Isnin, 10 September 2012

INSYAALLAH AKAN MENJUNAM TERUS SAHAM2...PENGARUH2 YANG ADA...ATAS KESILAPAN SERTA DOSA2 YANG MENIMBUN2

Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi

Harakahdaily, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.

Blogger Umno berdepan penghakiman engkar

Aslani M, 10 Sep 2012
KOTA BHARU: Seorang blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan penghakiman engkar apabila tidak hadir pada prosiding kes saman Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad (gambar) terhadapnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata ketika prosiding kes berlangsung semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nariman Badruddin tiada notis kehadiran dan pernyataan pembelaan difail defendan.

Katanya, disebabkan keengkaran tersebut Mahkamah Tinggi menangguhkan kes terbabit kepada 1 Oktober bagi membolehkan peguam Mohd Apandi memfailkan permohonan penghakiman engkar.

“Pada prosiding semalam defendan tidak hadir dan tiada peguam yang hadir mewakilinya, manakala plaintif diwakili peguam Farah Helmy,” katanya di sini.

Defendan dipercayai pemilik blog http://www.kelatekito.net/ memaparkan tulisan bertajuk “YDP PAS Jeli samun tanah rakyat” yang diterbitkan pada 8 November 2011.

Blogger terbabit juga menulis “terbaru hasil siasatan dan maklumat dalaman, kelatekito.net mendapati Yang Dipertua Pas Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.”

Mohd Apandi dalam writ samannya menyebut tulisan tersebut tidak benar sama sekali yang bertujuan memburuk-burukkannya sebagai pimpinan PAS.

Katanya, tulisan itu juga dengan maksud menuduh plaintif sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut dipadamkan artikel terbabit serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi yang amat minimal kepada plaintif, namun defendan enggan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Mohd Apandi menuntut defendan mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Blogger terbabit juga dituntut membayar gantirugi sebanyak RM1 juta kepada plaintif bagi perbuatan fitnah yang disiarkan dalam ruangan blog defendan.

Turut dituntut gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif dan injunksi menghalang defendan atau ejen menerbit kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu, Kelantan.

Sabotaj parti: Pemimpin tertinggi Umno cemas

Harakahdaily, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: “Jika begitu tegasnya nada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, ini bererti Umno dan BN berada dalam keadaan gawat dan tenat,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar).
Katanya, disiplin dan akhlak ahli Umno dan parti komponen BN dianggap begitu teruk sehingga terpaksa diberi amaran dalam ruang media yang terbuka.

Baru-baru ini Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tegas menggesa anggota Umno dan BN yang cuba mensabotaj calon serta parti dalam pilihan raya disingkirkan.

Kenyataan beliau disambut pula oleh pemimpin lainnya yang menyokong kenyataan tersebut.

Riduan berkata, gelombang yang begitu menggelora sedang membadai dalaman mereka sehingga terpaksa pemimpin tertingginya memberi amaran keras untuk menenangkan keadaan.

Katanya, kenyataan Muhyiddin menunjukkan bahawa Umno sudah lari jauh dari matlamat asal perjuangan mereka.

Baginya, agenda membela bangsa adalah kata-kata manis yang lahir dari lidah mereka sahaja, sedangkan hati mereka tiada niat untuk membela nasib rakyat.

Menurutnya lagi, mereka lebih bernafsu untuk memikirkan diri mereka sendiri.

Tambahnya, tindakan mereka dizahirkan dengan sanggup ‘mengalahkan’ calon dan parti mereka sendiri dalam PRU13 jika mereka atau orang pilihan mereka tidak terpilih bertanding.

“Sebegitu rapuh dan murahnya ‘aqidah’ perjuangan mereka terhadap parti sendiri, tidak terbayangkan bagaimana kelak pemimpin seperti ini sanggup mengharungi kesusahan bersama rakyat semata-mata mahu membela nasib rakyat lebih dari diri mereka sendiri,” katanya.

Dalam keadaan sekarang, ujar Riduan apakah masih ada sekelumit hati pemimpin Umno merasakan menjadi wakil rakyat sebagai suatu amanah yang perlu ditunaikan dengan baik dan memberikan khidmat kepada masyarakat terutama pengundi sebagai suatu keutamaan.

Beliau mempersoalkan, mungkinkah ada kalangan mereka merasakan amanah yang dipikul itu akan menjadi suatu bebanan dan akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari akhirat kelak.

Sebaliknya, kata beliau mungkin mereka merasa menjadi Yang Berhormat atau menteri adalah suatu kemuliaan dan juga peluang untuk membolot kemewahan dunia sebanyaknya tanpa memikirkan nasib rakyat yang mereka wakili.

“Saya ingin mengajak rakyat menilai kembali sokongan mereka kepada Umno. Parti seperti ini tidak boleh disokong kerana mereka sendiri sanggup menjual beli parti mereka sendiri hanya kerana kepentingan diri mereka.

“Zahirnya nampak kuat, namun dalamannya amat rapuh dan lemah. Parti seperti ini boleh rebah bila-bila masa sahaja,” ujarnya lagi.

Katanya, kenyataan Muhyiddin pula akan menguji diri beliau jika ia benar-benar terjadi ke atasnya.

“Sesetia itukah Muhyiddin terhadap partinya sendiri atau beliau turut akan sama mensabotaj dan akan disingkir jika tidak terpilih sebagai calon PRU13?” tanya beliau.

Nyanyian Iqwal, Rosmah dan Najib

Harakahdaily, 10 Sep 2012

(Najib menari bersama isteri dan rakan-rakan di Aidilfitri)

KUALA LUMPUR: Video klip yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datik Seri Rosmah Mansor menari dan menyanyi di majlis Aidilditri beliau kini mula mendapat tarikan ramai.

Video klip yang turut memaparkan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri mula disebarkan melalui Youtube tetapi dengan link yang terhad.

"This video is unlisted. Only those with the link can see i".

Ia memaparkan bagaimana seorang penyanyi baru, Iqwal Hafiz menyanyi lagu "Anak Kampung" dengan diiringi tarian oleh Najib, isteri dan rakan-rakannya.

Untuk menonton video ini, sila klip di sini.

Umno: Sumbat di sini, bocor di sana

Aspan Alias, 10 Sep 2012
Ahli-ahli Umno yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan Umno tidak memerlukan mereka”.

Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin Yassin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor dua hari yang lepas..

Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh Umno apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang Umno sedang hadapi dan jika Umno menumpukan mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan “priority” yang salah yang dilakukan oleh Umno.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli Umno sendiri seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno dalam pilihanraya yang lalu.

Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan masalah “inter-party” dan “intra-party” dalam BN.

Musuh Umno ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli Umno yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas.

Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara.

Mereka mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri.

Mereka mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan “kuda pelejang” untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika Umno masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk menyelamatkan negara akan tertangguh lagi.

Sementara hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

“It”s better late than never,” kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan Umno bermaharajalela.

Umno akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang Umno sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri.

Masalah dalaman parti Umno, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang “terminal” yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri.

Bagimanakah Umno akan membuang ahli-ahli Umno yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN.

Muhyiddin nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya Umno sejak akhir-akhir ini. Umno tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli Umno) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli Umno itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli.

Bagaimana Umno hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli Umno menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan?

Umno tidak sedar yang ahli-ahli Umno itu adalah manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun Umno memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang Umno itu merupakan parti yang rapoh dan lemah.

Jika pecat memecat menjadi budaya dalam Umno ia hanya akan memberikan persepsi yang Umno bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika Umno itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya?

Jika lah benar Umno itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang Umno itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri.

Pimpinan Umno sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin Umno “suspect everybody and trust nobody” terhadap semua ahli-ahlinya.

Situasi ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUmno tidak akan boleh bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka.

Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh Umno.

Bagi ahli Umno, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam Umno pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas.

Ahli-ahli Umno sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang di beri mandat itu.

Menjadikan orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini.

“Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun Umno tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam Umno pun hidup kita serupa juga,” kata seorang AJK Bahagian dari Negeri Sembilan kepada saya.

Seorang rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, “By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all Umno is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini. Sumbat kat sini berlubang kat sana”. — aspanaliasnet.blogspot.com

Bajet 2013: Dayatahan ekonomi negara dibimbangi

Analisa & Hisbah - Syahir Sulaiman, 10 Sep 2012


1.      Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor’s (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, saya menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan dayasaing dan dayatahan ekonomi negara.


2.      Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia.

Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.

3.      Saya berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan.

Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70%  dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.

4.      Oleh itu, saya mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013.

Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.

5.      Saya berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara  komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.

Kita menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.

6.      Malah, saya sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi ‘semak dan timbang’ (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.

7.      Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, saya mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan  Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, “Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?” dan yang lebih penting, “Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?”.

8.      Selamatkan Malaysia!
--------------------------------

Penulis adalah Pengarah Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Anak akan lapor polis dakwaan salah laku Faizoull

Anis Nazri, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang didakwa dilakukan bakal Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad pernah diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Aduan yang dikatakan dibuat oleh kakitangan Felda itu sendiri merupakan sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Faizoul ketika menjadi Timbalan Pengarah Besar Felda.
Perkara itu didedahkan Presiden Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Menurut Mazlan, aduan kepada SPRM itu dibuat pada 27 Julai lalu, dan salinan aduan-aduan tersebut dikirimkan kepada beliau sebagai maklumat.
Bagaimanapun, tegas beliau, pihaknya tidak tahu sejauh mana siasatan terhadap aduan yang dipercayai membabitkan penyalahgunaan dana itu dijalankan SPRM.
"Tujuh aduan itu boleh dikatakan hanyalah sebahagian dari penyelewengan yang dilakukan Faizoull ini. Di tangan saya masih ada 10 lagi aduan salah guna kuasa beliau yang akan saya dedahkan satu ketika nanti," tegas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung salah laku Faizoul itu dalam masa terdekat, biarpun pada awalnya tidak berniat untuk berbuat demikian.

Saham FGVH menjunam, peneroka mula rugi

Harakahdaily, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.

Shabery digesa mohon maaf hina atlet paralimpik

Harakahdaily, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah mengguris perasaan golongan orang kurang upaya (OKU).
Ini kerana beliau meletakkan tahap atlet paralimpik negara di kejohanan Paralimpik di London baru-baru ini sebagai ‘kelas kedua’.

“Kami juga menggesa agar Datuk Seri Shabery memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran bahasa yang dinyatakan atau sekiranya ia  memang menjadi dasar Kerajaan Pusat merendahkan dan menganggap bahawa atlet paralimpik tidak bernilai di Malaysia,” kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.

Katanya, kenyataan Shabery baru-baru ini yang berkata kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang memenangi pingat pada temasya di London itu sebagai tidak adil sama sekali.

“Kami merasakan OKU seumpama inilah yang sewajarnya diberikan perhatian dan diberikan bantuan yang melebihi orang lain yang cukup sifatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini,katanya ditambah kenyataan pedas Shabery yang mengatakan bahawa ‘perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan’.

Iskandar berkata, kenyataan itu sangat menyinggung perasaan OKU.

“Kami amat kesal kenyataan penghinaan yang diberikan oleh Datuk Seri Shabery tersebut yang boleh disifatkan bongkak dan tidak mengadili kekurangan seseorang manusia,” katanya.

Oleh yang demikian, ujarnya DPPM mendesak satu tindakan diambil terhadap Shabery dengan segera dan mendesak agar atlet paralimpik juga diberikan pencen yang lebih baik daripada atlet Olimpik negara.

“Tidakkah mereka juga telah mengharumkan nama negara?” tanya beliau.

Tiada ulasan: