Politik bola dan Terengganu
-, | 24 Sep 2012 |
Selain dari Kelantan, rakyat Terengganu juga memang terkenal dengan sifat fanatik mereka dalam memberi sokongan kepada pasukan bolasepak negeri yang mereka sayangi.
Penyokong-penyokong 'Peteh' ini akan melakukan apa sahaja bagi memastikan pasukan mereka menang dan cemerlang dalam setiap pertandingan yang dijalankan.
Begitu juga dengan sebahagian besar anak-anak muda di seluruh negeri Terengganu yang cukup fanatik menyokong pasukan mereka dan seolah-olah tidak dapat menerima sebarang kekalahan.
Selain dari perbualan politik dan pilihanraya yang amat rancak berjalan setiap sudut kedai-kedai kopi serta warung-warung, kini isu kegagalan pasukan bolasepak Terengganu juga menjadi topik perbincangan yang hangat diperbincangkan di semua peringkat.
Kemana sahaja kita pergi, mereka bukan sahaja berbincang mengenai isu-isu politik tempatan dan nasional, tetapi juga amat rancak berbincang tentang kegagalan pasukan bolasepak Terengganu mara ke pertandingan peringkat kedua Piala Malaysia.
Kemelut yang melanda pasukan bola sepak Terengganu dilihat amat suram apabila pasukan ini berhadapan dengan kemarahan ramai penyokong pasukan yang majoritinya terdiri dari anak-anak muda yang secara terbuka melahirkan rasa tidak puashati mereka kepada pentadbiran Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang dilihat tidak profesional dan pincang menguruskan pasukan serta lebih kepada campurtangan ahli-ahli politik yang berkepentingan.
Sikap fanatik ini dapat dilihat apabila pada 22 April 2012, kira-kira 100 penyokong bola sepak ‘Peteh’ telah bertindak nekad dengan ‘menyerang’ kediaman Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh di Panji Alam, Kuala Terengganu.
Mereka didakwa bertindak liar dengan membaling batu dan merosakkan pintu pagar kediaman Presiden PBNST itu selepas berang dengan kekalahan skuad Penyu di tangan KL Sime Darby.
Pada 3 November, 2011 pula, kira-kira 1,000 penyokong bola sepak Terengganu juga telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, bagi meminta perubahan besar-besaran dilakukan dalam pengurusan PBSNT serta mahukan Presiden PSNT, Datuk Che Mat Jusuh segera berundur dari jawatan kerana didakwa melakukan salah guna kuasa.
Bagi mengurangkan rasa kemarahan penyokong pasukan 'peteh' ini, pihak PBSNT telah mengambil tindakan untuk melantik Marzuki Sulong sebagai pengurus pasukan menggantikan Datuk Che Mat Jusoh, yang masih kekal selaku Yang DiPertua PBSNT.
Begitu juga dengan tindakan menamatkan kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva, manakala sembilan lagi pemain telah ditamatkan kontrak mereka.
Namun tindakan ini gagal meredakan kemarahan kebanyakan penyokong bolasepak Terengganu. Ramai beranggapan, kehilangan barisan pemain yang berbakat ini akan memberi kesan terhadap pembangunan bolasepak Terengganu. Kebanyakan pemain yang dilepaskan adalah anak tempatan serta mempunyai potensi yang amat baik.
Akibat dari tindakan ini, mereka menuntut agar di lakukan rombakan besar-besaran terhadap pengurusan PBSNT, terutamanya menggantikan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh yang dilihat terlalu lama memegang jawatan tersebut.
Ini ditambah lagi apabila ramai kalangan yang mmberi komen bahawa ada kalangan pihak pengurusan PBSNT yang hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan mengabaikan soal pembangunan bolasepak negeri Terengganu.
Mereka kesal kerana PBST sering melakukan rombakan kepada pasukan 'penyu' apabila mereka mengalami prestasi yang menurun tetapi tidak pernah mahu melakukan rombakan dalaman secara besar-besaran terhadap pengurusan PBSNT sendiri sejak sekian lama.
Adalah difahamkan kerajaan negeri Terengganu kini membelanjakan antara RM3 hingga RM5 juta bagi membiayai pasukan bolasepak Terengganu yang bertanding di peringkat nasional.
Penyokong-penyokong setia 'peteh’ pula sentiasa memenuhi stadium setiap kali ada pertandingan yang dijalankan. Namun akibat dari keruntuhan bumbung serta kerosakan yang berlaku kepada Stadium Sultan Mizan pada tahun 2009, penyokong bolasepak hanya dapat menyaksikan pertandingan di stadium lama yang mampu memuatkan sekitar 10 hingga 15 ribu penyokong sahaja.
Seperti juga Kelantan, bolasepak dan politik tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan harian kebanyakan rakyat Terengganu.
Persoalannya, apakah kemarahan anak muda Terengganu terhadap kepincangan pengurusan bolesepak negari ini akan menjadi petanda kepada mereka untuk tidak menyokong parti yang memerintah dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
-------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun Batu Burok, Terengganu. Beliau boleh dihubungi melalui email: syedazmans@yahoo.co.uk, Twitter; @syedazman
Demonstrasi Pemuda BN medan himpun 'pelacur politik'
Mohd Rashidi Hassan, | 24 Sep 2012 |
Kebangkitan serentak di seluruh dunia itu, memberi signal yang jelas kepada Barat, bahawa mereka tidak sewenang-wenangnya boleh mencemar dan menghina agama Islam.
Kebangkitan yang sekata tersebut adalah manifestasi daripada kecintaan umat Islam terhadap Rasul mereka, kemuliaan ad-din yang dianuti dan kesucian agama Islam yang diimani majorti penduduk dunia.
Kebangkitan yang menggegarkan dunia ini amat menggerunkan Barat. Amerika khususnya, terpaksa berusaha untuk membaiki hubungan dengan umat Islam dan menafikan pembabitan mereka dalam filem tersebut.
Umat Islam di Malaysia juga bangkit. PAS, KeADILan dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat lebih awal, mengeluarkan amaran keras ke atas Amerika dan sekutu mereka.
Jumaat lepas, PAS yang diterajui Pemudanya, menganjurkan Perhimpunan besar-besaran, berarak dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika, bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadaban filem mereka.
Tiada suara yang dilaungkan, selain membesarkan Allah dengan lafaz 'Allahu Akbar'. Tiada kecintaaan yang diluahkan, melainkan dengan ungkapan 'Salallahu 'ala Muhammad, salallahu 'alaihi wasallam'.
Dalam perhimpunan itu juga, tiada kata nista yang dilemparkan, kecuali melemparkan kecaman terhadap kedangkalan Amerika dan sekutunya, Israel. Tiada amaran dilaungkan, melainkan kepada Perancis dan rakan-rakan Eropah yang berani membuat karikatur, menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Malangnya, dalam masa yang sama 21 September lepas, Pergerakan Pemuda BN, menganjur di Masjid Kampung Baru bagi tujuan membantah filem 'Innocence of Muslims'.
Malang bukan kerana niat Pemuda Umno-BN tidak baik, tetapi perhimpunan mereka gagal untuk menzahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi s.a.w. Perhimpunan mereka gagal untuk mengutuk pembikin filem yang biadap tersebut.
Sebaliknya ia menjadi pentas membelasah pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh serta Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sepatutnya perhimpunan itu dikhususkan untuk mengecam kedurjanaan Amerika dan sekutunya, bukan menghamburkan fitnah yang hanya mengundang perbalahan politik dalaman negara.
Perhimpunan anjuran Pemuda Umno, jika dibandingkan dengan Pemuda PAS, ibarat di antara langit dengan bumi. Hanya dengan kira-kira 500 peserta sahaja yang mengikuti perhimpunan hambar itu, berbanding dengan puluhan ribu di Jalan Tun Razak.
Perhimpunan anjuran Khairy Jamaluddin Abu Bakar, akhirnya menjadi pentas politik, mengecam Pakatan Rakyat.
Mereka bukannya hendak melindungi martabat agama dan kemuliaan Nabi s.a.w, sebaliknya mengambil peluang memaki hamun Pakatan Rakyat.
Pemuda Umno jelas mencemari semangat serta kemurniaan agama dengan membariskan 'pelacur-pelacur' politik seperti Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Dato' Ibrahim Ali, Lokman Nor Adam dan Zahid Mat Arip.
Tiada yang baik keluar dari mulut mereka, selain mencaci maki PAS, KeADILan dan DAP. Tiada zikir yang terhambur dari lidah mereka, selain menghina nista Tuan Guru Nik Aziz, Anwar dan Karpal.
Inilah manifestasi dari kebuntuan akidah dan perjuangan terpesong Umno-BN. Menganjurkan demonstrasi bukan kerana kesedaran, tetapi kerana mahu 'menangguk di air yang keruh'. Mereka bukannya mahu menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w, sebaliknya mempergunakan forum agama untuk menyebarkan politik sempit lagi rasis.
Ayuh rakyat, kita bangkit tumbangkan Umno-BN serta menghapuskan pelacur politik dari negara yang tercinta ini.
PRK: Calon pro-mahasiswa diugut bunuh
Anis Nazri, | 24 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Gabungan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mendakwa enam calon
yang menyertai pilihan raya kampus (PRK) telah menerima ugutan bunuh dan
culik.
Calon daripada pro-mahasiswa itu dipercayai diugut oleh pihak yang
tidak dikenali dengan menghubungi keluarga calon terbabit di kampung.
Jurucakap Pro-M UKM, Ahmad Afif Zulkifli, mendakwa ugutan tersebut diadukan calon-calon terbabit kepada beliau sejak pagi tadi.
Beliau percaya ugutan tersebut dilakukan bagi menimbulkan rasa takut calon yang kemudiannya akan bertindak menarik diri dari bertanding dalam PRK.
Afif juga berkata, dua laporan polis sudah dibuat berhubung ugutan tersebut, satu di Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang.
"Kami melihat ia satu perkara serius yang perlu mendapat perhatian pihak bertanggungjawab. Kita bimbang dengan keselamatan calon-calon ini," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen, petang tadi.
Selain ugutan tersebut, Afif turut berkata beberapa kain rentang yang mewakili calon-calon daripada Chinese Community Council (CCC) dan GMUKM disabotaj dengan menggunakan cat merah.
Dakwanya lagi, jika dilihat modus operandi tersebut, ia mirip modus operandi yang dilakukan Umno dalam siri simbahan cat ke atas bas merdeka rakyat.
Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dengan sabotaj tersebut.
Daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, tujuh kerusi telah dimenangi calon pro-mahasiswa tanpa bertanding, yang memerlukan hanya lapan kerusi untuk dimenangi pro-mahasiswa bagi memperolehi majoriti bagi menguasai PRK yang akan bermula esok.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, berkata ugutan bunuh dan culik yang berlaku ini adalah satu kejadian pertama kali dalam sejarah PRK.
"Ugutan ini satu perkara biasa bagi calon pro-mahasiswa ini. Namun, tidak pernah ada dalam sejarah ugutan bunuh dan culik. Ini kali pertama dan kita harap pihak polis segera melakukan siasatan," tegas beliau pada sidang media yang sama.
Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden Ikatan Study Islam UKM, Mohd Azan Safar dan beberapa aktivis pelajar yang lain.
Saya amat bersyukur lantaran terpilih sebagai antara pengikut Rasul
termulia yang menjadi penyempurna sekalian perutusan para anbiya'
sebelumnya. Selawat dan salam saya tujukan kepada Baginda SAW, juga
kepada ahli keluarga, para sahabat, sekalian saudara-saudara Baginda
daripada kalangan para Nabi dan Rasul sebelumnya, serta para tabi'in dan
mereka yang menuruti jejak mereka dari masa ke masa hingga ke hari
qiamat.
Terharu sekali saya meneliti artikel “Untukmu Ya Rasulullah” susunan Dr Azman Ibrahim dalam laman web beliau http://www.drazmanibrahim.com. Jika hendak diimbas dan dinukilkan sirah Baginda SAW ini, sememangnya suatu coretan perjalanan kehidupan berliku nan panjang walaupun usianya sekadar 63 tahun.
Seperti yang penulis artikel ini nukilkan, perjuangan Baginda SAW ini tidak sunyi daripada perit-jerih dan menanggung penderitaan jiwa; tetapi, uniknya Baginda seorang yang teramat penyabar. Antara buktinya, selepas berjaya menawan Makkah, sekalian penentang Baginda sejak pelantikan menjadi Rasul itu tertunduk malu, bagaikan menanti kiranya Baginda SAW akan menjatuhkan hukuman setimpal. Tetapi, yang mengharukan mereka ialah Baginda mengisytiharkan bahawa mereka sekalian bebas tanpa dibalas sedikit pun. (Kalau ada pun yang dihukum, hanya hukuman qisas atas kesalahan dan keingkaran para penderhaka terhadap hukum-hakam Allah sahaja).
Marilah kita berfikir merenung sejenak. Adakah wajar insan pilihan Ilahi ini dipersenda lagi dihina? Sejarah sememangnya telah membuktikan bahawa para musuh daripada kalangan Yahudi dan Nasrani akan tetap memusuhi umat Muhammad ini sehingga umat ini menuruti jejak mereka sebagaimana juga yang telah dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120.
Dengan ini, saya ingin sekali mengingatkan diri saya khasnya serta sekalian Muslimin dan Muslimat agar bersama-sama kita mencintai Baginda SAW dalam segala aspek kehidupan, kerana Baginda insan pilihan, sekaligus menjadikan kita umat pilihan. Jangan sekali-kali kita memandang remeh sebarang bentuk penghinaan dan persendaan daripada sesiapa juga terhadap Baginda SAW; kelak dikhuatiri terhapusnya pahala amalan kita serta terhijabnya hati kita daripada hidayah-Nya.
Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri
Najib Tun Razak dalam persidangan Parlimen akhir bulan ini diharapkan
dapat mengembirakan semua lapisan masyarakat di negara ini yang sedang
berdebar-debar menunggu berkemungkinan adanya kejutan yang membuatkan
semuanya senyum tanda kesyukuran.
Yang pasti, kebajikan dan kebaikan pembelajaran di negara ini akan disentuh dan begitu juga bagi penjawat awam menanti dengan penuh harapan apa yang akan mereka nikmati nanti.
Dicadangkan, jika boleh dalam Bajet 2013 itu nanti, bagi setiap rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 70 tahun yang sudah tidak berdaya lagi mencari nafkah atau mungkin diabaikan oleh keluarga itu diberikan pencen tetap setiap bulan sebanyak RM200 dan apabila mencapai umur 80 pula dinaikkan imbuhan itu kepada RM300 dan jika sekiranya sampai kepada umur 90 tahun mendapat RM500. Jika mencecah umur 100 tahun akan diberikan pencen tetap sebanyak RM1,000.
Begitu juga diharapkan bantuan RM200 bagi setiap murid pada awal tahun persekolahan dikekalkan juga kerana benar-benar membantu ibu bapa.Biarlah kali ini satu keluarga mendapat RM1,000 setiap kali awal tahun..
Disyorkan juga supaya harga susu tepung bayi dikecualikan cukai kerana ramai dalam kalangan ibu bapa merungut kerana harga susu tin bayi sekarang ini mencecah lebih daripada RM50 setin bagi saiz sederhana yang hanya boleh bertahan lebih kurang seminggu setin. Jika sebulan kosnya telah mencecah lebih daripada RM200, bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 atau 4 tahun sebelum boleh diberhentikan.
Dalam pada itu penjawat awam dan pesara kerajaan mengharapkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan dan bagi pesara pula mendapat imbuhan RM1,000 diakhir tahun nanti.
Selain itu diharapkan insuran kereta bagi kereta lama melebihi 10 tahun dikurangkan lagi dan begitu juga motosikal yang insurannya agak membebankan pengguna.
Diharapkan juga harga minyak akan turun dan bayaran tol dikurangkan sebanyak 50 peratus.
Pertikaian antara China dengan Jepun mengenai Pulau Senkaku boleh
membahayakan negara-negara jiran dan dunia juga. Senkaku hanyalah sebuah
pulau kecil tanpa penghuni tetapi kaya dengan bahan sumber hasil asli
minyaknya. Jika tidak ditangani dengan segera, dibimbangi akan berlaku
peperangan antara kedua-dua negara.
Mengapa negara Jepun sanggup bertahan habis-habisan sedangkan kemampuannya dari segi jumlah ketenteraan amat sedikit berbanding China. Perkara itu berlaku kerana Jepun terikat dengan perjanjian kalah perang kepada Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua.
Keberanian Jepun ini dapat disabitkan kepada sokongan kuasa besar di belakangnya. Amerika Syarikat yang terkenal dengan dasar luarnya yang sungguh licik terutama sekali badan perisikannya, CIA mampu mengucar-ngacirkan sesebuah negara dengan hanya menggunakan kepakaran perisikan dari luar sahaja saperti yang berlaku kepada negara Timur Tengah sekarang ini.
Dalam isu ini, berkemungkinan besar pihak Amerika sudah merancang secara sulit dengan Jepun yang begitu terhutang budi dengan Amerika Syarikat untuk mengikut telunjuk Amerika supaya bersengketa dengan negara China. Di atas kertas, Jepun begitu mudah diratahkan oleh China jika berlakunya peperangan nanti.
Agenda Amerika yang tersirat dan tersurat adalah semata-mata untuk menyekatkan ekonomi China yang begitu berkembang pesat malahan sedang meninggalkan Amerika dan negara-negara barat yang lain. Ekonomi China mampu menggugat mereka apabila negara-negara perdagangan yang selama ini berurusan dengan mereka mengalih tumpuan mereka kepada China kerana kedudukan China yang semakin kukuh.
Pertikaian ini perlu disekat pada peringkat awal. Jika dibiarkan, berkemungkinan akan merebak lebih dahsyat lagi. Tempiasnya sudah tentu negara-negara jiran termasuk Malaysia. Peranan ASEAN sebagai orang tengah mesti disegerakan ataupun sekurang-kurangnya berusaha mendamaikan dua negara yang sedang bersengketa yang boleh membawa padah jika tidak dibendung dengan bijaksana.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (IPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah siput rantai yang mengancam projek ternakan kerang di Kuala Juru dan Sungai Sembilang daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.
Ancaman yang serius berlaku sejak enam bulan yang lalu itu melibatkan l20 hektar kawasan ternakan dan projek ini diusahakan oleh lebih 100 nelayan di dua buah kampung berkenaan.
Dalam tinjauan yang dibuat CAP difahamkan oleh nelayan-nelayan yang terlibat bahawa mereka telah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit kerana lebih 50% kerang yang mereka ternak mati akibat ancaman siput rantai tersebut. Hidupan ini dikatakan membiak dengan banyak dan menimbus benih kerang yang ditabur dan sedang membesar.
Berbagai usaha telah dilakukan oleh nelayan-nelayan di sini bagi mengatasi masalah itu termasuk mengupah penduduk tempatan mengaut dan membuang siput rantai ini ke darat namun ia tidak memberikan sebarang kesan.
CAP mendapati terdapat longgokan kulit kerang yang mati dan siput rantai yang dikaut dan dibawa ke darat dekat jeti Kuala Juru di sini.
CAP kesal walau pun kejadian ini telah lama berlaku namun hingga sekarang tidak ada pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian serius dan turun padang bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Sehubungan itu CAP menggesa IPP dan LKIM membantu para pengusaha projek ternakan kerang terbabit menangani masalah berkenaan. CAP yakin jika keadaan ini dibiarkan sumber pendapatan mereka akan lebih teruk terjejas pada masa akan datang.
Kajian mengenai punca berlakunya masalah ini dan cara tindakan yang lebih berkesan perlu dilakukan agar kejadian serupa tidak berulang.
CAP turut meminta pihak kerajaan memberi pampasan kepada nelayan-nelayan yang terlibat berikutan kerugian besar yang dialami selama ini. Bantuan itu perlu disegerakan kerana projek tersebut merupakan sumber pendapatan utama mereka.
Presiden CAP
Jurucakap Pro-M UKM, Ahmad Afif Zulkifli, mendakwa ugutan tersebut diadukan calon-calon terbabit kepada beliau sejak pagi tadi.
Beliau percaya ugutan tersebut dilakukan bagi menimbulkan rasa takut calon yang kemudiannya akan bertindak menarik diri dari bertanding dalam PRK.
Afif juga berkata, dua laporan polis sudah dibuat berhubung ugutan tersebut, satu di Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang.
"Kami melihat ia satu perkara serius yang perlu mendapat perhatian pihak bertanggungjawab. Kita bimbang dengan keselamatan calon-calon ini," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen, petang tadi.
Selain ugutan tersebut, Afif turut berkata beberapa kain rentang yang mewakili calon-calon daripada Chinese Community Council (CCC) dan GMUKM disabotaj dengan menggunakan cat merah.
Dakwanya lagi, jika dilihat modus operandi tersebut, ia mirip modus operandi yang dilakukan Umno dalam siri simbahan cat ke atas bas merdeka rakyat.
Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dengan sabotaj tersebut.
Daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, tujuh kerusi telah dimenangi calon pro-mahasiswa tanpa bertanding, yang memerlukan hanya lapan kerusi untuk dimenangi pro-mahasiswa bagi memperolehi majoriti bagi menguasai PRK yang akan bermula esok.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, berkata ugutan bunuh dan culik yang berlaku ini adalah satu kejadian pertama kali dalam sejarah PRK.
"Ugutan ini satu perkara biasa bagi calon pro-mahasiswa ini. Namun, tidak pernah ada dalam sejarah ugutan bunuh dan culik. Ini kali pertama dan kita harap pihak polis segera melakukan siasatan," tegas beliau pada sidang media yang sama.
Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden Ikatan Study Islam UKM, Mohd Azan Safar dan beberapa aktivis pelajar yang lain.
Terharu baca sirah Rasulullah
Muhammad Adam Lee bin Abdullah, |
Terharu sekali saya meneliti artikel “Untukmu Ya Rasulullah” susunan Dr Azman Ibrahim dalam laman web beliau http://www.drazmanibrahim.com. Jika hendak diimbas dan dinukilkan sirah Baginda SAW ini, sememangnya suatu coretan perjalanan kehidupan berliku nan panjang walaupun usianya sekadar 63 tahun.
Seperti yang penulis artikel ini nukilkan, perjuangan Baginda SAW ini tidak sunyi daripada perit-jerih dan menanggung penderitaan jiwa; tetapi, uniknya Baginda seorang yang teramat penyabar. Antara buktinya, selepas berjaya menawan Makkah, sekalian penentang Baginda sejak pelantikan menjadi Rasul itu tertunduk malu, bagaikan menanti kiranya Baginda SAW akan menjatuhkan hukuman setimpal. Tetapi, yang mengharukan mereka ialah Baginda mengisytiharkan bahawa mereka sekalian bebas tanpa dibalas sedikit pun. (Kalau ada pun yang dihukum, hanya hukuman qisas atas kesalahan dan keingkaran para penderhaka terhadap hukum-hakam Allah sahaja).
Marilah kita berfikir merenung sejenak. Adakah wajar insan pilihan Ilahi ini dipersenda lagi dihina? Sejarah sememangnya telah membuktikan bahawa para musuh daripada kalangan Yahudi dan Nasrani akan tetap memusuhi umat Muhammad ini sehingga umat ini menuruti jejak mereka sebagaimana juga yang telah dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120.
Dengan ini, saya ingin sekali mengingatkan diri saya khasnya serta sekalian Muslimin dan Muslimat agar bersama-sama kita mencintai Baginda SAW dalam segala aspek kehidupan, kerana Baginda insan pilihan, sekaligus menjadikan kita umat pilihan. Jangan sekali-kali kita memandang remeh sebarang bentuk penghinaan dan persendaan daripada sesiapa juga terhadap Baginda SAW; kelak dikhuatiri terhapusnya pahala amalan kita serta terhijabnya hati kita daripada hidayah-Nya.
Harapan sempena Bajet 2013
Syed Abdullah Jamalullail, |
Yang pasti, kebajikan dan kebaikan pembelajaran di negara ini akan disentuh dan begitu juga bagi penjawat awam menanti dengan penuh harapan apa yang akan mereka nikmati nanti.
Dicadangkan, jika boleh dalam Bajet 2013 itu nanti, bagi setiap rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 70 tahun yang sudah tidak berdaya lagi mencari nafkah atau mungkin diabaikan oleh keluarga itu diberikan pencen tetap setiap bulan sebanyak RM200 dan apabila mencapai umur 80 pula dinaikkan imbuhan itu kepada RM300 dan jika sekiranya sampai kepada umur 90 tahun mendapat RM500. Jika mencecah umur 100 tahun akan diberikan pencen tetap sebanyak RM1,000.
Begitu juga diharapkan bantuan RM200 bagi setiap murid pada awal tahun persekolahan dikekalkan juga kerana benar-benar membantu ibu bapa.Biarlah kali ini satu keluarga mendapat RM1,000 setiap kali awal tahun..
Disyorkan juga supaya harga susu tepung bayi dikecualikan cukai kerana ramai dalam kalangan ibu bapa merungut kerana harga susu tin bayi sekarang ini mencecah lebih daripada RM50 setin bagi saiz sederhana yang hanya boleh bertahan lebih kurang seminggu setin. Jika sebulan kosnya telah mencecah lebih daripada RM200, bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 atau 4 tahun sebelum boleh diberhentikan.
Dalam pada itu penjawat awam dan pesara kerajaan mengharapkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan dan bagi pesara pula mendapat imbuhan RM1,000 diakhir tahun nanti.
Selain itu diharapkan insuran kereta bagi kereta lama melebihi 10 tahun dikurangkan lagi dan begitu juga motosikal yang insurannya agak membebankan pengguna.
Diharapkan juga harga minyak akan turun dan bayaran tol dikurangkan sebanyak 50 peratus.
PRK: Pro-M hadapi BN, bukan pelajar
Mutana Mutini, |
Pilihan raya kampus (PRK) yang berjalan sekarang sangat kotor,
pentadbiran universiti diminta secara langsung memenangkan Aspirasi
dalam apa cara sekalipun. Pro-M sebenarnya berdepan dengan kerajaan BN
bukan sesama pelajar.
Duit rakyat digunakan sewenangnya dengan menghalalkan cara bagi membantu calon kerajaan. Kalau pilihan raya kampus BN Umno buat begitu, mentelah lagi PRU.
Bangkitlah siswa, cari sebanyak mungkin bukti penglibatan agensi kerajaan dalam pilihan raya kampus dan dedahkan sebelum terlambat.
Umno begitu takut sekiranya jika univeriti utama kalah oleh pro M, jadi duit, tenaga dikerah, universiti dijadikan kambing hitam untuk mencapai matlamat itu. Bohong semata-mata pihak universiti bertindak adil.
Apalah yang ada pada nilai akadmik Phd, Master kalau diperintah oleh golongan rakus politik. Begitu juga agensi kerajaan, duit rakyat digunakan sewenangnya. Bangun siswa, tegakkan kebenaran.

Pulau Senkaku, selesaikanlah secara aman
Syed Abadullah Syed Osman Jamalullail, |
Mengapa negara Jepun sanggup bertahan habis-habisan sedangkan kemampuannya dari segi jumlah ketenteraan amat sedikit berbanding China. Perkara itu berlaku kerana Jepun terikat dengan perjanjian kalah perang kepada Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua.
Keberanian Jepun ini dapat disabitkan kepada sokongan kuasa besar di belakangnya. Amerika Syarikat yang terkenal dengan dasar luarnya yang sungguh licik terutama sekali badan perisikannya, CIA mampu mengucar-ngacirkan sesebuah negara dengan hanya menggunakan kepakaran perisikan dari luar sahaja saperti yang berlaku kepada negara Timur Tengah sekarang ini.
Dalam isu ini, berkemungkinan besar pihak Amerika sudah merancang secara sulit dengan Jepun yang begitu terhutang budi dengan Amerika Syarikat untuk mengikut telunjuk Amerika supaya bersengketa dengan negara China. Di atas kertas, Jepun begitu mudah diratahkan oleh China jika berlakunya peperangan nanti.
Agenda Amerika yang tersirat dan tersurat adalah semata-mata untuk menyekatkan ekonomi China yang begitu berkembang pesat malahan sedang meninggalkan Amerika dan negara-negara barat yang lain. Ekonomi China mampu menggugat mereka apabila negara-negara perdagangan yang selama ini berurusan dengan mereka mengalih tumpuan mereka kepada China kerana kedudukan China yang semakin kukuh.
Pertikaian ini perlu disekat pada peringkat awal. Jika dibiarkan, berkemungkinan akan merebak lebih dahsyat lagi. Tempiasnya sudah tentu negara-negara jiran termasuk Malaysia. Peranan ASEAN sebagai orang tengah mesti disegerakan ataupun sekurang-kurangnya berusaha mendamaikan dua negara yang sedang bersengketa yang boleh membawa padah jika tidak dibendung dengan bijaksana.
Siput rantai ancam projek ternakan kerang
SM Mohamed Idris, |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (IPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah siput rantai yang mengancam projek ternakan kerang di Kuala Juru dan Sungai Sembilang daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini.
Ancaman yang serius berlaku sejak enam bulan yang lalu itu melibatkan l20 hektar kawasan ternakan dan projek ini diusahakan oleh lebih 100 nelayan di dua buah kampung berkenaan.
Dalam tinjauan yang dibuat CAP difahamkan oleh nelayan-nelayan yang terlibat bahawa mereka telah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit kerana lebih 50% kerang yang mereka ternak mati akibat ancaman siput rantai tersebut. Hidupan ini dikatakan membiak dengan banyak dan menimbus benih kerang yang ditabur dan sedang membesar.
Berbagai usaha telah dilakukan oleh nelayan-nelayan di sini bagi mengatasi masalah itu termasuk mengupah penduduk tempatan mengaut dan membuang siput rantai ini ke darat namun ia tidak memberikan sebarang kesan.
CAP mendapati terdapat longgokan kulit kerang yang mati dan siput rantai yang dikaut dan dibawa ke darat dekat jeti Kuala Juru di sini.
CAP kesal walau pun kejadian ini telah lama berlaku namun hingga sekarang tidak ada pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian serius dan turun padang bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Sehubungan itu CAP menggesa IPP dan LKIM membantu para pengusaha projek ternakan kerang terbabit menangani masalah berkenaan. CAP yakin jika keadaan ini dibiarkan sumber pendapatan mereka akan lebih teruk terjejas pada masa akan datang.
Kajian mengenai punca berlakunya masalah ini dan cara tindakan yang lebih berkesan perlu dilakukan agar kejadian serupa tidak berulang.
CAP turut meminta pihak kerajaan memberi pampasan kepada nelayan-nelayan yang terlibat berikutan kerugian besar yang dialami selama ini. Bantuan itu perlu disegerakan kerana projek tersebut merupakan sumber pendapatan utama mereka.
Presiden CAP
[Bongkar] Pelakon filem "Masalah Air Selangor" telah dikenalpasti!
http://greenboc.blogspot.com, | 24 Sep 2012 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan