Rabu, 12 September 2012

ADA YANG KANTOI...ADA YANG CEMAS...ADA YANG TAK SEBULU...ADA YANG BODEK-MEMBODEK...ADA YANG CARI MAKAN...MACAM MANA PUN SEMUA JENIS NI AKAN MATI

Kegagalan Besar Projek Kendalian Kerajaan BN Di Padang Terap
Posted on Tuesday, September 11 @ 16:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: pt_kedah

"PANASS DI PADANG TERAP !

Projek Kerajaan BN Bernilai RM 23 Juta Di Padang Terap Gagal... Mengakibatkan Kerugian Kepada Hampir 800 Petani Kerugian.

Setakat Ni Kita Belum Jumpa Respon Daripada Pengerusi MADA Dato Seri Mahdzir Khalid Dalam Isu Ni.Masih Banyak Projek Gagal Di Sini.

Mengapakah Projek Sebesar Ini Gagal?? Siapakah Kontraktor Yang DIlantik?


Link Video Luahan Hati Penduduk http://youtu.be/4lK4s7S36ZY

Tentang Projek utusan.com.my

Cerita Kegagalan Projek my.news.yahoo.com"


 Bom diseludup keluar dari Kem Ulu Tiram, Johor
Posted on Tuesday, September 11 @ 17:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Dalam usaha menjejaki saspek kes rompakan pihak polis telah menemui pelbagai senjata api termasuk peluru, bom, jerangkap samar dan peledak di sebuah rumah pegawai tentera yang dipercayai seorang pakar bom di Johor. Pegawai berkenaan disiasat berkaitan kes rompakan kedai emas. Siasatan awal mendapati bahan letupan tersebut diseludup keluar dari sebuah kem di Ulu Tiram.

Komen: Kem Ulu Tiram Johor menempatkan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA). Bagaimana sebuah kem yang dikawal ketat bahan letupan boleh diseludup keluar?

Cops recover bomb cache in robbery suspect’s home
September 11, 2012

KULAIJAYA: A police team, tracking down a suspect involved in an armed robbery, stumbled upon a cache of weapons including bombs and detonators in the house of an army officer here. Police have so far recovered a dozen detonators, bullets and booby traps from the officer, who is believed to be a bomb specialist, during the 1.45am raid in Senai.

It is learnt that police were investigating the man in connection with a recent goldsmith robbery in the state, which led officers to the house. It is learnt that a search around the house led to the seizure of the items in one of the rooms several days ago. Initial investigations showed that the explosives were smuggled out of an army camp in Ulu Tiram.

Kulaijaya OCPD Supt OCPD Supt Zulkefly Yahya confirmed the arrest of a 31-year-old army personnel and the seizure of an array of items including bullets and other explosive-making related items.

thestar.com.my"


 Menyamar staf TNB rompak warga emas menjadi-jadi
Posted on Tuesday, September 11 @ 15:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Kes penjenayah menyamar sebagai pekerja TNB menyamun suri rumah terutama warga emas semakin menjadi-jadi. Sebelum ini berlaku di Rembau dan Johor, kini di Melaka.

Nenek rugi RM10,000 ditipu 2 ‘pekerja TNB’
11 Sep 2012

ALOR GAJAH: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM10,000 apabila diperdaya dua penyangak yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di rumahnya di sebuah kampung di Lubok Cina, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi Selasa lalu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 79 tahun berada di rumahnya seorang diri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, wanita itu didatangi dua lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna putih dengan mendakwa dari TNB Alor Gajah dan memberitahu mahu melakukan pemeriksaan elektrik di setiap rumah. “Mangsa yang tidak mengetahui niat sebenar suspek membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah untuk melakukan pemeriksaan pada peralatan elektrik.

“Seorang suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan peralatan elektrik di dalam rumah, manakala rakannya mengambil gambar dalam dan luar rumah,” katanya di sini, semalam.

“Beberapa minit selepas suspek beredar, mangsa masuk ke dalam biliknya dan mendapati wang dalam sampul surat berjumlah RM750 hilang,” katanya.

Menurutnya, selain wang tunai, satu rantai leher, dua rantai tangan dan dua bentuk cincin emas disimpan dalam beg turut lesap.

Umar berkata, wanita itu mengalami kerugian dianggarkan RM10,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua lelaki terbabit.

Duit raya warga emas dikebas

31 Ogos 2012

LUBUK CHINA – Seorang warga emas tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat sini, petang kelmarin.

Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh, 84, berkata, dia dikunjungi dua lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang dan tidak mengesyaki apa-apa memandangkan mereka telah menyamar sebagai kakitangan TNB serta mahu membaiki sistem pendawaian elektrik di kediamannya. Kamariah berkata, dia yang merasa tidak sedap hati mula memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju dan terkejut mendapati duit raya berjumlah RM450 telah hilang.

‘Staf TNB’ kelar tangan suri rumah
25 Ogos 2012

JOHOR BAHRU: “Ketika kami berbual termasuk menyiasat aduan kerosakan meter elektrik di rumah, tiba-tiba seorang daripada dua lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengugut dan meminta saya menyerahkan semua barang kemas.

“Apabila saya menjerit meminta tolong, lelaki itu mengeluarkan pisau dari pakaiannya dan mengelar pergelangan tangan saya berulang kali,” kata suri rumah dikenali sebagai Sundara, 39, menceritakan kejadian cubaan rompak di rumahnya di Jalan Jelatang 22, Taman Megah Ria, Masai, di sini, semalam.

hmetro.com.my"




Pelaksaanaan Hukum Hudud
Posted on Tuesday, September 11 @ 14:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: zukiali

"Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan / rasmi., tetapi kenapa setelah mencecah 55 tahun memerintah negara tidak ada langsung usaha-usaha dari pihak kerajaan untuk menguatkuasa @ mengkanunkan undang-undang Islam berpandukan Al-Quran dan hadis.,.. dimana kerajaan masih mengamalkan peraturan / undang-undang negara sekular, walaupun telah ada mahkamah khusus bagi umat Islam di negara ini iaitu Mahkamah Syariah [agama ]-[tapi gagal berfungsi sebagai institiusi syariah bagi menjalankan / melaksanakan hukum @ agama Allah.]

Malah ada para alim ulama’ dalam pentadbiran kerajaan menafikan,bahkan secara jelas melawan @ menentang hukum Al-Quran tersebut.[contohnya seorang menteri kabinet (wanita) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama boleh mempertikaikan malah lebih malang lagi sanggup mempersendakan hukum potong tangan @ hukum hudud yang dikenakan ke atas pencuri sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Maidah ayat 38 ] Perintah berhubung peraturan / undang-undang Islam banyak disebut di dalam Al-Quran contohnya yang jelas dalam surah-surah berikut...

surah Al-Maidah ayat 38;

Maksudnya.,
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Maidah ayat 33;

Maksudnya.,


Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.

surah An- Nur ayat 2;

Maksudnya.,

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.


surah An- Nur ayat 4;

Maksudnya.,

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik


..serta lain-lain ayat yang berkaitan amar makruf dan nahi mungkar iaitu antaranya surah Al-Imran -ayat 104/110/114., Al-Maidah-ayat 79., Al-A’raf- ayat 157., Al-Taubah- ayat 67/71/112., An-Nahl-ayat 90.,ayat berkait zina antaranya..An-Nur-ayat 2., menuduh zina-An-Nur-ayat 4., rompakan -Al-Maidah-ayat 33 / 38., berkait arak/judi- Al-Maidah-ayat 90. Kesemua ayat-ayat di atas secara qatii’[tanpa boleh dipertikaikan] menegaskan bahawa perlaksanaannya adalah wajib. Juga terdapat hadis yang mutawatir tentang larangan dan hukuman ke atas peminum arak dan murtad serta larangan amalan mungkar yang hukumannya melalui ta’zir.

Wajarkah.., kita sebagai rakyat yang mengaku beragama Islam menyokong sebuah kerajaan yang jelas enggan melaksanakan peraturan/undang-undang Islam…? [Kepada alim ulama’ yang arif dalam soal agama., menjadi kewajipan kepada mereka yang berada dalam pentadbiran kerajaan untuk memberi penjelasan agar isu ini tidak terus-menerus mengelirukan masyarakat umat Islam dan janganlah kerana ribuan gaji yang diterima itu menjadi penghalang ke arah pelaksanaan bagi menegakkan hukum @ agama ALLAH] "


 Mana Janji Yang Ditepati Untuk Penduduk Kampung Tukau Jaya?
Posted on Tuesday, September 11 @ 02:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh PAS Miri

MIRI - Kampung Tukau Jaya, Jalan Bakam Miri yang terletak lebih kurang 30 minit dari bandaraya Miri merupakan sebuah perkampungan yang agak terpencil dan penduduknya berbilang kaum terdiri dari Melayu,Iban dan juga Cina, kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan dan juga pekebun/petani. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk kampung Tukau Jaya adalah jalan yang rosak sepanjang dua kilometer dan jambatan yang usang dalam kampung. Mereka pernah memohon kepada wakil rakyat kawasan tersebut tetapi sehingga kini jalan dan jambatan tersebut masih belum diperbaiki lagi.

Terdapat lebih 20 buah rumah yang melalui jalan dan jambatan usang tersebut. Mereka memohon penurapan jalanraya dilakukan menggunakan batu tiga inci supaya jalan tersebut tidak mudah rosak.
Apabila musim tengkujuh kebanyakan laluan jalan akan berlopak merata tempat kerana sistem perparitan tidak dirancang dengan baik dan adakalanya mereka sukar untuk membawa anak mereka ke sekolah akibat jalan terlalu teruk dan jambatan usang yang amat merbahaya kepada pengguna yang melalui jalan tersebut.
Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Sibuti katanya “Mereka sudah lama memohon agar pihak pemerintah membaiki jalan dan jambatan usang itu tetapi sampai sekarang sudah empat kali pilihanraya, jalan tersebut masih lagi jauh ketinggalan seolah-olah mereka masih berada 20 tahun kebelakang dari segi pembangunan”.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Mohd Shafie Afdal pernah mengulangi bahawa projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah janji-janji kosong tetapi sudah lebih satu tahun Pilihanraya Umum Negeri Sarawak telah berlalu tetapi jalan ke kampung Tukau Jaya masih lagi tidak berturap dengan batu dan tar sepenuhnya.
Kemana perginya peruntukan berjuta-juta ringgit 'NKRA' untuk membina jalan kampung seperti yang dijanjikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Wakil Rakyat yang  berkenaan? Mereka sangat berharap agar jalan masuk kampung mereka  diturap dengan batu dan tar sepenuhnya sebelum Pilihanraya Umum ke13 akan datang. Keadaan jalan luar bandar di Sarawak amat daif serta infrastruktur juga jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan negeri di Semenanjung.
Penduduk kampung Tukau Jaya juga tidak mudah lupa dengan janji-janji pihak yang berwajib dan wakil rakyat setiap kali musim Pilihanraya untuk menaiktaraf jalan kampung tersebut dan menuntut agar pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka yang selama ini tertangguh. Janji pihak yang berwajib untuk membangunkan kampung harus ditepati.
Janji hendaklah ditepati, jangan hanya pandai berjanji, sedangkan mereka sudah terlalu lama menunggu peruntukan jalan yang baik untuk kampung mereka, sudah 4 wakil rakyat silih berganti tetapi tiada satu pun janji mereka ini ditepati menurut penduduk disitu.
Menurutnya lagi mereka juga pernah memohon kepada kerajaan supaya dapat membuat Perimeter Survei atas tapak kampung Tukau Jaya, jalan Bakam Miri pada 17 september 2011 yang lalu tetapi sehingga kini mereka masih belum mendapat hakmilik kekal keatas tanah mereka yang sudah lama mereka duduki lebih kurang 40 tahun yang lalu.
Mereka amat bimbang sekiranya pihak kerajaan tidak memberi hakmilik kekal keatas tanah penduduk asal di tempat tersebut, kemungkinan besar suatu hari nanti mereka akan dikeluarkan dari tanah mereka sendiri akibat pembangunan yang sedang rancak berlaku disekitar kawasan mereka.
Mereka hanya menuntut agar tapak tempat tinggal mereka sekarang diberi hakmilik kekal bukannya mereka meminta beribu-ribu hektar untuk membuat perumahan dan juga peladangan. Menurutnya terdapat lebih 50 buah rumah dengan jumlah penduduk lebih 137 orang di kampung tersebut. "Kalau pihak pemerintah dapat mewartakan dan memperuntukkan kawasan perumahan sekitar 100 hektar untuk kampung tersebut ianya sudah mencukupi bagi penduduk kampung.  Pihak pemerintah boleh menggunakan beribu-ribu hektar kawasan lain untuk pembangunan dan juga peladangan tetapi jangan ganggu kawasan perkampungan mereka disitu." katanya lagi.
Kalau mereka diarah pindah suatu hari nanti, kemana mereka hendak pergi, sedangkan tanah dan rumah sekarang sudah terlalu mahal dan hanya mampu dimiliki oleh orang kaya dan yang berkemampuan saja. Bagi golongan miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan terus hidup dalam kemiskinan akibat pembangunan yang tidak seimbang. Orang kaya bertambah kaya dan orang miskin akan terus hidup dalam kemiskinan dan merempat di tanahair sendiri.
Mereka juga pernah memohon agar dibina sebuah surau untuk umat Islam dikawasan tersebut tetapi jawaban yang mereka terima, bina dulu dengan menggunakan duit sendiri, barulah kerajaan membantu kemudian. Kebanyakan penduduk di situ miskin dan berpendapatan kecil, macamana mereka hendak menggunakan wang sendiri kalau pihak kerajaan tidak memberi bantuan membangunkan sebuah surau.
Insfrastruktur dan jalanraya yang baik amat penting bagi penduduk di kampung tersebut untuk memudahkan perjalanan mereka seharian dan membawa hasil tanaman mereka untuk dijual ke Tamu yang berdekatan.
Selain masalah jalanraya, penduduk kampung juga amat memerlukan bekalan air bersih. Sampai sekarang mereka masih belum mendapat  tangki simpanan air sumbangan 1Malaysia yang pernah diberi di kampung berdekatan. Bekalan air bersih amat diperlukan untuk memudahkan mereka menyimpan air bersih apabila musim kemarau panjang bukan hanya mengharapkan air hujan saja untuk kegunaan harian.
Kita mendesak agar pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan  masalah jalan dan infrastruktur di kampung Tukau Jaya ini dengan segera tanpa perlu menunggu PRU13 nanti. Mereka terasa terpinggir dan sudah bosan dengan janji kosong wakil rakyat, mereka mahu kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab melaksanakan amanah rakyat dengan jujur dan adil untuk semua.
Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan telah diberi amanah oleh rakyat sepatutnya menjaga kebajikan rakyat dan seharusnya keperluan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Janji hendaklah ditepati jangan dimungkiri.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak 


 19 jabatan dipilih Jabatan Audit Negara
Posted on Tuesday, September 11 @ 02:03:14 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Warta Kedah

ALOR SETAR -  Sebanyak 19 jabatan/agensi telah dipilih oleh Jabatan Audit Negara Negeri Kedah untuk dinilai di bawah Program Indeks Akauntabiliti bagi tahun ini.

Pegawai Kewangan Negeri, YB. Dato’ Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali berkata, ketua-ketua jabatan/agensi perlu mengambil tahu apakah isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara dan pasukan naziran Bendahari Negeri termasuklah saranan-saranannya.

Pastikan sembilan kawalan dalam pengurusan kewangan ini dilaksanakan sebaik-baiknya dengan memfokuskan terhadap tindakan-tindakan pembetulan yang ditetapkan deadline dan mengenal pasti dengan jelas siapa yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Index Akauntabiliti 2011 di Hotel Holiday Villa, di sini.
Menurutnya, indeks akauntabiliti ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan ia mengukur pencapaian jabatan/agensi Kerajaan Negeri dari segi pematuhan kepada dasar, peraturan dan prosedur kewangan.
“Taraf pematuhan yang tinggi bermakna pengurusan kewangan jabatan/agensi itu cemerlang (empat bintang) dan sekiranya memperolehi satu bintang bermakna pengurusan kewangannya tidak memuaskan,” katanya.
Beliau memberitahu, penilaian pada tujuan berkenaan adalah kerana markah diberi terhadap indikator-indikator yang ditetapkan bagi sesuatu aspek atau kawalan dalam pengurusan kewangan itu.
“Saya percaya taklimat yang diadakan pada kali ini akan dapat membantu kita membuat penambahbaikan agar prestasi pengurusan kewangan dapat dipertingkatkan,” katanya.
Dato’ Mohd Puat menjelaskan, pencapaian empat bintang dalam Indeks Akauntabiliti bagi jabatan/agensi yang dipilih pada tahun ini adalah sesuatu yang bukan mustahil dan ianya boleh dicapai.
“Bagi tahun 2011, sebanyak tiga jabatan/agensi utama iaitu Perbendaharaan Negeri Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAINK) telah berjaya mencapai empat bintang,” tambahnya.
Beliau berkata, majlis penyampaian sijil akan diadakan pada 2 Oktober 2012 di Kuantan, Pahang oleh Ketua Audit Negara, YB. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.
Pencapaian empat bintang, katanya, adalah juga merupakan manifestasi bahawa akauntabiliti dan integriti organisasi adalah pada tahap cemerlang.
“Kita harus sedar bahawa dasar-dasar awam yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada hakikatnya mempunyai niat yang murni iaitu untuk manfaat serta kesejahteraan rakyat dan negeri,” katanya.
Namun, ujarnya, jika program dan aktiviti bagi menterjemahkan dasar-dasar tersebut tidak dirancang dengan teliti, tidak dilaksanakan dengan cekap dan tidak dipantau dengan berkesan, maka akan timbul masalah ‘implementation gap’ yang boleh mencalarkan imej perkhidmatan awam serta Kerajaan pada keseluruhannya.
“Kita selaku ketua-ketua jabatan dan agensi haruslah sentiasa peka dan prihatin dengan isu-isu yang dibangkitkan di dalam Laporan Audit serta mengambil iktibar berlandaskan prinsip value for money dan value management dalam pengurusan kewangan jabatan/agensi masing-masing,” katanya.
Tambahnya, sebagai penjawat awam perlulah komited dan teliti serta memastikan system kawalan dalamannya berfungsi seperti yang diarahkan oleh Kerajaan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
“Seterusnya ketelitian atau diligence juga perlu agar gejala terlepas pandang tidak akan berlaku jika kita teliti dalam kerja kita di mana sikap rajin dan teliti adalah nilai-nilai integriti yang mesti ada pada semua orang yang menguruskan kewangan,” jelasnya.
Beliau berkata, faktor integriti dalam pengurusan kewangan juga perlu bagi memastikan sistem kawalan dalaman dan sistem check dan balance sentiasa diamalkan.
“Saya kira integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik seharusnya sentiasa tersemat di hati sanubari kita semua yang ingin melihat persepsi Kerajaan, masyarakat, media dan lain-lain terhadap kita sentiasa positif dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan memberi manfaat kepada negeri dan masyarakat setempat,” ujarnya.
Dato’ Mohd Puat memberitahu, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju memberi penganugerahan kepada mana-mana jabatan/agensi yang mencapai empat bintang dalam IA pada setiap tahun mulai tahun 2011.
Tambahnya, ia sebagai tanda penghargaan dan usaha mencemerlangkan pengurusan kewangan di jabatan/agensi masing-masing dan penganugerahan bernilai RM10,000 bagi setiap jabatan/agensi yang berjaya akan menjadi perangsang dalam usaha memantapkan pengurusan kewangan yang sedia ada.
“Pada kali ini, beberapa jabatan/agensi menerima anugerah tersebut kerana telah mencapai tahap kecemerlangan dalam penarafan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2011 dalam pengurusan kewangan masing-masing,” jelasnya.
Menurutnya, ini adalah merupakan satu pencapaian yang amat menggalakkan dan harus dipertingkatkan, sekaligus menolak persepsi umum bahawa pengurusan kewangan Kerajaan adalah kurang cekap.
“Ia juga menggambarkan dan mencerminkan keupayaan sektor awam untuk berubah serta menambah baik pencapaian mereka,” katanya.




KUIN terus diberi kepercayaan pihak luar negara

Posted on Tuesday, September 11 @ 01:12:12 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Warta Kedah

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya mengendalikan Latihan Intensif Perbankan dan Kewangan Islam kepada kumpulan pertama dan kedua kepada kakitangan Bank Pusat Nigeria (CBN) pada April dan Mei lalu, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di bawah Pusat Kewangan, Perbankan Islam dan Keusahawanan Global (GCIBFE) terus diberi kepercayaan memberi latihan yang sama kepada kumpulan ketiga kakitangan CBN seramai tujuh orang.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Pengantarabangsaan dan Alumni INSANIAH, Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff. Hadir sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif INSANIAH Holdings, Dr. Hj. Ramli Saad, Pengurus Besar GCIBFE, Tuan Hj. Besar Nawawi Ngah dan timbalannya, Dr. Bello Lawal Danbatta.

Sepanjang berada di Kuala Lumpur, peserta dibawa melawat ke Bank Negara, Bank Islam, Bank Muamalat di samping beberapa pemain industri utama di Malaysia antaranya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) dan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).
Latihan yang berkaitan dengan perbankan Islam ini bermula pada 27 Ogos dan berakhir pada 7 September. Selepas itu, ianya akan disusuli dengan latihan yang sama kepada kumpulan ke empat CBN yang dijadual diadakan pada 24 September hingga 9 Oktober 2012.

 Video Pencacai UMNO Melaka baling cat kearah bas jelajah Merdeka Rakyat
Posted on Monday, September 10 @ 16:43:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"

Jika dibaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam mengenai insiden Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol semalam antaran petikannya adalah seperti berikut..

Pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya .. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tiada provokasi kepala bapak dia!!

Dalam video dibawah korang akan melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan tiada provokasi oleh pemimpin Belia 4B... err 4B ni bermaksud 4X Bodoh ke?..

Persoalannya disini ialah mengapa anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan pencacai UMNO yang melontarkan cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu tetapi sangat pantas bertindak terhadap Pengawal Peribadi DS Anwar????????

Jika tindakan provokasi hingga ketengah jalan ini dihalang pihak berkuasa adakah mungkin Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan pistol??

Sumber di SINI 






Kantoi PM dan TPM tak sependapat berkaitan Isu Seksyen 114A Akta Keterangan
Posted on Monday, September 10 @ 16:18:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"
Keputusan mereka sering kali tidak sepakat..

Semenjak pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai BN pada 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu.


Namun, di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta Keterangan.

Susulan kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web, Najib pada 14 Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu.

Sehari kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut.

NONEMalaysiakini
difahamkan bahawa Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan pindaan akta tersebut.

Mesyuarat pada 15 Ogos itu pada awalnya memutuskan untuk menegur ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan kerajaan.
Nukilan ABu Luqman 

 UMNO musuh Agama, Bangsa dan Negara
Posted on Monday, September 10 @ 13:10:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz Mohamad Ismi

Umum mengetahui kebobrokan UMNO-BN dan tindakan jahat yang mereka lakukan ke atas kepentingan orang Melayu, Agama Islam, malah institusi DIRaja. Namun, UMNO sebenarnya lebih teruk daripada itu, mereka sedang menjerumuskan Negara ke lembah kebinasaan. Saranan Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, supaya orang-orang Melayu meninggalkan UMNO dan mengukuhkan PAS merupakan saranan yang tepat dan perlu diambil pengajaran segera.

Ironinya, UMNO sememangnya telah ditolak oleh kebanyakan rakyat yang sedar dan bermaklumat. Tidakkah kita tertanya, mengapa golongan cerdik pandai, dan mereka yang duduk di kawasan Bandar, dan kawasan-kawasan yang membangun, kebanyakannya memilih Pakatan Rakyat? 11 daripada 14 ibu kota negeri-negeri yang ada di Malaysia, dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU-12. Keputusan ini sebenarnya mengundang pelbagai tafsiran. Hujah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi pengundi di Ibu Kota di atas, ialah kerana mereka memiliki akses dan terdedah kepada pelbagai jenis maklumat.

Pengundi di kawasan Bandar dan kawasan-kawasan yang pesat membangun mempunyai alternative yang luas terhadap maklumat. Mereka tidak mudah diperbodohkan oleh media berat sebelah oleh pembangkang mahupun kerajaan. Dalam era teknologi maklumat yang pesat membangun, rakyat terdedah kepada maklumat yang benar dan banyak.

Sebut mengenai kuasa Sultan, Tulisan Jawi, ekuiti ekonomi orang Melayu, penjagaan terhadap Tanah rezab orang Melayu, dan yang terbaru isu perlaksanaan undang-undang syariat Islam, tiada dalang utama selain UMNO dan Barisan Nasional. Maka jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional ibarat pagar, pagar makan padi.

Tidak kurang dari kalangan mereka yang masih di takuk lama, enggan berubah kerana kemajuan Malaysia kononnya terletak di tangan UMNO-BN. Sekali lagi, ramai yang lupa, dan sengaja membutakan mata kerana angka prestasi ekonomi Negara tidak seindah khabar yang diberikan oleh UMNO-BN. Malaysia mencatatkan deficit dalam belanjawan Negara untuk kali ke 12 berturut-turut. Jabatan Audit Negara juga melaporkan bahawa hasil kutipan balak mahupun pasir di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bertambah dan menunjukkan angka yang jauh lebih baik berbanding ketika di bawah pengurusan UMNO-BN.

Jika dahulu, mungkin tidak ramai yang tahu fungsi Jabatan Audit Negara, maka tidak ramai yang memberikan tumpuan terhadapnya. Kini, Jabatan Audit Negara menjadi antara senjata utama yan digunakan untuk menghukum pihak yang menyalahgunakan kuasa dan kepentingan. Maka Kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi,
kerana Jabatan Audit Negara mendedahkan bahawa pendapatan Negara meningkat, serentak dengan itu, hutang Negara juga mencatatkan peningkatan.

Persoalannya, mengapa pendapatan Negara meningkat, hutang Negara juga meningkat? Paling pelik, rakyat "dipaksa" untuk membantu mengurangkan hutang dengan perintah "jimat" dan kenaikan harga barang. Pada masa yang sama, Menteri-menteri dan isteri-isteri juga keluarga, dilaporkan terus berada dalam keadaan bermewah-mewah. Apakah pemimpin UMNO-BN menyangka bangkai gajah dapat ditutup dengan sehelai daun?

Mungkin UMNO-BN sudah lupa mengenai bagaimanakah yang dikatakan dengan Urustadbir Negara yang berkesan. Mereka kini lebih kerap menggunakan media untuk mengaburi mata rakyat, namun mereka lupa bahawa rakyat mempunyai "telinga" dan "mata" yang tersendiri untuk melihat dan mendengar apakah sebenarnya yang telah, sedang dan apa pula yang sepatutnya terjadi.

Urustadbir kerajaan di bawah kepimpinan Melayu UMNO-BN sangat lemah kerana mereka tidak pernah belajar dari kesilapan. Bukankah cendekiawan pernah mengingatkan, kita tidak boleh mengharapkan hasil yang berbeza untuk usaha yang sama? Begitulah UMNO-BN, masih dengan taktik lapuk dan kunonya, kononnya cuba membutakan dan memekakkan rakyat.

Rakyat tidak mudah tertipu dengan sogokan RM500, sedangkan mereka sedar bahwa mereka sedang menanggung ribuan hutang yang disebabkan oleh kegagalan urustadbir Negara. Rakyat tidak mudah dikaburkan dengan keenakan slogan Transformasi, ketika kezaliman jentera penguatkuasa kerajaan begitu jelas terasa dan kelihatan.

Bagaimanakah rakyat ingin berasa selesa berada di sebuah Negara yang sama sekali tidak mendaulatkan undang-undang, apabila undang-undang hanya berkesan terhadap rakyat dan dolongan bawahan, tetapi tidak lut kepada pimpinan atasan. Rakyat masih menunggu jawapan daripada pembanteras jenayah rasuah Negara terhadap isu National FeedLot yang menelan RM250juta duit mereka. Dimanakah nilai kedaulatan undang-undang di sisi pemimpin UMNO-BN?

Baru-baru ini, ratusan ribu rakyat berhimpun ketika malam sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55. Setelah 3 kali himpunan besar Bersih diadakan, merea berhimpun lagi, kali ini menagih janji Kerajaan ditepati. Rakyat menuntut agar janji menegakkan kembali demokrasi di Malaysia. Di manakah telinga pemimpin UMNO-BN yang sepatutnya menjadi tempat luahan hati rakyat? Apakah ratusan ribu yang berhimpun itu bukan rakyat Malaysia, atau telinga UMNO-BN hanya untuk Melayu, atau mungkin UMNO-BN telah dipekakkan oleh laungan transformasi yang mereka bangga-banggakan?

Apakah mereka lupa, pemimpin yang baik ialah pendengar yang baik? (A Good leader is a good listener). Berkali-kali ditekankan, pemimpin yang mendengar luahan rakyat dan mereka yang dipimpin di bawah mereka, bukanlah pemimpin yang lemah atau pemimpin yang tidak mempunyai kuasa pengaruh ke atas rakyatnya. Bahkan, kesediaan dan kesudian pemimpin mendengar luahan hati rakyat menunjukkan kewibawaan dan keberanian pemimpin tersebut untuk memberikan khidmat yang terbaik. Responsif juga merupakan cirri-ciri urustadbir yang berkesan.

Apalagi dalam ruang lingkup sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, kita tidak boleh lari daripada berhadapan dengan rakyat tidak kira dari lapisan mana sekalipun. Mendengar tidak semestinya patuh. Demikian contoh yang diberikan oleh Allah Ta'ala dalam kisah Ratu Balqis yang bermesyuarat dengan para pemimpin negaranya, membuka ruang komentar, sekalipun Ratu Balqis sebenarnya telahpun mempunyai pandangan yang jauh lebih baik dan tepat.

JIka UMNO-BN sudah tidak mempunyai ingatan yan baik, eloklah saya ingatkan, bahawa tadbir urus yang baik mempunyai 8 ciri-ciri utama. Ia adalah penyertaan, berorientasikan konsensus, bertanggungjawab, telus, responsif, berkesan dan cekap, saksama dan inklusif serta mematuhi kedaulatan undang-undang. Ia menjamin bahawa rasuah diminimakan, pandangan kaum minoriti diambil kira dan bahawa suara-suara yang paling lemah dalam masyarakat didengar dalam membuat keputusan. Ia juga responsif kepada keperluan masa kini dan masa depan masyarakat.
Melihat kepada cirri-ciri urus tadbir yang baik, tiada satu pun yang boleh dicontohi daripada kepimpinan UMNO-BN. Semuanya adalah slogan-slogan sumbang, yang rupanya tidak seindah apa yang dikhabarkan.

Justeru, pandangan yang dilontarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, terhadap orang Melayu wajar disambut dengan baik oleh kesemua rakyat Malaysia. Orang Melayu menjadi sasaran utama terhadap seruan perubahan ketika ini, kerana malang sekali, UMNO masih bebas melakukan kerosakan kerana "keris melayu" masih memberikan sokongan.


Ustaz Muhammad Ismi Bin Mat Taib
Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat.


 Sabotaj Parti : Kenyataan Cemas Pemimpin Tertinggi Umno
Posted on Monday, September 10 @ 13:13:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Riduan Mohd Nor

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan tegas menggesa anggota UMNO dan BN yang cuba mensabotaj calon serta parti dalam pilihan raya disingkirkan. Kenyataan beliau disambut pula oleh pemimpin lainnya yang menyokong kenyataan tersebut.

Jika begitu tegasnya nada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, ini bererti UMNO dan BN berada dalam keadaan gawat dan tenat. Disiplin dan akhlak ahli UMNO dan parti komponen BN dianggap begitu teruk sehingga terpaksa diberi amaran dalam ruang media yang terbuka. Gelombang yang begitu menggelora sedang membadai dalaman mereka sehingga terpaksa pemimpin tertingginya memberi amaran keras (ataupun cemas) untuk menenangkan keadaan.
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin menunjukkan bahawa UMNO sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan mereka. Agenda membela bangsa adalah kata-kata manis yang lahir dari lidah mereka sahaja, sedangkan hati mereka tiada niat untuk membela nasib rakyat. Mereka lebih bernafsu untuk memikirkan diri mereka sendiri. Tindakan mereka dizahirkan dengan sanggup ‘mengalahkan’ calon dan parti mereka sendiri dalam PRU ke 13 jika mereka atau orang pilihan mereka tidak terpilih bertanding. Sebegitu rapuh dan murahnya ‘aqidah’ perjuangan mereka terhadap parti sendiri, tidak terbayangkan bagaimana kelak pemimpin seperti ini sanggup mengharungi kesusahan bersama rakyat semata-mata mahu membela nasib rakyat lebih dari diri mereka sendiri.
Dalam keadaan sekarang, apakah masih ada sekelumit hati pemimpin UMNO merasakan menjadi wakil rakyat sebagai suatu amanah yang perlu ditunaikan dengan baik dan memberikan khidmat kepada masyarakat terutama pengundi sebagai suatu keutamaan. Mungkinkah ada kalangan mereka merasakan amanah yang dipikul ini akan menjadi suatu bebanan dan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari akhirat kelak. Sebaliknya mungkin mereka merasa menjadi Yang Berhormat atau Menteri adalah suatu kemuliaan dan juga peluang untuk membolot kemewahan dunia sebanyaknya tanpa memikirkan nasib rakyat yang mereka wakili.
Saya ingin mengajak rakyat menilai kembali sokongan mereka kepada UMNO. Parti seperti ini tidak boleh disokong kerana mereka sendiri sanggup menjual beli parti mereka sendiri hanya kerana kepentingan diri mereka. Zahirnya nampak kuat, namun dalamannya amat rapuh dan lemah. Parti seperti ini boleh rebah bila-bila masa sahaja.
Kenyataan Tan Sri Muhyiddin pula akan menguji diri beliau jika ia benar-benar terjadi ke atas diri beliau sendiri. Sesetia itukah Muhyiddin terhadap partinya sendiri atau beliau turut akan sama mensabotaj dan akan disingkir jika tidak terpilih sebagai calon PRU13?

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia 

 Restoran Keluarga Shahrizat Di Singapura TUTUP KEDAI!
Posted on Monday, September 10 @ 10:21:05 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh JalanPulang

Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh keluarga skandal melanda Shahrizat Jalil dilaporkan telah ditutup, menandakan keluarnya perniagaan keluarga tersebut dari republik itu.

Akhbar berpengaruh republik itu, The Straits Times melaporkan bahawa ketiga-tiga restoran - Meatworks, Steakhouse Brawn dan Brazil Churrascaria Senor Santos - telah melayan pelanggan akhir mereka kelmarin selepas rantaian pasar raya keluarga iaitu Pasaraya Farmhouse dibatalkan oleh pemilik bangunan Rochester Mall di Buena Vista.

Hampir setiap hari dilaporkan bahawa Meatworks menutup pintunya di pusat membeli-belah mewah Orchard ION buat kali terakhir pada September 4 dan Brawn Steakhouse di pusat perniagaan baru di daerah Marina Bay ditutup dalam minggu ketiga Julai, dengan cuma tinggal setahun pajakan dan akan digantikan oleh pub dan restoran Gastrobar Erwin.

Keluarga Ketua Wanita Umno didakwa Pakatan Rakyat tahun lepas menggunakan dana persekutuan bertujuan menggunakan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) untuk tujuan peribadi mereka.

Mereka mengakui, bagaimanapun, bahawa beberapa dana persekutuan telah digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Tetapi kesan daripada kontroversi tersebut, Shahrizat mengumumkan tidak menyambung tempoh senatornya sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac.

Sehari kemudian, suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail, didakwa dengan jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan bernilai RM49 juta daripada dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.

Pendengaran untuk kesnya telah ditetapkan untuk 5 November 2012.

Soalan yang dihantar kepada wakil-wakil NFCorp dijawab pada masa akhbar.

Ketika dihubungi, pengurus Meatworks di pinggir bandar mewah KL, Mont Kiara mengesahkan bahawa Meatworks di Singapura telah ditutup, tetapi tidak dapat memberikan apa-apa maklumat tambahan.

Skandal NFCorp juga dijangka meletakkan undang-undang perlindungan pemberi maklumat di Malaysia di bawah penelitian yang lebih besar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kununnya melanggar BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dengan mendedahkan butiran perbankan sulit NFCorp.


.............
http://jalanpulang1978.blogspot.com


  Sampai hati cakap macam itu
Posted on Monday, September 10 @ 08:22:55 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Pada penulis, memang tidak patut cakap macam itu pada Setiausaha Agung PAS Malaysia dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu. Kalah menang calon dalam pilihanraya umum bukan hak manusia. Ia adalah hak Allah Subha nahu wataala.Itulah kepercayaan kita.

Pendek kata, kalah dan menang sesorang calon adalah ketentuan Alah subha nahu wataala. Cuma manusia ini hanya sabit sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Kenapa penulis kata begitu? Siapa sangka Umno tumbang pada PRU 10 (1999). Umno pun tak sangka PAS boleh menang 28 kerusi.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan pucuk kepimpinan PAS negeri menyatakan “PAS menang kerana umno”  .Cakap cakap ini dibuat dalam kebanyakan majlis anjuran kerajaan.
Pada PRU 11 (2004) PAS tak sangka boleh kalah begitu teruk, tinggal 4 kerusi. Mengapa penulis kata begitu?banyak sebab musababnya.
Bayangkan,  banyak insentif  dan inisiatif yang dilkakukan oleh kerajaan PAS. Memansuhkan TOL Jambatan Sultan Mahmud. Menghapuskan cukai pintu yang sering jadi rungutan rakyat.
Pendek kata banyak perkara yang sudah lansai melalui inisiatif kerajaan PAS jauh lebih baik dan besar maknanya kepada rakyat  berbanding  kerajaan Umno sepanjang pemerintahannya.Asyik menipu.
Cuba anda bayangkan. 50 ribu lot tanah telah diluluskan.  80 peratus dikhususkan kepada penyokong umno. Nilai satu lot tanah ada yang berharga RM 100,.Tak munasabah mereka yang dapat tanah undi umno.
Apalah sangat jika dibandingkan dengan RM 300 wang ehsan dengan dapat satu lot tanah berharga RM 100,00.Tapi malangnya kerajaan PAS tumbang juga hasil tangan tangan rakyat.
Bercakap pasal calon tak boleh menang penulis juga ada dengar. Tapi bukan nama Datuk Mustafa Ali dan Yahya Ali sahaja, malah nama YB Mohd Wahid Endut dan Datuk Tengku Hassan Omar juga turut disebut sebut.Jadi buah mulut.
Tidak kisah jika nama Ustaz Abu Bakar Abdullah DUN Tepuh dan nama ustaz Nik Zawawi Salleh DUN Kuala Besut turut disebut sebut sebagai calon tak boleh menang dan tak selamat. Apatah lagi dibubuh muslimat bertanding  DUN tersebut.
Ramai lagi bekas calon yang bertanding pada PRU 12 namanya  disebut sebut tak boleh menang dan wajib diganti dengan calon muka baru untuk mencapai kemenangan PRU 13 nanti.
Jika demikian, calon muslimat yang di uar uarkan untuk diletakkan bertanding pada pru 13 nanti hatta di DUN selamat sekali pun juga di sebut sebut  calon yang tak boleh menang.
Lebib lebih lagi mana ada pucuk kepimpinan  muslimat PAS yang berwibawa setakat ini berbanding calon muslimin.
Sudah lama penulis intai intai calon muslimat yang boleh diketengah untuk bertanding. Tiada seorang pun yang berwibawa.
Jika nama Mohd Wahid Endut telah disebut sebut sebagai calon yang tak boleh menang. Apalah sangat dengan calon muslimat yang akan diletak bertanding pada PRU 13 ini nanti.
Kesimpulannya kalah menang bukan hak pengundi (manusia) tapi ia adalah hak Allah. Allah boleh beri kememangan kepada sesiapa yang dia kehendaki.Manusia hanya berusaha.
 Macam Datuk Mustafa Ali. Siapa sangka boleh menang parlimen Dungun PRU 10 (1999) dan DUN Pengkalan Beranggan.
Sudah didugakah, Yahya Ali kalah di tangan Alias Abdullah di DUN Alur Limbat pada PRU 11(2004). Kalau tahu awal awal lagi kalah, mana mungkin diletak bertanding juga.
Demikian juga apa yang berlaku terhadap Datuk Mustafa Ali,yang  kalah ditangan Alias Abdullah di DUN Alor Limbat pada PRU 12.
Tidak mustahil dia boleh menang pada PRU 13 nanti di Parlimen Dungun. Jika benar dia akan diletakkan bertanding nanti.
Demikian juga dengan Yahya Ali yang dikatakan calon tak akan menang di DUN Alor Limbat berbanding dengan Dr Rosdi Ambak yang dikatakan calon boleh menang itu.Kalah menang adalah ketentuan Allah. Apabila Allah menghendaki, maka jadilah.
Tuah manusia tiada siapa yang tahu, tuah ayam nampak dikaki. Betul atau salah sama samalah kita fikir.
Fikir fikirlah dulu, sebelum beri kata putus. Manusia boleh buat ramalan Allahlah yang menentukannya.
Terlanjak perahu boleh undur, salah cakap padahlah yang menimpa.Kerana pulut santan binasa, kerana mulut hidup kecewa.


Tiada ulasan: