Isnin, 10 September 2012

BUKAN SEBUT MELAYU....ADA UNSUR PERKAUMAN...SEBUT SAJA ORANG ISLAM PATUT@WAJIB SOKONG PERJUANGAN ISLAM

Lebuhraya terpaksa dibina kerana sudah kritikal

Harakahdaily, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa membina lebuhraya rakyat di Kelantan selepas kerajaan persekutuan gagal melaksanakannya walaupun dijanjikan sejak Rancangan Malaysia ke 5.

"Walaupun ia di bawah bidang kuasa kerajaan pusat, tetapi oleh kerana keperluan mendesak terutama di musim cuti dan perayaan, kita terpaksa berusaha untuk membinanya," kata Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyudin Hassan (gambar).

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Hari Terbuka PAS ditemui di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam.

Menurut Takiyudin, yang merupakan seorang peguam, lebuh raya terletak di bawah senarai bidang kuasa kerajaan persekutuan iaitu di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Namun, oleh kerana ia tidak pernah dilaksanakan walaupun dijanjikan sejak sekian lama, kerajaan negeri Kelantan terpaksa memikul tanggungjawab ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri pernah membawa perkara ini sehingga ke mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, namun ia tetap tidak berhasil.

Ketika ditanya Harakahdaily tentang cadangan BN Kelantan yang mahu memasukkan pembinaan lebuhraya ini dalam manifesto pilihanrayanya, Takiyudin menolaknya.

"Pembinaan lebuh raya, nak buat stadium dan selesaikan masalah air sudah menjadi manisfesto BN sejak sekian lama..ia cerita basi.

"Saya yakin rakyat Kelantan tidak akan termakan dengan janji palsu ini walaupun mereka kata janji ditepati," kata Takiyudin.

Bagi beliau, BN tidak melayan rakyat Kelantan dengan ikhlas.

"Mereka sepatutnya melayan rakyat Kelantan sebagaimana rakyat negeri lain bukan menganaktirikan mereka," katanya.

Kerajaan negeri, kata beliau, akan cuba melaksanakan pembinaan lebuh raya ini semampu mungkin.

"Buat permulaan ini kita akan lebarkan jalan yang ada, betulkan jalan yang bengkang bengkok dan seumpama.

"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) selalu sebut, kalau kita tidak dapat buat semua jangan tinggal semua," kata beliau.

NFC: Kes Rafizi didengar semula 10 Okt

Muhammad Faizal, 10 Sep 2012
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 10 Oktober bagi mendengar semula kes Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 berkaitan  skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan tarikh tersebut bagi menunggu tarikh dari Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendengar kes yang sama.

Peguam, N Surendran sewaktu sidang media menjelaskan beliau telah memaklumkan kepada mahkamah pagi ini bahawa permohonan untuk menggugurkan tuduhan-tuduhan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Pendengaran hari ini ditangguhkan untuk sementara sehingga kita mendapat tarikh sebutan di Mahkamah Tinggi bagi tujuan menggugurkan tuduhan-tuduhan tersebut.

"Kita melihat adalah bertentangan dengan polisi awam bagaimana Rafizi yang mendedahkan penyalahgunaan dana rakyat boleh didakwa," katanya.

Tambahnya lagi, jelas pendakwaan yang dilakukan itu adalah berniat jahat dan pertuduhan terpilih (selective prosecution) bagi menutup mulut Rafizi dari terus membongkarkan penyelewengan salahguna dana rakyat.

Sementara itu, Rafizi memberitahu apa yang berlaku di negara ini adalah menggambarkan bahawa sistem perundangan boleh digunakan untuk mendakwa sesiapa sahaja yang tampil untuk mendedahkan kesalahan kerajaan atau mereka yang berkuasa.

"Kita tunggu tarikh dari Mahkamah Tinggi dan jika Mahkamah Tinggi mengarahkan Mahkamah Sesyen menangguhkan pendengaran kes tersebut sehingga selesai di Mahkamah Tinggi ia patut dilakukan.

"Kita akan tampilkan pelbagai bukti yang berkaitan Akta Bafia ini dan terdapat yang bertentang dengan Bafia namun ia tidak dibawa ke Mahkamah langsung untuk pendakwaan," jelasnya.

Rafizi telah dituduh mengeluarkan data-data perbankan mengenai Pusat Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public Bank.

Melayu: sokonglah perjuangan Islam

Nasrudin bin Hassan at Tantawi, 10 Sep 2012
Muqaddimah : Saya sangat tertarik membaca artikel terkini YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. Sila rujuk di :
[http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/12953--melayu-wajib-kuatkan-pas-dalam-pr]

Saya menyokong sepenuhnya penegasan Tuan Guru Presiden yang mewajibkan orang-orang Melayu memberi sokongan dan mengukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat, jika selama ini mereka diselubungi rasa bimbang kedudukan dan masa depan orang Melayu hasil momokan Umno dan BN.

1. Secara umumnya, Melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam. Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh umatnya bersatu padu dan jangan berpecah_belah. Antaranya, yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 103 - 105.

“Dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [Islam] dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah nikmat Allah SWT kepada kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam], maka jadilah kamu dengan nikmat Allah SWT itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripada neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk-Nya.”

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan, menegakkan yang makruf [syariat] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan.”

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.”


2. Mengambil iktibar daripada ayat di atas, kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berjuang, berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [Islam] yang kukuh dan utuh. Tanpanya umat akan binasa. Justeru, saya tidak nampak sebab kenapa orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam tidak boleh berjuang dan bersatu atas nama Islam dan memberi sokongan padu kepada perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

3. Orang Melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya. Tinggalkanlah faham nasionalis [perkauman] dan berhijrahlah jasad, pemikiran dan akidah [keyakinan] kepada Islam, agama yang dianuti bersama. Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat. Tanpa Islam, maka apalah ertinya Melayu . Aslim Taslam [Islamlah nescaya kamu selamat]

4. Perjuangan yang dibina atas premis kebendaan, perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perjuangan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah SWT, Tuhan yang mencipta kita. Ambillah premis Islam sebagai asas perjuangan yang dicari agar kita kukuh, hebat dan berdaulat serta Allah meredhai kita. Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia, sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam. Lihat bagaimana penegasan Allah SWT di dalam firman-Nya dalam surah al Anfaal, Ayat 64:

“Dan dialah yang menyatupadukan antara hati-hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati mereka. Akan tetapi, Allah telah menyatukan padukan antara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa, lagi Maha bijaksana.

5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita, malah Nabi SAW juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya, namun yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi tapak perjuangannya.

6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [PAS] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya. Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan, kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan. Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain, saya turut menyeru kepada seluruh umat Melayu dalam negara ini, marilah kita bersama-sama dan bersatu dengan perjuangan Islam [Tali Allah] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah SWT. Ingatlah Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 258:

“Tiada paksaan untuk menganut agama Islam, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam daripada kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah SWT , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus. dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .”


7. Perjuangan umat Melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar. Melanggar perintah Allah SWT lalu terperangkap dalam penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, serta penindasan terhadap golongan yang lemah. Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala, mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah SWT. Tanpa segan silu dan rasa bersalah, mereka melakukan rasuah, berjudi, minum arak, mendedahkan aurat, bergaul bebas, berzina, menggelapkan wang, peras ugut dan 1001 kefasadan.

8. Persoalannya, kenapa susah sangat orang Melayu untuk kembali kepada Islam? Apakah kerana kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi daripada wahyu Allah SWT ? Lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk umat Melayu, agar melayu menjadi hebat, mulia dan terpandang maka satu-satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam.

9. Hari ini, ada orang pertikaikan ke mana hilangnya kuasa politik orang Melayu? Bagaimana nasib orang Melayu yang kian terpinggir di kampung-kampung? Kenapa Melayu mesti bercakaran sesama sendiri? Apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu? Menjawab kepada semua persoalan itu, saya menggesa kepada seluruh pemimpin-pemimpin Melayu khasnya, supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam, agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu, Kitab yang satu, Nabi yang satu, kiblat yang satu.

10. Apabila umat Melayu bersatu dan berjuang di atas premis yang kukuh ini iaitu Islam, maka perpaduan dan perjuangan  itu menjadikan mereka kuat dan utuh. Mereka akan memiliki kuasa politik. Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam. Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka. Mereka akan bersatu dan berdamai dengan pelan ukhuwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam. Ertinya Islam menjadikan Melayu hebat dan mulia.

Lynas: AELB didakwa terburu-buru lulus TOL

Harakahdaily, 10 Sep 2012
KUANTAN: PAS Pahang melahirkan rasa kecewa kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kerana dilihat terburu-buru meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas walaupun mahkamah Kuantan sudah membenarkan penilaian semula.

Pada 28 Ogos tempoh hari, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan penilaian semula ke atas keputusan menteri dari MOSTI iaitu Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili kerana menolak rayuan kumpulan Anti-Lynas pada bulan jun yang lalu.

AJK BPPNP merangkap pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang yang juga merupakan pengerusi Stop Lynas Coalition(SLC) Andansura Rabu (gambar bawah) berkata, beliau melahirkan rasa terkejut dengan keputusan terburu-buru AELB itu.

"Lebih-lebih lagi keputusan itu dilihat seolah-olah menghina keputusan mahkamah kuantan, ditambah pula dengan kes rayuan Stop Lynas Coalition (SLC) yang akan didengar mahkamah 10hb september ini," katanya.

Keputusan AELB itu disifatkan beliau tidak masuk akal dan amat memalukan bagi sebuah agensi dan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat termasuklah alam sekitar.

"Keputusan terburu-buru seperti itu akan mendorong persepsi negatif dari pihak awam bahawa AELB seolah-olah berkhidmat untuk lynas dan bukan untuk rakyat," katanya.

Ketika pihaknya masih tertanya-tanya halatuju MOSTI sama ada ingin melupuskan sisa buangan radioaktif mereka melalui 'Permanent Disposal Facility' (PDF) atau dihantar kembali ke Australia termasuklah pelan terperinci pengurusan sisa berjadual dari LYNAS itu, MOSTI melalui AELB sanggup mengambil keputusan terburu-buru seperti ini.

"Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan Umno dan BN khususnya MCA tidak pernah mengambil kira soal nyawa rakyat, malah meletakkan keuntungan ekonomi yang tidak setimpal itu.

"Dengan pengecualian cukai selama 12 tahun serta peluang pekerjaan kepada hanya 300 orang sahaja melebihi kepentingan hampir 900,000 ribu nyawa rakyat kuantan," ujar beliau sambil memberi jaminan bahawa PAS negeri akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap MOSTI khususnya AELB dan Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga merupakan Timbalan Pengarah II Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery(Badar), Ustaz Suhaimi Md. Saad (gambar) ketika dihubungi pula berkata tindakan AELB ini mirip tindakan sama yang dibuat AELB di Bukit Merah satu ketika dahulu.

"Seolah-olah tindakan seperti ini sudah dirancang terlebih awal untuk mengelak kesan ekonomi yang berpanjangan kepada Lynas," kata Suhaimi.

"Kita dimaklumkan saham Lynas sudah menjunam teruk semenjak tahun lepas, lebih dari AUD2.00 kepada AUD0.82 hari ini.

"Oleh kerana itu, mungkin AELB cuba menyelamatkan Lynas," ujar beliau yang menyeru seluruh rakyat Kuantan dan di seluruh negara untuk bangkit membantah keputusan AELB dan MOSTI ini termasuklah menukar pemerintah yang sedia ada sebagai satu-satunya pilihan atau alternatif akhir untuk menutup Lynas.

Tidak perlu 7 hari, hari ini boleh - Mahfuz

Abdul Aziz Mustafa, 10 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid.
(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.

"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail (gambar) sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.

73 terbunuh dalam serangan ke atas tentera

Mohamad yahya, 10 Sep 2012


(Antara kenderaan tentera yang hancur akibat serangan di Dujail, Iraq)

BAGHDAD: Serangan kumpulan bersenjata telah membunuh sekurang-kurangnya 73 orang dalam serangan bertalu-talu di Iraq, membunuh askar di pos tentera dan mengebom polis rekrut yang menunggu untuk memohon pekerjaan.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut tetapi al-Qaeda di Iraq, dikatakan telah berikrar untuk mengukuhkan kedudukannya di Irag dan merampas kembali kawasan-kawasan yang mereka dipaksa berundur oleh tentera Amerika Syarikat tahun lepas.

Dalam serangan dahsyat itu, kumpulan bersenjata menyerbu kumpulan tentera kecil Iraq di bandar Dujail sebelum subuh, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang askar dan mencederakan lapan yang lain, menurut laporan pegawai polis dan pegawai hospital di bandar berdekatan Balad, kira-kira 80km di utara Baghdad.

Para pegawai tersebut tidak mahu mendedahkan nama mereka kerana tidak diberi kebenaran untuk mendedahkan sebarang maklumat.

FGVHB: Bukti peneroka dikhianati makin terserlah

Dr. Rosli Yaakop, 10 Sep 2012
Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang.
Dalam tempoh 55 tahun, sudah terlalu banyak hak umat Melayu dikhianati. Dibawakan satu contoh di sini sebagai ilustrasi.

Dalam awal tahun 1980an, pemimpin Melayu melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (yang ditubuhkan kononnya untuk menyediakan pembiayaan kepada orang Melayu menerokai dunia perdagangan dan perindustrian) telah mengkhianati orang Melayu dengan memberi pinjaman berbilion-bilion ringgit  kepada seorang kapitalais penipu bernama George Tan, mengenepikan puluhan ribu umat Melayu yang pada ketika itu, amat dahagakan pembiayaan. Akhirnya, Bank Bumiputra Berhad kerugian RM3 bilion. Walau pun telah diselamatkan beberapa kali melalui suntikan wang Petronas (berbilion ringgit jumlahnya), BBMB akhirnya runtuh dan kini hanya tinggal batu nisan. Natijahnya, umat Melayu, setelah 55 tahun merdeka, kekal menjadi kaum termundur dalam dunia perdagangan dan perindustrian.

Dibandingkan dengan skandal BBMB, skandal penggadaian tanah Felda ini adalah satu pengkhianatan berganda-ganda besarnya. Harta paling strategik milik umat Melayu, iaitu, tanah tempat mereka dan keluarga bergantung hidup dan bertelapak, telah digadaikan kepada kapitalis yang sudah sedia kaya. Bukan tidak ada peneroka yang menentang pengkhianatan ini tetapi penentangan menjadi tidak bermaya apabila umat Felda disuakan dengan habuan kebendaan yang tidak seberapa nilainnya. Mereka telah termakan umpan keuntungan segera. Tidak cukup, mereka dibuai pula dengan lagu “putar alam” mainan media perdana yang menjadi alat pemimpin Melayu yang khianat.  Malang sekali umat Melayu yang memiliki pemimpin yang khianat.

Setelah kertas bernama saham (yang menjadi sijil milik ke atas aset yang dipindahmilik secara tidak sah kepada syarikat bernama Felda Global Ventures Holding Berhad)  bertukar tangan pada hari puaka itu, maka peneroka Felda hanya memilik 2.5% dari jumlah saham yang diapongkan dan 97.5% lagi berpindah ke tangan kapitalis yang mengejar keuntungan.

Jelas, peneroka telah termakan janji palsu bahawa “kepentingan mereka di dalam Felda tetap akan terpelihara dan tidak hilang barang seinci pun” walhal, akibat penyenarainan, pemilik majoriti kepentingan Felda sekarang ialah pelabur bukan peneroka. Apakah mereka mahu menafikan kenyataan bahawa mereka kini hanya memiliki 2.5% saham di dalam FGVHB dan 97.5% lagi sudah dikuasai dan dikawal oleh pelabur bukan peneroka? Sedarkah mereka bahawa daripada RM400 juta dividen awal yang bakal diagihkan, mereka hanya menerima RM10 juta sedangkan RM390 juta akan dinikmati pelabur bukan peneroka? Apakah mereka masih tidak mahu percaya bahawa akibat pengapongan saham FGVHB, pengurusan harta mereka termasuklah tanah milik peribadi mereka (seluas 10-12 ekar seorang) dan urusan jual-beli hasil, sudah dimonopoli dan diurus oleh FGVHB yang bukan lagi milik peneroka?

Satu perkara yang wajar didedahkan ialah, saham FGVHB pada awalnya dijangka diapongkan pada harga terbitan awam awal RM5.85 se saham. Tetapi, prestasi FGVHB yang menurun dan pasaran saham dunia yang lemah memaksa harga terbitan diturunkan kepada RM4.55 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.45 se saham.

Penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam masa pasaran saham yang lemah ini telah membawa kerugian besar kepada Felda. Berdasarkan jumlah saham yang diapongkan, iaitu, 2.19 bilion unit, pada harga RM4.55 se unit, penyenaraian menjana RM9.93 bilion. Tetapi, pada harga RM5.85 seunit, dana yang dijana berjumlah RM11.8 bilion. Penyenaraian yang tergegsa-gesa yang gagal mengambilkira keadaan pasaran saham yang lemah telah membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada Felda dan FGVHB. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak professional dan mengkhianat Felda dan peneroka.  Sepatutnya penyenaraian dibuat dalam keadaan pasaran yang membawa keuntungan maksimum kepada Felda.

Saham FGVHB diapongkan pada 28 Jun 2012 pada harga terbitan awam awal RM4.55 se saham (harga pembeli institusi) dan RM4.45 sesaham (harga pembeli runcit). Pada hari pertama pengapongan harga ditutup pada RM5.30 sesaham, kenaikan sebanyak RM0.75 atau 16.5%. Kenaikan ini sederhana berbanding dengan jangkaan bahawa harga saham FGVHB akan melonjak tinggi sehingga ke RM6.00-7.00 seunit menghasilkan keuntungan durian runtuh kepada pemegang saham.  Ini tidak terjadi sehingga kini, setelah hampir dua setengah bulan saham diapongkan.

Harga tutup tertinggi pernah dicapai ialah RM5.50 se saham (pada 4 Julai dan 11 Julai). Harga tutup semalam (Rabu, 5 september 2012) ialah RM4.85 se saham, iaitu, premium sebanyak RM0.30 atau 6.6% di atas harga terbitan awam awal.   Kenaikan harga yang sederhana ini memeranjatkan ramai penganalisis pasaran kerana lonjakan besar yang dijangka dan diuwar-uwarkan oleh pengerusi Felda tidak terjadi.

Di dalam prospektus penyenaraian FGVHB, tidak didedahkan unjuran keutungan untuk tahun 2012. Yang ada ialah maklumat kewangan interim (laporan kewangan tidak terodit) yang mendedahkan bahawa untuk tiga bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2012, FGVHB untung sebanyak RM223.212 juta berbanding RM350.158 juta untuk tempoh yang sama (3 bulan) dalam tahun 2011, kemerosotan sebanyak RM126.944 atau 36.2%.

Laporan kewangan terkini (disiarkan oleh media pada 28 Ogos 2012) menunjukkan bahawa keuntungan FGVHB pada setengah tahun 2012 (6 bulan pertama berakhir 30 Jun 2012) berjumlah RM380.5 juta, lebih rendah daripada unjuran kebanyakan pengalisis pasaran. Jumlah keuntungan ini hanyalah 39% dari untung yang diunjurkan bagi tahun 2012 (sekitar RM1.2 bilion). Dibandingkan dengan keuntungan 6 bulan pertama 2011 (RM638.4 juta), keuntungan dalam 6 bulan pertama 2012 merosot sebanyak 34%, berpunca  dari pengeluaran buah sawit (buah tandan segar) yang merosot, kenaikan kos operasi  dan sumbangan sektor gula yang megecil.

Walaupun keuntungan kurang memuaskan, pada 28 Ogos 2012, FGVHB telah mengishtiharkan dividen awal (interim) sebanyak 5.5% se saham yang bakal dibayar pada atau sebelum 28 November 2012. Ini adalah tindakan untuk menyokong pasaran tetapi kesannya kepada harga saham nampaknya tidak memberangkan.

Pembayaran dividen ini tidak membawa apa-apa makna kepada nasib 112,000 peneroka kerana mereka hanya memegang 830 unit saham FGVHB se orang. Sebahagian besar dividen akan dinikmati oleh pemegang saham utama (cornerstone investors) yang terdiri daripada Lembaga Tabugn Haji, Kumpulan Wang Persaraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pengurus dana antarabangsa seperti BlackRock Fund Advisors, FIL Investment Mangement (Singapore) Ltd., Goldman Sachs Asset Management Brazil Ltda., The Vanguard Group, Inc., ThreadNeedle Asset Mangement Limited dan Legal and General Investment Management Ltd. Kumpulan pemegang saham yang digelar “cornerstone investors” setakat ini menguasai 21.35% saham FGVHB dan merekalah yang akan mengaut sebahagian besar dividen. Golongan yang tidak pernah berjerih payah membangunkan hutan belentara menjadi perladangan terbesar di dunia kini mengaut nikmat terbesar sedangkan peneroka yang mengorbankan keringat, airmata dan darah - kerana mereka tidak mampu membeli sekeping kertas yang bernama saham - hanya menggigit jari.

Berikutan penyenaraian FGVHB, peneroka Felda diperuntukkan 830 unit saham setiap seorang. Namun, setelah lebih dairpada 2 bulan berlalu, didapati masih ramai yang belum membayar harga saham berkenaan (kira-kira RM3,800) kerana tidak mampu. Juga, ramai peneroka yang beranggapan saham itu adalah percuma. Ini bermakna, tanpa memiliki sekeping kertas bernama saham, peneroka tidak ada hak ke atas dividen 5.5% yang bakal dibayar.

Menyedari hal ini,  Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Felda akan membiayai pembelian saham oleh peneroka dengan bayaran balik yang mudah sebanyak RM50 sebulan. Langkah baru ini mengesahkan bahawa penyenaraikan FGVHB tidak membawa apa-apa keuntungan kepada peneroka.  Yang untung besar hanyalah kroni dan kaum pemodal tempatan dan antarabangsa yang sudah sedia kaya.  Pemberian pembiayaan ini tidak lain hanyalah umpan untuk memancing undi peneroka. Manakah dia saham percuma yang pernah dijanjikan?

Selain dari itu, peneroka kononnya bakal diberi “bonus” RM400 seorang. Ini satu penipuan kerana yang bakal diberi kepada peneroka itu bukan “wang percuma” tetapi itu adalah dividen daripada saham yang mereka pegang (5.5% daripada 830 unit saham). Bukan semua peneroka akan mendapat dividen ini kerana ramai yang tidak membeli saham.

Ada penganalis berpandangan bahawa prestasi keuntugan FGVHB bagi setengah tahun terakhir 2012 akan bertambah baik kerana pengeluaran buah meningkat. Namun, majoriti penganalis mengunjurkan bahawa keuntungan bagi tahun kewangan 2012 akan lebih rendah dari unjuran awal memandangkan lebih dari 50% pokok sawit yang ada sudah tua dan perlu ditanam semula. Kos penanaman semula bakal berjumlah RM2.6 bilion. Kenaikan kos operasi bersama penurunan hasil buah memberi kesan negatif kepada prestasi syairkat menyebabkan harga saham akan tertekan.  Jumlah saham yang besar dan keadaan pasar saham yang tidak menentu juga boleh membawa kesan menurun kepada harga saham. Persaingan sengit daripada pengeluar minyak sawit utama dunia, Indonesia, juga akan memberi kesan negatif kepada harga sawit and akhirnya menekan harga saham FGVHB.
Iklan Teks

Tiada ulasan: