Di Semenanjung pun ada kawasan sudah 40 tahun tiada elektrik
http://milosuam.blogspot.com/, | 30 Sep 2012 |
AGAK mengejutkan, sebelum ini kita
sangkakan hanya di Malaysia Timur sahaja ada penduduk yang masih tidak
menerima bekalan elektrik, terutama Negeri Sabah yang juga merupakan negeri paling miskin di Malaysia.
Rupa-rupanya di Negeri Perak, Kampung Matang 36, daerah Kerian, ada juga keluarga yang sudah 40 tahun tidak menikmati bekalan elektrik. Malah sehingga kini hanya mampu berharap.
Kali ini sekali lagi slogan "Rakyat didahulukan" ternyata sekadar menjadi retorik politik. Apa tidaknya, bil elektrik kediaman Perdana Menteri dan timbalan, mencecah RM10.3 juta, tapi penduduk ini bekalan elektrik pun tak dapat.
Di bawah ini petikan Hansard Parlimen, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berhubung kediaman Perdana Menteri dan timbalannya,
.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/09/di-semenanjung-pun-ada-kawasan-sudah-40.html#ixzz27vlZlMPy
Belanjawan baik berikan hak kepada yang berhak
Abdul Muhsi Ramlan, | 30 Sep 2012 |
Sejak
daripada pembentangan belanjawan 2013 pada 28 september yang
dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana
Menteri Malaysia merangkap sebagai menteri kewangan di dewan rakyat.
Kita dapat melihat pelbagai reaksi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak,
daripada pihak kerajaan sendiri, pembangkang, ahli akademik dan juga
rakyat. Seperi kebiasaan semua rakyat daripada golongan atasan
sehinggalah golongan yang paling bawah akan mengharap sesuatu yang akan
menguntungkan mereka daripada belanjawan kali ini.
Belanjawan 2013 ini akan dibahaskan dengan lebih terperinci lagi di dalam Dewan Rakyat sehinggalah ianya diluluskan. Sebanyak RM251.6 bilion akan diperuntukkan untuk tahun 2013 yang mana belanjawan ini merangkumi sebanyak 12 buah kementerian. Semua orang akan menilai belanjawan kali ini melalui sudut yang berbeza, pelbagai persoalan juga akan timbul daripada semua lapisan masyarakat seperti, petani, polis, tentera, kakitanga swasta, kakitangan kerajaan dan tidak terlepas juga mahasiswa.
Jika dilihat pada tahun 2012 kerajaan telah terlebih belanja sebanyak RM9.6 bilion yang mana kerajaan mengalami defisit sebanyak -5.3 peratus. Kerajaan telah berbelanja defisit iaitu berbelanja melebihi pendapatan dalam tempoh masa yang agak lama iaitu selama 15 tahun.
Situasi ini adalah satu masalah kepada kerajaan dan sekiranya defisit berterusan akan menyebabkan peningkatan hutang kerajaan dan menghadkan ruang lingkup dasar fiscal sebagai alat melawan aliran menurun dalam ekonomi.
Pada belanjawan kali ini kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit sebanyak 4 peratus, tetapi melihat kepada keseluruhan belanjawan hanya beberapa perkara sahaja yang berfokuskan kepada pengurangan seperti kerajaan bersetuju mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.20. Namun, langkah yang diambil ini tidaklah menampakkan kesungguhan kerajaan untuk menangani defisit ini.
Sesetengah pihak mendakwa belanjawan kali ini ialah belanjawan untuk pilihanraya yang mana kerajaan akan menggunakan belanjawan ini untuk menarik undi rakyat kepada mereka. Hal ini berdasarkan kepada banyaknya pemberian kerajaan secara ‘one off’ kepada rakyat seperti pemberian bantuan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas adalah sebanyak 250 ringgit. Persoalannya ialah kenapa umur 21 tahun? Hal ini tidak lain adalah kerana umur 21 tahun ini adalah umur yang layak untuk mengundi.
Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bonus satu setengah bulan kepada kakitangan kerajaan mengikut kepada kadar gaji mereka. Bayaran pertama telah pun dibuat. Sebagai contoh, dalam pengiraan setengah bulan ,sekiranya seseorang itu bergaji 10 000 ringgit, maka mereka akan mendapat bonus sebanyak 5000 ringgit dan pekerja yang bergaji 3000 ringgit akan mendapat bonus sebanyak 1500 ringgit. Keadaan ini tidak dapat menaikkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya, hal ini akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin.
Sekiranya kerajaan dapat menyelaraskan pemberian bonus misalnya 1500 ringgit kepada semua kakitangan kerajaan ia akan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah ini. Hal ini kerana orang kaya dan miskin tetap membayar kadar cukai yang sama rata.
Sekiranya melihat kepada pendapatan kerajaan sebenarnya cukup untuk menampung segala perbelanjaan dalam negara. Petronas merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara iaitu sebanyak 21 peratus daripada pendapatan negara dengan nilainya sebanyak 22 bilion ringgit. Pendapatan ini tidak termasuk lagi daripada sektor lain seperti pelancongan, perikanan, perlombongan dan lain-lain. Walaubagaimanapun pada hemat saya, kebocoran yang berlaku dalam kerajaan sangat serius.
Menurut ‘Global Financial Integrity’ pada Januari 2011 telah mendedahkan RM 1.08 trilion (USD350 bilion) telah diseludup ke luar negara dari Malaysia dalam tempoh 2000 sehingga 2009. Sekiranya dana ini tidak dilarikan ke ‘secretive jurisdiction’ Malaysia tidak perlu berhutang untuk membiayai pembangunan ekonomi.
Kita tidak menafikan pemberian subsidi padi kepada para petani itu adalah pelaburan yang sangat baik kepada ekonomi negara di samping meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Belanjawan yang dibuat setiap tahun ini ada kesan baik dan buruknya, apa yang membimbangkan ialah pelaksanaannya sehingga kadang-kadang terpaksa menambah belanjawan baru untuk menampung perbelanjaan yang lain.
إِنَّاللّهَيَأْمُرُبِالْعَدْلِوَالإِحْسَانِوَإِيتَاءِذِيالْقُرْبَىوَيَنْهَىعَنِالْفَحْشَاءِوَالْمُنكَرِوَالْبَغْيِيَعِظُكُمْلَعَلَّكُمْتَذَكَّرُونَ
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”. (An-Nahl: 90)
Belanjawan yang baik ialah belanjawan yang adil dan keadilan itu bererti berikan hak kepada yang berhak.
Penulis ialah Bendahari Kehormat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengetuai konvoi menuntut royalti
ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.
Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.
Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut.
"Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program
Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.
"Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya.
Sehari sebelum berkonvoi ke Putrajaya, pasukan konvoi akan menyertai Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Shah Alam.
Program itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Selain mereka, turut akan hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.
Menurut Nazri, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan.
"Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri," katanya.
Pada hari himpunan di Putrajaya itu juga, mereka akan menyerahkan 150 ribu tandatangan atau referandum kepada Datuk Seri Najib Razak, di pejabat Perdana Menteri.
"Jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada Rakyat Negeri Kelantan bagi menggambarkan kepada Perdana Menteri bahawa seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan dengan segera," ujarnya.
Selain itu, konvoi juga dijangka ke ke Menara Petronas di KLCC bagi menyatakan tuntutan mereka.
Jumaat ini bukan kali pertama bajet pilihan raya dibentangkan. Perdana
Menteri dan Menteri Kewangan terdahulu pun menggunakan pembentangan
belanjawan negara untuk meraih sokongan politik terutama di hujung
penggal pemerintahan.
Malah di bawah Najib Razak, tahun ini merupakan kali kedua pelbagai insentif dan keajaiban akan ditawarkan kepada rakyat selepas bajet pilihan raya dibentangkan kali pertama pada 7 Oktober 2011. Waktu itu ramai menjangkakan PRU13 bakal berlangsung pada suku pertama tahun 2012.
Tidak dapat dinafikan bahawa sejak mengambil alih daripada Abdullah Ahmad Badawi, pentadbiran Najib telah mengemukakan bermacam-macam "pelan transformasi", yang sebahagiannya bukan saja sukar difahami malah susah untuk diingati pun!
Tujuannya jelas, iaitu bukan hanya mempertahankan survival Umno-BN yang kelihatan "tercungap-cungap kelemasan" tetapi juga untuk merebut kembali beberapa negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat, khususnya Selangor, dan menebus majoriti dua pertiga yang hilang di Parlimen.
Untuk itu, Najib akan berbelanja sakan dengan dana awam yang semakin terbatas itu bagi "menggembirakan pengundi, sekali gus memenuhi kantung kroni" tanpa mengambil kira impak negatif kepada ekonomi negara seluruhnya.
Baginya, terlucut kuasa atau dipaksa keluar Seri Perdana membawa padah paling celaka. "Kepada Najib dan pemimpin kanan BN lainnya, kemenangan Pakatan Rakyat bukan sekadar peralihan kuasa," kata seorang veteran Umno, "tetapi ia boleh menyeret mereka ke penjara, jadi ... apalah sangat untuk memenuhi kehendak rakyat melalui bajet kali ini?"
Maka, kita tidak mungkin dapat menyaksikan bajet yang mengemukakan isu-isu pokok dan mendesak bagi mereformasikan struktur ekonomi dan membaiki kepincangan sistem usang yang berjalan sejak sekian lama. (Tunggulah siri pengumuman Najib di Parlimen yang mendapat tepukan gemuruh penyokongnya).
Bebanan hutang negara, misalnya akan bertambah dan sumber kewangan utama seperti Petronas, akan diperah semahunya. Segala projek gajah putih yang telah gagal (disebabkan ketirisan, korupsi dan penyelewengan) cuba dilupakan begitu saja, dan masa sama dipakejkan semula dalam bentuk penjenamaan baru.
Namun, jangan terkejut, jika buat pertama kalinya dalam sejarah tanahair, rakyat akan "terpukau dan tersilau" dengan pembentangan bajet "yang mungkin tidak pernah terlintas dan terbayang dalam fikiran"!
Melalui bajet 2013 ini, Najib pasti akan memperhebatkan satu-satunya pendekatan politik yang beliau mahir, iaitu menggunakan wang untuk membeli undi dan sokongan, dan ini diakui sendiri orang yang pernah rapatt dengannya, bekas Ketua Penerangan Ummno Pekan, Mohd Arif Sabri, kini menyertai DAP.
Hatta, Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib yang gemar membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia, melalui pelbagai insentif one off, "menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah".
Masalah korupsi yang mengakar dan begitu subur itu tidak pernah dipandang serius oleh regim BN, malah semakin membusuk di bawah Najib. Saya kira, selagi mana isu rasuah tidak ditangani dengan tuntas, apa jua perancangan diusahakan, biar sehebat mana unjuran pertumbuhan ekonomi dicanang, target "kesejahteraan dan kebahagiaan" rakyat mustahil dapat dicapai.
Lebih malang apabila Perdana Menteri sendiri, yang diharap dapat membawa pembaharuan, dilihat terpalit langsung dalam skandal komisyen kapal selam Scorpene, sehingga secara tiba-tiba NGO hak asasi manusia, Suaram yang membawa kes itu di mahkamah Perancis, kini dilihat sebagai "musuh no.1 negara yang mesti dihapuskan dengan apa cara jua".
Dalam kunjungan ke pejabat Harakah, Sabtu lalu, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel menegaskan bahawa komitmen pihaknya untuk membongkar skandal tersebut tidak terencat biarpun berdepan pelbagai kemungkinan dan risiko buruk.
"Semakin lambat tarikh PRU13 diumumkan, ia mungkin lebih baik untuk kita. Mungkin lebih banyak rahsia terbongkar walaupun diakui kes (Scorpene) ini berjalan perlahan," tambahnya sambil ketawa kecil.
Membaca kembali ucapan perbahasan Bajet 2012 oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, saya tertarik apabila bekas Menteri Kewangan itu menekankan: "Sebarang usaha membaiki kedudukan ekonomi negara tidak akan berhasil jika tidak disertai oleh reformasi politik yang menyeluruh.
"Sementara kedudukan ekonomi negara yang semakin goyah -- bergelumang dengan masalah defisit yang kian meruncing, kelembapan ekonomi dizahirkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan gaji rendah yang menekan rakyat -- kita tetap dijangkiti dengan keborosan, rasuah dan ketirisan."
Dalam mukadimahnya, Anwar mengingatkan: "Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi."
Selain mengulangi tekad melakukan usaha reformasi politik dan institusi, misalnya jika Pakatan Rakyat memerintah akan dibentangkan Akta Pemulihan Demokrasi untuk memansuhkan semua peruntungan undang-undang yang tidak demokratik, Anwar menekankan iltizam untuk merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan berkaitan tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
Memperteguhkan wibawa dan integriti institusi kritikal merupakan keperluan segera yang tiada dalehnya lagi. Ia bukan hanya membabitkan badan-badan disebut Anwar itu, juga Jabatan Peguam Negara, Parlimen, pasukan penguatkuasa seperti polis dan majlis perbandaran, cabang kehakiman, dan tidak terkecuali membudayakan amalan good governance seperti akauntabiliti dan transparensi.
Dalam pada itu, seorang rakan memberi reaksi menarik apabila saya bertanyakan kemungkinan penyokong Pakatan dapat "dijinakkan" dengan Bajet 2013 ini: "Selama ini Najib dah buat macam-macam tapi rakyat tetap tak puas hati. Elit Umno-BN ini umpama beri RM10, tetapi mereka sendiri sapu RM1,000. Orang tahu rasuah di mana-mana."
SMS seorang lagi sahabat saya lebih mengejutkan: "Tiba-tiba aku rasa Malaysia di ambang revolusi. Bukanlah revolusi melalui demonstrasi tetapi suatu perubahan mendadak yang tidak terkawal oleh sesiapa, termasuk Najib dan segala jenteranya."
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)
Falsafah Keadilan: Satu Kajian Semula
Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, tempat di mana ia sepatutnya berada. Keadilan adalah nilai universal dan kemanusiaan yang penting, (ethica perennis et universalis), yang memastikan keseimbangan kemahuan yang pelbagai di dalam ekosistem.
Walaupun keadilan seringkali dikaitkan dengan kesamaan yang bertujuan untuk mencapai keseimbangan dalam pengagihan keperluan dan sumber, serta risiko dan ganjaran dalam kalangan anggota masyarakat, namun ia tidak sepatutnya disinonimkan dengan pengagihan yang sama, apatah lagi dengan pengagihan berasaskan merit semata-mata.
Justeru, keadilan sosial adalah satu konsep yang lebih luas dari keadilan ekonomi dan tatasusila politik dalam masyarakat (atau ekosistem), sama ada ia di peringkat terkecil sebuah keluarga sehinggalah ke magnitud sebuah bangsa dan masyarakat yang berhampiran.
Plato telah mengemukakan pandangan beliau dalam ‘Republic' bahawa "manusia secara semula jadinya tidak sama rata", dia kemudiannya mengisytiharkan bahawa "keadilan terbentuk dalam hubungan yang harmoni antara pelbagai organisma sosial.
Setiap warganegara mesti melaksanakan tugasnya seperti yang telah ditetapkan, dan melakukan tugas yang paling bersesuaian dengan sifatnya".
Ini bercanggah dengan konsep Aristotle bahawa "keadilan berakar umbi dari kesamaan" dan "kesamaan diukur berdasarkan merit dan sumbangan".
Keadilan dalam Islam, tidak boleh dipisahkan daripada kedua-dua nilai material dan rohani yang mengintegrasikan kedua-dua prinsip moral dan agama dalam cubaan untuk mengimbangi antara kepentingan individu dan masyarakat.
Dinamisme ini jelas digambarkan dalam ajaran yang komprehensif di bawah spektrum iman ('aqidah), ketaatan ('ibadah) dan etika (Akhlaq).
Perubahan landskap di Malaysia
Masyarakat Malaysia telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Beberapa cendekiawan dalam kajian mereka telah membincangkan keadilan ekonomi dan sosial Malaysia sejak zaman penjajah sehingga zaman selepas kemerdekaan, dan perbahasan yang begitu panjang berkenaan perpaduan nasional Malaysia, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan undang-undang melalui perubahan pesat ekonomi yang didominasi oleh pertanian menuju ke arah perindustrian dan hab perkhidmatan serantau.
Begitu banyak fakta dan angka juga telah dibentangkan untuk menggambarkan perjalanan sukar membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat, disokong oleh kadar pertumbuhan tahunan, pengurangan kadar kemiskinan, peningkatan ketara kadar celik huruf, kualiti penjagaan kesihatan yang lebih baik serta improvisasi perhubungan dan infrastruktur di negara ini.
Di sebalik pencapaian masa lalu, masa hadapan kelihatan suram. Walaupun Malaysia perlu berkembang sebanyak 8% setiap setahun untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, pertumbuhan telah merosot sepanjang sepuluh tahun yang lalu.
Malaysia, dengan itu berada dalam posisi bahaya terperangkap dalam pendapatan golongan pertengahan, terutamanya disebabkan oleh pembandaran pesat, eksport berorientasikan kos rendah, dan kemerosotan persaingan dalam perniagaan.
Apa seterusnya bagi Malaysia?
Kemajuan Malaysia sepanjang dekad yang lalu telah melahirkan 'generasi yang lebih selesa', gen-Y yang seolah-olah tidak memahami tentang kesusahan nenek moyang semasa zaman penjajah dan zaman kesusahan.
Populasi muda ini dilimpahi dengan tempat tinggal, pakaian, dan makanan yang baik semasa zaman kanak-kanak mereka, bercampur dengan rakan-rakan berbilang kaum di sekolah dan kemudiannya dilengkapi dengan alat berteknologi tinggi dan cara interaksi sosial yang baharu.
Begitu juga percanggahan minat mereka. Di satu pihak, orang-orang tua bergantung kepada manfaat ekonomi untuk keluarga, anak muda pula berdebat soal persaingan dan ketelusan.
Dianggarkan bahawa generasi muda membentuk kira-kira separuh dari jumlah pengundi, maka sokongan mereka akan menentukan keputusan pengundian.
Komposisi baru pengundi muda boleh menjadi sebagai isyarat awal landskap politik yang baru di Malaysia, menyuarakan pembaharuan struktur ke arah pengagihan harta yang saksama, kedaulatan undang-undang serta isu ekonomi yang semakin menekan seperti gaji dan peluang pekerjaan yang lebih baik, kos rumah yang berpatutan dan kualiti hidup yang baik.
Kerana kita berada dalam kedudukan fiskal mencabar vis-à-vis yang menuntut keadilan sosial, kerajaan seharusnya memberi tumpuan untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing ekonomi, kedua-duanya untuk negera dan rakyat.
Bermula dari hasil yang mampan, penekanan kemudiannya perlu diberikan ke arah memperkukuh daya tahan ekonomi dalam skop yang menyeluruh, bukan melalui langkah populis seperti pengagihan 'one-off' yang tidak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.
Sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk mengambil langkah pembaharuan yang berani, dengan meneroka sumber hasil baru serta secara beransur-ansur mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap pendapatan berasaskan petroleum, dengan memperkenalkan cukai yang lebih mesra pelabur dan rakyat, dengan mempunyai pengagihan kebajikan dan subsidi yang lebih baik dan berkesan, serta dengan mengurangkan ketidakcekapan dan ketirisan melalui sistem tender yang terbuka dan telus.
Malaysia patut menghentikan penyalahgunaan dasar pilih kasih dan perlindungan yang seolah-olah membiakkan generasi 'Know who' yang lebih berkualiti dari 'know-how'.
Tidak perlulah diberitahu bagaimana teruknya persepsi terhadap amalan rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia, seperti yang digambarkan dalam satu ayat, "Those days — on the table; Later days — under the table; Nowadays — including the table!". Rasuah, dan jenayah tidak boleh ditoleransi lagi.
Seperti yang diberitahu oleh Sayyid Qutb, seorang cendekiawan Islam yang terkenal, "Islam sebagai sistem politik dan sosial yang komprehensif menjamin keadilan sosial bagi rakyat jelata yang akan menyembuhkan semua masalah sosial kerana ia menentang rasuah, penindasan, dan kemewahan. Ia adalah satu kuasa pembebasan, dan ia juga merupakan kuasa sosial yang kuat. "
Satu dasar fiskal yang penuh integriti, adalah penting bagi Malaysia.
--------------------
Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau menyokong Negara Berkebajikan. Tulisan ini diterjemahkan dari Bahasa Inggeris oleh Mohamad Yahya.
25 September 2012
KATA Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri, kuasa asing – mana-mana
saja – mahukan perubahan kuasa di Malaysia supaya Perdana Menterinya
seorang yang mereka suka.
Apa yang dikatakan kemahuan kuasa asing itu kira-kira sama saja dengan kemahuan Dr. Mahathir kerana beliau juga mahukan seorang Perdana Menteri yang dia suka. Dia dapati dia tidak suka Tun Abdullah Badawi, dia berusahakan gantikan Perdana Menteri dulu itu dengan Perdana Menteri sekarang.
Mulai ada pandangan sekarang, beliau mulai tidak suka dengan Perdana Menteri Najib, maka dia katakan mahukan Tan Sri Muhuyiddin Yassin menggantikan Najib supaya jadi Perdana Menteri yang disukainya.
Apapun di dalam negeri pembangkang mulai disokong oleh rakyat supaya perubahan regim berlaku. Pembangkang juga mahukan seorang Perdana Menteri yang ia suka.
Mengapa Dr. Mahathir tidak sukakan perubahan baik kerana ia dimahukan pembangkang mahupun ia dimahukan oleh kuasa asing, ialah kerana Perdana Menteri baru itu nanti ialah yang tidak disukainya.
Dr. Mahathir sebanarnya tidak membuat kenyataan yang pelik atau luar biasa. Semua kuasa asing di dunia mahukan Presiden atau Perdana Menteri sesebuah negara itu adalah dari orang yang mereka suka.
Dr. Mahathir sendiri semasa berkuasa dulu atas sebab tertentu tidak sukakan Presiden Clinton. Dia juga tidak mahu Clinton digantikan oleh Naib Presiden Amerka ketika itu Al-Gore kerana dia tidak sukakan Al-Gore. Dr. Mahathir mahukan Presiden baru Amerika seorang yang dia suka.
Malaysia, termasuk Dr. Mahathir dulu tidak suka Lee Kuan Yew jadi Perdana Menteri Singapura. Kita mahukan seorang Perdana Menteri yang kita suka. Bodohlah kita kalau kita mahukan Perdana Menteri Singapura itu seorang yang kita tidak suka.
Kalau kuasa-kuasa asing merasakan Najib sseorang Perdana Menteri yang mereka tidak suka, maka bodohlah mereka kalau mereka tidak mahukan perubahan.
Ia adalah soal biasa bagi mana-mana kuasa asing mahukan Perdana Menteri yang tidak mereka sukai digantikan.
Misalnya Amerika tidak mahu Putin jadi Presiden Rusia semula. Ia mahukan Presiden yang ia sukai. Tetapi tiada apa yang dapat Amerika kata apabila Rusia memillih semula Putin.
Bagi rakyat Malaysia mahukan perubahan kerajaan dan Perdana Menteri tidak boleh patah hati kerana ia sama dengan kemahuan kuasa asing. Apakah kerajaan baru dan Perdana Menteri baru disukai oleh kuasa asing atau tidak, ia adalah masalah mereka.
Jika bakal Perdana Menteri baru nanti disukai atau tidak oleh kuasa asing, ia adalah masalah mereka. Kemahuan kita tidak boleh dihalang oleh kemahuan mereka. Kita buat perubahan bukan kerana kuasa asing suka atau tidak suka, tetapi ketika buat perubahan kerana kepentingan kita.
Bodohlah mereka kalau mereka tidak mahu sokongan kita. Mereka mesti mahukan seorang yang mereka suka. Kita pula tidaklah bodoh apabila kita menang kita mesti tunduk kepada mereka. Kita boleh bersama mereka atas perkara yang kita sama-sama suka dan kita boleh tidak bersama mereka atas perakara kita tidak suka.
Mungkin yang tidak sukakan Najib itu Soros. Itu adalah masalahnya. Kita boleh bersama Soros atas perkara yang boleh menguntungkan negara kita. Kita juga tidak akan bersamanya jika ada yang kita tidak setuju dengannya.
Seperti Dr. Mahathir sendiri. Dia pernah berbalah dengan Soros semasa beliau jadi Perdana Menteri. Tetapi sselepas dia bersara, Soros ada berjumpanya di pejabatnya. Soros itu memang banyak duit, bodohlah Mahathir kalau semua masa berbalah dengan Soros. Kalau Soros boleh beri dia 30 atau 40 juta, dia pun gelap mata juga.
(Antara ribuan penduduk yang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang)
JOHOR BAHRU: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini.
Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.
Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.
Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.
Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.
Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.
KUALA LUMPUR: Gambar Tun Abdullah Badawi bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan bersama banner tuntutan ROYALTI ‘R’ paparan Kedahkini ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 39.
Di tangga kedua adalah sekeping gambar menunjukkan ‘kekejaman’ negeri Selangor dalam pemberian air percuma yang dipaparkan http://shalehudin.blogspot.com .
Berita Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu penggunaan jet peribadi ketika beliau ke Sabah dan Sarawak pula menduduki tempat ketiga.
Artikel blog menempelak double standard Datuk Seri Ahmad Zahidi mempersoalkan penggunaan jet peribadi oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi tidak ketika belliau menaikkan jet peribadi ke Mekah ni pula menduduki tangga keempat.
Di tangga kelima ialah perbandingan gambar bersalaman antara seorang pemimpin Pakatan Rakyat dengan “pemimpin besar” daripada Barisan Nasional oleh blog http://kachipemas.blogspot.com
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 23 September hingga 29 September, 2012.
Belanjawan 2013 ini akan dibahaskan dengan lebih terperinci lagi di dalam Dewan Rakyat sehinggalah ianya diluluskan. Sebanyak RM251.6 bilion akan diperuntukkan untuk tahun 2013 yang mana belanjawan ini merangkumi sebanyak 12 buah kementerian. Semua orang akan menilai belanjawan kali ini melalui sudut yang berbeza, pelbagai persoalan juga akan timbul daripada semua lapisan masyarakat seperti, petani, polis, tentera, kakitanga swasta, kakitangan kerajaan dan tidak terlepas juga mahasiswa.
Jika dilihat pada tahun 2012 kerajaan telah terlebih belanja sebanyak RM9.6 bilion yang mana kerajaan mengalami defisit sebanyak -5.3 peratus. Kerajaan telah berbelanja defisit iaitu berbelanja melebihi pendapatan dalam tempoh masa yang agak lama iaitu selama 15 tahun.
Situasi ini adalah satu masalah kepada kerajaan dan sekiranya defisit berterusan akan menyebabkan peningkatan hutang kerajaan dan menghadkan ruang lingkup dasar fiscal sebagai alat melawan aliran menurun dalam ekonomi.
Pada belanjawan kali ini kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan defisit sebanyak 4 peratus, tetapi melihat kepada keseluruhan belanjawan hanya beberapa perkara sahaja yang berfokuskan kepada pengurangan seperti kerajaan bersetuju mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.20. Namun, langkah yang diambil ini tidaklah menampakkan kesungguhan kerajaan untuk menangani defisit ini.
Sesetengah pihak mendakwa belanjawan kali ini ialah belanjawan untuk pilihanraya yang mana kerajaan akan menggunakan belanjawan ini untuk menarik undi rakyat kepada mereka. Hal ini berdasarkan kepada banyaknya pemberian kerajaan secara ‘one off’ kepada rakyat seperti pemberian bantuan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas adalah sebanyak 250 ringgit. Persoalannya ialah kenapa umur 21 tahun? Hal ini tidak lain adalah kerana umur 21 tahun ini adalah umur yang layak untuk mengundi.
Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bonus satu setengah bulan kepada kakitangan kerajaan mengikut kepada kadar gaji mereka. Bayaran pertama telah pun dibuat. Sebagai contoh, dalam pengiraan setengah bulan ,sekiranya seseorang itu bergaji 10 000 ringgit, maka mereka akan mendapat bonus sebanyak 5000 ringgit dan pekerja yang bergaji 3000 ringgit akan mendapat bonus sebanyak 1500 ringgit. Keadaan ini tidak dapat menaikkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya, hal ini akan melebarkan lagi jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin.
Sekiranya kerajaan dapat menyelaraskan pemberian bonus misalnya 1500 ringgit kepada semua kakitangan kerajaan ia akan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah ini. Hal ini kerana orang kaya dan miskin tetap membayar kadar cukai yang sama rata.
Sekiranya melihat kepada pendapatan kerajaan sebenarnya cukup untuk menampung segala perbelanjaan dalam negara. Petronas merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara iaitu sebanyak 21 peratus daripada pendapatan negara dengan nilainya sebanyak 22 bilion ringgit. Pendapatan ini tidak termasuk lagi daripada sektor lain seperti pelancongan, perikanan, perlombongan dan lain-lain. Walaubagaimanapun pada hemat saya, kebocoran yang berlaku dalam kerajaan sangat serius.
Menurut ‘Global Financial Integrity’ pada Januari 2011 telah mendedahkan RM 1.08 trilion (USD350 bilion) telah diseludup ke luar negara dari Malaysia dalam tempoh 2000 sehingga 2009. Sekiranya dana ini tidak dilarikan ke ‘secretive jurisdiction’ Malaysia tidak perlu berhutang untuk membiayai pembangunan ekonomi.
Kita tidak menafikan pemberian subsidi padi kepada para petani itu adalah pelaburan yang sangat baik kepada ekonomi negara di samping meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Belanjawan yang dibuat setiap tahun ini ada kesan baik dan buruknya, apa yang membimbangkan ialah pelaksanaannya sehingga kadang-kadang terpaksa menambah belanjawan baru untuk menampung perbelanjaan yang lain.
إِنَّاللّهَيَأْمُرُبِالْعَدْلِوَالإِحْسَانِوَإِيتَاءِذِيالْقُرْبَىوَيَنْهَىعَنِالْفَحْشَاءِوَالْمُنكَرِوَالْبَغْيِيَعِظُكُمْلَعَلَّكُمْتَذَكَّرُونَ
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan, serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”. (An-Nahl: 90)
Belanjawan yang baik ialah belanjawan yang adil dan keadilan itu bererti berikan hak kepada yang berhak.
Penulis ialah Bendahari Kehormat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).
TG Nik Aziz ketuai konvoi R ke Putrajaya
Harakahdaily, | 30 Sep 2012 |
Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.
Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut.
"Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program
Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.
"Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya.
Sehari sebelum berkonvoi ke Putrajaya, pasukan konvoi akan menyertai Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Shah Alam.
Program itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Selain mereka, turut akan hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.
Menurut Nazri, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan.
"Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri," katanya.
Pada hari himpunan di Putrajaya itu juga, mereka akan menyerahkan 150 ribu tandatangan atau referandum kepada Datuk Seri Najib Razak, di pejabat Perdana Menteri.
"Jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada Rakyat Negeri Kelantan bagi menggambarkan kepada Perdana Menteri bahawa seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan dengan segera," ujarnya.
Selain itu, konvoi juga dijangka ke ke Menara Petronas di KLCC bagi menyatakan tuntutan mereka.
Bajet 2013 tidak mampu sekat perubahan rakyat
Ahmad Lutfi Othman, | 27 Sep 2012 |
Malah di bawah Najib Razak, tahun ini merupakan kali kedua pelbagai insentif dan keajaiban akan ditawarkan kepada rakyat selepas bajet pilihan raya dibentangkan kali pertama pada 7 Oktober 2011. Waktu itu ramai menjangkakan PRU13 bakal berlangsung pada suku pertama tahun 2012.
Tidak dapat dinafikan bahawa sejak mengambil alih daripada Abdullah Ahmad Badawi, pentadbiran Najib telah mengemukakan bermacam-macam "pelan transformasi", yang sebahagiannya bukan saja sukar difahami malah susah untuk diingati pun!
Tujuannya jelas, iaitu bukan hanya mempertahankan survival Umno-BN yang kelihatan "tercungap-cungap kelemasan" tetapi juga untuk merebut kembali beberapa negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat, khususnya Selangor, dan menebus majoriti dua pertiga yang hilang di Parlimen.
Untuk itu, Najib akan berbelanja sakan dengan dana awam yang semakin terbatas itu bagi "menggembirakan pengundi, sekali gus memenuhi kantung kroni" tanpa mengambil kira impak negatif kepada ekonomi negara seluruhnya.
Baginya, terlucut kuasa atau dipaksa keluar Seri Perdana membawa padah paling celaka. "Kepada Najib dan pemimpin kanan BN lainnya, kemenangan Pakatan Rakyat bukan sekadar peralihan kuasa," kata seorang veteran Umno, "tetapi ia boleh menyeret mereka ke penjara, jadi ... apalah sangat untuk memenuhi kehendak rakyat melalui bajet kali ini?"
Maka, kita tidak mungkin dapat menyaksikan bajet yang mengemukakan isu-isu pokok dan mendesak bagi mereformasikan struktur ekonomi dan membaiki kepincangan sistem usang yang berjalan sejak sekian lama. (Tunggulah siri pengumuman Najib di Parlimen yang mendapat tepukan gemuruh penyokongnya).
Bebanan hutang negara, misalnya akan bertambah dan sumber kewangan utama seperti Petronas, akan diperah semahunya. Segala projek gajah putih yang telah gagal (disebabkan ketirisan, korupsi dan penyelewengan) cuba dilupakan begitu saja, dan masa sama dipakejkan semula dalam bentuk penjenamaan baru.
Namun, jangan terkejut, jika buat pertama kalinya dalam sejarah tanahair, rakyat akan "terpukau dan tersilau" dengan pembentangan bajet "yang mungkin tidak pernah terlintas dan terbayang dalam fikiran"!
Melalui bajet 2013 ini, Najib pasti akan memperhebatkan satu-satunya pendekatan politik yang beliau mahir, iaitu menggunakan wang untuk membeli undi dan sokongan, dan ini diakui sendiri orang yang pernah rapatt dengannya, bekas Ketua Penerangan Ummno Pekan, Mohd Arif Sabri, kini menyertai DAP.
Hatta, Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib yang gemar membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia, melalui pelbagai insentif one off, "menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah".
Masalah korupsi yang mengakar dan begitu subur itu tidak pernah dipandang serius oleh regim BN, malah semakin membusuk di bawah Najib. Saya kira, selagi mana isu rasuah tidak ditangani dengan tuntas, apa jua perancangan diusahakan, biar sehebat mana unjuran pertumbuhan ekonomi dicanang, target "kesejahteraan dan kebahagiaan" rakyat mustahil dapat dicapai.
Lebih malang apabila Perdana Menteri sendiri, yang diharap dapat membawa pembaharuan, dilihat terpalit langsung dalam skandal komisyen kapal selam Scorpene, sehingga secara tiba-tiba NGO hak asasi manusia, Suaram yang membawa kes itu di mahkamah Perancis, kini dilihat sebagai "musuh no.1 negara yang mesti dihapuskan dengan apa cara jua".
Dalam kunjungan ke pejabat Harakah, Sabtu lalu, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel menegaskan bahawa komitmen pihaknya untuk membongkar skandal tersebut tidak terencat biarpun berdepan pelbagai kemungkinan dan risiko buruk.
"Semakin lambat tarikh PRU13 diumumkan, ia mungkin lebih baik untuk kita. Mungkin lebih banyak rahsia terbongkar walaupun diakui kes (Scorpene) ini berjalan perlahan," tambahnya sambil ketawa kecil.
Membaca kembali ucapan perbahasan Bajet 2012 oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, saya tertarik apabila bekas Menteri Kewangan itu menekankan: "Sebarang usaha membaiki kedudukan ekonomi negara tidak akan berhasil jika tidak disertai oleh reformasi politik yang menyeluruh.
"Sementara kedudukan ekonomi negara yang semakin goyah -- bergelumang dengan masalah defisit yang kian meruncing, kelembapan ekonomi dizahirkan dalam bentuk kenaikan harga barang dan gaji rendah yang menekan rakyat -- kita tetap dijangkiti dengan keborosan, rasuah dan ketirisan."
Dalam mukadimahnya, Anwar mengingatkan: "Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi."
Selain mengulangi tekad melakukan usaha reformasi politik dan institusi, misalnya jika Pakatan Rakyat memerintah akan dibentangkan Akta Pemulihan Demokrasi untuk memansuhkan semua peruntungan undang-undang yang tidak demokratik, Anwar menekankan iltizam untuk merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan berkaitan tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
Memperteguhkan wibawa dan integriti institusi kritikal merupakan keperluan segera yang tiada dalehnya lagi. Ia bukan hanya membabitkan badan-badan disebut Anwar itu, juga Jabatan Peguam Negara, Parlimen, pasukan penguatkuasa seperti polis dan majlis perbandaran, cabang kehakiman, dan tidak terkecuali membudayakan amalan good governance seperti akauntabiliti dan transparensi.
Dalam pada itu, seorang rakan memberi reaksi menarik apabila saya bertanyakan kemungkinan penyokong Pakatan dapat "dijinakkan" dengan Bajet 2013 ini: "Selama ini Najib dah buat macam-macam tapi rakyat tetap tak puas hati. Elit Umno-BN ini umpama beri RM10, tetapi mereka sendiri sapu RM1,000. Orang tahu rasuah di mana-mana."
SMS seorang lagi sahabat saya lebih mengejutkan: "Tiba-tiba aku rasa Malaysia di ambang revolusi. Bukanlah revolusi melalui demonstrasi tetapi suatu perubahan mendadak yang tidak terkawal oleh sesiapa, termasuk Najib dan segala jenteranya."
Bajet 2013: Kajian Semula ke atas keadilan sosial
Syahir Sulaiman, | 25 Sep 2012 |
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. (Al-A'raf: 96)
Falsafah Keadilan: Satu Kajian Semula
Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, tempat di mana ia sepatutnya berada. Keadilan adalah nilai universal dan kemanusiaan yang penting, (ethica perennis et universalis), yang memastikan keseimbangan kemahuan yang pelbagai di dalam ekosistem.
Walaupun keadilan seringkali dikaitkan dengan kesamaan yang bertujuan untuk mencapai keseimbangan dalam pengagihan keperluan dan sumber, serta risiko dan ganjaran dalam kalangan anggota masyarakat, namun ia tidak sepatutnya disinonimkan dengan pengagihan yang sama, apatah lagi dengan pengagihan berasaskan merit semata-mata.
Justeru, keadilan sosial adalah satu konsep yang lebih luas dari keadilan ekonomi dan tatasusila politik dalam masyarakat (atau ekosistem), sama ada ia di peringkat terkecil sebuah keluarga sehinggalah ke magnitud sebuah bangsa dan masyarakat yang berhampiran.
Plato telah mengemukakan pandangan beliau dalam ‘Republic' bahawa "manusia secara semula jadinya tidak sama rata", dia kemudiannya mengisytiharkan bahawa "keadilan terbentuk dalam hubungan yang harmoni antara pelbagai organisma sosial.
Setiap warganegara mesti melaksanakan tugasnya seperti yang telah ditetapkan, dan melakukan tugas yang paling bersesuaian dengan sifatnya".
Ini bercanggah dengan konsep Aristotle bahawa "keadilan berakar umbi dari kesamaan" dan "kesamaan diukur berdasarkan merit dan sumbangan".
Keadilan dalam Islam, tidak boleh dipisahkan daripada kedua-dua nilai material dan rohani yang mengintegrasikan kedua-dua prinsip moral dan agama dalam cubaan untuk mengimbangi antara kepentingan individu dan masyarakat.
Dinamisme ini jelas digambarkan dalam ajaran yang komprehensif di bawah spektrum iman ('aqidah), ketaatan ('ibadah) dan etika (Akhlaq).
Perubahan landskap di Malaysia
Masyarakat Malaysia telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Beberapa cendekiawan dalam kajian mereka telah membincangkan keadilan ekonomi dan sosial Malaysia sejak zaman penjajah sehingga zaman selepas kemerdekaan, dan perbahasan yang begitu panjang berkenaan perpaduan nasional Malaysia, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan undang-undang melalui perubahan pesat ekonomi yang didominasi oleh pertanian menuju ke arah perindustrian dan hab perkhidmatan serantau.
Begitu banyak fakta dan angka juga telah dibentangkan untuk menggambarkan perjalanan sukar membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat, disokong oleh kadar pertumbuhan tahunan, pengurangan kadar kemiskinan, peningkatan ketara kadar celik huruf, kualiti penjagaan kesihatan yang lebih baik serta improvisasi perhubungan dan infrastruktur di negara ini.
Di sebalik pencapaian masa lalu, masa hadapan kelihatan suram. Walaupun Malaysia perlu berkembang sebanyak 8% setiap setahun untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, pertumbuhan telah merosot sepanjang sepuluh tahun yang lalu.
Malaysia, dengan itu berada dalam posisi bahaya terperangkap dalam pendapatan golongan pertengahan, terutamanya disebabkan oleh pembandaran pesat, eksport berorientasikan kos rendah, dan kemerosotan persaingan dalam perniagaan.
Apa seterusnya bagi Malaysia?
Kemajuan Malaysia sepanjang dekad yang lalu telah melahirkan 'generasi yang lebih selesa', gen-Y yang seolah-olah tidak memahami tentang kesusahan nenek moyang semasa zaman penjajah dan zaman kesusahan.
Populasi muda ini dilimpahi dengan tempat tinggal, pakaian, dan makanan yang baik semasa zaman kanak-kanak mereka, bercampur dengan rakan-rakan berbilang kaum di sekolah dan kemudiannya dilengkapi dengan alat berteknologi tinggi dan cara interaksi sosial yang baharu.
Begitu juga percanggahan minat mereka. Di satu pihak, orang-orang tua bergantung kepada manfaat ekonomi untuk keluarga, anak muda pula berdebat soal persaingan dan ketelusan.
Dianggarkan bahawa generasi muda membentuk kira-kira separuh dari jumlah pengundi, maka sokongan mereka akan menentukan keputusan pengundian.
Komposisi baru pengundi muda boleh menjadi sebagai isyarat awal landskap politik yang baru di Malaysia, menyuarakan pembaharuan struktur ke arah pengagihan harta yang saksama, kedaulatan undang-undang serta isu ekonomi yang semakin menekan seperti gaji dan peluang pekerjaan yang lebih baik, kos rumah yang berpatutan dan kualiti hidup yang baik.
Kerana kita berada dalam kedudukan fiskal mencabar vis-à-vis yang menuntut keadilan sosial, kerajaan seharusnya memberi tumpuan untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing ekonomi, kedua-duanya untuk negera dan rakyat.
Bermula dari hasil yang mampan, penekanan kemudiannya perlu diberikan ke arah memperkukuh daya tahan ekonomi dalam skop yang menyeluruh, bukan melalui langkah populis seperti pengagihan 'one-off' yang tidak menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.
Sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk mengambil langkah pembaharuan yang berani, dengan meneroka sumber hasil baru serta secara beransur-ansur mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap pendapatan berasaskan petroleum, dengan memperkenalkan cukai yang lebih mesra pelabur dan rakyat, dengan mempunyai pengagihan kebajikan dan subsidi yang lebih baik dan berkesan, serta dengan mengurangkan ketidakcekapan dan ketirisan melalui sistem tender yang terbuka dan telus.
Malaysia patut menghentikan penyalahgunaan dasar pilih kasih dan perlindungan yang seolah-olah membiakkan generasi 'Know who' yang lebih berkualiti dari 'know-how'.
Tidak perlulah diberitahu bagaimana teruknya persepsi terhadap amalan rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia, seperti yang digambarkan dalam satu ayat, "Those days — on the table; Later days — under the table; Nowadays — including the table!". Rasuah, dan jenayah tidak boleh ditoleransi lagi.
Seperti yang diberitahu oleh Sayyid Qutb, seorang cendekiawan Islam yang terkenal, "Islam sebagai sistem politik dan sosial yang komprehensif menjamin keadilan sosial bagi rakyat jelata yang akan menyembuhkan semua masalah sosial kerana ia menentang rasuah, penindasan, dan kemewahan. Ia adalah satu kuasa pembebasan, dan ia juga merupakan kuasa sosial yang kuat. "
Satu dasar fiskal yang penuh integriti, adalah penting bagi Malaysia.
--------------------
Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau menyokong Negara Berkebajikan. Tulisan ini diterjemahkan dari Bahasa Inggeris oleh Mohamad Yahya.
25 September 2012
Rakyat, kuasa asing mahu perubahan
Subky Latif, | 25 Sep 2012 |
Apa yang dikatakan kemahuan kuasa asing itu kira-kira sama saja dengan kemahuan Dr. Mahathir kerana beliau juga mahukan seorang Perdana Menteri yang dia suka. Dia dapati dia tidak suka Tun Abdullah Badawi, dia berusahakan gantikan Perdana Menteri dulu itu dengan Perdana Menteri sekarang.
Mulai ada pandangan sekarang, beliau mulai tidak suka dengan Perdana Menteri Najib, maka dia katakan mahukan Tan Sri Muhuyiddin Yassin menggantikan Najib supaya jadi Perdana Menteri yang disukainya.
Apapun di dalam negeri pembangkang mulai disokong oleh rakyat supaya perubahan regim berlaku. Pembangkang juga mahukan seorang Perdana Menteri yang ia suka.
Mengapa Dr. Mahathir tidak sukakan perubahan baik kerana ia dimahukan pembangkang mahupun ia dimahukan oleh kuasa asing, ialah kerana Perdana Menteri baru itu nanti ialah yang tidak disukainya.
Dr. Mahathir sebanarnya tidak membuat kenyataan yang pelik atau luar biasa. Semua kuasa asing di dunia mahukan Presiden atau Perdana Menteri sesebuah negara itu adalah dari orang yang mereka suka.
Dr. Mahathir sendiri semasa berkuasa dulu atas sebab tertentu tidak sukakan Presiden Clinton. Dia juga tidak mahu Clinton digantikan oleh Naib Presiden Amerka ketika itu Al-Gore kerana dia tidak sukakan Al-Gore. Dr. Mahathir mahukan Presiden baru Amerika seorang yang dia suka.
Malaysia, termasuk Dr. Mahathir dulu tidak suka Lee Kuan Yew jadi Perdana Menteri Singapura. Kita mahukan seorang Perdana Menteri yang kita suka. Bodohlah kita kalau kita mahukan Perdana Menteri Singapura itu seorang yang kita tidak suka.
Kalau kuasa-kuasa asing merasakan Najib sseorang Perdana Menteri yang mereka tidak suka, maka bodohlah mereka kalau mereka tidak mahukan perubahan.
Ia adalah soal biasa bagi mana-mana kuasa asing mahukan Perdana Menteri yang tidak mereka sukai digantikan.
Misalnya Amerika tidak mahu Putin jadi Presiden Rusia semula. Ia mahukan Presiden yang ia sukai. Tetapi tiada apa yang dapat Amerika kata apabila Rusia memillih semula Putin.
Bagi rakyat Malaysia mahukan perubahan kerajaan dan Perdana Menteri tidak boleh patah hati kerana ia sama dengan kemahuan kuasa asing. Apakah kerajaan baru dan Perdana Menteri baru disukai oleh kuasa asing atau tidak, ia adalah masalah mereka.
Jika bakal Perdana Menteri baru nanti disukai atau tidak oleh kuasa asing, ia adalah masalah mereka. Kemahuan kita tidak boleh dihalang oleh kemahuan mereka. Kita buat perubahan bukan kerana kuasa asing suka atau tidak suka, tetapi ketika buat perubahan kerana kepentingan kita.
Bodohlah mereka kalau mereka tidak mahu sokongan kita. Mereka mesti mahukan seorang yang mereka suka. Kita pula tidaklah bodoh apabila kita menang kita mesti tunduk kepada mereka. Kita boleh bersama mereka atas perkara yang kita sama-sama suka dan kita boleh tidak bersama mereka atas perakara kita tidak suka.
Mungkin yang tidak sukakan Najib itu Soros. Itu adalah masalahnya. Kita boleh bersama Soros atas perkara yang boleh menguntungkan negara kita. Kita juga tidak akan bersamanya jika ada yang kita tidak setuju dengannya.
Seperti Dr. Mahathir sendiri. Dia pernah berbalah dengan Soros semasa beliau jadi Perdana Menteri. Tetapi sselepas dia bersara, Soros ada berjumpanya di pejabatnya. Soros itu memang banyak duit, bodohlah Mahathir kalau semua masa berbalah dengan Soros. Kalau Soros boleh beri dia 30 atau 40 juta, dia pun gelap mata juga.
Ribuan sertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang
Harakahdaily, | 30 Sep 2012 |
(Antara ribuan penduduk yang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang)
JOHOR BAHRU: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini.
Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.
Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.
Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.
Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.
Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.
Gambar Pak Lah tersalah parking, terhangat
Harakahdaily, | 30 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Gambar Tun Abdullah Badawi bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan bersama banner tuntutan ROYALTI ‘R’ paparan Kedahkini ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 39.
Di tangga kedua adalah sekeping gambar menunjukkan ‘kekejaman’ negeri Selangor dalam pemberian air percuma yang dipaparkan http://shalehudin.blogspot.com .
Berita Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu penggunaan jet peribadi ketika beliau ke Sabah dan Sarawak pula menduduki tempat ketiga.
Artikel blog menempelak double standard Datuk Seri Ahmad Zahidi mempersoalkan penggunaan jet peribadi oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi tidak ketika belliau menaikkan jet peribadi ke Mekah ni pula menduduki tangga keempat.
Di tangga kelima ialah perbandingan gambar bersalaman antara seorang pemimpin Pakatan Rakyat dengan “pemimpin besar” daripada Barisan Nasional oleh blog http://kachipemas.blogspot.com
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 23 September hingga 29 September, 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan