'Menteri mesti minta maaf isu gambar diubah'
Menteri dalam negeri dan menteri penerangan mesti memohon maaf berhubung pengakuan Bernama berhubung isu pengubahan gambar agensi berita nasional Bernama, kata PKR Johor.Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng (kanan) berkata, penjelasan Bernama berhubung insiden "tidak beretika" itu tidak mencukupi.
"Mengakui bahawa gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang... diubah untuk menggambarkan kehadiran besar tidak mencukupi.
Bernama semalam menjelaskan pihaknya telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan itu dan siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia dihantar.
Ketua pengarangnya berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj.
M'sia selar karikatur anti-Islam di majalah Perancis
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan karikatur anti-Islam di sebuah majalah satira mingguan di Perancis.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat kesal dengan tindakan biadab itu yang menggambarkan agama Islam secara negatif dan turut menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia, terutama apabila karikatur ini diterbitkan selepas penyiaran video anti-Islam.
"Malaysia berpendirian bahawa kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara berhemah dan penuh tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anifah berkata masyarakat antarabangsa perlu mengambil pendirian tegas dan menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan pada masa sama mengambil langkah-langkah untuk membendung perbuatan provokatif dengan apa cara sekalipun.
"Dalam hal ini, Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa lebih erat dalam mempromosikan dialog dan pemahaman agama dan budaya antara satu sama lain bagi membolehkan masyarakat dunia hidup bersama dengan aman," katanya.
Karikatur anti-Islam dan video yang dirujuk Anifah itu mempersenda dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam sehingga mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia.
- Bernama
KUALA LUMPUR: Seluruh ahli Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) digesa turun untuk bersama Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, hari ini.
“Kehadiran ahli-ahli DUPP adalah manifestasi perjuangan membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin A. Razali.
Jelasnya, apabila kemenangan Islam dalam perang Badar diperlekeh dan Nabi SAW serta para sahabat Nabi dihina oleh seorang Yahudi bernama Ka'ab bin Asyraf, Nabi SAW telah memberi isyarat kepada para sahabat untuk bertindak terhadap Ka'ab yang akhirnya membawa kepada pembunuhannya di perkampungannya sendiri.
Maka, katanya begitulah umat Islam perlu bangkit bertindak menurut kemampuan yang ada bagi menggambarkan usaha dan tindakan bersama umat Islam dalam sebarang percubaan penghinaan terhadap Nabi SAW.
“Malah, seluruh rakyat Malaysia yang bukan Islam pun diseru untuk bersama hadir di program tersebut bagi menggambarkan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menolak sebarang tindakan penghinaan terhadap agama yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan ketidaktenteraman kepada negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.
(Salleh Man menyampaikan komputer riba kepada sekolah asalnya, Madrasah Khairiah Islamiah)
TASEK GELUGOR: Lawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ( MAIPP), Datuk Saleh Man ke Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas baru- baru ini boleh dianggap satu sikap 'mengenang budi' setelah menimba ilmu di situ bermula tahun 1970 sehingga 1978.
Sikap itu nyata disenangi oleh pentadbiran madrasah berkenaan walaupun kini telah seratus peratus berpindah tangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia apabila pentadbir asal tidak mampu lagi menguruskan madrasah itu apabila bantuan perkapita dihapuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada penghujung tahun
1990 an lalu.
Ianya kini diterajui oleh Ustaz Khairol Anuar Musa seorang anak muda yang berwawasan di samping mendapat bantuan daripada anak pengasas lama yang sanggup menabur bakti pada sekolah yang pernah menjadi 'top' di era 60 dan 70 an.
"Bila melangkah ke sini saya terbayang lagi bagaimana saya bermain bola sepak bersama rakan di celah pokok kelapa. Belajar di kelas berdindingkan papan dan menjadi penjaga kunci pagar sekolah yang memberinya kelebihan bertemu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husein setiap hari, " ceritanya mengenang sejarah lampau.
(Memakan ubi kayu sempena sambutan merdeka mengingatkan kesusahan di zaman Jepun)
Barangkali kerana sering bertemu wajah pengetua dan bersalam denganya setiap awal pagi membuatkan ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan.
Sebab itu katanya, walaupun sibuk setiap hari dengan tugasan kesempatan diambil jua untuk meninjau sendiri kawasan sekolah yang pernah menjadi tempat bermain dan belajar di samping bertemu sendiri dengan rakan lama atau guru yang pernah menjadi idolanya suatu ketika dulu.
Kedatangan beliau pagi itu bukan dengan tangan kosong sebaliknya menghadiahkan sebuah komputer riba dan projektor untuk kegunaan pihak sekolah terutamanya ketika menyampaikan taklimat.
Saleh yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri memuji pihak sekolah terbabit kerana memperkenalkan tema 'ubi kayu' sempena program penutupan sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55.
Ubi kayu merupakan bahan makanan asasi suatu ketika dulu menggantikan nasi kerana pengeluaran beras agak terhad dan sukar dikerjakan kerana terdedah dengan bahaya kezaliman tentera Jepun.
"Tidak sangka pihak sekolah begitu kreatif apabila menjadikan ubikayu sebagai tema sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 kali ini.
"Bagus juga pemikiran itu sebab boleh memperkenalkan produk kampung yang senang dikomesialkan jika pandai mengambil kesempatan, " ujarya ketika ditemui.
Hidangan
ubikayu bercampur kelapa parut berlaukkan ikan tamban 'kiat' dan gelama
masin mungkin bagi yang agak berusia merupakan menu yang cukup lazat
tetapi bagi golongan muda belum tentu dianggap resepi yang baik bahkan
pasti ada yang mengatakan ia adalah makanan ketinggalan zaman.
(Ubi rebus dengan kelapa)
Ketika saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Datuk Saleh Man menyertai program penutupan Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Husein ayahanda kepada Ahli Parlimen PAS yang pertama iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain yang menang di Krian, Perak.
Bila kami memasuki ruang makan untuk menikmati jamuan ringan sebelum majlis dimulakan dengan ucapan Pengetuanya, Ustaz Khairol Anuar Musa dan Datuk Saleh yang diiringi oleh pegawai dari Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk menyampaikan sebuah komputer riba dan projektor, kami terkejut bila semua hidanganya adalah hidangan di era zaman Jepun.
Menurut kata pengetuanya, mereka sengaja buat begitu untuk memberikan pengajaran serta pendedahan kepada anak-anak murid bahawa betapa sengsaranya orang Melayu dahulunya semasa di bawah pemerintahan negara matahari terbit itu.
Orang Melayu hanya makan ubi kayu kerana bahan itu mudah diperolehi, maklumlah di kampung pokok itu tumbuh merata di kawasan hutan atau dipinggir halaman rumah.
Puhh.... Sedapnya tidak terhingga...itulah barangkali ucapan yang keluar dari mulut sesiapa yang memakannya.
Saya mendapati Datuk Saleh dan para ustaz yang sebayanya bukan main lagi 'pulun' menikmati hidangan yang jarang dibuat sebagai menu mana-mana gerai makan mahupun restoran.
Jika ada gerai atau restoran yang berani menjadikan ubikayu belaukan ikan tamban kiat atau gelama masin pasti ada yang teruja untuk merasaikan keenakan makanan di era pemerintahan Jepun itu.
(Datuk Salleh Man melihat ubi kayu kelapa dengan lauk ikan tamban 'kiat' di majlis penutup sambutan kemerdekaan negara di Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Pulau Pinang )
Sepanjang berada di majlis tersebut saya asyik teringatkan makanan itu sehinggakan sekembali ke rumah saya lantas menyuruh isteri tersayang menyediakan hidangan tersebut bagi juadah sarapan pagi keesokanya tapi apakah daya ubi kayu walaupun ia dipandang rendah oleh sesetengah individu ekoran hidangan zaman lampau tiada bekalan termasuk tamban kiat untuk digoreng.
Sampai hari ini saya masih mengidamkan makanan itu dan sedang mencari di manakah ubi kayu untuk dibeli sebab di pasar malam pun ianya sukar didapati mungkin harganya sudah mahal tidak macam dulu dicabut dan dicampak begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang teringin mengambilnya.
Itulah kesan bila merasai makanan yang jarang dibuat orang khususnya bagi masyarakat yang sudah mengecapi kemajuan. Namun, makanan tersebut tidak menjadi masalah bagi masyarakat di luar bandar seperti Negeri Kedah.
Saya rasa tindakan Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena laksanakan menu yang kena pada tempatnya kerana golongan muda harus dibiasakan untuk merasai apa yang orang tua-tua dahulu rasai kerana kemajuan tidak akan dikecapi tanpa merasai terlebih dahulu erti sengsara.
KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti,
Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) akan menganjurkan
konvoi mega R ke Putrajaya.
Ianya adalah bersempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.
Mengikut jadual, konvoi itu akan bermula sehari awal iaitu pada 2 Oktober dari beberapa tempat dari seluruh negara sebelum bersama menuju ke Putrajaya pada pagi 3 Oktober.
Konvoi yang datang dari beberapa tempat itu dijangka akan bergabung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam 2 Oktober itu sempena majlis solat hajat royalti yang akan dihadiri kepimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Satu majlis ceramah royalti juga akan diadakan selepas solat Isyak yang akan menampilkan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Pengerusi NGO R, Nazri Deraman serta pimpinan Pakatan Rakyat Selangor, Sabah dan Sarawak.
Pada keesokannya pula, semua kepimpinan kerajaan negeri Kelantan akan hadir ke Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya bersama pasukan konvoi R.
Pada masa sama, NGO R juga akan menyerahkan 150,000 tanda tangan rakyat Kelantan yang menyokong tuntutan royalti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
Perbicaraan pada 3 Oktober ini adalah bagi mendengar permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan 3 perkara:
i. Pendengaran permohonan untuk merayu terhadap keputusan yang menolak permohonan oleh Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan penzahiran dokumen.
ii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi)
iii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Petronas untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi).
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat kesal dengan tindakan biadab itu yang menggambarkan agama Islam secara negatif dan turut menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia, terutama apabila karikatur ini diterbitkan selepas penyiaran video anti-Islam.
"Malaysia berpendirian bahawa kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara berhemah dan penuh tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anifah berkata masyarakat antarabangsa perlu mengambil pendirian tegas dan menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan pada masa sama mengambil langkah-langkah untuk membendung perbuatan provokatif dengan apa cara sekalipun.
"Dalam hal ini, Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa lebih erat dalam mempromosikan dialog dan pemahaman agama dan budaya antara satu sama lain bagi membolehkan masyarakat dunia hidup bersama dengan aman," katanya.
Karikatur anti-Islam dan video yang dirujuk Anifah itu mempersenda dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam sehingga mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia.
- Bernama
Umat Islam Kota Bharu mulakan bantahan
Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir, | 21 Sep 2012 |
(Tuan Guru Nik Aziz membakar replika CD filem pendek yang menghina Nabi Muhamad saw)
KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.
Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent Islam' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.
Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.
Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.
Bantahan yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.
Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang.
Berikut adalah gambar-gambar di Kota Bharu pagi ini.
(Orang ramai melihat replika CD filem pendek hina Nabi dibakar)
(Ketua Muslimat, Siti Zailah berucap membantah filem itu)
(Antara Muslimat yang hadir dengan memakai 'headband' 'Kami sayang Muhamad')

Allah tetap akan memenangkan agama-Nya
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad , | 21 Sep 2012 |
Pertubuhan IKRAM Malaysia mengecam dengan sekeras-kerasnya filem “Innocence of Muslims“ yang diarahkan oleh Sam Becile, seorang pengarah filem keturunan Yahudi Israel Amerika.
Filem ini secara terang-terangan dan melampau telah menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan tuduhan yang direka-reka. Ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia sehingga ada di antaranya telah bertindak keras dengan melakukan rusuhan, membakar bangunan kedutaan khasnya di Libya yang telah menyebabkan Duta Amerika Syarikat dan 3 orang pekerja kedutaan terbunuh.
Kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku dan bukan juga yang terakhir. Cukuplah bagi kita dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Al-Quran tentang tuduhan, umpatan, cacian golongan kafir dan musyrikin terhadap Baginda s.a.w. semasa masih hidup lagi. Baginda dituduh orang gila, tukang sihir, pemecah belah masyarakat dan sebagainya yang tidak logik pada akal lebih-lebih lagi Baginda s.a.w. adalah Nabi dan Rasul yang terpilih.
Dalam zaman alam Islam dijajah negara-negara Barat, tuduhan-tuduhan melampau yang sama dilakukan oleh golongan orientalis Barat untuk menggugat keyakinan ummah terhadap kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Ia telah ditangkis oleh para ulama serta pemikir-pemikir ummah sepanjang pertarungan tersebut menerusi tulisan-tulisan mereka yang amat meyakinkan.
Tuduhan dan tohmahan seumpama ini juga berlaku kepada semua para Rasul utusan Allah s.w.t. Para Rasul menghadapi semua itu dengan penuh bijaksana dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur provokasi musuh.
Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan untuk memelihara para Nabi dan Rasul. Allah s.w.t. yang memilih dan melantik mereka dan Allah s.w.t. tidak akan membiarkan mereka diperlakukan sewenang-wenangnya.
Firman Allah s.w.t. maksudnya: “….dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir” (Surah Al-Maidah: 67)
“Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu.” (Surah Al-Hijr: 95)
“dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan).“ (Surah Al-Syarh: 4)
Pertubuhan IKRAM Malaysia ingin mengajak segenap lapisan masyarakat Muslim di negara ini agar bertenang, bertindak bijaksana dan optimis bahawa Allah s.w.t tetap akan memelihara dan memenangkan agama ini.
Mempertahan dan membela Rasulullah s.a.w. tidak seharusnya dibataskan dengan slogan-slogan, syiar-syiar dan demonstrasi sahaja. Bahkan kasih dan sayang kita kepada Nabi s.a.w. dibuktikan dengan perkara yang lebih asas lagi, iaitu mengikuti jejak perjalanan hidup dan perjuangannya serta menegakkan Islam dalam kehidupan peribadi, masyarakat, negara dan dunia amnya.
Tindakan menunjuk rasa biarlah berlangsung secara aman, ditujukan kepada peribadi dan kumpulan yang membuat onar dan kesalahan bukan kepada peribadi atau pihak-pihak yang tidak terlibat melakukannya. Sikap adil harus kekal dalam semua situasi, marah atau suka.
Jangan sama sekali kita melibatkan diri dengan tindakan provokasi yang memarakkan permusuhan, menebalkan kebencian, pemusnahan harta benda, rusuhan dan seumpamanya. Bukalah laluan-laluan dakwah ke arah mereka seluas-luasnya, menerusi langkah-langkah kebijaksanaan, nasihat yang baik serta dialog yang terbaik.
Allah s.w.t tetap akan memenangkan agamaNya walau pun orang-orang yang kafir membencinya;
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).“ (Surah Al-Taubah: 32)
Mereka (orang-orang kafir) sentiasa melakukan tipu daya, dan Allah juga akan memperdaya mereka, sedangkan Allah itu adalah sebaik-baik zat yang memperdayakan.
“(Apabila) mereka membuat makar (tipu daya), Allah membalas makar (tipu daya) mereka. Dan Allah sebaik-baik pembalas makar (tipu daya).”
(Surah Al 'Imraan: 54)
Dr Mohd Parid ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Apa? Rosmah Mansor pakai jam tangan bernilai RM350,000?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 21 Sep 2012 |
Ahli Dewan Ulamak diseru bersama demo
Harakahdaily, | 21 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Seluruh ahli Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) digesa turun untuk bersama Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, hari ini.
“Kehadiran ahli-ahli DUPP adalah manifestasi perjuangan membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin A. Razali.
Jelasnya, apabila kemenangan Islam dalam perang Badar diperlekeh dan Nabi SAW serta para sahabat Nabi dihina oleh seorang Yahudi bernama Ka'ab bin Asyraf, Nabi SAW telah memberi isyarat kepada para sahabat untuk bertindak terhadap Ka'ab yang akhirnya membawa kepada pembunuhannya di perkampungannya sendiri.
Maka, katanya begitulah umat Islam perlu bangkit bertindak menurut kemampuan yang ada bagi menggambarkan usaha dan tindakan bersama umat Islam dalam sebarang percubaan penghinaan terhadap Nabi SAW.
“Malah, seluruh rakyat Malaysia yang bukan Islam pun diseru untuk bersama hadir di program tersebut bagi menggambarkan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menolak sebarang tindakan penghinaan terhadap agama yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan ketidaktenteraman kepada negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Saleh Man imbau kenangan lama di Madrasah Khariah
Mohd Sabri Said, | 21 Sep 2012 |
(Salleh Man menyampaikan komputer riba kepada sekolah asalnya, Madrasah Khairiah Islamiah)
TASEK GELUGOR: Lawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ( MAIPP), Datuk Saleh Man ke Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas baru- baru ini boleh dianggap satu sikap 'mengenang budi' setelah menimba ilmu di situ bermula tahun 1970 sehingga 1978.
Sikap itu nyata disenangi oleh pentadbiran madrasah berkenaan walaupun kini telah seratus peratus berpindah tangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia apabila pentadbir asal tidak mampu lagi menguruskan madrasah itu apabila bantuan perkapita dihapuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada penghujung tahun
1990 an lalu.
Ianya kini diterajui oleh Ustaz Khairol Anuar Musa seorang anak muda yang berwawasan di samping mendapat bantuan daripada anak pengasas lama yang sanggup menabur bakti pada sekolah yang pernah menjadi 'top' di era 60 dan 70 an.
"Bila melangkah ke sini saya terbayang lagi bagaimana saya bermain bola sepak bersama rakan di celah pokok kelapa. Belajar di kelas berdindingkan papan dan menjadi penjaga kunci pagar sekolah yang memberinya kelebihan bertemu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husein setiap hari, " ceritanya mengenang sejarah lampau.
(Memakan ubi kayu sempena sambutan merdeka mengingatkan kesusahan di zaman Jepun)
Barangkali kerana sering bertemu wajah pengetua dan bersalam denganya setiap awal pagi membuatkan ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan.
Sebab itu katanya, walaupun sibuk setiap hari dengan tugasan kesempatan diambil jua untuk meninjau sendiri kawasan sekolah yang pernah menjadi tempat bermain dan belajar di samping bertemu sendiri dengan rakan lama atau guru yang pernah menjadi idolanya suatu ketika dulu.
Kedatangan beliau pagi itu bukan dengan tangan kosong sebaliknya menghadiahkan sebuah komputer riba dan projektor untuk kegunaan pihak sekolah terutamanya ketika menyampaikan taklimat.
Saleh yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri memuji pihak sekolah terbabit kerana memperkenalkan tema 'ubi kayu' sempena program penutupan sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55.
Ubi kayu merupakan bahan makanan asasi suatu ketika dulu menggantikan nasi kerana pengeluaran beras agak terhad dan sukar dikerjakan kerana terdedah dengan bahaya kezaliman tentera Jepun.
"Tidak sangka pihak sekolah begitu kreatif apabila menjadikan ubikayu sebagai tema sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 kali ini.
"Bagus juga pemikiran itu sebab boleh memperkenalkan produk kampung yang senang dikomesialkan jika pandai mengambil kesempatan, " ujarya ketika ditemui.
Ubi kayu rebus dengan ikan tamban kiat
Catatan wartawan Mohd Sabri Said, | 21 Sep 2012 |
(Ubi rebus dengan kelapa)
Ketika saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Datuk Saleh Man menyertai program penutupan Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Husein ayahanda kepada Ahli Parlimen PAS yang pertama iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain yang menang di Krian, Perak.
Bila kami memasuki ruang makan untuk menikmati jamuan ringan sebelum majlis dimulakan dengan ucapan Pengetuanya, Ustaz Khairol Anuar Musa dan Datuk Saleh yang diiringi oleh pegawai dari Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk menyampaikan sebuah komputer riba dan projektor, kami terkejut bila semua hidanganya adalah hidangan di era zaman Jepun.
Menurut kata pengetuanya, mereka sengaja buat begitu untuk memberikan pengajaran serta pendedahan kepada anak-anak murid bahawa betapa sengsaranya orang Melayu dahulunya semasa di bawah pemerintahan negara matahari terbit itu.
Orang Melayu hanya makan ubi kayu kerana bahan itu mudah diperolehi, maklumlah di kampung pokok itu tumbuh merata di kawasan hutan atau dipinggir halaman rumah.
Puhh.... Sedapnya tidak terhingga...itulah barangkali ucapan yang keluar dari mulut sesiapa yang memakannya.
Saya mendapati Datuk Saleh dan para ustaz yang sebayanya bukan main lagi 'pulun' menikmati hidangan yang jarang dibuat sebagai menu mana-mana gerai makan mahupun restoran.
Jika ada gerai atau restoran yang berani menjadikan ubikayu belaukan ikan tamban kiat atau gelama masin pasti ada yang teruja untuk merasaikan keenakan makanan di era pemerintahan Jepun itu.
(Datuk Salleh Man melihat ubi kayu kelapa dengan lauk ikan tamban 'kiat' di majlis penutup sambutan kemerdekaan negara di Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Pulau Pinang )
Sepanjang berada di majlis tersebut saya asyik teringatkan makanan itu sehinggakan sekembali ke rumah saya lantas menyuruh isteri tersayang menyediakan hidangan tersebut bagi juadah sarapan pagi keesokanya tapi apakah daya ubi kayu walaupun ia dipandang rendah oleh sesetengah individu ekoran hidangan zaman lampau tiada bekalan termasuk tamban kiat untuk digoreng.
Sampai hari ini saya masih mengidamkan makanan itu dan sedang mencari di manakah ubi kayu untuk dibeli sebab di pasar malam pun ianya sukar didapati mungkin harganya sudah mahal tidak macam dulu dicabut dan dicampak begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang teringin mengambilnya.
Itulah kesan bila merasai makanan yang jarang dibuat orang khususnya bagi masyarakat yang sudah mengecapi kemajuan. Namun, makanan tersebut tidak menjadi masalah bagi masyarakat di luar bandar seperti Negeri Kedah.
Saya rasa tindakan Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena laksanakan menu yang kena pada tempatnya kerana golongan muda harus dibiasakan untuk merasai apa yang orang tua-tua dahulu rasai kerana kemajuan tidak akan dikecapi tanpa merasai terlebih dahulu erti sengsara.
Royalti: NGO R akan berkonvoi ke Putrajaya
Harakahdaily, | 21 Sep 2012 |
Ianya adalah bersempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.
Mengikut jadual, konvoi itu akan bermula sehari awal iaitu pada 2 Oktober dari beberapa tempat dari seluruh negara sebelum bersama menuju ke Putrajaya pada pagi 3 Oktober.
Konvoi yang datang dari beberapa tempat itu dijangka akan bergabung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam 2 Oktober itu sempena majlis solat hajat royalti yang akan dihadiri kepimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Satu majlis ceramah royalti juga akan diadakan selepas solat Isyak yang akan menampilkan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Pengerusi NGO R, Nazri Deraman serta pimpinan Pakatan Rakyat Selangor, Sabah dan Sarawak.
Pada keesokannya pula, semua kepimpinan kerajaan negeri Kelantan akan hadir ke Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya bersama pasukan konvoi R.
Pada masa sama, NGO R juga akan menyerahkan 150,000 tanda tangan rakyat Kelantan yang menyokong tuntutan royalti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.
Perbicaraan pada 3 Oktober ini adalah bagi mendengar permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan 3 perkara:
i. Pendengaran permohonan untuk merayu terhadap keputusan yang menolak permohonan oleh Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan penzahiran dokumen.
ii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi)
iii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Petronas untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi).
Bantah saja tidak cukup, boikot produk Yahudi
Harakahdaily, | 21 Sep 2012 |
KOTA BHARU: Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam
memboikot produk Yahudi sebagai tindak balas terhadap penghinaan mereka
kepada Rasulullah SAW.
Katanya, mengadakan demonstrasi bantahan terhadap perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW adalah tidak cukup sebaliknya barang-barang keluaran Yahudi seperti makanan, pakaian dan kenderaan perlu diboikot.
Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan meminta pihak berkenaan supaya menyenaraikan barang-barang yang perlu diboikot itu.
(Gambar: TG Nik Aziz membakar replika cakera padat flilem yang menghina Nabi)
“Ini puak-puak duit, kalau stop duit, menengung (termenung) mereka,” ujarnya ketika berucap pada demonstrasi aman membantah filem “Innocence of Muslims“ yang diadakan di Medan Ilmu di sini selepas menyampaikan kuliah sebentar tadi.
Beliau berkata, mengadakan demonstrasi aman sebagai membantah penghinaan kepada Rasulullah SAW itu adalah kerja Islam.
Ini, jelasnya kerana Islam menyuruh kepada perkara yang makruf dan menentang kemungkaran.
Kemuncak kepada demonstrasi itu ialah membakar replika cakera padat filem itu pada jam 10.45 pagi yang diiringi dengan laungan ‘Hidup Islam, Sayang Rasul, Hancur Yahudi, Laknat Musuh, Laknat Amerika’.
Turut berucap ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zalilah Mohd Yusoff, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod dan Ketua AMK Kelantan, Azehan.
Filem “Innocence of Muslims“ yang diarahkan oleh Sam Becile, seorang pengarah filem keturunan Yahudi Israel Amerika telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Rasulullah SAW.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan