Ahad, 16 September 2012

LUCU...LAWAK ..TAK LUCAH LANGSUNG...SAPE YANG RUGI BESAR...SELAMA NI SAMA KAUT UNTUNG...KAYA RAYA...MEWAH SAKAN...KAYA SAKAN KRONI2...ALLAH TAHU SAPEKAH ORANG2 ITU...ORANG2 INI...SAPA YANG TAKSUB NI...BAGAIMANA TAKSUB DENGAN MUNGKAR

Klip filem hina Nabi disekat, tapi tidak menyeluruh
JAMILAH HAMZAH
16 September 2012
Innocence of Muslims
Sebahagian paparan skrin yang menunjukkan klip filem di YouTube tidak dapat diakses oleh pengguna di Malaysia.
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang tadi.
Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.

Penelitian Sinar Harian Online mendapati antara klip yang tidak boleh diakses ialah "Innocence of Muslims - Muhammad Movie - FULL HD".
Klip itu memaparkan mesej "This content is not available in your country due to a legal complaint" apabila cuba diakses sejak petang tadi.
Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan.

Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia.
Rais berkata, SKMM bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk mengambil langkah sesuai dan pencegahan menyekat kandungan video itu daripada boleh diakses di Malaysia.
Bilangan mereka yang akses kepada treler itu telah mencecah ratusan ribu sementara protes umat Islam merebak ke 20 negara setakat ini.
YouTube telah menyekat pengguna di Libya dan Mesir daripada akses kepada treler itu buat sementara waktu.
Bagaimanapun ia menegaskan tidak akan mengeluarkannya secara kekal kerana tidak melanggar garis panduan YouTube.
Justeru, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyekat treler filem itu secara berperingkat sejak petang tadi namun dalam masa yang sama, Sinar Harian Online juga mendapati treler filem sentiasa dimuat naik oleh pengunjung laman YouTube sepanjang hari dengan menggunkan judul yang hampir sama dengan filem asal.
Antara judul yang berkaitan filem masih belum disekat ialah Muhammad Movie Trailer - Innocence Of Muslims, Innocence of Muslims Trailer "Egypt Protest Movie, Sam Bacile Mohammad Trailer Egypt Protest Film dan Innocence of Muslims - Film That Provoked Libya Terror Attack.
Dalam pada itu, antara yang turut disekat ialah Full HD Innocence of Muslims, Full HD Muhammaad movie trailer, dan Full HD Muhammad Movie-Innocence of Muslims.
Kadet PTD maut, KSN arah henti aktiviti lasak

16 September 2012
KSN baru minta penjawat awam tingkatkan prestasi kerja
Datuk Seri Dr Ali Hamsa
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform.
Ini, katanya, berikutan insiden seorang kadet PTD, Aidy Hasmi Abu Hassan, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.
  
Beliau juga mengarahkan JPA dan Intan supaya menyiasat serta mengemukakan laporan berhubung kejadian itu.
  
"Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orang yang beriman," kata Ali melalui laman Facebooknya.
  
Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai Aidy Hasmi atau apa yang berlaku terhadap Allahyarham.
Dalam laporan terdahulu, Bernama melaporkan bahawa Aidy dari Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force
136, Pekan.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata mangsa, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang di Hospital Pekan.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang ketika mangsa dan 243 pegawai yang lain sedang menjalani latihan menyeberangi sungai di
sebatang tali air berdekatan Sungai Miang, dekat sini.
"Tiba-tiba mangsa terjatuh ke dalam air dan jurulatih kemudian menarik mangsa dari dalam air ke darat lalu terus memberi bantuan pernafasan kecemasan
(CPR) sebelum menghantar mangsa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas," katanya.
Yahya berkata, Allahyarham Aldy Hasmi dan peserta kursus yang lain sedang mengikuti latihan di kem tersebut dari 3 hingga 28 September ini.
Difahamkan mangsa, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, sedang mengikuti Diploma Pentadbiran Awam di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
"Mangsa juga telah menjalani ujian perubatan sebelum menjalani latihan tersebut," katanya.
Beliau turut dimaklumkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Jalan Sultanah, Alor Setar malam ini juga untuk urusan pengebumian.
Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali, berkata dia sempat menyaksikan saat Allahyarham Aldy Hasmi terjatuh ke dalam air ketika
latihan itu diadakan.
"Ketika dia jatuh, jurulatih memanggilnya tetapi dia tidak menyahut dan dengan segera jurulatih menariknya naik ke darat, tetapi mendapati mulut Aldy
Hasmi sudah berbuih," katanya.
Najib: Taksub politik halang sesetengah negeri untuk maju

16 September 2012
Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
BINTULU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktor tidak sehaluan dengan kerajaan pusat telah menyebabkan ada negeri di Malaysia tidak dapat mencapai kemajuan pesat berbanding negeri lain.
  
Perdana Menteri berkata kepimpinan negeri yang tidak berapa maju ini lebih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.
  
Berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 di sini malam ini, beliau berkata hubungan serta persefahaman yang baik dengan kerajaan pusat telah menjadi asas kepada Sabah dan Sarawak mencapai kemajuan yang membanggakan sejak kemerdekaan.
  
Katanya persetujuan oleh pemimpin terdahulu di kedua-dua negeri itu untuk menyertai 11 negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia pada 16 Sept 1963 telah menjadi asas kepada kejayaan hari ini.
  
"Saya fikir tidak ada seorang pun rakyat di Sarawak dan Sabah hari ini yang akan mengatakan mereka telah membuat kesilapan besar menyertai Malaysia, kata Najib di hadapan ribuan rakyat di tapak lama Lapangan Terbang Bintulu di sini.

Najib berkata sejak tercapainya kejayaan penubuhan Malaysia itu, rakyat dari ketiga-tiga wilayah negara ini telah saling berjuang untuk mempertahankan kedaulatannya.
  
"Ada rakyat kita dari Semenanjung Malaysia yang telah menitiskan darah mereka untuk mempertahankan Sabah dan Sarawak dan tidak kurang juga rakyat kita dari Sabah dan Sarawak yang terkorban demi mempertahankan Semenanjung Malaysia," katanya.
  
Menurutnya, pemimpin negara generasi di awal peringkat kemerdekaan telah berjaya menepati janji mereka untuk memastikan Malaysia akan terus kekal dan berdaulat, diikuti pemimpin di peringkat pengisian kemerdekaan yang telah menepati janji mereka supaya pembangunan berlaku di seluruh pelosok negara.
  
"Bagi pemimpin hari ini, janji kita adalah bahawa menjelang fajar 2020, bumi Malaysia ini akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata negeri ini tidak mampu untuk mencapai kemerdekaan bersendirian dalam tahun 1960-an berikutan keadaan politik dan keselamatan di rantau ini ketika itu.

Taib berkata rancangan penubuhan Malaysia itu telah disuarakan kepada beliau oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tidak mahu rakyat tempatan di Sabah dan Sarawak daripada terus dibelenggui penjajah.
  
"Kita juga mahu maju kerana kita tidak mahu terus ketinggalan dan kita melihat waktu itu hanya dengan menyertai Malaysia sahaja kita dapat mengubah nasib rakyat kita," katanya. - Bernama


Umno ambil berat isu simbah cat
Wartawan Sinar Harian
16 September 2012
Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat
Pasukan forensik menjalankan siasatan di pusat khidmat DAP Pulau Tikus.
Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat
Guan Eng melawat Wisma DAP yang disimbah cat.
BAYAN LEPAS - Umno Pulau Pinang memandang serius keadaan politik tidak sihat yang boleh mengakibatkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.
Insiden yang dimaksudkan kejadian simbah cat di trak pentas bergerak Barisan Nasional (BN), simbah cat di pejabat DAP Pulau Pinnag dan perbuatan khianat terhadap bas PKR, yang berlaku akhir-akhir ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, perbuatan tidak bermoral itu, seharusnya dihentikan segera di dalam politik di negara Malaysia, ia menonjolkan budaya tidak rasional.
“Umno Pulau Pinang mengutuk sesiapa sahaja terlibat dalam perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Tidak kira, individu dari kalangan penyokong parti memerintah, pembangkang atau pihak yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti.
“Saya minta  pihak polis menyiasat semua kes ini supaya tindakan sewajarnya diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Belilah Barangan Malaysia Zon Utara, di Dataran Queensbay, Bayan Lepas, di sini, semalam.
Ketika ditanya apakah faktor menyebabkan fenomena politik seumpama itu berlaku sejak kebelakangan ini.
Zainal Abidin berkata beliau tidak menolak dakwaan kemungkinan perasaan kebencian ditiupkan Kerajaan DAP di Pulau Pinang antara punca menyebabkan penyokong di sini bertindak dari luar batas untuk meluahkan tanda protes.
“Sebagai sebagai pemimpin politik (Ketua Menteri, Lim Guan Eng) beliau seharusnya lebih peka, berfikiran rasional dan tidak seharusnya menuipkan kebencian terhadap parti lawan setiap hari.
“Apabila kebencian itu ditiup setiap hari, ia menimbulkan perasaan kebencian rakyat kepada UMNO dan BN, pada  tahap melepasi batasan sehingga penyokong bertindak baling cat,” katanya.
Justeru itu, beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama pimpinan tertinggi politik menghentikan tindakan meniup sentimen kebencian mana-mana parti. Malah, mereka diminta untuk mengambil sikap lebih rasional bagi menceritakan kebaikan dan perancangan partinya kepada rakyat.
“Saya minta seeloknya semua parti politik di Malaysia untuk melalui satu keadaan tenang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, diadakan tidak lama lagi.
“Pemimpin politik dinasihatkan supaya memberikan tumpuan menceritakan polisi parti, matlamat  perjuangan, rancangan-rancangan demi kebaikan rakyat, bukannya bertindak meniup kebencian kepada mana-mana pihak yang boleh mengundang kemarahan dalam kalangan penyokong,” katanya.

BAGAIMANA DENGAN ISLAM...AMBIK BERAT....CONTOHNYA TUTUP AURAT DAN MAJLIS MUNGKAR DLL
Taib: Negara rugi besar jika BN kalah PRU13
Wartawan Sinar Harian
16 September 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SIBU -  Negara akan rugi besar sekiranya sebuah kerajaan yang baik pimpinan Barisan Nasional (BN) kehilangan kesinambungan pimpinan memandangkan gabungan itu menguruskan negara dengan sangat baik selama lebih 50 tahun.

Pandangan ini diberikan ketika negara menyambut Hari Malaysia dan spekulasi meningkat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat.

Dipetik Bernama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Malaysia tidak seharusnya ditadbir oleh kalangan yang kurang berpengalaman kerana ini hanya membawa ke arah kehancuran.
  
"Tiada pendatang baru dalam politik yang boleh melakukan keajaiban dan kemudiannya berkata mereka boleh berkhidmat dengan lebih baik lagi," katanya pada majlis pecah tanah universiti terbaru Sarawak iaitu Kolej Universiti Teknologi Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini hari ini.
  
"Barisan Nasional... mereka mempunyai pemimpin dan anggota berkualiti yang boleh membawa transformasi kepada negara ini.
  
"Najib, beliau sangat maklum tentang keperluan dan aspirasi negeri ini, memandangkan beliau seorang pengunjung yang kerap, sama ada ke pusat bandar atau luar bandar, sejak menerajui kepimpinan kerajaan persekutuan tiga tahun lepas," kata Taib.
  
Justeru, beliau berkata, masyarakat Sarawak sekali lagi perlu berdiri teguh di belakang kerajaan pimpinan Najib, untuk membolehkan negeri ini, yang semakin menghampiri pemodenan, mencapai aspirasi ini dengan jayanya.
  
Sementara itu, berucap pada majlis Hari Raya anjuran Dewan Undangan Negeri kawasan Nangka di Masjid An-Nur, yang turut dihdiri perdana menteri, Taib berkata:
  
"Rakyat berdepan perjuangan yang besar untuk mempertahankan kerajaan BN yang mempunyai komitmen dan sejarah dalam membawa kemajuan serta pembangunan di negeri ini."
  
Beliau berkata perjuangan itu menjadi semakin rumit saban hari, namun kerajaan BN mampu menanganinya, tambahan pula kepimpinannya telahpun membuktikan keupayaan dan kebolehan untuk menjadi semakin baik.
  
"Ayuh kita beri mandat yang paling besar kepada Najib untuk memimpin kerajaan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
  
"Mari kita bersatu padu mengundi kerajaan dan kepimpinan beliau serta menolak golongan yang hanya mahu membuat pelbagai janji," katanya.
Setiausaha Politik jawab fitnah terhadap MB Kedah
ROSLINDA HASHIM
16 September 2012
Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menjadi mangsa fitnah terbaru blogger pro-Umno, apabila dikatakan menyerahkan projek tanpa tender meneroka kawasan galian di Mukim Temin, Kubang Pasu, bernilai jutaan ringgit kepada syarikat kroni.
Difahamkan, surat daripada Perbadanan Menteri Besar Kedah kepada sebuah syarikat terbabit didedahkan secara meluas di laman-laman blog adalah bukti dakwaan itu.
Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, yang menafikan syarikat berkenaan adalah kroni Azizan dan mempunyai ikatan persaudaraan dengan pemilik syarikat terbabit.
Muhammad Sanusi berkata, galian kuarza ditemui di kawasan hutan oleh sebuah syarikat yang meneroka dan membawa penemuan itu kepada Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk mengadakan jalinan kerjasama.
Memandangkan kawasan berkenaan bukan tanah milik MBI, MBI menganugerahkan kepada syarikat terbabit untuk diusahakan.
“Satu perjanjian usahasama dimeterai antara MBI dan syarikat itu. Antara persetujuan permohonan hak milik tanah dan permit galian dibuat oleh MBI supaya tanah itu terus menjadi milik kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pelantikan operator untuk mengeluarkan quartz  bawah urusan syarikat terbabit,”  katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Azizan mengakui mengenali pemilik syarikat itu tetapi tiada pertalian darah.
“MB jelaskan di semua syarikat kita ada kumpulan pengurusan profesional yang uruskan kerja, kalau semua MB buat, mereka nak buat apa?,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, Azizan turut dimaklumkan mengenai dakwaan blogger Umno bahawa kroni Azizan mendapat balak bernilai jutaan ringgit atas tanah berkeluasan 200 ekar, bagi mencerahkan kawasan untuk tanaman nenas.
“Berdasarkan surat didedahkan blogger itu juga, MBI meminta deposit RM1 juta dan dikira sebagai hasil kepada MBI untuk kerja mencuci dan mengeluarkan sisa kayu di atas tanah seluas 200 ekar. Syarikat itu membayar lebih daripada itu sebab turut disyaratkan membangunkan infrastruktur seperti jalan, parit dan kolam air untuk tanaman nenas,” katanya.
Menurutnya, berbanding ketika Barisan Nasional (BN), setiap hektar kawasan pembalakan, Kerajaan Negeri cuma memperoleh RM1,000 bagi hutan dara dan RM500 untuk kawasan sudah kerja.
“Sebagai perbandingan, bawah kerajaan Pakatan Rakyat, pembalakan tebang dan cuci untuk projek Ladang Sejahtera yang di tender Jabatan Perhutanan ialah RM11,000- RM12,000 sehektar. Dalam kes ini, harga ditetapkan MBI sudah melepasi harga tender yang pernah diberikan oleh Jabatan Perhutanan,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, surat yang didedahkan oleh blog terbabit adalah dokumen komunikasi antara dua syarikat yang menjalin usahasama untuk pengeluaran galian kuarza, di mana urusan berkaitan projek dibuat oleh pengurusan MBI tanpa campurtangan Menteri Besar.
“MBI bukan dikawal secara langsung oleh Menteri Besar seperti zaman BN. Struktur dan pengurusan MBI sekarang, bukan dikendalikan sewenang-wenangnya. Semua polisi dan keputusan dasar diputuskan dalam mesyuarat
Lembaga Penasihat dianggotai oleh wakil-wakil berautoriti dalam bidang pentadbiran, kewangan, undang-undang dan pelaburan,” katanya.
Menurutnya, Lembaga Penasihat MBI dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan seorang Exco Kerajaan Negeri,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, pemilik syarikat berkenaan bukan saudara atau kroni Azizan, kerana bertentangan dengan prinsip Menteri Besar iaitu 'melobi beliau atas alasan kawan lama, saudara, ahli atau pemimpin parti untuk mendapatkan projek adalah langkah untuk menempa kegagalan.'
“Pesan Azizan, berniagalah kerana kamu seorang peniaga, bukan kerana kamu kenal atau saudara kepada pemimpin, termasuk dirinya,” katanya, memetik kata-kata Azizan apabila diajukan dakwaan ini.
Muhammad Sanusi berkata, antara kriteria pemilihan tanah untuk dibangunkan MBI ialah kawasan yang sudah diceroboh dan diterokai secara haram oleh mana-mana pihak, untuk mengelak aktiviti penerokaan haram terus berleluasa.
Menurutnya, diharap penjelasan ini dapat melenyapkan fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Azizan, kerana Kerajaan Negeri sekarang telus dalam menjalankan pentadbirannya, dan bersedia disiasat jika disyaki melakukan penyelewengan.
Pengundi hantu: Selangor kaji cabar SPR di mahkamah
NURKHAIRINI JUMARI
16 September 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM –  Pendirian Pakatan Rakyat (PR) bahawa Selangor tidak akan menyertai negeri lain pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) jika diadakan tahun ini sebagaimana yang diumumkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu, bukan satu keputusan muktamad.
Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan , Haniza Talha berkata, pengumuman tersebut adalah pendirian PR yang merestui keputusan Kerajaan Negeri sebelum ini yang akan mengadakan pilihan raya berasingan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa gagal bertindak membersihkan daftar nama pemilih diragui.
Haniza berkata, dalam isu ini keputusan Kerajaan Negeri mengadakan PRU13 serentak atau asing hanya terletak di tangan SPR.
Malah tegasnya, isu PRU13 berasingan tidak timbul sekiranya SPR bersungguh- sungguh membersihkan senarai nama daftar pemilih yang meningkat mendadak.
“Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan,  namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

 “Jika SPR sudah bertindak segera barulah Kerajaan Negeri akan mengumumkan keputusan muktamad sama ada akan mengadakan PRU13 serentak atau sebaliknya. Itu kuasa Kerajaan Negeri ,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR Selangor berkata, sehingga kini Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti lebih kurang 1,000 nama pengundi diragui di negeri ini hasil siasatan akar umbi dalam Kempen Selangorku Bersih yang dijalankan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan membawa isu tersebut ke Mahkamah dalam masa terdekat untuk mencabar SPR.

“(Seramai) 1,000 nama pengundi diragui telah dikenal pasti dan ada sejumlah besar nama yang diragui sedang disiasat.
“Kita akan bawa isu pengundi diragui ini ke Mahkamah dalam masa terdekat untuk cabar SPR yang kononnya telus dan senarai nama pengundi adalah bersih,” katanya.
Menurutnya,  adalah umpama ‘menghulurkan leher untuk disembelih’ jika Kerajaan Negeri akur dengan keputusan Kerajaan Pusat mengadakan PRU13 serentak sedangkan senarai nama pemilih tidak dibersihkan terlebih dahulu.
Terdahulu,  pertambahan pengundi baru di Selangor  menjadi isu hangat sehingga Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Samad menetapkan pilihan raya peringkat negeri Selangor tidak akan diadakan selagi daftar pemilih ini tidak bersih walaupun Parlimen telah dibubarkan di peringkat pusat.
Rekod daftar pemilih terkini suku tahun ketiga 2011 menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar (6,049) , Hulu Selangor (15,481), Tanjong Karang (4,307), Kuala Selangor (10,083), Selayang (16,189), Gombak (15,467), Ampang (9,467), Pandan (13,175), Hulu Langat (23,334), Serdang (23,748), Puchong (19,772) dan Kelana Jaya seramai 13,714.
Dalam pada itu, di Petaling Jaya Selatan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara (5,603), Subang (27,765), Shah Alam (15,417), Kapar (21,606), Klang (11,702), Kota Raja (22,256), Kuala Langat (17,172) dan Sepang 14,627.
Phahrolrazi: Tiada komplot jatuh MB Kedah
ROSLINDA HASHIM
16 September 2012
Phahrolrazi: Tiada komplot jatuh MB Kedah
Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau individu yang didakwa membuat kenyataan kepada sebuah portal berita, berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu diganti sejak setahun lalu, ekoran masalah kesihatan.

Katanya, krisis yang mengaitkan dirinya bersama seorang lagi Exco, Dr Ismail Salleh dianggap selesai sejurus mereka akur keputusan Pas Pusat untuk kembali dalam barisan Exco, 5 Mac lalu.

“Saya andaikan ada pihak mahu memporak-perandakan semula Pas Kedah setelah krisis Exco selesai Mac lalu. Laporan portal berkenaan mungkin sengaja dibuat untuk cetuskan kekacauan dalam Pas Kedah,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka di rumahnya, di Taman Gunung Bayu, semalam.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor berkata, pihaknya kesal kerana namanya masih dikaitkan dengan komplot mahu menjatuhkan Azizan, meskipun krisis itu sudah lama berakhir.

“Isu ini sudah selesai apabila saya dan Dr Ismail terima semula jawatan Exco dan menyertai kerajaan untuk terajui Kedah. Ini bermakna kami memberi sokongan penuh terhadap Kerajaan Negeri dan kepimpinan Azizan. Jika tidak, macam mana nak duduk dalam barisan Exco, ini disiplin yang perlu ada pada setiap Exco,” katanya.

Phahrolrazi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan seorang pemimpin Pas Kedah, bahawa Azizan sepatutnya digantikan sebagai Menteri Besar sejak tahun lalu ekoran masalah kesihatan serius.

Kenyataan itu juga menyebut, beberapa pemimpin Pas Pusat, terutama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali kuat mempertahankan kedudukan Azizan, atas alasan mereka berkawan rapat.

“Mereka yang membuat syor supaya Azizan diganti akan dianggap sebagai pengkhianat. Tetapi politik sebegini tidak menguntungkan rakyat Kedah,” kata pemimpin itu lagi, dalam portal berkenaan.

Februari lalu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah pernah menafikan ada menubuhkan gerakan untuk menentang Azizan dan dakwaan enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Selain beliau turut dikaitkan Dr Ismail yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Mengulas perkara itu lagi, Phahrolrazi berkata, walaupun masih ada ‘mulut-mulut jahat’ yang melemparkan tohmahan terhadapnya konon mahu menjatuhkan Azizan, ekoran krisis Exco lalu, namun hakikatnya, beliau masih berpegang pada prinsip parti.

“Kita tidak layan tohmahan seperti itu, konon Pas Kedah berpuak-puak dan berlaku perpecahan serius. Kita ada prinsip iaitu berpegang pada Islam dan ajaran yang tidak melampaui batas. Walau berbeza pendapat tetapi tidak sehingga ke peringkat merugikan parti atau sampai mahu jatuhkan ketua. Itu bertentangan dengan Islam,” katanya.

Menurutnya, selagi khidmatnya diperlukan dalam Kerajaan Negeri, selagi itu beliau akan berpegang pada prinsip mempertahan kerajaan Pas Kedah, termasuk keputusan yang dibuat oleh negeri.

Mengulas sama ada Azizan masih layak mengekalkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah atau Menteri Besar, Phahrolrazi berkata, perkara itu bawah bidang kuasa Pas Pusat.

“Kedudukan Azizan sebagai Menteri Besar atau Pesuruhjaya Pas Negeri ditentukan Pas Pusat. Pas Kedah tidak boleh campur tangan,” katanya.
Bagaimana pun, Phahrolrazi berkata, sekiranya ada pemimpin Pas Kedah yang mahu Azizan digantikan, mereka perlu membuat cadangan terus kepada Pas Pusat untuk dibincangkan, bukannya Pas negeri.
Nik Aziz: Terbit filem hina Nabi Muhammad perbuatan tidak waras
ROHANA ISMAIL
16 September 2012
TUMPAT – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan individu yang menerbitkan filem ‘Innocence of Muslims’  yang menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang tidak waras.

Nik Aziz berkata, penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW  melalui penayangan filem tersebut seolah-olah manusia di muka bumi ini lebih mulia.

“Tidak masuk akal jika kita lebih mulia pada Nabi kerana Nabi dipilih oleh ALLAH sendiri.

 “Orang yang hina Nabi ini adalah orang yang berfikiran tidak betul,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia ke- 49 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, hari ini.

 Penerbitan filem berjudul ‘Innocence of Muslims’  membangkitkan kemarahan umat Islam dan seluruh pemimpin dunia mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

 Treler pendek berdurasi 13 minit yang tersebar melalui perkongsian Youtube itu melabelkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai penipu, kaki perempuan dan gila adalah bertentangan dengan peribadi sebenar nabi .
12 individu di sebalik filem hina Nabi dan Islam
Wartawan Sinar Harian
16 September 2012
Nakoula Basseley Nakoula
Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto ihsan
BEBERAPA individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia sehingga membawa kematian seorang duta Amerika Syarikat (AS).

Treler filem amatur yang berdurasi 13 minit itu dikenal pasti sebagai salah satu sebab di sebalik demonstrasi anti-AS di Timur Tengah yang membawa kepada kematian Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal  minggu lalu.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai pelakon watak filem berkenaan setakat ini:


Sam Bacile

Julai lalu, individu ini dilaporkan memuat naik treler filem ini di YouTube dengan menggunakan nama samaran ini.

Selasa lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile mengakui sebagai pembikin filem itu selepas bercakap kepada Associated Press (AP) dan Wall Street Journal (WSJ).

Bacile memperkenalkan dirinya sebagai pemaju hartanah yang berpangkalan di California, sama ada berusia 52 atau 56 tahun, mendakwa beliau merupakan penulis dan pengarah filem itu.

Sebelum ini, dia memberitahu pemberita AP dan WSJ di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Bacile turut mengakui sebagai rakyat Amerika Israel telah menghasilkan filem dua jam ini tahun lalu di California dan pembiayaan untuk filem bernilau AS$5 juta (RM15.2 juta) ini datangnya daripada 100 penderma Yahudi.

Berdasarkan laporan awam oleh TIME dan beberapa carian lain, tidak ada sebarang maklumat mengenai individu yang bernama Sam Bacile Sam di California, yang kemudiannya membawa kepada kesimpulan bahawa nama itu adalah nama samaran.

Sementara itu, Kerajaan Israel turut menafikan mempunyai rekod Bacile sebagai seorang warganegara.

"Lelaki ini benar-benar tanpa nama. Pada ketika ini, tiada siapa yang boleh mengesahkan dia memegang kerakyatan Israel, dan walaupun dia, kita tidak terlibat, " jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor kepada CNN.

Filem ini menunjukkan pencabulan kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila menggambarkan perlakuan seks Baginda.

Umat ​​Islam percaya, adalah tidak boleh untuk menggambarkan Nabi Muhammad SAW dengan mana-mana keadaan, terutama perkara-perkara yang menghinakan.

(Pada tahun 2005, sebuah akhbar Denmark menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan rusuhan di banyak negara-negara Timur Tengah.)

Treler filem mula mendapat tentangan di Timur Tengah minggu lalu selepas Bacile memuat naik ke akaun YouTube dalam terjemahan bahasa Arab.


Nakoula Basseley Nakoula

Khamis lalu, pegawai penguat kuasa undang-undang telah mengesahkan Nakoula sebagai orang di sebalik pembikinan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Dia mula dijejaki AP Rabu lalu berada di rumahnya di Los Angeles di mana laporan sebelum ini mengatakan dia memperkenalkan dirinya sebagai Nakoula.

Apabila AP meminta untuk melihat lesen memandunya untuk pengesahan, Nakoula kemudiannya menunjukkan ibu jarinya pada nama tengah beliau, Basseley – signifikan dengan nama samaran Bacile.

Dalam temu bual itu, Nakoula menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan atau mengenali Bacile dan dia hanya mengakui menyediakan logistik untuk filem itu.

Sebelum ini, seorang wartawan AP mendapati nombor telefon bimbit yang digunakan oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Bacile mendaftar di alamat berkenaan.

Menurut kertas laporan mahkamah persekutuan, nama lain yang digunakannya termasuklah Nicola Bacily dan Erwin Salameh. Ada pada satu ketika, dia menggunakan nama Abanob sebagai nama pertama.

Salah seorang pelakon yang bekerja dalam filem itu memberitahu sebuah organisasi portal berita, BuzzFeed, ceknya telah ditandatangani dengan nama itu.

Ia agak mungkin nama anaknya, ataupun dia menggunakan nama Nakoula untuk menutup identiti sebenarnya.

Terdahulu, Nakoula juga dilaporkan mempunyai sejarah dengan undang-undang.

Menurut peguam persekutuan, dia telah terlibat dalam skim penipuan dengan menubuhkan akaun bank palsu yang menggunakan nombor Keselamatan Sosial yang dicuri.

Beliau kemudian akan mengeluarkan wang dari akaun dan memindahkan ia ke akaun palsu lain.

Pada 2010, dia telah didakwa atas tuduhan menipu bank dan diperintahkan membayar AS$790,000 (RM2.4 juta).

Dia dijatuhi hukuman 21 bulan di penjara persekutuan dan diharamkan daripada menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun.

Laporan The Daily Beast kelmarin menyebut Nakoula sebelum ini pernah ditangkap pada tahun 1997 dan didakwa dengan niat untuk mengeluarkan wang haram. Selepas mengaku bersalah, beliau dipenjarakan setahun di Los Angelas.


Steve Klein

Klein mendakwa bahawa dia adalah perunding skrip filem Innocence of Muslims dan dia tidak tahu nama sebenar Bacile, tetapi dia telah diminta oleh pembikin filem misteri itu untuk membantunya dalam membuat filem.

Namun, sebab utama Klein digugurkan dari filem itu juga masih tidak jelas dan kemungkinan disebabkan oleh hubungannya dengan kumpulan pelampau Kristian di selatan California.

Menyifatkan dirinya sebagai veteran Vietnam, Klein merupakan pengasaskan Kesatuan Kesetiaan Kristian, anti-Mormon, anti-Islam dan organisasi saksi anti-Jehovah pada tahun 1977.


Cindy Lee Garcia

Seorang pelakon dari Bakersfield, California, yang mempunyai peranan kecil dalam filem itu, Garcia memberitahu Gawker bahawa skrip yang diberikan kepadanya dan pelakon lain adalah untuk filem yang dipanggil ‘Desert Warrior’.

Katanya, sebelum penggambaran bermula, tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan menjadi sebuah filem seperti ini - skrip tidak pernah menyebut Nabi Muhammad SAW atau lain-lain perkara mengenai agama Islam semasa pasca penerbitan.

Nama watak utama dalam skrip asal ialah Master George dan bukannya Nabi Muhammad SAW manakala Garcia memainkan watak seorang wanita muda yang diserahkan oleh ibunya kepada Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin.

"Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan mengenai muslihat filem ini.

"Sekarang, seseorang telah mati kerana filem ini yang saya juga adalah salah seorang daripada pelakonnya.  Ia membuatkan saya sakit," katanya kepada Gawker.

Menurut Garcia, berdasarkan makluman awal yang diterimanya, Desert Warrior, digambarkan sebagai sebuah drama sejarah padang pasir yang terletak di Timur Tengah dan bakal diarahkan oleh Alan Roberts.

Filem yang membabitkan 59 pelakon dan kira-kira 45 orang petugas di belakang kamera itu juga dijadualkan ditayangkan pada minggu ketiga bulan Ogos 2011, di Los Angeles.

Pelakon yang menerima tawaran itu juga masih tidak menerima bayaran.

Garcia turut memberitahu Gawker bahawa dia telah bertemu Nakoula di set penggambaran; Nakoula mengakui dirinya berasal dari Mesir, bukannya Israel.

Katanya, lelaki berambut putih itu fasih berbahasa Arab dengan beberapa orang yang berkaitkan dengan filem itu.

"Beliau kelihatan tenang. Dia hanya duduk di sana dan hanya memberitahu krew perkara tertentu yang perlu dibuat," katanya.


Tim Dax

Seorang lagi pelakon ‘Innocence of Muslims’, Dax mudah dikenali kerana keseluruhan kepalanya yang botak itu dipenuhi.

Melalui blog Joe My God, dia mengakui seronok berlakon dalam filem itu tetapi mengakui dia juga telah ditipu - dia berkata, terpilih untuk membintangi filem bertajuk ‘Desert Storm’ dan wataknya adalah berbeza sama sekali dari apa yang telah muncul dalam treler YouTube.

"Watak saya dipanggil Sampson di atas kertas dan saya akan mendapat skrip setiap hari apabila tiba di set.

“Kami tidak pernah menerima skrip penuh atau dialog pengucapan sebelum penggambaran.

“Banyak persoalan yang timbul mengenai skrip dan dialog. Penerbitnya, Sam yang saya pasti bukan orang Mesir itu sentiasa meminta kami hanya fokus terhadap lakonan jika ditanya mengenai skrip,” katanya yang digambarkan sebagai pelakon gay dalam filem itu melalui e-emel yang ditulis kepada blog terbabit.

Dia menambah, suara yang dialih suara juga sudah diubah dan suara itu bukan miliknya.


Alan Roberts

Disenaraikan sebagai pengarah, Alan Roberts mungkin atau tidak hanya sebagai  nama samaran. Tetapi tumpuan telah beralih kepada Roberts selepas Nakoula - dianggap orang yang sama sebagai Sam Bacile yang enggan mengakui sebagai pengarah filem penuh kontroversi itu.

Ketika diwawancara Gawker, Eric Moers mengaku telah diupah petugas grip dan juruelektrik untuk filem Desert Warrior.

"Alan bekerja di bawah Sam," katanya.

"Tetapi Alan mengarah filem, terdapat ada soalan tentang hal itu," katanya.

Kedua-dua Moers dan Dax menyifatkan pengarah filem itu sebagai lelaki berbangsa Inggeris putih dan berusia 50-an.

Menurut laman web ini, Roberts telah mengarahkan sembilan filem, termasuk filem pada 1994,  Save Me.


Terry Jones

Terdahulu, dunia Islam digemparkan dengan tindakan membakar al-Quran, Jones telah mengetuai Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida.

Dia dikenali kerana anti-Islam dan penyokong filem Innocence of Muslims walaupun tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia adalah penyalur kewangan pembikinan filem itu.

Jones, bagaimanapun, turut menonton treler filem itu, Selasa lalu sempena ulang tahun ke-11 serangan 11 September.

Dalam satu kenyataan kepada TIME, Jones berkata, "Kami telah dihubungi oleh pengeluar filem untuk membantu mengedarkan ia."


Morris Sadek

Seorang aktivis Kristian Koptik, Sadek memuat naik trailer filem itu di laman blog beliau.

Aktivis yang berasal dari Mesir yang berpangkalan di Washington memberitahu AP, dia memaparkan filem itu kerana ia ‘menerangkan’ masalah Kristian Koptik yang dihadapi dari umat Islam.

Sadek, sekutu Pastor Jones, telah merancang untuk menyebarkan mesej filem itu dan dipertanggungjawabkan membantu menyiarkan filem itu di stesen televisyen Mesir.

Sadek adalah seorang aktivis anti-Islam dan ahli utama Perhimpunan Kebangsaan Amerika Koptik.

Bercakap kepada Reuters, beliau menjelaskan matlamat dia dalam mempromosikan filem itu adalah untuk mengambil perhatian nasib orang-orang Kristian yang mencakupi 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Selepas dia mula mempromosikan klip itu di laman web beliau, Mesir mula merancang demonstrasi besar-besaran di kedutaan AS di Kaherah tetapi, protes menjadi lebih prolifik dan terkenal.


Jimmy Israel

Israel juga disebut dalam dokumen prapenerbitan.

Katanya, dia memang bekerja dalam filem itu untuk mencuba peranan kecil dalam filem ini tetapi akhirnya menetap untuk menjadi penerbit.

Beliau menjelaskan, dia adalah seorang bekas penulis lakon layar dan dia tidak menghabiskan masa lama untuk menghasilkan skrip filem Desert Warrior.

"Saya menyiapkan skrip ini hanya dua hari sahaja," katanya kepada BuzzFeed.

Katanya, kualiti filem itu tidak sepadan dengan jumlah wang yang dibelanjakan.

Tambah Israel, Bacile yang hanya pada nama sebagai pengarah tetapi telah membelanjakan wang sebanyak AS$5 juta (RM15.2 juta).


Vine Theater

Sebuah produksi filem kecil di Boulevard Hollywood, Vine dikatakan yang sepatutnya menayangkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW ; Innocence of Muslims pada akhir bulan Jun.

Seorang pekerja, yang tidak mahu dikenali memberitahu AP, ketika filem itu ditayangkan tidak ramai yang datang menonton.

Katanya, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sam telah meminta mereka untuk menayangkan ia.

Polis kemudiannya telah dihantar untuk memantau panggung itu.


John Walsh

Seorang blogger yang berpusat di Los Angeles, Walsh orang yang mencetuskan kebencian agama dalam filem itu.

Pada bulan Jun lalu, beberapa hari sebelum filem ditayangkan di Teater Vine, Walsh menyatakan dalam blognya tentang kebimbangan mengenai filem itu.


Sheik Khaled Abdalla

Seorang pengacara TV Mesir, Abdalla dilaporkan telah mencetuskan kemarahan ramai apabila dia menyiarkan klip treler filem itu.

Selepas beliau menunjukkan video itu pada 8 September  lalu, Wire Atlantik melaporkan jumlah rating di YouTube semakin meningkat.

Menurut Guardian, Abdalla dilaporkan telah mencetus kemarahan di kalangan penonton terutamanya yang beragama Islam.


* Dipetik dari portal newsfeed.time.com
Ahmad Zahid: Hampir semua masalah dalaman Umno selesai

16 September 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
ROMPIN - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hampir semua masalah dalaman yang dihadapi Umno di kesemua 222 kawasan Parlimen berjaya diselesaikan.
  
Beliau berkata kejayaan itu dicapai hasil kerjasama semua pucuk pimpinan parti yang diketuai Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang bagi menyelesaikan masalah dalaman itu.
  
Mengambil contoh di Perak, beliau berkata kekalahan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 adalah disebabkan masalah dalaman yang berlaku di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri.
  
"Sekarang hanya tinggal 10 peratus sahaja kawasan yang masih ada masalah dalaman...jangan nanti bila calon dah ditentukan oleh pemimpin, ada rasa tidak puas hati dan akan menimbulkan masalah baru pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini hari ini.
  
Dalam pada itu beliau menasihati anggota parti agar tidak berasa selesa dengan kedudukan Umno sekarang dan hanya melayan masalah dalaman sehingga mengabaikan akar umbi jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
  
"Jika ada perkara yang tidak puas hati perlu berbincang, perpaduan dalam parti adalah penting bagi memastikan kita dapat semula majoriti dua pertiga dan tawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang," katanya.
  
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) akan dibina di kawasan antara Rompin-Pekan, bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut. - Bernama

Like This Page · Yesterday

PRU 13 : Khairy Jamaluddin, Empat Yang Lain Digugurkan?

Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka d
igugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pengguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor. Tunggu ulasan selanjut.
— with Kim Jung Woo, Field Marshal Amd, Jebat Pembela, PeNdrive Kingston, Karipap Inti Basi, Ahmad Albad, Mahkota Taqwa, Hartini Mahamood, Vote Pakatan Rakyat, Belang Tarung Master, Rider Blacxx and Jeneral Yakuza Ogawa.

Tiada ulasan: