Ahad, 16 September 2012

PIHAK DIA..TAK JEJAS...TAK BERFUNGSI DLL...KALAU PIHAK MUSUH...RIUH SEKAMPUNG@SENEGARA...CANANG BERHARI2

500 siswa berarak tuntut p'raya kampus bebas
  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:20PM Sep 16 2012
 
Seramai kira-kira 500 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.

student protest on malaysia day 160912 07Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku.
Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK".

student protest on malaysia day 160912 06Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa".

Turut kelihatan maskot bagi Pro-Mahasiswa - 'Mat Gempak'.

Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak.
Anggota keselamatan itu cuma memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas.
800 siswa berarak tuntut p'raya kampus bebas
  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:20PM Sep 16 2012
 
Seramai kira-kira 800 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.

student protest on malaysia day 160912 07Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, melalui Jalan Raja Laut.

Sebelum berarak, kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku.

Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK".

student protest on malaysia day 160912 06Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa".

Turut kelihatan, maskot bagi Pro-Mahasiswa- 'Mat Gempak'.

Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak.

Anggota keselamatan itu turut memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas.

student protest on malaysia day 160912 17Perarakan ini antaranya disertai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI).

Setibanya di kawasan pusat membeli-belah Sogo, kumpulan siswa berkenaan duduk dan mendengar ucapan daripada pimpinan pelajar yang hadir kira-kira 30 minit.

Kumpulan itu kemudiannya meneruskan perarakan melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju Dataran Merdeka di mana kumpulan itu membawa 'Deklarasi Mahasiswa' beramai-ramai dan menyanyi lagu Negaraku sebelum bersurai pada jam kira-kira 4.15 petang.

Pada sidang media selepas perarakan ini, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata tindakan yang diadakan hari ini adalah bersempena Hari Malaysia dan menuntut agar enam tuntutan pihaknya dilaksana sebelum pilihan raya kampus diadakan.

student protest on malaysia day 160912 12"Kita minta agar enam tuntutan ini dilaksanakan. Walaupun pilihan raya kampus semakin hampir, kita tetap akan desak. Apa yang kita nak buat ini bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa akan datang," kata Edikoup.

Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon.

student protest on malaysia day 160912 11Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kesalahan yang dilakukan siswa berkenaan dalam perarakan hari ini.

"Kita akan siasat. Ada dua kesalahan. Pertama tidak beritahu polis untuk mengadakan perhimpunan dan kedua kerana mengadakan protes di jalanan. Semua ini akan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," kata Zainuddin.
Dr Asri: Saya lebih suka negara sekular jika...
  • Abdul Rahim Sabri
  • 10:21AM Sep 16 2012
 
Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau lebih suka menerima konsep negara sekular berbanding negara yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.
Tegas profesor pelawat Universiti Oxford itu lagi, golongan agama "nampak buruk" apabila kumpulan tersebut menggunakan agama sebagai alat politik.

"Politik dan agama memang patut bergabung, kerana agama membimbing politik. (Tetapi apabila) agama dijadikan alat politik, saya lebih rela (terima) negara sekular.

"Saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik. Kalau agama itu digunakan untuk kepentingan politik, sekurang-kurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik saja.

"Apabila orang buat salah, dan menghalalkan kesalahan itu atas nama Allah, lebih baik pisahkan sahaja," katanya.

Dr Asri menegaskan beliau lebih suka negara barat yang tidak menggunakan nama tuhan, daripada negara yang menggunakan nama tuhan sehingga tuhan itu kelihatan zalim.

"(Tuhan) kelihatan macam menghalalkan kesalahan. Sebab itu berhati-hati dalam fatwa-fatwa agama," katanya.

Beliau mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.

Laporan berkenaan memetik pandangan seorang guru pondok yang antara lainnya menyatakan bahawa DAP  "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Berucap dalam sesi penggulungan di Konvensyen Fiqh Siasah di Shah Alam lewat petang semalam, Dr Asri berkata, beberapa ahli parlimen DAP Pulau Pinang menemui beliau berhubung isu berkenaan.

Beliau menjelaskan, sekalipun guru agama itu  "memakai serban dan mempunyai pondok", tetapi guru tersebut belum berhak untuk "membuat keputusan yang besar" seperti itu.

"Ada akibat besar, bila kata orang kafir harbi ni... Dr Yusuf Qaradhawi cakap negara kafir harbi negara Israel sahaja, Amerika tidak termasuk kerana terlibat dengan perjanjian PBB dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, kenyataan guru pondok berkenaan akan menyebabkan pengundi sukar membuat keputusan apabila ia "diruncingkan" lagi menjelang pilihan raya.

"Bagi orang Melayu, mengikut analisis pilihan raya, antara perkara yang akan mempengaruhi mereka adalah isu agama dan bangsa

"(Bila) orang besar agama kata, tak boleh dia kata salah, dah tak boleh buat keputusan dah," katanya sambil menggesa agamawan lebih memberi pandangan alternatif kepada rakyat.
Mat Sabu: Walau marah, jangan cerca agama lain
  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:14PM Sep 16 2012
 
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan supaya umat Islam tidak mencerca agama lain dalam menyatakan kemarahan atas penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW.
Tegasnya, kemarahan tersebut hanya perlu ditujukan kepada pembikin filem yang dianggapnya "cukup menjijikkan" dan terhadap Amerika Syarikat yang melindungi individu yang betanggungjawab terhadap filem itu.

"Jangan membalas dengan mencerca dan menghina agama lain. Kemarahan kita tertumpu kepada orang yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Jangan ada unsur-unsur untuk menghina agama lain sama ada Hindu, Buddha, Toisme atau Kristian. Ia bukan ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Malaysikini hari ini.

Mohamad yang juga pengerusi biro demokrasi dan mobilisasi PAS pusat mengulas reaksi umat Islam ekoran sedutan filem itu di Youtube, telah membangkitkan kemarahan mereka di seluruh dunia sehingga berlaku demonstrasi di beberapa buah negara Islam antaranya di Mesir, Libya dan Sudan.

Malah sebelum ini juga pemimpin PAS, Umno antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengecam penerbitan filem tersebut.
Kerajaan mengumumkan  akan menyekat penyiaran filem itu yang jelas menghina agama Islam.

Mengulas lanjut, Mohamad mendesak supaya kerajaan Amerika Syarikat memohon maaf kepada umat Islam seluruh dunia memandangkan sebelum ini ada insiden yang menghina Islam antaranya membakar al-Quran.

"Ia tidak sepatutnya terjadi di negara itu... Amerika perlu memohon maaf dan menghapuskan filem-filem yang seperti itu (selepas ini)," katanya.

Mohamad yang pernah ditahan bawah ISA berkata Pemuda PAS dijangka mengadakan perhimpunan membantah tindakan penyiaran filem itu selepas ini.

Perkara yang sama juga disuarakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil, Jumaat lalu, yang mahu mengadakan perhimpunan yang lebih besar di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat dan menghantar memorandum bantahan jika tiada tindakan dibuat.
Noh pelawa lapor isu eksport sarang burung pada SPRM
  • Bernama
  • 11:52PM Sep 15 2012
 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pakatan pembangkang boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu monopoli dalam saluran pengeksportan sarang burung walit ke China.

Beliau berjanji tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan.

Bagaimanapun, katanya, sesiapa yang membuat laporan palsu boleh didakwa.

Noh berkata demikian selepas menerima memorandum daripada Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit SeMalaysia Lim Lai Soon, yang diiringi Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan DAP Ng Suee Lim, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tanjung Karang Mohd Yahya Mat Sahri dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin di Tanjong Karang.

Memorandum itu mendakwa terdapat monopoli dalam saluran pengeskportan sarang burung ke China dan syarat seperti penggunaan pengenalan frekuensi radio (RIFD) merupakan muslihat pegawai tertentu kementerian dengan sekumpulan peniaga sarang burung.

Noh turut membidas tindakan tiga pemimpin pembangkang yang didakwa cuba mempolitikkan isu itu sedangkan kerajaan berhempas pulas berunding dengan Beijing bagi mendapatkan kelulusan mengeksport.

Katanya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri telah ke China dalam usaha mendapatkan kebenaran Beijing agar sarang burung dari Malaysia dibenar memasuki negara itu.

Beliau juga telah menulis surat kepada menteri berkaitan di China seperti yang dijanjikan ketika pertemuan dengan 22 wakil industri sarang burung yang berlangsung selama enam jam di Putrajaya pada 30 Ogos lepas.

Antara permintaan Malaysia ialah kerajaan China tidak menghadkan penggunaan RFID kepada sarang burung dari negara ini sebaliknya boleh juga menggunakan kaedah lain seperti kod bar dan kebenaran mengeksport sarang burung mentah serta belum dibersihkan.

Bagaimanapun, Noh berkata sesiapa sahaja boleh mendapat lesen mengeksport asalkan sarang burung mendapat pengesahan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Beliau juga berkata cadangan penggunaan RIFD hanya untuk pengeksport bukan penternak burung walit, dan ini menunjukkan masih ada yang tidak faham berhubung isu ini walaupun pengumuman telah dibuat beberapa kali.

- Bernama
PKR tuntut Najib tunai janji Hari Malaysia
  • Abdul Rahim Sabri
  • 12:41PM Sep 16 2012
 
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenuhi janji kerajaan untuk memansuhkan ISA tahun lalu dengan membebaskan tahanan yang masih dikurung bawah akta tersebut.

Bercakap dalam satu forum di Shah Alam semalam, Rafizi berkata penahanan berkenaan menunjukkan Najib sering membuat janji tetapi masih ada belum ditepatinya.

"Saya minta Najib supaya membebaskan tahanan ISA. Sudah cukup masa untuk beliau hapuskan ISA yang diumumkan menjelang 16 September tahun lalu.

"Esok (hari ini) masih ramai lagi tahanan ISA yang masih merengkok dalam penjara dan tidak tahu nasib mereka  di Kamunting," katanya dalam forum"Negara Berkebajikan: Analisis, Realiti dan Praktikaliti" di Shah Alam semalam.
Forum berkenaan merupakan sebahagian daripada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
Najib membuat pengumuman untuk memansuhkan ISA semasa perutusan khas sempena Hari Malaysia, tahun lalu.
Rafizi turut mencabar Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, yang turut menjadi panelis forum tersebut, supaya mengingatkan Najib berhubung akta yang dijanjikan beliau untuk dimansuhkan sejak tahun lalu.
Rafizi berkata, Puad sebelum ini memuji keberanian Najib yang juga presiden Umno untuk menghapuskan akta kontroversi itu sekalipun ada pemimpin Umno yang didakwanya mempertikaikan keputusan itu.

Puad yang juga ketua Umno bahagian Batu Pahat sebelum ini berkata, Najib menghapuskan akta tersebut selepas yakin rakyat menerima proses transformasi yang dibuat oleh kerajaan.

Rafizi turut mengulas usaha kerajaan BN dalam isu kebajikan dengan membandingkan langkah penswastaan universiti dan juga tawaran pendidikan percuma oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau menentang penswastaan universiti kerana ia menyebabkan berlakunya "kepincangan dan herotan" yang menurutnya menzalimi rakyat berpendapatan rendah di luar bandar.

"Dalam tempoh (hampir) 20 tahun ia dizahirkan kerosakannya kepada rakyat... Sistem ini menyusahkan rakyat tanpa memberi keupayaan (mereka) untuk berkembang.

"Apabila universiti diswastakan, dikronikan tetapi ia dibiayai dan ditanggung oleh rakyat dan akhirnya generasi anak muda sehingga mati, masih lagi berhutang," katanya.

Sementara itu, Puad yang juga anggota majlis tertinggi Umno pula mempersoalkan dokumen negara berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS dalam muktamar parti itu sebelum ini.

Beliau menganggap dokumen tersebut sebagai satu "eskapisme" PAS kerana tidak lagi menggunakan istilah-istilah yang dipakai oleh parti itu sebelum ini seperti negara Islam dan perlembagaan Islam.

"(Atau) sama ada ia (dibuat) kerana mengalah kepada DAP atau mungkin lebih realistik sebagai satu referendum (kepada rakyat) untuk melakukannya," katanya.

Seorang lagi panelis, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun mempertahankan manifesto berkenaan yang disifatkannya "mendahului gerakan Islam yang lain di dunia".

Katanya, dokumen tersebut mendahulukan tatakelola pentadbiran yang baik untuk berdepan dengan "kebejatan politik, sosial, ekonomi jurang kekayaan serta hutang kerajaan pusat."

"Ia juga membela daripada pencabulan hak asasi manusia, kebejatan sosial, keruntuhan akhlak... Ia mengangkat satu penyelesaian secara syumul untuk menggantikan dasar 55 tahun daripada kerajaan yang telah lama memerintah.

"Ia respon kepada model jalan penyelesaian BN... Ini bukan retorik," katanya sambil menambah dokumen tersebut cuba mengangkat pemerintahan yang berpijakkan kepada keadilan bagi menangani ketidakadilan ekonomi, politik dan sosial serta alam sekitar.

Selain itu, forum itu turut dipanaskan dengan dengan ulasan panelis berhubung isu air di Kelantan, isu pembinaan loji rawatan Langat 2 dan air percuma di Selangor dan kempen penurunan harga kereta.
Bekas timbalan menteri BN sertai PKR
  • Bernama
  • 1:39PM Sep 16 2012
 
Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong menyertai PKR untuk meneruskan perjuangannya dalam arena politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat Tuaran malam tadi.

Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu. Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada sebelah pagi semalam, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR di Labuan.

Sebelum ini, Lajim dan Bumburing menyatakan sokongan terhadap perjuangan pakatan pembangkang di Sabah.
Pemimpin Pakatan tandatangan Deklarasi Kuching
7:26PM Sep 16 2012  
Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963.
Deklarasi berkenaan ditandatangani ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang ini.
Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.
Tokoh BN masuk PKR tak jejas parti, kata Musa Aman
  • Bernama
  • 5:23PM Sep 16 2012
 
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap BN di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PKR.

"Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di Beaufort hari ini.

Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu. Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran.

Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

Musa berkata kerajaan BN akan terus membangunkan negeri ini demi kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa meminta rakyat Beaufort menyokong sesiapa sahaja calon yang dikemukakan pucuk pimpinan parti pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau wakil rakyat daripada parti pembangkang...apa gunanya. Banyak tempat yang diwakili pembangkang tidak dapat berbuat apa-apa sebab tiada peruntukan dan tidak boleh berjumpa Perdana Menteri.

"Kalau wakil rakyat BN, Perdana Menteri ialah Pengerusi BN dan Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri...senang berbincang. Jadi ini penting kita pastikan wakil rakyat BN supaya pembangunan dapat diteruskan di seluruh Sabah," katanya.

Parlimen Beaufort kini disandang bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Musa berkata pakatan pembangkang yang memerintah di empat buah negeri kini ketakutan kerajaan BN akan mengambil alih kuasa di negeri-negeri berkenaan.

"Sekarang mereka datang ke Sabah berlagak umpama mengajar itik berenang. Sebenarnya rekod pencapaian kerajaan BN di Sabah jauh lebih baik. Keadaan politik di tempat mereka kini terumbang-ambing dan kucar-kacir. Misalnya di Selangor...di sana sini ada masalah termasuk masalah air.  

"Mereka juga menabur pelbagai janji yang tidak masuk akal. Saya sebagai Menteri Kewangan Negeri tahu Malaysia akan muflis jika semua diberi secara percuma. Ini satu pembohongan besar pembangkang...ini tidak betul," katanya.

Musa turut mempersoalkan :"Kalau semua diberikan percuma, mana untuk pembangunan? Sebagai contoh, di Sabah sahaja kerajaan negeri membayar emolumen atau gaji penjawat awam negeri sekitar RM700 juta setahun."

Beliau berharap rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan janji manis pembangkang yang terdesak meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13.

- Bernama

Tiada ulasan: