Wanita PR perlu tumpu wanita pedalaman
Hazayani Zakaria, | 14 Sep 2012 |
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wanita Pakatan perlu menyediakan "blue print" agar agenda mendekati golongan ini lebih jelas.
"Saya sarankan pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja) untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan desa.
"Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman," kata beliau ketika beucap di majlis pelancaran Agenda Wanita Malaysia di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor malam tadi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga yakin Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu berjaya mendapatkan sokongan wanita di pedalaman dan luar bandar.
"Saya percaya ini masa dan ketikanya, rakan kita dalam DAP, PAS dan Keadilan bersama, untuk melihat, kalau kita mahu menawan Putrajaya, Insya-Allah, saya yakin kita dapat tawan Putrajaya.
"Tetapi kita perlu sedikit 'push' di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita," katanya.
Kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada wanita pakatan seluruh negara termasuk NGO wanita hadir di majlis malam tadi.
Buku Agenda Wanita Malaysia turutt diedarkan kepada mereka.
Genting beli 400 juta saham Felda
Subky Latif, | 14 Sep 2012 |
Adakah Genting pemegang saham yang terbesar?
Apapun, Genting dipercayai boleh membeli lebilh banyak daripada itu dan bukan pula suatu yang mustahil Felda itu akan dikuasai sepenuhnya oleh syarikat judi itu.
Apapun saham judi sudah masuk dalam syarikat Felda yang disenaraikan itu. Dari duit mana yang Genting guna untuk membeli saham itu? Perniagaan Genting tentulah bukan semuanya dalam industri judi. Tentu ada yang lain. Tetapi modal dalam semua anak syarikatnya yang lain adalah daripada keuntungan judinya.
Tindakan segera atasi kesilapan kertas ujian aptitut Tahun 6
Lembaga
Peperiksaan telah mengambil tindakan segera dalam mengatasi kesilapan
pada kertas peperiksaan ujian Aptitud Tahun Enam yang diduduki pelajar
pada petang semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, semua sektor penilaian dan peperiksaan Jabatan Pelajaran negeri diarah untuk memaklumkan kepada ketua pengawas peperiksaan sekiranya terdapat jawapan E bagi soalan 41 hingga 61, calon peperiksaan diarah untuk menulis huruf E di kertas jawapan objektif.
Masalah ini timbul apabila ruang jawapan objektif bagi soalan 41 hingga 61 yang disediakan untuk calon hanya mempunyai abjad A,B,C dan D sahaja, sedangkan pilihan jawapan pada kertas soalan itu adalah A,B,C,D dan E.
Kenyataan itu turut menyebut Lembaga Peperiksaan akan memeriksa jawapan calon secara 'hand score' dan keputusan ujian ini tidak akan menjejaskan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan tidak dicetak pada slip keputusan calon.
Ujian Aptitud ini bertujuan melihat potensi diri, minat dan kecenderungan murid dan potensi yang dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.
Minat dan kecenderungan murid dilihat dalam bidang akademik, teknik, vokasional, seni budaya dan sosial atau sukan, menurut kenyataan itu.
- Bernama

Perniagaan induknya judi. Maka segala perniagaan yang lain adalah bermodal daripada keuntungan judi.
Ulama fiqah boleh menjelaskan bagaimana perniagaan Genting itu boleh terlepas daripada belenggu judi supaya menjadi muamalat yang halal.
Dulu, kebanyakannya bimbang dengan tanah Felda itu akan tergadai kepada penguasaan asing apabila disenaraikan dalam Bursa Saham. Dan sekarang Genting sudah masuk. Jika saham Felda dikuasai oleh Genting atau keuntungan Felda nanti terjamin atas penyertaan syarikat judi itu, maka sedikit sebanyak untung para peneroka nanti adalah daripada gelumang judi itu.
Mungkin ulama fiqah dapat membebaskan keraguan bersih tidaknya keuntungan Felda nanti dengan penglibatan Genting itu, tetapi setakat ini Felda sudah dimasuki oleh pengaruh syarikat judi.
Yang diketahui, Genting itu adalah syarikat judi yang dimiliki oleh mendiang saudar Lim Goh Tong. Maka tentulah ia dipusakai oleh warisnya.
Tetapi semua orang tahu bahawa pengerusi pengasas (pengerusi dan pengasas bersama) syarikat kasino itu adalah Almarhum Tun Mohamad Noah bin Omar, Speaker Dewan Rakyat yang pertama selepas merdeka dan dia adalah pejuang kemerdekaan.
Dia adalah bapa mertua kepada dua Perdana Menteri, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Cucunya adalah Perdana Menteri sekarang, Datuk Najib Tun Razak.
Kita tidak banyak tahu saham Tun Noah dalam syarikat Gentings itu dan banyak mana pusaka yang diperoleh oleh anak cucunya?
Najib adalah antara cucunya yang bakal mempusakai harta ibunya nanti. Banyak mana pusaka yang ibunya peroleh daripada saham pengasas Genting dan bagaimana pula pembahagian untuknya daripada faedah Yayasan Noah yang dipercayai punca induknya daripada peniagaan Genting tadi.
Apapun, perniagaan Genting itu tentu ada panggu Najib. Sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, tentu ada cara bagaimana panggu Najib itu boleh ditambah secara langsung dan tidak langsung.
Dengan Genting membeli saham Felda yang besar itu, secara tidak langsung ada kepentingan Najib dan keluarga Najib.
Kepentingan Najib dalam Felda itu bukan sekadar orang yang memayungi harta Felda pada keseluruhannya, tetapi dengan memasukkan syarikat Felda dalam pasaran Bursa Saham, ia membuka laluan kepada syarikat datuknya untuk memiliki kepentingan dalam tanah perancangan terbesar itu.
Apakah Najib nanti boleh mempusakai perniagaan Genting kelak, tidak diketahui. Tetapi Genting bolah membahagikan saham 400 juta itu sebagai bahagian datuknya? Mungkin Genting itu akan jadi milik anak cucu Lim Goh Tong sepenuhnya dan panggu untuk Tun Noah sebagai pengerusi pengasas adalah daripada perniagaan Felda.
Dia boleh jadi begitu. Tipu daya perniagaan dan tipu daya politik sesunggahnya sama-sama ligat. Tidakkah mungkin politik Felda itu adalah satu permainan Najib untuk mempusakai kekayaan Felda?
* panggu – habuan, bahagian
UIAM batal dewan untuk program Puad Zarkashi
Harakahdaily, | 14 Sep 2012 |
GOMBAK:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membatalkan tempahan
dewan untuk program konfrens fiqh politik yang bersifat non-partisan
anjuran NGO Murshid yang dijadualkan Sabtu ini.
Pembatalan yang dibuat oleh PRO UIAM itu dikatakan dari arahan rektor UIAM tanpa apa-apa sebab.
Konfrens tersebut bakal dihadiri oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dan mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Selain mereka, turut terlibat dalam forum yang bakal dianjurkan anjuran Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) dan Dr Mohamad Abu Bakar (Universiti Malaya).
Selain mereka, turut membentang kertas kerja di konfren ini adalah Dr Zaharudin Abdul Rahman (UIAM), Dr Marslee Malek (UIAM), Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Fauwaz Fadzil, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Ia sepatutnya berjalan di Auditorium Utama, UIAM mulai jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam 15 September ini.
Pembatalan tempahan yang telah dibuat sejak dua bulan lalu itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan UIAM kepada pihak penganjur jam 9 malam tadi.
Dengan pembatalan ini bermakna satu tempat baru tempaksa dicari untuk melaksanakan program ini kerana ia telah mendapat kira-kira 800 penyertaan.

Wanita Pakatan perlu tangkis propaganda media
Hazayani Zakaria, | 14 Sep 2012 |
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, media arus perdana solah-olah tidak lagi menjalankan tanggungjawab mendidik masyarakat sebaliknya menggalakkan penyebaran berita bersifat jahat.
Mohamad membandingkan insiden remaja menunjuk punggung kepada gambar Perdana Menteri dengan senanam punggung yang dilakukan sekumpulan veteran tentera di hadapan rumah Pengerusi Bersama gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga.
Katanya, media membesarkan-besarkan isu remaja tersebut tetapi membiarkan kelakuan tidak sopan terhadap seorang wanita.
"Kita kena bekerja dengan labih kuat. Banyak yang kita kena lakukan untuk menangkis media yang cukup jahat kebelakangan ini.
"Kita tak bersetuju adegan seperti itu (tunjuk punggung) tapi media pemerintah membiarkan bahkan menggalakkan bila orang membuat tarian punggung depan rumah Ambiga.
"Lebih dasyat lagi timbalan ketua polis negara kata boleh tarian punggung itu dilakukan," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran Agenda Wanita Malaysia di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor malam tadi.
Mohamad berkata, media perlu mendidik rakyat agar peka dengan isu semasa, bukan melalui perbuatan menghina mana-mana pemimpin.
"Kita harap melalui media dan kementerian pendidikan, didiklah rakyat supaya kita berlawan atas isu rakyat, amar ma'ruf nahi mungkar, bukan lawan dengan cara pijak-meijak gambar," katanya di hadapan kir-kira 1,000 tetamu yang hadir.
Amerika...! Henti hina Nabi kami
Nazri Abdullah, Faeez Azhar, | 14 Sep 2012 |
Filem tersebut telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Kandungannya telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’.
Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.
Di Kuala Lumpur dan Selangor, himpunan berlangsung di perkarangan Masjid Amaniah, Batu Caves.
Antara pimpinan PAS yang hadir termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan Ustaz Ridhuan Mohamad Nor, Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad.
Hampir 200 orang turut menyertai himpunan itu sambil menyatakan kecaman terhadap kebiadaban penerbit Amerika itu.
Sambil melaungkan "hancur Amerika", "Hidup Islam" mereka juga membawa sepanduk bertulis "Kami sanggup mati keranamu ya Rasulullah".
Berucap pada himpunan itu, Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda PAS mendesak Presiden Amerika Barack Obama mengambil tindakan tegas terhadap pernerbit filem itu.
"Kalau dia mahu bertindak tegas terhadap penyerang Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi sehingga maut itu, kita juga dia bertindak sama kepada penerbit filem ini," katanya.
Ridhuan dalam ucapannya pula memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menghina Rasullah agar menghentikan segera perbuatan itu.
"Kita memberi amaran bahawa pemuda Islam akan bangkit dengan nyawa dan darah demi mempertahan maruah Nabi Muhammad SAW," katanya.
Beliau turut mengumumkankan satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Kedutaan Amerika pada Jumaat, 21 September ini.
Amaran sama turut dinyatakan Kamaruzaman yang mahu Amerika menarik balik serta merta filem tersebut.
Ustaz Salahudin Nasir dalam ucapannya pula mendakwa, tindakan penerbitan filem ini adalah usaha menjatuhkan Islam di saat Islam sedang bangkit di seluruh dunia.
Di Ipoh Perak, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Negeri Ipoh selepas Solat Jumaat diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
Turut hadir bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan Rasulullah itu ialah pelakon dan selebriti, Abby Abadi.
Raja Ahmad dalam ucapannya menggesa penerbit filem tersebut memohon maaf kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem ini yang membangkitkan kemarahan Umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan dimanakah kelibat badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa yang senyap dalam isu ini.
“Dimanakah NGO seperti Perkasa yang beria-ria dalam isu lain seperti politik tetapi dalam isu ini mereka senyap,” ujar beliau lagi.
Dalam nada yang sama, Abby Abby melahirkan kekesalan terhadap penerbitan filem tersebut yang disifatnya sangat melampau dan keterlaluan.
Katanya, sebagai seorang umat Islam, beliau sedih kerana seluruh umat Islam tidak bersatu untuk menyatakan bantahan kepada penghinaan ini.
“Kita sepatutnya bersatu menentang penghinaan ini dengan mengetepikan perbedeaan ideologi,” katanya dalam nada kesal.
Hadir sama ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin; Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak; Ustaz Norazli Musa dan wakil NGO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan