Rabu, 12 September 2012

BUKAN ANCAMAN TAPI BERSAING...UNTUNG KURANG...PENUMPANG SUDAH TENTU PILIH YANG TERBAIK...

Rozali Ismail mahu senator saja?

Subky Latif, 11 Sep 2012
Orang tanya saya, siapa agaknya calon Menteri Besar Selangor, kiranya Barisan Nasional dapat merampas negeri itu?

Pada saya, calon itu mesti sehebat nama korporat Tan Sri Khalid Ibrahim juga. Setakat Umno akar umbi saja tidak mampu menyaingi kehebatan yang ada pada Tan Sri Khalid.

Orang Umno Selangor yang ternama, kaya dan korporat ialah Tan Sri Rozali Ismail, bos Syabas yang bergaji RM400 ribu sebulan itu.

Tetapi, Tan Sri Rozali dikatakan tidak sedia bertanding. Dia dikatakan sedia menerima jawatan sebagai senator saja.

Pertama, pengalaman bertanding itu tidak ada padanya. Dengan kedudukan sebagai orang kaya sekarang, berapalah elaun Menteri Besar yang diharapkan berbanding dengan pendapatan bulanannya.

Kedua, sekalipun BN rasa Selangor dapat ditawan  semula, tetapi harapan itu tidak boleh dipercayai sangat. Pengundi di Selangor itu tidak dapat hendak diagak. Tentulah Razali Ismail tidak sedia berdepan dengan suasana 50 – 50.

Kalau ditakdirkan BN kalah dan Razali Ismail menang, adakah dia hendak jadi ketua pembangkang. Sebagai pembangkang di DUN nanti tentulah dia lutu orang kerajaan Pakatan secara berdepan tentang pembolotan harta Qarun yang ada padanya sekarang.

Lalinlah kalau diangkat menjadi senator. Dia tidak perlu jaga kawasan dan sebagai senator dia boleh dilantik jadi menteri seperti menteri air atau macam-macam kemudahan lain.

Tiada yang mustahil.
Tetapi bergantung kalau BN dapat mengekalkan kuasa. Tiada masalah bagi Najib untuk melantikkannya jadi senator.

Kalau Pakatan Rakyat Berjaya menawan Putrajaya, maka peluang bagi Razali jadi senator tertutup. Senator bagi mewakili negeri Selangor ditentukan oleh Pakatan jika Selangor tidak dapat ditawan kembali, dan senator melalui perkenan Yang Dipertuan Agong akan dinasihatkan pula oleh Perdana Menteri baru.

Najib dan BN tidak dapat menentukan lagi.

Jika Tan Sri Razali mahukan jawatan itu, dia mesti dapatkan sekarang sementara Najib masih ada kuasa untuk menentukan senator baru.

Dalam masa beberapa bulan ini didapati sentiasa ada senator baru mengangkat sumpah kerana ia musim senator tamat  tempoh. Jika Umno mengira Razali hendak diberi jawatan itu maka ia mesti diberi sekarang.

Kalau ditakdirkan BN kalah dalam PRU 13 ini, kalau Rozali sudah jadi ssenator, maka dia boleh terus jadi senator selama tiga tahun. Jawatan itu tidak lucut dengan kekalahan BN.

Selepas  tiga tahun barulah senatorshipnya tamat. Kalau tidak dilantik sekarang, peluang jadi senator itu amat berisko.

Tiada tindakan ke atas Nasharudin mengecewakan media PB

http://msomelayu.blogspot.com/, 11 Sep 2012
SESUDAH SUBUH

Tindakan bijak Majlis Syura Ulamak dan juga Jawatankuasa Pas Pusat tidak membincang dan mengenakan apa-apa tindakan ke atas Nasharudin Mat Isa berjaya mengecewakan beberapa pihak yang mengharap Pas akan berpecah belah menyebabkan pihak berkenaan mengeluarkan ulasan dan pandangan sinis memukul Pas dengan tindakan itu.

Nasharudin membuat kenyataan bersama semasa di Sarawak.
Media penjilat buntut membuat tuduhan kononnya golongan Anwar Ibrahim kecewa dengan keputusan Pas itu. Ulas akhbar berkenaan, golongan Anwar sebelum ini beriya untuk melihat Nasharudin dipecat oleh Pas sehingga memfitnah Anwar mengecek Nik Aziz agar bertindak ke atas Nasharudin.

Beberapa individu, termasuk seorang tokoh 'jubah carik' telah digunakan akhbar berkenaan dan individu itu juga sanggup membuat fitnah kononnya pemergian Anwar ke Kota Bharu berjumpa Nik Aziz bagi mempengaruhi Nik Aziz agar bertindak ke atas ahli Parlimen Bachok berkenaan.

Nik Aziz selaku Mursyidul Am hadir ke mesyuarat berkenaan kemudian menyerahkan kepada timbalannya Dr Haron Din untuk mempengerusikan mesyuarat yang diadakan malam kelamarin. Tindakan Nik Aziz itu adalah sebagai mengambil jalan selamat dalam kes berkenaan. Semua harus faham sebelum ini Nik Aziz pernah 'menghalau' Nasharudin keluar Pas kerana tindak tanduk bekas timbalan presiden Pas itu menjadi sampah kepada Pas apabila mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin tertinggi Umno untuk menjalinkan kerjasama politik.

Keputusan Majlis Syura Ulamak itu juga mengecewakan seorang bekas ahli Pas yang dilihat intim dan mahu melihat Nasharudin menjadi sahabatnya dalam menyerang dan memburukkan Pas. Individu itu menuduh kenyataan Abdul Hadi Awang yang menjelaskan isu Nasharudin tidak disentuh dalam mesyuarat sebagai satu retorik semata-mata. Beliau mempersoalkan masakan selama mesyuarat tidak sedikit pun bincang hal Nasharudin. Pertanyaannya, kenapa anda perlu mempersoalkan tindakan Pas itu sedangkan anda bukan sesiapa lagi dengan Pas melainkan beas.

Bekas lebih kurang macam mangkuk tandas sahaja?

Bekas ahli Pas itu beriya-iya supaya isu Nasharudin disentuh, dan lebih diingini lagi Nasharudin dikenakan tindakan pecat sepertinya kerana kalau Nasharudin dipecat mudahlah untuk beliau menjalankan perniagaan bersama Nasharudin menyerang Pas. Jelas sekali niat busuk individu berkenaan yang kononya padat dengan ilmu agama, intelektual dan seorang yang khatam Qur'an sewaktu 12 tahun. Individu itu mungkin sudah termakan ajakan Mahathir Mohamad agar berkawan dengan syaitan dikenali.

Sudah tentu dengan adanya rakan dia akan dapat membuat penjelajahan di seluruh negara mengkritik Pas dalam masa sama memburukkan Anwar Ibrahim. Dan apa diharap di sebalik penerangan itu ialah wang upahan dari agensi tertentu di alam Umno. Individu berkenaan kini kekeringan wang setelah tidak lagi menjawat jawatan tinggi dalam politik. Apakah dia terdesak untuk menguruskan rumah tangganya yang mempunyai dua dapur?

Setiap majlis penerangan dan serangan Pas diadakan individu berkenaan bersama sebuah NGOnya akan menerima upahan dikatakan di antara RM50,000 hingga RM100,000. Sejumlah wang telah disalurkan kepada Ngo berkenaan untuk tujuan upahan dan bayar kepada kerja-kerja memburukkan Pas. Sebuah kementerian telah menyumbang sebanyak RM300,000 kepada NGO berkenaan bagi tujuan pembukaan opis dan pembelian peralatan fitnah.

Kesimpulannya tindakan bijak Majlis Syura Ulamak yang tentunya atas nasihat Jawatankuasa Kerja Pas itu mematikan langkah individu berkenaan yang sudah lama bersekongkol dengan media penjilat bontot. Media itu juga kekeringan modal untuk menghentam Pas dan terpaksa membelek isu lama dan mengambil semula sekalian orang yang dicemuhnya selama ini untuk dijadikan sumber.

Dalam pada itu saya cukup yakin selepas ini Nasharudin akan sekali lagi digunakan untuk membuat kenyataan-kenyataan menyinggung Pas bagi membolehkan dendam mereka tercapai untuk melihat Pas berpecah belah sesama sendiri. Justeru kalau Nasharudin masih mengenang Pas beliau harus berhati-hati dan tidak mengeluarkan pendapatan yang boleh menimbulkan kontroversi. Manakala ahli Pas terutamanya pemimpin atasan tidak perlu membuka mulut lagi untuk mengulas apa-apa yang bakal terjadi.  [wm.kl.7:31 am 11/09/12]
Tony: Malindo Airways bukan ancaman pada AirAsia
6:17AM Sep 12 2012  
Ketua Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengalu-alukan pembentukan syarikat penerbangan tambang rendah baru di Malaysia, Malindo Airways, dan ia bukannya satu ancaman kepada kepada AirAsia Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia.
  
Beliau berkata pembentukan Malindo Airways jelas menunjukkan kepentingan yang kian meningkat syarikat penerbangan tambang rendah dalam industri penerbangan global, terutamanya di Malaysia dan rantau Asean, seiring dengan Dasar Langit Terbuka Asean, yang akan berkuatkuasa pada 2015.
  
"Saya mengalu-alukan penubuhan Malindo Airways. AirAsia sentiasa mahu Asean dibuka. Ini adalah langkah yang baik," kata beliau kepada Bernama.
  
Fernandes sekali lagi menolak dakwaan yang Malindo Airways akan memaksa AirAsia tunduk kepada tekanan ekoran saingan sengit di Indonesia.
  
Beliau berkata, rangkaian meluas AirAsia di rantau Asia tidak akan terancam oleh syarikat penerbangan itu ataupun rakan-rakan usahasama Malindo Airways.
  
"Syarikat penerbangan baru itu bukanlah isu untuk kami di AirAsia. Kami telah bersaing di negara seperti Malaysia yang mempunyai syarikat penerbangan yang kukuh seperti Malaysia Airlines (MAS).
  
"Kami juga mempunyai pasukan yang kuat untuk AirAsia, AirAsia X dan AirAsia Indonesia. Saya bangga dengan apa yang kami ada dan kami akan terus berkembang.
  
"Kami kini membina satu jenama global dan saya tidak rasa sesuatu seumpama ini akan memperlahankan aktiviti kami," tambah Fernandes yang kini berpangkalan di Jakarta untuk memantau operasi rantau Asean AirAsia.
  
AirAsia Malaysia kini diketuai oleh Aireen Omar.
  
National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Grup memeterai perjanjian usahasama semalam untuk membentuk Malindo Airways yang akan memulakan operasi pada 1 Mei di KLIA2 di Sepang.
  
Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Malindo Airways dijangka menawarkan tambang rendah, malah lebih rendah berbanding AirAsia, selain daripada sistem hiburan dalam penerbangan dan saling hubung dalam penerbangan dalam kesemua pesawatnya.

- Bernama
1. PM umum syarikat baru penerbangan tambang murah
Wakil PBB: Tugas k'jaan pastikan perhimpunan aman
  • Kuek Ser Kuang Keng & Hafiz Yatim
  • 10:08AM Sep 12 2012
 
Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, mengeluh kerana Malaysia adalah antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi.

"Ini bercanggah sama sekali dengan piawaian hak asasi manusia kerana negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka yang mahu berhimpun, boleh berbuat demikian secara aman," katanya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu.

"Kami (Pelapor PBB) telah menyuarakan kebimbangan tentang bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 ditangani dan kita tetap dengan pandangan tersebut," kata Kiai yang belajar undang-undang di Universiti Nairobi dan Harvard.

NONEKiai yang berada di Malaysia minggu lepas atas jemputan
beberapa NGO termasuk Suaram berkata, kerajaan perlu memahami bahawa membenarkan kebebasan berhimpun, tidak mengenepikan tanggungjawabnya untuk memastikan bahawa perhimpunan kekal aman.

Bagi peguam terkemuka Kenya itu, ini adalah lawatan pertama beliau ke Malaysia sebagai sebahagian daripada kunjungan suaikenal untuk mengenali negara ini dengan lebih baik lagi, terutamanya mengenai isu yang dipertanggungjawab kepadanya oleh PBB unruk melindungi - iaitu hak untuk berhimpun secara aman.

Semasa lawatan ringkas beliau, Kiai meluangkan masa untuk mengunjungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sebilangan pelapor khas PBB sebelum ini telah menulis kepada kerajaan Malaysia untuk secara rasmi menjemput mereka mengunjungi negara ini ekoran tindakan keras menangani perhimpunan BERSIH, dan Kiai mengesahkan beliau telah menerima jemputan rasmi dari Putrajaya untuk datang tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai perhimpunan BERSIH 3.0, beliau berkata pelapor khas PBB percaya bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, penganjur pada amnya harus bertanggungjawab terhadap acara tersebut.

"Bagaimanapun, jika perbuatan yang menyalahi undang-undang berlaku, maka ia menjadi tanggungjawab negara. Negara mempunyai tugas utama untuk memastikan perhimpunan itu adalah aman," katanya.

Dan jika terdapat ejen provokasi dalam perhimpunan tersebut, katanya, mereka hendaklah ditangani secara berperikemanusiaan dan mengikut undang-undang.
"Anda tidak boleh, dan tidak sepatutnya, melepaskan tanggungjawab itu kepada warga individu," tambahnya.

Polis buru samseng Umno?

http://batuvskayu.blogspot.com, 12 Sep 2012

Daya saing negara: Umno umpama penagih tegar

Dr Dzulkelfy Ahmad, 11 Sep 2012
Meningkat Daya Saing Negara?: Tangani bersama ‘Penagihan Tegar’ Umno-BN.

1.    Ketika kedudukan Malaysia dalam daya saing global (Global Competitive Report - GCR) yang dilaporkan oleh World Economic Forum (WEF) dalam kajian Global Competitiveness Index (GCI), melonjak dari tangga ke 26 tahun 2010 ke tangga 21 untuk tahun 2011 yakni peningkatan 5 mata.
PEMANDU segera membuat kenyataan bahawa program Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan telah berjaya menatijahkan prestasi yang baik.

2.    Dalam laporan GCI terkini, bukan sahaja Malaysia tidak dapat mengekalkan kedudukannya pada tangga ke-21, bahkan telah jatuh 4 anak tangga ke kedudukan 25 sekaligus meletakkan prestasinya lebih rendah daripada kedudukannya berbanding sebelum PEMANDU melancarkan program GTP dan ETPnya.

3.    PEMANDU telah mensabitkan kejayaan prestasinya dahulu kepada GTP dan ETP, beranikah PEMANDU terangkan kepada rakyat kenyataan bahawa GTP dan ETP yang dikendali PEMANDU telah jelas gagal menambahbaik prestasi daya saing Negara, bahkan sebaliknya menyebabkan penurunannya?

4.    PEMANDU yang merupakan kunci penggerak Agenda Transformasi Kerajaan Najib-BN kini, mesti bertanggungjawab menjelaskan apakah dan sebab apakah kejatuhan ini berlaku sekaligus menunjukkan dan mengesahkan bahawa dakwaan Pakatan, pihak NGO dan penganalisis, ada kebenarannya.

5.    Metodologi Laporan GCI ini menggunakan 30% data statistik dengan 33 kriteria, 70% data kajian (survey) dengan 78 kriteria daripada pungutan pandangan pihak Eksekutif.

6.    Laporan ini juga menekankan aspek faktor-faktor pengupayaan (enabling factors) yang mampu menjana pertumbuhan yang mapan dan bersifat jangka sederhana dan jauh dengan menggunakan 11 tonggak kritikal (pillars) dengan 111 indikator penting.

7.    Dengan pencapaian yang tidak memberangsangkan ini, rakyat ingin tahu apakah lagi kelemahan GTP dan ETP yang menjadikannya tidak mampu menjana daya saing yang diharapkan Najib dan pemimpin Umno-BN kini?

8.    Lebih khusus lagi, Malaysia mengalami kejatuhan dalam 77 indikator dan penambahbaikan dalam 48 indikator, dengan 23 tidak berganjak atas apa jua sebabnya. Kejatuhan markah Malaysia dari 5.08 dalam tahun  2011 kepada 5.06 tahun ini mengakibatkan juga Malaysia dipintas oleh beberapa Negara seperti Korea, Luxembourg, New Zeland dan UAE.

9.    Sementara kita bersedia mengiktiraf PEMANDU dalam apa yang jua yang baik dari segi pencapaian negara (dalam laporan ini), namun yang ketara ialah lebih banyak perkara menyinggung ekonomi dan program transformasi kerajaan, yang nampaknya menunjukkan kemerosotan daya saing.

10.    Contoh-contoh kegagalan Negara adalah dalam hal ‘Kedudukan Imbangan Belanjawan Negara’ dalam Strategic Reform Initiatives (SRI) yang merudum dari tangga 110 ke tangga 96, ‘Pengurangan Jenayah dan Keganasan’ di bawah NKRA yang jatuh dari tangga 69 ke 63, dan ‘Kerancakan Persaingan Tempatan’ yang jatuh dari 36 ke 26.

11.    Penelitian yang lebih terperinci akan menyerlahkan bahawa indikator-indikator penting yang disebutkan contoh-contohnya ini, mampu memahamkan kita bahawa ‘transformasi ekonomi’ negara bakal gagal kalaulah kerajaan Najib ini hanya ghariah dan cepat untuk mewar-warkan pelbagai projek mega dalam infrastruktur dan pembinaan, sementara gagal meletakkan asas-asas atau penekanan yang lebih kukuh dan mapan dalam menjana pertumbuhan mapan yang bersifat jangka panjang.

12.    WEF telah mengenalpasti bahawa antara faktor yang merencat pencapaian prestasi ekonomi sesebuah negara ialah birokrasi kerajaan yang tidak efisien dan system ‘delivery’ yang lemah, rasuah dan ketirisan, ketidakcukupan tenaga berketerampilan dan berpendidikan tinggi, etika kerja yang tidak mantap dan peraturan dan undang-undang buruh yang terlalu menyekat.

13.    Sebaliknya pula, negara-negara yang berkedudukan tinggi seperti Switzerland yang menduduki tangga daya saing pertama, diikuti oleh Singapore, Finland, Sweden, Netherlands, Germany, US, UK, Hong Kong dan Japan mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

14.    Negara-negara ini, berbeda dengan Malaysia, dikesani sebagai memiliki kelebihan dan kelainan seperti persaingan pasaran yang rancak (intense) dan efisien (tidak diherot oleh monopoli dan oligopoli serta amalan kronisme) dan mempunyai iklim serta kerangka bisnes yang mesra dan sangat membantu, di samping mempunyai daya penyelidikan dan inovasi serta kehadiran ramai pekerja ‘berpengetahuan’ dan ‘ enterprising’ (daya keusahawanan yang tinggi).

15.    Najib wajar tahu bahawa tidak akan dapat dikeluarkan negara daripada ‘kereputan’ dan ‘kelembapan’ ekonominya akibat telah terlalu dikongkong  dengan budaya ‘kronisme’ yang mencekik dan membunuh persaingan sihat dan mengherot pasaran menjadikannya kerap tidak efisien dengan monopoli-oligopoli, dan ‘subsidi yang regresif’ yang menguntungkan golongan yang kaya dan pihak yang punya pertalian politik serta bisnes dengan penguasa BN.

16.    Najib wajar tahu bahawa segala cita-cita besarnya tentang transformasi akan gagal seandainya tidak didahulukan dengan Reformasi yang ‘genuine’ dan menyeluruh dalam aspek politik, penambahbaikan institusi-institusi kritikal negara agar benar-benar bebas dan berintegriti tinggi (SPR, SPRM, PDRM, Judisiari) dan etika serta sikap penguasa serta pihak birokrat yang semestinya bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

17.    Tidak guna kalau secara zahir komited dengan system ‘Tender Terbuka’, tetapi telah awal awal lagi mengurniakan kontrak kepada kroni seperti dalam kes pemberian kontrak kepada konsortium George Kent dalam RM1 bilion LRT Ampang, mengulangi tabiat lama mengurniakan kontrak dalam kes MRT SBK (Sungai Buloh-Kajang) sedikit waktu dahulu. Terlalu panjang senarai buruk amalan Umno-BN yang mesti dipertanggungjawabkan. Sampai bila mahu begini? Pemberian pelbagai projek mega MRT, Suruhanjaya Tenaga (EC) dalam pembaharuan kontrak IPP dalam waktu terdekat akan ditunggu semua pihak dan akan dinilai dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) oleh Institute for Management Development (IMD) dan ‘Doing Business’ Report (DB) oleh Bank Dunia, disamping GCR oleh WEF.

18.    Najib dan BN tidak akan belajar untuk mengalami serta menghayati ‘Reformasi Sebenar’ selagi mereka tidak dikalahkan dalam satu pilihan raya kerana jelasnya keputusan PRU ke-12 belum cukup parah untuk mengajar mereka.

19.    Maaf, saya terpaksa sifatkan tabiat Najib-BN ini persis seumpama seorang ‘Penagih Tegar’ yang meskipun telah cuba berubah dengan memakai kopiah dan menunjukkan bahawa beliau telah ‘reformed’ namun sebaik sahaja wujud ‘peluang’, akan terus ‘tersungkur’ akibat daya kekebalan ‘ketahanan’ yang sangat rapuh untuk ‘terjerumus’ kembali buat kesekian kalinya kepada cara dan tabiat lamanya! ‘NFC’ adalah lambang ‘penagihan tegar’ Umno dan ‘PKFZ’ akan menjadi simbol kesepaduan pimpinan BN ‘merompak’ negara.

20.    Umno sejak tiga dekad mutakhir ini telah dihinggapi kebejatan Rasuah dan kerasukan tamak haloba sehingga telah menjadi sinonim parti Melayu terbesar ini dengan narratif sedih dan mengecewakan ini. Mengeluarkan negara daripada kebejatan ini bagi memungkinkan daya saing negara dilonjakkan menuntut supaya Umno-BN ditangani terlebih dahulu atau bersama-sama daripada kebejatan rasuah dan salah-guna kuasa yang menjadi kelaziman dan darah-daging sebahagian besar kepimpin tertinggi dan menjangkit hingga ke akar umbinya.

Dr Dzulkelfy Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.




Tiada ulasan: