Pihak Berkuasa Los Angeles telah menahan penerbit Filem Innocence of Muslims Posted on Saturday, September 29 @ 06:33:36 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: abuluqman
"
Nakoula dibawa keluar dari rumahnya oleh anggota pejabat syerif Los Angeles untuk disoal siasat berikutan penerbitan filem Innocence of Muslims yang menimbulkan kemarahan umat Islam 15 September lalu.
Los Angeles: Penerbit filem anti-Islam yang mencetuskan bantahan jalanan di seluruh dunia Islam ditahan di California atas dakwaan melanggar perintah pemerhatian dan seorang hakim persekutuan mengarahkan beliau dipenjarakan tanpa jaminan.
Nakoula Basseley Nakoula, 55, ditahan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan dibawa ke mahkamah di Los Angeles dengan masih lagi mengenakan pakaian biasa tetapi bergari dan dirantai di pinggang. Nakoula disiasat pegawai untuk menentukan sama ada beliau melanggar
peraturan pembebasan pada 2011 dari sebuah penjara di sini atas kesalahan menipu bank ketika menerbitkan filem, walaupun pihak berkuasa berkata mereka tidak menyiasat filem terbabit.
“Mahkamah sudah hilang kepercayaan terhadap defendan kali ini,” kata Hakim Majistret Amerika Syarikat, Suzanne Segal yang menolak permohonan jaminan Nakoula pada perbicaraan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat.
Video beliau selama 13 minit difilemkan di California dan disiarkan di internet di bawah beberapa tajuk termasuk “Innocence of Muslims.” Ia menghina Nabi Muhammad termasuk melakukan seks songsang.
Klip berkenaan mencetuskan rusuhan anti Amerika Syarikat di Mesir, Libya dan berpuluh negara Islam lain sejak dua minggu lalu.
Keganasan berkenaan juga adalah berkebetulan dengan satu serangan di kemudahan diplomatik Amerika Syarikat di Benghazi yang membunuh empat rakyatnya termasuk duta Amerika Syarikat ke Libya.
Mengikut peraturan pembebasan Nakoula dari penjara, beliau dilarang mengakses internet atau menggunakan nama lain tanpa permintaan pegawai pemerhati, kata rekod mahkamah. Beliau kini berhadapan dengan lapan dakwaan melanggar perintah pemerhatian.
Ketika menolak permohonan jaminan, Segal menyifatkan beliau sebagai risiko penerbangan dan berkata pengeluar filem Coptic Christian yang tinggal di Cerritos, Los Angeles terbabit dalam gaya penipuan yang berterusan, termasuk menggunakan beberapa nama lain.
Nakoula tidak kelihatan di mata umum sejak dua minggu lalu berikutan kemarahan orang ramai terhadap filem itu. Minggu lalu, Menteri Keretapi Pakistan, Ghulam Ahmad Bilour menawarkan sejumlah $100,000 kepada sesiapa yang membunuh pembuat video terbabit.
Pejabat perdana menteri Pakistan bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan itu.
Seorang peguam Nakoula melahirkan kebimbangan di mahkamah mengenai keselamatan anak guamnya dan meminta perbicaraan diadakan secara tertutup kepada media. Reuters"
Bagaimana pula dengan nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang? Posted on Saturday, September 29 @ 06:26:58 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: anaabdullah
"Tulisan saya yang bertajuk: sampai hati cakap macam itu,salah seorang pelayar sebut nama Dr. Syed Azman Syed Ahmad Menteri Besar Terengganu selepas PRU 13 nanti.
Sebelum ini, jika ditakdirkan PAS memerintah semula Terengganu, nama YB Mohd Abdul Wahid Endut disebut sebut sebagai menteri besar. Persoalan yang timbul bagaimana pula dengan nama Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presiden PAS Malaysia?
Adakah beliau sudah hilang kelayakan menerajui Terengganu setelah dilantik sebagai menteri Terengganu ketika Pas memerintah dulu.
Jika umno kekal memerintah Terengganu nama Datuk Jaillani Ngah disebut sebut sebagai menteri besar baru Terengganu.
Jadi nama Datuk Seri Ahmad Said sudah hilang lenyap miskipun dia pengerusi Badan Perhubungan umno Terengganu sekalipun.
Ada yang kata dia akan di angkat bertanding di parlimen pula untuk di pertimbangkan naik pangkat dilantik sebagai menteri Kabinet pula. Ya ke begitu?
Kalau jadi menteri Terengganu dipertikaikan banyak pihak bagaimana pula untuk ke pusat. Lebih lebih lagi setakat hari ini belum ada ahli parlimen yang benar benar layak dilantik sebagai timbaln menteri. Apatah menteri penuh.
Berbalik kita, pada nama Mohd Abdul Wahid Endut disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu jika ditakdirkan PAS menang PRU 13 nanti.
Sesiapa saja boleh dilantik sebagai menteri besar jika mendapat persetujuan PAS pusat, macam Ustaz Azizan Razak menteri Besar Kedah sekarang.
Yang sedihnya, apa sudah jadi dengan nama Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Namanya tenggelam lenyap. Mengapa?sedangkan Dia presiden PAS Malaysia dan pernah menjadi menteri besar Terengganu (1999-2004).
Apakah beliau sudah tidak layak dan berwibawa lagi menjawat jawatan ketua kerajaan negeri Terengganu.Atau jika ditakdirkan PR memerintah Malaysia akan dilantik sebagai timbalan perdana Melaysia.
Dimana silapnya ketika menjadi menteri besar Terengganu (1999-2004) dahulu.Lainlah dengan exco exco.
Pada penulis, reputasi beliau belum tercalar berbanding EXCO EXCO yang jelas sudah tercalar reputasinya semasa membantu menteri besar mentadbir Terengganu selama empat tahun dahulu itu.
Hampir semua exco kerajaan negeri Terengganu tercalar reputasinya, sehingga mereka telah disebut sebagai sebagai calon yang tak boleh menang pada PRU 11,12 dan 13 nanti.
Cuma dua orang EXCO saja yang boleh menang . Datuk Harun Taib dan Mohd Abdul Wahid Endut yang masih kekal, tetapi kini telah disebut sebut semula sebagai calon tak boleh menang PRU 13 yang akan diadakan bila bila dari sekarang.
Ezam dan Hasan Akidah Bakal MB Selangor? Posted on Saturday, September 29 @ 17:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh MSO
Is Noh bin Omar kata Umno Selangor ada banyak tokoh yang boleh dilantik menjadi menteri besar. Ada tokoh korporat, ada tokoh agama, ahli akademi dan juga profesional. Jadi katanya Pakatan Rakyat tidak perlu heboh bertanya fasal siapa bakal dilantik menjadi MB Selangor. Yang penting katanya biar menang dulu. Iya tak iya juga kalau sebelum menang tak perlu heboh fasal siapa MB.
Mungkin mengikut firasat Is Noh sendiri bahawa sukar untuk Umno merampas balik Selangor. Penerimaan rakyat kepada Khalid Ibrahim dan simpati umum kerana selalu dipermainkan pihak tertentu menyebabkan kedudukan Khalid semakin kukuh dan mantap. Simpati tinggi dari rakyat diterima Khalid.
Mengenai siapa MB, Noh sendiri disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Selangor. Kedudukannya sebagai timbalan pengerusi Umno Selangor adalah sesuai dan 'tanggung' untuk dilantik menjadi MB. Tetapi soalnya Is Noh sendiri tidak yakin dia dapat menang di salah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang.
Katanya dalam PRU 12 lalu nama Noh sudah dicalonkan untuk bertanding disalah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang dan diura-urakan untuk dilantik jadi MB, tetapi beliau tidak mahu. Mungkin Noh dapat merasai Umno akan kalah dan Selangor terlepas. Ternyata rasa hati kecil Noh itu benar apabila Umno tertumus makan pasir di Selangor.
Kalau dia bertanding DUN baru-baru ini dan menang paling tinggi kedudukannya sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor sahaja. Jadi kerana masih dihinggap trauma itu menyebabkan Is Noh sendiri tidak begitu ghairah untuk bertanding DUN meskipun disebut-sebut akan dijadikan MB.
Apabila Is Noh mengatakan Umno Selangor ada tokoh untuk dilantik menjadi MB, kita dapat mengenali nama-nama atau tokoh itu. Ia tentu sekali bukan Mohd Zain Abdullah atapun ketua pembangkang di DUN sekarang ini yang bernama "bin Diman" itu. Kedua mereka ini jauh lebih rendah martabatnya dari Is Noh sendiri.
Nampaknya Mohd Zain Abdullah yang dikenali dengan nama Mohad Zain Badak di kalangan Umno seakan cuba capture dirinya untuk dijadikan MB Selangor. Acap juga dia bangkit membuat kenyataan akhbar mengkritik kerajaaan Selangor. Namun semua kritikannya tidak ada ummppp dan diketawa oleh budak-budak.
Selain Mohd Zain Badak, dan ketua pembangkang Bin Diman itu, ada dua lagi yang dilihat berhajat dan mempunyai nafsu besar untuk menjadi MB Selangor. Mereka merasakan layak kerana status dan juga latar belakang mereka. Secara tidak langsung dua orang ini juga termasuk dalam kategori disebut Is Noh itu.
Mereka ialah Mohamad Ezam Mohd Noor bekas ketua angkatan muda Keadilan dan seorang lagi Hasan Akidah. Ezam lebih tua berbanding Hasan dari segi tempoh menyertai Umno. Kononnya beliau menjadi harapan anak muda Selangor untuk dilantik menjadi MB. Manakala Hasan Akidah lebih muda bahkan masih pun belum menyerahkan borang Umno meskipun kalau sudah diisi.
Atau pun keahlian Hasan sebelum ini, sebelum dia menjadi ahli Pas masih ada atau dihidupkan semula. Elok kalau Umno mempertaruhkan Hasan Akidah untuk jadi MB. Kerana sebelum ini pun dia begitu terhingin untuk menjawat jawatan itu dan merasakan dia lebih layak kerana sedari kecil lagi sudah membaca khutbah Jumaat serta merasai lebih Islami dari orang lain.
Apakah bila Is Noh Omar mengatakan partinya ada tokoh dari berbagai bidang untuk dilantik menjadi MB itu ia termasuk dua tokoh politik imigran atau nomad ini? Ezam boleh dikategorikan sebagai seorang ahli pofesional. Kebijaksanaannya boleh dilihat bagaimana enam kotak kosong boleh dihidupkan menjadi isu. Namun usaha untuk membawa Ezam ke tempat itu nampaknya layu sebelum berkembang. Orang Umno Selangor tidak dapat menerima pelarian nomad seperti Ezam. Ezam sendiri sebenarnya tersalah lorong ketika masuk Umno kerana orang yang hendak dijadikan god father berundur lebih awal.
Sementara Hasan Akidah pula boleh dikategorikan sebagai ulama kerana betapa obsesnya dia hendak memperbetulkan dan memurni aqidah umat Islam. Tidak ada tokoh didalam Umno yang memiliki kepakaran seperti Hasah Akidah itu. Hanya orang berada di tahap mutakim saja boleh mencheck akidah orang lain.
Soal dia masih belum menjadi ahli Umno tidak menjadi masalah, Umno boleh mengambilnya menjadi winnable candidate di dalam pilihan raya akan datang dan letaklah bertanding di Gombak Setia kerusi yang dimenanginya atas tikit Pas sekarang ini.
Ezam hendak letak di mana pula? Kerusi paling sesuai bagi Ezam ialah Bukit Antarabangsa berdepan dengan Mohamed Azmin Ali yang juga antara orang yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB Selangor kalau Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kekuasaan di Selangor. Kalau Ezam dapat menewaskan Azmin lantiklah dia sebagai MB Selangor. Ezam juga merasakan dia lebih perfect dalam politik berbanding dengan Azmin. Urkhhhhhhh.... khabarnya Mat Said yang sakit telinga sudah beransur pulih. [wm.kl. 7:22 pm 29/09/12]
Menilai Islamis Demokrat Dalam Gerakan Islam Posted on Saturday, September 29 @ 06:20:16 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: attakiri
"
Oleh : Hani MFG
PENGARANG Utusan Malaysia, Zulkifli Bakar telah mengulas tentang kemunculan pemikiran baru dalam PAS, Islamis Demokrat yang terus dikaitkan oleh penulis itu dengan kumpulan yang tidak mahu melaksanakan syariat Islam yang diperjuangkan oleh PAS atau kumpulan yang dilabelkan oleh media sebagai Anwarinas. Walaupun ulasan itu cuba membincangkan pandangan balas seorang ahli Majlis Penyelidikan Dewan Ulamak PAS, tetapi hakikat istilah “Islamis demokrat” itu digunakan sendiri oleh Dr Zulkfli Ahmad, CEO Pusat Penyelidikan PAS.

Saya tidak tahu asal usul daripada mana muncul istilah itu, cuma seingat saya seorang sarjana lepasan Fletcher School, Turf University, Erica Miller pernah menulis tesis sarjananya yang berjudul “Democratic Islamist? A Case Study on the PAS” pada 2006 yang mengkaji perubahan pemikiran pimpinan baru PAS kepada pendekatan yang lebih demokrasi. Mungkin Dr Zulkifli telah menghadam tesis ini, sebelum beliau mengisytiharkan diri dan kumpulannya sebagai Islamis demokrat. Wallahu aklam.
Saya masih kabur tentag kerangka sebenar pemikiran Islamis demokrat ini, mungkin Dr Zulkifli boleh menjelaskannya. Tetapi saya kebimbangan sekarang ini, kerana terlalu banyak pemikiran yang meletakkan sifat kepada Islam sehingga seolah-olah wujud golongan yang memperjuangkan segmen tertentu daripada Islam, bukan Islam yang syumul. Ya! Seperti hanya mendukung demokrasi dalam Islam, tetapi tidak cenderung kepada syariatnya!
Satu masa dahulu Presiden PAS pernah mengkritik pemikiran Abdullah Badawi yang menghadharikan Islam dengan maksud hanya menerima Islam pembangunan atau Islam progresif sahaja, sehinggakan Islam yang asal itu seolah-olah tidak progresif atau mereka tidak mahu menerima bahagian-bahagian lain Islam yang mungkin dianggap “tidak progresif”. Satu hari saya berbicara dengan Prof Wan Mohd Nor Daud, seorang bekas pemikir Islam di ISTAC. Beliau membandingkan Islam Hadhari dengan konsep Sosialisme Islam (Istiraqiyatul Islamiyah) Dr Mustafa Sibaie. Mengangkat tema sosialis yang terdapat dalam Islam itu seolah-olah ada keserupaan mengangkat tema progresif dalam Islam.
Sebetulnya, Dr Mustafa Sibaie terpaksa berbicara tentang ruang sosialisme itu kerana gerakan sosialisme Ba’ath yang begitu mencengkam di Asia Barat menular dari Iraq hingga ke Libya dewasa itu. Bahkan sebahagian aliran di Iran juga menggunakan sosialisme untuk menentang kezaliman Shah Iran. Di celah persaingan itulah, mungkin kerana mahu mengingatkan umat Islam bahawa pemikiran yang berakar daripada Marxism itu sudah terbina dan sedia wujud dalam pemikiran Islam, lalu diwar-warkan sosiaslisme Islam, agar tidak usah dikejar lagi pemikiran dari Barat itu!
Maka jika berbalik kepada konsep Islamis demokrat – dalam apapun tanggapan Barat – bagi pemikiran Islam, ia sudah tentu memberi makna bahawa golongan ini adalah golongan Islam yang hanya beriman dan mahu bergerak di atas ruang demokrasi yang dibuka oleh Islam. Mereka hanya menerima segmen demokrasi daripada Islam. Kilasannya mudah saja, mereka kelihatan bukan sahaja tidak pro, bahkan anti kepada perakuan mahu melaksanakan syariat. Bahkan wacana-wacana hudud pun mahu ditutupkan kerana bimbang terjejas sokongan. Satu masa dahulu, buku “Strategi PAS Menegakkan Negara Islam” hasil kajian PhD Dr Azhar Yaakub (2004) yang telah dicetak, telah dilarang diedarkan kerana tidak mahu mempopularkan “Negara Islam”.
Kemunculan aliran baru yang mendukung pemikiran “PAS Baru” yang kemudiannya dizahirkan untuk menolak kepemimpinan ulamak, lalu dicadangkan gantiannya kepemimpinan kebajikan atau kepemimpinan Islam, amat jelas sekali mahu PAS berfikir semula terhadap Islam syumul yang didukungnya. Mereka mahu Islam yang lebih diterima rakyat, Islam yang lebih demokratik, Islam yang berkebajikan dan seumpamanya. Apakah Islam yang dibawa oleh Nabi SAW itu ditolak manusia, zalim dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat? Mengapa mereka melihat Islam secara yang sempit, dan hanya mahu beriman pada elemen demokrasi dalam Islam, tidak pada keseluruhan syariatnya?
Saya mahu berbalik kepada beberapa pemikiran yang membentuk asas kepada pemikiran dukungan Dr Zulkifli Ahmad dan kawan-kawannya. Satu masa dahulu di Eropah, penentang utama golongan kapitalis ialah komunis atau dalam ideologi politiknya adalah pertembungan antara sosialis dan demokrasi. Kedua-duanya berhajat kepada kuasa untuk menterjemahkan ideologi dalam konteks negara. Di Jerman misalnya, golongan sosialis begitu sukar untuk bertapak dalam pendekatan konflik borjuis-proletariat dukungan mereka, melainkan bergerak di pentas demokrasi yang diizinkan pemerintah. Maka lahirlah golongan sosialis yang bencikan penindasan kapitalis, tetapi bekerja di lapangan demokrasi. Tergelar mereka ini “Sosialis Demokrat”.
Begitu juga ketika Eropah sedang melalui ‘pencerahannya’ pada awal abad ke-16. Di Eropah Tengah lahir golongan Protestan yang mendukung pemikiran yang memisahkan agama daripada politik. Mereka telah berjaya mengeluarkan orang Kristian daripada kongkongan gereja, tetapi rakyat tidak tunduk kepada kekuasaan mereka, sebaliknya mengembalikan kuasa kepada rakyat. Mereka memerlukan kuasa politik untuk mengawal rakyat dan negara, tetapi mereka sendiri berpegang agama dan politik mesti diasingkan. Kemudian lahir daripada golongan Kristian Protestan sekular ini yang mahu terlibat sama dalam persaingan politik yang berteraskan rakyat. Ahli politik pendukung agama yang bersaing di pentas politik demokrasi ini dipanggil “Kristian Demokrat” di Eropah.
Di kalangan gerakan Islam, sekurang-kurangnya semenjak kebangkitan Hassan al-Banna pada awal abad ke-20, yang bekerja untuk menegakkan semula syariat Islam dalam pemahaman Islam yang syumul melalui gelanggang politik dipanggil secara akademiknya “Islamist”. Dengan tidak mempedulikan sama ada mereka mengambil jalan demokrasi hingga tirani yang bermaksud politik, semuanya dilonggokkan sebagai “Islamist” yang dibezakan cuma oleh gelar “modernis”, “tradisonalis” atau “fundamentalis”. Tidak pernah golongan Islam menggelarkan diri mereka dengan lain-lain gelar yang menyempitkan maksud Islam. Mereka hanya menggelarkan diri mereka sebagai pendukung atau pejuang Islam (Islamist).
Pada awal abad yang baru ini lahir pemikir-pemikir baru yang meneliti perkembangan gerakan Islam. Antaranya, Oliver Roy yang telah menyimpulkan pendekatan Islam syumul yang dibawa semenjak revolusi di Iran telah gagal. Ertinya, Roy mengaggap golongan Islamis gagal! Begitu juga Asif Bayef, seorang sarjana di Belanda yang memberi tanggapan dalam bentuk yang lain iaitu berlaku ‘kebijaksanaan’ dalam gerakan Islam yang memperkenalkan pendekatan baru – “Islam tanpa syariat” atau “terima politik Islam tolak syariat Islam”. Kemudian kedua-duanya bersepakat bahawa gerakan Islam telah memasuki gerbang baru perjuangan iaitu “Post Islamism”. Pada mereka pendekatan Islam yang lebih demokratik, tidak keras, mengetepikan syariat, menekankan soal keadilan Islam dan seumpamanya adalah lebih bijaksana dalam dukungan kelompok “post Islamis” ini.
Di Indonesia satu ketika dahulu berhadapan dengan pemikiran aneh yang dibawa oleh Dr Nurcholish Majid atau lebih terkenal sebagai Cak Nur, iaitu seorang pemikir Islam Liberal di sana yang mendukung pluralisme agama. Ketika memimpin Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), Cak Nur telah mempromosikan satu pemikiran baru Islam dalam akhir dekad 1960-an iaitu “Islam, yes; partai Islam, no” yang menyebabkan runtuhnya gerakan politik Islam yang dibina oleh Cokroaminoto, Agus Salim dan Pak Natsir sekian lama, lalu yang berkuasa adalah golongan sekular Golkar. Satu kajian yang dibuat oleh Lily Zubaidah di Sydney, Australia baru-baru ini yang membandingkan antara PAS yang dikuasai oleh golongan baru – golongan “Islam, yes; Islamic syariat, no” – dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang mewakili golongan Islam di Maghribi, telah menyimpulkan bahawa PAS sekarang telah menjadi sebuah gerakan post Islamist dengan pendekatan yang baru ini. Satu analisis yang amat menakjubkan tetapi tidak memeranjatkan!
Posisi baru yang didukung oleh Roy dan Bayef nampaknya mempengaruhi kelompok-kelompok orang Islam yang sedang ‘menggilai kuasa’ sehingga terlupa yang mana wasilah (alat) dan yang mana hadaf (matlamat). Golongan ini nampaknya telah merasai perit “berjuang tanpa menang”, lalu menggagaskan pendekatan baru yang “winnable” dengan meninggalkan matlamat melaksanakan syariat atau sekurang-kurangnya “menyembunyikan” kemahuan kepada syariat. Mungkin inilah Machiavellism dalam politik kelompok ini yang diungkapkan oleh Prof Shahrir sebagai “faedah menghalalkan kaedah”. Dulu Prof Erbakan menjauhkan diri daripada Erdogan kerana approach ini, yang dilihat Erbakan sebagai tergelincir daripada maksud gerakan Islam gagasan al-Banna, Badiuzzaman, Maududi mahupun Natsir dek permainan golongan Machiavellian ini.
Sejarah Islam pernah merakamkan bahawa Dr Ali Syariati, pemikir Iran yang mendukung pemikiran Abdul Hamid Jowdat as-Sahar, seorang novelis radikal dari Mesir pernah menggagaskan konsep “Sosialis beriman”, dengan menggelarkan sahabat Nabi SAW, Abu Dzar al-Ghifari ra sebagai “sosisalis Islam yang pertama”. Melalui pertubuhan Nahzat-i Khoda Parastan-i Sosiyalist (Gerakan Sosialis Beriman), Ali Syariati menggunakan nama Abu Dzar untuk melegitimasikan bahawa golongan sosialis juga beriman. Tulisan Ali Syariati, Abu Zarr Khoda Parast-i Sosiyalist (Abu Zarr: Sosialis Beriman) mewacana pemikiran aneh ini, sedangkan belum kedengaran daripada Rasulullah SAW bahawa ada Islam dalam model sosialis. Hakikatnya, kumpulan mereka adalah orang Islam yang menganut sosialis, bukannya orang beriman yang beraliran sosialis!
Dalam konteks PAS hari ini, kerana amat berhajat kepada kuasa, tanpa hala tuju sebenar yang jelas, maka golongan ini dengan bangga mengisytiharkan kelahiran kumpulan mereka yang digelar “Islamist Democrat” di dalam sebuah parti Islam. Mereka mungkin orang-orang Islam dalam PAS yang beriman kepada demokrasi, lalu mereka menjadi kumpulan Islamis demokrat. Sebetulnya mereka ialah kumpulan “demokratis beragama Islam”. Tidak pernah zahir dalam sejarah bahawa adanya kumpulan Islamis yang mendukung faham tertentu sahaja dalam Islam, seumpama menerima Islam pembangunan (hadhari) atau Islam demokrasi sahaja. Islam tetap Islam! Tidak ada Islam Demokrat, Islam Hadhari, Islam Liberal, Post Islam, Islam Progresif dan seumpamanya. Semua Islam yang tidak lengkap itu hakikatnya neo-sekularisme!

Gambar MP BN tertidur masa Najib bentangkan BAJET 2013 Posted on Saturday, September 29 @ 06:17:12 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: dhalyanun
"
Tidoq pun tak pa sebab bajetIsh, ish... MP dari mana tu ha? ...
Kahkahkah...
Pakatan Rakyat perlu serius atas Kajian UMCEDEL Posted on Saturday, September 29 @ 06:16:11 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: wanibrah
"Kajian yang dibuat dan dibentangkan oleh University of Malaya Centre for Democracy and Elections (UMCEDEL) sebagaimana dipaparkan dalam media (26 September 2012) mengenai ‘pola pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan hakikat berlaku peningkatan sokongan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Bacaan sebaliknya, sudah tentu bermaksud kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
Laporan kajian terbaru pusat kelolaan Profesor Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman bersama anakbuahnya itu boleh dilayari melalui laman sesawang (http://umcedel.um.edu.my) wajar dianggap sebagai usaha gigih menyumbang untuk kematangan politik Malaysia. Ia suatu sumbangan besar yang menyambung kejayaan UMCEDEL menerbitkan jurnal sulung “Demokrasi dan Pilihan Raya” pada bulan lepas.
UMCEDEL boleh dipercayai
Tanpa apa-apa prasangka, sebenarnya kajian UMCEDEL ini memiliki kebolehpercayaan tinggi berdasarkan pengalaman kajiannya yang lalu. Ia merupakan lanjutan kajian yang dibuat sebelum ini berhubung ‘kecenderungan politik’ menjelang PRU13. Begitu pula, kajian lalu pusat ini turut mendedahkan penemuan agak signifiken berhubung ‘kesan persepsi masyarakat terhadap Islam Hadhari’ menjelang pilihan raya umum ke-12. Kajian tentang kesan Islam Hadhari itu telah menampakkan realiti ‘penolakan kepimpinan BN’ adalah benar, apabila kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapat sokongan kurang dua pertiga di parlimen.
Kembali kepada kajian terbaru UMCEDEL mengenai ‘pola pengundian menjelang PRU-13’ adalah suatu penemuan perbandingan antara dua tempoh kajian, iaitu pertama pada 31 Mac–15 April 2012 (2,282 responden) dan keduanya 1– 16 September 2012 (1,526 responden).
Paling hangat dari hasil kajian itu ialah mengenai keberkesanan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang menyentuh isu ‘populariti kepimpinan’. Menurut kajian itu, bagi tempoh pertama populariti Mohd Najib berada pada tahap 61 peratus dan tempoh kedua jatuh kepada 58 peratus. Dalam menilai populariti itu, pihak responden dihadapkan dengan nilai-nilai kepimpinan Mohd Najib – sejauh mana diterima sebagai mesra rakyat, berwibawa dalam pentadbiran, mengurus ekonomi dengan cekap, keperibadian yang dihormati dan dikenali di peringkat antarabangsa. Hasilnya responden menarafkan populariti Mohd Najib merudum tiga peratus dalam tempoh enam bulan (April-September).
Kajian sama oleh MC
Justeru kebolehpercayaaan kajian ini amat munasabah apabila dibuat bandingan dengan penemuan kajian Merdeka Centre (MC) sebelumnya. Kajian MC (melibatkan tempoh Februari-Jun 2012) juga menunjukkan populariti (baca performance) Mohd Najib sebanyak lima peratus dari 69 ke 64 peratus. Lihat Rajah 1 berikut (sumber Merdeka Centre):
Apa pun kajian MC itu dikatakan belum mengambil kira secara langsung isu Projek RM250 juta membabitkan ternak lembu National Feedlot Centre (NFC) untuk keluarga Ketua Wanita Umno. Sedangkan kajian terbaru UMCEDEL telah menyentuh nilai NFC kepada responden. Maka isu NFC itu telah mengurangkan tiga peratus undi BN. Mungkin benar, lantaran NFC adalah manifestasi kepimpinan Mohd Najib yang masih sama – kurang integriti – seperti juga kepimpinan Abdullah – mengutamakan kroni – mengundang kurangnya penghormatan rakyat terhadap keperibadian Mohd Najib. Rajah 2 berikut (sumber UMCEDEL) menunjukkan tahap setuju responden bahawa NFC akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13.
Perlu tindakan serius
Apa pun nilai kajian terbaru UMCEDEL harus diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat, terutama di dalam memperkemaskan program bagi mencapai misi ke Putrajaya. Ia sesuatu yang serius untuk diambil tanggungjawab oleh kepimpinan Pakatan Rakyat, terutama di dalam dua pendekatan, iaitu mengurus isu-isu sedia ada dan mencipta beberapa pecutan isu baru.
Dua pendekatan ini sudah tentu melibatkan juga tahap keseriusan di dalam mengurus isu-isu di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah). Justeru kajian UMCEDEL turut menyentuh pola pengundian yang akan berlaku dalam PRU13 di Selangor, Kedah dan Kelantan dalam hubungannya dengan isu ‘khidmat balas’ kerajaan Negeri kepada rakyat bagi menjawab atau mengimbangi kesan khidmat kerajaan Pusat yang dianggap memberi kepuasan tinggi kalangan rakyat.
Antara isu yang harus dilakukan ‘khidmat balas’ ialah pemberian bantuan BR1M sebanyak RM500 kepada mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, perkhidmatan kedai 1Malaysia dengan harga patut, pwerkhidmatan klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah dan pendekatan turun padang mendekati masyarakat bukan Melayu.
Terbarunya pula keputusan pilihan raya kampus yang menggambarkan persepsi ‘establishment’ kalangan mahasiswa semakin baik kepada BN tatkala pindaan AUKU membenarkan mahasiswa berpolitik dan pemberi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang menjadi isu kempen utama kumpulan pro-Aspirasi (baca menyokong pendekatan politik BN) untuk menempis hujah kumpulan pro-Mahasiswa (baca menyokong kebebasan berpolitik).
Jika kesemua isu (bikinan kerajaan BN) ini diukur dengan nilai keutamaan isu yang sedang dihadapi rakyat, maka penemuan kajian MC pada 22-29 Jun 2012 mendapati keutamaannya adalah berkaitan dengan ‘economic concerns’ (39 peratus), diikuti dengan ‘crime and social problems’ (12 peratus) dan ‘political issues’ (8 peratus). Rajah 3 berikut (sumber Merdeka Centre) adalah menjelaskan pola isu-isu keutamaan di sisi rakyat.
Atas nilai keutamaan tersebut, maka di sisi Pakatan Rakyat amatlah sesuai dengan musim pilihan raya menjelang tiba, sewajarnya bertindak serius bagi melaksanakan ‘khidmat balas’ dalam semua aspek keperluan (needs), pengharapan (expectations) dan minat (interests)rakyat, iaitu soal ekonomi (perut), permasalahan sosial (keselamatan dan kesejahteraan) dan politik (jaminan masa depan) harus diambil langkah serius oleh Pakatan Rakyat. Justeru bagi merealisasikan nilai keutamaan ini, kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat harus melaksanakan programnya dengan terbaik.
Kajian UMCEDEL mengenai Kelantan
Dalam konteks negeri Kelantan misalnya, ada isu-isu yang secara langsung perlu diurus secara serius bagi memenuhi nilai-nilai keutamaan tersebut. Mungkin penemuan UMCEDEL tentang peluang parti mana (antara Pakatan dengan BN) di Kelantan pada PRU13 boleh diteliti secara fakta.
Berdasarkan peningkatan (27 kepada 32 peratus) untuk BN 5 peratus dan penurunan (44 kepada 41 peratus) untuk Pakatan Rakyat 3 peratus dalam tempoh Mac-April dan 1-16 September 2012 adalah mengandungi nilai fakta semasa dan masa depan (Rajah 4). Ini ada kaitannya dengan mutu perkhidmatan dalam aspek ekonomi, kesejahteraan dan masa depan rakyat selepas 22 tahun di bawah pentadbiran kerajaan PAS.
Relevan juga untuk dilihat ialah persoalan kalangan rakyat Kelantan yang tidak prihatin dengan perkembangan politik semasa, didapati agak tinggi (mereka yang menjawab tidak pasti), iaitu antara 29 dan 27 peratus. Ini membukti masih ramai yang tidak merasai apa-apa atas khidmat kerajaan Negeri sekarang.
Hal ini diparahkan lagi dengan provokasi dan manipulasi pihak media yang memburukkan khidmat bekalan air, pembangunan tanah dan kadar pelaburan serta nilai-nilai integriti kepimpinan oleh kerajaan Negeri Kelantan yang begitu rancak masa kini. Pendekatan yang sama juga dibuat oleh media kempen BN dan Umno untuk memburukkan prestasi baik khidmat kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor (juga isu air, pelaburan dsb), Kedah (isu KUIN dan perpecahan kepimpinan dsb) dan Pulau Pinang (isu orang Melayu terancam, perpecahan kepimpinan dsb).
Sehubungan itu, bagi menjawab kesemua persoalan di sebalik penemuan kajian UMCEDEL mahu pun MC adalah wajar mengambil langkah serius untuk melaksanakan tindak balas bersrategik. Amat wajar sakretariat Pakatan Rakyat bertindak lebih aktif bagi menyelaras dan bekerjasama bagi memanfaatkan kesemua sumber yang ada serta kekuatan perpaduan dalaman menghadapi setiap serangan saraf menerusi pelbagai media perdana dan media baru. Masa masih ada, lebih-lebih lagi perkembangan isu pasca Bajet 2013 ia memerlukan tindak balas pantas yang lebih berkesan untuk mengubah persepsi dan prestaasi khidmat kerajaan Negeri masa kini.
Oleh Wan Nik Wan Yussof, Pengarah Pilihan PAS Negeri Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan