Rabu, 12 September 2012

SEMUA AKAN MATI BILA TIBA MASANYA...JADI JANGAN JADI ORANG JAHAT SEMASA HIDUP...TAKUT TAK SEMPAT BERTAUBAT...MAKA JANJI ALLAH ORANG JAHAT MASUK NERAKA

Perbicaraan kes NFC ditunda lagi

Muhammad Faizal, 12 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dijadualkan pada 18 September ini bakal ditunda lagi.

Rafizi menjelaskan pihaknya telah menerima surat dari peguam bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, Shafie Abdullah yang meminta kes tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang lain.

"Peguam saya telah menerima surat dari pihak Sharizat meminta kes tersebut ditunda kepada satu tarikh yang lain dan tarikh baru itu belum saya perolehi.

"Namun apa yang saya rasakan penundaan kes tersebut dilakukan adalah mempunyai hubungkait dengan apa yang telah berlaku pada Shahrizat ketika beliau disoal oleh barisan peguam kita di makhamah tempoh hari," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran PKR Cabang Kuala Pilah di Seremban semalam.

Shahrizat ketika menjawab pertanyaan Ranjit Singh ketika perbicaraan sebelum ini berhubung penglibatan keluarganya dalam projek tersebut berkata, beliau tidak mengetahuinya sehinggalah diberitahu oleh suaminya pada tahun 2007 yang meminta kedua-dua anaknya yang berada di luar negara balik ke Malaysia bagi membantu menguruskan projek tersebut.

Menurut Rafizi, jawapan Shahrizat itu mungkin mendapat kecaman dalaman Umno yang menunjukkan kepincangan kredibiliti beliau sebagai menteri sebelum ini serta Ketua Wanita Umno.

"Imej Umno telah rosak kerana jawapan yang diberikan olehnya di mahkamah, malah rakyat sudah hilang keyakinan terhadapan kes tersebut serta peranan Umno dalam membantu rakyat.

"Mungkin atas sebab itulah barisan pimpinan Umno mengambil tindakan mengecam beliau yang langsung tidak menunjukkan ketokohan beliau sebagai orang penting dalam Umno," ucapnya di hadapan kira-kira 500 penyokong PKR.

Shahrizat sebelum ini telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung penyelewengan projek kontroversi NFC.

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera sebelum ini menetapkan 18 September ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan Sharizat ketika menjawab pertanyaan dari peguam plantif, Ranjit Singh.

Bagaimanapun peguam mewakili Shahrizat didakwa telah menghantar surat agar ianya ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh, Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri manakala Sharizat pula diwakili peguam Shafie Abdullah.
Polis: Serah diri sebelum kami 'buru'
  • Ahmad Fadli KC
  • 11:42AM Sep 12 2012
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.

"Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita.

"Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi.

NONESemalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam saspek kejadian.

Kejadian itu merupakan kejadian kedua selepas bas yang sama dipecahkan cerminnya dan turut disimbah cat sewaktu singgah di Kota Bharu pada 1 September lalu.

Dalam sidang medianya pagi ini, Bakri Zinin turut menggesa supaya suspek dalam menghina gambar pemimpin PAS supaya tampil membantu siasatan polis.
Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini.
Bakri juga berkata polis setakat ini telah mengambil keterangan daripada sekurang-kurangnya lapan individu berhubung kes melibatkan seorang pengawal peribadi ketua umum PKR yang didakwa mengeluarkan pistol dikhalayak umum dalam satu kejadian di Melaka Sabtu lallu.
"Siasatan masih berjalan. Kita masih giat menyiasat kes berkenaan," katanya.
PKR tetap ke Johor walau terima ancaman
  • Hafiz Yatim
  • 4:35PM Sep 12 2012
 
PKR akan meneruskan acara Jelajah Merdeka Rakyat di Johor walaupun menerima ugutan berhubung kunjungan ke kawasan kubu kuat BN itu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengarah komunikasinya Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa ugutan itu diterima oleh seorang pengawal peribadi ketua pembangkang itu semalam.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat turut mengesali tindakan perdana menteri kerana tidak mengutuk serangan dialami PKR dalam siri program berkenaan sebelum ini.

NONEBeliau mendakwa serangan Pemuda Umno dan PERKASA terbabit dalam serangan tersebut.

"Kita mempunyai bukti pembabitan mereka di (kejadian) Lembah Pantai, Alor Setar, Kota Bharu dan Jasin," katanya.

Anwar berkata, Najib mengulas mengenai tindakan menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri itu, namun berdiam diri berhubung serangan ke atas PKR.

"Seolah-olah kita ada 1Malaysia tapi dua undang-undang," katanya.

Pengawal keselamatan itu, Ahmad Fauzi Mahpab, didakwa menerima satu panggilan di rumahnya daripada seorang lelaki.

Pemanggil itu didakwa berkata, "Hello bro, sampai Johor, aku tunggu kau dengan pistol".
Ahmad Fauzi membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut di balai polis Damansara pagi ini.
10 kes hina gambar, serang pemimpin Pakatan disiasat
  • Ahmad Fadli KC
  • 12:24PM Sep 12 2012
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengumumkan polis telah menyiasat 10 kes tindakan menghina gambar dan serangan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sejak tahun 2009 lagi.

Justeru, katanya, tuduhan polis memilih bulu berdasarkan warna politik tidak berasas sama sekali.

NONE"PDRM sentiasa profesional dan sentiasa menyiasat kes dilaporkan tanpa prejudis tanpa mengira latar belakang mana-mana pihak," katanya.

Malah, polis juga hari ini mengedarkan lampiran tiga halaman berhubung perkembangan kes yang dibangkitkan orang ramai itu.

"Contohnya kes membakar gambar ketua menteri Pulau pinang pada 30 November 2009 disiasat pada hari sama ia dilaporkan," katanya sambil berkata siasatan kes itu dimulakan sejurus selepas laporan diterima.

Antara 10 kes itu, tiga daripadanya membabitkan aksi membakar patung dan gambar ketua menteri Pulau Pinang, satu kejadian penyokong PKR diserang di Sembrong dan kejadian baling selipar di Masjid Al-Hussin Kedah.

Lima kes lain - dua melibatkan gambar pemimpin Pakatan dipijak dan dikencing, dua serangan ke atas bas PKR dan satu kes ugutan dan provokasi pada ceramah PKR di Pantai Dalam bulan Mei lalu.
Polis sedia dinilai media
Tambahnya, polis sentiasa sedia dinilai pihak media dalam menentukan ketelusan siasatan mereka.

"Saya akan serahkan kes-kes berkenaan untuk media menilai tentang pelaksanaan tugas dan tanggungjawab kita," katanya.

Beliau bagaimana pun tidak menyatakan sama ada sepuluh kes itu telah selesai disiasat sepenuhnya.

Beliau sebaliknya memperincikan seksyen-seksyen yang digunapakai untuk menyiasat kes-kes berkenaan. 
Undang-undang antipemerdagangan manusia sudah cukup
Sementara itu, polis yakin peruntukan undang-undang sedia ada mampu mengekang jenayah pemerdagangan manusia walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pernah digunakan terhadap suspek jenayah itu sudah dimansuhkan.

Di samping itu, orang ramai turut digesa menyampaikan maklumat secara berterusan untuk membantu tugas-tugas polis membanteras jenayah itu, kata Bakri.

"Kita sudah ada undang-undang anti pemerdagangan orang.

"Undang-undang sedia ada sudah kukuh dan kuat, orang ramai perlu beri kita pertolongan untuk bantu kita laksanakan tugas dan tanggungjawab kita," kata Bakri.
NGO mahu polis siar gambar suspek serang bas PKR
7:04PM Sep 12 2012  
NGO Angkatan Warga Aman Nasional menuntut polis menyiarkan gambar suspek dalam kejadian serangan ke atas bas yang digunakan PKR dalam kempen Jelajah Merdeka Rakyat, Sabtu lalu.

Setiausaha agungnya S Barathidasan berkata, polis perlu bertindak demikian memandangkan pasukan itu tangkas menyiarkan foto individu yang didakwa memijak gambar perdana menteri ketika insiden sambutan ambang kemerdekaan.

Malah, pasukan itu juga tangkas menahan suspek berkenaan, termasuk individu yang membawa bendera Sang Saka Malaya pada malam tersebut.

"Bukankah eloknya sekiranya pihak PDRM menyiarkan gambar suspek tersebut di media massa. Sebelum ini pihak PDRM menyiarkan sejumlah 11 keping gambar hasil penelitian gambar yang telah dirakam semasa kesalahan dilakukan pada malam sambutan ambang merdeka.

"Pihak PDRM begitu pantas, efisien, cepat dan konsisten untuk menjejak suspek dengan mewujudkan satu pasukan khas bagi mengesan dan mengenal pasti suspek yang memijak gambar Najib, isterinya Rosmah serta dua individu bawa bendera “Sang Saka Malaya”.

"Kenapa pihak PDRM tidak berlaku sedemikian apabila perkara sebaliknya berlaku terhadap pemimpin Pakatan Rakyat ?," soalnya.

NGO itu juga kecewa memandangkan polis masih belum berjaya menahan suspek yang didapati menghina gambar ketua menteri Pulau Pinang serta membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS.

"Pihak PDRM digesa agar jangan memilih bulu, bersikap berat sebelah dan mengamalkan sikap double standard semasa menjalankan tugas. Jika ia berlarutan maka rakyat akan hilang kepercayaan," katanya.

Wajah tiga suspek berkenaan, yang didapati membuang air kecil ke atas poster menteri besar Kelantan dan presiden PAS dalam satu kejadian, dimuatkan di laman Facebook PDRM hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang berkata polis berjaya mengenalpasti suspek dalam kejadian di Melaka dan meminta individu berkenaan menyerah diri.

Semalam, Setiausaha Wanita PKR, Maisuri Zainal berkata beliau berjaya mengecam seorang saspek dalam kejadian simbah cat kepada bas jelajah Merdeka Rakyat di Jasin selepas dipanggil polis untuk kawad cam suspek kejadian.
Anak Soi Lek pula terima 'wang kertas orang mati'
  • Bernama
  • 8:26PM Sep 12 2012
 
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Chua Tee Yong membuat laporan polis selepas menerima ugutan berupa sampul surat mengandungi empat keping 'wang kertas orang mati' bersama keratan akhbar berbahasa Cina.

Chua, yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA, berkata keratan akhbar itu antara lain menyentuh cabaran beliau untuk berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penyelesaian hutang membabitkan Syarikat Talam Corporation Bhd (Talam).

"Oleh itu, saya percaya wang kertas orang mati yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' itu adalah satu cara ugutan atau amaran kepada saya supaya tidak meneruskan niat untuk berdebat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Putrajaya di Putrajaya hari ini.

Chua turut dimaklumkan oleh penganjur bahawa banyak kain rentang yang dipasang untuk mengajak orang ramai menyaksikan debat berkenaan digunting dan disimbah dengan cat merah.

Beliau bagaimanapun tidak gentar dengan ugutan itu, sebaliknya bersedia meneruskan hasratnya untuk berdebat.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut dikatakan menerima dua keping 'wang kertas orang mati', yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' -- bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya di dalam satu sampul surat.

- Bernama
Azizan: Bubar DUN jika PAS yakin kekal kuasai Kedah
  • Bernama
  • 6:16PM Sep 12 2012
 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata keputusan bila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri ini.

"Tengok keadaan, ikut angin boleh menang. Kalau sekarang bubar boleh menang kenapa tidak? Kalau penilaian politik boleh menang, kita bubar DUN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat xxco kerajaan negeri di Alor Setar hari ini.

NONEBaru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata pendirian PAS Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan DUN secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Beliau berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Azizan berkata kerajaan Kedah bagaimanapun akan melihat keputusan Majlis Pakatan Rakyat terlebih dahulu dalam isu pembubaran DUN itu.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizSementara itu, Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri berkata pengagihan kerusi dalam kalangan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP telah 90 peratus selesai.

"Kami ada jawatankuasa teknikal untuk PAS, untuk PKR dan untuk DAP. PAS negeri telah lama menyerahkan senarai nama calon kepada PAS pusat untuk dipertimbang," katanya.

Beliau berkata PAS negeri mahu memberi keutamaan kepada calon-calon tempatan tetapi bersedia menerima calon 'import' yang berkualiti jika itu yang diputuskan oleh Majlis Syura.

"Calon tempatan pun ramai yang layak. Bagaimanapun, calon yang menang dulu seboleh-bolehnya kami mahu kekalkan melainkan fizikal tak cergas, uzur atau menarik diri. Mereka (ini) ada pengalaman. Selain calon luar, ada juga ura-ura wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS hendak dicalonkan," katanya.

Azizan turut membayangkan untuk mempertahan kerusi DUN Sungai Limau yang diwakilinya sejak 1995 jika dipersetujui pimpinan pusat walaupun beliau dikatakan berhadapan dengan masalah kesihatan.

- Bernama
Isu Suaram: SSM tangkis dakwaan pilih bulu
  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:34PM Sep 12 2012
 
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) Mohd Naim Daruwish menangkis dakwaan bahawa suruhanjaya bersikap memilih bulu dalam siasatannya yang kini dijalankan ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Jelasnya, suruhanjaya itu menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima ke atas entiti yang dikaitkan dengan NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu.

NONEBeliau ditanya mengapakan siasatan ke atas syarikat tersebut diambil sekarang dan tidak dibuat sebelum ini.

Mohd Naim berkata, SSM "tidak berkesempatan" untuk menyemak setiap satu syarikat yang berdaftar bawah suruhanjaya itu.

"Kita buat semakan, tapi tak dapat semak setiap satu pada satu-satu masa," katanya.
Beliau juga diminta menjelaskan sekiranya sesebuah NGO melakukan kesalahan apabila menerima dana daripada luar negara. 
"Itu yang kita sedang kenal pasti bidang kuasa siapa. Kamu boleh tujukan soalan itu kepada jabatan atau yang terlibat. Siasatan berdasarkan agensi masing-masing.
"Tadi kita kita telah bermesyuarat dan selaras masing-masing tengok bidang kuasa masing-masing.
"Kita kena pasti bidang kuasa berdasar dua aspek iaitu NGO atau persatuan yang tidak berdaftar dan juga isu bidang kuasa mengawal selia dana asing," kata Mohd Naim.

'Kita siasat ikut aduan'
Pegawai SSM pada 5 September lalu mengeledah pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif serta merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu.
Mohd Naim seterusnya ditanya mengenai hasil tindakan tersebut, khususnya dana yang dikumpul Suaram serta tujuan dan kegunaannya.
Katanya, masih terlalu awal untuk beliau mengulas mengenai perkara itu.
"Ia (dilihat) pramatang dan prejudis (kepada siasatan)," katanya.
NONESuaram dalam satu kenyataan sebelum ini percaya bahawa serbuan itu dijalankan bagi menakut-nakutkan dan mengganggu NGO terbabit, susulan tindakannya memfailkan saman di mahkamah Perancis berhubung dakwaan skandal dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Tindakan itu menyebabkan mahkamah Perancis menjalankan siasatan berhubung dakwaan sogokan dalam penjualan kapal selam itu.

Mengulas dakwaan itu, Mohd Naim menegaskan bahawa: "Kita siasat berdasarkan aduan. Kita agak bebas. Kita bertindak secara profesional."

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat SSM bersama lima agensi kementerian hari ini.
Menteri yang bertanggungjawab ke atas SSM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun menafikan bahawa siasatan ke atas Suara Inisiatif itu juga berkait dengan peranan Suaram dalam kes kapal selam tersebut.

mahathir and george soros meet 151206 shaking handsBeliau bagaimanapun pada Selasa lalu mendedahkan dakwaan  bahawa sebuah NGO Amerika Syarikat, yang menjadi antara penyumbang dana terbesar kepada Suaram dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.
Kenyataan berkenaan bagaimanapun ditangkis penasihat Suaram Kua Kia Soong yang menyifatkan perkara itu sebagai propaganda BN.
Katanya, dakwaan itu menyebut bahawa Soros merupakan seorang "penyangak matawang", namun bekas perdana menteri sendiri Tun Dr Mahathir sendiri, menurutnya, terpaksa mengakui bahawa Soros bukan seperti yang digembar-gemburkan.
Tiada keputusan muktamad bagi tindakan pada Suaram
  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:35PM Sep 12 2012
 
Mesyuarat bersama enam agensi kementerian hari ini masih belum memutuskan tindakan muktamad ke atas NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menerima dana asing.

Ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish berkata berkata pertemuan hari ini hanyalah untuk menyelaras bidang kuasa setiap agensi yang terlibat.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lebih dua jam itu, Mohd Naim berkata mesyuarat berkenaan "positif" untuk mengkaji bidang kuasa dan tindakan berdasar undang-undang yang sedia ada.
NONESelain SSM, lima agensi lain yang terlibat adalah wakil Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
"Setiap agensi diminta untuk membentangkan fakta dan penjelasan... Mereka telah bersetuju untuk mengkaji bidang kuasa-kuasa dan jika ada pelanggaran atau tidak patuh (kepada undang-undang) mungkin diambil tindakan yang berhubung kait dengan Suaram dan Suara Inisiatif.

"SSM menjalankan siasatan terhadap Suara Inisiatif yang berkait dengan Suaram dengan peruntukan bawah Akta Syarikat," katanya.
Katanya lagi, mesyuarat itu juga mengambil kira bidang kuasa Jabatan Pendaftar Pertubuhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 untuk mengenakan tindakan itu.
Katanya, mesyuarat itu juga menyerahkan kepada Bank Negara Malaysia untuk menyiasat Suaram berhubung isu penerimaan dana asing.

Mohd Naim berkata semua agensi tersebut akan bertemu semula dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk mendapatkan maklumbalas sebelum menubuhkan pasukan bertindak jika perlu bagi menyiasat perkara itu.
'P'raya DUN S'gor tidak serentak dengan PRU13'
  • Hafiz Yatim
  • 3:08PM Sep 12 2012
 
Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

NONEMajlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.
Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

"Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar," katanya.
Lelaki yang cederakan anak tirinya ditemui mati
6:41PM Sep 12 2012  
Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana mencederakan dan menembak anak tirinya dengan pistol, ditemui mati di tepi jalan di Km282 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ampang, di Ipoh hari ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki  yang dikenali sebagai S. Ravindran, 40, ditemui pada pukul 11.30 pagi tadi oleh
orang awam.

"Polis yang membuat pemeriksaan mendapati lelaki tersebut mengalami kecederaan di kepala dengan kesan tembakan serta menemui sepucuk pistol jenis Norinco di sisi mayatnya," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Beliau berkata polis turut menemui sebuah motosikal yang digunakan oleh lelaki berkenaan.
  
Katanya siasatan polis mendapati lelaki terbabit yang merupakan bekas anggota tentera udara dipercayai membunuh diri selepas lari dari kejadian menembak anak tirinya yang berusia 15 tahun di rumah mereka di Laluan Panorama
Rapat Indah, Gunung Rapat, semalam.
  
Beliau berkata pelajar lelaki Sekolah Menengah Sri Ampang tersebut dipercayai ditembak dari jarak dekat ketika dikatakan bergelut dengan bapa tirinya itu.
  
Sebelum kejadian lelaki terbabit datang ke rumah didiami mangsa bersama ibu dan tiga adiknya dengan menaiki kereta.
  
Pasangan tersebut yang tidak lagi tinggal sebumbung kemudian dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mangsa cuba meleraikan pergaduan dan bergelut dengan bapa tirinya itu.
  
Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal sejurus mendapati anak tirinya rebah berlumuran darah.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat kecederaan di kaki kirinya.    

- Bernama
Pegawai kastam mati selepas selamatkan kereta daripada terbakar
  • Bernama
  • 6:43PM Sep 12 2012
 
Seorang pegawai kanan kastam meninggal dunia akibat serangan jantung setelah menyelamatkan keretanya dalam kebakaran yang dipercayai perbuatan khianat, di kuarters Kastam Johor, Jalan Biru 2, Taman Pelangi, di Johor Baharu hari ini.

Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan negeri Ahmad Hassan, 55, ditemui dalam keadaan pengsan selepas mengalihkan keretanya kira-kira 30 meter dari rumah dua tingkat separa berkembar itu yang mengalami kebakaran pada pukul 4 pagi tadi.

"Setelah mengalihkan keretanya, mangsa keluar dari kereta untuk menenangkan diri. Kemudian, rakan serumahnya mendapati mangsa terbaring di sebelah keretanya," kata pemangku Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh di sini.

Menurut beliau, petugas paramedik yang dipanggil untuk memberi bantuan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung.

Jenazah Ahmad yang masih bujang dibawa ke Terengganu untuk dikebumikan, katanya.

Mengulas kejadian kebakaran itu, Abdul Samad berkata insiden bermula di rumah jiran mangsa dan memusnahkan kereta jenis Proton Savvy milik jirannya itu dan struktur bahagian depan kediaman.

Katanya kebakaran dipercayai berpunca daripada bom molotov yang dilontar pihak tertentu dan polis sedang menyiasat motif kejadian termasuk kemungkinan berkaitan dengan bidang tugas lima pegawai yang mendiami kuarters berkenaan.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Johor Baharu, M Vijayan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 4.11 pagi sebelum sebuah jentera berserta tujuh anggota bersama pegawai tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.35 pagi dan bomba menamatkan operasi sekitar jam 5 pagi. Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari kereta, kemudian marak ke bahagian depan kediaman dengan membakar struktur kayu pada rumah ini diikuti asap tebal mula memenuhi ruang dalaman.

"Ketika kejadian, ada dua pegawai di dalam rumah. Seorang daripadanya bertindak menyelamatkan diri sebaik sahaja kami tiba, manakala seorang lagi terperangkap tetapi berjaya diselamatkan," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: