Jumaat, 14 September 2012

YANG SALAH TU JELAS...YANG BETUL PUN JELAS...CUMA KITA NAK MENANG ATAU NAK RASA BETUL SAJA...WALAUPUN KITA TAHU YANG KITA BUAT ITU CONFIRM SALAH@TAK BETUL TETAPI KITA KATA BETUL DAN TAK MAHU MENGAKU SALAH

Himpunan Munajat dan Bantahan terhadap Filem yang menghina Rasulullah saw
Posted on Thursday, September 13 @ 23:27:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Penerangan PAS
Himpunan Munajat dan Bantahan terhadap Filem yang menghina Rasulullah saw di seluruh negara hari ini JUMAAT 14/9/2012 sejurus selesai solat Jumaat :



a] Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan

b] Selangor dan Wilayah di Masjid amaniah, Batu caves

c] Perak di Masjid Negeri Ipoh

d] Sabah di Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu

e] Penang : Masjid Permatang Janggus

f] Sarawak di Masjid Bintulu

g] Terengganu di Masjid Rusila

h] Melaka , Kedah , N9 sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut . 


 Pelajar sebuah IPT berdepan masalah air sejak Jun
Posted on Friday, September 14 @ 04:18:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"14 September 2012,  KUANTAN- “Sukarnya untuk mendapat sebaldi air,” itulah antara keluhan mahasiswa di sebuah asrama institusi pengajian tinggi (IPT) apabila terpaksa berdepan dengan masalah ketiadaan air sejak Jun tahun lalu.

Kira-kira 80 penghuninya kini seperti ‘masyarakat nomad’ yang terpaksa bergantung pada kemudahan air di masjid atau asrama lain. 
Seorang penghuninya tampil mewakili rakan lain walaupun sedar risiko dikenakan tindakan kerana tidak tahan dengan masalah yang berlaku sejak sekian lama yang turut mengganggu pelajaran dan kehidupan harian mereka di asrama. 
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wani mendakwa, sudah banyak kali masalah itu diadukan kepada mereka yang sepatutnya membawa perkara ini kepada pengurusan namun kini masih tiada sebarang perubahan. 
“Kami takut akan dikenakan tindakan tetapi sampai bila harus berdepan dengan masalah yang sepatutnya bukan kami yang tanggung. Kami ke sini untuk belajar dan bukan menanggung masalah ini. “Kami tidak tahu sama ada perkara ini sampai ke pihak atasan atau tidak tetapi sehingga kini status kerosakan masih tidak diketahui malah tidak nampak ada penyelenggaraan,” katanya. 
Lebih menjijikkan, katanya, sistem aliran najis juga tidak teratur mengakibatkan mangkuk tandas melimpah dan mengotorkan ruangnya. 
“Kami tidak tahan dengan bau busuk tetapi terpaksa kerana pelajaran perlu diteruskan,” katanya. Setiap hari, katanya, pasti ada penghuni yang muntah kerana bau busuk najis mendap yang melimpah jika ada pengguna menggunakan tandas di tingkat dua. 
Dakwanya, ada mahasiswa yang tidak sanggup menghuni Blok E dan berpindah ke Blok C pada semester kedua dengan harapan ‘seksa’ itu berubah tetapi keadaan masih sama dan terpaksa menunggu sehingga lebih satu jam untuk sebaldi air. 
Katanya, ada ketika, mereka seperti orang Nomad kerana mandi di masjid di kampus itu namun terpaksa juga berhadapan dengan masalah sama jika terlalu kerap ke situ. Mahasiswa itu juga mendakwa, hasil perjumpaan bersama pihak pengurusan asrama, mereka dimaklumkan masalah itu di bawah tanggungjawab sebuah syarikat pembersihan. 
Sebagai mahasiswa yang mahu menumpukan kepada pelajaran, katanya, hasrat itu juga sukar kerana ada penghuni yang menghadapi masalah penghadaman akibat terpaksa menahan ‘hajat’ pada waktu malam untuk ke tandas bilik kuliah pagi esoknya. Katanya, memang melucukan tetapi perkara tersebut perlu dipandang serius kerana penghuni turut berhadapan dengan masalah kelaparan. 
“Pernah sekali kami tidak menjamah nasi sehingga dua hari kerana kantin di sini memasak dalam kuantiti sedikit. Dalam tempoh itu, kami hanya menjamah mi segera,” katanya. 
- SINAR HARIAN
 

 4 Pilihan Buat Perokok
Posted on Friday, September 14 @ 03:22:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"Memang sukar seseorang yang sudah terjebak dengan tabiat merokok untuk melepaskan tabiat yang buruk itu.  Walaupun begitu, ada juga yang telah berjaya keluar 100% atau mengurangkan tabiat merokok.  Tahniah buat golongan ini.  Antara faktor utama yang membuatkan mereka beriltizam meninggalkan tabiat buruk merokok itu ialah:
  1. Faktor agama.  (Merokok telah difatwakan haram oleh jumhur ulama  dan institusi-institusi mufti)
  2. Faktor kasih kepada orang yang tersayang.
Saya ada menulis tentang hal tersebut di sini:
Buat seseorang yang masih lagi terlibat dengan tabiat merokok, mereka tidak dapat lari 4 pilihan ini setiap hari, iaitu:

 
 Pilihan untuk perokok.
1)  Merokok dan membiarkan asap terhidu oleh orang lain.
Saya berasa sangat kecewa dan bercampur marah apabila ada para perokok yang merokok di tempat-tempat awam (contohnya restoran dan perhentian bas), terutama apabila ahli keluarga saya terpaksa menghidu asap-asap rokok yang dihembuskan para perokok.  Bagi saya, golongan seperti ini sangat mementingkan diri sendiri, tidak peka terhadap keperluan orang lain dan tidak bertanggungjawab.

Jika mereka memilih untuk merokok dan membiarkan asap terhidu oleh orang lain, perbuatan merokok mereka bukan sahaja berdosa kerana memudharatkan diri sendiri dan pembaziran, bahkan menempah dosa yang banyak kerana menzalimi orang lain.  Bagaimana orang lain boleh terzalim?
  • Asap rokok boleh memudharatkan orang lain.
  • Asap rokok menyebabkan udara yang bersih menjadi tercemar.
  • Asap rokok menyebabkan keselesaan orang lain terganggu.
  • Asap rokok menyebabkan orang lain marah.
  • Asap rokok menyebabkan si perokok dikutuk dan dikeji oleh orang yang terpaksa menghidu asap beracun tersebut.
  • Dan lain-lain lagi.
Hasilnya, si perokok boleh mendapat dosa yang banyak sekali.  Iaitu dosa merokok dan dosa menzalimi orang lain.  Si perokok boleh pilih pilihan yang ini jika dia mahu.

2)  Merokok dan memastikan asap tidak terhidu oleh orang lain.
Jika si perokok merokok tetapi asapnya dipastikan oleh si perokok tidak terhidu orang lain, maka kes seperti ini lebih ringan berbanding yang pertama.  Si perokok tetap berdosa kerana melakukan apa yang dilarang oleh agama iaitu memudharatkan diri sendiri dan membazir.  Tetapi dosanya tidak berganda kerana tidak melibatkan orang lain.

Hasilnya, dia tetap berdosa.  Si perokok boleh pilih pilihan yang ini jika dia mahu.

Kenapa merokok haram?
3)  Tidak merokok.
Bagi si perokok yang melakukan perbuatan merokok setiap hari, ini bermakna dia telah secara istiqamah melakukan dosa.  Jika dia merokok 5 batang setiap hari, bermakna dia melakukan perbuatan dosa sebanyak 5 kali setiap hari.  Cuba bayangkan jika dia merokok di tempat awam yang menyebabkan orang lain termudharat sama.  Tentulah bukan 5 perbuatan dosa dia lakukan, tetapi lebih dari itu.  Itu jika 5 batang rokok.  Bagaimana jika lebih?  Bagaimana pula dosa-dosa yang lain???

Jika si perokok tidak merokok pada hari itu, bermakna dia kurang melakukan dosa pada hari tersebut.  Jika biasanya dia merokok 5 batang sehari, tetapi dia kurangkan 1 menjadi 4 batang, bermakna dia mengurangkan 1 dosa hariannya.

Ketahuilah wahai para perokok, merokok adalah berdosa.  Jika dalam 24 jam sehari itu ada waktu-waktu yang kalian tidak merokok, itu bermakna kalian tidak melakukan dosa dalam waktu-waktu tersebut.  Minit dan jam yang kalian gunakan untuk merokok, itu berdosa.

Tidak merokok, tidak berdosa.  Si perokok boleh pilih pilihan yang ini jika dia mahu.

4)  Berusaha berhenti merokok.
Bukan senang hendak berhenti merokok.  Perkara ini sudah maklum.  Dan saya sangat kasihan dengan rakan-rakan yang masih gagal keluar dari tabiat merokok ini.  Mereka berusaha, tapi selalu kalah.

Tapi ketahuilah wahai rakan-rakan sekalian, setiap kali kalian meletakkan usaha untuk berhenti merokok, setiap itu juga ia dicatat sebagai amal kebajikan dari sisi ALLAH Ta`ala.  Para Malaikat tidak akan terlepas mencatitnya.  Dan ALLAH Ta`ala sentiasa memerhatikan tindakan dan hati kalian.  ALLAH Ta`ala tahu kalian berusaha dan DIA tahu keikhlasan hati kalian.

Tatkala kalian membaca artikel-artikel dan tips-tips bagaimana hendak berhenti merokok, setiap itu juga dikira ia sebagai suatu perjuangan.  Setiap kali kalian mematahkan puntung rokok atau menahan tangan kalian dari merokok, setiap itu juga ALLAH berikan pahala, in sha’ ALLAH.  Kerana usaha hijrah dari perbuatan dosa itu adalah amal perbuatan yang mulia di sisi ALLAH Ta`ala dan ada ganjaran dari sisiNYA, in sha’ ALLAH.

Melawan nafsu dan tabiat buruk menghisap rokok adalah suatu perjuangan buat kalian.  Berusahalah berhenti merokok dan berhentilah merokok.  In sha’ ALLAH ada pahala buat kalian.  Sama seperti di atas, si perokok boleh pilih pilihan yang ini jika dia mahu.

Tuan/puan perokok sekalian,

Dari 4 pilihan yang disebut di atas, pilihan yang ke-4 lah yang paling menguntungkan kalian dunia dan akhirat.  Terpulanglah mana satu yang kalian mahu pilih.  Setiap perbuatan esok nanti akan dipertanggungjawabkan ke atas diri masing-masing.

Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan para perokok yang ikhlas mahu berhenti untuk meninggalkan tabiat yang buruk ini.  Dan semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua akan hidayah dan taufiqNYA, amin…

Sekadar berkongsi,

27 Syawwal 1433
14 September 2012

*Sumber:   http://muzir.wordpress.com/2012/09/14/4-pilihan-buat-perokok/ "

 Cubaan terakhir Utusan Malaysia melalui TGNA
Posted on Friday, September 14 @ 04:38:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bavoo

Hari Utusan Malaysia (baca Utusan Meloya) telah menyiarkan tiga artikel berkenaan Ustaz Nasharudin Mat Isa. Kali ini di kaitan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) kerana inilah satu-satu jalan yang boleh dimasukkan jarum.

Kekecewaan Utusan Meloya dan TV3¼ jelas kelihatan apabila Majlis Syura PAS telah membuat suatu keputusan yang sangat bijak dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang cukup mantang dalam permainan politik di akhir ini pada kedudukan Pakatan Rakyat yang menguasai medium.
Walaupun pada mesyuarat Syura kali ini sepatut telah dimaklumkan TGNA tidak akan hadir atas kesihatan yang tidak begitu baik, tapi TGNA tetap mahu hadir bagi memberi tamparan hebat kepada media kerajaan yang kian giat memporak perandakan kekuatan Pakatan Rakyat dengan pelbagai isu.

Kesedian dan kesungguhan para ulama dalam PAS untuk memastikan gerakan Islam mantap dan berwibawa haruslah dipuji. Walaupun ulama juga tidak lari daripada perbezaan pendapat dan pendekatan tapi mereka lebih suka bermesyuarah dan membuat keputusan secara mesyuarah dan selalunya mereka tidak mendedahkan apa yang berbeza tapi mereka lebih suka menerangkan apakah keputusan akhir.

Isu Nasharadin sengaja diperbesarakan oleh UMNO/BN kerana inilah satu-satu senjata untuk merobek PAS daripada dalam. Perkara ini lebih menonjol apabila wujud kumpulan dalam jamaah Islam (PAS) sendiri yang gagal menghayati apa erti ukhwah Islammiyyah dengan lebih suka memburukkan rakan dalam media baru seperti blog, fb atau twitter.

Al Hamdulillah ALlah menjaga jamaah Islam PAS akhirnya kita lihat isu Ustaz Nasha tidak begitu menjadi.. Pegalaman kita dalam menanggani isu Dr Hassan Ali sudah cukup untuk kita mengenai siapa musuh dan kawan. Siapa duri dalam daging atau gunting dalam lipatan.

Saya tak pasti sentimen TGNA yang dimainkan oleh Utusan Meloya akan ini akan disambut oleh golongan munafik dalam Jamaah Islam untuk dipersesarkan atas semata-mata rasa benci dan meluat kepada sesama kita tanpa sebarang maklumat yang jelas dan benar.

Saya lebih beranggapan kita sudah faham dan jelas peranan musuh untuk membuat berita-berita psywar bagi melemahkan ikatan dalam jamaah Islam.

Bagi yang luas akal fikiran sudah pasti boleh berfikir kenapa Utusan Meloya begitu prihatin dan sangat terbuka sehingga sanggup menyiarkan banyak artikel untuk hal ini.

Hanya yang bodoh akan terikut dengan berita 'syaitan'


 

Himpunan Aman Bantah Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad
Posted on Thursday, September 13 @ 23:19:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh USTAZ HASBULLAH

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR menyokong penuh tindakan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang ‘gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut bersetuju dengan saranan Dewan Pemuda PAS Malaysia supaya kerajaan Malaysia memberikan tekanan kepada kerajaan Amerika supaya mengambil tindakan terhadap pengarah filem tersebut kerana secara jelas filem tersebut menyemai perasaan benci dan takut terhadap agama Islam dan orang Islam.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menyahut saranan Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk mengadakan himpunan aman bagi membantah penayangan filem tersebut di peringkat negeri oleh Dewan Pemuda PAS Negeri masing-masing. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor akan mengadakan himpunan aman tersebut selepas Solat Jumaat, 14 September 2012 di Masjid Al-Amaniah, Batu Caves, Gombak (Masjid Daerah Gombak). Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengerahkan seluruh jentera pemuda di semua peringkat daripada seluruh kawasan untuk turun beramai-ramai bagi menunjukkan sikap amarah pemuda terhadap penghinaan yang dilakukan oleh musuh Islam terhadap Baginda Rasulullah SAW. Orang ramai dan masyarakat yang yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW adalah diharapkan untuk turut serta meraikan program tersebut.
Selain itu, dimaklumkan juga Dewan Pemuda PAS Malaysia akan turut mengadakan himpunan amanbagi tujuan yang sama di peringkat kebangsaan selepas Solat Jumaat, 21 September 2012 di hadapan Kedutaan Amerika, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Seluruh jentera pemuda dan rakyat Malaysia akan dikerahkan untuk bersama-sama menghadiri program tersebut bagi menunjukkan solidariti umat Islam Malaysia di dalam membela kesucian Nabi Muhammad SAW.
USTAZ HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

 Pemimpin UMNO Terengganu Sumbang Marham dengan Anak Tiri
Posted on Thursday, September 13 @ 23:11:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"Seorang Setiausaha Kerja Bahagian UMNO  Terengganu telah ditangkap oleh Polis kerana disyaki melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya.

Budak perempuan tersebut telah mengandung dan sudah melahirkan anak.
(berita lanjut sila layari Buletin online dan dengar ucapan Ustaz Kamarulzaman dalam Buletin online chanel agar tidak dituduh TKO pembawa berita fitnah). sekian terimakaseh. lamannya http://www.buletinonline.net/v6/

 Tahniah Ning Baizura!!
Posted on Thursday, September 13 @ 23:04:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Kamaruzaman Mohamad

Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) memuji langkah Ning Baizura kerana telah menarik diri dari mengadakan konsert anjuran sebuah syarikat arak, Guinness yang akan diadakan pada 28 September ini.

Penarikan diri Ning Baizura ini bertepatan dengan syariat Islam yang tidak membenarkan sebarang hubungan dengan arak sama ada secara langsung atau tidak. Islam tidak melarang umatnya mencari rezeki melalui apa cara sekalipun namun ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak.

Hadis Rasulullah SAW : "Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak; orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya".



DPPWP juga menyeru kepada semua artis terutamanya yang beragama Islam supaya mencontohi dan mengikuti jejak langkah Ning Baizura untuk tidak melibatkan diri dalam mana-mana program anjuran mana-mana syarikat arak. Para artis seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap isu ini apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam. Pintu rezeki mereka tidak akan tertutup semata-mata kerana menolak tawaran daripada syarikat arak ini selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam. Apa yang penting adalah keberkatan sebuah rezeki.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS WP 


 Darahnya halal !
Posted on Thursday, September 13 @ 22:54:59 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tok PepijatDalam Sirah Nabawi, ada tercatat satu kisah mengenai Kaab bin Al Asyraf. Kaab seorang Yahudi kacukan Arab. Beliau seorang hartawan kerana mempunyai Istana yang khas di pinggir Kota Madinah.

Selain hartawan beliau juga seorang penyair. Satu bidang yang dipandang tinggi dan berpengaruh di waktu itu. Kegemaran Kaab ialah menggubal syair-syai yang menghina Rasulullah, Ummu Mukminin dan Sahabat-Sahabat Rasulullah.

Suatu hari Rasulullah mengumpulkan para Sahabat dan menawarkan satu operasi untuk membunuh Kaab bin Al asyraf atas jenayahnya menghina Rasulullah, Ummu Mukminin dan para Sahabat.

Bangun seorang Sahabat yang bernama Muhammad bin Maslamah menyahut tawaran Rasulullah. Muhammad pergi bersama empat orang menuju ke Istana Kaab bin Al Asyraf.

Menjelang Subuh, Kaab dapat dibunuh. Kepalanya dibawa kepada Rasulullah.Seluruh Yahudi yang tinggal di Negara Islam Madinah merasa gerun atas pembunuhan Kaab.

Barulah mereka tahu bahawa Rasulullah, isteri Baginda, Sahabat dan umat Islam tidak boleh dihina dan diperlekehkan.

Sejarah moden banyak mencatatkan tentang penghinaan yang dibuat oleh orang kafir terutama Yahudi terhadap Islam.

Terkini, penulis dan pengarah filem bangsa Yahudi warga Amerika Sam Bacile,56, mengulangi perangai jahat Kaab bin Al Asyraf.

Filem yang memakan masa selama dua jam itu, yang berjudul Innocence of Muslims, melibatkan kos pembikinan sebanyak A$5 juta (RM15.3 juta) serta memperolehi dana daripada 100 dermawan Yahudi.

Akibat kejahatannya, Amerika Syarikat menanggung derita. Dutanya di Libya dibunuh dan bendera Amerika di Kedutaan Amerika di Mesir diturun dan ditukar kepada bendera slogan Islam.

Kita tidak memusuhi warga Amerika dan Kerajaannya secara total.. Tetapi kita memusuhi warga maupun kerajaanya jika melakukan perkara yang menghina Rasul dan Islam.

Pembunuhan ke atas dutanya dan serangan keatas kedutaannya boleh dihalang jika Kerajaan Amerika bersikap pro aktif menghalang sebarang penghinaan dan provokasi terhadap umat Islam.

Ingin kita memberitahu kepada Amerika dan sekutunya di seluruh dunia bahawa kita umat Islam mempunyai 1001 orang lagi Muhammad bin Maslamah yang sedia mati demi mempertahankan kesucian Rasulullah dan Islam.

Jika anda (Amerika) tidak mahu nasib menimpa warga anda berulang lagi, dengan kekuasaan anda hentikan sebarang penghinaan terhadap Nabi kami dan umat Islam.

Ketahuilah ! 1001 orang Muhammad bin Maslamah sedang menunggu-nunggu untuk syahid demi mengulangi operasi ke atas Kaab bin Al Asyraf.

http://tokpepijat.blogspot.com/




JKKK mengamuk ahli UMNO sertai PAS di Melaka

Posted on Thursday, September 13 @ 18:43:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber kupang kupang







Ni sebabnya Anwar kena pakai bodyguard...
Posted on Thursday, September 13 @ 18:42:54 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: dhalyanun

"

Setuju sangat dengan kata-kata DSAI ni....

http://shalehudin.blogspot.com/
"


 Saya pilih ulamak kerana...
Posted on Thursday, September 13 @ 18:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: dhalyanun

"

Siapa yang anda pilih?
Saya pilih ulamak kerana baik diwaktu susah ataupun senang... mereka-mereka ini sentiasa mengingati Allah s.w.t....


http://shalehudin.blogspot.com/

 Untuk dapat Geran bantuan PM juga libat bayaran komisyen RM 200,000
Posted on Thursday, September 13 @ 18:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh che'GuBard

KORUPSI SUDAH MEMBARAH ; GERAN BANTUAN PERDANA MENTERI LIBAT BAYARAN 'KOMISYEN' RM200,000 KEPADA ORANG TENGAH
che'Gubard semalam 12 September 2012 telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'.

Set dokumen ini mengandungi :

  • surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.
  • surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan
  • minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40 % dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.
  • dilampirkan juga penyata kira - kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.
  • beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri.
  • pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.
Semua dokumen tersebut telah temui di rumah che'GuBard di N.Tebal, P.Pinang. Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Untuk mendapatkan peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat 'komisyen' yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Persoalanya :
  • pertubuhan kebajikan mana yang dapat Geran Bantuan RM 500,000 dari PM ?
  • siapa pemimpin Bn yang disebut ?
  • syarikat mana dan siapa pemilik syarikat tersebut ?
Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya.Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul, kini hanya memerlukan beberapa carian lagi sebelum pendedahan penuh. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Korupsi sudah terlalu parah ; untuk dapat Geran bantuan PM juga libat bayaran komisyen RM 200,000


  Sebab NC Universiti Malaya Gantikan Doa Dengan Al-Fatihah
Posted on Thursday, September 13 @ 17:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

"Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon mengeluarkan pekeliling agar bacaan surah Al-Fatihah menggantikan bacaan doa selamat bagi mana-mana majlis rasmi di Universiti Malaya melalui surat di atas.
Dr. Ghauth Jasmon berkata bacaan Al-Fatihah menggantikan doa merupakan satu ‘langkah praktikal dan terbaik’ di mana penganjur tidak perlu mendapatkan khidmat pembaca doa dan masa sesebuah majlis dapat ditetapkan.

Kelebihan Al-Fatihah kerana surah ini mengandungi beberapa elemen asas yang mencerminkan seluruh intipati Al-Quran,” juga terdapat dalam kandungan surat tersebut.

Timbul persoalan kenapa? Setelah berfikir sejenak sebabnya adalah kerana 'sakit telinga'. Kebiasaannya pembaca doa memulakan doa dengan meminta hadirin membaca Al-Fatihah dan setelah itu dimulakan dengan doa. Pembaca doa membaca pembuka doa dan penutup doa dalam bahasa Arab dan isinya di tengahnya dalam bahasa Melayu supaya lebih 'real'. Mungkin ada isi doa berbahasa Melayu inilah yang membuatkan NC UM 'sakit telinga', walaupun begitu halus bahasa doa tersebut.
 
Mungkin juga ada isi doa yang memanaskan telinga NC UM sendiri... atau memanaskan telinga tetamu kehormat yang hadir, kerana itulah langkah ini diambil.
Kalau tak percaya cubalah bertanya Dr. Ghauth Jasmon. www.EkELEH.com

 Kesesatan Syi’ah Imamiyah Menurut Syaikh Al Qardhawi
Posted on Thursday, September 13 @ 17:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: kamal_hasan

"DR Yusuf Al Qardhawi dalam Fatawa Mu'ashirah, menjelaskan 9 perbezaan tajam antara Ahlus Sunnah yang sederhana dengan Syiah Imamiyah Itsna Asy'ariah / 12 Imam. Berikut ini fatwa beliau:
1. Sikap Syiah terhadap Al Qur `an.
Sikap mereka terhadap Al Qur `an seperti yang telah saya jelaskan berulang-ulang kali bahawa mereka tetap percaya dengan Al Qur` an yang kita hafal. Mereka berkeyakinan bahawa Al Qur `an adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Mushaf yang dicetak di Iran dengan mushaf yang dicetak di Mekah,

Madinah dan Kaherah adalah sama. Al Qur `an ini dihafal oleh anak-anak Iran di sekolah-sekolah agama (madrasah / sekolah pondok) di sana. Para ulama Iran juga memetik dalil-dalil Al-Qur `an di dalam masalah pokok-pokok dan furu di dalam ajaran Syi'ah yang telah ditafsirkan oleh para ulama mereka di dalam kitab-kitabnya. Namun masih tetap ada di antara mereka yang berkata, "Sesungguhnya Al Qur` an ini tidak lengkap. Kerana ada beberapa Surah dan ayat yang dihilangkan dan akan dibawa oleh Al Mahdi pada saat dia muncul dari persembunyiannya. "

Mungkin saja sebahagian besar ulama mereka tidak mempercayai hal ini. Malangnya mereka tidak mengkafirkan orang yang telah mengatakan hal di atas. Inilah sikap yang sangat berbeza dengan sikap Ahlu Sunnah, iaitu barangsiapa yang meyakini telah berlaku penambahan dan pengurangan terhadap Al Qur `an, maka dengan tidak ragu lagi, kami akan cap dia sebagai orang kafir.

Padahal keyakinan seperti ini terdapat di dalam kitab-kitab rujukan mereka, seperti Al Kaafiy yang setanding dengan kitab Shahih Al Bukhari bagi Ahlu Sunnah. Kitab ini telah dicetak dan diterjemahkan lalu didistribusikan ke seluruh dunia tanpa ada penjelasan apa-apa di dalamnya. Ada pepatah di masyarakat, "Orang yang diam terhadap kebatilan, sama dengan orang yang memperkatakannya."

2. Sikap Syiah terhadap As Sunnah

Definisi As Sunnah menurut Ahlu Sunnah adalah sunnah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam yang telah dimaksum oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Dia perintahkan umat Islam untuk mentaati beliau di samping taat kepada-Nya.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman, "Katakanlah," Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul (Muhammad) itu hanyalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajipan kamu hanyalah apa yang dibebankan kepadamu. Jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk, "(Surah An-Nur [24]: 54). "Dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat," (Surah An-Nur [24]: 56). "Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), "(Surah An-Nisa [04]: 59). "Katakanlah (Muhammad)," Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir, "(QS Ali Imran [03]: 32). "Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah. Dan sesiapa berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi penjaga mereka, "(Surah An-Nisa [04]: 80). "Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut keinginannya. Tidak lain (Al-Quran itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), "(Surah An-Najm [53]: 3-4) dan ayat-ayat yang lain.

Akan tetapi batasan As Sunnah menurut Syiah adalah sunnah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dan para imam mereka yang maksum. Maksudnya, sunnah merangkumi bukan hanya sunnah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam melainkan juga sunnah kedua belas imam mereka. Imam mereka yang 12 orang tersebut wajib ditaati sebagaimana taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya yang dikuatkan dengan wahyu. Mereka telah menambah perintah Al Qur `an untuk taat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul-Nya iaitu agar taat kepada makhluk yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri tidak memerintahkannya. Lebih dari itu, kita mengkritik Syiah kerana telah meriwayatkan sunnah dari orang-orang yang tidak tsiqah (dipercayai) kerana tidak memenuhi unsur keadilan dan kesempurnaan hafalan.

Oleh kerana itu, kitab-kitab rujukan Ahlu Sunnah tidak diterima oleh mereka. Mereka tidak mahu menerima kitab Shahih Bukhari, Muslim dan Kutub Sittah yang lain, tidak mahu menerima kitab Al Muwatha, Musnad Ahmad dan kitab-kitab yang lain.

3. Sikap Syiah terhadap Para Sahabat

Pandangan negatif mereka terhadap para sahabat merupakan pokok dan dasar ajaran Syiah. Sikap mereka itu adalah keturunan dari pokok ajaran mereka yang meyakini bahawa, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam telah berwasiat jika beliau wafat, maka Ali bin Abi Talib adalah pengganti beliau. Akan tetapi para sahabat menyembunyikan wasiat ini dan mereka merampas hak Ali ini secara zalim dan terang-terangan. Para sahabat telah berkhianat terhadap Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam yang menjadi wasilah mereka mendapatkan petunjuk dan mereka hidup di zaman beliau untuk menolongnya walaupun dengan nyawa dan segala yang mereka miliki.

Yang menghairankan, apakah mungkin para sahabat bersekongkol untuk melakukan hal ini, sementara Ali Radhiyallahu 'Anh-sang pemberani-hanya boleh diam sahaja tidak berani mengumumkan haknya ini. Justeru Ali malah ikut membaiat Abu Bakar, Umar dan kemudian Uthman. Ali tidak berkata kepada salah seorang dari mereka itu, "Sesungguhnya aku mempunyai wasiat dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam. Akan tetapi, mengapa kamu bersikap seolah-olah tidak tahu? Mengapa kamu hanya berbincang dengan enam orang sahaja dan kamu menyibukkan diri kamu sendiri? Siapakah orangnya yang harus memilih sedangkan umat Islam telah menetapkan hal ini dengan wasiat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam? "Mengapa Ali tidak mahu menjelaskan hal ini? Kemudian, jika memang Al Hasan bin Ali benar-benar telah tercatat sebagai khalifah selepas Ali kerana ada wasiat Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam, tapi mengapa justru Al Hasan mengalah dan memberikan jawatan khalifah ini kepada Mu'awiyah? Mengapa Al Hasan melakukan hal ini, padahal ini merupakan perintah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Dan mengapa justeru Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam di dalam hadisnya (hadis ramalan Rasulullah Shalallahu' Alaihi Wa Sallam) memuji sikap Al Hasan ini?

Soalan ini tidak boleh dijawab sama sekali oleh mereka.

Inilah tuduhan palsu mereka terhadap para sahabat yang tidak terbukti. Keterangan mereka ini sangat bertentangan dengan keterangan yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebutkan di dalam beberapa Surah Al Qur `an. Seperti di akhir Surah Al Anfal, Surah At-Taubah, Surah Al Fath di pertengahan di akhirnya, Surah Al Hasyr dan Surah-Surah yang lain.

Demikian pula As Sunnah telah memuji para sahabat baik secara umum mahupun secara khusus. Juga zaman mereka itu dianggap sebagai sebaik-baik zaman setelah Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam.

Juga apa yang dicatat oleh sejarah tentang mereka. Mereka adalah orang-orang yang telah menghafal Al Qur `an dan dari mereka lah umat menukilnya. Mereka juga adalah orang-orang yang telah menukil As Sunnah dan menyampaikan apa yang mereka nukil dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan mahupun persetujuan beliau kepada umat ini.

Mereka juga adalah orang-orang yang telah melakukan futuh (pembebasan negeri lain dengan damai) dan membimbing umat ini menuju tauhid Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan risalah Islam. Mereka juga telah mempersembahkan kepada bangsa-bangsa yang dibebaskannya contoh-contoh teladan Qur'an yang dijadikan sebagai panduan.
Samb:http://silverheritage.blogspot.com/2012/09/9-kesesatan-syiah-imamiyah-menurut.html

 5 Ringgit. Bank Negara Malaysia. Janji Ditepati. Hilang Duit Capati
Posted on Thursday, September 13 @ 16:39:30 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: setisab

"

Sebelum iron pakaian cek kocek dulu... 
Share dengan kengkawan, takut ada yang melepas duit sarapan


5 Ringgit. Bank Negara Malaysia. Janji Ditepati. Hilang Duit Capati


~ Tolong share dengan kawan-kawan.. agar mereka tahu dan berhati-hati masa nak iron pakaian. Bagi rakyat marhean seperti kita, RM5 adalah BESAR tapi bagi Semah Mansor RM5 rega 'pad' dia je.
"


Khutbah: Berkawan Dengan Syaitan?
Posted on Thursday, September 13 @ 16:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ustaznik

"syaitanSinopsis: Syaitan adalah musuh manusia semenjak dari adanya Nabi Adam. Kerjanya menyesatkan manusia. Dalam al-Quran Allah menerangkan hakikat sebenar siapa itu syaitan dan kerja jahatnya agar manusia menghindari dari syaitan. Namun sangat pelik apabila ada orang yang mengaku Islam menyebut ’syaitan yang dikenali’ lebih baik dari ‘malaikat yang tidak dikenali’.

Ucapan yang membayangkan kejahilan ilmu dan kebebalan sikap. Justeru, khutbah DSTG Presiden PAS kali ini membetulkan persepsi dan pandangan serong itu mengenai syaitan dan sikap mukmin terhadap syaitan dan golongan syaitan dari kalangan jin dan manusia itu 20 Syawal 1433H (7 Sept 2012)   : Berkawan Dengan Syaitan? (0) "


 Polis akui tindakan belasah orang awam, petugas media salah
Posted on Thursday, September 13 @ 15:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

" Polis Malaysia Jahat macam iblisKUALA LUMPUR 13 September:
Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih.Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf dan beralasan kononnya polis manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya.

“Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis.
“Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku.
“Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa,” katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Polis perlu hormati kebebasan media
Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka.
“Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media,” tegasnya.
Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara.
Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
“Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel 10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun. Apa yang penting kita kawal keadaan,” katanya.
Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina  
Inspektor Farid seorang polis yang bebal?   
Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan mahkamah.
Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam:
Panel:Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis?
Khairi: Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada terima laporan.
Panel: Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat.
Khairi: Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata.
Panel: Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan?
Khairi: Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak.
Panel: Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku?
Khairi: Ketika memberi taklimat saya telah memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap. Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah. Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab.
Panel: Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan?
Khairi: Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima!
BERSIH 3: Polis Sial - 
BERSIH 3: Polis Haramjadah -
BERSIH 3: Polis Lahanat -
BERSIH 3: Polis Macam Anjing -
BERSIH 3: Kesian Najib -
BERSIH 3: Analisa olih Mahathir -
BERSIH 3: Polis Subersif -
BERSIH 3: Polis Bacul -
BERSIH 3: Nasihat untuk perserta -
BERSIH 3: Polis saudara Iblis -
BERSIH 3: Laporan Al-Jazeera - 
BERSIH 3: Persundalan Polis -
BERSIH 3: Polis Harami -


 Isteri pegawai polis ditipu warga Nigeria RM150,000
Posted on Thursday, September 13 @ 15:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Jika isteri pegawai polis pun boleh tertipu apabila hilang RM150,000 dalam skim pelaburan yang didalangi oleh warga Nigeria apatah lagi rakyat kebanyakan.
Police officer’s wife falls for Nigerian scam
September 13, 2012
She lost RM150,000 in dubious investment schemes proposed by the syndicate.

KUALA LUMPUR: A police officer’s wife fell prey to a Nigerian syndicate’s scam when greed got the better of her, resulting in her losing RM150,000 in dubious investment schemes. It all started innocently enough.

The woman in her mid thirties told police that she used the Internet to chat with a Nigerian man in the wee hours of the morning and the man convinced her that she will get good returns for her investments. She credited the money in six accounts over more than three months since last March.
The cat was out of the bag when the police officer confronted his wife after she persistently demanded money from him to “invest” in her investment scheme. 
A Bukit Aman commercial officer told FMT that in her police report the woman had confessed that she had approached her husband for more money after exhausting all her savings and jewellery. 
Acting on her report, the police arrested three Nigerians and two local women in Nilai late on Monday, before picking another woman, also a local in Ampang on Tuesday.
Police recovered several computers, ATM cards and bank books from the suspects. It is learnt that the Nigerians had used the local women to bank the money and have email accounts to carry out their illegal activities. 
The women in return received some cash as their cut, stay at luxury hotels and enjoyed fully paid overseas trips. Initial investigation revealed that at least four others have been duped by this syndicate. 
The suspects in their late 20′s and 30′s are being detained at the Gombak district police station for further investigation. 
"

 Anwar terima anugerah dari Persatuan Muslim United Kingdom
Posted on Thursday, September 13 @ 16:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"

 Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).
Ketua Umum KEADILANDatuk Seri Anwar Ibrahimakan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).


Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober ini di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.>Memetik laman rasmi AMKSS UK di sini, ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.
 Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).
Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?’.
Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK.
AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan.
Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis ‘Orientalism’), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis ‘Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources’).
Dalam satu program berbeza, Anwar dijadual menyampaikan syarahan bertajuk ‘Islam dan Kepelbagaian Budaya: Pengalaman Asia Tenggara’ di University of Westminster, London pada 21 September ini jam 5.30 petang.
Syarahan itu dianjurkan Program Islam dan Demokrasi, Pusat Kajian Demokrasi, University of Westminster dengan kerjasama AMSS UK. 
Para Ulamak, Sarjana, Pemikir Islam, Pemimpin dunia serta masyarakat Islam yang waras seluruh dunia dapat merasakan bahawa tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang meragukan.
Doaku buatmu Anwar Ibrahim Kerajaan Rakyat. Anwar Ibrahim Bukan hanya aku. Malah Dia dia dia dan semua. Perlukan kamu. Bukan hanya aku. Malah, Si kecil hingga Pak Tua bongkok. Berpaut pada janjimu. Anwar Bukan hanya derita. Siksa dan sengsara. Telah kau lalui.
Anwar first rose to prominence as a radical Islamic student leader, catching the eye of Mahathir, who dominated Malaysian politics for more than two decades until he retired in 2003.
Saudara Anwar Ibrahim yang dikasihi, saya membaca berpuluh blog setiap hari baik yang menyebelahi Pakatan Rakyat maupun yang menyerang, menghentam, mencaci dan mencerca kita.... bro sofi, aku tengok ko marah sakan je dgn PKR/DSAI ni kenapa?bukan ke sebelum ni ko yg bukan main lagi memuji PKR siap dgn membuat perjumpaan dgn DSAI lagi.skg ni nak marah-marah pulak.skg baru ko sedar siapa itu PKR sebenarnya.
Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada Pakatan Rakyat kerana mempunyai pemimpin yang ideanya diakui memberi manfaat kepada masyarakat sejagat
Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, Pak Janggut, bangkitkanlah semangat juang rakyat. Gerakkan aliran dan arus penentangan kental terhadap segala kepincangan ini. Rakyat perlu dijenterakan untuk terus menendang ...


Tiada ulasan: