Isnin, 24 September 2012

KADANG2 CAKAP KITA...KUTUKAN KITA MAKAN DIRI....KITA SEOLAH2 MENYURUH MUSUH MEMBUKA PEKUNG KITA YANG MEMANG SEDIA ADA...MUNGKIN KITA KURANG CERDIK

Razali: Kriteria calon pilihan raya kampus

  • Bernama
  • 9:36AM Sep 24 2012
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim menyarankan calon Pilihan Raya Kampus di seluruh negara supaya memperluas pengetahuan am selain memahami isu semasa.
  
Beliau berkata pengetahuan yang meluas, antara lain, boleh membantu mereka membuat perancangan yang dapat memanfaatkan pelajar dan menjadikan universiti mereka lebih berdaya saing.
  
"Mereka bukan sahaja perlu tahu tentang bidang yang dipelajari, sebaliknya perlu mengikuti dan mendalami pengetahuan semasa dalam usaha menjadi pemimpin pelajar yang berkualiti," katanya kepada Bernama selepas menjadi panel Bual Bicara Mahasiswa 2: Pilihan Raya Kampus, Mahasiswa dan Aspirasi Universiti di Kolej Tun Syed Nasir 1, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.
  
Turut menjadi panel ialah Pensyarah Sains Politik UKM Profesor Madya Dr Samsu Adabi dan Pensyarah Undang-undang UKM Profesor Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal.
  
Razali berkata langkah itu juga boleh mempertingkat tahap pemikiran calon, termasuk mahasiswa secara khususnya, supaya berfikiran matang dalam membuat sebarang keputusan.
  
Beliau juga berharap golongan mahasiswa dapat melihat Pilihan Raya Kampus menerusi perspektif yang lebih meluas iaitu bukan sekadar menjadi pemimpin dan mengundi, malah sebagai platform untuk mendukung hasrat kerajaan membangunkan negara.
  
"Saya mahu mereka lihat pilihan raya kampus ini dalam bentuk berbeza yang melangkaui pemikiran lama," katanya.

- Bernama
'Ops Jelas': Usaha Pemuda MIC raih sokongan kaum India

  • Bernama
  • 9:44AM Sep 24 2012
Pemuda MIC akan melaksanakan program 'Ops Jelas' dalam usaha meraih sokongan masyarakat India terhadap BN menjelang pilihan raya umum ke-13.
  
Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata program itu, yang bermula Oktober depan, antara lain akan memperjelaskan isu-isu semasa selain menerangkan program transformasi dan bantuan yang dilaksanakan kerajaan untuk menambah baik sosioekonomi kaum India di negara ini.
  
"Skuad Pemuda MIC akan bekerjasama dengan belia dari pelbagai NGO bagi menggerakkan program ini secara besar-besaran," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda MIC di Ibu Pejabat MIC semalam.

Mohan yakin program itu mampu meletakkan sokongan kaum India pada tahap sehingga 70 peratus memandangkan pelbagai usaha telah dilaksanakan perdana menteri bagi menaikkan taraf ekonomi dan sosial kaum itu sejak kebelakangan ini.     "Kami amat yakin dapat mencapai sasaran ini kerana kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan tugas yang amat baik kepada kaum India," katanya.
  
Beliau berkata Pemuda MIC juga akan melantik seorang penyelaras bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah naungan MIC untuk menemui seramai mungkin masyarakat India di kawasan berkenaan.

"Kami menyasarkan untuk menemui 100,000 orang di semua sembilan kawasan Parlimen dan 19 DUN yang diwakili MIC di seluruh negara bagi memberikan khidmat yang diperlukan mereka di samping menyalurkan informasi mengenai sumbangan kerajaan terhadap kaum India selama ini," katanya.

Sementara itu, Pemuda MIC akan menganjurkan Sukan Belia India Antarabangsa  di AIMST University Malaysia, Bedong di Kedah pada 28 hingga 30 September ini.
  
Kejohanan itu, yang turut disokong Kementerian Belia dan Sukan akan disertai tujuh negara menawarkan acara bola sepak, badminton, karate-do, skuasy, tenis, boling, renang, silamban dan bina badan.

- Bernama

Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM
12:35PM Sep 23 2012
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.
mahathir and george soros meet 151206 shaking handsBeliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.
Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

mahathir and george soros meet 151206 smiles"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.
Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak
pilih orang dia jadi PM," dakwanya.
Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.
malaysiakini tv report mahathir and george soros 151206"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.
"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.
Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan".
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.
Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini.
Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi.
Bagaimanapun, CEO Malaysiakini menjelaskan bahawa pebiayaan berkenaan adalah untuk projek Southeast Asia Centre for E-Media (Seacem) dan pelbagai projek untuk mempromosi kebebasan media.
Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997.
Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006.



Rugi RM5.7 bil: salahkan Soros, angkat orang BNM
  • Aidila Razak
  • 11:50AM Sep 24 2012
 
"Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian (Bank Negara Malaysia melalui dagangan pertukaran asing) RM5.7 bilion dinaikkan pangkat?"

Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Donald Lim di Parlimen hari ini.

Menuding jari kepada Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Ini bukan 'Janji Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya.

Donald sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Bank Negara rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.

KANTOI !!! KONSPIRASI DR. MAHATHIR & YAHUDI


Artikel di bawah amat popular sewaktu zaman reformasi dulu. Dipersilakan kepada saudara/ri membuat penilaian. Cumanya, yang saya hairan adalah bagaimana mudah Dr Mahathir meminta maaf kepada Soros pada tahun 2006 padahal pada tahun 1997 begitu garang dan bengis sekali Dr Mahathir memaki Soros


Sekarang ini Dr Mahathir cuba memaki Soros sekali lagi dengan menuduh  Soros sekali lagi. Boleh percaya ka ini orang lagi?





Bosan bila dengar pasal George Soros ni.. Tak habis habis media lidah biawak milik UMNO duk main spin G. Soros ada kaitan dengan Pakatan Rakyat. Macam la parti Syaitan Dikenali ni suci murni mengalahkan minyak masak Seri Murni.. Ada fakta yang pencacai lembUMNO kene kaji sebelum attack Pakatan Rakyat tentang G. Soros nih.. Tun Mahathir pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan Soros sewaktu Soros melawat Malaysia pada tahun 2006 lepas.


Sejurus selepas krisis ekonomi 1997, Dr. Mahathir dengan gempak gempitanya menyalahkan Soros di atas mala petaka ekonomi yang menimpa Malaysia pada masa itu. Seluruh jentera media Malaysia digunakan untuk menyerang Soros sehingga seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir.

Tetapi...


11 tahun kemudian, Dr. Mahathir yang sama boleh bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan seperti di bawah:

"You personally are not involved but the devaluation was done by other traders and I accept that you are not involved," he told a packed news conference after the talks. "It's not the question of forgiveness or anything like that," said Mahathir, who had a mild heart attack recently. "My view of him has changed.

"TERJEMAHAN: "Kamu (Soros) tidak terlibat (menyerang matawang Malaysia pada tahun 1997) tetapi kejatuhan nilai matawang (Malaysia) adalah angkara pedagang matawang yang lain dan saya terima bahawa anda, Soros, tidak terlibat" Dr Mahathir menyatakan kepada para pemberita di dalam sidang media yang begitu sesak.

"...Pandangan saya terhadap Soros telah berubah" kata Mahathir.


Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan:
"They are now declared friend
s, and even found a common ground to take their ties a step further… for global peace."

TERJEMAHAN: Mereka (Mahathir dan Soros) adalah sekarang ini berkawan sehingga boleh mencari titik pertemuan di dalam mempromosi agenda keamanan dunia"




Inilah kerja parti SYAITAN!
Memutar belitkan kebenaran demi kekuasaan pengaruh

Kedahkini

Like This Page · 15 hours ago


KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.

Rujukan pautan itu di Bawah*


Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.

Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkol dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

“Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata kenyataan media KEADILAN hari ini.

*Rujukan Pautan : http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm&countryshortname_exact=Malaysia&src

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24487
— with Jafri Chekmi, Pkrssu Sg Siput, Ainnurr Shahara and 46 others.
Tags: TaikoPerak

BUKTI BERGAMBAR!!!!... PAS PARTI AJARAN SESAT DAN UMNO DIRAHMATI ALLAH UNTUK TERUS MEMERINTAH NEGARA!!!!!



UMNO Terengganu pimpinan Ahmad Said kata PAS adalah Parti Ajaran Sesat sampai siap buat wancana PAS PARTI AJARAN SESAT..ANCAMAN AKIDAH UMMAH di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 11 hb April 2012 yang lalu.

Pergh!!!! begitu sekali pertuduhan yang dilemparkan Perhubungan UMNO Terengganu kepada PAS Parti Islam Semalaysia.

Sebagai rakyat yang bertanggung jawab maka elok benarlah dimuat naikkan gambar sebagai menyokong pertuduhan UMNO Terengganu ini.

Sila lihat betul-betul suatu program anjuran UMNO diTerengganu.

Bukankah membuktikan yang UMNOlah parti yang memebawa ajaran Islam yang sebenar beb!!.. Islam Wassatiyah!!!!..

Tak caya tengoklah dengan mata kepala sendiri!!!!

OOPPSS.. MAAF PARA PENJENGUK, PENGITAI DAN PEMBACA BLOG INI.. ADMIN TERSILAP DAN TERSALAH MUAT NAIK GAMBAR...

ADUH!!!!!  TERLOAD GAMBAR SATU PROGRAM DANGDUT GERUDI ANJURAN UMNO TERENGGANU PULAK.

MOHON MAAF YA!!!!...GAMBAR TERSESAT MASUK!!!!
 

MB Perlis: Shahidan bukan musuh saya

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:10PM Sep 23 2012
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu berkata beliau tidak bermusuh dengan Datuk Seri Shahidan Kassim dan akan bekerjasama dengan bekas menteri besar itu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

"Datuk Seri Shahidan Kassim bukan musuh saya, tetapi satu pesaing yang sihat. Dia bukan musuh. Musuh saya adalah PAS, DAP dan PKR.

"Bila tiba pilihan raya, kami akan bersatu. Bila biduk berlalu kiambang bertaut," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas satu kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat berpeluang untuk merampas pentadbiran negeri itu sekiranya Shahidan tidak lagi bertanding di kerusi DUN.

Lim Guan Eng juga mendakwa berlaku pepecahan dalam Umno di negeri itu apabila terdapat pemimpin tertentu yang didakwa tidak disenaraikan sebagai calon MB Perlis.

Mengulas perkara itu, Md Isa berkata dakwaan itu hanyalah "anggapan" Lim yang menurutnya "tidak tahu apa-apa" mengenai hal ehwal Umno negeri.

"(Umno Perlis) tidak berpecah. Kalau berpecah kita sudah jatuh berkali-kali. Kita bukan setahun dua (memerintah) di negeri Perlis.

"(Oleh itu, biarlah) dia jaga rumah tangga dia, saya jaga rumah tangga saya. Saya tahu (apa yang berlaku) sebab saya jaga negeri Perlis. Dia tak tahu apa-apa tentang Umno (Perlis)," katanya lagi.

Lim menimbulkan perkara itu dalam ucapannya di Kongres DAP Perlis di Beseri, semalam.

Md Isa turut menyangkal dakwaan bahawa DAP semakin bertapak di negeri itu, khususnya di DUN Titi Tinggi dan Indera Kayangan yang majoriti pengundinya terdiri daripada golongan Cina.

"Saya lihat rakyat masih bersama dengan BN. Masyarakat Cina di (DUN) Titi Tinggi masih kukuh sokongan kepada MCA. Melayu dengan Umno.

"Saya rasa Pakatan ada peluang untuk bertanding, tapi peluang untuk menang ada pada BN," katanya yang menambah rakyat negeri itu "tidak tertipu" dengan janji DAP.
Langat 2: MB Pahang beri Selangor kata dua

23 September 2012
 Datuk Seri Adnan Yaakob
$entry.content.caption.value
BENTONG - Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ini kerana kerajaan negeri Selangor tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dan Selangor ketika itu.

Beliau berkata walaupun kerajaan Selangor kini bertukar, Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air itu.

"Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air itu sebagai isu politik.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Parlimen Bentong di Dataran Bentong di sini, hari ini.
 
Turut hadir Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Anggota Parlimen Bentong.

Adnan berkata jika perjanjian itu terbatal dan kerajaan Selangor ingin membuat perjanjian baharu dengan Pahang, pihaknya akan menyemak semula harga dan mungkin caj yang dikenakan lebih tinggi berbanding perjanjian sebelum ini.

Pada 22 Nov 2007, Pahang dan kerajaan negeri Selangor yang ketika itu di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional menandatangani perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah pada harga 10 sen bagi setiap meter padu.

Kerja pembinaan terowong bagi menyalurkan air mentah ke Selangor dari Pahang dijangka selesai pada tahun 2015.

Penyaluran air Pahang-Selangor merupakan projek kerajaan persekutuan yang dicadangkan sejak tahun 2000 dan dijangka menelan belanja RM2.9 bilion.

Adnan berkata setakat ini pembinaan terowong air di empangan Klau yang terlibat dalam projek berkenaan berada pada fasa terakhir.- Bernama
Isu air: SAMM kutuk ugutan MB Pahang
Azhar Achil
23 September 2012
MENTERI Besar Pahang menunjukkan sikap sebenar sebuah kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional apabila tergamak ingin membatalkan konsesi perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor, seterusnya bakal menyebabkan krisis air melanda rakyat negeri Selangor.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengutuk ancaman dan ugutan sebegini seraya menyifatkan nasib rakyat Selangor tidak harus dipertaruhkan di atas tangan Menteri Besar Pahang.

Air adalah keperluan asas, masalah air yang kritikal akan membawa kepada kepayahan rakyat dalam mengurus keperluan harian dan boleh berubah menjadi malapetaka. Adalah tidak wajar seorang Menteri Besar berfikir untuk menaniaya rakyat yang berlainan negeri semata-mata kerana perbezaan parti yang memerintah.

SAMM Selangor mendesak supaya Menteri Besar Pahang menarik balik ugutan yang dilontar.

SAMM Selangor juga merakamkan rasa pelik mengapa perjanjian air antara Selangor dan Pahang perlu disemak semula sedangkan ada perjanjian air lain yang perlu disemak iaitu perjanjian air antara Malaysia dan Singapura.

Perjanjian berat sebelah yang menawarkan harga air 'tidak masuk akal' itu tidak disemak sehingga hari ini. SAMM Selangor juga mohon supaya dikaji semula bagaimana perjanjian air dengan Singapura ini berlaku berat sebelah.

Inilah perjanjian yang sepatutnya dikaji, disemak dan dibatal bukan hanya kerana ia berat sebelah tetapi kerana ia suatu penggadaian hasil bumi negara kepada Singapura.

Justeru, SAMM Selangor dengan ini menyatakan kekesalan terhadap keberanian Menteri Besar Barisan Nasional yang tidak kena pada tempatnya. SAMM Selangor juga mencabar Umno/BN untuk punya keberanian mengugut kerajaan Singapura untuk menutup bekalan air ke Singapura sekiranya perjanjian berat sebelah tersebut tidak disemak semula.

Mengugut dan mengancam nasib rakyat adalah resam yang tidak boleh ditinggalkan oleh Umno dan Barisan Nasional ketika tertekan dan terdesak, seharusnya menjadi faktor yang besar mengapa Umno/BN wajar ditolak dalam pilihan raya akan datang.
Laporan khas: Hafiz bukan kelas kedua
Wartawan Sinar Harian
23 September 2012
Dapatkan Sinar Harian edisi Isnin, esok
Dapatkan Sinar Harian edisi Isnin, esok
PENDIDIKAN agama merupakan satu tuntutan yang semestinya menjadi keutamaan. Sehubungan itu kewujudan maahad tahfiz yang memberi perhatian kepada hafazan al-Quran adalah satu usaha yang amat baik bagi melahirkan para hafiz dan hafizah.
Dalam usaha melahirkan begitu ramai para huffaz, sudah pasti perlu ada alternatif dan hala tuju mereka selepas tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran. Pelbagai jenama maahad tahfiz yang ada memberi banyak ruang kepada ibu bapa untuk menghantar anak masing-masing bagi mendapatkan pendidikan khusus tersebut.
Namun begitu persoalan timbul ke mana arah mereka selepas tamat pengajian tersebut.
Adakah murid-murid tahfiz ini turut menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM atau pun STPM dan STAM? Adakah lepasan tahfiz ini hanya layak menjadi imam di masjid atau menjadi guru agama sahaja.
Hakikatnya, mereka boleh melangkah lebih jauh malah kebanyakan mereka terlibat dalam bidang profesional seperti doktor, juruterbang, jurutera dan menceburi bidang profesional lain. Edisi Isnin kali ini mengupas mengenai masa depan  penuntut sekolah tahfiz di negara ini.
600 budak mangsa seksual paderi

24 September 2012
Penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik merupakan isu terbesar di Australia
Penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh paderi Roman Katolik merupakan isu terbesar di Australia sejak tahun kebelakangan ini.
MELBOURNE - Pengurusan Gereja Roman Katolik Australia di Victoria mengesahkan lebih 600 budak perempuan menjadi mangsa serangan seksual paderi sejak tahun 1930-an.

Ketua Paderi Melbourne, Denis Hart menggambarkan jenayah itu adalah jijik dan memalukan sekali gus menjatuhkan maruah mereka.

Pengakuan itu terbongkar melalui satu penyerahan kertas siasatan melibatkan beberapa kes penderaan kepada Parlimen yang mana disangkal oleh ahlinya bahawa jumlah sebenar mangsa dera mungkin meningkat kepada 10,000 kanak-kanak.

Setakat ini, pihak gereja memaklumkan hanya 620 kes penderaan seksual kanak-kanak berlaku sejak 80 tahun lalu dengan majoriti kes berlaku antara tahun 1960-an dan 1980-an, selain menyiasat 45 kes baru.

Dalam satu kenyataan, Hart berkata, semua pihak harus telus dan terbuka apabila membincangkan isu yang tragis di Victoria dan mungkin tempat-tempat lain.

"Siasatan dilakukan bagi membela mangsa selain memeriksa tindak balas pihak gereja secara meluas terutama sepanjang 16 tahun lalu dan beberapa cadangan mempertingkatkan penjagaan mangsa selain mencari langkah pencegahan," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Chrissie Foster mendedahkan dua anak perempuannya dirogol seorang paderi sejak pertengahan 1980-an dan gereja hanya mendedahkan angka sebenar pada Jumaat lalu.

"Kami telah membuat laporan polis namun sehingga kini pihak gereja tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap paderi berkenaan," kata Foster.

Kerajaan negeri Victoria terpaksa membuka siasatan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh pengamal agama dan badan bukan kerajaan selepas puluhan mangsa  membunuh diri. -Al-Jazeera
Sanggup cederakan diri, hantar gambar bogel
Wartawan Sinar Harian
24 September 2012
Sanggup cederakan diri, hantar gambar bogel
Sim cuba mendapatkan maklumat daripada Caroline tentang kejadian yang menimpa dirinya.
KUANTAN – Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung.

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya.

Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon.

“Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam.

Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang.

“Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain,” katanya.

Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.

“Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar ‘Datuk’ meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya.

“Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati,” katanya.

Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti.

“Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya,” katanya.

Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam.

Menurut ibunya yang dikenali sebagai  Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan.

“Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku.

“Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Tiada ulasan: