Selasa, 11 September 2012

BAHAM TAK BAHAM...ALLAH SAJA YANG TAHU....BEGITU JUGA DITEMPAT LAIN...MEREKA SANGGUP BAHAM HAK ORANG...MEREKA YANG BAHAM NI...TAK TAKUT SEKSAAN KUBUR DAN BALASAN AKHIRAT...MEREKA DAH READY UNTUK DIBAHAM OLEH API NERAKA ALLAH SWT

Calon Pas: 95% selesai, dapat 'restu' Majlis Syura
G MANIMARAN
11 September 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pas sudah selesai memuktamadkan calon-calon bakal diturunkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan 95 peratus daripadanya telah mendapat ‘lampu hijau’ Majlis Syura parti itu.

Sinar Harian difahamkan hampir kesemua nama dibawa ke Majlis Syura, yang mengadakan mesyuarat bulanan malam tadi, telah mendapat perkenan badan tertinggi itu.

“Boleh dikatakan Pas sudah selesai menentukan 95 peratus calonnya. Kesemua nama yang dibawa ke mesyuarat Majlis Syura telah diterima.

“Tinggal lagi dalam lingkungan lima peratus, itu pun disebabkan ada Badan Perhubungan Negeri dan kawasan masih meneliti senarai pendek mereka yang terakhir,” kata sumber kepada Sinar Harian.

Berdasarkan maklumat yang diterima ada kawasan yang menghantar tiga nama dan sesetengahnya dua nama.

Mengenai lima peratus itu sumber berkata, Majlis Syura tidak dapat memberi persetujuan melibatkan beberapa nama kerana maklumat dan butiran yang diperlukan tidak lengkap.

Kira-kira 30 peratus daripada calon yang diteliti Majlis Syura adalah wanita manakala lima peratus adalah kalangan ahli Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP).

Sumber yang dekat dengan Majlis Syura itu berkata, tiada banyak perubahan dalam senarai yang dibawa kepada Majlis Syura.

“Bermakna semua nama yang dibawa ke Majlis Syura diterima,” kata beliau sambil mengakui bahawa bukan kesemua nama berkenaan dipersetujui semalam.

“Persetujuan ini diberikan secara berperingkat... termasuk malam tadi. Tapi pokoknya 95 peratus sudah selesai,” katanya.

Difahamkan antara nama yang termasuk dalam senarai itu ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang juga Ahli Parlimen Bachok, yang menjadi perhatian sehingga semalam berhubung isu hukum hudud dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sumber itu menambah, nama-nama yang telah diberi ‘lampu hijau’ itu akan diserahkan semula kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk dipilih sebagai calon muktamad.

“Saya yakin dalam dua minggu lagi nama-nama yang telah mendapat persetujuan akan dikembalikan kepada kepimpinan pusat untuk dipilih. Biasanya Presiden parti akan memilih calon-calon akhir dengan mengadakan perbincangan bersama ahli Jawatankuasa Kerja Pusat,” kata seorang lagi sumber.

Pada 2008, Pas bertanding di 67 kerusi Parlimen dan 233 kerusi Dewan Undangan Negeri
Abil Fikri: Walau wajahnya berubah, saya tetap sayang Fauziah
Raziatul Hanum A Rajak
11 September 2012
Abil Fikri Ahmad
Abil membacakan Sinar Harian Edisi Isnin kepada isterinya, semalam. - Foto Sarinah Mat Kasim
Abil Fikri Ahmad
Abil membaca kisah hidupnya dengan isteri yang disiarkan Sinar Harian Edisi Isnin, semalam. - Foto Sarinah Mat Kasim
Abil Fikri Ahmad
Abil mencium isterinya sebagai tanda kasih yang tidak berbelah bagi. Foto Sarinah Mat Kasim
SEREMBAN –  “Saya bukan cari publisiti.” Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad. Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.

Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama ‘abil4fauziah’ sebagai diari.

Abil berkata, satu kiriman pesanan ringkas diterimanya sebelum ini cukup meruntun hatinya apabila ada pihak menuduhnya mencari publisiti atas kesengsaraan dialami isterinya.

“Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak sanggup menuduh saya sedemikian rupa,” katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya.

Dia berkata, SMS yang diterima lebih kurang berbunyi, “Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk ‘promote’ diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?”

“Saya terkilan apabila ada pihak yang menuduh saya sebegitu,” katanya dengan nada penuh kesal sambil beristighfar panjang.

Ceritanya, SMS itu diterima Jun lalu daripada insan yang tidak dikenali dan dia cuba menerangkan dengan cara baik, namun gagal.

“Saya buat blog ini atas nasihat kawan, selain saya mahu apabila dia sihat nanti, blog ini dapat menjadi tukang cerita kerana memorinya hilang sepanjang dia sakit,” katanya.

“Melalui blog yang saya kemas kini tiga hari seminggu ini juga saya dapat mengumpulkan dana untuk isteri saya. Apabila mereka membaca, sebahagian besar mereka menyumbang.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka. Dana yang saya kumpulkan untuk isteri saya tidak pernah saya salah gunakan. Semua untuk dia,” jelasnya.

Abil menambah, baju raya mahu pun kasut raya tidak dibeli sejak tahun lalu.

Katanya, Baju Melayu yang digunakan pada hari pernikahan mereka sekitar tiga tahun lalu menjadi baju Aidilfitri tahun ini.

“Saya langsung tidak membeli apa-apa keperluan untuk diri saya kecuali makan dan minum,” ujarnya.

Menurutnya, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas semua bantuan dan pertolongan yang diberikan bagi meringankan bebannya menjaga isteri tercinta

"Alhamdulillah, Tuhan bukakan pintu hati orang ramai kerana sudi membantu saya sehingga ke hari ini.

“Saya yakin, setiap kesusahan ada jalan keluar. Jika Tuhan memberi saya dugaan sebesar ini, Dia pasti akan membantu saya juga," katanya.

Kata Abil, dia tidak pernah berhenti berdoa agar Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepadanya agar dapat terus menjaga isteri dengan mudah tanpa sebarang kesulitan.

Bercakap soal raya, Abil begitu teruja menceritakan kemeriahan Aidilfitri tahun ini.

“Meskipun keadaan isteri saya begini, namun saya sangat gembira.

“Ahli keluarga semuanya pulang ke Seremban dan memasak makanan hari raya bersama-sama. Sangat berbeza dengan tahun lalu,” katanya.

Menurut Abil, tahun lalu merupakan sejarah di mana bulan Syawal ‘diiringi’ kemurungan dan kesedihan. Namun dia percaya ALLAH akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan tahun ini.

Beralih kepada topik kahwin, Abil ketawa kecil apabila soalan berkaitan diajukan.

“Kahwin lain? Kalau saya suka kahwin-kahwin, dah lama saya kahwin. Tidak perlu tunggu berumur 40 tahun baru nak kahwin,” katanya.


Cinta pandang pertama

Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.

“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.

“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya.

Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, “kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?”

Ketika itu Abil tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.

“Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia. Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit.

"Apapun, susah senang biarlah bersama. Jika ini bahagian yang perlu saya tempuh bersama isteri, saya redha. Semuanya sudah tertulis, segala perjalanan hidup saya telah pun disusun oleh ALLAH SWT. Kini, saya hanya
mengikut rentak yang telah ditentukan coraknya oleh Tuhan untuk saya dan isteri,” katanya.


Penat itu normal

Sementara itu, Abil menolak apabila rutin hariannya itu dikaitkan dengan rasa bosan, penat dan tertekan.

“Tak ada kerja di dunia ini yang tak penat. Tak kerja pun penat. Penat itu normal.

“Saya dah tahu saya akan rasa penat, muak, bosan dan tertekan, jadi saya sudah ubah perasaan itu jadi penghibur hati sejak awal. Saya kawal hati saya,” jelasnya.

Menerima pelbagai bentuk sokongan daripada orang ramai membuatkan dirinya lebih bersemangat menjalankan rutin hariannya.

“Saya semakin bersemangat setiap hari. Ada yang SMS ada yang telefon ada yang tinggal pesanan di laman sosial. Terima kasih untuk keprihatinan anda semua,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan bantuan kepada Fauziah melalui akaun Maybank  1551-7109-4087  atas nama Abil, atau menghubungi Abil ditalian 016–2634258.
Adik ketua Al-Qaeda tawar pelan damai Barat-Islam

11 September 2012
Ayman al-Zawahiri
Mohamed al-Zawahiri ditemu bual oleh CNN. - Foto ihsam CNN
KAHERAH - Sementara Amerika Syarikat (AS) menyambut ulang tahun peringatan ke-11 peristiwa 11 September hari ini, adik kepada ketua rangkaian al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, mengesyorkan rundingan damai antara Barat dan dunia Islam khususnya membabitkan pejuang-pejuang Islam.
Dalam satu temu bual eksklusif dengan CNN, Mohamed al-Zawahiri mendedahkan cadangan itu buat kali pertama.
Katanya, dia berada dalam keadaan  yang unik untuk membantu menamatkan keganasan dan kedua-dua pihak perlu berkompromi.
Mohamed berkata, selaku adik kepada Ayman, hanya dia yang boleh membawa abangnya keluar dari situasi 'tegang' semasa antara dua dunia memandangkan mereka tidak boleh dipisahkan dari sudut ideologi yang sama.
Mohamed pernah ditahan di Mesir selama 14 tahun atas beberapa tuduhan termasuk keganasan dan pembabitan dalam pembunuhan Presiden negara itu, Anwar Sadat pada 1981.
Mohamed menafikan tuduhan itu.
Selama lima tahun dia diletakkan dalam tahanan bersendirian, di sebuah bilik yang saiznya 180 x 180sm dan tempoh itu digunakan untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas dibebaskan.
Mohamed dibebaskan Mei lalu.
Katanya, dia mahu kedamaian antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
Malah katanya, dia juga telah menulis satu kertas cadangan yang menggariska terma dan syarat.
Sehubungan itu, Mohamed menawarkan dirinya sebagai orang tengah antara pejuang Islam, AS dan Barat.
"Saya tidak mewakili mana-mana kumpulan. Peranan saya adalah perantara antara mereka dan barat," katanya.
Satu sumber yang dekat dengan perundingan antara kerajaan Mesir dan pejuang di Sinai mengakui bahawa Mohamed membantu rundingan itu.
Menurut sumber itu, Mohamed dihormati oleh pejuang Islam dan kepercayaan kerajaan baru Mesir.
Mohamed berkata, usahanya berhadapan dengan risiko daripada pejuang Islam yang radikal, tetapi menegaskan dia tidak bertindak sedemikian demi kepentingan diri sendiri.
Kertas cadangan enam halaman itu antara lain mengandungi perkara berikut:
- AS dan Barat perlu berhenti daripada campur tangan di bumi milik Muslim
- AS perlu berhenti daripada terbabit dalam menentukan hala tuju pendidikan masyarakat Islam
- AS perlu menamatkan perang ke atas Islam
- AS perlu membebaskan tahanan Islam

Dalam pada itu, cadangan tersebut juga meminta pejuang Islam mengubah pendirian mereka, dengan antara lain:
- Berhenti daripada menyerang Barat dan kepentingan AS
- Melindungi kepentingan sah Barat dan AS di bumi Islam
- Berhenti daripada memprovokasi Barat dan AS
Mohamed berkata, dia pernah memberitahu pihak yang memenjarakannya mengenai cadangan tersebut, tetapi tidak dipedulikan.
"Jika idea ini berjaya, (sudah pasti peristiwa) 11 September tidak berlaku. Saya berharap peluang hari ini tidak disia-siakan," katanya lagi.
Bekas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden pernah membuat cadangan yang sedemikian pada 2004 tetapi serangan setahun kemudian di London pada 7 Julai telah membawa kepada kematian 52 orang.
Osama terbunuh dalam serangan AS pada Mei 2011 dan digantikan oleh Ayman.
Sehubungan itu, Mohamed tidak memberi jaminan bahawa keadaan antara dunia Islam dan Barat boleh dibaiki dengan segera.
"Ini satu misi yang sukar. Anda perlu bersikap logik.
"Jika anda mahu hidup aman, maka anda harus memastikan yang lain juga merasakan bahawa mereka hidup dalam aman," katanya.
Katanya, abangnya pasti akan mendengar ideanya, tetapi  sudah lebih sedekad tidak bercakap dengannya.
PRU13: Keyakinan Umno tidak goyah
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Nasir Safar
Nasir (dua, kiri) dan Mesnor (tiga, kanan) menyaksikan sumbangan daripada Tosrin (dua, kanan) kepada ayah Dinny Rayyan, Asnawi.
PONTIAN  –  Siri ceramah yang dianjurkan parti pembangkang di beberapa lokasi di Parlimen Tanjung Piai tidak sedikit pun menggoyahkan keyakinan Umno untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Datuk Nasir Safar berkata, ahli-ahli  Umno juga bersedia memastikan kerusi yang menjadi idaman pembangkang iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Kukup dan Pekan Nenas akan terus menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, pihaknya tidak bimbang dengan siri ceramah yang semakin aktif dilakukan oleh pihak pembangkang sejak kebelakangan ini.
“Perlu diingatkan, tidak bererti semakin banyak ceramah yang diadakan pembangkang, semakin banyak kepercayaan rakyat diperoleh.
“Jika mereka (pembangkang) menggunakan emosi, kami akan 'membilas' dengan fakta yang akan membuka minda semua orang,” katanya pada mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjung Piai di Dewan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat, Pontian, di sini, kelmarin.
Majlis perasmian persidangan tersebut disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjung Piai, Mesnor Bujang.
Nasir turut mengingatkan ahli Umno terutamanya golongan muda agar tidak terpengaruh dengan pelbagai andaian yang dibuat pakatan pembangkang mengenai Umno dan BN yang hanya untuk kepentingan politik semata-mata.
“Ahli Umno termasuk Pemuda diingatkan agar mengetepikan pandangan peribadi dan bersatu di saat-saat getir ini," katanya.
Dalam pada itu katanya, Pas hanya berani bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu dengan memilih  Parlimen Tanjung Piai dan Dun Kukup, berbanding Dun Pekan Nanas yang majoriti pengundi adalah kaum Cina.
“Umno tidak memandang kepada majoriti sesuatu kaum tetapi menegaskan akan bekerja keras bagi memastikan kerusi di dua Dun ini dimenangi BN,” katanya.
Sementara itu dalam majlis yang sama, sumbangan kepada adik Dinny Rayyan Asnawi, 2 tahun, dari Serkat yang menghidap penyakit jantung turut diserahkan kepada keluarganya.
Kenyataan Abdul Hadi hanya retorik politik
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Hasan Mohamed Ali
Hasan Mohamed Ali
SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bekas Timbalannya Nasharudin Mat Isa kekal sebagai ahli Pas dan ahli Majlis Syura adalah retorik politik semata-mata.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, tidak mungkin sepanjang mesyuarat itu berlangsung, isu kedudukan Nasharudin tidak disentuh, walaupun ia menjadi sebutan, sejak bulan lalu.
“Perkembangan ini adalah kemenangan moral buat Nasharudin, golongan ulama dan pemimpin muda dalam parti itu.
"Mereka boleh keluar pendapat dan pandangan dalam isu yang berkaitan dengan Islam, terutama yang menjadi pertikaian dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Ahli Parlimen Bachok itu yang masih kekal sebagai ahli Pas kerana Mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung kelmarin tidak membincangkan isu berkenaan.
Singkir ahli sabotaj elak kacau-bilau
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Ismail Sabri
Ismail Sabri (tengah) pada sidang media di Teluk Intan, semalam.
IPOH - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyokong penuh tindakan keras menyingkirkan ahli Umno yang cuba bertindak untuk sabotaj calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, tindakan itu penting kerana jika jentera parti sudah dalam keadaan siap sedia sekali pun, ia tidak akan menjanjikan kemenangan sekiranya masalah sabotaj tidak diselesaikan dalam masa terdekat.
“Masalah dalaman yang tidak diselesaikan tidak akan menjanjikan kemenangan kerana ia akan terbawa-bawa pada pilihan raya kelak malah kita boleh tumbang akibat perbuatan sabotaj ini,” katanya pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Teluk Intan, di sini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri menyatakan, ahli Umno yang melakukan sabotaj terhadap calon pada PRU13 nanti akan disingkirkan daripada parti.
Katanya, keputusan tersebut wajar kerana kesalahan yang dilakukan dianggap satu pengkhianatan dan boleh mengakibatkan kekalahan parti.
Pendapat sama turut disuarakan Ketua Umno Bahagian Batu Gajah, Datuk Yusoff Kassim pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian, semalam.
Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak BN menjadi kacau-bilau akibat perbuatan belot ahlinya sendiri.
MB Pahang: BN perlu tegas singkir ahli
NOOR AZIANTYNORMAN
11 September 2012
adnan yaakob
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob
KUANTAN – Barisan Nasional (BN) perlu lebih tegas jika menyingkirkan ahli-ahlinya yang cuba mensabotaj calon dan parti pada  Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tanpa menerima sebarang rayuan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tindakan memecat ahli atau pemimpin Umno yang terlibat dalam kegiatan mensabotaj ini perlu dilaksanakan secara tegas serta mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang rayuan berhubung perkara tersebut.
“Tindakan mensabotaj ini tidak sepatutnya berlaku dalam parti. Kalau guna api terbakar hangus, kalau guna air, rendam jadi lembut,” katanya ketika pada sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Undangan Neger (Dun) Beserah, semalam.
Katanya, sebelum ini, pernah berlaku pemecatan ahli, namun belum sampai satu penggal ahli yang terlibat sudah membuat rayuan.
“Saya harap, pucuk pimpinan pecat betul-betulserta tidak beri muka lagi kepada pengkhianat.
“Perkara ini memang biasa berlaku terutama jika sesebuah parti itu kuat. Pasti ramai ahli yang berlumba-lumba untuk menjadicalon hingga menggunakan taktik kotor,” katanya.
Dalam laporan Sinar Harian Ahad lalu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan ahli-ahlinya yang melakukan sabotaj terhadap parti dan calon pada PRU13 akan disingkirkan daripada parti.
Katanya, keputusan itu dibuat oleh pucuk pimpinan dan berharap perkara tersebut tidak berlaku hanya kerana kecewa tidak terpilihmenjadi calon.
Fokus PRU 13: Adun Chukai jawab dakwaan 'baham' tanah
RAIHAM MOHD SANUSI & W SAIDATUL FADZILAH W NAJEMUDIN
11 September 2012
Fokus PRU 13: Adun Chukai jawab dakwaan 'baham' tanah
Datuk Mohamed Awang Tera.
Fokus PRU 13: Adun Chukai jawab dakwaan 'baham' tanah
Risalah yang diedarkan Pas Chukai.
Fokus PRU 13: Adun Chukai jawab dakwaan 'baham' tanah
Mohamed memegang bebola kaca sebagai simbolik perasmian Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti 2012 Peringkat Daerah Kemaman yang diadakan di Padang Astaka, Chukai, Sabtu lalu.
Fokus PRU 13: Adun Chukai jawab dakwaan 'baham' tanah
Mohamed mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak yang mengerumuninya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau yang diadakan di Taman Sri Buyong, Chukai.
Fokus PRU 13: Adun Chukai jawab dakwaan 'baham' tanah
Mohamed bersama isteri, menyampaikan bantuan peralatan niaga kepada penerima sempena majlis berbuka puasa Dun Chukai di pekarangan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Chukai.
SELAMA dua penggal menjadi wakil rakyat, pelbagai pembaharuan dan pembangunan dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera bagi memastikan kawasan Chukai yang menjadi pusat bandar dan bandar pentadbiran bagi daerah Kemaman terus maju.

Seiring dengan itu, aktiviti kemasyarakatan juga sentiasa dilakukan beliau namun pada masa sama turut berlegar isu ‘panas’ berkaitan kepimpinan beliau yang menjadi persoalan rakyat.

Sehubungan itu, Sinar Harian menyorot beberapa aktiviti terbaru yang diadakan wakil rakyat anak watan Terengganu ini dan menyingkap isu ‘panas’ yang menjadi buah mulut ramai.

Pembangkang edar risalah

ISU tanah kepada wakil rakyat tidak perlu dipertikaikan!

Itu penegasan Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera kepada pembangkang yang cuba membangkitkan isu tersebut kepada rakyat.

Isu berkenaan menjadi topik hangat di kawasan Chukai belakangan ini apabila pembangkang mengedarkan risalah yang mendakwa Mohamed ‘baham’ tanah.

Mohamed bagaimanapun tidak menafikan beliau memperoleh tanah daripada Kerajaan Negeri tetapi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang yang cuba memprovokasi rakyat seolah-olah beliau mendapat tanah dengan cara tidak betul.

Beliau menegaskan, tanah seluas dua hektar di Mukim Banggol bagi tujuan penanaman kelapa sawit itu diperoleh dengan kelulusan Kerajaan Negeri sebagai anugerah kepada wakil rakyat, sebagaimana 12 Adun yang memperoleh anugerah sama sebelum ini.

“Isu ini telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) beberapa bulan lalu dan perkara itu telah pun dijelaskan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri.

"Sebelum saya pun, kira-kira 12 Adun telah pun mendapat tanah pertanian atau lot tapak rumah. Saya adalah wakil rakyat terakhir yang mendapat tanah daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Pada Sidang Dun April lalu, Ahmad menegaskan, kesemua tanah yang diluluskan kepada beberapa wakil rakyat BN sebelum ini bukanlah satu bentuk penipuan atau penyelewengan, sebaliknya telah diluluskan Kerajaan Negeri secara beretika.

Antara wakil rakyat yang telah diluluskan permohonan tanah adalah Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail; Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar; bekas Adun, Datuk Mohamad @ Abu Bakar Ali; Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Mat Zain; Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad; Adun Batu Rakit, Khazan Che Mat; Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman; Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Adun Kemasik, Ir Rosli Othman.

Mohamed bagaimanapun kecewa dengan sikap pembangkang apabila risalah yang diedarkan pihak terbabit menggunakan istilah kasar seolah-olah beliau menggunakan jalan tengah untuk mendapatkan tanah tersebut.

Apa yang jelas katanya, risalah terbabit berniat menghentamnya, memandangkan hanya beliau satu-satunya wakil rakyat yang disebut dalam isu tanah itu walaupun diberikan Kerajaan Negeri melalui saluran dan prosedur yang betul.

Timbul demi agenda peribadi

MOHAMED yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri juga mendakwa individu yang cuba memburukkan beliau melalui isu tanah itu mempunyai agenda peribadi.

Tanpa berselindung, beliau percaya tindakan itu didalangi Pengarah Majlis Tindakan Dun Chukai, Hanafiah Mat kerana individu itu berhasrat menjadi calon dan ingin mencari kelemahan beliau memandangkan tiada isu lain untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) khusus di Chukai.

“Saya fikir Hanafiah yang bangkitkan perkara ini berulang kali kerana mahu menjadi calon. Jadi dia membangkitkan perkara peribadi kerana tiada isu. Lagipun dia hanya bangkitkan saya seorang, tidak wakil rakyat lain,” katanya.

Hanafiah merupakan pencabar beliau di kerusi Dun Chukai pada pilihan raya umum 2008 tetapi berjaya ditewaskan dengan majoroti 769 undi.

“Apabila dia kata baham tanah, maknanya saya ambil tanah dengan cara haram sedangkan saya mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Exco. Dia juga mengatakan tanah tersebut bernilai RM3 juta. Kalau benar bernilai sedemikian, saya jual sahaja tanah kepada Hanafiah,” katanya sinis.

Risalah tersebut turut menyelitkan salinan sedutan Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Beliau menjelaskan, sikap Hanafiah tidak lain tidak bukan bertujuan mencari silap beliau, sedangkan dasar mengenai perkara itu telah pun wujud di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan Hanafiah sebagai terlalu taksub dan terdesak untuk menjadi calon.

Pada masa sama katanya, dasar yang dilaksanakan Kerajaan Negeri bukan hanya berlaku di Terengganu, malah turut dilaksanakan di beberapa negeri lain seperti Johor dan negeri Pakatan Rakyat iaitu Selangor.

Beliau menjelaskan, sebagai wakil rakyat, sumbangan mereka juga turut diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri yang memberi keistimewaan tertentu kepada wakil rakyat.

“Begitu juga Menteri Besar yang menerajui pentadbiran negeri turut mendapat keistimewaan tertentu seperti kereta percuma dan perubatan percuma yang juga boleh dinikmati semua Adun, isteri dan anak-anak.

“Dari segi perubatan percuma, Adun Batu Burok (Pas), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi turut menggunakan perkhidmatan tersebut ketika anaknya sakit sebelum ini dan perkhidmatan ini boleh dinikmati oleh wakil rakyat di semua hospital, sama ada di luar Terengganu atau luar negara.
“Begitu juga dengan soal tanah. Inilah dasar tanah yang ada di negeri ini dan keistimewaan yang boleh dinikmati wakil rakyat,” katanya.

Nafi tidak dahulukan rakyat

Mohamed turut menyedari isu itu cuba ditonjolkan untuk menjelaskan kepada rakyat Chukai bahawa beliau tidak mendahulukan rakyat sebagaimana slogan negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, isu tersebut dimainkan kerana pembangkang takut dengan apa yang telah dilakukan pihak kerajaan di kawasan tersebut memandangkan hak rakyat, terutama soal tanah terlebih dahulu diberi perhatian sebelum beliau sendiri membuat permohonan tanah daripada Kerajaan Negeri.

Beliau menjelaskan, telah banyak usaha dilakukan untuk menyelesaikan urusan tanah di kawasan tersebut termasuk meneruskan kesinambungan sejak zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

“Kita banyak menyelesaikan masalah tanah seperti Tanah Perpindahan Mat Lagam, Tanah Perpindahan Geliga, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Paya Berenjut, RTB Mat Lagam 1, RTB Mat Lagam II, RTB Pertanian Bukit Hangus dan RTB Kampung Jaya.

“Pada zaman Pas, tiada satu pun yang dia buat tetapi suka menimbulkan isu kepada rakyat sahaja. Berbanding BN, rakyat biasa pun dapat dan wakil rakyat pun dapat,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan Hanafiah bersikap tenang jika mahu menjadi wakil rakyat, menjaga etika, tidak bertindak sembarangan serta tidak menggunakan perkataan kasar untuk mencari kelemahan pihak lain.

“Kalau dia ada fakta betul, dia sebutlah. Kita tidak marah tetapi cara yang dilakukan itu tidak ‘gentleman’. Macam mana dia nak bela rakyat kalau dia guna perkataan sedemikian dan kemukakan fakta yang tidak betul kepada rakyat,” katanya.

Perlu siasat dalang

BELIAU turut meminta perkara itu disiasat kerana lampiran MMKN dalam risalah yang diedarkan pembangkang berhubung keputusan Mesyuarat Exco itu telah dibocorkan pihak tertentu dan tidak menolak wujud dalang yang cuba ‘menyeludup’ rahsia kerajaan kepada pihak tertentu.

“Apabila maklumat yang diperoleh sama dengan fail kerajaan, ia sudah menjadi kesalahan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi sepatutnya perkara ini perlu disiasat termasuk Pejabat Tanah dan Galian berhubung bagaimana maklumat yang didedahkan itu sama.

“Kita tiada masalah kalau rakyat tahu berhubung kelulusan tanah kepada wakil rakyat tetapi kalau maklumat yang keluar itu menyamai 100 peratus sebagaimana dalam fail, itu sudah menjadi kesalahan.

“Selepas ini kerajaan perlu disiasat supaya apa yang diperkata dalam Mesyuarat Exco tidak bocor, mungkin ada dalang dalam jabatan kerajaan. Kalau mahu dedahkan perkara ini, janganlah sampai bocorkan sampai begini sekali,” katanya.

Timbulkan kemarahan rakyat

DAKWAAN Pas perihal Mohamed yang menerima tanah seluas dua hektar di kawasan Mak Lagam, Mukim Banggul nyata telah menimbulkan kemarahan rakyat termasuk kaum Tionghoa kerana ia tidak selari dengan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang dicanang Kerajaan Negeri.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata, seharusnya keutamaan pemberian tanah perlulah diberikan kepada rakyat dan bukannya wakil rakyat.

“Pemberian dan kelulusan tanah kerajaan kepada Adun BN Terengganu membuktikan bahawa slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ yang dilaung-laungkan Umno dan BN adalah slogan kosong semata-mata.

“Pemimpin Umno dan BN telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dengan menggunakan kelebihan mereka sebagai Adun bagi mendapatkan tanah yang lebih luas daripada apa yang diberikan kepada rakyat umum. Isu ini turut dibangkitkan dalam Sidang Dun sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Chukai, Jumaat lalu.

Menurutnya, perkara itu amat mendukacitakan kerana wakil rakyat adalah ibarat sebatang pohon rendang yang seharusnya menaungi rakyat dahulu melebihi kepentingan diri sendiri.

Berikutan itu, Pas Dun Chukai turut mencetak perkara itu dalam risalah untuk diagihkan kepada rakyat pada majlis rumah terbuka berkenaan.
Berpandukan risalah itu, tercatat kelulusan permohonan tanah kepada Adun Chukai yang dikeluarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 18 April 2012.

8,000 serbu majlis rumah terbuka bukti sokongan rakyat

SEMENTARA itu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera pada tahun ini jelas menggambarkan konsep 1Malaysia apabila kira-kira 8,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri pekarangan kediaman beliau di Taman Sri Buyong pada 6 September lalu.

Mohamed berkata, kunjungan ribuan rakyat itu menggambarkan negeri makmur dan rakyat menyokong kerajaan.

“Saya lihat sambutan hari raya di semua tempat pada tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun lalu dan ini menunjukkan bahawa rakyat bergembira.

"Kalau rakyat susah hati, mereka tidak akan sambut perayaan dan tidak rancak untuk mengunjungi rumah terbuka perayaan seperi sekarang,” katanya pada majlis berkenaan.

Pada majlis tahun lalu, jumlah tetamu yang datang antara 5,000 hingga 6,000 dan pada tahun ini kehadiran menunjukkan peningkatan sekali gus beliau dapat bersama-sama rakyat berkongsi kenikmatan Syawal.

Selain berjabat tangan dengan hampir keseluruhan tetamu yang datang, beliau bersama-sama kakitangan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Chukai turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak selain pelbagai juadah raya disajikan seperti sate, nasi dagang, tapai dan ketupat.

Tarik sokongan Cina

SEMENTARA itu, Mohamed ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Dun Chukai pada Ramadan lalu berkata, pihaknya akan mengenal pasti masyarakat Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU 2008.

Katanya, ketika itu ramai orang Cina tidak menyokong BN selain ramai yang tidak keluar mengundi menyebabkan undian kaum Tionghoa merosot.

“Insya-ALLAH kita akan laksanakan program untuk kenal pasti kembali pengundi Tionghoa melalui badan bukan kerajaan (NGO) Cina agar mereka kembali menyokong BN,” katanya pada majlis yang diadakan di pekarangan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Chukai.


Biodata

Nama Penuh: Datuk Mohamed Awang Tera.
Tarikh Lahir: 11 November 1950.
Tempat Lahir: Kuala Terengganu.
Isteri: Toh Puan Wan Zaharah Wan Yahya.
Anak: Sembilan Orang.
Pendidikan: Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) serta merupakan seorang Felo di ‘Chartered Institute of  Logistics & Transport’.
Alamat Tempat Tinggal: Taman Sri Buyong, Jalan Bukit Mentok, Chukai, Kemaman.
Guan Eng: DAP tidak bimbang unsur sabotaj
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak bimbang dengan kewujudan unsur sabotaj dalam parti seperti yang didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah terbaik untuk menghindari unsur sabotaj berlaku adalah dengan mewujudkan akta lompat parti yang disyorkan sebelum ini.

“Masalah sabotaj adalah isu dalaman Umno. DAP tidak risau kerana perkara itu tidak akan terjadi sekiranya akta anti lompat parti dikuatkuasakan.

“Sebab itu saya bertegas mahu akta ini segera dilaksanakan supaya amalan membeli pemimpin tidak berlaku,” katanya kepada media di majlis Rumah Terbuka Pas, di sini, semalam.

Kelmarin, Muhyiddin memberi amaran kepada ahli dan pemimpin Umno yang didapati  sabotaj parti dan calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan dipecat.
Nasha beri pengaruh positif
Wartawan Sinar Harian
11 September 2012
Shamsul Amri Baharuddin
Shamsul Amri Baharuddin
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, mempunyai pengaruh kuat pada akar umbi dan pasti memberi kesan positif sekiranya beliau kekal dalam Pas.
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, Nasharudin merupakan ulama Pas yang boleh membawa parti itu ke tahap tertinggi.
Menurutnya, Pas akan terus dihormati berdasarkan pengaruh dan kredibiliti yang beliau miliki.
"Jika Nasharudin dikekalkan, parti itu tidak akan menghadapi impak negatif, sebaliknya, kehadiran Nasharudin boleh mengelakkan dominasi (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap parti tersebut.
"Kehadiran beliau sangat penting untuk menolak pengaruh Anwar. Pas hari ini bukan lagi satu parti akibat penggabungan bersama Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, kelantangan Nasharudin sebelum ini hanya disebabkan beliau mahu melihat Pas terus dihormati sebagai parti yang berjuang di atas landasan Islam.
"Dengan adanya parti komponen dalam PR menyebabkan Nasharudin tidak disukai. Jika tiada orang seperti Nasharudin, mungkin selepas ini Pas akan menjadi Parti Keadilan Rakyat Melayu atau Parti Keadilan Rakyat Islam yang mahu dicipta Anwar.
"Oleh itu, Pas akan lebih teguh jika terus mengekalkan Nasharudin sebagai ahli. Sebaik-baiknya beliau diberi jawatan tinggi," katanya.

Tiada ulasan: