Selasa, 11 September 2012

SAPE BAGI KELIRU...CAKAP PUSING2...SEMUA NAK BERKUASA...WALAUPUN KUASA DAH TERBATAS...TAK MACAM DULU...SENDIRI MAU INGAT DAN SEDARLAH

Tender Langat 2 dibuka tanpa 'lampu hijau' S'gor
10:54AM Sep 11 2012  
Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

NONEMenurut notis di lamanweb Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad
(PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan -  tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok. Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.

Menurutnya, butiran mengenai lawatan tapak akan diumumkan dalam taklimat tersebut.

Kerajaan negeri Selangor enggan memberikan kelulusan untuk projek Langat 2 atas alasan ia mesti dirundingkan bersama dengan langkah penstrukturan semula air di negeri ini.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan berkeras bahawa dua isu tersebut perlu dibincangkan secara berasingan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai isu itu pada bulan Julai, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara untuk pergi meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Isnin lalu, China Press memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memberitahu jawatankuasa itu untuk meneruskan tender tersebut walaupun ditentang oleh Selangor.

Selangor menentang projek itu, yang termasuk bekalan air paip dari Pahang, kerana ia berpendapat bahawa negeri itu mempunyai bekalan air yang lebih daripada mencukupi.

Projek Langat 2 dianggarkan menelan kos RM8.7 bilion dan akan digunakan untuk merawat air yang disalurkan dari Pahang melalui terowong sepanjang 45km.

Selangor cuba untuk menguasai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menyusun semula syarikat itu sebelum menyerahkannya kepada kerajaan persekutuan.
S'gor masih berkuasa ke atas Langat 2, kata MB
  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:16PM Sep 11 2012
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberi peringatan bahawa kerajaan negeri masih mempunyai bidang kuasa dalam projek loji rawatan air Langat 2 yang kini diteruskan tanpa persetujuan Selangor.

Katanya, Selangor antara lainnya berkuasa untuk memberi kebenaran untuk memasuki kawasan projek dan juga dalam memberi kebenaran merancang bagi projek tersebut.

NONE"Kerajaan negeri mahu mengingatkan petender dan kerajaan persekutuan bahawa kerajaan negeri ada kuasa tertentu yang termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara mengenai tanggungjawabnya.

"Kerajaan negeri akan mengingatkan bahawa tangggungjawab ini akan dijaga," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Tambahnya, beliau akan meminta penasihat undang-undang negeri dan peguam yang dilantik untuk berbincang bagi mengeluarkan "kenyataan undang-undang" berhubung bidang kuasa kerajaan negeri dalam isu tersebut.

Beliau menjangkakan, perkara itu akan dapat diumumkan pada minggu depan.

"Ini untuk membolehkan mereka yang akan menyertai tender yang dibuka oleh kerajaan persekutuan (menyedari) tanggungjawab dan tanggungan ketika berhadapan dengan kerajaan negeri," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan negeri bersetuju dengan projek tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri boleh bersetuju jika projek tersebut "digabungkan" dengan pengurusan semula air di negeri itu.

Beliau juga diminta menjelaskan sama ada kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang memandangkan kerajaan persekutuan telahpun membuka tender untuk projek tersebut.

"(Persoalannya) sama ada (projek) itu boleh dilaksanakan ataupun tidak. Itu sahaja," tegas ahli parlimen Bandar Tun Razak itu.
Kerajaan persekutuan hari ini mengumumkan bahawa tender bagi loji rawatan air Langat 2 dibuka walaupun gagal untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

Notis yang dimuatkan di laman Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan -  menyatakan tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Iklan tender, yang disiarkan di lamanweb PAAB, menyebut bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok.

Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Bekas pesuruhjaya Suhakam sokong Suaram
3:21PM Sep 11 2012  
Sebuah organisasi yang dianggotai bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan sokongannya kepada Suaram, serta menyeru kerajaan BN berhenti menakut-nakutkan NGO hak asasi manusia itu.

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya tidak membuat kenyataan yang tidak berasas tetapi menjalankan penyiasatan yang adil dan telus terhadap perakaunan kewangan dan keperluan undang-undang lain Suaram.

"Agensi itu mesti menjalankan siasatan, penuh, menyeluruh dan saksama serta mengumumkan laporan itu, untuk rakyat menilai integritinya," kata Proham dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ia menegaskan bahawa menerima pembiayaan dari mana-mana sumber yang sah untuk promosi dan perlindungan hak asasi manusia, tidak boleh dianggap menyalahi undang-undang atau anti-nasional dalam apa cara jua.

Proham menegaskan bahawa dana asing telah diperolehi bukan sahaja oleh pertubuhan sukarela dan masyarakat sivil tetapi juga oleh kerajaan.

"Perlu dinyatakan bahawa kerajaan sendiri menerima bantuan dan pinjaman untuk tujuan pembangunan kebajikan yang sangat asing dan pinjaman untuk tujuan pembangunan, antaranya Bank Dunia, ADB dan IDB.

"Namun, kerajaan tidak pernah mengkompromikan integriti dan kedaulatannya. Soalan kami, mengapa pihak berkuasa mesti melihat secara berbeza pembiayaan asing yang diterima oleh Suaram?" soalnya.
Suaram: Kami tak campur urusan George Soros
  • Ahmad Fadli KC
  • 1:59PM Sep 11 2012
 
Penasihat Suaram, Kua Kia Soong hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak mencampuri urusan spekulator matawang George Soros yang didakwa menyalur dana kepada NGO tersebut.

Katanya, Soros berhak untuk memanfaatkan wangnya mengikut cara yang dirasakan wajar oleh jutawan berkenaan.

NONE"Apa yang tidak kenanya dengan George Soros? Kami tidak masuk campur dalam urusan perniagaannya.

"Apa yang Soros buat menggunakan duitnya sendiri dan bukan duit rakyat," kata Kua dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Penasihat Suaram Kua Kia Soong berkata tindakan kerajaan BN yang mahu Bank Negara menyiasat dakwaan penyaluran dana spekulator matawang George Soros kepada NGO tersebut akan meletakkan bank pusat tersebut dalam kedudukan memalukan.

Beliau juga mempertikaikan propaganda BN yang menyebut bahawa jutawan itu merupakan seorang "penyangak matawang", memandangkan bekas perdana menteri sendiri Tun Dr Mahathir sendiri, menurutnya, terpaksa mengakui bahawa Soros bukan seperti yang digembar-gemburkan.

"Bank Negara kita sendiri di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad melakukan spekulasi di pasaran matawang antarabangsa sejak 1992 hingga 1994 menggunakan wang rakyat dan mengalami kerugian dilaporkan antara RM10 bilion hingga RM30 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, laporan majalah Malaysian Business pada April 1994 menyebut bahawa jumlah wang rakyat yang terdedah di pasaran matawang antarabangsa berjumlah sehingga RM270 bilion.

"Ia merupakan malapetaka paling besar kepada Bank Negara yang terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan pada 1994 namun individu yang bertanggungjawab masih belum dihukum.

"Selepas kegagalan itulah, yang merupakan salah satu pencapaian Mahathir yang paling memalukan, beliau menggelar Soros sebagai seorang tolol. Apabila krisis kewangan Asia 1997 melanda, Soros sekali lagi dipersalahkan.

"Bagaimanapun, Mahathir terpaksa mengakui kesilapannya pada satu sidang media bersama Soros pada 15 Disember 2006 apabila beliau menerima bahawa Soros tidak bertanggungjawab ke atas krisis kewangan Asia 1997," katanya.
Beliau mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang meminta Bank Negara menyiasat dakwaan bahawa Soros menyalurkan dana kepada NGO berkenaan.

NONEIsmail berkata, siasatan kementerian itu menunjukkan Suaram menerima lebih RM558,500 daripada Soros dalam tempoh 2007 hingga 2010.

Turut hadir dalam sidang media pagi tadi adalah wakil dari 135 NGO lain yang menyatakan sokongan kepada Suaram atas dakwaan yang dihadapi itu.
Antaranya, pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah yang berkata pembiayaan dana asing untuk isu tertentu merupakan amalan biasa yang turut dipraktikkan kerajaan Malaysia.

Malah, kerajaan Malaysia sendiri pernah membiayai perjuangan menentang amalan apartheid di Afrika Selatan dan pembebasan masyarakat Palestin di Israel, katanya.

"(Gangguan ini) akan mengganggu keupayaan Suaram untuk mendapatkan dana dari luar negara," katanya.

Manakala pengarah eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez pula menganggap siasatan berkenaan merupakan satu gangguan berterusan oleh kerajaan bagi mengelak isu dibangkitkan Suaram - pembelian kapal selam Scorpene.

"Momokan ini tidak masuk dek akal lagi kerana masyarakat sekarang sudah matang.

"Kerajaan perlu menghentikan gangguan ini dan menjawab isu yang dikemukakan," katanya.
BN salahguna agensi untuk tekan Suaram, kata penasihat
  • Ahmad Fadli KC
  • 2:21PM Sep 11 2012
 
Penasihat Suaram Kua Kia Soong hari ini berkata, siasatan demi siasatan yang dijalankan agensi kerajaan ke atas NGO tersebut merupakan satu bentuk salahguna kuasa oleh BN ke atas badan berkenaan.

Katanya lagi, tindakan itu juga bertentangan dengan semangat masyarakat demokratik yang meletakkan agensi tersebut bebas daripada pengaruh parti yang memerintah.

Kua berkata, beliau melihat demikian apabila Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikerah untuk menyiasat Suaram.

"Dalam masyarakat demokratik, pentadbiran awam sepatutnya bebas daripada (parti) yang memerintah.

"Apa yang kita lihat kerajaan mengerahkan SSM, Perkeso, dan LHDN (untuk menekan kami).

"Dan sekarang kerajaan mengarahkan Bank Negara untuk menyiasat kami. Ini adalah salahguna perkhidmatan awam yang amat jelas," katanya.
Beliau mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang meminta Bank Negara menyiasat dakwaan bahawa spekulator matawang George Soros menyalurkan dana kepada Suaram.

Ismail berkata, siasatan kementerian itu menunjukkan Suaram menerima lebih RM558,500 daripada jutawan itu dalam tempoh 2007 hingga 2010.

Siasatan ke atas Suaram bermula selepas pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan ke atas pertubuhan itu yang didakwa menerima dana asing bagi membiayai aktivitnya.

Ditanya lanjut sdkiranya Suaram bercadang membuat laporan balas terhadap JMM, Kua menjelaskan keutamaan Suaram adalah menjuarai isu yang diperjuangkan, antaranya membongkar skandal Scorpene.

"Kita perlu ingat di Malaysia banyak lagi aktiviti kerajaan Malaysia yang tidak disiasat dengan teliti, contohnya skandal kapal selam Scorpene.

"Kami akan tumpukan perhatian kami pada perkara-perkara besar (begini)," katanya.

Sementara itu, pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dalam sidang media sama menyifatkan siasatan ke atas Suaram sebagai gangguan kepada pertubuhan sivil yang mengambil sikap tidak memihak.

Menurutnya, persatuan NGO mewakili pertubuhan sivil lain berdiri teguh bersama Suaram dalam menghadapi gangguan-gangguan tersebut.

"Kami tidak akan biarkan Suaram bersendirian. Anda (kerajaan BN) bukan mengganggu Suaram, tetapi keseluruhan pertubuhan sivil lain," katanya.

Selain BERSIH, lebih 130 NGO lain turut menyatakan sokongan sama ke atas Suaram, melalui satu kenyataan bersama hari ini.
TPM umum rangka tindakan baru pendidikan
11:14AM Sep 11 2012  
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan rangka tindakan baru pendidikan yang bermula Oktober lalu ketika kerajaan mengadakan dialog di peringkat nasional dengan tujuan menyusun semula sistemnya.

Rancangan yang dimuktamadkan akan dibentangkan kepada kabinet Disember ini. Ia akan dibuka untuk penelitian awam selama 3 bulan.

Bahasa

- Semua pelajar darjah satu hingga tiga akan menjalani Proses Penyaringan Literasi dan Numerasi (Linus) dua kali setahun dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (sebelum ini ujian Linus dibuat dalam BM).

- Selepas sekolah pemulihan kelas untuk tahun 4-6 (fasa keluar kelas 'buang' bagi murid yang mempunyai masalah dengan bahasa Inggeris dan BM selepas tahun 6 menjelang 2017).

- Semua guru bahasa Inggeris wajib lulus ujian penempatan Cambridge dalam tempoh dua tahun.

- Laluan dipercepatkan bagi pencatat keputusan cemerlang: 5 tahun (bukannya 6) untuk UPSR dan 4 tahun (bukannya 5) untuk pelajar SPM.

- Ukuran ujian mata pelajaran Matematik dan Sains melalui Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan penilaian antarabangsa pencapaian murid untuk Matematik dan Sains (Timss)

- 11 tahun diwajibkan bersekolah (daripada umur enam tahun). Menjelang 2020, semua pelajar yang meninggalkan sekolah mempunyai SPM ata kelulusan yang setara.

- Semua pelajar keperluan khas dibekalkan alat dalam sekolah khas pada 2025.

- Setiap anak akan mempelajari bahasa bahasa ketika menjelang 2025 (bermula dengan Cina, Tamil dan Arab). Bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun akan ditawarkan kemudian.

Nilai

- Setiap pelajar mesti mengambil bahagian dalam khitmad komuniti.

- Kebanyakan mata pelajaran pengajian Moral dan Islam akan dijalankan serentak, di mana terdapat perkongsian nilai. Pengajian Islam akan memfouskan mengenai nilai Islam dan nilai utama dalam agama lain.

- Pelajar sekolah swasta termasuk dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Perguruan

- Mengetatkan syarat kemasukan untuk latihan perguruan, dengan tujuan untuk mendapatkan hanya 30 peratus graduan yang bakal menjadi guru menjelang 2013.

- Guru akan dinilai oleh pengetua setiap tahun, dengan input daripada rakan-rakan dan ibu bapa.
NGO ibu bapa: Rangka dasar pendidikan 'tiada umph'
  • Aidila Razak
  • 2:30PM Sep 11 2012
 
Kumpulan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadap pelan pembangunan pendidikan baru dengan mendakwa "tiada sesuatu yang baru" diperkenalkan.

Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya "pelabelan semula" tanggungjawab Kementerian Pelajaran.

NONE"Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara yang sudah menjadi tanggungjawab kementerian," katanya ketika ditemui ketika pelancaran rangka dasar itu di Kuala Lumpur hari ini,

Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran "topik panas" seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu.

Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea Selatan - negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala-PPSMI itu.

"(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat antarabangsa tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku.

"Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena tidak mengakui perkara ini?" katanya.

Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat melalui Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) - pendorong utama terhadap pemansuhannya secara "pendaratan lembut" sebelum ini.
Harga saham FGV kembali melonjak
12:19PM Sep 11 2012  
Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini kembali melonjak selepas jatuh ke tahap RM4.57 – hanya dua sen lebih tinggi daripada harga tawarannya pada RM4.55.

Ia ditutup pada harga RM4.73 petang ini, lima sen lebih tinggi daripada harga RM4.68 sen ketika kaunter ditutup semalam.

Harga saham FGV menyaksikan trend penurunan sejak pertengahan Julai lalu dan berlegar di sekitar paras RM5 sejak sebulan lalu.

Trend ini berterusan walaupun dengan dana baru daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ke dalam FGV yang meningkatkan pegangannya daripada 5.4 peratus sejak seminggu lalu kepada 6.98 peratus.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 pada 4 September dan trend itu berterusan sehingga hari ini.
MB S'gor anggap saman untuk air percuma 'satu ujian'
  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:36PM Sep 11 2012
 
Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan saman oleh lebih 700 pengguna bekalan air di negeri itu yang menuntut ganti rugi atas dakwaan gagal menerima subsidi air percuma.

Khalid berkata, tuntutan ganti rugi berjumlah hampir RM500,000 itu dianggap sebagai ujian ke atas syarat bagi subsidi yang ditawarkan kerajaan negeri.

NONE"Kes ujian ini akan memberi satu pandangan mahkamah tentang kebajikan. Contohnya pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

"Jika orang tidak ikut syarat-syaratnya, adakah orang yang tidak mengikut syarat itu akan dibenarkan peruntukan itu?

"(Jadi) kita percaya perkara ini perlu dibincangkan di mahkamah," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Dilaporkan, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi daripada Khalid atas kegagalan menerima subsidi air percuma.

Penduduk di kawasan Shah Alam itu juga menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd sebagai defendan.

Kumpulan penduduk berkenaan memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada pukul 9.30 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners dan ia akan disampaikan kepada kerajaan negeri dalam dalam tempoh seminggu.
MB: Tanah pada KTMB tapi tak diguna, milik negeri
4:25PM Sep 11 2012  
Kerajaan negeri Selangor bimbang tindakan menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), apatah lagi keputusan tersebut telah dibuat melalui runding terus, akan menyebabkan aset-aset milik rakyat jatuh ke tangan pihak swasta.

NONEOleh itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri memandang berat cadangan kerajaan pusat untuk menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada sebuah syarikat swasta.

Rancangan ini, tambahnya, akan mengakibatkan aset dan pegangan tanah milik KTMB yang dianggarkan bernilai RM50 bilion akan jatuh kepada syarikat berkenaan.

Katanya, ia bertentangan dengan hasrat awal kerajaan negeri menyerahkan hartanah tersebut kepada KTMB.

Menteri besar berkata, memandangkan KTMB adalah syarikat utiliti milik penuh kerajaan pusat, maka penyerahan harta itu telah dibuat atas semangat federalisme antara kerajaan negeri dan pusat.

NONEBagi mengelak aset-aset milik rakyat itu jatuh ke tangan pihak swasta, Abdul Khalid berkata, tanah yang diberi untuk perkhidmatan keretapi tetapi tidak digunakan, adalah milik negeri.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri mengingatkan mana-mana tanah negeri yang pernh digunakan untuk tujuan perkhidmatan keretapi tetapi tidak dirizabkan atau diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau diletakkan kepada Perbadanan Aset Keretapi dan kini tidak diduduki atau digunakan bagi tujuan perkhidmatan keretapi, adalah tanah negeri.

"Mana-mana pihak tidak boleh membuat sebarang urusniaga atau sebarang urusan ke atas tanah tersebut.

"Kerajaan negeri berpendirian bahawa peringatan ini perlu dibuat agar hak dan kepentingan rakyat terhadap aset ini terjamin," katanya.
PKR: Siasat NFC atas dakwaan penggubahan wang haram
  • Hazlan Zakaria
  • 3:11PM Sep 11 2012
 
PKR menggesa National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga bekas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil disiasat atas dakwaan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

NONEPengarah strateginya Rafizi Ramli mendakwa, NFC terlibat dalam transaksi menggunakan syarikat lain dengan pemilik sama untuk pembelian lembu dan melibatkan pelanggaran Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.

Beliau mendakwa, surat kredit yang dikeluarkan NFC digunakan oleh National Meat & Livestock Corporation (NMLC) untuk membayar pembelian lembu.

Bagaimanapun, pembelian ini, dakwa Rafizi, dibuat oleh Global Biofuture Pte Ltd, sebuah lagi syarikat milik anggota keluarga Shahrizat.

"Bagaimana sebuah syarikat boleh membuat pembayaran terhadap invois syarikat lain?" soal Rafizi.
Langat 2: Noh dakwa S'gor terus kelirukan rakyat
  • Bernama
  • 6:52PM Sep 11 2012
 
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas kerajaan Selangor yang didakwanya terus mengelirukan rakyat berhubung isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Katanya isu itu tidak ada kaitan dengan urusan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) oleh kerajaan Selangor seperti yang didakwa seorang exco kerajaan negeri tersebut.

NONE"Itu urusan syarikat, urusan mengambil alih syarikat. Loji Langat 2 ini apa kaitannya dengan urusan pengambilan syarikat? Ia projek yang kerajaan sudah rancang sejak tahun 2000 ketika krisis air di Selangor," katanya kepada pemberita di Serdang, Selangor.

Beliau mengulas kenyataan Dr Xavier Jayakumar yang mendakwa pembinaan loji itu tidak akan dapat dilaksanakan selagi kerajaan pusat tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan Selangor dalam urusan mengambil alih Syabas.

Kenyataan Jayakumar itu adalah respon kepada laporan yang memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, tender pembinaan loji terbabit akan dikeluarkan dalam masa terdekat walaupun tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan daripada kerajaan Selangor.

Mengulas lanjut, Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata kerajaan Selangor menerusi pemimpinnya seringkali memberi alasan berbeza setiap kali isu pembinaan loji dibangkitkan.

Loji Air Langat 2 dijangka dapat memastikan lapan juta penduduk di kawasan berkenaan mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan dari tahun 2014 sehingga 2025 tanpa perlu membina loji rawatan air tambahan.

- Bernama

Remove |
Remove |


Tiada ulasan: