Rabu, 26 September 2012

BERANI KERANA BENAR...TAKUT TANDA KITA ADA BUAT SALAH...JIKA KITA RASA CUKUP...MAKA CUKUPLAH...JIKA MERASA TAK CUKUP...MAKA SENTIASA KITA RASA TAK CUKUP

PR bubar 1MDB, fungsi sama Khazanah Nasional

Muhammad Faizal, 26 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 menegaskan akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang belanjawan tersebut memberitahu tindakan membubarkan 1MDB itu akan dilaksanakan dalam masa 100 hari selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya.

Beliau menegaskan kehadiran 1MDB adalah sama dengan fungsi Khazanah yang terlibat dalam strategi pelaburan.

"Kita ingin melahirkan reformasi dan ketelusan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) serta memelihara hak dan fungsi.

"Khazanah sudah melaksanakan tugas seperti mana yang diarahkan  dan kenapa perlu diwujudkan 1MDB sedangkan fungsinya adalah sama dalam strategi pelaburan," jelasnya pada pelancaran belanjawan itu di dewan taklimat parlimen, petang ini.

Tambah beliau lagi, dengan wujudnya 1MDB itu juga merupakan satu pembaziran yang besar kerana objektifnya sama dengan Khazanah.

"Pakatan Rakyat akan memastikan semua aset yang telah dipindahkan atau semua projek dimasukkan kembali kepasa hak milik awam serta melihat semula perjanjian komersial yang telah dimeterai oleh 1MDB.

"Kita juga menetapkan sasaran dividen tetap terhadap Khazanah bermula dengan RM2 bilion setiap tahun," jelasnya lagi.

Selain itu juga, melalui belanjawan ini juga Pakatan Rakyat turut menyediakan insentif bagi pengurusan GLC yang bukan di dalam bidang asas dan strategik untuk mengambil alih syarikat melalui pengurusan membeli (Management buy out- MOB) sebagai usaha mengurangkan persaingan GLC dan syarikat swasta

Fiqh: masalah penama, insurans dan pinjaman

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 26 Sep 2012
Soalan;
1. Harta yang kita dan isteri miliki sekarang, contohnya kereta, rumah, wang atau tanah, perlukah diletakkan penama atau orang yang akan mewarisinya kelak jika kita meninggal dunia. Jika diletakkan, adakah akan dikira sebagai hibah, atau dikira harta pusaka yang wajib dibahagi mengikut hukum faraid setelah peninggalan kita. Jika tidak diletakkan penama, apakah risiko yang akan kita hadapi setelah meninggal nanti. Untuk kereta dan rumah yang dibeli secara pinjaman, wajibkah kita mengambil insurans hayat untuk diri kita bagi keperluan jika ketiadaan kita nanti, baki pinjaman tersebut ditanggung oleh pihak insurans dan kita tidak lagi menanggung hutangnya setelah meninggal dunia.

2. Jika kita telah memiliki pinjaman untuk membeli keperluan berbentuk hajiyat atau dharuriat seperti rumah dan kereta, haruskah kita membuat pinjaman ketiga, contohnya pinjaman peribadi untuk membeli rumah bagi disewakan atau untuk keperluan perniagaan yang lain. Hal ini kerana pinjaman ketiga ini bukan lagi dharuriat, cuma sebagai menambah pendapatan sahaja, dan melalui tambahan pendapatan itu kita dapat menderma dan sebagainya. Hal ini kerana, walaupun sistem pinjaman Islam yang ada pada hari ini dan diamalkan oleh kebanyakan bank, kita dapati unsur-unsur penindasan masih lagi wujud, iaitu pinjaman yang berjumlah besar dan memakan tempoh yang lama contohnya RM200 ribu untuk tempoh selama 20 tahun, pihak bank mengenakan keuntungan hampir sama dengan jumlah pinjaman yang dipohon (walaupun pinjaman tersebut Islamik). Jadi, adakah harus menurut pendapat ustaz sendiri dan menurut pendangan Islam kita membuat pinjaman ketiga dalam keadaan seperti ini dan bukan untuk perkara yang dharuriat atau hajiyat seperti yg dinyatakan tadi.

Jawapan;
1. Perlu atau tidak meletakkan penama pada harta bergantung kepada maslahah pemilik harta dan waris-warisnya. Namun menurut fatwa ulama; Penama tidak lebih daripada pemegang amanah sahaja. Apabila berlaku kematian pemilik harta, penama wajib menguruskan harta tersebut dengan membahagikannya kepada waris-waris si mati. Ia tidak boleh dianggap hibah kerana hibah ialah pemberian ketika hidup dan hibah hanya dikira sah apabila telah diterima/dipegang oleh penerima hibah (yakni telah bertukar nama/milik kepadanya). Oleh kerana harta/wang yang ditinggalkan itu masih atas nama si mati, maka harta itu dianggap harta peninggalan si mati dan mesti diagihkan kepada waris-warisnya setelah ditolak hutang-hutang dan wasiatnya (jika ada).

2. Mengambil insuran (yang islamik; takaful atau sebagainya) untuk menampung hutang apabila mati kelak suatu yang baik untuk mengelak kita daripada masih menanggung hutang apabila mati kelak. Mati dengan menanggung hutang dan tidak ada orang/pihak yang sanggup mengambil alih hutang tetsebut, menyebabkan berlaku apa yang disebut oleh Nabi SAW dalam hadisnya;

"Roh orang beriman tergantung dengan hutangnya hinggalah dilunaskan bagi pihaknya" (HR Imam at-Tirmizi. hadis hasan).

Maksud "tergantung dengan hutangnya' ialah; darjat kemuliaan yang hendak diberikan kepadanya tertahan dengan sebab hutangnya di dunia yang belum dilunaskan hinggalah apabila hutang itu dilunaskan barulah darjah kemuliaan itu diberikan kepadanya" (Faidhul-Qadier, no. 9281).

3. Berhutang dengan bank hari ini tidak digalakkan kerana sistem yang dipakai ialah Bai' al-'Inah. Ia ditolak oleh jumhur ulama kerana mirip kepada riba dan dilarang oleh Nabi SAW dalam hadisnya;

“Jika kamu saling berakad jual beli secara ‘Inah dan kamu sibuk dengan ternakan lembu dan tanaman kamu sehingga kamu meninggalkan jihad, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kamu yang tidak akan hilang kehinaan itu selama kamu tidak kembali kepada agama kamu” (HR Imam Abu Daud dari Ibnu 'Umar RA).

Bai’ al-‘Inah ialah seseorang menjual suatu barang kepada seorang yang lain dengan harga bertangguh, kemudian membeli semula barang itu daripada pembeli tadi dengan bayaran tunai tetapi dengan harga yang lebih rendah daripada harga jualannya tadi. Contohnya; Ali menjual kepada Ahmad sebuah kereta dengan harga RM20 ribu dan dibayar tangguh. Kemudian Ali membeli semula kereta dari Ahmad dengan membayar tunai tetapi harganya RM 15000 sahaja.

Jual beli di atas menurut jumhur ulama (termasuk Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad) adalah haram kerana ia adalah helah untuk menghalalkan riba iaitu pinjaman dengan syarat pembayaran lebih. Dalam kes di atas, seolah-olah Ali meminjamkan RM 15,000 kepada Ahmad dengan mengenakan pembayaran RM20,000. Penjualan barang dimasukkan hanya sebagai helah untuk menghalalkan pinjaman riba tersebut bukan menjadi maksud akad.


http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Royalti: TG Nik Aziz hargai usaha anak muda

Aslani M, 26 Sep 2012

KOTA BHARU: Biar pun masih berehat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, namun  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemangat menyokong anak-anak muda menuntut hak ke atas royalti minyak.

Petang tadi beliau memakai t-shirt R sebagai menyokong dan menghargai kegigihan anak-anak muda berjuang menuntut royalti.

Baju tersebut dibawa aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) diketuai Naib Presiden, Dr Syed Khalid Abdullah ketika menziarahi Menteri Besar.

Kelihatan sama di wad, anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Dr Syed Khalid berkata, sokongan padu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menaikkan semangat anak-anak muda berjuang menuntut royalti minyak.

“Biar pun beliau sedang keuzuran dan sedang berehat di wad, namun masih bersemangat memberi nasihat kepada kami untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan sejak sekian lama.

“Malah kesediaan Menteri Besar untuk hadir pada Ceramah Mega R Tuntut Royalti Putrajaya yang akan di Shah Alam malam 2 Oktober ini amat kami hargai,” katanya di sini.

Program tersebut akan menampilkan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Selain itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin.

Wakil-wakil dari Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sabah dijemput menghadiri program berkenaan. Rombongan R dari Kelantan akan bertolak pagi 2 Oktober.

Dr Syed Khalid berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta rakyat Kelantan hadir beramai-ramai pada program berkenaan sebagai memberi sokongan kepada perjuangan menuntut royalti.

“Kata Tok Guru kalau mereka tidak ada peluang hadir hendaklah doakan semoga perjuangan menuntut royalti menjadi kenyataan.

“Selain itu beliau juga menyarankan orang ramai mengibar bendera R atau tampal sticker pada kenderaan masing-masing,” katanya.

7 teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Muhammad Faizal, 26 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.

"Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.

"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.

Tambahnya lagi, melalui belanjawan kali ini juga Pakatan Rakyat turut mewujudkan bina dayasaing demi pertumbuhan dengan mengubal undang-undang anti-monopoli dan Suruhanjaya Anti Monopoli demi menggalakan pertumbuhan syarikat bersaiz sederhana dan merombak herotan ekonomi.

Hasil minyak untuk negeri turut diutamakan dengan menubuhkan syarikat-syarikat minyak PetroSabah, PetroSarawak, PetroTerengganu untuk menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) yang kini diboloti oleh syarikat kroni.

"Skim khusus diwujudkan agar Petronas menaungi syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.

"Mengenai perumahan rakyat, penubuhan Perbadanan Perumahan Negara untuk menjalankan amanah menyediakan perumahan mampu milik secara besar-besaran," kata beliau.

Tambahnya lagi, melalui perumahan rakyat ini program pemilikan bersama (50:50) di antara kerajaan dan rakyat bagi perumahan terpilih.

Selain penurunan harga kereta menjadi teras utama, reformasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diberi perhatian dengan mengalihkan sumber manusia dan kewangan kepada kegiatan membanteras jenayah.

Malah kenaikan gaji sebanyak 5 peratus kepada anggota juga turut akan diumumkan, tidak ketinggalan juga pengumuman kenaikan gaji 20 peratus kepada kakitangan perubatan.

Belanjawan yang meletakkan jumlah perbelanjaan RM233 bilion iaitu jumlah lebih kecil dari jumlah yang dijangka diumumkan oleh kerajaan iaitu melepasi RN250 bilion tetapi terus meningkat sebanyak RM13 bilion berbanding Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Selain itu juga pertumbuhan ekonomi pengikut penganalisis dan ramalan ekonomi kekal optimistik pada kadar 5.2 peratus berbanding kerajaan yang menggunakan unjuran 5 hingga 6 peratus.

Dalam pada itu sasaran yang lebih drastik pada defisit belanjawan apabila Pakatan Rakyat mensasarkan 3.5 peratus jika dibandingkan pada belanjawan yang dibuat pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 yang meletakkan 4.4 peratus.

Walaubagaimana pun, kerajaan dijangkakan mengumumkan defisit sekitar 4 peratus kerana angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak kembali menggunakan asas harga tahun 2005.

Kajian rakyat yakini PR selari dengan realiti

Salmiyah Harun, 26 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan keyakinan kepada Pakatan Rakyat meningkat selari dengan realiti yang berlaku di luar sana.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, melihat suasana di peringkat rakyat ternyata wujud gelombang perubahan yang sangat besar khususnya kepada Pakatan Rakyat.

Cuma, katanya, rakyat sedang tertunggu-tunggu bila parlimen akan dibubarkan memandangkan 'mood' perubahan rakyat telahpun berlaku.

"Perubahan rakyat dari semasa ke semasa telah berlaku, malangnya mereka tidak boleh menterjemahkan perubahan itu sebab parlimen belum dibubarkan," katanya kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim percaya, antara faktor besar yang mendorong kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rayat termasuklah perasaan membuak-buak untuk membuat perubahan selepas memberi peluang 55 tahun kepada BN mentadbir negara.

Di tambah  pula, katanya kejayaan yang ditunjukkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut mempengaruhi negeri- negeri lain untuk turut sama membuat perubahan.

Penyelewengan yang sangat ketara berlaku misalnya dalam kes NFC, katanya cukup memberi kredit kepada Pakatan Rakyat apabila rakyat cukup terkesan kerana ia membabitkan dana rakyat.

"Berbanding isu Anwar naik jet mewah, rakyat tidak terkesan sebab jet itu adalah hak peribadi bukannya duit rakyat. Ini bukan isu teras. NFC duit rakyat. Ini mempengaruhi persepsi pengundi," katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menasihati kerajaan PAS Kelantan agar memberi perhatian terhadap kajian tersebut yang melaporkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan itu agak menurun.

"Bagi kita kajian ilmiah ini perlu diambil penting untuk buat agenda bertindak seterusnya, dan Pakatan Rakyat pula jangan ambil selesa dengan kajian ini dan perkemaskan strategi untuk capai matlamat kita," katanya.

Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Kajian terbaru yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 dibuat pada 1 -16 September 2012  di seluruh Semenanjung Malaysia.

Parti mana akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun kepada 44% sahaja.

Rakyat Sabah mohon isytihar perjanjian 1976 tak sah

Harakahdaily, 26 Sep 2012


(R-Sabah...kembalikan hak Sabah)


KOTA KINABALU: Sekumpulan rakyat Sabah di sini menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan mengambil sebahagian besar hasil petroleum dari Sabah sebagai menyalahi undang-undang.

Malah perkara itu juga menyalahi persefahaman dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Jurucakap kumpulan terbabit, Zainnal Ajamain berkata, hasil petroleum tersebut sepatutnya menjadi milik sepenuhnya rakyat Sabah.

"Petroleum 100 peratus dimiliki rakyat di Sabah, ia harus diberikan kembali dan biarkan mereka membuat keputusan untuk berapa banyak harus diberikan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya pada satu kenyatan di sini.

Semalam Zainnal yang juga seorang ahli perniagaan bersama rakan-rakan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mengisytiharkan perjanjian antara kerajaan Sabah dan Petronas sebagai tidak sah dan terbatal.

Kumpulan terbabit yang menggelarkan diri sebagai R Sabah terdiri Lahirul Latigu, Mohd Julpikar AbMijan, Joseph Wilfred, Duli @ Dullie Mari dan Michael Peter Govind @ Mick Goviind.

Zainnal berkata, tuntutan itu selaras dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Tuaran baru-baru ini yang menyebut haram memindahkan kekayaan sesebuah negeri kalau masih ada rakyat miskin.

Katanya juga langkah tersebut dilakukan terhadap kerajaan Persekutuan kerana menafikan negeri pengeluar minyak daripada menikmati kekayaan anugerah Tuhan.

Kata beliau juga perjanjian yang ditandatangani 37 tahun lalu disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan apabila hak negeri dinafikan.

Baru-baru ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa mengumumkan kerajaan negeri mahu merundingkan semula Perjanjian Petroleum yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1976.

Pada perjanjian tersebut kerajaan negeri diberikan 5 peratus daripada nilai minyak yang dijumpai di tepi dan pesisir pantai Sabah, manakala 95 peratus diambil kerajaan Persekutuan.

Sebelum itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan rakyat Sabah akan mendapat royalti minyak sebanyak 20 peratus sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menerajui Putrajaya.

Zainnal berkata, kerajaan negeri dan pembangkang tidak mempunyai hak untuk menentukan kuantum royalti kepada Sabah.

Difahamkan permohonan pengisytiharan serupa juga akan difailkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Zainnal juga memberitahu beliau dan R Sabah akan menghadiri perhimpunan pada 2 Oktober ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan menyertai konvoi ke Istana Kehakiman di Putrajaya pada 3 Oktober.

Nak tahu macam mana ‘Awang Hitam’ kelentong kita?

http://aiyangdisayang.blogspot.com, 26 Sep 2012

Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.


Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ada mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini.
Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.

Modus operandi
a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet
(chatting/ e-mail)
b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.
c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.
d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.
e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain.
Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.
Nasihat :
Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM

Najib, bila nak debat ni, takut cakap takut

http://tukanglawan.blogspot.com, 26 Sep 2012

Hasrat mahasiswa untuk menyaksikan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak wajar dihormati dan dipenuhi, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Katanya, debat adalah sebaik-baik tradisi dalam negara demokrasi kerana pemimpin boleh bertukar pandangan dalam usaha menyuburkan sistem itu.
Mahasiswa merupakan golongan yang telah dididik dengan pelbagai kemahiran dan cara berfikir yang lebih tinggi, justeru mereka memilih medan intelektual untuk berlawan, bukan dengan politik ganas,” jelas Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi.
Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan 72% mahasiswa mahu debat antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri diadakan, Manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.
Selain itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012.
Hasil kajian turut menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding kajian yang dibuat pada awal tahun ini.
Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.
Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.
Namun, hingga kini, Najib terus mengelak.
Golongan muda mahu pemimpin mereka berdebat, tetapi pemimpin pula menolak dengan pelbagai alasan dangkal dan remeh, malulah…,” kata Muhammad Nur

Tiada ulasan: