Genting beli 400 juta saham Felda
Subky Latif, | 14 Sep 2012 |
Adakah Genting pemegang saham yang terbesar?
Apapun, Genting dipercayai boleh membeli lebilh banyak daripada itu dan bukan pula suatu yang mustahil Felda itu akan dikuasai sepenuhnya oleh syarikat judi itu.
Apapun saham judi sudah masuk dalam syarikat Felda yang disenaraikan itu. Dari duit mana yang Genting guna untuk membeli saham itu? Perniagaan Genting tentulah bukan semuanya dalam industri judi. Tentu ada yang lain. Tetapi modal dalam semua anak syarikatnya yang lain adalah daripada keuntungan judinya.
Perniagaan induknya judi. Maka segala perniagaan yang lain adalah bermodal daripada keuntungan judi.
Ulama fiqah boleh menjelaskan bagaimana perniagaan Genting itu boleh terlepas daripada belenggu judi supaya menjadi muamalat yang halal.
Dulu, kebanyakannya bimbang dengan tanah Felda itu akan tergadai kepada penguasaan asing apabila disenaraikan dalam Bursa Saham. Dan sekarang Genting sudah masuk. Jika saham Felda dikuasai oleh Genting atau keuntungan Felda nanti terjamin atas penyertaan syarikat judi itu, maka sedikit sebanyak untung para peneroka nanti adalah daripada gelumang judi itu.
Mungkin ulama fiqah dapat membebaskan keraguan bersih tidaknya keuntungan Felda nanti dengan penglibatan Genting itu, tetapi setakat ini Felda sudah dimasuki oleh pengaruh syarikat judi.
Yang diketahui, Genting itu adalah syarikat judi yang dimiliki oleh mendiang saudar Lim Goh Tong. Maka tentulah ia dipusakai oleh warisnya.
Tetapi semua orang tahu bahawa pengerusi pengasas (pengerusi dan pengasas bersama) syarikat kasino itu adalah Almarhum Tun Mohamad Noah bin Omar, Speaker Dewan Rakyat yang pertama selepas merdeka dan dia adalah pejuang kemerdekaan.
Dia adalah bapa mertua kepada dua Perdana Menteri, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Cucunya adalah Perdana Menteri sekarang, Datuk Najib Tun Razak.
Kita tidak banyak tahu saham Tun Noah dalam syarikat Gentings itu dan banyak mana pusaka yang diperoleh oleh anak cucunya?
Najib adalah antara cucunya yang bakal mempusakai harta ibunya nanti. Banyak mana pusaka yang ibunya peroleh daripada saham pengasas Genting dan bagaimana pula pembahagian untuknya daripada faedah Yayasan Noah yang dipercayai punca induknya daripada peniagaan Genting tadi.
Apapun, perniagaan Genting itu tentu ada panggu Najib. Sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, tentu ada cara bagaimana panggu Najib itu boleh ditambah secara langsung dan tidak langsung.
Dengan Genting membeli saham Felda yang besar itu, secara tidak langsung ada kepentingan Najib dan keluarga Najib.
Kepentingan Najib dalam Felda itu bukan sekadar orang yang memayungi harta Felda pada keseluruhannya, tetapi dengan memasukkan syarikat Felda dalam pasaran Bursa Saham, ia membuka laluan kepada syarikat datuknya untuk memiliki kepentingan dalam tanah perancangan terbesar itu.
Apakah Najib nanti boleh mempusakai perniagaan Genting kelak, tidak diketahui. Tetapi Genting bolah membahagikan saham 400 juta itu sebagai bahagian datuknya? Mungkin Genting itu akan jadi milik anak cucu Lim Goh Tong sepenuhnya dan panggu untuk Tun Noah sebagai pengerusi pengasas adalah daripada perniagaan Felda.
Dia boleh jadi begitu. Tipu daya perniagaan dan tipu daya politik sesunggahnya sama-sama ligat. Tidakkah mungkin politik Felda itu adalah satu permainan Najib untuk mempusakai kekayaan Felda?
* panggu – habuan, bahagian
KUIN: Dari mustahil kepada kebanggaan rakyat
Azamin Amin, | 18 Sep 2012 |
(KUIN dari mustahil kepada membangggakan - MB Kedah)
ALOR SETAR: Membangunkan institusi pendidikan Islam seperti Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan usaha dakwah dan pembinaan tamadun ummah, yang dicemburui oleh musuh atau mereka yang bencikan Islam.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak berkata kesatuan dan keikhlasan hati seluruh warga termasuk para pelajarnya, akan membentuk sinergi kekuatan yang memungkinkan KUIN terus cemerlang walau berdepan dengan apa saja rintangan.
"Sinergi ini jugalah, yang telah menukarkan perkembangan KUIN daripada sesuatu yang dianggap mustahil atau yang dianggap oleh pihak-pihak tertentu sebagai 'tidak mengukur baju di badan sendiri'.
"Akhirnya ia menjadi kenyataan dan kebanggaan seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Konvokesyen KUIN yang ke-14 di Dewan Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah, di sini 17 September lalu.
Laporan penuh dalam Harakah cetak.
Hina Islam: Umno diminta henti politik hipokrit
Anis Nazri, | 18 Sep 2012 |
Apabila orang bukan Islam melihat penghinaan terhadap Islam dibuat dan tidak mendapat bantahan, maka mereka juga bertindak berani untuk berbuat demikian.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata perkara ini boleh dilihat ketika orang Islam sendiri, antaranya pemimpin Umno yang pernah mengeluarkan kenyataan menghina Islam itu sendiri.
Sambil menyifatkan Umno sebagai hipokrit dalam menangani isu penghinaan bukan Islam terhadap agama Islam, Mahfuz berkata parti Melayu itu diminta agar menghentikan politik hipokrit sedemikian.
"Sebelum ini, ramai di kalangan pemimpin Umno yang menghina dengan mempersendakan hukum Islam. Dalam isu filem 'Innocent of Muslims' ini mereka tunjuk yang mereka mengecam penghinaan tersebut, tetapi dalam masa sama Umno sendiri dalam siri-siri tertentu pada zaman Tun Mahathir Mohamad memperlihatkan ungkapan Umno sendiri yang menghina Islam," dakwa beliau pada satu sidang media, di ibu negara, hari ini.
Sehubungan itu, ahli parlimen Pokok Sena itu mengingatkan umat Islam, khususnya di Malaysia agar bangkit untuk membantah kenyataan yang dibuat pemimpin negara ini, sepertimana yang pernah dimuatkan dalam sebuah buku terbitan Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.
Buku bertajuk 'Mahathir serta beberapa pemimpin Umno dan pengikutnya Anti-Islam' itu diterbitkan ketika Mahfuz mengetuai pergerakan tersebut.
Ahli parlimen Pokok Sena itu, bagaimanapun menyokong penuh umat Islam yang bertindak membantah pembikinan dan penayangan filem tersebut, yang menurutnya masih membuktikan rasa sensitiviti yang masih menebal di kalangan umat Islam.
Hina Nabi: Himpunan di kedutaan AS Jumaat ini
Harakahdaily, | 18 Sep 2012 |
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata penerbitan filem itu merupakan satu provokasi melampau yang boleh mencetuskan keganasan seperti berlaku di Libya dan tidak mustahil merebak ke negara umat Islam lain jika tidak dihentikan.
"Kita minta Barack Obama mengambil tindakan segera kerana ianya memburukkan lagi persepsi masyarakat dunia terhadap dasar luar Amerika khususnya berkait hubungan dengan negara Islam.
"Beliau perlu menunaikan janji awal beliau untuk pulihkan hubungan barat dengan umat Islam," katanya.
Sementara itu, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, beliau telah membuat pengerahan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri menghantar sekurang-kurangnya 5 ribu anggota Pemuda PAS dalam himpunan ini.
Manurutnya, DPPM juga telah mengarahkan agar 1000 anggota Jabatan Amal untuk menjalankan tugas sepanjang himpunan ini diadakan nanti.
Makluman secara rasmi kepada pihak keselamatan katanya akan dibuat dalam masa yang terdekat bagi memastikan bahawa himpunan ini dapat dilaksanakan dengan aman tanpa diganggu oleh provokasi mana-mana pihak.
"Kita menggesa agar seluruh umat Islam di negara ini untuk turut serta dalam himpunan aman ini bagi menyatakan rasa cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhamad s.a.w serta menyatakan sikap kita terhadap kebiadapan Sam Becile dan sekutunya yang tidak bertanggung jawab ini.
"Kita juga menjemput seluruh pemimpin parti politik untuk bersama dalam himpunan ini sebagai satu isyarat bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima penghinaan terhadap Rasulullah dan tindakan menghina Islam perlu dihentikan segera," katanya.
TG Nik Abdul Aziz dan Mauizhah
Ustaz Zainudin Hashim, | 18 Sep 2012 |
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, kerana telah dinobatkan sebagai ‘Tokoh Pendidik Nusantara’ pada majlis anugerah di Shah Alam, 8 September 2012.
Sebenarnya Tuan Guru bukan hanya layak bergelar pendidik atau murabbi, malah seorang yang komited dengan apa yang disampaikan, sama ada melalui kuliah-kuliah rohani, tulisan beliau secara langsung atau tidak langsung.
Tulisan beliau mampu memikat golongan pendengar dari dalam dan luar negara termasuk golongan seniman seperti penulis novel Ayat-ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB) iaitu Habiburrahman Siraji dan juga para pelakon utama KCB iaitu Kholidi Asadil Alam dan Oki Setiana Dewi yang pernah bertandang ke Kelantan dan mengikuti kuliah pagi Jumaat beliau.
Penulis begitu yakin bahawa Tuan Guru tidak senang dengan pujian melambung yang diberikan ke atas dirinya, kerana pujian tersebut tidak memberi makna sedikitpun di dunia mahupun akhirat jika tidak menyusuli dengan tindakan positif.
Ini jelas daripada kenyataan beliau seusai ditabalkan sebagai tokoh pendidikan, di mana beliau menegaskan bahawa apa ertinya seorang manusia itu diberi penghormatan di dunia, tetapi menghadapi siksaan kubur.
Tegas beliau lagi, apa ertinya di dunia bagi seorang yang cerdik, tetapi tidak berjaya mendapat kehidupan bahagia di dalam syurga.
Firaun, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain adalah golongan cerdik tetapi kesudahan mereka menetap di dalam neraka, ini kerana mereka buat cara mereka sendiri dengan tidak mengikut cara yang diperkenalkan oleh baginda s.a.w.
Secara peribadi ingin penulis nyatakan di sini, bahawa Tuan Guru adalah seorang pendidik/murabi yang sangat berkesan dalam setiap kesempatan yang diberikan kepadanya, malah penampilan dan cara hidupnya yang sederhana juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menambat hati manusia yang cintakan kebenaran, bukan sahaja dalam kalangan orang-orang Islam, malah turut disegani dan dihormati oleh mereka yang bukan Islam. Inilah rahsia kejayaannya dalam mengekalkan Kelantan berada di bawah penguasaan PAS.
Tuan Guru dan kepimpinan
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik dalam segenap aspek kehidupan ummah hingga ke hari akhirat, baginda bukan sahaja menitik-beratkan persoalan kepimpinan negara dengan ‘Siyasah Syar’iyyah’, iaitu konsep Khilafah Islamiyyah yang merupakan teras seperti yang ditegaskan Allah dalam al-Quran.
Pada masa yang sama baginda mengurus tadbir negara dengan sistem pemerintahan Islam, baginda tidak menyisihkan aspek mauizhah/bimbingan/tarbiyyah, kerana hati-hati manusia perlu dipaut dengan elemen kebenaran, kerana merekalah yang menjadi pendukung tegar bagi merealisasikan kebenaran al-Quran dan ajaran Islam yang lain.
Rasanya jika penulis mahu mencatatkan sebahagian besar mauizhah yang disampaikan baginda sepanjang bergelar pemimpin dan murabbi, maka ruangan muhasabah ini tidak mampu untuk menyatakan semuanya, walau bagaimanapun penulis cuba membuktikan antara pendekatan mauidzah baginda dalam memandu para sahabat dan ummah untuk sampai kepada maksud perubahan total nilai-nilai kemanusiaan.
Syeikh Sa’id Hawwa dalam bukunya ‘Al-Islam’ pada halaman 13 juzuk ke-4, ada menukilkan sebuah hadis baginda s.a.w. yang bermaksud berdasarkan satu pertanyaan baginda kepada sahabat-sahabatnya :
“Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika terdapat dalam kalangan wanita (dalam kalangan kamu) yang melakukan perkara sumbang (tarhadap Allah dan Rasul-Nya), golongan remaja melakukan sesuatu yang menjurus kepada amalan fasiq dan kamu meninggalkan jihad?.
"Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah: Apakah perkara seumpama itu berlaku (dalam kalangan kami) duhai Rasulullah? Ya, demi sesungguhnya nyawaku di tangan (Allah), perkara yang lebih buruk daripada itu akan berlaku, apakah perkara yang buruk itu wahai Rasulullah?.
"Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika perkara yang makruf itu kamu lihat sebagai perkara yang mungkar dan sebaliknya perkara yang mungkar itu pula kamu lihat sebagai perkara yang makruf? para sahabat bertanya, wahai Rasulullah : Apakah perkara seumpama itu berlaku (dalam kalangan kami) duhai Rasulullah?
"Ya, demi sesungguhnya nyawaku di tangan (Allah), perkara yang lebih buruk daripada itu akan berlaku, apakah perkara yang buruk itu wahai Rasulullah?. Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika kamu suruh/subur-suburkan yang mungkar dan kamu cegah pula yang makruf."
Pembaca sekalian,
Sesungguhnya persoalan di atas bukan terbit daripada seorang ustaz yang menyampaikan kuliahnya di masjid atau surau, akan tetapi kenyataan di atas terbit dari seorang pemimpin negara yang amat prihatin dengan permasalahan rakyatnya, untuk memimpin mereka ke jalan kebenaran menuju Allah SWT.
Dengan lain perkataan baginda ingin mengeluarkan manusia dari penyembahan berhala dan manusia kepada penyembahan Tuhan segala manusia dalam gambaran aspeknya yang luas dan menyeluruh, termasuk soal ibadat, ekonomi, sistem kewangan, politik, institusi kemasyarakatan dan banyak lagi.
Tidakkah baginda Rasulullah seorang pemimpin nombor satu negara? Tetapi mengapakah baginda menitik-beratkan aspek mauizhah/tarbiyyah? Ini tidak lain kerana hati-hati manusia sering lalai daripada mengingati kebesaran Tuhan mereka lantaran pencapaian aspek kebendaan yang menjauhkan mereka daripada Allah SWT.
Justeru, sebagai umat Islam dan hamba Allah yang serba kerdil dan tidak sempurna ini, kita perlu mendaulatkan kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aktiviti harian hidup kita yang tercatat dalam kitab-kitab Sirah Nabawiyyah yang muktabar bagi mengembalikan kemulian dan keagungan Islam di persada alam ini, kerana sesungguhnya Sirah Nabi itu adalah pelaksanaan Islam secara praktikal.
Tuan Guru Menteri Besar, bukan sahaja menerajui kepimpinan negeri dengan acuan Islam, malah pada masa yang sama sentiasa bertindak mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dengan menyampaikan segenap ajarannya secara praktikal, maka pada pagi Jumaat, beliau akan menyampaikan kuliah bertujuan untuk menyedarkan rakyatnya kepada Islam dalam segenap pendekatan dan dimensi Islam.
Beliau juga mahukan agar kepimpinan negeri yang menjadi cabinet pentabiran negeri juga adalah terdiri daripada mereka yang memiliki hati nurani yang sentsitif dengan elemen Islam, mengapa demikian?
Kerana bagaimana mungkin Islam akan dapat didaulatkan jika para pemimpin tidak menjadi golongan pengamal malah menjadi pelampau agama. Inilah aspek yang sering menjadi keutamaan kepimpinan Tuan Guru yang meletakkan mauidzah dan tarbiyyah sebagai teras kejayaan kepimpinannya.
Di mana mauizhah dan tarbiyyah disebar-luaskan hingga mencakupi segenap bentuknya, iaitu:
Tarbiyyah Ruhiyyah
Tarbiyyah Aqliyyah
Tarbiyyah Nafsiyyah
Tarbiyyah Siyasiyyah
Tarbiyyah Akhlaqiyyah
Tarbiyyah Imaniyyah
Tarbiyyah Jasadiyyah dan bermacam-macam lagi yang tidak dapat disenaraikan semuanya.
(TG Nik Aziz menerima buku Mauizhah dari penerbitnya, Masri Abu Soed)
Bagi memastikan matlamat dan momentum penjenamaan negeri Kelantan dengan Islam, Tuan Guru sentiasa meletakkan ‘Mauizhah dan Tarbiyyah’ sebagai agenda utama kerajaan negeri, justeru di samping mengurus tadbir negeri, pada masa yang sama Tuan Guru meletakkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. sebagai rujukan, iaitu di samping mentadbir, beliau juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang terdiri daripada nukilan al-Quran, hadis dan Sirah Nabi serta pandangan sarjana Islam, antara hasil karya Tuan Guru:
1- MAUIZHAH
2- Tafsir Surah-surah Pilihan
3- Muhammad Bukan Nasionalis
4- Bertemu Janji Allah
5- Ingatlah Tempat Kamu Di Akhirat
6- Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman
7- Muhammad s.a.w. Jejak Junjungan Mulia
8- Taqwa
9- Asmaul Husna
10- Air Mata Di Mahsyar
11- Menjelang Turunnya Wahyu
12- Tazkiyah Jiwa dan Nafsu dan banyak lagi
Sesungguhnya pemilihan dan penabalan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘Tokoh Pendidik Nusantara’ sebagai satu pengiktirafan bahawa seorang pendidik tidak sahaja duduk di sekolah, masjid atau surau menyampaikan ilmu, maklumat dan kefahaman, akan tetapi pendidik juga mempunyai peranan yang lebih besar dalam mendidik rakyat dengan Islam untuk menuju keselamatan sebenar di dunia dan akhirat.
Ia sesuai dengan makna Islam itu sendiri iaitu menjamin keselamatan total daripada Allah SWT, mudah-mudah Kelantan salah satu negeri di Malaysia menepati piawaian ayat 15 surah Saba’ yang bermaksud: “Negeri yang baik, Tuhan (bersedia) mengampunkan rakyat-rakyatnya.”
Filem hina Nabi: Youtube tak akan buang video
Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 18 Sep 2012 |
WASHINGTON:
Google menolak permintaan White House untuk membuang video klip yang
menghina Nabi Muhammad di Youtube, tetapi akan menyekat akses kepada
video itu di negara-negara tertentu.
Rumah Putih Jumaat lalu berkata bahawa mereka telah meminta Youtube untuk mengkaji sama ada video tersebut melanggar terma penggunaannya. Youtube, laman perkongsian video dalam talian adalah hak milik Google.
Youtube dalam satu kenyataannya Jumaat lalu berkata bahawa video itu boleh didapati dengan meluas di Web dan "secara jelas mengikut garis panduan kami dan akan kekal di Youtube."
Filem pendek "Innocence of Muslims" memburuk-burukkan Islam dan Nabi Muhammad. Filem ini berperanan dalam mencetuskan keganasan terhadap kedutaan AS di Timur Tengah. Filem ini turut dipersalahkan kerana memainkan peranan dalam serangan di Libya, di mana Duta AS dan tiga yang lain telah dibunuh walaupun punca sebenar serangan masih di bawah siasatan.
Pegawai Amerika Syarikat dan Libya sedang menyiasat sama ada protes di Libya adalah strategi pihak militan, kemungkinan pesimpati al-Qaeda, yang menjalankan serangan terselaras ke atas Konsulat AS di Benghazi dan membunuh warga Amerika. Washington telah menggunakan penyiasat FBI untuk mengesan campur tangan militan di sebalik serangan itu.
Sedang protes ke atas video tersebut semakin hangat, Youtube menyekat akses kepada video tersebut di Libya dan Mesir. Youtube memberi alasan "situasi yang sangat sensitif" di kedua-dua negara tersebut. YouTube kemudiannya juga menyekat akses kepada video tersebut di India dan Indonesia selepas kedua-dua kerajaan ini memberitahu Youtube video tersebut melanggar undang-undang mereka.
Dalam kenyataannya Jumaat lalu, Youtube berkata video tersebut akan kekal di laman webnya di negara selain Libya, Mesir, India dan Indonesia.
"Kami bekerja keras untuk mewujudkan satu komuniti yang boleh berseronok dan juga yang membolehkan orang ramai meluahkan pendapat yang berbeza," jelas kenyataan Youtube. "Ini adalah satu cabaran kerana apa yang okey di satu negara boleh jadi menyinggung di tempat-tempat lain. Video ini - boleh didapati secara meluas di Web – dan secara jelasnya dalam garis panduan kami maka ia akan kekal di Youtube.
“Walau bagaimanapun, kami telah mengehadkan akses kepada video ini di negara-negara di mana ia telah diharamkan seperti India dan Indonesia, juga di Libya dan Mesir, memandangkan situasi yang sangat sensitif dalam kedua-dua negara ini. Pendekatan ini adalah sepenuhnya selari dengan prinsip-prinsip yang kami bentangkan pada 2007. "
Garis panduan komuniti Youtube mengatakan syarikat itu menggalakkan kebebasan bersuara dan membela hak semua orang untuk meluahkan pandangan yang tidak popular. Tetapi Youtube turut mengatakan ia tidak membenarkan ‘ucapan berunsur kebencian’.
“Ucapan berunsur kebencian' merujuk kepada kandungan yang mempromosikan kebencian terhadap ahli-ahli kumpulan yang dilindungi," jelas garis panduan itu. "Kadang-kadang ada garis pemisah yang sangat halus antara apa yang dianggap sebagai ucapan berunsur kebencian dan apa yang tidak. Sebagai contoh, secara umumnya adalah okey untuk mengkritik sesebuah negara, tetapi ia tidak okey untuk membuat generalisasi yang menghina orang dari negara tertentu."

21 aktivis bebas tuduhan perhimpunan haram
Roketkini.com, | 18 Sep 2012 |
PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini menggugurkan pertuduhan terhadap
21 orang peserta yang didakwa berhimpun secara haram dan tidak mematuhi
arahan polis dalam perhimpunan sambutan tahun pertama Bersih dan vigil
anti ISA pada November 2008.
Pendakwaan terhadap peserta gagal untuk membuktikan prima facie
berikutan kegagalan pihak polis menunjukkan peranan yang dimainkan oleh
peserta dalam perhimpunan tersebut.
Mereka telah dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 27 Akta Polis yang jika disabit kesalahan membawa hukuman antara RM2,000 sehingga RM10,000 dan/ atau penjara tidak lebih dari setahun.
Pada awal tahun ini Seksyen 27 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman.
Dalam kenyataan ringkasnya, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, keputusan mahkamah tersebut menunjukkan bahawa kesemua 21 orang peserta tidak seharusnya didakwa.
“Saya juga ingin menegaskan dan berharap agar Peguam Negara tidak membuat rayuan bagi keputusan ini,” ujar beliau.
Menyifatkan keputusan ini sebagai tepat, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, “Keputusan mahkamah ini sebagai kemenangan kepada kebebasan berhimpun dan menunjukkan bagaimana undang-undang sebelum ini menindas.”
Antara yang bebas dari pertuduhan tersebut antaranya ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Exco Negeri Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan Ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng dan yang lain ialah seorang peguam S Ashok Kandiah, Paulino Francesco Miranda, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil, Mohd Fasya Mohd Tajudin, K Thengaran, Ong Boon Keong, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, and Goh Chien Yee, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah dan Ambrose Poh Teik Huat,
Kesemua mereka dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di hadapan bangunan MBPJ pada 9 Oktober 2008 untuk sambutan ulangtahun pertama Bersih dan vigil anti ISA.

Shahrizat tak usah sibuk agenda wanita Pakatan
KeadilanDaily, | 18 Sep 2012 |
Ini kerana kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan Selangor itu, Umno BN hanya mampu merancang tetapi gagal melaksanakan agenda wanita termasuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, lapor KeadilanDaily.
“Berapa ramaikah wanita yang dicalonkan untuk menjadi Ahli Parlimen di kalangan BN? Malah Umno BN juga gagal meletakkan 30 peratus wanita untuk menjadi Ahli Parlimen.
“Menteri Wanitapun diletakkan di bawah Datuk Seri Najib Razak. Tidak adakah wanita dalam BN yang layak untuk memangku jawatan itu?” sindirnya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Shahrizat kononnya pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu sebagai ketinggalan zaman.
Shahrizat mendakwa semua yang ingin diperjuangkan Pakatan Rakyat sudah dilakukan BN sejak merdeka lagi.
Mengulas lanjut, Rodziah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga mencabar bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menyenaraikan kejayaan mengangkat martabat wanita di bawah pemerintahan Umno BN.
“Tidak ada pencapaian yang dilakukan oleh mereka! Cuma perancangan tetapi implementasinya gagal. Setiap perancangan itu sepatutnya disusuli dengan tindakan,” ujarnya.
Beliau berkata, dalam memperjuangkan wanita, Pakatan Rakyat lebih ke depan termasuk meletakkkan lebih ramai calon sebagai Ahli PArlimen.
Menurutnya lagi, Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memberi lebih peranan kepada golongan itu untuk menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
“Di Selangor, kita mempunyai hampir 40 peratus bilangan wanita dalam barisan exco dan juga sebagai Adun. Ia melebihi indeks yang disasarkan BN,” katanya.
Pakatan sasar 40 peratus Menteri Wanita
Menurut Rodziah, Indeks Global Jurang Gender menunjukkan wanita Malaysia menduduki tangga paling bawah jika dibandingkan dengan negara-negara Asean lain membuktikan Umno BN mendiskriminasikan wanita.
Dalam Indeks Global Jurang Gender sedunia 2012, Malaysia di tangga 97 daripada 135 negara, lebih rendah dari Filipina di tangga 28, Afrika Selatan, (14), Cuba (20), Mozambik (26), Argentina (28), Sri Lanka (31), Kazakhtan (49), Thailand (60), Bangladesh (69), Brunei (76), Indonesia (90).
Beliau berkata, wanita perlu diletakkan setaraf dengan kemampuan mereka dalam menyumbang secara signifikan kepada politik, sosial dan ekonomi di Malaysia.
“Dalam hal-hal tertentu, wanita patut diberi peluang untuk membuat keputusan tanpa diskriminasi. Sebab itu kalau kita berjaya memerintah, Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan 40 peratus wanita sebagai menteri penuh,” katanya.
Puluhan ribu sertai Ustaz Azhar dalam Kedah ceria tanpa dadah
Harakahdaily, | 18 Sep 2012 |
(Ustaz Azhar bersama rakan-rakan dalam program anti dadah di Kedah)
ALOR SETAR: Kemunculan Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa orang artis yang sudah berhijrah berjaya mengundang kehadiran puluhan ribu penduduk sekitar negeri ini ke Karnival Gaya Hidup Sihat Pemadam Negeri Kedah yang diadakan di pekarangan Stadium Darul Aman.
Gaya Ustaz Azhar yang menyampaikan kesedaran mengenai bahaya dadah dan arak secara bersahaja dengan dibantu oleh pelakon Bob Lokman, Hairie Othman serta penyanyi Ali XPDC dan Empi Spring begitu menarik perhatian orang ramai yang majoritinya terdiri daripada anak-anak muda.
Beliau sempat menjemput beberapa anak muda ke pentas untuk beramah mesra.
Walaupun perbualan berlangsung dalam suasana ria dan berjenaka namun banyak mesej yang berjaya disampaikan, khususnya dalam isu penyalahgunaan dadah serta penolakan terhadap budaya hedonisme yang menjadi punca terhadap penyalahgunaan dadah.
Karnival tiga hari anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Kedah yang bertemakan ‘Sejahtera Tanpa Dadah’ itu diisi dengan pelbagai program antaranya larian, pertandingan futsal, bola jaring, memasak (wanita), boria (sekolah rendah), dikir barat (sekolah menengah), mewarna kanak-kanak, pertunjukan motor dan lain-lain.
Laporan penuh dalam Harakah cetak
Rapid Pengerang: Kerajaan perlu jelas kekeliruan
Er Teck Hwa, | 18 Sep 2012 |
Saya berasa amat terperanjat dan kecawa mengenai pengumuman Projek
Terminal Gas Asli Cecair (LNG) di Pengerang oleh PEMANDU di taklimat
Program Transformasi Ekonomi pada 13hb September 2012.
Ucapan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dialog, Encik Ngau Boon Keat di taklimat tersebut amat megelirukan.
“Kampung Nelayan” bermaksud “kemerosotan”?
Pertama sekali, Ngao berkata “sekiranya tiada pembangunan di Pengerang, ia masih sebuah kampung nelayan selepas seribu tahun”.
Beliau membandingkan “pembangunan” dengan “kampung nelayan”, maksudnya kampung nelayan dengan kata lain bererti “kemerosotan”. Pembandingan ini merupakan fitnah yang serius terhadap komuniti dan rakyat yang terlibat dalam perikanan di seluruh negara.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pernah berkata pada 27hb Ogos 2012 bahawa, hasil keluaran akuakultur Malaysia tahun lalu adalah 287,057 tan, nilai ekspot mencapai RM25 billion, serta merancang untuk meningkatkan hasil akuakultur ke 790,000 tan dan nilai ekspot sebanyak RM32 bilion pada tahun 2020.
Kemerosotan sesebuah komuniti tiada kaitan dengan kegiatan pertanian di situ, kunci pembangunan terletak di tangan kerajaan tempatan, sama ada rancangan pembangunanya dapat meningkatkan nilai hasil kegiatan pertanian masyarakat tempatan.
Jikalau En. Ngao berpendapat bahawa kampung nelayan di Pengerang tiada pembangunan, adakah ini bermakna secara tidak langsungnya beliau mengaku bahawa kerajaan BN tidak pernah membangunkan kawasan kubu kuat mereka sejak kemerdekaan negara ini?
Perdana Menteri Najib Tun Razak harus menjelaskan pendiriannya, adakah beliau bersetuju dengan pendapat dan pendirian Ngao?
Sekiranya ia cuma merupakan pendirian Ngao sendiri, mengapakah pihak PEMANDU membenarkan beliau memberi ucapan sebegini?
Sekiranya kerajaan bersetuju dengan pendirian Ngao, Perdana Menteri harus memberi penerangan yang munasabah kepada kesemua nelayan di Malaysia, terutamanya mereka yang melibatkan diri dalam bidang perikanan berabad-abad lamanya di Pengerang.
Kekeliruan antara “Pampasan” dan “Sagu hati”
Ngao berkata di taklimat tersebut, “kami telah memberi pampasan sebanyak RM30 ribu melalui kerajaan negeri, kepada nelayan yang memegang lesen perikanan, dan RM15 ribu kepada meraka yang tidak berlesen, disamping itu, kerajaan negeri juga akan membina rumah kepada mereka.”
Saya berasa ucapan Ngao sungguh mengelirukan.
Saya pernah membangkitkan soalan ini pada 14hb Jun 2012 ketika Ucapan Penangguhan Parlimen. Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri SK Devamany berjawab bahawa, hingga setakat ini tiada bayaran pampasan yang dilakukan tetapi bayaran dalam bentuk sagu hati telah dibayar atas dasar terjejasnya mata pencarian pihak nelayan.
SK Devamany juga mengingatkan saya tentang perbezaan di antara bayaran pampasan dan sagu hati di dalam jawapan beliau.
Jelas sekali kenyataan SK Devamany dan Ngao bercanggah satu sama lain, Jabatan Perdana Menteri patut memberi penerangan sama ada ucapan Ngao benar atau tidak.
Jika jawapannya tidak, adakah Ngao telah menipu kerajaan persekutuan?
Jika jawapannya betul, maka ini membuktikan SK Devamany telah memberi jawapan palsu di Dewan Rakyat dan mengakibatkan kekeliruan dengan kelakuan beliau yang mengelirukan, ini telah melanggar perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mencadangkan supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Pembangunan lestari
Menurut Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani, majalah Kerajaan Negeri Johor “Holistik” pernah menyatakan di muka surat ke-3 edisi bulan April bahawa “keperluan minyak dunia akan memuncak mulai tahun 2016 dan berterusan hingga tahun 2032. Oleh itu, pelaburan yang perlu dibuat di Pengerang hendaklah dimulakan sekarang.”
Menurut kenyataan di atas, Abdul Ghani harus memberi penerangan bahawa, suatu projek pembanguan perindustrian yang hanya akan berlangsung selama 16 tahun, serta kegiatan perikanan yang boleh berlangsung berabad-abad lamanya atau lebih lama lagi, yang mana satu boleh membawa manfaat jangka panjang kepada masyarakat Pengerang?
Abdul Ghani juga patut memberi penerangan, sejak projek penambakan laut di Sg. Kapal bermula sampai sekarang, tiada penempatan baru yang pernah diaturkan untuk nelayan yang terjejas, termasuk mereka yang duduk di sepanjang pantai Sg. Kapal, adakah ini merupakan sikap yang betul untuk sebuah kerajaan yang bertanggung jawab?
*Penulis adalah Ahli Parlimen Bakri

Pakatan: BN 'buat-buat tak faham' isu hutang Talam
Jurucakap
rasmi kerajaan Selangor berhubung isu tersebut, Dr Dzulkefly Ahmad
berkata pemimpin BN masih "buat-buat tidak faham" kaedah kutipan hutang
sebanyak RM392 juta dari anak syarikat kerajaan negeri itu, Talam Corp
Sdn Bhd.
Malah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menurutnya, cuba menggunakan isu berkenaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana mendakwa isu itu masih "tidak berkesudahan sehingga hari ini''.
Walhal, isu hutang Talam itu dianggap selesai apabila selepas syarikat itu melunaskan hutang-hutangnya melalui pemberian tanah dan aset kepada kerajaan negeri, katanya.
"Umno dan BN menuduh Pakatan menyelamatkan (bailout) atau istilahnya membayar Talam bagi menyelesaikan hutang Talam kepada kerajaan negeri.
"Hakikatnya kita melakukan (proses) round tripping iaitu seperti kitaran yang melibatkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor.
"Dari segi undang-undang, proses ini betul. Sebab itu MBI ada kuasa untuk tuntut pinjaman daripada Talam," katanya lagi.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin pada hari Sabtu lalu yang berkata isu hutang Talam itu, selain isu pasir dan bekalan air, merupakan antara pelbagai isu yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan negeri Selangor.
Muhyiddin juga berkata, perkara itu mampu menjadi ramuan mencukupi bagi BN merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.
Penjelasan hampir sejam
Selain Muhyiddin, isu hutang Talam itu juga menjadi sasaran utama oleh koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin dan anggota jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chua Tee Yong.
''Tolonglah TPM, Mohd Zin dan Chua faham isu ini. Yang kata kita bayar hutang RM1 bilion pada Talam.
"Penilaian ini bukan dibuat oleh kroni-kroni tetapi dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, oleh kerajaan persekutuan," katanya.
Dalam sidang media hari ini, Dzulkefly turut meluangkan masa hampir sejam untuk menjelaskan proses round tripping itu.
Katanya, langkah itu melibatkan tindakan oleh sebuah anak syarikat Selangor Selangor Industry Corporation mengambil alih tiga buah anak syarikat negeri lain yang berhutang dengan Talam.
Syarikat yang menanggung hutang itu ialah Permodalan Negeri Selangor Berhad, Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad diambil alih dengan menggunakan RM392 juta hasil pinjaman bank CIMB, katanya.
Selepas audit dilakukan dan pengesahan hutang Talam dibuat, kerajaan negeri kemudiannya membuat dua perjanjian bagi membolehkan Talam membayar hutang mereka mereka, jelasnya lagi.
Apabila jumlah Rm392 juta itu diluluskan di DUN, Perbadanan Menteri Besar kemudiannya mengambilalih SSIC, menyebabkan hutang tiga anak syarikat tersebut berpindah terus kepada MBI, katanya lagi.
VIDEO l 3.16 min

Talam: Kenyataan Muhyiddin malukan BN
Muhammad Faizal, | 18 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Predana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno telah menemui formula untuk menawan Selangor dengan isu Talam Corporation Berhad (Talam) 'memalukan' BN.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kemungkinan besar Muhyiddin telah diberi maklumat tidak tepat oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang selama ini keliru tentang 'Pelan Pungutan Hutang Talam' (Talam Debt Recovery Exercise).
"Seluruh rakyat Selangor tahu bahawa (ketika) pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor dulu Talam berhutang kepada tiga anak syarikat negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - RM28.2 juta, Pendidikan Industri Yayasan Selangor Bhd (PIYSB) - RM248.7 juta dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) - RM115.1 juta
"Isu hutang Talam adalah sejak dari zaman pemerintahan Umno-Barisan Nasional di Selangor lagi, kenapa sejak dulu mereka tidak berusaha untuk mendapatkan kembali hutang dari Talam," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau yang juga merupakan jurucakap rasmi Kerajaan Negeri Selangor berhubung isu hutang Talam itu turut mempersoal kerajaan BN yang gagal memungut hutang-hutang tersebut walaupun RM1 setelah tiga kali mereka mencubanya iaitu pada tahun 2005, 2007 dan 2008.
Dr Dzulkefly memberitahu, melalui perancangan dan pelan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, Talam telah melunaskan hutang-hutang mereka dalam bentuk bayaran yang telah ditetapkan.
Malah menurut beliau lagi, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh firma audit bebas KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) adalah amat jelas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah satu keputusan yang bijak (a sound business decision).
"Kerajaan negeri, ditegaskan oleh KPMG tidak menbayar walaupun RM1 kepada Talam sebaliknya Talam telah melunaskan hutang berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri," katanya.
Laporan itu menyebut bahawa Talam telah membayar RM340.89 juta dalam bentuk tanah dan aset iaitu tanah di Bukit Beruntung - RM150.28, di Bestari Jaya RM105.3 juta, di Ulu Yam dan 60 peratus ekuti saham dalam Ulu Yam Golf dan Country Resort dengan nilai RM22.2 juta.
Selain itu tanah di Danau Putra seluas 134 ekar - RM52,1 juta dan 5 unit pejabat di Menara Pandan bernilai RM11.1 juta.
Manakala selebihnya yang berjumlah RM51.12 juta pula dibayar dalam bentuk tunai itu RM12 juta dari jualan tanah di Puncak Jalil, RM5 juta melalui 'cash assignments' dai EON, RM7.68 juta pula dari kerja 'earthwork' di Universiti Selangor (Unisel).
RM9.04 juta diperolehi dari jualan 25,94 ekar tanah di Bukit beruntung dan RM17.4 juta dari tanah di Bestari Jaya.
Ahli Jawatankerja PAS Pusat itu turut menegaskan Umno-Barisan Nasional mempertikaikan sebahagian pembayaran tanah-tanah tersebut tetapi mereka lupa bahawa yang melakukan penilaian adalah pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmanatan Hartanah (JPPH) yang merupakan agensi kerajaan persekutuan.
Selangor guna saman terang dasar air percuma
Harakahdaily, | 18 Sep 2012 |
(20 meter padu air percuma di negeri Selangor)
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor sedia berdepan dengan sebarang tindakan mahkamah terhadap dasar air percuma di negeri.
"Kami sedia berdepan dengan sebarang tindakan mahkamah berkenaan air percuma dan akan ambil peluang untuk terangkan dasar ini secara terperinci," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau berkata demikian melalui Twitternya hari ini.
Khalid (gambar) dipercayai mengulas tindakan sekumpulan penduduk Selangor yang memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri berhubung dengan dasar air percuma.
Mereka yang kebanyakannya tinggal di rumah bertingkat kononnya tidak berpuashati kerana tidak mendapat manafaat dari dasar itu kerana mereka menggunakan meter pukal.
Plaintif mendakwa Abdul Khalid melalui kenyataan akhbar 30 Ogos lalu berkata bahawa pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak menikmati skim subsidi air percuma itu.
Plaintif mendakwa Syabas seharusnya menukar meter mereka memandangkan kerajaan Selangor mengarahkan Syabas membuat penukaran meter individu kepada mereka sejak 2007 tetapi gagal berbuat demikian.
Mereka mendakwa dengan kegagalan itu mereka tidak seharusnya dipersalahkan selain dinafikan pula hak menikmati subsidi air percuma serta menanggung kerugian.
Mereka juga menuntut deklarasi bahawa Skim Air Percuma yang dijanjikan kerajaan Selangor merangkumi semua pengguna air di negeri itu tidak kira sama ada pengguna meter pukal atau individu.
Seramai 711 pengguna air Selangor, memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tunggakan air percuma, yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan oleh Tetuan Kamarudin dan Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.30 pagi 11 September lepas.
Dalam saman itu, plaintif menamakan Kerajaan Selangor sebagai defenden pertama; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) masing-masing defenden kedua dan ketiga.
Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menyediakan air percuma kepada penduduk negeri itu di bawah janji manifesto pilihan raya umum lalu.
Diplomat AS di Beirut mula bakar fail sulit
Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 18 Sep 2012 |
WASHINGTON:
Diplomat di Kedutaan AS di Beirut telah mula memusnahkan bahan-bahan
yang diklasifikasikan sulit sebagai langkah berjaga-jaga di
tengah-tengah bantahan anti-Amerika di Lubnan dan di tempat lain di
Timur Tengah dan Afrika Utara.
Satu laporan Jabatan Negara yang diperoleh Isnin lalu oleh The Associated Press menyebut kedutaan Beirut telah "mengkaji prosedur kecemasan dan mula memusnahkan maklumat yang diklasifikasikan sulit."
Laporan itu turut menyebut bahawa pekerja tempatan Lubnan telah dihantar pulang ke rumah lebih awal disebabkan protes oleh kumpulan militan Syiah, Hizbullah terhadap filem yang menghina nabi yang dihasilkan di Amerika Syarikat
Di Washington, seorang pegawai Jabatan Negara berkata tiada ancaman terhadap Kedutaan AS di Beirut, yang terletak kira-kira sejam dari lokasi terdekat demonstrasi yang telah dirancang.
Tahap keselamatan Kedutaan AS di Beirut bagaimanapun makin diperketatkan. Penunjuk perasaan telah melanggar kawasan beberapa misi diplomatik AS sejak Selasa lepas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan