Isnin, 24 September 2012

JIKA KITA BERPOLITIK CARA BODOH...RAKYAT DAH BIJAK TENTU KETAWA...SERTA GELAK BESAR...DAH JADI LAWAK

Iklan masalah air berjalan 'rahsia' di PJ
  • Zulaikha Zulkifli
  • 12:44PM Sep 24 2012
 
Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

NONEBeberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Beberapa penduduk, antaranya Dr S Paramananthan mendakwa penggambaran itu mungkin berkaitan isu air Selangor.

Bagaimanapun, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air
Beliau menjelaskan ia berkenaan kempen penjimatan air.

Bagaimanapun ketika ditanya kenapa babak yang dilakonkan seolah-olah menggambarkan isu masalah bekalan air, Cheong enggan mengulasnya.

NONE"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.
Penggambaran P&C, bukan rahsia
Sementara itu, seorang produser eksekutif di syarikat penerbitan iklan berkenaan Chow Chun Son ketika dihubungi bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada penggambaran tersebut adalah untuk menunjukkan berlakunya krisis air di Petaling Jaya.

Ditanya sekiranya penggambaran tersebut dibiayai BN, Chow berkata beliau tidak dapat menjawab perkara.

"Sekali lagi, saya tidak boleh jawab," katanya yang menafikan bahawa penggambaran tersebut dibuat secara rahsia.

"Ia bukannya diselubungi rahsia tapi ianya sulit dan persendirian. Ia adalah garis panduan standard dalam industri ini," katanya.

Jelasnya, syarikatnya akan mengambil tindakan sama sekiranya mana-mana pihak mengupahnya untuk penggambaran iklan.

"Jika kami buat penggambaran iklan untuk Malaysiakini, kami juga akan kata perkara sama," katanya. 
Penduduk resah dengan penggambaran iklan air
  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:07PM Sep 24 2012
 
Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu.

NONEMereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air.

"Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu.

"Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan (atas) kepada pemberita.

NONEParamananthan juga mendakwa, tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk.

Penggambaran itu hari ini dijalankan secara 'rahsia' di kawasan itu dalam keadaan penduduknya, termasuk beberapa pelakon tambahan memberitahu tidak jelas rancangan sebenarnya.

Pihak produksi pula enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

'Kami berunding dengan produksi, bukan parti'
Rakaman itu antaranya memuatkan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Empat lori kontena memuatkan barangan dan persediaan set turut kelihatan.

NONESementara itu, seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak dimaklumkan ia berskala besar.

"Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik.

"Sebab kami cuma berunding dengan pihak produksi, bukan mana-mana parti politik," kata penduduk yang telah menginap di pangsapuri itu selama 30 tahun dan enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, mereka telah meminta penggambaran itu dibuat di tempat lain tetapi tidak berkesan, malah tenaga produksinya sampai seawal jam 5 pagi.

NONE"Saya dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya.

Seorang warga emas pula tidak berpuas hati apabila berlaku kesesakan di kawasan tersebut sehingga mengganggu kelancaran kehidupan sehariannya.

"Saya dah tua. Sakit kaki. Saya terpaksa letak kereta saya jauh dan berjalan.

"Mereka ini juga dah membuat bising seawal jam 5 pagi dan ganggu saya nak tidur," katanya.
Iklan isu air bagai filem 'Wag the Dog', kata exco
6:07PM Sep 24 2012  
Exco kerajaan Selangor Xavier Jayakumar berkata penggambaran iklan video untuk menunjukkan krisis air satu kawasan pangsapuri di Petaling Jaya tidak ubah seperti usaha mengada-adakan isu dalam filem popular Wag the Dog.
"Saya fikir ini adalah langkah terdesak oleh sekumpulan individu yang kehilangan kesemuanya dan tiada tahu apa yang hendak dilakukan.

NONE"Mereka malah membuat filem mengenai perkara yang tidak berlaku, seperti dalam filem Wag the Dog," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau merujuk kepada filem terbitan tahun 1997 yang menggambarkan usaha untuk menunjukkan peperangan yang berlaku di Albania untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pilihan raya dan skandal seks yang dihadapi presiden Amerika Syarikat.

Xavier berkata, beliau terperanjat dan sedih dengan pembikinan iklan tersebut dan mengesyaki BN bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana pengerusi BN negeri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berikrar untuk merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat "walau dengan apa cara sekalipun".

"Sesiapa yang melakukan perkara ini berkemungkinan besar berbuat demikian untuk BN atau NGO pro-BN," katanya.
Menteri: Halang lompat parti langgar hak berpersatuan
  • Ahmad Fadli KC
  • 7:04PM Sep 24 2012
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata mana-mana undang-undang menghalang wakil rakyat lompat parti bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan.
Dalam satu jawapan bertulisnya kepada MP Bukit Gelugor Karpal Singh di Parlimen hari ini, Nazri (bawah) berkata peruntukan itu membenarkan wakil rakyat menyertai mana-mana parti tanpa perlu mengosongkan kerusinya.

NONEKarpal dalam soalannya kepada perdana menteri bertanya jika kerajaan akan menyokong ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam cadangan meminda Perlembagaan bagi mewujudkan undang-undang untuk menghalang lompat parti.

Nazri bagaimana pun tidak menjawab soalan itu secara langsung tetapi menyatakan sebarang cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan adalah "persoalan dasar yang perlu dikaji secara menyeluruh di samping undang-undang lain yang berkaitan".

Menurutnya, undang-undang sedia ada tidak memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan hukuman ke atas wakil rakyat yang melompat parti.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Akta Pilihan Raya 1958 hanya memberi kuasa kepada SPR dalam menentukan kekosongan kerusi DUN atau Parlimen apabila dimaklumkan speaker DUN atau Parlimen.
Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini mengumumkan cadangan mereka untuk membentangkan undang-undang antilompat dalam sidang dewan seterusnya pada bulan November ini.
Exco: S'gor gembira jika Pahang batal perjanjian air
4:19PM Sep 24 2012  
Exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri menyambut baik hasrat Pahang untuk membatalkan perjanjian bekalan air ke negeri itu kerana menurutnya akan memberi penjimatan sehingga RM60 juta setahun kepada Selangor.

Pakatan red IC registration programme Klang - Xavier Jeyakumar ExcoMenteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob perlu menyatakan secara rasmi sekiranya projek berkenaan sememangnya tidak akan diteruskan, kata Jayakumar seperti dilaporkan media rasmi kerajaan negeri, TV Selangor.

“Kalau dia (Adnan) dah cakap macam itu, lebih baik dia tulis black and white kepada kita.

“Selangor memang gembira sebab kita tidak perlu membayar RM60 juta setahun kepada dia dan dia boleh jawab kepada perjanjian-perjanjian yang dia sudah buat,” katanya dalam laporan di Selangorku.com itu.

Beliau mengulas ancaman Adnan (kanan) semalam yang menimbang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan negeri tetap enggan membenarkan projek loji air Langat 2 diteruskan.

Adnan dalam laporan Bernama semalam menyebut, Pahang bertindak demikian memandangkan kerajaan Selangor didakwa tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua negeri sebelum ini.

"Kalau beliau (menteri besar) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada penasihat undang-undang negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Bekas peguam diperintah bela diri tuduhan tipu
  • Bernama
  • 4:15PM Sep 24 2012
 
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memerintahkan seorang bekas peguam membela diri atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan wang RM294,000.
  
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap K.Sasi Kumar, 40, pada akhir kes pendakwaan.
  
Mahkamah menetapkan tiga hari mulai 15 Oktober untuk mendengar kes pembelaan.
  
Sasi Kumar didakwa menipu Chen Tin Gan, 61, dengan memperdayakan ahli perniagaan itu untuk mempercayai bahawa dia telah membayar bagi pihak Chen notis taksiran duti setem sebanyak RM294,000 melalui cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Kuala Lumpur.
  
Ini mendorong Chen untuk menyerahkan wang RM294,000 dengan mendepositkannya ke akaun milik tertuduh sebagai bayaran pindah milik hartanah.

Sasi Kumar didakwa melakukan kesalahan itu di Malaysian Kopitiam, No.24G, Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, Petaling Jaya, pada 9 November 2006.
  
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
  
Seramai 19 saksi pendakwaan dipangggil memberi keterangan semasa perbicaraan di peringkat kes pendakwaan.
  
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sulaiman Kho Kheng Fuei manakala tertuduh diwakili peguam Edmund Ponniah.

- Bernama
Pro-M UKM dakwa calon terima ugutan bunuh
  • Ahmad Fadli KC
  • 4:46PM Sep 24 2012
 
Aktivis pro-Mahasiswa hari ini mendakwa, enam orang calon mereka menerima ugutan bunuh agar tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus UKM.
Jurucakapnya, Muhamad Azan Safar dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini mendakwa, ugutan berkenaan disampaikan kepada anggota keluarga calon pro-Mahasiswa berkenaan.

"Bermula pagi tadi sampai sekarang, enam calon dapat ugutan akan dibunuh sekiranya bertanding," kata Muhamad Azan, seorang mahasiswa tahun akhir Fakulti Pengajian Islam UKM.

Dakwanya, setiap keluarga calon berkenaan menerima ugutan dalam sela masa satu jam dan menjangkakan calon lain juga akan menerima ugutan yang sama.

Menurut Azan, ugutan yang sama turut diterima keluarga calon di Kelantan, Melaka, Selangor, dan Perlis.

Dalam sidang media sama, seorang lagi jurucakap pro-Mahasiswa Ahmad Afifi Zulkifli berkata, setakat ini dua laporan polis dibuat di Selangor dan Kedah.

Ketika dihubungi, polis di Sungai Tiang, Kedah mengesahkan menerima aduan namun enggan mendedahkan kandungan dakwaan terbabit.

Selain itu, aktivis berkenaan juga mendakwa beberapa kain rentang kempen mereka disimbah dengan cat merah oleh individu yang tidak dikenali.

Mereka menuntut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM, Prof Dr Osman A Karim bertanggungjawab menghentikan gangguan berkenaan.

"Kepada TNC HEPA kami menuntut supaya beliau menafikan perkara ini," kata Ahmad Afifi.

Pro-Aspirasi, ikatan mahasiswa pro-kerajaan, mencatat kemenangan besar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknikal Malaysia (UteM) dan Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), pada pilihan raya kampus 20 September lalu.

15 lagi pusat pengajian tinggi lain akan membuang undi mereka esok.
Ketua Pemuda Umno Kepong parah ditikam
  • Bernama
  • 2:18PM Sep 24 2012
 
Ketua Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam satu kejadian berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di ibunegara kira-kira 3.30 pagi tadi.
  
Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.

Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.

Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.

"Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.

"Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.
  
"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.
  
Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.
  
"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

- Bernama
Anggota tuntut SUPP keluar dari BN
  • Dukau Papau
  • 2:42PM Sep 24 2012
 
Hampir semua anggota jawatankuasa pusat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menuntut parti itu keluar daripada BN negeri untuk menghentikan 'dibuli' oleh anggota komponen yang lain.

NONE"Tiada komen," kata presidennya Datuk Seri Peter Chin ketika diminta mengesahkan tuntutan yang difahamkan disuarakan dalam mesyuarat di ibu pejabatnya semalam.

Beliau juga dikatakan mendapat kritikan hebat terhadap dakwaan kepimpinan 'lemah' dan kurang tindakan terhadap puak tidak puas hati dalam parti yang diketuai oleh Wong Soon Koh yang mengetuai bahagian Sibu.

"Mereka boleh kata saya presiden yang lemah. Itu pandangan mereka," kata Chin ketika ditanya.

Anggota jawatankuasa SUPP yang enggan dinamakan mendakwa, parti itu "dizalimi, diabaikan atau diketepikan" oleh BN negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sejak Chin dipilih sebagai presiden Disember lalu.
Bomoh tak berdaftar boleh dipenjara, denda RM50,000
  • Bernama
  • 5:14PM Sep 24 2012
 
Kementerian Kesihatan bersetuju memasukkan amalan perubatan Islam di bawah Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 selepas perkara itu dipersetujui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Jabatan Agama Islam Negeri.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata notis pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-undang itu akan diberikan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

NONE"Sebelum ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat persetujuan Jakim tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja Jakim malah Jabatan Agama Islam negeri.

"Selepas ini, pengamal perubatan Islam termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi majlis yang akan ditubuhkan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, beliau membentangkan Rang Undang-undang Tradisional dan Komplementari 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Semalam, anggota parlimen BN dan pembangkang meminta kementerian itu mengambil kira perubatan Islam dalam rang undang-undang itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, di samping peningkatan pesakit yang beralih kepada kaedah perubatan Islam atau tradisional.

Pengerusi Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd Fauzi Mustaffa juga melahirkan kebimbangan terhadap kelangsungan amalan itu terhadap masa depan terutama bagi merawat penyakit serta kes sihir yang semakin berleluasa.

Di bawah rang undang-undang itu, Liow berkata pihaknya dengan kerjasama Jakim akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan sama ada Islam, tradisional Melayu, Cina dan India di bawah satu majlis yang akan ditubuhkan.

Katanya pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran itu boleh dikenakan denda antara RM30,000 dan RM50,000 atau penjara dua tahun.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Kesihatan itu berkata hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak akan terlepas daripada tindakan tegas sekiranya didapati menipu dan melanggar undang-undang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata berikutan perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia dan antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan perubatan tradisional dan komplementari di negara masing-masing.

Katanya Kementerian Kesihatan juga telah melancarkan dasar kebangsaan dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari yang menyatakan bahawa perubatan itu akan wujud bersama dengan perubatan moden dan akan disepadukan dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kesihatan rakyat.

"Di Malaysia, permintaan terhadap perubatan ini semakin meningkat dan berkembang pesat dan pada masa sama kementerian menerima banyak aduan dari semasa ke semasa berhubung perubatan ini selain sering digemparkan dengan pelbagai berita dan peristiwa melibatkan pengamal perubatan ini," katanya.

Liow berkata rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Kompelementari 2012 digubal untuk memastikan amalan perubatan yang dijalankan di negara ini adalah selamat dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.

Setakat ini, 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan perubatan moden bersama-sama dengan perubatan tradisional, iaitu Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor Baharu), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Umum (Sarawak), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (Kota Bharu).

- Bernama
Anak Taib Mahmud didakwa 'tampar', 'tumbuk' isteri
  • Hafiz Yatim
  • 6:29PM Sep 24 2012
 
Shahnaz A Majid hari ini membuat pengakuan kepada mahkamah bahawa beliau didera secara fizikal dan emosi oleh bekas suaminya Mahmud Abu Bekir, yang juga anak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Shahnaz, 49, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa insiden itu berlaku di rumah mereka di Sydney dan Kuching.

NONE"Bulan Julai sebelum pulang ke Kuching, saya tak ingat, dia serang saya di dalam rumah. Dia pukul, angkat tangan tampar, tumbuk.

"Saya tak ingat sebabnya sebab ia bukan sesuatu yang penting, bukan isu besar," katanya.

Dua tahun selepas itu, ketika pulang ke rumah besar mereka yang "sebesar muzium lama" di Kuching, Shahnaz mendakwa diserang lagi.
PERKASA 'tikam & bakar' penerbit filem anti-Islam
  • Ahmad Fadli KC
  • 2:10PM Sep 24 2012
 
Kira-kira 800 orang penduduk dan anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA berhimpun bagi menyatakan bantahan ke atas Nakoula Basseley, individu yang didakwa bertanggungjawab ke atas penerbitan filem menghina Islam, Innocence of Muslims.

Kumpulan berkenaan turut membakar satu patung sebagai gimik bantahan ke atas Basseley dalam perhimpuinan di perkarangan PPR Desa Tun Razak, Cheras malam tadi.

NONEPresiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengetuai kumpulan itu turut menikam patung berkenaan dengan sebilah keris dan mencucuh api ke atas patung berkenaan sehingga terbakar menjadi abu.

Tindakan Ibrahim itu disambut dengan laungan takbir dan slogan "Malaysia Boleh" oleh individu yang hadir.

Turut hangus dibakar adalah sepanduk dengan tulisan "Nakoula you're bastard you're hand to evil" (Nakoula anda anak haram, anda tangan syaitan) yang dikalung ke leher patung tersebut.

Upacara membakar patung itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan malam yang disediakan penganjur bersama iaitu Persatuan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak dan Jaringan Gerak Usaha Anak-anak Pasir Mas Selangor dan Wilayah.

NONEDalam ucapannya sebelum itu Ibrahim menggesa orang Melayu Islam memelihara perpaduan mereka daripada ancaman yang akan menyebabkan kedudukan mereka seperti "telur di hujung tanduk".

"Sebab kalau kita berkelahi, bermusuh, malapetaka akan menimpa kita.

Sekarang ini kita tahu penghinaan terhadap junjungan besar (Nabi Muhammad) terus menjadi-jadi," katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan main puteri dan dikir barat, manakala Ibrahim turut bermain alat muzik dalam persembahan berkenaan.

Tiada ulasan: