Warisan merdeka kini 600m, ketiga tertinggi di dunia
EKSKLUSIF Permodalan
Nasional Berhad (PNB) mengesahkan ketinggian projek ikonik Warisan
Merdeka kini ditambah kepada 600 meter, yang memungkinkannya menjadi
bangunan ketiga tertinggi di dunia.Bagaimanapun, syarikat pengurusan berkaitan kerajaan itu semalam menafikan khabar angin bangunan itu akan ditambah sehingga menjadi 120 tingkat.
"Pada permulaan projek ini, ketinggian asal dijangkakan melepasi 509 meter.
"Sejak itu, kami semak semula kepada 600 meter dan ketinggian tambahan semata-mata untuk puncaknya," kata jurucakap PNB kepada Malaysiakini.
Syarikat itu juga menjelaskan bahawa kawasan boleh sewa kekal 100 tingkat.
Aktivis warisan negara Teoh Chee Keong sebelum ini mendakwa Menara Warisan akan ditambah daripada 102 kepada 120 tingkat.
Dengan ketinggian 600 meter, Menara Warisan hanya ketinggalan di belakang Burj Khalifa UAE (828 meter) dan Royal Clock Tower Hotel (601 meter) di Arab Saudi.
Ia juga bakal melangkaui ketinggian 501 meter Taipei 101 - pencakar langit tertinggi antara tahun 2004 sehingga 2010.
Menara Warisan bagaimanapun kini berdepan persaingan apabila beberapa bangunan pencakar langit sekitar 600 meter juga sedang dibina di China dan India
PAS, Umno kecam filem hina nabi Muhammad
PAS dan Pemuda Umno hari ini mengecam penerbitan filem Innocence of Muslims oleh karyawan Amerika Syarikat yang didakwa menghina Nabi Muhammad sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) berkata, walaupun pada asasnya kebebasan bersuara perlu dihormati tetapi ia mestilah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak mempermaikan keharmonian hidup beragama mana-mana kelompok.
"Mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram," katanya.
Parti Islam itu juga berkata tindakan itu hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.
Semalam, dilaporkan berlaku demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati - yang dijangka merebat ke pelbagai dunia Islam dalam masa terdekat.
Bendera AS diturunkan di Mesir, duta terbunuh di Libya
Dalam tunjuk perasaan di Kaherah semalam, berpuluh-puluh orang memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera Amerika Syarikat dan menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah.
Lebih buruk lagi, kemarahan itu juga menyebabkan duta Amerika Syarikat di Libya Chris Stevens terbunuh pada Selasa malam akibat serangan di Benghazi, lapor agensi.
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi juga mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengambil langkah serius atas "provokasi kebencian beragama" yang ditimbulkan pengarah dan penerbit filem yang berdarah Yahudi itu.
Pemuda PAS juga mengugut mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini sekiranya kerajaan Amerika Syarikat tidak mengambil tindakan berhubung penerbitan filem itu.
Sementara itu, Pemuda Umno pula menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi langsung dengan isu jelas mencaci agama Islam seperti Innocence of Muslims.
"Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin merujuk kepada insiden kematian duta Amerika Syarikat ke Libya.
Treler filem itu dengan durasi hampir seminit setengah kini dimuat naik ke laman perkongsian video Youtube.
"Teguran ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan yang selama ini merasa mereka di pihak yang benar, sedangkan kenyataan wakil PBB ini telah membuktikan sebaliknya.
"Barangkali beliau sendiri menyaksikan bagaimana teruknya pukulan polis terhadap penganjur, wartawan dan juga peserta awam dalam himpunan tersebut," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor (kanan).
Kiai dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini mengeluh kerana Malaysia antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi.
Katanya, perkara itu bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia kerana negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pihak yang mahu berhimpun boleh berbuat demikian secara aman.
Dalam kenyataannnya semalam, Riduan berkata, teguran Kiai sepatutnya diberi perhatian penting oleh kerajaan, termasuk dengan memberikan ruang seluas-luasnya untuk rakyat "menyatakan rasa hati" melalui perhimpunan aman.
Beliau juga mempersoalkan kewajaran perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini dianggap seolah-olah kesalahan besar dan menyalahi undang-undang sedangkan di sisi PBB ia perkara biasa.
"Dengan laluan yang diberikan, lokasi ditentukan, kerjasama erat pasukan keselamatan serta trafik yang dimudahkan, perhimpunan aman di negara ini akan berlangsung dengan jayanya tanpa sedikit pun darah dan air mata rakyat tumpah.
"Jika ini berlangsung dengan baik, tidak mustahil wakil PBB dalam tahun mendatang akan memuji tindakan kerajaan yang penuh demokratik, kata Riduan.
Mohan Singh berkata, kesemua pemuda berkenaan ditahan kerana berkelakuan mencurigakan.
"Kita tak dapat pastikan mereka dari pihak mana tetapi mereka ditahan kerana kelihatan mencurigakan semalam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Empat lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Katanya, polis mendapati pemuda berkenaan membawa dua baton boleh laras, pisau dan gelang besi ke program yang diadakan di Bandar Tun Razak itu.
Kesalahan itu tidak boleh dijamin dan jika sabit kesalahan bakal berhadapan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan rotan, tambahnya.
Siasatan masih berjalan dan mereka mungkin didakwa atau ditahan reman esok, katanya lagi.
Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada suspek berkenaan juga terbabit dengan dakwaan serangan ke atas ADUN PKR, Gan Pei Nei yang mendakwa ditendang di program tersebut.
Pergelutan berlaku di antara penyokong MCA dan Pakatan Rakyat, sebelum debat bermula pada 8.30, apabila wakila menteri besar Selangor beredar daripada dewan berkenaan.
Bagaimanapun, polis Kedah berkata tiada laporan telah dibuat berhubung dengan dakwaan tersebut.
Artikel dalam bahasa Cina itu disiarkan di backpackers.com.tw pada 10 September oleh seorang pengguna yang menggunakan nama samaran 'dr995'.
Menurut posting tersebut, penulisnya sedang memandu kenderaan MPV yang disewa di Langkawi, menuju ke tempat penginapannya apabila kenderaan itu melalui satu sekatan pemeriksaan polis.
"Saya menurunkan cermin tingkap dan menyerahkan lesen memandu antarabangsa saya kepada anggota polis. Dia memandang ke dalam kereta dan mengarahkan saya menghentikan kereta itu di tepi jalan.
"Dia kemudian berkata kereta itu membawa lebih penumpang dan setiap seorang daripada kami (dalam kereta itu) perlu
membayar denda RM300 atau jika tidak, dia akan membawa kami ke balai polis. Kita hanya boleh beredar dari situ selepas membayar denda.
"Kemudian dia merampas pasport saya. Kami merayu kepada anggota polis itu tetapi selepas beberapa pusingan rundingan, dia tetap dengan pendiriannya dan mahu kami cepat menyediakan wang. Kemudian dia memeriksa kenderaan lain," kata posting tersebut.
Penulis tersebut mendakwa bahawa dua anggota polis kemudian menakut-nakutkannya dengan "kata-kata yang sukar dipercayai" dan menawarkan satu penyelesaian terhadap masalah tersebut - iaitu tawaran membayar RM500.
"Bukan sahaja kita boleh beredar dan terus memandu kereta kami, tetapi dia juga memberi jaminan bahawa tidak ada lagi polis yang akan memberi kami masalah."
Sambil menyifatkan anggota polis itu sebagai "sekumpulan samseng berpakaian seragam polis yang dilengkapi dengan pistol", penulis itu berkata semua kenderaan yang diperiksa adalah yang dipandu oleh pelancong, manakala pemandu tempatan dibenarkan melepasi sekatan itu.
Anggota polis itu yang kemudian membawa penulis ke belakang kereta polis supaya mereka tidak dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain dan mengarahkannya meletakkan wang ke dalam tangannya.
"Dia kemudian segera menutupnya dengan sekeping kertas dan menyimpannya dalam kereta polis. Proses ini pantas dan licin, mungkin kerana sudah sering berbuat demikian.
"Selepas membayar wang itu, saya mendapat balik lesen memandu dan pasport saya, dan beredar dari situ," tulisnya.
Keseluruhan perbualan dengan pihak polis, katanya, telah dirakam secara rahsia oleh seorang penumpang kenderaannya, dengan menggunakan telefon bimbit dan gambar anggota polis berkenaan turut dirakamkan.
Bukti-bukti itu telah dikemukakan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, katanya.
Sekeping gambar menunjukkan tiga anggota polis beruniform memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya itu turut disiarkan bersama dengan artikel di forum online itu.
Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.
"Ketika kamu mahu turunkan harga kereta, kamu mahu menjual AP secara kepada pembida paling tinggi.
''Mereka (PKR) perlu jelaskan bagaimana perkara ini akan dilakukan apabila lelongan akan menambahkan RM50,000 hingga RM60,000 bagi setiap AP, tidak termasuk harga kereta,'' katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Mukhriz turut menambah, jumlah RM10,000 bagi setiap AP pada masa ini bukan semata-mata untuk pendapatan kerajaan tetapi disalurkan kepada ''dana bagi membantu industri''.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) berkata, walaupun pada asasnya kebebasan bersuara perlu dihormati tetapi ia mestilah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak mempermaikan keharmonian hidup beragama mana-mana kelompok.
"Mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram," katanya.
Parti Islam itu juga berkata tindakan itu hanya akan menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.
Semalam, dilaporkan berlaku demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati - yang dijangka merebat ke pelbagai dunia Islam dalam masa terdekat.
Bendera AS diturunkan di Mesir, duta terbunuh di Libya
Dalam tunjuk perasaan di Kaherah semalam, berpuluh-puluh orang memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera Amerika Syarikat dan menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah.
Lebih buruk lagi, kemarahan itu juga menyebabkan duta Amerika Syarikat di Libya Chris Stevens terbunuh pada Selasa malam akibat serangan di Benghazi, lapor agensi.
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Hadi juga mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengambil langkah serius atas "provokasi kebencian beragama" yang ditimbulkan pengarah dan penerbit filem yang berdarah Yahudi itu.
Pemuda PAS juga mengugut mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini sekiranya kerajaan Amerika Syarikat tidak mengambil tindakan berhubung penerbitan filem itu.
Sementara itu, Pemuda Umno pula menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi langsung dengan isu jelas mencaci agama Islam seperti Innocence of Muslims.
"Namun pada masa yang reaksi keterluan tidak menetapi kehendak ajaran Agama Islam kerana Agama Islam itu indah dan mendamaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin merujuk kepada insiden kematian duta Amerika Syarikat ke Libya.
Treler filem itu dengan durasi hampir seminit setengah kini dimuat naik ke laman perkongsian video Youtube.
'Teguran pelapor PBB tamparan untuk kerajaan'
Keluhan
pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan
dan perhimpunan aman Maina Kiai terhadap penanggungjawaban protes di
Malaysia menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan kerajaan
selama ini."Teguran ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan yang selama ini merasa mereka di pihak yang benar, sedangkan kenyataan wakil PBB ini telah membuktikan sebaliknya.
"Barangkali beliau sendiri menyaksikan bagaimana teruknya pukulan polis terhadap penganjur, wartawan dan juga peserta awam dalam himpunan tersebut," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor (kanan).
Kiai dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini mengeluh kerana Malaysia antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi.
Katanya, perkara itu bercanggah dengan piawaian hak asasi manusia kerana negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pihak yang mahu berhimpun boleh berbuat demikian secara aman.
Dalam kenyataannnya semalam, Riduan berkata, teguran Kiai sepatutnya diberi perhatian penting oleh kerajaan, termasuk dengan memberikan ruang seluas-luasnya untuk rakyat "menyatakan rasa hati" melalui perhimpunan aman.
Beliau juga mempersoalkan kewajaran perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini dianggap seolah-olah kesalahan besar dan menyalahi undang-undang sedangkan di sisi PBB ia perkara biasa.
"Dengan laluan yang diberikan, lokasi ditentukan, kerjasama erat pasukan keselamatan serta trafik yang dimudahkan, perhimpunan aman di negara ini akan berlangsung dengan jayanya tanpa sedikit pun darah dan air mata rakyat tumpah.
"Jika ini berlangsung dengan baik, tidak mustahil wakil PBB dalam tahun mendatang akan memuji tindakan kerajaan yang penuh demokratik, kata Riduan.
GMI: Laporan pro-ISA untuk hidupkan semula akta zalim
Gerakan
Mansuhkan ISA (GMI) memepertikai laporan akhbar The New Straits Times
yang mempertahan penahanan suspek jenayah pemerdagangan manusia bawah
ISA.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau percaya perkara itu dibangkitkan untuk menunjukkan kepentingan ISA.
"GMI percaya hal ini dibangkitkan dengan tujuan untuk menunjukkan betapa ISA penting bagi mengekang perilaku jenayah tegar sedangkan ISA sudah dimansuhkan.
"Ia seolah-olah mahu menjustifikasikan agar ISA dihidupkan kembali," katanya.
The New Straits Times selama tiga hari berturut-turut bermula 10 September melaporkan pada halaman depannya berita tahanan ISA yang masih terbabit dengan jenayah perdagangan manusia dari dalam penjara.
Laporan berkenaan memetik kenyataan tahanan ISA yang antara lain berkata, Akta Pemerdagangan Manusia 2007 tidak cukup ketat kerana masih terdapat lompong perundangan bagi mereka melepaskan diri daripada sebarang dakwaan.
Dalam laporan sama, tahanan ISA juga didakwa menghubungi konco-konco mereka dari dalam penjara bagi mengurus rangkaian jenayah.
"Kenyataan ini boleh diragui kerana setiap panggilan yang dibuat akan dikawal rapi dan hanya perbualan berbentuk kekeluargaan dibenarkan.
"Sekiranya panggilan yang dibuat disyaki boleh mendatangkan risiko, ia akan ditamatkan," kata Syed Ibrahim yang sering menguruskan lawatan keluarga tahanan ISA ke Kem Tahanan Kamunting.
Gambarkan tahanan bersalah
Laporan NST itu, kata Syed Ibrahim, perlu dipandang serius kerana ia menyampaikan mesej tahanan ISA adalah pesalah walaupun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.
GMI tidak bertolak-ansur dengan sebarang bentuk jenayah namun prinsip kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia perlu dihormati," tambahnya.
Katanya lagi, walaupun sudah setahun perdana menteri mengumumkan pemansuhan ISA, masih terdapat 30 orang lagi ditahan di Kem Tahanan Kamunting mengikut undang-undang itu.
"Kerajaan mansuhkan ISA kerana mengakui kewujudannya sebagai undang-undang pencegahan sudah tidak relevan.
"Oleh itu, apa rasionalnya kerajaan membiarkan tahanan dikurung di bawah undang-undang yang tidak relevan ini," kata pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.
Sementara itu, seorang tahanan ISA yang baru dibebaskan 17 Ogos lalu, Fadzullah Abdul Razak berkata beliau berpesan kepada tahanan lain agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman itu yang dibuat pada pada Hari Malaysia tahun lepas.
"Adakah mereka akan dibebaskan menjelang pilihan raya? Kita pun belum tahu.
"Apa sebenarnya Janji Ditepati mereka (kerajaan)?
"Mereka ini dijadikan tebusan politik, kalau ada perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka (kerajaan), barulah tahanan ini dibebaskan," katanya.
VIDEO l 7.05 min

Remaja didakwa sumbang haram dengan kakak kandung
Seorang
remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah
Majistret Jerantut atas tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak
kandungnya pada November tahun lepas.
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di Jerantut pada 12 tengah malam , November 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.
Remaja itu dikenakan ikatjamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.
Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.
Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu.
- Bernama

Polis tahan empat lelaki di program debat MCA
Ketua
Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh hari ini berkata empat
lelaki ditahan kerana membawa senjata di khalayak umum ketika satu
program debat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dan MCA malam tadi.Mohan Singh berkata, kesemua pemuda berkenaan ditahan kerana berkelakuan mencurigakan.
"Kita tak dapat pastikan mereka dari pihak mana tetapi mereka ditahan kerana kelihatan mencurigakan semalam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Empat lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Katanya, polis mendapati pemuda berkenaan membawa dua baton boleh laras, pisau dan gelang besi ke program yang diadakan di Bandar Tun Razak itu.
Kesalahan itu tidak boleh dijamin dan jika sabit kesalahan bakal berhadapan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan rotan, tambahnya.
Siasatan masih berjalan dan mereka mungkin didakwa atau ditahan reman esok, katanya lagi.
Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada suspek berkenaan juga terbabit dengan dakwaan serangan ke atas ADUN PKR, Gan Pei Nei yang mendakwa ditendang di program tersebut.
Pergelutan berlaku di antara penyokong MCA dan Pakatan Rakyat, sebelum debat bermula pada 8.30, apabila wakila menteri besar Selangor beredar daripada dewan berkenaan.
Polis Langkawi minta rasuah, dakwa pelancong Taiwan
Satu posting di sebuah forum dalam talian popular backpackers Taiwan
yang menuduh polis Langkawi menuntut dan mengambil rasuah, telah
meletakkan Malaysia di mata komuniti pelancongan antarabangsa.Bagaimanapun, polis Kedah berkata tiada laporan telah dibuat berhubung dengan dakwaan tersebut.
Artikel dalam bahasa Cina itu disiarkan di backpackers.com.tw pada 10 September oleh seorang pengguna yang menggunakan nama samaran 'dr995'.
Menurut posting tersebut, penulisnya sedang memandu kenderaan MPV yang disewa di Langkawi, menuju ke tempat penginapannya apabila kenderaan itu melalui satu sekatan pemeriksaan polis.
"Saya menurunkan cermin tingkap dan menyerahkan lesen memandu antarabangsa saya kepada anggota polis. Dia memandang ke dalam kereta dan mengarahkan saya menghentikan kereta itu di tepi jalan.
"Dia kemudian berkata kereta itu membawa lebih penumpang dan setiap seorang daripada kami (dalam kereta itu) perlu
membayar denda RM300 atau jika tidak, dia akan membawa kami ke balai polis. Kita hanya boleh beredar dari situ selepas membayar denda.
"Kemudian dia merampas pasport saya. Kami merayu kepada anggota polis itu tetapi selepas beberapa pusingan rundingan, dia tetap dengan pendiriannya dan mahu kami cepat menyediakan wang. Kemudian dia memeriksa kenderaan lain," kata posting tersebut.
Penulis tersebut mendakwa bahawa dua anggota polis kemudian menakut-nakutkannya dengan "kata-kata yang sukar dipercayai" dan menawarkan satu penyelesaian terhadap masalah tersebut - iaitu tawaran membayar RM500.
"Bukan sahaja kita boleh beredar dan terus memandu kereta kami, tetapi dia juga memberi jaminan bahawa tidak ada lagi polis yang akan memberi kami masalah."
Sambil menyifatkan anggota polis itu sebagai "sekumpulan samseng berpakaian seragam polis yang dilengkapi dengan pistol", penulis itu berkata semua kenderaan yang diperiksa adalah yang dipandu oleh pelancong, manakala pemandu tempatan dibenarkan melepasi sekatan itu.
Anggota polis itu yang kemudian membawa penulis ke belakang kereta polis supaya mereka tidak dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain dan mengarahkannya meletakkan wang ke dalam tangannya.
"Dia kemudian segera menutupnya dengan sekeping kertas dan menyimpannya dalam kereta polis. Proses ini pantas dan licin, mungkin kerana sudah sering berbuat demikian.
"Selepas membayar wang itu, saya mendapat balik lesen memandu dan pasport saya, dan beredar dari situ," tulisnya.
Keseluruhan perbualan dengan pihak polis, katanya, telah dirakam secara rahsia oleh seorang penumpang kenderaannya, dengan menggunakan telefon bimbit dan gambar anggota polis berkenaan turut dirakamkan.
Bukti-bukti itu telah dikemukakan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, katanya.
Sekeping gambar menunjukkan tiga anggota polis beruniform memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya itu turut disiarkan bersama dengan artikel di forum online itu.
Pelajar Guatemala didakwa cuba bunuh anggota polis
Seorang
pelajar lelaki warga Guatemala mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis
pada Mei lepas.
John Bayron Coronado Toledo, 23, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Sazali Abdul Samek dengan cuba melanggarnya dengan sebuah kereta di tepi sebuah rumah di Jalan USJ 18/2A, Subang Jaya, pada 9.25 malam, 26 Mei lepas.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun memohon agar tiada ikat jamin diberikan memandangkan tertuduh merupakan warga asing dan tiada dokumen perjalanan yang sah.
Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan permohonan pihak pendakwaan itu dan menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes dan bagi tertuduh melantik peguam.
Sementara itu, rakan senegara tertuduh, Wilma Albeato Uribe Lodica, 25,
turut menghadapi pertuduhan sama dan akan didakwa di mahkamah Petaling Jaya esok.

'Bagaimana lelongan AP boleh turunkan harga kereta?'
Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir
hari ini menyindir dakwaan PKR bahawa pelelongan permit import (AP) bagi
kereta luar negara akan menurunkan harganya.Sebaliknya, Mukhriz berkata, bidaan AP itu akan menjadikan harga kereta menjadi lebih tinggi.
"Ketika kamu mahu turunkan harga kereta, kamu mahu menjual AP secara kepada pembida paling tinggi.
''Mereka (PKR) perlu jelaskan bagaimana perkara ini akan dilakukan apabila lelongan akan menambahkan RM50,000 hingga RM60,000 bagi setiap AP, tidak termasuk harga kereta,'' katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Mukhriz turut menambah, jumlah RM10,000 bagi setiap AP pada masa ini bukan semata-mata untuk pendapatan kerajaan tetapi disalurkan kepada ''dana bagi membantu industri''.
- Noah Zig · Pengulas Tertinggi · International Islamic University MalaysiaBida AP ini dilakukan cuma untuk sisa-sisa AP yang belum habis lagi yang dikeluarkan semasa era BN. Apabila sudah sempurna cukai 60 peratus dihapuskan AP tidak diperlukan lagi. Ini untuk mengawal agar harga kereta 2nd import tidak turun mendadak yg mana akan menyebabkan kerugian besar kepada rakyat. Lagi pun bila AP dibida dgn harga tinggi manakala cukai import telah mula diturunkan secara berperingkat maka harga kereta import turun secara berkadar dan relatif murah berbanding harga kereta import di era regime UMNO/BN. Itu pun tak faham.
- Tolak Konspirasi · Pengulas TertinggiMukhriz: Bagaimana lelongan AP boleh turunkan harga kereta?
Rakyat: Bagaimana harga kereta di Malaysia lagi mahal dari negara luar?
Kalau tak tahu macam mana nak turunkan harga, bagi pada yang tahu. Undi PR, Jom UBAH!
Pendapatan Global, jadi TERAWAL dari Malaysia;
http://www.discavura.com/usd5 - Razman Rashidkacip molek KPN duk sebelah mukhriz...nk duduk gitu sebelah TGNA jawapannya soriiiii laaaa....
Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
Daftar FREE dulu disini:
http://stiforp.asia/wangmasuk - Naim Bassterra · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan