Jumaat, 28 September 2012

JET OH JET...BANJIR OH BANJIR...AIR OH AIR...TIPU OH TIPU...BODEK OH BODEK...MUKA TAK MALU OH MUKA TAK MALU...HUDUD OH HUDUD

Kenapa PM kerap lawat DUN Paroi, Ampangan, Sikamat?
Posted on Thursday, September 27 @ 17:11:54 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Selamat datang Datuk Seri Najib, Pengerusi Barisan Nasional Malaysia serta rombongan ke DUN Paroi, DUN Ampangan dan DUN Sikamat pada 29 Sept. 2012 nanti. Saya kira ini adalah lawatan rasmi beliau yang ke 4 pada tahun ini di kawasan kita. Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri juga telah melawat sekitar Paroi dan Ampangan. Harap penduduk di DUN lain tidak cemburu dengan kedatangan PM, TPM dan Menteri Kabinet yang kerap ke DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat.

PENDUDUK TAK SABAR 

27 Sep 2012 - Penduduk Paroi dan Bandar Baru Ampangan, termasuk golongan peladang di negeri ini berbesar hati dan amat teruja dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkunjung ke kawasan itu sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD), Sabtu ini.
 
3 Ogos 2012 - Lebih 10,000 umat Islam menyertai majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini semalam. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira pukul 6.15 petang dengan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin.
 
29 Julai 2012 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu dapat dilihat daripada 1,538 laporan jenayah yang dihantar ahli Rakan Cop menerusi khidmat pesanan ringkas sepanjang bulan ini, sebanyak 1,013 telah diambil tindakan. ''Sumbangan ahli-ahli Rakan Cop amat penting dalam usaha menangani jenayah," katanya kepada pemberita semasa mengadakan tinjauan mesra di kawasan perumahan Taman Jasmin, Senawang di sini hari ini.
 
23 Mac 2012 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya untuk menemui penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat, dekat sini sempena lawatan kerja sehari pemimpin negara itu ke negeri ini, esok.
 
10 Feb. 2012 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi sambutan meriah ketika tiba di Masjid Sikamat dekat sini untuk menunaikan solat Jumaat hari ini. erdahulu, Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis makan tengah hari bersama lebih 400 tetamu.
 
15 Okt 2011 - Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa prihatin akan masalah rakyat dengan merangka pelbagai program demi manfaat mereka tetapi pembangkang sentiasa suka mencari kesalahan kerajaan. "Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi kerajaan sedangkan pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak pernah menunaikannya, katanya semasa berucap di hadapan 10,000 penduduk dan peniaga selepas meninjau kawasan pasar Ampangan dan sekitarnya di sini, hari ini.



Ceramah Mega Sempena Konvoi Royalti Ke PutraJaya
Posted on Thursday, September 27 @ 17:12:03 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori



 

Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b
Posted on Thursday, September 27 @ 16:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaOleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR 26 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan mata wang asing atau forex seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen Isnin lalu.

Tuntutan itu antara kandungan memorandum yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kepada BNM, hari ini

“Secara rasmi kami serah memorandum ini kepada Gabenor BNM melalui Pengarah Strateginya menuntut BNM mendedahkan siapa yang mengarahkan Tan Sri Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang Malaysia,” kata Shamsul

BNM juga dituntut menjelaskan berhubung penyelewengan mata wang secara besar-besaran.
“Adakah berlakunya penyelewengan mata wang secara besar-besaran dengan penglibatan atau sebarang campur tangan atau penyembunyian fakta dan aktiviti pertukaran perdagangan pasaran asing yang akhirnya menyebabkan Tan Sri Jaafar meletakkan jawatan,” kata Shamsul.
Katanya, dengan pendedahan dan penjelasan berhubung penyelewengan itu dapat membersihkan nama Anwar yang sengaja dikaitkan dengan kerugian wang tersebut padahal beliau waktu itu masih belum dilantik Menteri Kewangan.
“Ini bagi membersihkan nama baik Ketua Pembangkang selaku Menteri Kewangan (1991-1998) sebelum dipecat pada 1998, kononnya terlibat dan bertanggungjawab dengan aktiviti penukaran mata wang asing sehingga menyebabkan kerugian.
“Padahal kerugian itu dilakukan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (1984-1991) atas restu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah seksyen forex seliaan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang kini menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyelia Unit Perancangan Ekonomi,” katanya.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan arahan diberikan kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein untuk mengundurkan diri ekoran krisis kerugian RM30 bilion akibat urusniaga pertukaran asing pada 1992.
Kata Anwar, meskipun menyebabkan kerugian, Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu mempertahankan skandal berkenaan.
Anwar juga menegaskan bahawa individu utama dalam kes tersebut ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai Jabatan Perdagangan Mata Wang di Bank Negara ketika itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36933



PRK UPSI : HEP Jadi Alat UMNO
Posted on Thursday, September 27 @ 16:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: umnopenipu

"Lanskap  perjuangan mahasiswa telah berubah khususnya bagi Universiti Perguruan Sultan Idris yang sebelum ini tidak pernah kedengaran perjuangan pelajarnya. Adam Adli telah memecahkan ruyung dengan tindakan beraninya menurunkan bendera  ‘wali agung’ UMNO yang bernama Najib. Sebelum merdeka dahulu, peranan guru amat menonjol  dalam member kesedaran kepada rakyat tentang kebobrokan penjajah British. Adakah UPSI dalam proses menjernihkan semula perjuangan kelompok guru yang sudah hampir lumpuh sejak 1970an lagi.

Melihat perkembangan yang tidak menyebelahi mereka, UMNO dengan segera memperkasakan arahannya kepada pihak pentadbiran UPSI (dan juga university-universiti yang lain) agar mengambil langkah bagi memastikan pengaruh anti UMNO tidak merebak. UMNO telah menjadikan alat para pentadbir yang tidak ada hati budi dan daya inteleknya rendah untuk kerja-kerja jahat mereka ini.

Sebagaimana mereka memperkudakan SPR, HEP telah dikerah untuk mensabotaj dan memanipulasikan PRK UPSI yang telah diadakan pada 25hb baru-baru ini. Semasa hari pencalonan pada 21hb September 2012, Sekretariat Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (SPMPP) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar telah dengan angkuhnya menolak pendaftaran 6 orang calon MPP (dari kalangan bukan penyokong UMNO)  dari 11 nama yang dikemukakan. Hanya 5 nama yang dilayakkan untuk bertanding. Bagi mengelabui mata awam, HEP berlakon pula dengan menolak  pencalonan 1 orang calon (dari 19 orang)  MPP dari kelompok ‘hamba UMNO’ kononnya untuk menyerlahkan ‘keadilan’ mereka.
Sebagaimana taktik yang digunapakai SPR, SPMPP telah mencipta peraturan PRK secara tiba-tiba iaitu mewajibkan calon menyertakan manifesto dalam borang pencalonan mereka. Peraturan tiba-tiba ini telah menjadi alasan mereka untuk menolak pencalonan calon yang tidak pro kepada UMNO sedangkan  manual di dalam CD (Compact Disc) yang dibekalkan mereka TIDAK menyatakan peraturan sedemikian. Pihak penyokong mempunyai bukti rakaman percakapan pihak HEP/SPMPP yang menyebut tentang peraturan ‘mee segera’ ini.
Sebagaimana yang dijangka, sudah tentu kumpulan ‘hamba abdi’ UMNO memenangi PRK UPSI dan mereka berbangga dengannya. Jelas, UMNO telah menjadi seluruh jentera kerajaan bagi memastikan mereka terus berada di ambang kekuasaan agar projek menjarah harta negara dan program pembahalolan rakyat dapat diteruskan. Kita mengharapkan semua pihak sedar dan lebih bersemangat untuk melenyapkan UMNO dan menyelamatkan  bumi Malaysia ini dari diranapkan oleh mereka.



Amaran Dari Rakyat Kedah Jangan Ada Sapa Nak Perjatuh MB Kedah
Posted on Thursday, September 27 @ 15:50:02 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh A Azman 

Sebuah rumah diterbangkan bumbung dalam ribut semalam. MB kenai tuan rumah ni... Aku pun hairan mcm mana MB boleh kenai hampir semua org dalam dun ni..ni kampung saya. 18 tahun saya jadi wakil rakyat kawasan ni" jawab MB.. Kesimpulannya, sepatutnya wakil rakyat kena buat macam MB.


Kenapa TUN M Kata Mereka Syaitan Dikenali? Gambar INI Jawapannya....
Posted on Thursday, September 27 @ 14:46:30 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber NaimNikmat

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/557097_475129305853682_1029407399_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/557097_475129305853682_1029407399_n.jpgJangan pelik.. di Negara kita Malaysia.. ada rakyat yang mempunyai nama hanya dengan tanda ( ' ) sahaja... Dan sebab inilah puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil serta pembersihan daftar pemilih... KALAU DOK MAIN KOTOR.. BUKAN UMNO NAMANYA!!

Sila ikut arahan dibawah....

1 - KLIK link ini : http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

2 - Taipkan no kad pengenalan ini : 781220135703

3- Saksikan lawak antarabangsa SPR......... 


Mengundi UMNO itu bukan Wajib Hukumnya!(bah 1)
Posted on Thursday, September 27 @ 14:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh SAKMONGKOL AK47

Rakyat sudah bertanya, kenapa kita mesti mengundi UMNO? Ye- kenapa mesti ? why at all? adakah orang Melayu akan mati jika tidak menyokong UMNO?

UMNO guna 3 isiu- bangsa, agama, raja Melayu. Bangsa Melayu akan terancam jika UMNO kalah. Agama Islam akan tergugat jika UMNO jalah, dan Raja Melayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan.

ayu juga akan musnah jika PR jadi kerajaan. 
Jika UMNO bercakap kepada rakyat bodoh, mungkin pembohongan mereka akan berjaya. Jika semua orang baca Utusan Malaysia sahaja dan tonton TV3 sahaja, mungkin juga penipuan mereka akan berjaya.
Tapi ini zaman, rakyat yang bijak. rakyat terdedah kepada internet. Mereka baca harakah, Roket dan Suara Keadilan. Orang tak baca Straits Times yang tidak ada kredibiliti. Orang tak baca Utusan Malaysia atau Berita Hairan yang jadi saluran propaganda murahan UMNO.
Zaman ini, rakyat ada pilihan. Dan essence atau pati amalan demokrasi ialah kebebasan membuat pilihan.  Demokrasi sebenarnya adalah kaedah yang rakyat boleh pilih untuk menyekat konsentrasi kuasa. Kerana bila konsentrasi kuasa berlaku, rakyat di sombongi, di picit, ramas dan kena tindas.
Itu sebab ada suara alternative yang berani dan lantang. Kerana keberanian dan kelantangan menghasilkan lapuran dan pencabaran merupakan senjata terbaik yang rakyat ada untuk melawan konsentrasi kuasa.
Apa pasal orang tak baca akhbar arus perdana? Kerana akhbar2 arus perdana mengamalkan mediakrasi – yakni propaganda yang bertopengkan objektiviti kewartawanan. Ya- mereka mahu tawan minda orang Melayu melalui propaganda murahan.  Dan pendukong propaganda murahan ini adalah pelacurwartawan murahan yang puji memuji antara satu sama lain tentang kehebatan mereka!
Kini rakyat sedar bahawa mediakrasi mewakili jiwa pengecut dan kekomanan. Mediakrasi menyokong kejahatan dan salahlaku.
Apa yang berlaku dalam zaman rakyat bijak hari ini? Anak2 mereka pergi ke kolej dan university dan balik rumah beritahu ibu bapa apa yang terjadi. Rakyat setuju bahawa UMNO guna segala tipu helah ini kerana kedudukan mereka dan bukan orang Melayu yang terancam.
Mari kita musnahkan tahyul yang dijaja oleh UMNO.
Masa depan Melayu. Rakyat Kelantan sudah membuktikan mereka terus hidup tanpa UMNO jadi kerajaan. Tidak ada orang Melayu mati bila  DAP memerintah Penang. Kenapa baru sekarang UMNO sedar KM Pulau Pinang itu seorang Cina, sedangkan sejak dari Perikatan sehingga BN tewas tahun 2008, semua KM Pulau Pinang adalah orang Cina. Ada kita tengok orang Melayu mati apabila PAS memerintah Kedah? Ada kita tengok orang Melayu bergelimpangan mati bila PR memerintah Selangor? ada kita tengok Raja2 Melayu dihina dan diaibkan dalam negeri2 yang di perintah PR? 
Apa pengajaran yang rakyat lihat bila PR memerintah Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor? semua rakyat boleh lihat bahawa mereka boleh ada masa depan yang lebih baik dari apa yang UMNO janjikan. Dan janji Pekatan Rakyat didasari oleh rekod baik mereka, manakala janji Najib dan UMNO dicemari oleh pencabulan dan kejahatan keatas rakyat. Jadi Najib akhirnya hanya boleh buat janji yang rakyat tidak percaya dan hanya mampu menunjukkan jari telunjuk ke udara? Dato Seri- satu jari sahaja cukup ke?
Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Sayang nya penyebab Melayu jadi cair dan lunyai ialah angkara Dr Mahathir sendiri. Dr Mahathir tidak percaya kepada orang Melayu. Sebab itu dia lakukan persempadanan dan dilute konsentrasi pengundi Melayu. Siapa yang dia bawa untuk mencairkan konsentrasi orang Melayu? Orang Cina dan India. Konsentrasi Melayu dipecah pecahkan. Jadi kepaduan Melayu jadi cair. Arkitek kepada pencairan ini ialah Dr Mahathir dan hari ini, penyebab luntur nya orang Melayu mahu bercakap mengenai perpaduan orang Melayu?
Kebenaran nya ialah orang Melayu mahu bersatu dibawah PR terutama PAS. Mereka tidak mahukan UMNO, parti syaitan yang bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa. Zaman dimana pemimpin Melayu berkerja dengan penuh dedikasi untuk mencapai seruan hari ini diganti dengan gerombolan pemimpin yang mengejar kepentingan peribadi dan keluarga. Setiap pemimpin UMNO yang berkuasa adalah korap dan rasuah. Mengapa orang Melayu mesti menyokong mereka? 
Jadi apa yang dirisaukan oleh orang Melayu kalau UMNO dibuang? Masa depan orang Melayu lebih terbela dibawah PAS dan PR daripada duduk dibawah UMNO. UMNO memperjuangkan orang Melayu yang istimewa dan terpilih.

Imej Najib Terus Merosot. Rakyat yakin Pakatan boleh mengambil alih Putrajaya
Posted on Thursday, September 27 @ 14:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: setisab

"umno penipu

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merosot lagi 3 peratusan mata, daripada 61 kepada 58 peratus, bulan ini berbanding beberapa bulan lalu.
Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) membandingkan populariti Datuk Seri Najib dari 31 Mac hingga 15 April lalu dengan tempoh 1 hingga 16 September lalu.


Perkara yang dinilai UMCEDEL termasuk sifat mesra rakyat, kewibawaan pentadbiran, kecekapan pengurusan ekonomi, keperibadian terhormat dan imej di peringkatantarabangsa.

Begitu juga, terdapat penurunan sambutan terhadap transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib, menurut tinjauan itu.

Secara keseluruhannya berlaku penurunan keyakinan bahawa parti itu akan terus menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Terdapat peningkatan bilangan orang yang percaya Pakatan Rakyat (PR) boleh mengambil alih Putrajaya, daripada 21 peratus kepada 30 peratus

Kaji selidik 'Trend Mengundi Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13' itu turut menunjukkan PR mungkin terus menang di Selangor dan Kedah.
  
Isu berkaitan NFC (National Feedlot Corporation Sdn Bhd), Lynas dan integriti pemimpin Umno/BN masih merupakan faktor yang boleh menggugat sokongan pengundi kepada BN dalam PRU ke13, kata kaji selidik itu.

Selain itu, ada sokongan tinggi agar Datuk Seri Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kaji selidik itu melibatkan 1,536 responden Melayu, Cina dan India.

Sementara itu, bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim, berkata dalam wawancara bahawa PRU-13 bakal mendedahkan apakah majoriti orang Melayu sudah bersedia meninggalkan "jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno 55 tahun lalu" dan mencari jawapan lain bagi masalah-masalah yang mereka hadapi.

"Pilihan raya ini, lebih daripada sebelumnya, akan menunjukkan jika Melayu dan kaum Bumiputera sudah bersedia untuk meninggalkan jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno 55 tahun lalu. Pilihan raya ini akan menunjukkan jika mereka sudah bersedia untuk mempercayai diri.

"Untuk sekian lama, mereka memegang amanah tersirat dan memberikan sokongan mutlak terhadap pemimpin-pemimpin mereka," katanya.
melayu susah ke kalau umno tumbang?

Khutbah: Kemuliaan Islam
Posted on Thursday, September 27 @ 13:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: ustaznik

"umat terbaikSinopsis: Islam agama yang tinggi, tiada yang mengatasinya. Umat Islam terdahulu memahami perkara dan hakikat ini. Apabila mereka menganut Islam, mereka merasa mulia dengan Islam yang dianut. Kemuliaan dengan Islam menjadikan mereka juga umat yang mulia. Mulia akhlak, mulia peribadi, mulia tindakan. Kemuliaan umat Islam menjadikan mereka bermaruah dan ada harga diri, tidak boleh dikotak-katik oleh sesiapa. 

Kemuliaan mereka tidaklah bermakna mereka menindas yang lain, bahkan mereka membantu mereka yang tertindas. DSTG Presiden PAS berkhutbah pada 5 Zulqaedah 1433H (21 Sept 2012) dengan tajuk: Kemuliaan Islam (0)"

Kepercayaan UMNO adalah segala-galanya adalah pemikiran usang
Posted on Thursday, September 27 @ 11:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aspan Alias

Kenyataan Dr Mahathir terhadap apa yang beliau katakan sebagai ‘Melayu tidak berterima kasih’ dan ‘tidak bersyukur’ memberikan reaksi yang sangat besar terhadap kewibawaan BN dalam menghadapi PRU yang akan datang. Bagi Mahathir Melayu yang tidak menyokong UMNO itu adalah Melayu yang tidak bersyukur dan Melayu yang tidak berterima kasih.

Kenyataan Dr Mahathir itu telah memisahkan ramai Melayu di antara dua pihak yang bertentangan dengan lebih dalam lagi dan kata-kata Dr Mahathir itu sangat menyentuh ramai Melayu yang sedang dalam pencarian sekarang ini. Mengatakan Melayu tidak bersyukur dan tidak berterima kasih itu adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana adalah tidak wajar untuk menuduh Melayu yang betul-betul Melayu itu tidak bersyukur. Hanya orang Melayu yang benar-benar Melayu sahaja yang tahu isi hati orang Melayu sendiri.

Jika benar UMNO telah berjuang dan berusaha untuk menyatukan orang Melayu tidak akan berlaku perpecahan seperti yang kita alami sekarang ini. Enam puluh enam tahun mengaku sebagai parti yang menyatukan orang Melayu tetapi apa yang kita  sekarang ini hanya menunjukkan kegagalan UMNO untuk melakukannya. Bagi Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain bersatunya Melayu itu ada beberapa cara:

Pertamanya, Melayu mesti menyokong UMNO bulat-bulat dan jangan mengambil kira samada UMNO itu jujur atau tidak. Mereka menganggap Melayu mesti dipenjara dan diberi makan sikit-sikit untuk mengelak orang Melayu dari berfikir dan bertindak mengikut kehendak zaman dan waktunya. Kalau pemimpin rasuah ditabur benih-benih nilai yang membunuh orang Melayu sendiri seperti ada sesetengah Melayu yang berkata, “kalau Melayu rasuah itu Melayu, orang Melayu juga yang kaya. Apa yang hendak dicemburukan?”

Apa sahaja yang pemimpin mereka buat jangan dipersoalkan. Yang Melayu mesti lakukan ialah menyokong sahaja dan jangan berbuat apa-apa. Terima sahaja bantuan rakyat 1Malaysia (BRIM) dan bersyukurlah sampai mati. Terima sahaja bantuan dua batang gigi palsu dan terus mengundi UMNO sampai mati. Itu adalah sifat berterima kasih. Kalau tidak menyokong UMNO pulangkan balik gigi palsu itu kepada kerajaan.

Pemandu teksi diberikan empat tayar percuma dan dengan empat tayar percuma itu UMNO mesti disokong tanpa berbelah bagi. Apa yang pemimpin buat di atas jangan dipersoalkan kerana mereka dah dapat empat biji tayar. Banyak lagi pemberian kerajaan yang kecil-kecil ini diperguna untuk menambat jiwa dan hati orang Melayu dan di harap terus menyokong parti itu. Kalau tidak menyokong kononnya orang Melayu akan hilang di dunia ini, tetapi mereka tidak sedar perlakuan pimpinan kita akan membuatkan orang Melayu hilang dunianya.

Cara keduanya ialah dengan membina perasaan benci terhadap bangsa bukan Melayu untuk dijadikan sebagai fakta yang boleh menyatukan orang Melayu. Pakatan Rakyat jika memerintah akan menghilangkan kuasa Melayu dalam politik dan merendahkan martabat agama Islam. Isu ini dimainkan dengan begitu hebat di kampung-kampung dan desa-desa bagi menakutkan orang Melayu untuk memberikan sokongan kepada parti-parti selain dari UMNO.

UMNO itu adalah segala-galanya kepada orang Melayu. Tidak ada UMNO tidak akan selamat orang Melayu itu dunia akhirat. Itulah yang UMNO cuba tanamkan dipemikiran orang Melayu.  Itulah yang telah diyakini oleh orang Melayu sebegitu lama. Tetapi kepercayaan itu tidak lagi kekal dalam pemikiran orang Melayu kerana UMNO sendiri telah menunjukkan yang itu hanyalah satu mitos yang usang.

Janji UMNO untuk membina masyarakat bersatu padu sebagai matlamat yang ‘ultimate’ telah gagal samasekali malahan UMNO pula yang menyuntik perasaan curiga- mencurigai diantara kaum dan agama. Memperbaiki kedudukkan ekonomi orang Melayu juga merupakan satu yang dijanjikan oleh UMNO kepada rakyat tetapi orang Melayu tetap berada ditahap yang lama setelah UMNO melalaikan dasar-dasar yang telah terbentuk sebelum Mahathir mengambilalih kepimpinan. Hanya segelintir orang Melayu yang mendapat segala-galanya dan tidak payah kita ulangi acapkali.

UMNO tidak lagi mempunyai ‘attribute’ sebagai parti yang memerintah dengan sikapnya yang sama seperti parti-parti yang memulakan kejatuhan seperti yang kita lihat dimerata-rata negara didunia ini. UMNO menampakkan sangat rasa ‘desperado’nya untuk kekal berkuasa dan itu tidak lagi ada sifat seperti parti pemerintah yang ‘magnanimous’ yang berlaku adil kepada semua rakyat jelata. 

UMNO gagal untuk memperbaiki diri mereka. Mereka tidak tahu ‘priority’ dalam penyelesaian kemelut politik hari ini. Mereka gagal untuk mengakui bahawa yang paling utama untuk di selesaikan ialah imej dan stigma rasuah yang telah melekat begitu ketara kepada UMNO. Rakyat yang berfikir tahu jika rasuah tidak dapat dihapuskan tidak ada penyelesaian terhadap masalah mereka. Kita tahu jika kerajaan itu kerajaan rasuah tidak akan ada dan terjumpa lagi mereka (kerajaan) membuat keputusan dengan betul.  Rasuah itu adalah pembunuh kepada tamaddun manusia dan jika rasuah berluas-luasa, percayalah negara tidak akan menjadi betul lagi sampai bila-bila.

Dengan keadaan ini ‘mindset’ rakyat sudah berubah dan ianya telah memadamkan segala kerja baik yang terdahulu kerana politik ini berkisar kepada keadan terkini dan masa depan negara.

Jika ‘mindset’ Melayu sudah berubah maka perubahan sebanyak 5 peratus sudah mencukupi  untuk mengalih dan menganjakkan siapa yang akan memerintah negara selepas ini. Orang Melayu bukannya sesuka hati untuk menganjak dan mengalih atau mematahkan BN ini. Mereka bukan mematahkan semata-mata untuk mematahkan. Ianya bersebab dan penyebab ini telah wujud sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.

Pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang amat kritikal dan ia akan menentukan samada negara akan masih ditadbir oleh mereka yang tidak boleh dipercayai atau oleh mereka yang akan melakukan perubahan dalam segala-galanya semata-mata untuk menentukan Malaysia kekal sebagai negara yang mempunyai ‘consequence’ di mata masyarakat antarabangsa. Kaum bukan Melayu sudah menentukan sikap mereka. Jika ada perubahan sebanyak 5 peratus dikalangan orang Melayu maka UMNO wajar menerima kenyataan yang sekarang adalah giliran mereka untuk duduk di kerusi pembangkang.

Inilah yang membuatkan Dr Mahathir bercakap tidak berhenti-henti untuk menyelamatkan kuasa yang berada di tangan BN pada masa ini. Segala kritikan beliau terhadap orang Melayu sekarang ini adalah kritikan kepada dirinya sendiri. Kekuatan yang bertambah yang dibentuk oleh pihak pembangkang sekarang telah diperkuatkan lagi oleh Mahathir sendiri.

Kata-kata Dr Mahathir kini merupakan kata-kata yang ‘counter productive’ bagi UMNO dan BN. Lagi banyak Dr Mahathir bercakap lebih mudah lagilah Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjalanan ke Putrajaya itu. Orang Melayu mempunyai ‘alternative’ yang banyak, di antaranya PAS akan menjadi pilihan kepada perjuangan orang Melayu bersama dengan Islamnya dan DAP pula telah mengakui yang mereka (DAP) bahawa orang Melayu merupakan tonggak kepada politik dan siasah orang Melayu.

Tiada parti yang selamat tanpa sokongan orang Melayu dan itulah juga sebabnya UMNO merasa tidak selamat kerana kehilangan sokongan Melayu yang agak mendadak sekarang ini.

Sesungguhnya UMNO sedang menghadapi masalah yang tidak dapat digambarkan besarnya dengan kata-kata. UMNO bermasalah dan akan terus bermasalah….. Jika sesebuah parti menghadapi masalah yang besar ia akan meruntuhkan lagi keyakinan rakyat yang akan mengundi.

Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi!
Posted on Thursday, September 27 @ 10:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: lipasmalas

"
SATU lagipenipuan pilihanraya terbongkarkali ini di Negeri Sabah. Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat mengundi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengantawaran upah RM200terbongkar.

Difahamkan para pengundi (kecuali kaum Tiong Hua) bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) ditawarkan bayaran RM200 untuk menukar tempat mengundi ke kawasan DUN Api-Api.

Kegiatan ini dipercayai untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawah pengurusan kroni seorang timbalan menteri kabinet negeri. Sila tonton video di bawah.

Sumber [MiLo SuaM]



Anggota Polis ponteng solat Jumaat mahu ambil rasuah
Posted on Thursday, September 27 @ 10:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"26 Sep 2012 - Dua anggota polis dari salah sebuah balai di Raub sanggup ponteng solat Jumaat hanya kerana RM300 yang dijanjikan seorang pesalah jalan raya  sebagai balasan kerana melepaskan lelaki itu setelah ditahan dalam satu sekatan jalan raya kerana memandu kereta dengan cukai jalan tamat tempoh, kelmarin.

Anggota berpangkat Konstabel dan Lans Koperal berusia 26 dan 56 tahun itu datang menemui  lelaki berusia  37 tahun di salah sebuah restoran di pekan Dong Raub kira-kira jam 1.20 tengah hari Jumaat lalu tanpa menyedari pertemuan itu turut disertai beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Lebih mengejutkan, pengadu dalam kes ini memaklumkan, dia mempunyai pertalian keluarga dengan salah seorang anggota polis terbabit namun mereka  sanggup mengambil kesempatan meminta suapan daripadanya. 
Sumber SPRM memaklumkan, dua anggota polis itu merampas kad pengenalan pengadu dan hanya  akan menyerahkan dokumen itu setelah ‘mangsa’ menjelaskan wang yang diminta. Berdasarkan maklumat yang diterima, beberapa pegawai dari SPRM daerah Raub membuat pemantauan di restoran terbabit  sebelum mendapati pertemuan dan perbuatan menerima rasuah itu benar-benar berlaku. 
Berdasarkan bukti yang ada, dua anggota terbabit ditahan pegawai SPRM untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 sebelum dibebaskan dengan jamin RM1,000 setiap seorang. Sumber memaklumkan, kes tersebut masih dalam siasatan dan tindakan pendakwaan akan diambil setelah semua proses dilengkapkan. 
Pengadu dalam kes ini difahamkan ditahan dalam satu sekatan jalan di kampung Sega, Raub kira-kira jam 4.30 pagi 17 September lalu. Hasil pemeriksaan mendapati cukai jalan kereta jenis Proton Saga model lama yang dipandunya sudah tamat tempoh dan terpaksa ditahan untuk tindakan. 
Bagaimana pun, dua penjawat awam itu cuba mengambil kesempatan meminta suapan sebagai dorongan melepaskan lelaki itu daripada kesalahan yang dilakukan.
 




Nie cerita Najib dengan JET aka Kapal Terbang yang di sewa..!!!
Posted on Thursday, September 27 @ 09:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber KedahLanie

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawatAirbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 
berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan. [Read More]


SWP nafi terlibat sewa jet eksekutif

KUCHING - Parti Pekerja Sarawak (SWP) menafikan spekulasi yang mendakwa parti itu terlibat dalam urusan tempahan jet eksekutif yang dinaiki Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah tidak berasas.
Presidennya, Larry Sng Wei Shien (gambar) memberitahu, SWP tidak mempunyai sebarang hubungan 'istimewa' seperti yang didakwa pelbagai pihak meskipun bapanya yang juga Ketua Umum SWP, Datuk Sng Chee Hua dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.
"Ini berita baharu yang mengejutkan saya dan saya tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara membabitkan ayah saya kerana saya tiada hak untuk campur tangan dalam urusannya.
"Justeru, saya tidak sesuai untuk memberi sebarang komen mengenai bapa saya," katanya ketika dihubungi semalam.25 September 2012

Jet peribadi: Zahid Hamidi kantoi! hahaha!

ASK, 25 Sep 2012


Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?



Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia “transparent”.

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari akan apa yang tersirat dari peristiwa ini..

Ini sebenarnya membuktikan kepada kita semua bahawa golongan usahawan sudah mula yakin bahawa UMNO/BN akan tumbang pada PRU kali ini oleh itu mereka berani menghulurkan bantuan.

Menariknya dalam hal ini berlumba-lumba blogger-blogger UMNO melakukan pendedahan dari harga jet hinga kepada kos bahanapi diselidik mereka..



Bersungguh-sungguh benar mereka.. tetapi mengapa Zahid Hamidi yang pernah melakukan perkara yang sama dengan Anwar lakukan iaitu terbang menggunakan jet peribadi milik kawannya tidak dipersoalkan.

Anwar cuma meminjam jet peribadi milik rakannya untuk terbang di dalam Malaysia.. tetapi Zahid Hamidi terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji..


KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.

Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.


Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.

Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.


Anwar hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang Menteri.

Anwar Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..

Tetapi Zahid Hamidi merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu..

E-mail yang disebar itu..
————————————————————————————-
By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian.


——————————————————————————–

Semak  e-mail tersebut di (SINI)

Buat pencaca-pencacai UMNO tu.. dedahkanlah kalau berani berapa nilai jet yang Zahid Hamidi naik tu dan berapa pula kos bahanapi untuk jet itu..

Kalau tak silap aku.. Jamil Khir pun pernah terbang dengan jet peribadi untuk satu programnya di Kedah.





Tahap hutang Syed Mokhtar sangat membimbangkan, kata Pua
Posted on Thursday, September 27 @ 08:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Hafidz Baharom

KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkankemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini. 
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.
“Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.

“Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik,” kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.

Pua berkata, beliau kesal bahawa Datuk Seri Najib Razak, yang juga merupakan menteri kewangan, tidak menjawab soalannya hari ini kerana ia bakal mendedahkan risiko kepada krisis ekonomi.
“Syarikat beliau (Syed Mokhtar) berhutang sebanyak RM34.3 bilion, lebih dari sepuluh peratus dari hutang korporat nasional, dibandingkan dengan Renong sebanyak RM20 bilion, iaitu cuma lapan peratus.
“Ini adalah perkara serius dan bakal menjadi masalah kepada kewangan dan industri perbankan di negara ini,” kata Pua lagi.
Syed Mokhtar memiliki syarikat perhotelan Tradewinds, MMC Corporation dan pada awal tahun ini telah berjaya dalam bidaan untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang yang mendapat kritikan dari kedua belah ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, “Syed Mokhtar umpama raja kerana banyak bank di belakangnya.”
MENYUSUL LAGI
Tahap hutang Syed Mokhtar sangat membimbangkan, kata Pua


Lihatlah Kami Terpinggir Kami Tertinggal
Posted on Thursday, September 27 @ 04:51:53 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Blog N51 Pasir Panjang

26 Sep 2012, Kira-kira 20 buah rumah di Kampung Padang Tembak, Teluk Muruh, Lumut telah ditenggelami air yang menyebabkan banjir kilat, akibat hujan yang turun sejak jam 3.00 pagi lagi. Keadaan hujan yang tidak henti-henti merisaukan penduduk di sini yang memungkin mereka terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk mereka menguruskan kehidupan harian mereka dengan selesa.

Keadaan banjir sebegini memang kerap berlaku jika hujan turun secara berterusan.

Penduduk di sini telah pun membuat aduan tentang masalah mereka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor merangkap Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato' Kong Cho Ha selaku Ahli Parlimen Lumut yang juga Menteri Pengangkutan Jalan. Namun tidak nampak tindakan telah diambil oleh merekauntuk membaiki sistem saliran di kawasan terbabit. Parit atau longkang yang ada disitu kelihatan tidak dicuci atau dibersihkan untuk melancarkan perjalanan air. Gelung longkang dengan saiz yang kecil tidak menampung jumlah air yang banyak yang bertakung di kawasan banjir tersebut.

Encik Mohamad bin Abdullah  salah seorang penduduk, yang menyewa rumah di kawasan terbabit sangat kecewa dengan aduan yang dibuat olehnya yang tidak diambil perhatian oleh pihak yang berwajib  terutama wakil rakyat mereka. Telah beberapa kali aduan dibuat olehnya, namun mereka sekadar datang menjenguk dan kemudian tiada kelihatan apa-apa perubahan yang dibuat oleh mereka. Beliau sangat berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dengan mendalamkan longkang atau parit dengan membina longkang konkrit yang besar saiznya yang boleh menampung jumlah air yang banyak jika hujan lebat berterusan.


Keadaan rumah yang ditenggelami air akibat hujan lebat.
Sistem perparitan yang dibuat dengan eluk
Penghuni rumah terpaksa berada diluar rumah mereka setiap kali hujan
Banjir kilat akan berlaku setiap kali hujan
Air yang bertakung merimaskan penduduk
Apakah tindakan berwajib untuk menyelesaikan masalah ini???
Rumah cantik begini pun ditenggelami air.
Peralatan dan perkakas rumah rosak
Air mencecah paraa lutut
Parit dan sistem saliran yang tidak dicuci
Apalah malang nasib kami " Kami Terpinggir, kami Tertinggal"
Beginilah sistem saliran atau longkang di sini
Gelung yang sedia ada terlalu kecil saiznya tidak dapat menampung jumlah air yang banyak
Gelung saiz kecil ini juga memperlahankan perjalanan air untuk keluar
Parit dan longkang tersumbat oleh sampah sarap
Kelihatan air tidak bergerak
Parit dan gelung kecil saiznya


Lelaki ditahan bantu siasatan dakwaan hina Islam di Facebook..
Posted on Thursday, September 27 @ 00:08:06 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: abuluqman

"Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan
memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
  
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.
  
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
  
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. "
 

Tiada ulasan: