Ucapan Bajet 2013: ‘Diserang’ amalan demokrasi
29 September 2012
"(Ia) amalan demokrasi," kata Ketua Pembangkang ini secara ringkas menjawab mesej pengikut Twitternya pagi ini.
Pengikutnya antara lain bekata "diserang semasa ucapan bajet, justeri Najib harus berani hadir semasa hadir semasa perbahasan ketua pembangkang Isnin ini jam 11.30 pagi."
Dalam mesej Twitter yang menyusul, Anwar berkata, "jangan angkuh dengan monolog; perlu dialog dan debat."
Beliau mengulangi pendirian yang dilahirkan semalam.
Dalam ucapannya, Najib seolah-olah banyak menyindir Pakatan Rakyat (PR) dan ketuanya etika mengakhiri ucapan Bajet 2013 sambil menekankan Barisan Nasional (BN) mahu mandat untuk membentangkan “enam lagi bajet.”
“Ada di kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara, malahan hari ini di beberapa negeri mereka juga mengepalai kerajaan,” kata Perdana Menteri.
Pengerusi BN ini menambah: “Kalau hari ini mereka menjanjikan itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang "dikokokkan’.”
Hakikatnya, kata Najib lagi, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanjikan, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya dan jika dilihat di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka (Pakatan Rakyat), apa yang terkandung dalam manifesto pun masih tinggal janji.
Resolusi syor selesai isu anak tak sah taraf
29 September 2012
Ketua Jabatan Al-Syariah Kias, Zulqarnain Hassan berkata, beberapa resolusi berkenaan adalah menyokong dan memberikan cadangan kepada jabatan berkaitan supaya menyelesaikan masalah anak tidak sah taraf.
“Antara resolusi berkenaan ialah mahu pihak berkaitan berpegang dengan pendapat Jumhur Ulama dalam isu penasaban (keturunan) anak zina atau anak luar nikah iaitu tidak boleh di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada lelaki yang menghamilkan ibunya.
“Kias dan U-Bes juga menyokong keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa anak zina atau luar nikah sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah,” katanya selepas Wacana kedudukan Anak Tak Sah Taraf di Malaysia, di sini.
Wacana tersebut dibentangkan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya (Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Di Dalam Undang-undang Kekeluargaan Islam di Malaysia serta Implikasi Sosial), Pensyarah Jabatan Al-Syariah Kias, Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Kajian Terhadap Fatwa-fatwa Tentang Isu Anak Tak Sah Taraf dan Timbalan Ketua Eksekutif Hal Ehwal Pelajar Kias, Dr Mohd Azhar Abdullah (Anak Tak Sah Taraf Pada Zaman Permulaan Islam: Kajian Kes dan Penyelesaiannya).
Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Zulqarnain yang juga Pengerusi Wacana Khas Kedudukan Anak Tak Sah Taraf di Malaysia berkata, pihaknya turut menyokong pendapat membenarkan seorang perempuan yang hamil daripada perbuatan zina untuk berkahwin dengan lelaki yang menghamilkannya.
“Melalui perkahwinan ini, ia dapat menasabkan anak yang dilahirkan selepas tempoh enam bulan dua lahzoh (saat) dari tarikh akad nikah kepada lelaki yang menjadi suaminya itu,” katanya.
Kata beliau, pihaknya turut menyarankan kepada hakim dalam membuat keputusan bagi kes-kes yang tiada dalam enakmen Mahkamah Syariah perlu merujuk kepada masalah anak tersebut disebabkan kuasa penentu dalam menentukan nasab ‘Anak Tak Sah Taraf’.
“Pihak mahkamah digesa mengambil tindakan segera dalam isu ‘Anak Tidak Sah Taraf’ dengan meneliti bukti-bukti yang ada dan mengesahkannya supaya ia tidak tertangguh terlalu lama.
“Semua pihak juga terutama pihak berkuasa perlu mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat bagi membetulkan tanggapan silap mereka mengenai kedudukan anak tidak sah taraf yang sebenarnya,” kata Zulqarnain.
Selain itu, kata beliau, pihaknya mencadangkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat pengasingan istilah antara ‘Anak Tak Sah Taraf’ mengikut syarak dan ‘Anak Tak Sah Taraf’ mengikut undang-undang.
“JPN juga perlu menyemak semula prosedur urusan pendaftaran ‘Anak Tak Sah Taraf’ baik dari segi syarak atau undang-undang (perkahwinan luar negara),” katanya.
Beliau turut menyarankan supaya keluarga angkat yang menerima ‘Anak Tak Sah Taraf’ mempunyai kesedaran supaya menjaga batasan aurat dan pergaulan dan berusaha mendapatkan taraf mahram (melalui penyusuan).
Pihaknya menggesa pelaksanaan Syariah secara menyeluruh di dalam masyarakat dan negara sebagai satu-satunya penyelesaian kepada segala masalah.
Pada masa sekarang, JPN menetapkan bagi anak luar nikah atau anak tidak sah taraf, dia boleh di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan dengan nama Abdullah atau boleh memilih salah satu nama dalam 99 nama Asma Al-Husna selain nama bapa atau datuk kedua-dua belah pihak keluarga bayi berkenaan.
Gesa siasat dalang hina imej Nik Aziz
29 September 2012
Satu laporan polis dibuat semalam selepas penyebaran pihak tidak bertanggungjawab menyamakan imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan babi yang dikesan sejak 18 September lalu.
Ketuanya, Mohd Fauzan Madzlan berkata, pihak polis tidak boleh bersikap “double standard” apabila berlaku penghinaan melibatkan pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.
Menurutnya, siasatan terperinci perlu dibuat ke atas individu yang membuat penghinaan secara terbuka di Facebook menggunakan akaun “Idham Zulkifli” sama seperti kes memijak dan menunjuk punggung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pihak polis menggunakan media untuk memaparkan imej individu yang terlibat dalam kes memijak potret Najib dan seharusnya kes penghinaan kepada Mursyidul Am Pas juga perlu dilakukan perkara sama.
“Sehingga hari ini banyak laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Pas bahagian, namun tiada sebarang tindakan diambil,” katanya selepas laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, semalam.
Mohd Fauzan berkata, kebiadaban segelintir pihak yang terlalu lantang membuat penghinaan ke atas agama dan pemimpin perlu dihentikan melalui tindakan pihak polis.
“Kita bimbang sekiranya insiden-insiden itu berterusan, rakyat tidak lagi takut kepada institusi penguat kuasa dan sewenang-wenang permain isu sensitif.
“Budaya samseng juga akan menular dengan niat sengaja menghina dan membuat provokasi serta tidak menghormati pemimpin,” katanya.
Justeru itu katanya, pihak polis perlu bertindak segera dan mengambil serius tentang tren salah guna medium laman sosial sebagai tempat hebahan isu sensitif dan menghina pemimpin.
Ezam: Kekuatan Umno makin lemah
29 September 2012
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.
"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.
Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.
"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.
Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.
"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.
"Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.
Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13.
Ezam: Kekuatan Umno makin lemah
29 September 2012
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.
"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi "Agenda Penyatuan Ummah Fakta atau Auta?".
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR ini berkata, kaum Melayu negara ini tiada pilihan lain melainkan mesti bersatu bagi memastikan kuasa Melayu tidak terlepas kepada kaum lain.
"Kita mesti bersatu atas nama perpaduan ummah bagi memastikan demokrasi yang kita nikmati sekarang mampu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi akan datang," tegasnya yang menyertai Umno lebih tiga tahun lalu.
Tambah beliau, rakyat mesti melihat suatu gagasan besar yang mampu memimpin negara dan wajar melakukan pilihan bijak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Penyatuan ummah ini mesti digalas oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa besar bagi memastikan setiap objektif dapat digapai secara bersama.
"Jika pemimpin berjiwa kecil, bakal berlaku pemimpin yang hanya berfokuskan pada parti semata-mata, bukan kepada kebajikan rakyat," tegasnya.
Tambah beliau, pemimpin yang mampu mendominasi tampuk kepimpinan negara juga tidak boleh mementingkan diri semata-mata.
"Jika pemimpin negara pentingkan diri, bagaimana mahu capai kemajuan negara?" katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menegaskan, PRU13 bakal menjadi cabaran terbesar kaum Melayu bagi memastikan Umno kekal menjadi parti pemerintah negara ini.
"Jika tiada perpaduan dalam parti, saya yakin Umno sendiri tidak mampu melakukan transformasi dalam negara kita," kata beliau yang turut bertindak sebagai ahli panel.
Beliau menambah, rakyat sendiri boleh menilai dan faham dengan realiti polemik politik masa kini bagi memastikan masa depan negara terjamin dengan memilih parti yang benar dalam PRU13.
Pemuda Gerakan 'pulau' AGM parti esok
29 September 2012
Langkah itu sebagai tanda bantahan terhadap badan induk parti itu yang sebelum ini dilihat telah meminggirkan pergerakan itu, kata Ketuanya Datuk Lim Si Pin.
Beliau berkata 'begitu banyak isu' dihadapi pergerakan itu ketika ini, menjadikan amat sukar bagi anggotanya yang berumur lebih 45 tahun, untuk menyertai perwakilan badan induk itu, sekali gus mewujudkan jurang antara barisan pemimpin utama parti dan anggota.
"Saya tidak salahkan mereka, mereka adalah hulubalang, hulubalang duduk bersama-sama perwakilan dalam badan induk. Sesetengah daripada mereka sudah berada di situ selama 30 atau 40 tahun. Oleh itu, sudah tiba masanya untuk mereka berundur dan biar orang muda pula memperjuangkan parti ke tahap lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan pergerakan itu di sini hari ini.
Sebelum ini, Lim berkata persidangan perwakilan nasional mempunyai dua perwakilan sayap Pemuda dari setiap negeri bagi sesi perbahasan.
Oleh yang demikian, beliau berharap dengan tindakan sedemikian diambil, perwakilan badan induk akan mengambil perhatian terhadap masalah itu dan segera menyelesaikannya.
"Ini adalah sebagai cara untuk berkata, sila ambil perhatian, kita perlu fikirkan secara serius mengenai masalah pengganti...jika kita tidak lakukannya, kita akan berdepan jurang besar antara barisan kepimpinan utama dan anggota pelapis," katanya. - Bernama
Gadis lesap bersama barang kemas ibu
29 September 2012
Gadis terbabit, Siti Saharah Abd Hamid, dikatakan keluar dari rumahnya di Kuala Lipis, Pahang pada 4 September lalu, dipercayai mengikut teman lelakinya yang baru dikenali berasal dari Kelantan.
Bapanya, Abdul Hamid Mahmood, 63, berkata, ketika keluar dari rumah, anaknya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan juga tidak memberitahu keluarga.
“Kami tidak pernah berselisih pendapat, malah dia (Siti Saharah) merupakan anak yang rapat dengan keluarga.
“Dia juga tidak pernah mempunyai teman lelaki namun selepas mengenali lelaki itu, dia mulai berubah, “katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Hamid berkata, buntu dengan perkara itu, dia cuba berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional bagi mengesan anaknya itu.
“Dari maklumat yang diperolehi, dipercayai anak saya berada di Kelantan dan mengikut lelaki yang baru dikenalinya itu yang berhajat melangsungkan perkahwinan dengan anak saya di Thailand.
“Saya risau dengan keadaan ini, kerana dia masih bersekolah dan kehilangannya, menjadi tanda tanya kami sekeluarga,” katanya.
Menurutnya lagi, isterinya, Jambi Hassan, 58, juga sudah kering air mata, mengenangkan nasib anaknya itu.
“Saya syak mungkin dia dipukau kerana anak saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini.
“Pernah saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun taliannya dimatikan dan gagal dihubungi sehingga kini,” katanya.
Abdul Hamid mengharapkan supaya sesiapa yang menemui anaknya, di sekitar Kelantan termasuk di Rantau Panjang atau sekitarnya supaya dapat menghubungi talian 017-9875300 atau Eqram di talian 017-9405369.
Kejutan lepas solat Subuh berjemaah
29 September 2012
Mereka mengesyaki kediaman dimasuki pencuri selepas mendapati kesan umpil pada pintu belakang.
Terkejut dengan keadaan itu, pesara guru terbabit kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati tunai RM3,000 dan barang kemas milik isterinya termasuk telefon bimbit lesap.
Lebih mendukacitakan, lebih 50 koleksi jam tangan pelbagai jenama yang disimpan sekian lama turut hilang, dipercayai dikebas pencuri yang memecah masuk rumah pesara berumur 59 tahun itu.
Sebelum kejadian, pasangan berkenaan dikatakan keluar rumah kira-kira jam 5.30 pagi untuk solat berjemaah di Masjid Pak Sabah sebelum pulang semula jam 6.50 pagi.
Pasangan yang tidak menduga bilik tidur turut digeledah kemudian membuat laporan polis pada jam 8.15 pagi.
Kerugian dianggarkan hampir RM100,000 apabila barantai emas, rantai tangan dan 20 cincin turut hilang.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Misteri kereta terbakar bergerak sendiri tanpa pemandu
29 September 2012
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, kereta jenis Toyota Corolla yang didakwa begerak tanpa pemandu dan dipakir di bahu jalan kawasan perumahan itu turut merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa di hadapannya.
Akibat pertembungan itu, kedua-dua kereta milik dua pekerja kakitangan pasar raya berhampiran taman perumahan berkenaan terbakar di bahagian hadapan enjin.
Pemilik kereta yang enggan dikenali mendakwa dia telah menarik brek tangan ketika meletakkan keretanya di kawasan itu selepas masuk semula bekerja kira-kira 2.10 petang.
Wanita berusia 48 tahun yang bekerja sebagai jurujual berkata sering meletakkan kenderaan di situ seperti kebanyakan kakitangan lain.
Ketua Operasi, Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Ayer Keroh, Musa Dora berkata, sebuah jentera membabitkan enam anggota bomba dan penyelamat bergegas lokasi kejadian.
“Api yang marak di bahagian hadapan kedua-dua kereta tersebut berjaya dikawal pada jam 2.51 dan padam sepenuhnya lima minit kemudian.
“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian dialami masih dalam siasatan. Bagaimanapun kebakaran tidak membabitkan kemala-ngan jiwa,” katanya.
Husni: Kita mampu bayar balik hutang, jangan bimbang
29 September 2012
Beliau berkata kerajaan membuat pinjaman berdasarkan kemampuannya untuk membayar balik pinjaman berkenaan.
"Kita mampu bayar balik. Tidak pernah di dalam sejarah (kita tidak bayar hutang).... sejak saya Ahli Parlimen, kita tidak pernah hadapi hutang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan pembangkang bahawa Belanjawan 2013 yang dibentangkan semalam tidak mengambi kira situasi ekonomi dengan hutang negara yang semakin meningkat.
Ahmad Husni berkata keupayaan membayar hutang itu bergantung kepada beberapa faktor termasuk jumlah dan tempoh bayaran pinjaman yang dibuat.
"Kalau kita buat pinjaman RM1 bilion dan tempoh bayarannya adalah 20 tahun, jumlah yang perlu dibayar adalah rendah berbanding bayaran dalam tempoh lima tahun," katanya.
Beliau berkata hutang negara ketika ini berada pada paras tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ahmad Husni menjelaskan pinjaman yang dibuat oleh kerajaan digunakan untuk tujuan pembangunan yang dapat menghasilkan kesan berganda bagi memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata kerajaan perlu meminjam bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan.
"Kita perlu meminjam. Jika tidak, kita tidak dapat melaksanakan sebarang pembangunan tetapi perlu dilakukan pada tahap keupayaan untuk membayar balik," katanya.
Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan semalam menyebut hutang kerajaan Persekutuan dijangka meningkat 10.1 peratus kepada RM502.4 bilion disebabkan pinjaman domestik yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pembiayaan.
Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada 53.7 peratus daripada KDNK tahun ini.- Bernama
LHDN: Individu pendapatan bercukai bawah RM5,000 bebas cukai
29 September 2012
Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.
"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hingga RM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum ini tujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasan cukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 dan pengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahun depan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.
Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.
Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi dan meningkat produktiviti.
Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di 23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.
Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalam Bajet 2013. - Bernama
Pro-Aspirasi, Pro-Mahasiswa dakwa menang di UM
29 September 2012
Keputusan rasmi dua kerusi, yang pengundiannya diadakan kerana jumlah undi yang diperoleh sama Selasa, diumumkan petang semalam.
UM merupakan antara pusat pengajian tinggi menyaksikan saingan sengit antara kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.
Pengerusi Pro-Aspirasi, Marwan Kahar Baharuddin berkata, Pro-Aspirasi memenangi pilihan raya kampus UM dengan menguasai 22 kerusi berbanding Pro-Mahasiswa 21 kerusi.
"Calon kami menang di kerusi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat iaitu Neo Yew Boon dengan perbezaan undi melebihi 30 undi (dalam pengundian semula semalam).
"Undi di Fakulti Pendidikan agak sengit apabila calon kami tewas dengan hanya tujuh undi kepada calon Pro-Mahasiswa," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Beliau mendakwa dua calon bebas yang memenangi pilihan raya kampus Selasa lalu mengambil pendirian memihak kepada Pro-Aspirasi.
"Sebelum ini kami memenangi 19 kerusi dan hari ini berjaya tawan satu kerusi. Termasuk dua kerusi bebas itu, menjadikan kami memenangi 22 kerusi," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Syis Abd Kadir ketika dihubungi pula mendakwa kemenangan sebenarnya memihak Pro-Mahasiswa selepas mereka memenangi 21 kerusi dan Pro-Aspirasi hanya memenangi 20 kerusi manakala baki lagi dua kerusi milik bebas.
"Kami menang di UM dengan beza satu kerusi dan dua kerusi lagi milik bebas dari Fakulti Undang-undang," katanya sambil menambah wakil bebas masih kekal bebas dan tidak menyatakan sokongan kepada sesiapa.
Bagaimanapun tafsiran dan pengakuan itu tidak akan menjejaskan 'Kabinet' MPP secara formal sebab universiti tidak mengiktiraf kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.
UM selesai mengadakan pengundian semula bagi kawasan fakulti jam 12 tengah hari semalam melibatkan dua kerusi di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.
UM memperuntukkan 43 kerusi bagi MPM dan pengundian dijalankan menggunakan sistem e-undi.
Selasa lalu, UM mengumumkan keputusan sementara pengundian di mana Pro-Mahasiswa mendakwa memenangi 20 kerusi manakala kumpulan Pro-Aspirasi meraih 19 kerusi dan dua kerusi dimenangi calon bebas serta baki dua kerusi lagi mendapat undi yang sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan