Rabu, 12 September 2012

SYARAK TIDAK MEMBENARKAN MENJAGA KEPENTINGAN ORANG JAHAT@PEMBUAT MUNGKAR...HINGGA KITA MENANGGUH2...ATAU MENOLAK HUKUM HUDUD

38 janji bina sekolah dicapati Umno BN

http://www.erapasca.com, 12 Sep 2012

38 Janji pembinaan Sekolah yang di capati UMNO BN... kahkahkah

Janji di tepati BN... kahkahkah Najib cakap kalau beri mandat PRU13 nanti baru sekolah ini akan di siapkan.. ha ha ha
BN telah memperjudikan masa depan negeri apabila 38 buah sekolah tidak dapat disiapkan di Sabah pada RMK-9.
Rakyat Sabah harus sedar dan melakukan perubahan demi masa depan generasi akan datang.

Rakyat Mesir protes filem hina Nabi Muhammad

Mohamad Yahya , 12 Sep 2012
Penunjuk perasaan Mesir, memanjat dinding kedutaan Amerika Syarikat  di Kaherah Selasa lalu, menuju ke halaman kedutaan dan menurunkan bendera Amerika Syarikat, menggantikan ia dengan bendera hitam dengan inskripsi Islam untuk membantah sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad.
Ratusan penunjuk perasaan berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di tengah bandar Kaherah, berhimpun di luar kedutaan dan melaung-laung membantah filem tersebut, yang menurut laporan diterbitkan Amerika Syarikat.

"Katakan, jangan takut: Duta mereka mesti beredar," laung penunjuk perasaan.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan kemudian memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera dari tiang di halamannya dan membawa bendera tersebut kepada penunjuk perasaan di luar kedutaan.

Penunjuk perasaan mengoyakkan bendera tersebut selepas gagal dalam cubaan awal untuk membakarnya.

Penunjuk perasaan di atas dinding kedutaan kemudiannya menaikkan bendera hitam yang tertulis dua kalimah syahadah: "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah."

Di Washington, jurucakap Jabatan Negera, Victoria Nuland berkata AS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir untuk memulihkan ketenteraman.

Hampir semua kakitangan telah meninggalkan kedutaan sebelum ia diceroboh, lapor seorang pegawai AS.

Hanya beberapa kakitangan masih berada di dalam kedutaan, kerana pihak keselamatan kedutaan telah menghantar pulang kakitangan ke rumah mereka lebih awal selepas mendapat maklumat tentang protes yang bakal berlangsung.

Keadaan masih tidak stabil, lapor pegawai yang enggan namanya didedahkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara itu.

Seorang pegawai di kedutaan AS di Kaherah berkata Duta AS tiada di kedutaan pada hari tersebut.

Media Mesir mengatakan filem itu diterbitkan di Amerika Syarikat oleh kumpulan anti-Islam.

Filem tersebut, yang  kini terdapat di YouTube, menggambarkan Muhammad sebagai penipu, menunjukkan Muhammad melakukan hubungan seks dan menyeru untuk pembunuhan beramai-ramai.

Protes meletus selepas media Mesir membuat liputan berkenaan filem itu untuk beberapa hari, dengan ulama-ulama turut muncul di kaca televisyen untuk membantah filem tersebut.

Kerusi PRU: MIC akur desakan Umno?

Muhammad Faeez Azahar, 12 Sep 2012
IPOH: PAS Perak sudah menjangkakan kehangatan akan berlaku tentang pembahagian kerusi antara parti komponen BN di Perak yang masih belum selesai.


Ketua Penerangannya, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin berkata, beberapa kerusi yang diidamkan Umno untuk diambil termasuklah Parlimen Sungai Siput dan terbaru kerusi Dun Behrang yang kedua-duanya ditandingi MIC sebelum ini.

Menurutnya, PAS ingin melihat adakah MIC mempunyai kekuatan untuk mempertahankan kerusi yang ditandingi mereka atau akur dengan kehendak Umno yang ingin bertanding lebih banyak kerusi pada PRU13 ini.

“Adakah MIC terpaksa menyerahkan semua enam kerusinya sepertimana yang pernah disaran oleh Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz?,” katanya kepada Harakahdaily di Pejabat PAS Perak hari ini.

Ujarnya, sehingga kini hanya kedudukan kerusi Parlimen Tapah dan terbaru Parlimen Sungai Siput yang agak selamat ditangan MIC.

Namun katanya, kedudukan empat lagi kerusi termasuk Dun Behrang masih dalam pemerhatian Umno.

“Kita maklum empat kerusi Dun yang ditandingi MIC telah tewas pada PRU12 lalu iaitu Dun Behrang, Dun Pasir Panjang, Dun Sungkai dan Dun Hutan Melintang.

“Umno tidak yakin MIC boleh memenangi kerusi itu pada PRU12 jika mereka kekal bertanding kerana mereka sangat mahukan majoriti untuk membentuk kerajaan,” jelas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Nuri menjelaskan, Umno sangat idamkan kerusi Dun Pasir Panjang dan Dun Behrang yang majoritinya Melayu.

“Adakah MIC perlu tunduk kepada desakan Umno dengan memberikan kedua-dua kerusi tersebut yang sangat diidamkan Umno ini.

“Mungkinkah MIC hanya akan bertanding di atas dua kerusi Dun sahaja pada PRU 13 pada kali ini dan adakah Presiden MIC yang juga Pengerusi MIC Perak, Dato’ Palanivel mampu menunjukkan kekuatan untuk mempertahankan kerusi yang ditandinginya?,”soal Ahmad Nuri.

Percaya Umno nak Islam kalau benda macam ni tak laksana (gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 12 Sep 2012

KORANG PERCAYA KER UMNO NAK ISLAM KALAU BENDA SIMPLE MACAM NI PUN TAK BOLEH LAKSANA (GAMBAR)

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/564196_481536811870641_1077049899_n.jpg
Lelaki Aceh yang didapati bersalah berjudi dirotan di khalayak ramai. Mereka dirotan di wilayah Aceh yang melaksanakan undang-undang Islam. Mereka dirotan enam kali pada setiap Jumaat dihadapan beratus-ratus orang di sebuah padang di bandar ini, Aceh Timur.

Indonesia yang merupakan negara Islam dengan 240 juta penduduk mengamalkan dasar sekular tetapi membenarkan Aceh melaksanakan undang-undang syariah. Malaysia bila lagi???

Rupanya sebab ni Ustaz Azhar tolak jadi calon PAS

http://addin77.blogspot.com, 12 Sep 2012

Rupa-Rupanya Sebab Nih Ust. Azhar Idrus Tolak Jadi Calon PAS Pada PRU13

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan koleksi ceramah agama di Youtube yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu telah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun 2012 ini. Kenapa?
Ustaz Azhar Idrus : Enggan Berpolitik Secara Serius!! Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Ustaz Azhar Idrus enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.


“Ustaz Azhar Idrus sekarang ini merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika Ustaz Azhar Idrus berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi Ustaz Azhar Idrus sudah menolak.
“Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama Ustaz Azhar Idrus tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti,” katanya. ~harakahdaily

Addin :

Tak semua orang mahu dan boleh jadi calon.. tapi yang penting dokong dan sokong perjuangan yang mulia ini.

Blog menyamar berjaya timbulkan kemarahan rakyat Sabah

http://tukanglawan.blogspot.com, 12 Sep 2012

Ingat lagi tak artikel yang tukanglawan siarkan tak lama dulu, tentang 2 buah blog yang dikatakan menyamar sebagai penyokong pakatan rakyat, tetapi dalam masa yang sama cuba mengelirukan pembaca. ( sila baca sini )

Taktik yang mereka gunakan ini adalah taktik confius ( mengelirukan )sedangkan blog-blog tegar lain yang tidak menyamar kebanyakkanya menggunakan teknik Convince ( meyakinkan ) dimana selain hujah, bukti-bukti diberikan untuk menguatkan hujah.

Kita sedia tahu blog-blog BN kebanyakkanya sudah habis modal, sudah tiada apa lagi bukti meyakinkan dapat mereka beri, jadi mereka memilih pendekatan Confius.. dan akibatnya ramai yang sudah terkeliru kerana tidak mampu menilai.

Seperti isu dibawah yang sengaja dimainkan sehingga menyebabkan ramai rakan-rakan sabah tidak berpuas hati.




Awas, jangan mudah terpedaya, jangan terlalu cepat percaya dan marah, disini sentimen perkauman cuba dimainkan, jika mereka sudah tidak dapat meyakinkan kamu, mereka akan gunakan pula cara mengelirukan. dan anda mungkin terkeliru.

Akhlak sultan terhebat dewasa ini

http://kachipemas.blogspot.com, 12 Sep 2012

Allahu Akbar: Akhlak Sultan Terhebat Dewasa Ini..Jom Usar


Sultan Kelantan ziarah rakyatnya di hospital..Nukilan Abu Luqman







Allahu Akbar..aku sendiri pun tak mampu untuk sembelih lembu..ayam je yang boleh
Inilah nikmatnya menjadi rakyat Kelantan. Mempunyai seorang sultan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyatnya. Amat bersederhana, itulah yang dituntut oleh Islam..Semoga Allah pelihara akhlaknya dan mendapat Sultanah solehah..amin.. Nukilan Abu Luqman

Tiada ulasan: