurut Sara, dia kemudian mendekati remaja itu.

"Saya cukup terkejut apabila mendapati wanita yang ditolak keluar dari kereta itu ialah Sofia yang mempunyai pertalian saudara dengan ahli keluarga saya.

“Saya terus  menghubungi seorang anggota keluarga untuk mengambilnya,” katanya.

Bimbang sesuatu yang lebih buruk menimpa gadis istimewa itu, mereka kemudian menghubungi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang untuk minta bantuan..

Ditemui di rumah Sara selepas menziarahi Sofia, David  berkata, dia telah melihat keadaan gadis itu semalam dan menghubungi JKM Seberang Perai Utara (SPU) bagi tindakan selanjutnya memandangkan Sofia pemegang kad OKU.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah SPU, Abdul Rahim Mohd Aliff berkata, pihaknya akan ambil Sofia untuk ditempatkan sementara di rumah kebajikan terpilih dan berusaha menjejaki ibu kandungnya bagi bantu menyelesaikan kes penjagaannya.
Pengundi dangau: SPR nafi dakwaan SU Agung PKR
RUZY ADILA IDRIS
21 September 2012
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini tampil menafikan dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa terdapat 18 orang pengundi berdaftar tinggal di sebuah 'dangau' di Kampung Pusu, Gombak.

Katanya, beliau dimaklumkan Saifuddin mengenai perkara itu ketika bersama-sama menghadiri satu program jemputan radio Bernama 24, minggu lalu.

"Pada sidang media selepas program itu berlangsung, Saifuddin telah menunjukkan gambar dangau tersebut  kepada wartawan.

"Saya telah meminta pegawai SPR untuk menyiasat lokasi itu dan mendapati lokasi itu sebenarnya bukan rumah kediaman sebaliknya sebuah pondok untuk meletakkan motorsikal," katanya pada sidang media, di pejabat SPR, di sini, sebentar tadi.
Himpunan protes: Kami ada strategi sendiri, kata polis
Wartawan Sinar Harian
21 September 2012
Himpunan protes: Kami ada strategi sendiri, kata polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Noor Rashid Ibrahim (kanan) ketika di Pasar Seni, semalam.
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menegaskan pihaknya mempunyai strategi tersendiri bagi menghadapi perhimpunan membantah filem Innocence of Muslims kerana mempersendakan Islam dan Rasulullah SAW yang akan diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat hari ini.

Mohamad Salleh berkata demikian ketika mengulas berhubung persediaan dari segi keanggotaan serta kawalan yang akan dilakukan sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

"Apa yang saya boleh cakap, kita ada perancangan sendiri untuk menangani perhimpunan itu," katanya selepas program Walkabout kontinjen Kuala Lumpur di Pasar Seni, di sini, semalam.

Perhimpunan itu akan disertai Pemuda Pas, Pemuda Umno dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Sebelum ini, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) menyatakan hasrat untuk menyertai Umno dan Pas membuat bantahan terhadap filem itu kerana menyifatkan sebagai tanggungjawab umat Islam.
Kedutaan AS ditutup 11 pagi esok ekoran demonstrasi

20 September 2012
KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup pada 11 pagi esok berikutan rancangan demonstrasi di hadapan bangunan kedutaan itu di Jalan Tun Razak esok.
Menurut kenyataan kedutaan itu hari ini, kedutaan dirancang akan dibuka semula seperti biasa pada Isnin ini.
Bagaimanapun, dalam sebarang situasi kecemasan, warga Amerika Syarikat boleh menghubungi pejabat kedutaan pada bila-bila masa melalui talian 03-2168-5000.
Pergerakan Pemuda Umno dn Dewan Pemuda Pas akan mengadakan perhimpunan berasingan bagi membantah penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam Innocence of Muslims dan karikatur mempersendakan Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah majalah Perancis Charlie Hebdo.
Perhimpunan Pemuda Umno serta pergerakan sayap pemuda parti komponen Barisan Nasional (BN) dan lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat.

Pada waktu yang sama, Dewan Pemuda Pas pula akan menganjurkan protes di luar pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Seni di sini, berkata, polis telah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan ketika berlangsungnya perhimpunan tersebut. - Bernama
Aduan rasmi difail ke atas majalah Perancis hina Nabi
Wartawan Sinar Harian
20 September 2012
Protes umat Islam
Penyokong Tehreek Hurmat e Rasool mengadakan tunjuk perasaan di Lahore, Pakistan. - Foto EPA
PARIS - Satu aduan rasmi telah difailkan terhadap majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menerbitkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam keadaan mengaibkan dan menghina Islam.
Aduan itu mendakwa majalah tersebut mencetuskan kebencian.
Penerbitan kartun itu insiden terbaru mencetuskan kemarahan dan protes selepas filem Innocense of Muslims.
Sebuah pertubuhan Syria yang kurang dikenali dilaporkan membuat aduan itu di pejabat pendakwa raya di sini. Pejabat pendakwa raya akan memutuskan sama ada tindakan perlu diambil ke atas majalah tersebut.
Ekoran penerbitan majalah itu, Perancis kini bersiap sedia untuk berdepan dengan protes, yang kini dilalui oleh Amerika Syarikat (AS).
Perancis bercadang untuk menutup beberapa kedutaan di beberapa negara. Malah di beberapa negara, kawalan ke atas premis misi diplomat Perancis telah ditingkatkan.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa pemimpin politik dan agama dunia
supaya bersatu padu menentang kalangan fanatik serta radikal yang
mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan global dengan menyemarakkan perbuatan menghasut dan tidak sikap bertoleransi terhadap agama.
“Komuniti antarabangsa mesti peka terhadap implikasi berbahaya dalam ucapan berbaur kebencian serta penerbitan bersifat menghasut dan mesti keluar daripada berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara," katanya dalam kenyataan sebagai respons kepada laporan berhubung penerbitan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo dalam edisi terbaharunya.
Setiausaha Agung pertubuhan 57 anggota itu menegaskan bahawa komuniti antarabangsa perlu memberi tumpuan kepada apa yang dilihat sebagai penyalahgunaan kebebasan yang disengajakan, mempunyai motif dan terancang yang mengancam keamanan, keselamatan serta kestabilan dalam konteks serantau dan global.
Beliau menyatakan terkejut dan kecewa terhadap laporan itu, dan menegaskan mingguan Perancis itu sepatutnya mengambil kira keprihatinan komuniti antarabangsa terhadap perbuatan menghasut dan tidak bertoleransi dalam penyalahgunaan kepercayaan agama, termasuk yang disuarakan oleh Perdana Menteri Perancis, Jean Marc Ayrault.
Beliau memberi amaran bahawa penerbitan itu akan terus memburukkan lagi keadaan huru-hara dan keganasan global ekoran penyiaran filem anti-Islam 'Innocence of Muslims', yang mendapat kecaman hebat di seluruh dunia.
Bantahan terhadap filem itu tercetus pada 11 September di Mesir dan Libya, sebelum merebak ke negara Arab dan Islam lain pada hari berikutnya.
Serangan yang mempunyai kaitan turut berlaku di pejabat konsul AS di
Benghazi mengakibatkan kematian Duta AS J. Christopher Stevens dan tiga lagi rakyat Amerika.
Ihsanoglu mengingatkan umat Islam di seluruh dunia supaya bersabar dalam menghadapi saat yang menguji ini, dan menggesa masyarakat daripada semua agama supaya bersatu menentang kempen menyemai kebencian yang amat keji ini.
Beliau turut mengetengahkan peri pentingnya rangka kerja persetujuan bersama yang diperuntukkan oleh resolusi 16/18 tajaan OIC dan Proses Istanbul bagi melaksanakan respons bersepadu global terhadap perbuatan menghasut dan keganasan
menggunakan asas agama yang semakin kerap dilakukan.
Bernama akui foto majlis PM 'telah diubah'
Wartawan Sinar Harian
20 September 2012
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.
"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.
"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.
"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama

Tiada ulasan: