Posted on Tuesday, September 18 @ 15:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Nigel Aw
Siasatan di Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, akan diteruskan walaupun jika kerajaan memutuskan untuk mendakwa Suaram atau mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, kata NGO hak asasi manusia itu hari ini.
Anggota sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya
telah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa kes Scorpene akan diteruskan.
Ketika dihubungi, Cynthia berkata, tindakan terhadap Suaram itu tidak akan memberi kesan terhadap kes di Perancis itu.
Cynthia juga mengkritik pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini tuduhan yang akan difailkan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd
Katanya, ketika menteri itu membuat pengumuman tersebut, pengarah dalam lembaga pengarah dan pengarah eksekutif Suaram masih lagi berada di ibu pejabat SSM, untuk disoal.
Cynthia berkata, bagaimana menteri itu boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan siasatan masih berjalan di dalam bangunan SSM.Ikrar Suaram: Siasatan Scorpene diteruskan
Mengecam Tindakan Biadap Menghina Yab Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Posted on Tuesday, September 18 @ 14:00:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Riduan Mohd Nor
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menghina peribadi YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan beliau seperti babi. Dalam satu posting yang disebarkan oleh individu bernama
2. Idham bin Zulkifli dengan tajuk “Antara Dua Haiwan ini mana yang lebih sopan” dengan menyiarkan gambar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik sedang menghirup makanan dan disebelahnya gambar seekor babi yang sedang minum air. Beliau turut menulis dengan kata-kata ...”
nampaknya begitulah. Babi tu lbh sopan dari Nik Aziz..”
3. DPPM melihat kenyataan beliau serta posting yang beliau sebarkan terlalu berniat jahat, biadap serta menghina peribadi YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Individu ini telah merendahkan darjatnya dengan begitu hina sekali sehingga hilang kewarasan, dan kemanusiaan serta adab-adab dalam penulisan beliau.
4. DPPM mengingatkan mana-mana pihak bahawa YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama’ yang disegani oleh seluruh umat Islam di negara ini bahkan masyarakat antarabangsa turut menghormati beliau. Allah SWT merakamkan di dalam al Qur’an bahawa para Ulama’ adalah pewaris para Nabi a.s. Ini bererti menghina para ulama’ seperti menghina para nabi a.s.
5. Selain itu, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz juga merupakan seorang pemimpin di negeri Kelantan. Beliau telah dipilih melalui sistem demokrasi di negara ini melalui pilihanraya umum yang lalu. Menghina YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bererti menghina rakyat Kelantan keseluruhannya.
Dalam keadaan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW sedang marak di seluruh dunia, ada juga pihak yang tergamak menghina ulama’ sebaik YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Jelaslah, individu terbabit adalah mereka yang tidak peka, sensitif, serta amat biadap terhadap umat Islam di negara ini.
6. Jika pengarah filem di Amerika Syarikat diancam bunuh kerana kebiadapannya terhadap Nabi Muhammad SAW, apakah pula balasan terhadap mereka yang menghina para ulama’ sebagai pewaris para Nabi a.s?
7. DPPM meminta kerajaan khususnya pihak keselamatan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tegas terhadap individu ini. Tulisan seperti ini sama sekali tidak layak berada dalam laman sosial yang dibaca dan disebarkan oleh rakyat di negara ini.
8. DPPM juga menyeru mana-mana pihak yang sensitif untuk bangkit menyatakan bantahan dengan membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil. DPPM turut mengingatkan agar sesiapa juga menghormati nilai demokrasi dalam negara ini.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Banduan Terlepas, Berjaya Rampas Pistol Pihak Polis Dan Melarikan Diri Ke Kuantan
Posted on Tuesday, September 18 @ 00:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Pahang Daily Online
18 Sept - Orang ramai di kawasan Beserah, Balok dan sekitarnya digesa berjaga-jaga kerana dikhuatiri adanya ancaman penjenayah di kawasan mereka. Ini berikutan satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta peronda polis yang sedang membawa banduan telah berlaku di jalan By-Pass (Kuantan-Kemaman) berhampiran Taman Dato' Rashid tengahari tadi. Difahamkan penjenayah terbabit berjaya merampas pistol polis dan melarikan diri menghala ke hutan Beserah menghala ke Pelabuhan Kuantan.
Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dan sekiranya ternampak kelibat individu yang mencurigakan, sila laporkan kepada polis.
Keadaan kereta peronda polis yang telah remuk selepas kemalangan tersebut
Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...
Posted on Tuesday, September 18 @ 00:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber Addin
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...
1. Gaji Pokok RM18,000
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja
Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat)
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~malique

Bernama Photoshop #2: Teori konspirasi, ia untuk kenakan Najib
Posted on Tuesday, September 18 @ 09:09:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh BlogUMNO‘Another doctored Bernama photo of Najib crowd‘ — blog Malaysian Media Matters
Gambar yang digunakan oleh NST – sila baca posting saya yang sebelum ini: ‘Heh heh heh, tengok ni pula (Photoshop lagi?) – sebenarnya dikeluarkan oleh sumber Bernama, mengikut penelitian blogger uppercaise.
Uppercaise mendapati bahawa versi online gambar tersebut (boleh semak di posting ‘Heh heh heh’) ada dicop dengan watermark Bernama.
Dakwaan ianya di’photoshop’: Perhatikan keratan gambar yang dibesarkan di bawah.
Musuh dalam selimut? Sesetengah pengamal media ragu-ragu kenapa pisang boleh berbuah dua kali, rujuk kejadian #1: ‘PM’s Bernama raya photo, look again’.
Ada udang di sebalik batu Bernama? Sebagai perbandingan, suratkhabar The Star meskipun dimiliki MCA tetapi ia sarang DAPster (crawling with DAP sympathizers).
Sebelum ini uppercaise juga pernah mengulas kes menciplak berlaku di The Star yang sampai hari ini tidak diambil endah oleh si Gunting dalam Lipatan.
(Klik pautan) Untuk kali keempatnya terpaksa uppercaise menghurai tentang kesalahan menciplak di mana The Star masih lagi mahu buat tak tahu.
Usaha gigih uppercaise mendedahkan penipuan oleh kolumnis The Star tersebut itu nampaknya seperti mencurah air di atas daun keladi.
Sikap The Star yang begitu *****y and arrogant ketara mencontohi Teladan (di sini bukan merujuk kepada Sang Dinosaur tetapi kepada pihak) ‘tuan’ jiwa sebenar suratkhabar itu.
Jikalau uppercaise terus memblog untuk kali kelima atau kali keenam tentang gelagat si Gunting, rasanya pun akan sia-sia sahaja.
Daripada sekadar melepaskan batuk di tangga, baik uppercaise cadangkan apa tindakan lebih berkesan yang boleh dikenakan terhadap The Star.
......
Catatan webmaster
Suner asal artikel ini adalah http://helenang.wordpress.com/2012/09/18/bernama-photoshop-2-teori-konspirasi-ia-untuk-kenakan-najib/ dan ditulis oleh Helen Ang
Harap maklum setiap artikel yang diambil disertakan penulis dan link asal artikel.
Clone untuk tunjuk ramai
Posted on Tuesday, September 18 @ 08:20:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Picture2U
Kenapa tak buat cermat, biar betul-betul. Kesian sama Najib!
...........
http://kide-picture2u.blogspot.com
Ini Dia Wanita Cantik, Suspek Campak Bayi Dari Tingkat 3
Posted on Tuesday, September 18 @ 06:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: laniismaa
"Melihat sepintas lalu, lihat jarinya, tentu cantik juga orangnya tetapi perangai huduh!!
Dia dikatakan ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.
Wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat. Dia yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.
Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
18 September 2012
KUALA LUMPUR - Pas mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak yang mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan
menentukan "survival" Melayu baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak
wajar dan hanya menimbulkan ketakutan di kalangan masyarakat Melayu.
Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan itu jelas memperlihatkan yang Barisan Nasional (BN) dan Umno sendiri sedang berada di ambang keresahan.
"Kenyataan yang dibuat Najib ini menunjukkan yang mereka cukup takut untuk kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti.
"Beliau juga takut jika rakyat berpaling tadah dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan ini supaya rakyat terus bersama Umno," katanya pada sidang media, hari ini.
Dua hari lalu, Perdana Menteri berkata yang PRU13 bukan sebarang pilihan raya tetapi penentu kepada survival bangsa Melayu.
Mahfuz menambah, kenyataan Najib itu juga akan menambah kebencian masyarakat bukan Melayu negara ini terhadap Melayu.
"Saya ingin mengingatkan kepada masyarakat Melayu negara ini agar buat pilihan secara bijak. Kenyataan ini hanya menjurus kepada survival politik Umno, bukan survival politik Melayu," tegasnya.
Beliau menambah, rakyat negara ini perlu membuat perubahan yang sewajarnya bagi memastikan pilihan raya umum akan datang akan memberi keadilan kepada semua pihak.
"Umno juga terpaksa membuat ugutan agar ahlinya kekal dalam parti. Buktinya mereka dengan senang hati mengugut jika berlaku sabotaj, jawatan dalam parti akan lucut serta-merta.
"Ini salah satu cara penghambaan secara halus yang dibuat Umno terhadap ahli mereka," katanya.
18 September 2012
KLANG - Kenderaan rasmi milik Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Datuk Joseph Entulu anak Belum yang dilaporkan hilang di Seri
Alam, Johor Bahru pada 2 Jun lalu, ditemui terbakar kurang 500 meter
dari simpang Jalan Akob, Kapar di sini, Sabtu lalu.
Kereta jenis Proton Perdana Executive itu ditemui oleh orang awam di tepi jalan kawasan terbabit kira-kira jam 7.30 malam, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kereta yang terbakar sepenuhnya itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.
Beliau berkata, siasatan awal gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kereta terbabit kerana kenderaan itu musnah teruk.
"Setelah kita periksa nombor chasis serta enjin kereta tersebut mendapati ia adalah kenderaan rasmi yang digunakan oleh timbalan menteri berkenaan.
"Semakan juga menunjukkan kereta bernombor pendaftaran WRM 1146 itu dilaporkan dicuri di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang kira-kira tiga bulan lalu," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kapar di sini, hari ini.
Mohd Shukor berkata, kereta itu dibawa balik ke Balai Polis Kapar untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan jenayah bencana dengan api.
"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan menjurus pelbagai aspek sedang dijalankan," katanya.
Menurutnya, bagi kes kehilangan kenderaan rasmi itu di Johor, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
18 September 2012
KLANG - Pas berharap agar satu kerusi dalam Parlimen Klang dapat
diberikan kepada parti itu memandangkan empat kerusi masing-masing
Parlimen Klang, Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang, Dun
Pandamaran dan Kota Alam Shah diwakili calon daripada PKR dan DAP pada
Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
Yang Dipertua Pas Kawasan Klang, Ismail Arsat berkata, kali terakhir wakil Pas bertanding bagi kerusi Pelabuhan Klang adalah sekitar 1970.
"Bagaimanapun, pertandingan pada waktu itu tidak memihak kepada calon Pas. Sebab itu, pada PRU13 ini kepimpinan Pas Klang ada mencadangkan agar salah satu kerusi diberikan kepada kita.
“Namun begitu, kita hanya menyatakan cadangan itu kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas dan PR (Pakatan Rakyat). Semua keputusan sama ada diterima atau sebaliknya terserah kepada pihak berkenaan.
“Kita yakin calon dari Pas juga boleh menempa kemenangan sekiranya rakan dalam PR bekerjasama dalam mempergiatkan gerak kerja untuk PRU,” katanya.
Mengulas sekiranya Pas tidak diberikan kerusi pada PRU13 menurutnya, beliau akur jika itu keputusan pucuk pimpinan.
“Kita tetap akan membantu bagi memastikan kemenangan PR. Kita tidak mementingkan calon daripada parti mana dalam PR sama ada PKR atau DAP. Apa yang penting adalah PR terus mentadbir negeri ini dan juga kesemua Dun termasuk Parlimen Klang.
“Pemimpin Pas dan penyokong akan terus memberikan kerjasama untuk rakan dalam PR. Kita akan meneruskan gerak kerja dalam memastikan pengundi memberi sokongan penuh kepada PR,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas isu banjir yang melanda Parlimen Klang, beliau berkata, sikap tuding jari antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah.
“Kedua-dua kerajaan menerusi agensi yang dipertanggungjawabkan harus saling bekerjasama dengan mengutamakan kepentingan rakyat.
“Di Klang, pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang giat melaksanakan projek melalui peruntukan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir.
"Banjir adalah satu bencana yang sukar dijangka bagaimanapun ia juga berlaku dan mempunyai kaitan dengan sistem saliran dan kenaikan paras laut,” katanya.
Ismail berkata, kunci air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga harus diberi perhatian memandangkan kebanyakannya dibina sejak 30 hingga 40 tahun lalu selain tidak mampu menampung kapasiti air yang semakin bertambah.
18 September 2012
SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh
Omar membuktikan beliau tidak gentar berhadapan dengan pemimpin
pembangkang terutama DAP bagi memberi penjelasan sebenar berkaitan isu
industri burung walit kepada rakyat.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, beliau diberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim akan membawa sekumpulan pengusaha burung walit untuk membuat demonstrasi pada majlis hari raya yang dihadirinya di Tanjong Karang.
Beliau berkata, beliau sanggup menunggu dan bertemu dengan kumpulan tersebut walaupun pada waktu yang sama perlu menghadiri majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan merasmikan satu mesyuarat perwakilan Umno di Jengka.
"Saya bukan seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak berani berdialog dengan rakyat bagi menjelaskan isu Talamgate. Saya sanggup berhadapan dengan kumpulan tersebut bagi membuktikan pemimpin BN tidak gentar dengan provokasi pemimpin pembangkang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden sekumpulan 100 pengusaha yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri menyerahkan memorandum pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Pejabat Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.
Selain Suee Lim, demonstrasi itu turut disertai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Yahya Shahri.
Noh turut menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan selepas memorandum tersebut dibacakan Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit SeMalaysia, Lim Lai Soon.
Antara kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut ialah mereka mendakwa bahawa pihak kementerian mengenakan syarat memaksa agar setiap penternak memasang Radio Frequency Identification (RFID) untuk mengaut keuntungan sendiri.
“Saya telah berbincang dengan kerajaan China bahawa kita tidak mahu RFID dan telah dipersetujui tetapi kenapa isu ini masih dipersoalkan? Telah berulang kali saya beritahu bahawa RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, pengusaha rumah burung walit hanya perlu mendaftarkan rumah tersebut dengan pusat vaterinar.
"Mereka (pengusaha) tidak faham mengenai isu ini, sebab itu timbulkan isu yang sudah mendapat kata putus dari Kabinet,” katanya.
Beliau turut menyifatkan isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang itu sebagai 'ketinggalan zaman' kerana kementeriannya sudah menyelesaikan kebanyakan isu berbangkit terutama membabitkan masalah dengan negara China.
Noh berkata, kementeriannya akan menandatangani satu protokol dengan pihak China 20 September ini yang merupakan langkah penting untuk membolehkan sarang burung walit dari Malaysia dieksport ke negara itu.
"Kementerian sudah memberi penjelasan dalam pertemuan hampir 6 jam dengan pengusaha burung walit dari seluruh negara pada 30 Ogos lalu. Semua masalah sudah diselesaikan sejak awal. DAP yang tidak tahu menahu tentang isu ini tiba-tiba mahu menjadi hero," katanya.
Tambah Noh lagi, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak mengambil berat mengenai rakyat adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan menepati janji.
“Kerajaan tidak mahu harga sarang burung walit terus merudum. Dahulu harga mencecah RM6, 000 bagi 1 kilogram, sekarang jatuh sehingga RM1, 500. Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700 sahaja," katanya.
Ini bukan pertama kali Noh berdepan dengan pemimpin DAP kerana sebelum ini beliau pernah berdebat dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu untuk mempertahankan isu setinggan
18 September 2012
KLANG - Baru sepenggal Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah
Selangor, dugaan bencana banjir besar yang berlaku pada Mac lalu bukan
sahaja melibatkan Klang malah termasuk beberapa kawasan lain di negeri
ini benar-benar menguji tahap kecekapan urus tadbir Kerajaan Negeri.
Lebih parah lagi, Parlimen Klang, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Alam Shah dan Dun Pandamaran masing-masing diwakili wakil rakyat PR dipersoalkan tanggungjawab mereka oleh penduduk setempat.
Berikutan itu juga, ramai yang menyalahkan wakil rakyat tidak buat kerja dan tidak kurang juga kegagalan Kerajaan Negeri dalam mencari jalan penyelesaian.
Ujian kepada pimpinan PR
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Parlimen Klang merangkap Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff berkata, banjir yang melanda Klang pada Mac lalu adalah satu ujian kepada kepimpinan PR untuk berusaha mencari langkah penyelesaian.
“Memang diakui sejak sekian lama Klang tidak berdepan banjir, secara tiba-tiba ia berlaku. Saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan sistem perparitan dan juga kemudahan infrastruktur yang kurang terancang dalam daerah ini.
"Malah pembangunan dan lokasi perniagaan yang padat dengan sistem saliran yang tidak seimbang menyebabkan berlakunya gangguan kepada aliran air.
“Selain itu, kejadian itu juga mempunyai kaitan dengan kenaikan paras laut yang mendadak. Bagaimanapun ia menjadi tanggungjawab penting kepimpinan PR untuk berusaha bagi mengelak kejadian sama berulang menerusi penambahbaikan kemudahan infrastruktur di seluruh lokasi dalam daerah ini,” katanya.
Dalam pada itu menurutnya, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM30 juta menerusi Kerajaan Negeri dalam usaha mengatasi masalah banjir di Parlimen Klang.
“Bagaimanapun sehingga kini kita belum pasti sama ada pelaksanaan projek ke arah mengatasi masalah banjir itu sudah dilaksanakan atau sebaliknya.
"Tapi kita harap Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM5.2 juta melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat menyegerakan projek yang dicadangkan agar banjir tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.
Bukti Kerajaan Persekutuan prihatin bantu rakyat
PENOLONG Penyelaras Parti Gerakan Dun Kota Alam Shah, Datuk Zainal Abidin Mohd Tahar berkata, dana RM30 juta yang disalurkan dalam mengatasi masalah banjir di Klang adalah bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan.
“Ramai yang sangka Kerajaan Persekutuan lepas tangan dalam usaha mengatasi masalah banjir di Parlimen ini dan Selangor memandangkan negeri ini ditadbir kerajaan PR.
"Anggapan itu silap kerana Kerajaan Persekutuan tetap menumpukan aspek kemudahan kepada rakyat di negeri yang dipimpin PR,” katanya.
Menurutnya, Dun Kota Alam Shah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir pada Mac lalu.
"Saya difahamkan RM10 juta daripada jumlah peruntukan itu membabitkan projek penebatan banjir di kawasan Telok Gadong dan projek tersebut sedang berlangsung dan diusahakan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Manakala RM20 juta lagi membabitkan projek yang hampir sama dan dilakukan secara berkala. Kesemua projek ini difahamkan sudah bermula sebelum Ramadan dan giat dijalankan secara berterusan," katanya.
Seiring dengan pelaksanaan itu beliau berkata, Kerajaan Negeri juga harus melaksanakan segera projek mengatasi masalah banjir melalui PBT dan JPS.
“Kita khuatir jika lambat bertindak, kejadian banjir bakal berulang tambahan pula dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kini.
“Bagaimanapun, pihak PBT harus mempergiatkan usaha mengatasi masalah sampah dan menyelenggarakan sistem saliran yang mempunyai kaitan besar dengan banjir,” katanya.
Masalah sampah meruncing
SEMENTARA itu Zainal Abidin berkata, sejak perkhidmatan Alam Flora tidak lagi digunakan di Selangor dan Klang, masalah sampah dan sistem saliran dilihat semakin sukar dikawal.
“Berbeza ketika Alam Flora berfungsi, saya lihat masalah sampah lebih terurus. Malah pembahagian tugas antara Alam Flora dan PBT pada waktu itu nampak lebih sistematik.
“Kerakusan Kerajaan Negeri untuk ambil alih semua tugas daripada Alam Flora menyebabkan rakyat harus menanggung segala masalah yang wujud.
“Justeru itu, kita harap pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, rakyat harus membuat pilihan tepat memandangkan hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pengalaman dalam mengurus tadbir usaha mengatasi masalah banjir,” katanya.
19 September 2012
KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir mengeluarkan waran
tangkap ke atas rakyat Mesir beragama Kristian Koptik dan pastor dari
Florida, Amerika Syarikat (AS), dan mahu membicarakan mereka berhubung
protes dan keganasan ekoran filem Innocense of Muslims.
Pejabat Ketua Pendakwa Raya berkata, tujuh lelaki dan seorang wanita, kesemua mereka dipercayai berada di luar Mesir, dikenakan tuduhan memudaratkan perpaduan kebangsaan, menghina dan menyerang Islam secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu.
Di bawah tuduhan itu, mereka boleh dikenakan hukuman mati.
Posted on Tuesday, September 18 @ 09:09:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh BlogUMNO‘Another doctored Bernama photo of Najib crowd‘ — blog Malaysian Media Matters
Gambar yang digunakan oleh NST – sila baca posting saya yang sebelum ini: ‘Heh heh heh, tengok ni pula (Photoshop lagi?) – sebenarnya dikeluarkan oleh sumber Bernama, mengikut penelitian blogger uppercaise.
Uppercaise mendapati bahawa versi online gambar tersebut (boleh semak di posting ‘Heh heh heh’) ada dicop dengan watermark Bernama.
Dakwaan ianya di’photoshop’: Perhatikan keratan gambar yang dibesarkan di bawah.
Musuh dalam selimut? Sesetengah pengamal media ragu-ragu kenapa pisang boleh berbuah dua kali, rujuk kejadian #1: ‘PM’s Bernama raya photo, look again’.
Ada udang di sebalik batu Bernama? Sebagai perbandingan, suratkhabar The Star meskipun dimiliki MCA tetapi ia sarang DAPster (crawling with DAP sympathizers).
Sebelum ini uppercaise juga pernah mengulas kes menciplak berlaku di The Star yang sampai hari ini tidak diambil endah oleh si Gunting dalam Lipatan.
(Klik pautan) Untuk kali keempatnya terpaksa uppercaise menghurai tentang kesalahan menciplak di mana The Star masih lagi mahu buat tak tahu.
Usaha gigih uppercaise mendedahkan penipuan oleh kolumnis The Star tersebut itu nampaknya seperti mencurah air di atas daun keladi.
Sikap The Star yang begitu *****y and arrogant ketara mencontohi Teladan (di sini bukan merujuk kepada Sang Dinosaur tetapi kepada pihak) ‘tuan’ jiwa sebenar suratkhabar itu.
Jikalau uppercaise terus memblog untuk kali kelima atau kali keenam tentang gelagat si Gunting, rasanya pun akan sia-sia sahaja.
Daripada sekadar melepaskan batuk di tangga, baik uppercaise cadangkan apa tindakan lebih berkesan yang boleh dikenakan terhadap The Star.
......
Catatan webmaster
Suner asal artikel ini adalah http://helenang.wordpress.com/2012/09/18/bernama-photoshop-2-teori-konspirasi-ia-untuk-kenakan-najib/ dan ditulis oleh Helen Ang
Harap maklum setiap artikel yang diambil disertakan penulis dan link asal artikel.
Clone untuk tunjuk ramai
Posted on Tuesday, September 18 @ 08:20:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Picture2U
Kenapa tak buat cermat, biar betul-betul. Kesian sama Najib!
...........
http://kide-picture2u.blogspot.com
Ini Dia Wanita Cantik, Suspek Campak Bayi Dari Tingkat 3
Posted on Tuesday, September 18 @ 06:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: laniismaa
"Melihat sepintas lalu, lihat jarinya, tentu cantik juga orangnya tetapi perangai huduh!!
Dia dikatakan ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.
Wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat. Dia yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.
Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita
percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia
akibat cedera parah di kepala,” kata Ketua Polis Daerah Petaling
Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.
Bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Naya
kau.... kerana nak sedap kau buat zalim dan kini dikenakan tuduhan
membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Si jantannya lari entah
ke mana.
Berhati-hatilah wahai anak muda, kata Papazola....
Khutbah: Bantah Filem Hina Nabi SAW
Posted on Tuesday, September 18 @ 05:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: ustaznik
"Sinopsis: Filem ‘Innocence of Muslims’ arahan Sam Bacile mengganggu keharmonian dan mengguris hati umat Islam. Nabi SAW yang menjadi rahmatan lil-alamin dengan segala sifat terpujinya digambarkan sebaliknya dalam filem penuh provokasi yang membodohkan pengarahnya sendiri sehingga terpaksa bersembunyi. Bagi umat Islam, menghina Nabi adalah satu perkara yang sangat besar.
Justeru, kecintaan kepada Nabi SAW mesti ditunjukkan secara menyeluruh, meliputi bantahan terhadap filem ini dan kesungguhan umat Islam sendiri untuk beramal dengan segala ajaran Nabi SAW. Khutbah kali ini oleh DSTG Presiden PAS menyentuh isu ini pada 27 Syawal 1433H (14 Sept 2012) :Bantah Filem Hina Nabi SAW (0)"

Mahfuz: 'Umno, BN cukup takut hilang kuasa'
18 September 2012
Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan itu jelas memperlihatkan yang Barisan Nasional (BN) dan Umno sendiri sedang berada di ambang keresahan.
"Kenyataan yang dibuat Najib ini menunjukkan yang mereka cukup takut untuk kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti.
"Beliau juga takut jika rakyat berpaling tadah dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan ini supaya rakyat terus bersama Umno," katanya pada sidang media, hari ini.
Dua hari lalu, Perdana Menteri berkata yang PRU13 bukan sebarang pilihan raya tetapi penentu kepada survival bangsa Melayu.
Mahfuz menambah, kenyataan Najib itu juga akan menambah kebencian masyarakat bukan Melayu negara ini terhadap Melayu.
"Saya ingin mengingatkan kepada masyarakat Melayu negara ini agar buat pilihan secara bijak. Kenyataan ini hanya menjurus kepada survival politik Umno, bukan survival politik Melayu," tegasnya.
Beliau menambah, rakyat negara ini perlu membuat perubahan yang sewajarnya bagi memastikan pilihan raya umum akan datang akan memberi keadilan kepada semua pihak.
"Umno juga terpaksa membuat ugutan agar ahlinya kekal dalam parti. Buktinya mereka dengan senang hati mengugut jika berlaku sabotaj, jawatan dalam parti akan lucut serta-merta.
"Ini salah satu cara penghambaan secara halus yang dibuat Umno terhadap ahli mereka," katanya.
Kereta rasmi timbalan menteri hilang di Johor ditemui terbakar
18 September 2012
Kereta jenis Proton Perdana Executive itu ditemui oleh orang awam di tepi jalan kawasan terbabit kira-kira jam 7.30 malam, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kereta yang terbakar sepenuhnya itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.
Beliau berkata, siasatan awal gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kereta terbabit kerana kenderaan itu musnah teruk.
"Setelah kita periksa nombor chasis serta enjin kereta tersebut mendapati ia adalah kenderaan rasmi yang digunakan oleh timbalan menteri berkenaan.
"Semakan juga menunjukkan kereta bernombor pendaftaran WRM 1146 itu dilaporkan dicuri di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang kira-kira tiga bulan lalu," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kapar di sini, hari ini.
Mohd Shukor berkata, kereta itu dibawa balik ke Balai Polis Kapar untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan jenayah bencana dengan api.
"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan menjurus pelbagai aspek sedang dijalankan," katanya.
Menurutnya, bagi kes kehilangan kenderaan rasmi itu di Johor, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Fokus PRU13: Kepimpinan Pas Klang yakin boleh bantu kemenangan terhadap PR
18 September 2012
Yang Dipertua Pas Kawasan Klang, Ismail Arsat berkata, kali terakhir wakil Pas bertanding bagi kerusi Pelabuhan Klang adalah sekitar 1970.
"Bagaimanapun, pertandingan pada waktu itu tidak memihak kepada calon Pas. Sebab itu, pada PRU13 ini kepimpinan Pas Klang ada mencadangkan agar salah satu kerusi diberikan kepada kita.
“Namun begitu, kita hanya menyatakan cadangan itu kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas dan PR (Pakatan Rakyat). Semua keputusan sama ada diterima atau sebaliknya terserah kepada pihak berkenaan.
“Kita yakin calon dari Pas juga boleh menempa kemenangan sekiranya rakan dalam PR bekerjasama dalam mempergiatkan gerak kerja untuk PRU,” katanya.
Mengulas sekiranya Pas tidak diberikan kerusi pada PRU13 menurutnya, beliau akur jika itu keputusan pucuk pimpinan.
“Kita tetap akan membantu bagi memastikan kemenangan PR. Kita tidak mementingkan calon daripada parti mana dalam PR sama ada PKR atau DAP. Apa yang penting adalah PR terus mentadbir negeri ini dan juga kesemua Dun termasuk Parlimen Klang.
“Pemimpin Pas dan penyokong akan terus memberikan kerjasama untuk rakan dalam PR. Kita akan meneruskan gerak kerja dalam memastikan pengundi memberi sokongan penuh kepada PR,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas isu banjir yang melanda Parlimen Klang, beliau berkata, sikap tuding jari antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah.
“Kedua-dua kerajaan menerusi agensi yang dipertanggungjawabkan harus saling bekerjasama dengan mengutamakan kepentingan rakyat.
“Di Klang, pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang giat melaksanakan projek melalui peruntukan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir.
"Banjir adalah satu bencana yang sukar dijangka bagaimanapun ia juga berlaku dan mempunyai kaitan dengan sistem saliran dan kenaikan paras laut,” katanya.
Ismail berkata, kunci air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga harus diberi perhatian memandangkan kebanyakannya dibina sejak 30 hingga 40 tahun lalu selain tidak mampu menampung kapasiti air yang semakin bertambah.
Noh tidak gentar berhadapan pembangkang
18 September 2012
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, beliau diberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim akan membawa sekumpulan pengusaha burung walit untuk membuat demonstrasi pada majlis hari raya yang dihadirinya di Tanjong Karang.
Beliau berkata, beliau sanggup menunggu dan bertemu dengan kumpulan tersebut walaupun pada waktu yang sama perlu menghadiri majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan merasmikan satu mesyuarat perwakilan Umno di Jengka.
"Saya bukan seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak berani berdialog dengan rakyat bagi menjelaskan isu Talamgate. Saya sanggup berhadapan dengan kumpulan tersebut bagi membuktikan pemimpin BN tidak gentar dengan provokasi pemimpin pembangkang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden sekumpulan 100 pengusaha yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri menyerahkan memorandum pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Pejabat Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.
Selain Suee Lim, demonstrasi itu turut disertai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Yahya Shahri.
Noh turut menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan selepas memorandum tersebut dibacakan Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit SeMalaysia, Lim Lai Soon.
Antara kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut ialah mereka mendakwa bahawa pihak kementerian mengenakan syarat memaksa agar setiap penternak memasang Radio Frequency Identification (RFID) untuk mengaut keuntungan sendiri.
“Saya telah berbincang dengan kerajaan China bahawa kita tidak mahu RFID dan telah dipersetujui tetapi kenapa isu ini masih dipersoalkan? Telah berulang kali saya beritahu bahawa RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, pengusaha rumah burung walit hanya perlu mendaftarkan rumah tersebut dengan pusat vaterinar.
"Mereka (pengusaha) tidak faham mengenai isu ini, sebab itu timbulkan isu yang sudah mendapat kata putus dari Kabinet,” katanya.
Beliau turut menyifatkan isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang itu sebagai 'ketinggalan zaman' kerana kementeriannya sudah menyelesaikan kebanyakan isu berbangkit terutama membabitkan masalah dengan negara China.
Noh berkata, kementeriannya akan menandatangani satu protokol dengan pihak China 20 September ini yang merupakan langkah penting untuk membolehkan sarang burung walit dari Malaysia dieksport ke negara itu.
"Kementerian sudah memberi penjelasan dalam pertemuan hampir 6 jam dengan pengusaha burung walit dari seluruh negara pada 30 Ogos lalu. Semua masalah sudah diselesaikan sejak awal. DAP yang tidak tahu menahu tentang isu ini tiba-tiba mahu menjadi hero," katanya.
Tambah Noh lagi, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak mengambil berat mengenai rakyat adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan menepati janji.
“Kerajaan tidak mahu harga sarang burung walit terus merudum. Dahulu harga mencecah RM6, 000 bagi 1 kilogram, sekarang jatuh sehingga RM1, 500. Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700 sahaja," katanya.
Ini bukan pertama kali Noh berdepan dengan pemimpin DAP kerana sebelum ini beliau pernah berdebat dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu untuk mempertahankan isu setinggan
Fokus PRU13: Kecekapan PR di Klang dipersoal
18 September 2012
Lebih parah lagi, Parlimen Klang, Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Alam Shah dan Dun Pandamaran masing-masing diwakili wakil rakyat PR dipersoalkan tanggungjawab mereka oleh penduduk setempat.
Berikutan itu juga, ramai yang menyalahkan wakil rakyat tidak buat kerja dan tidak kurang juga kegagalan Kerajaan Negeri dalam mencari jalan penyelesaian.
Ujian kepada pimpinan PR
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Parlimen Klang merangkap Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff berkata, banjir yang melanda Klang pada Mac lalu adalah satu ujian kepada kepimpinan PR untuk berusaha mencari langkah penyelesaian.
“Memang diakui sejak sekian lama Klang tidak berdepan banjir, secara tiba-tiba ia berlaku. Saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan sistem perparitan dan juga kemudahan infrastruktur yang kurang terancang dalam daerah ini.
"Malah pembangunan dan lokasi perniagaan yang padat dengan sistem saliran yang tidak seimbang menyebabkan berlakunya gangguan kepada aliran air.
“Selain itu, kejadian itu juga mempunyai kaitan dengan kenaikan paras laut yang mendadak. Bagaimanapun ia menjadi tanggungjawab penting kepimpinan PR untuk berusaha bagi mengelak kejadian sama berulang menerusi penambahbaikan kemudahan infrastruktur di seluruh lokasi dalam daerah ini,” katanya.
Dalam pada itu menurutnya, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM30 juta menerusi Kerajaan Negeri dalam usaha mengatasi masalah banjir di Parlimen Klang.
“Bagaimanapun sehingga kini kita belum pasti sama ada pelaksanaan projek ke arah mengatasi masalah banjir itu sudah dilaksanakan atau sebaliknya.
"Tapi kita harap Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM5.2 juta melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat menyegerakan projek yang dicadangkan agar banjir tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.
Bukti Kerajaan Persekutuan prihatin bantu rakyat
PENOLONG Penyelaras Parti Gerakan Dun Kota Alam Shah, Datuk Zainal Abidin Mohd Tahar berkata, dana RM30 juta yang disalurkan dalam mengatasi masalah banjir di Klang adalah bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan.
“Ramai yang sangka Kerajaan Persekutuan lepas tangan dalam usaha mengatasi masalah banjir di Parlimen ini dan Selangor memandangkan negeri ini ditadbir kerajaan PR.
"Anggapan itu silap kerana Kerajaan Persekutuan tetap menumpukan aspek kemudahan kepada rakyat di negeri yang dipimpin PR,” katanya.
Menurutnya, Dun Kota Alam Shah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir pada Mac lalu.
"Saya difahamkan RM10 juta daripada jumlah peruntukan itu membabitkan projek penebatan banjir di kawasan Telok Gadong dan projek tersebut sedang berlangsung dan diusahakan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Manakala RM20 juta lagi membabitkan projek yang hampir sama dan dilakukan secara berkala. Kesemua projek ini difahamkan sudah bermula sebelum Ramadan dan giat dijalankan secara berterusan," katanya.
Seiring dengan pelaksanaan itu beliau berkata, Kerajaan Negeri juga harus melaksanakan segera projek mengatasi masalah banjir melalui PBT dan JPS.
“Kita khuatir jika lambat bertindak, kejadian banjir bakal berulang tambahan pula dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kini.
“Bagaimanapun, pihak PBT harus mempergiatkan usaha mengatasi masalah sampah dan menyelenggarakan sistem saliran yang mempunyai kaitan besar dengan banjir,” katanya.
Masalah sampah meruncing
SEMENTARA itu Zainal Abidin berkata, sejak perkhidmatan Alam Flora tidak lagi digunakan di Selangor dan Klang, masalah sampah dan sistem saliran dilihat semakin sukar dikawal.
“Berbeza ketika Alam Flora berfungsi, saya lihat masalah sampah lebih terurus. Malah pembahagian tugas antara Alam Flora dan PBT pada waktu itu nampak lebih sistematik.
“Kerakusan Kerajaan Negeri untuk ambil alih semua tugas daripada Alam Flora menyebabkan rakyat harus menanggung segala masalah yang wujud.
“Justeru itu, kita harap pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, rakyat harus membuat pilihan tepat memandangkan hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pengalaman dalam mengurus tadbir usaha mengatasi masalah banjir,” katanya.
Filem hina Nabi: Mesir mahu dakwa 8, termasuk pastor AS
19 September 2012
Pejabat Ketua Pendakwa Raya berkata, tujuh lelaki dan seorang wanita, kesemua mereka dipercayai berada di luar Mesir, dikenakan tuduhan memudaratkan perpaduan kebangsaan, menghina dan menyerang Islam secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu.
Di bawah tuduhan itu, mereka boleh dikenakan hukuman mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan