Liga Islam Sedunia kecam filem anti-Islam
Liga
Islam Sedunia mengutuk sekeras-kerasnya filem anti-Islam dan menyeru
umat Islam menahan diri daripada menggunakan keganasan dalam menangani
isu itu.
Setiausaha Agung liga itu, Profesor Dr Abdullah Al-Turky berkata filem sedemikian tidak seharusnya dibuat atas nama kebebasan bersuara kerana ia menjejas keharmonian sejagat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya filem itu. Ia adalah perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya selepas menghadiri Seminar Antarabangsa berhubung Agama
dan Proses Perdamaian di Asean, di Bangkok semalam.
Liga Islam Sedunia, sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah dan ditubuhkan pada 1962, turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengutuk filem bertajuk 'Innocence of Muslims' yang memutar belit fakta
berhubung Nabi Muhammad.
Protes terhadap filem itu telah merebak ke lebih 20 negara dan meragut banyak nyawa, termasuk seorang duta Amerika.
Bagi mengurangkan ketegangan semasa, Abdullah berkata Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan seperti membunuh dan memusnahkan harta benda sebagai cara menyelesaikan masalah.
Beliau turut diminta mengulas permintaan sekumpulan pengganas yang mahu umat Islam melancarkan lebih banyak serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat.
"Kami menentang sekeras-kerasnya penggunaan sebarang bentuk keganasan," katanya.
Sehubungan itu, Abdullah berharap ketegangan yang berlaku ketika ini tidak berpanjangan kerana keganasan bukanlah satu penyelesaian.
"Dialog dan kerjasama adalah alat yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.
Kedutaan AS di Bangkok ditutup tengahari ini
Sementara itu, Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok akan ditutup kepada awam tengah hari ini berikutan demonstrasi yang dirancang sebagai membantah filem menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.
Temujanji bagi perkhidmatan visa dan kewarganegaraan yang dijadual tengah hari esok dibatalkan dan dijadualkan pada tarikh lain, demikian menurut kenyataan di lamanweb kedutaan itu.
Kedutaan AS telah diberitahu oleh polis Thai bahawa satu demonstrasi melibatkan beberapa ratus orang dirancang diadakan di hadapan kedutaan itu antara jam 1 hingga 2 petang.
"Kedutaan AS di Bangkok tidak menyedari buat ketika ini sama ada wujud sebarang ancaman terhadap warga AS di Thailand," tambah kenyataan itu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kata kenyataan itu, kedutaan menasihatkan warganya agar berhati-hati dan mengawasi keadaan sekitar, terutama di kawasan kumpulan orang ramai.
Demonstrasi bantahan terhadap filem terbitan pembikin filem Yahudi yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. itu kini merebak ke lebih 20 negara dan mengakibatkan ramai terkorban, termasuk duta besar AS ke Libya.
Filem hina Nabi tiada lagi di Youtube
Sementara itu di KUALA LUMPUR, filem anti-Islam 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam, didapati tidak lagi boleh diakses melalui saluran YouTube selepas kerajaan bertindak menyekat penyiarannya.
Cubaan Bernama hari ini untuk mengakses kandungan filem itu gagal, menjurus kepada pengamatan bahawa pengguna Internet di negara ini telah dihalang daripada mengakses filem kontroversi itu.
Hanya maklumat pemberitahuan meminta maaf tertera pada skrin yang berbunyi: "This content is not available in your country due to a legal complaint. Sorry about that" (Kandungan ini tidak boleh ditonton di negara anda berikutan aduan
secara perundangan. Maaf mengenai perkara itu).
Filem arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiar dalam laman YouTube telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Tiga hari lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Malaysia akan menyekat penyiaran filem itu yang jelas menghina agama Islam.
Rais dipetik sebagai berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui YouTube atau saluran lain.
- Bernama
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari semalam ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya dalam sidang akhbar semalam.
Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.
- Bernama
RAMPAS...Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Hussaini Mustaffa menunjukkan naskhah al-Quran yang digunakan suspek untuk mengubati mangsa.
AIB...suspek hanya berseluar dalam ketika ditahan.
SEREMBAN: Jika mahu sembuh, kena jadi isterinya selama 100 hari.
Itu syarat ditetapkan seorang bomoh yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah dihadapi wanita termasuk tidak boleh mengandung, kemurungan dan krisis rumah tangga.
Lelaki berusia 48 tahun dan berstatus penduduk tetap warga Thailand itu juga dipercayai terbabit dalam kegiatan nikah batin dengan menikahkan dirinya sendiri apabila dia menjadi kadi serta saksi selain mengambil upah RM200 daripada mangsa.
Malah, bomoh yang sudah beristeri itu juga bijak menjerat pasangan bermasalah untuk mendapatkan khidmatnya selain menawarkan diri berkunjung ke rumah pesakit bagi memberikan rawatan.
Berbekalkan mulut manis dan perwatakan alim serta menggunakan ayat suci al-Quran, bomoh dikenali sebagai ‘Abang Som’ itu dikesan menjalankan kegiatan songsang berkenaan sejak sebulan lalu dan sudah memerangkap empat mangsa di seluruh negara.
SEREMBAN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
“Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat
suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan ‘nikah batin’ iaitu
menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang
sebenar.
“Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
“Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa,” katanya.
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat. – Bernama
PETALING JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
"Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.
Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.
Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.
Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.
Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.
Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.
PENAMPANG: “Saya ingatkan objek itu bangkai anjing atau kerbau yang
sering terapung dan tersangkut di pokok di tebing sungai ketika memukat
ikan di kawasan ini.
“Bagaimanapun, sangkaan saya meleset sebaik melihat ada rambut pada objek itu dan apabila diamati, ia mayat wanita dalam keadaan berbogel dan sudah busuk,” kata Samual Abota, 22.
Mayat wanita berusia 20-an itu ditemui tersangkut pada dahan pokok di Sungai Moyog, Kampung Kodundungan Jalan Terawih, di sini, jam 10 pagi.
Samual berkata, ketika kejadian, dia memasang pukat di kawasan berkenaan sebelum terlihat objek seperti bangkai haiwan di kawasan itu dan tidak menghiraukan pada awalnya.
Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba timbul rasa ingin tahu dan apabila diamati, dia mendapati ada rambut pada objek itu dan apabila dihampiri, dia terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.
“Terkejut dengan penemuan itu, saya bergegas ke rumah kira-kira 300 meter dari tempat kejadian bagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan kepada penduduk sebelum mereka menghubungi polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan
Ratan Kumar Singh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan.
Setakat ini, katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati
mengejut, bagaimanapun polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi
mengetahui punca kematian wanita itu.
“Saya meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat.
KUALA LUMPUR: Kemahirannya ‘menjual air liur’ kononnya bergelar hafiz
dan mempunyai pendapatan lebih RM100,000 sebulan membuatkan seorang
lelaki diberi kuasa dan dijulang dengan penuh hormat oleh kariah masjid
dan surau.
Menggelarkan dirinya ‘Sheikh’, lelaki yang mengaku berusia 31 tahun dari Terengganu itu dilantik menjadi pengerusi masjid dan surau, malah mengislamkan seorang lelaki dan wanita dengan disaksikan jawatankuasa surau yang terpedaya dengan temberang kehebatannya.
Dia juga diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran.
Namun, tembelangnya pecah apabila seorang hafiz sebenar menjadi makmumnya ketika solat dan menyedari kesalahan ayat dibaca lelaki terbabit, lalu menegurnya.
Bertitik tolak daripada itu, jawatankuasa surau satu kawasan perumahan di Kepong mula melakukan siasatan dan akhirnya mendapati Sheikh itu menipu mereka dan sejak itu dia tidak lagi kelihatan di situ.
Sheikh Raed Salah. Nama yang paling digeruni rejim Israel. Aktivis dan ahli politik Palestin ini pernah menjadikan dirinya sebagai perisai manusia untuk menghalang orang Yahudi memasuki dan mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa.
Beliau juga pernah dipenjarakan dua tahun oleh Israel kerana keberaniannya berjuang mempertahan tanah air. Sheikh Raed yang berada di Malaysia sejak 4 September lalu, menceritakan situasi sebenar dan penderitaan luar biasa orang Palestin yang bermula sejak 1948, selepas penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin.
Ikuti sesi soal jawab bersama tokoh hebat ini ketika majlis ramah mesra yang dianjurkan pertubuhan Aman Palestin di Shah Alam, awal bulan ini.
Bagaimana keadaan di Palestin dulu dan sekarang?
Sejak 1940-an, Israel memusnahkan 1,200 masjid dan tempat bersejarah Islam. Kini, hanya 50 masjid masih ada di Tebing Barat. Tetapi Israel mengubah masjid tersebut menjadi kedai arak, pub dan kandang haiwan.
Ada juga yang dijadikan tempat tari menari, synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan muzium yang diletakkan patung Yahudi.
Mereka mencabuli kesucian masjid kita! Selain itu, Israel membongkar kubur orang Islam, membuang tulang ke dalam laut kemudian mendirikan rumah serta jalan raya.
Di Tel Aviv, ada taman dan hotel yang cantik, semuanya dibina di atas kubur orang Islam. Kalau ini bukan kezaliman, maka apa lagi? Baru-baru ini kami membuat demonstrasi selepas
Universiti Tel Aviv mengumumkan akan membina bangunan tambahan di atas kubur orang Islam. Saya tanya kepada mereka, tamadun apa yang benarkan kita aniaya orang mati?
Berapa banyak tanah yang masih dimiliki orang Palestin?
Kini, hanya tiga peratus tanah Palestin dimiliki orang Islam, selebihnya dirampas Yahudi dengan bantuan Britain (yang menjajah Palestin sebelum 1948). Ribuan orang Islam Palestin hidup di antara langit dan bumi.
Israel mencabut pokok zaitun kami, dan gunakan pesawat untuk bakar kebun kami. Kalau anda nak tahu, ada sebuah kampung di Naqab, Tebing Barat, yang telah dihancurkan 40 kali oleh Yahudi. Setiap kali dimusnahkan, kami bina semula.
Itulah pendirian orang Palestin, kami tidak akan menyerah kalah.
Bagaimana keadaan Masjid Al-Aqsa sekarang?
Sejak akhir kurun ke-18 lagi, (Perdana Menteri pertama Israel) David Ben Gurion berkata, tiada nilai bagi Israel tanpa Baitulmaqdis, dan tiada nilai bagi Baitulmaqdis tanpa Masjid Al-Aqsa.
Kini Israel mahu umumkan pembahagian Al-Aqsa, satu kepada Palestin, satu kepada Yahudi. Apabila mereka dapat bahagian mereka dengan sokongan dunia antarabangsa, mereka akan runtuhkan Al-Aqsa.
Saya mahu sampaikan tiga mesej penting kepada orang Islam seluruh dunia mengenai Al-Aqsa:
i. Isu Al-Aqsa adalah isu al-Quran. Jika kita baca al-Quran, kita tahu Al-Aqsa perlu dipertahankan.
ii. Isu ini bukan hanya milik Palestin, tetapi semua orang Islam. Tentu kita tidak benarkan orang menceroboh masuk rumah kita, jadi begitulah kita perlu pertahan Al-Aqsa.
iii. Kita tahu Israel ada semua kekuatan tetapi mereka akan kalah. Sejarah menunjukkan setiap penjajahan ke atas Al-Aqsa gagal. Yang kekal adalah orang Palestin, pemilik sebenar tanah itu.
Israel memberitahu dunia Masjid Al-Aqsa dibina di atas tapak kuil paling suci ajaran Yahudi. Apa pendapat anda?
Mengenai dakwaan itu, Israel sendiri telah mengorek terowong selama 40 tahun untuk buktikan kewujudan kuil itu yang kononnya berada di tapak Al-Aqsa, tetapi sampai sekarang mereka tidak temui sebarang bukti.
Ya, cita-cita akhir mereka adalah untuk membina kuil itu (dianggap tempat beribadat paling suci dalam ajaran Yahudi) selepas meruntuhkan Al-Aqsa. Matlamat ini tidak pernah berubah.
Apabila wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pergi melawat Al-Aqsa, Unesco melaporkan Israel menggali jaringan terowong di bawah Al-Aqsa menggunakan bahan kimia. Tujuan utama adalah untuk runtuhkan Al-Aqsa.
Anda pernah ditahan di penjara Israel. Boleh kongsi pengalaman?
Pada masa ini, Israel sedang penjarakan lebih 500,000 orang Palestin. Ada yang syahid semasa dalam tahanan, ada yang mati ketika disiasat atau akibat sakit. Ada wanita hamil ditahan sehingga melahirkan anak di dalam penjara.
Kanak-kanak yang umurnya kurang 10 tahun juga dipenjarakan. Mana ada penjara di dunia yang menahan kanak-kanak? Hanya Israel yang buat begitu.
Lelaki yang dipenjarakan seumur hidup tidak mungkin dapat berjumpa keluarganya. Mereka hanya akan jumpa anak mereka, apabila anak itu juga dipenjarakan kerana menentang kezaliman Israel.
Revolusi dunia Arab tahun lalu, apa kesannya kepada Palestin?
Apabila orang Arab mendapat pemerintahan yang sah, dipilih oleh rakyat sendiri, ia akan membantu membebaskan Palestin dan Al-Aqsa.
Israel sebolehnya mahu semua diktator ini kekal di bumi Arab supaya mereka boleh mengawal orang Arab daripada memberi bantuan kepada Palestin.
Tetapi kini rakyat Arab telah bebas, dan mereka ini akan mainkan peranan membantu Palestin. Pembebasan Kaherah dan Damsyik adalah jalan kepada pembebasan Palestin.
Bagaimana layanan kerajaan Mesir terhadap Palestin sekarang?
Mohamed Morsi adalah presiden pertama dipilih rakyat dalam sejarah Mesir. Beliau berdepan banyak masalah besar, seperti kemiskinan, pengangguran dan tekanan daripada tentera.
Morsi juga terpaksa berdepan dengan perjanjian lalu yang ditandatangani presiden sebelum ini. Saya percaya beliau boleh lakukan perubahan bukan saja untuk Mesir tetapi dunia Arab kerana dia mempunyai akhlak yang baik serta bijaksana.
Ini tentu sekali akan memberi kesan positif kepada Palestin, terutama wilayah Gaza. Namun buat masa ini, kita perlu beri peluang kepada beliau untuk menyelesaikan lebih banyak masalah besar di negaranya sendiri.
Pendapat mengenai peranan dunia Islam dalam membantu Palestin.
Saya banyak kali ke ibu pejabat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan cerita mengenai keadaan Palestin, Baitulmaqdis dan Al-Aqsa. Memang OIC mahu menolong dan janji akan tunai kewajipan untuk bantu Al-Aqsa.
Cuma masalahnya, kita belum sampai tahap kesatuan Islam secara rasmi. Semua orang Islam cintakan Al-Aqsa dan mahu bantu, tetapi tiada dasar politik tetap di peringkat antarabangsa dalam kalangan negara Islam untuk sokong isu Palestin.
Tidakkah penyatuan orang Palestin sendiri menjadi kunci kepada penyelesaian konflik ini?
Ya, semua rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis, termasuk Al-Aqsa, menjadi ibu negara. Tetapi Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah berikan kesan buruk kepada rakyat Palestin.
Mereka ingin gagalkan penyatuan Hamas dan Fatah (dua kumpulan Islam utama di Gaza dan Tebing Barat). Israel beri kata dua kepada Fatah, “sama ada kamu buat perjanjian dengan Hamas, atau kita hentikan perjanjian damai”.
AS dan Eropah pula kata “kamu berdamai dengan Hamas, kami hentikan bantuan”. Ini meletakkan kami dalam keadaan sukar. Apa yang pasti, penyatuan rakyat Palestin hanya akan tercapai apabila Fatah berani menolak tekanan Israel dan AS.
Nasihat anda kepada orang Malaysia.
Saya merasa tenang dan timbul perasaan harapan apabila tiba di Malaysia. Saya mahu kejayaan Malaysia dibawa kepada negara Islam lain dan dijadikan contoh.
Hanya penyatuan umat Islam dapat memberi kekuatan kepada Palestin. Berpeganglah kepada tali ALLAH SWT dan jangan berpecah-belah.
Apabila kita berpecah-belah, kehebatan umat Islam akan hilang dan agenda Zionis akan berleluasa di negara Islam. – Sinar Harian
HANGUS...anggota bomba memeriksa barang di dalam rumah Ramu selepas api dipadamkan.
SHAH ALAM: “Sedih bila mengenangkan duit sewa rumah berjumlah RM1,000
yang sepatutnya saya bayar kepada tuan rumah beberapa hari lagi hangus
terbakar.
“Kini, saya terpaksa mengumpul semula duit sewa dan bekerja lebih kuat untuk membayar duit sewa rumah yang sudah dua bulan tertangguh,” kata K Ramu, 40, menceritakan kesedihan yang dialami selepas bilik stor di rumahnya di Kampung Jawa, dekat sini, hangus dijilat api, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dia sekeluarga tiada di rumah kerana keluar untuk membeli barangan keperluan.
Katanya, sebaik tiba di rumah kira-kira jam 6 petang, dia terkejut apabila melihat banyak asap tebal keluar dari rumah.
Menurutnya, tanpa berfikir panjang, dia segera meninggalkan isteri dan anaknya sementara dia segera berlari ke dalam rumah dengan membawa baldi berisi air kerana mahu memadamkan kebakaran.
Bagaimanapun, usahanya untuk memadamkan kebakaran ternyata tidak berhasil kerana api semakin marak walaupun turut dibantu beberapa orang jiran untuk memadamkannya.
“Beberapa minit kemudian, pasukan bomba tiba dan berjaya memadamkan kebakaran, namun saya tidak dapat menyelamatkan barangan berharga seperti wang, barang kemas dan pakaian yang disimpan dalam stor berkenaan.
“Walaupun terkilan wang dan barangan berharga lain hangus saya bersyukur kerana keluarga selamat,” katanya.
Beliau berkata, anggaran awal kerugian dialami ialah RM15,000.
Ramu berkata, ini adalah kejadian pertama berlaku sejak mendiami rumah itu kira-kira dua tahun lalu.
Sementara itu, jurucakap bomba sewaktu dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.21 petang dan tiba beberapa minit kemudian.
Katanya, tujuh anggota bomba bersama pegawai tiba di tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 7 malam.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak forensik bomba.
KUCHING: Seorang ahli perniagaan bukan saja dirompak, malah kepalanya
turut dihentak dengan botol sehingga berdarah oleh tiga perompak sebaik
selesai menyambut hari lahir bersama rakan di sebuah kelab malam di
Jalan Petanak, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, 25, dikatakan berseorangan di luar kelab malam sebelum didatangi tiga lelaki tidak dikenali berpura-pura bertanyakan waktu ketika itu pada jam 2 pagi.
Sumber berkata, ketika sedang berbual, seorang suspek tiba-tiba mengambil botol lalu mengetuk kepala mangsa dari belakang.
“Pada masa sama, berlaku pergelutan antara mangsa dengan ketiga-tiga suspek dan kejadian disedari pengawal keselamatan kelab berkenaan yang cuba memberikan bantuan, tetapi turut dibelasah.
“Suspek juga sempat merentap rantai dipakai mangsa sebelum mengambil beberapa barangan berharga melarikan diri. Akibat serangan itu, mangsa cedera di kepala serta lebam di tangan dan badan,” katanya.
Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila rantai, telefon bimbit serta jam tangan lesap.
“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Padungan pada pagi kejadian,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan mengenal pasti suspek masih dijalankan.
KUALA LUMPUR: “Jika individu itu melakukan ajaran sesat, kami akan
menjalankan siasatan, tetapi jika ia membabitkan penipuan wang orang
ramai, ia tugas polis,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais), Datuk Marzuki Husin.
Beliau mengulas aduan penduduk di satu kawasan penempatan di Kepong yang membuat laporan polis kelmarin mengenai seorang lelaki menyamar hafiz dan menipu penduduk sekitar dengan mengajar tadarus al-Quran.
Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sheikh itu turut melakukan proses mengislamkan satu pasangan dan tindak-tanduknya terbongkar selepas penduduk di situ menyiasat latar belakang seperti nombor telefon, plat kereta dan alamat rumahnya adalah palsu.
Mengenai proses mengislamkan orang, Marzuki menyatakan ia tidak boleh sewenang-wenangnya dilakukan tanpa pengetahuan jabatan agama yang bertanggungjawab mendaftar individu yang menjadi mualaf.
“Sesiapa saja boleh menjalankan proses mengislamkan orang, tetapi ia perlu mengikut prosedur betul iaitu mendaftarkan individu itu pada jabatan agama,” katanya.
Marzuki berkata, kebanyakan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung ajaran sesat, namun Jais turut membantu menyiasat individu yang menipu seperti menyamar hafiz sekiranya menerima laporan daripada pengadu.
MIRI: Dua lelaki dipercayai terbabit melarikan 43 komputer riba
1Malaysia dan pelbagai barangan berharga dari rumah Timbalan Menteri,
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Jacob Dungau Sagan,
di sini, ditahan polis, semalam.
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 26 dan 40-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah di Taman Holiday Park dan Grand Park, antara jam 3 hingga 5.30 pagi.
Sumber berkata, penahanan suspek pertama membolehkan polis menemui seunit komputer riba 1Malaysia, projektor, seutas jam tangan yang diletakkan di bilik tidur lelaki itu.
Katanya, suspek yang sedang tidur terkejut dengan kehadiran polis dan cuba melawan, tetapi dapat ditahan sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal terhadap suspek membawa kepada penangkapan seorang lagi rakannya dipercayai menjadi dalang merancang kegiatan memecah masuk rumah timbalan menteri berkenaan.
“Setakat ini, seorang suspek mengaku terbabit dalam kes itu sebelum menjual barangan dicuri kepada pelanggan pada harga serendah RM250 seunit.
“Kami juga menjangka akan mendapat semula sekurang-kurang lima
hingga 10 komputer riba 1Malaysia yang dicuri dan dijual kepada beberapa
pelanggan termasuk sebuah syarikat kewangan berlesen dalam tempoh
terdekat,” katanya.
Katanya, siasatan juga mendapati, seorang suspek adalah penjenayah tegar dan mempunyai rekod kesalahan lampau kerana giat melakukan pecah rumah di sekitar bandar ini sejak beberapa tahun lalu.
Difahamkan, sebelum ini, setiausaha timbalan menteri berkenaan
membuat laporan polis selepas menyedari rumah di Jalan Lim Chee Hian,
dipecah masuk ketika membuat pemeriksaan, pada jam 3 petang, 4 September
lalu.
TEMERLOH: Seorang lelaki yang juga bekas pekerja mangsa bunuh, Abdul
Talib Yadin, 56, di Kampung Baru Simpang, Sanggang, di sini, 14
September lalu, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu,
kelmarin.
Lelaki berusia 40 tahun yang juga penagih dan sudah berkahwin itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di rumahnya di Kuala Krau, dekat sini.
Difahamkan, lelaki terbabit sebelum ini dikatakan pernah berselisih faham dan bertengkar dengan mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmod, berkata suspek masih direman di lokap Balai Polis Temerloh selama tujuh hari bermula semalam.
Menurutnya, polis percaya dan yakin dengan penahanan lelaki itu dapat membantu siasatan kejadian pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, pada masa sama, isteri mangsa, Siti Rohani Salleh, 48, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah kerana mengalami kecederaan parah selain kehilangan banyak darah.
“Melalui temu bual awal dengan Siti Rohani, dia mendakwa dapat mengecam wajah suspek yang terbabit dalam kejadian itu.
“Bagaimanapun, kita akan bertemu semula dengan Siti Rohani sebaik wanita berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selain membuat pengawasan terhadapnya bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya, di sini, semalam.
Pada 14 September lalu, tiga penyamun tergamak menikam seorang
lelaki berusia 56 tahun hingga mati selain mencederakan isteri mangsa
dalam kejadian di Kampung Baru Simpang Sanggang, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, Abdul Talib Yadin, 56, dan Siti Rohani Salleh, 48, ditikam pada beberapa bahagian badan menyebabkan Abdul Talib maut di tempat kejadian manakala Siti Rohani terpaksa merangkak menuruni jalan berbukit sejauh 200 meter dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan.
Ketika kejadian, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar baki surat khabar yang tidak terjual di sebuah kedai di kampung bersebelahan selepas menutup operasi kedai serbaneka mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh arah Kuala Lumpur.
ALOR SETAR: Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah mengesahkan hanya
dua daripada 15 pelajar lelaki terbabit dalam kejadian menyerang dan
memukul guru disiplin, Selasa lalu, yang berpunca akibat teguran guru
terbabit kerana mereka tidak menghadiri perhimpunan pagi.
Pengarahnya, Mansor Lat berkata, Jawatankuasa Disiplin Pelajar sekolah menengah itu yang bersidang pagi semalam, turut menjemput beberapa guru, ibu bapa dan semua pelajar berkenaan untuk membincangkan kejadian itu.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, hanya dua pelajar terbabit manakala 13 pelajar lain hanya berhimpun ketika kejadian itu berlaku dalam sebuah kelas di sekolah itu pada jam 7.30 pagi.
“Semua pelajar terbabit mengakui kesilapan masing-masing dan bermaafan dengan guru lelaki berusia 40-an itu di hadapan ibu bapa mereka serta guru lain di sekolah itu.
“Kita sudah membebaskan 13 pelajar berkenaan manakala dua pelajar itu akan dipanggil untuk siasatan lanjut. Selain itu Jawatankuasa Disiplin Pelajar juga akan memanggil mereka semula dalam tempoh terdekat untuk perbincangan kali kedua sebelum hukuman dijatuhkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ditanya kemungkinan dua pelajar ini dibuang sekolah, beliau enggan mengulas lanjut dan setakat ini, pihaknya masih membenarkan dua pelajar ini menduduki peperiksaan dalaman di sekolah itu kerana mereka bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Beliau berkata, siasatan kes dijangka selesai sehari dua lagi.
Jumaat lalu Harian Metro melaporkan seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan 15 pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah, di sini hanya kerana guru terbabit menegur mereka tidak menyertai perhimpunan pagi di sekolah itu.
Guru itu menegur tindakan sebahagian pelajar terbabit menendang
pintu dan memecahkan tingkap kelas mereka menyebabkan pelajar itu berang
sebelum menolak kepala guru terbabit dan membelasahnya sebelum kejadian
itu dileraikan beberapa guru lain.
SHAH ALAM: “Anak saya tak banyak bercakap kerana masih lemah dan
trauma, tapi syukur apabila anak saya memberitahu tidak dipukul, malah
diberi makan serta minum cukup sepanjang berada bersama lelaki yang
melarikannya,” kata Hamidah Maun, 47, ibu kepada Nur Husna Nasri, 16,
yang hilang dari rumahnya di Seksyen 20, di sini, pada 7 September lalu
dipercayai mengikut teman lelakinya.
Hamidah berkata, anaknya pulang ke rumah pada jam 10.30 malam kelmarin dengan menaiki teksi seorang diri.
Katanya, anaknya masih lemah dan terpinga-pinga jika ditanya mengenai kejadian menimpa dirinya.
“Saya sangat bersyukur kerana dia selamat pulang. Apabila ditanya mengenai lelaki melarikannya, Husna berkata, dia tidak pernah sukakan lelaki itu, malah tidak pernah mempunyai telefon bimbit seperti dilaporkan sebelum ini.
“Anak saya juga memberitahu tidak tahu di mana lokasi dia tinggal kerana itu kali pertama dia ke Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata, anaknya dibenarkan pulang selepas lelaki terbabit terbaca berita mengenai kehilangan Husna disiarkan di akhbar Harian Metro (HM) baru-baru ini.
Katanya, lelaki terbabit turut memberi amaran kepada anaknya supaya
tidak melaporkan kejadian itu kepada polis kerana bimbang ditahan.
“Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro kerana menyiarkan berita kehilangan Husna. Saya turut berbangga kerana negara kita mempunyai akhbar yang prihatin masalah dihadapi masyarakat dan hanya Tuhan saja dapat membalas jasa baik ini,” katanya.
Sementara itu, cubaan wartawan bertemu dengan mangsa gagal
berikutan keluarganya membawa mangsa untuk membuat laporan polis di
Balai Polis Seksyen 15 selain turut membuat pemeriksaan kesihatan di
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Harian Metro sebelum ini
melaporkan seorang remaja perempuan, Nur Husna Nasri, 16, hilang selepas
dia keluar untuk pergi beraya bersama seorang rakan lelakinya.
Bagaimanapun, Husna yang dikatakan enggan meneruskan persekolahan dan ingin mencari pekerjaan itu tidak pulang ke rumah ibu bapanya sejak daripada hari berkenaan.
Menurut jirannya, pada hari kejadian, dia ternampak Husna dalam keadaan tergesa-gesa turun ke kawasan tempat letak kenderaan pangsapuri sambil membawa beg sandang belakang selain satu beg baju.
Ibunya yang tiada di rumah kerana bekerja buntu dengan kejadian yang menimpa anaknya lalu meminta bantuan Harian Metro untuk menyiarkan berita mengenai kehilangan anak gadisnya itu.
PETALING JAYA: Polis menahan reman tujuh hari bermula semalam
terhadap seorang wanita pekerja kilang yang dipercayai mencampakkan bayi
baru dilahirkannya di Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini bagi
membantu siasatan.
Perintah reman yang berakhir 22 September itu dikeluarkan Majistret Suraya Syawal terhadap wanita berusia 21 tahun berkenaan pada jam 11.30 pagi di Mahkamah Majistret 2 di sini, semalam.
Suspek memakai baju sejuk merah jambu, berkain batik dan berstoking serta dalam keadaan sihat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati keluarga mangsa tidak mengetahui wanita itu mengandung meskipun mereka tinggal bersama.
“Kemungkinan suspek melakukan tindakan kejam itu bagi melindungi perbuatannya daripada keluarga, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Siasatan awal juga mengesahkan bayi itu masih hidup selepas dilahirkan, tetapi meninggal dunia sebaik dicampak akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.
Dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, bayi perempuan yang cukup sifat
dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat
letak kereta apartmen berkenaan.
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui penduduk di kawasan itu yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.
Ekoran kejadian, polis menahan seorang wanita di dalam rumahnya di tingkat tiga apartmen berkenaan tiga jam selepas kejadian.
Difahamkan, bayi yang ditemui dalam keadaan bogel itu sempat dimandikan dulu sebelum dicampak sama ada melalui tingkap dapur atau bilik apartmen berkenaan.
Menurut Arjunaidi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
SHAH ALAM: Seorang ibu muda yang hidup miskin di Lorong PPRT 3, Jalan
Ikan Puyu, Kampung Lancong, Seksyen 28, di sini, bimbang kematian anak
pertamanya 17 September tahun lalu akibat penyakit ‘haidrosefalus’ atau
‘kepala besar’ mungkin berulang semula apabila kepala anak ketiganya
pula semakin membesar.
Mas Enzati Abd Manap, 25, berkata, kedaifan hidup menyebabkan dia gagal mendapatkan rawatan terbaik untuk kedua-dua anaknya hinggalah Muhammad Danial Hakimi Mohd Firdaus, meninggal dunia tahun lalu ketika berusia empat tahun.
Enggan perkara sama berulang, dia mengharapkan sumbangan orang ramai membolehkan anak ketiganya, Nur Dhaniyah Husna, 11 bulan dibedah kerana kini kepala anak kecil itu membesar pada ukuran 48 sentimeter.
“Saya sangat memerlukan RM15,000 untuk pembedahan anak demi menyelamatkan nyawanya. Keluarga kami memang tidak terdaya akibat kemiskinan hidup,” katanya.
Harian Metro yang mengunjungi keluarga itu, mendapati Nur Dhaniyah begitu menderita apabila bahagian kepalanya membesar difahamkan mengandungi air menyebabkannya membengkak.
KUALA LUMPUR: Angkara hutang bekas teman wanita, seorang juruteknik
dicucuh dengan pemetik api di tangan, dibelasah dan diugut bunuh oleh
sekumpulan samseng ceti haram dalam kejadian di Wangsa Maju, di sini
kelmarin.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Aizat, 26, berkata ketika dia berada di rumah tiba-tiba datang seorang lelaki berusia 30-an bertanyakan mengenai bekas teman wanitanya, kira-kira jam 10 malam.
Menurutnya, selepas memaklumkan wanita berkenaan sudah tidak tinggal bersamanya, lelaki itu mengugutnya untuk bertanggungjawab ke atas hutang yang dipinjam bekas teman wanitanya itu.
“Disebabkan enggan membayar bagi pihak bekas teman wanitanya itu, lelaki terbabit naik angin sebelum mendakwa dirinya sebagai anggota polis sebelum memaksa saya keluar dengannya untuk berjumpa dengan rakannya.
“Saya kemudian dibawa ke kawasan sebuah kuil sebelum ditumbuk, ditendang selain dicucuh dengan pemetik api di tangan. Sebaik selesai dibelasah kumpulan itu meninggalkan saya ,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, lelaki itu turut mengugut untuk menyita rumahnya.
Akibat kejadian itu, Aizat mengalami kecederaan di tangan kanan dan muka.
Dia membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
KUALA LUMPUR: “Lima tahun kami berusaha mendapatkan lesen malah turut
memohon ruang kedai untuk disewa kerana tak sanggup lagi berniaga
secara haram seperti ini namun ia terus ditolak.
“Apa yang kami harapkan sekarang supaya pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dapat membina lot kedai di sekitar kawasan sini untuk kami. “Terdapat banyak padang di sekitar PPR (Projek Perumahan Rakyat) ini yang saya rasa satu daripadanya boleh digunakan untuk didirikan premis perniagaan,” kata S Rajagogilah.
Rajagogilah, 37, antara sembilan peniaga di bahu Jalan 1/23c berhampiran PPR Kampung Baru Air Panas, di sini yang kesal dengan tindakan DBKL tidak meluluskan permohonan mereka khususnya bagi mendapatkan lot kedai untuk disewa.
Akibat berniaga secara haram, mereka beberapa kali diberi notis pengosongan tapak serta disaman dan kekecewaan turut disuarakan mengenai gerai mereka yang kerap runtuh malah terbang dibawa angin kuat sementara orang luar pula sewenang-wenangnya dapat menyewa lot kedai di situ.
Menurut Rajagogilah, paling membuat dia kesal apabila permohonannya menyewa rumah sampah di kawasan itu turut ditolak atas alasan ia tidak boleh dijadikan premis perniagaan namun kini ia sudah pun beroperasi sebagai kedai runcit sejak akhir tahun lalu.
“Saya dan peniaga lain cuba memohon kepada DBKL untuk mendapatkan rumah sewa ini kerana lokasinya hanya kira-kira 15 meter dari satu lagi rumah sampah namun ia ditolak.
“Apabila kami dapati rumah sampah itu beroperasi sebagai kedai
runcit, kami cuba membuat laporan di pejabat DBKL namun kakitangannya
juga tidak mahu mengambil aduan kami,” katanya.
Peniaga burger dan air, Mohd Nizam Mohd Naam, 24, berkata, timbul tanda tanya jika penduduk yang juga peniaga asal di situ tidak diberi lot kedai sedangkan orang luar begitu senang memperolehnya.
“Kami mula berniaga sebelum medan selera itu wujud lagi. Apabila ia
siap, kami berpindah ke bahu jalan ini dan kami sentiasa cuba
mendapatkan lesen perniagaan namun tidak dilayan seperti sepatutnya,”
katanya.
Bagi Lim Geak Kee, 40, yang mengusahakan gerai makanan, dia juga pernah memohon bagi mendapatkan lot di medan selera kira-kira 20 meter dari lokasi gerai mereka sebelum ia dibangunkan lagi, namun gagal.
“Harapan kami sekarang hanya satu, semoga DBKL dapat menyediakan premis perniagaan untuk kami di sini atau memberi lot kedai yang tidak aktif kepada kami yang menjalankan perniagaan dari pagi ke petang,” katanya.
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Sukiman Surahman, ketika dihubungi berkata, pembinaan premis perniagaan terbabit adalah penyelesaian jangka panjang yang memerlukan kajian menyeluruh sebelum dapat dilaksanakan.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup mencabul bekas kekasihnya ekoran
tidak puas hati dengan teman wanitanya yang mahu mengakhiri hubungan
cinta mereka, awal pagi kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 20-an terbabit pergi berjumpa dengan bekas teman wanitanya itu di sebuah kelab malam di ibu kota bagi berbincang mengenai hubungan mereka sebelum menciumnya, malah mengugut mahu mencederakan gadis terbabit.
Berikutan itu, mangsa berusia 22 tahun itu membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.
Menurut sumber, mangsa dipercayai pergi ke kelab malam berkenaan bersama enam lagi rakannya sebelum didatangi bekas teman lelakinya itu, jam 2 pagi.
“Lelaki terbabit dipercayai meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan mangsa yang mahu memutuskan hubungan cinta mereka. Dia mengajak mangsa berbincang namun mangsa menolak permintaan itu.
LAKARAN artis menunjukkan bagaimana kemalangan berlaku.
JURUTERA memeriksa struktur rumah selepas dirempuh.
LONDON: Satu kemalangan membabitkan dua kenderaan bukan saja mencemaskan orang ramai, malah turut menyebabkan mereka kehairanan.
Dalam kejadian awal pagi semalam itu, sebuah kereta Lexus berwarna perak melayang sebelum merempuh dinding bilik tidur sebuah rumah di tingkat satu yang terletak kira-kira 24 meter dari situ.
Menurut saksi, sebelum itu, pemandu kereta Lexus berkenaan terbabas sebelum merempuh sebuah kereta lain yang diletakkan di kawasan sama. Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta terbabit melambung dan melayang merempuh rumah berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan dinding tingkat atas rumah berkenaan berlubang. “Penghuni rumah itu sedang tidur apabila kereta berkenaan merempuh bangunan mereka kira-kira jam 3 pagi,” katanya. Bagaimanapun, pasangan suami isteri serta dua anak mereka yang ada di situ ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu kereta Lexus itu pula, katanya, hanya mengalami kecederaan ringan.
“Dua lelaki yang jadi penumpang juga dihantar ke hospital kerana kecederaan ringan,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis Epsom di Surrey berkata, selain bilik tidur utama, bilik air di sebelahnya juga rosak. “Lima kereta, satu peti surat dan pagar juga rosak,” katanya. Seorang jurutera struktur menyiasat tempat kejadian bagi memastikan bangunan itu selamat ketika polis menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana ia boleh berlaku. - TS
GEORGETOWN (Guyana): Pihak berkuasa lapangan terbang negara ini
semalam menemui kira-kira 27 kilogram kokain dalam beg di dalam sebuah
pesawat yang hendak berlepas ke New York.
Ia kejayaan terbaru dalam rampasan kokain yang disembunyikan dalam bagasi untuk penerbangan ke bandar raya di Amerika Syarikat tahun ini.
Pegawai anti-narkotik, James Singh berkata, dadah itu ditemui dalam beg dalam sebuah pesawat Caribbean Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan.
Sehubungan itu, polis menahan lapan kakitangan syarikat penerbangan dan lapangan terbang.
Dua belas pekerja dipecat awal tahun ini selepas seorang lelaki mencampakkan beg berisi 23 kilogram kokain di kawasan lapangan terbang itu. - AFP
MEXICO CITY: Mayat 17 orang, kebanyakannya diikat dengan rantai dan
ditembak mati, ditemui di sebuah lebuh raya di barat Mexico.
Polis menemui mayat itu ketika keganasan antara kumpulan dadah meningkat berikutan penahanan dua ketua kumpulan utama baru-baru ini.
“Saksi mendakwa melihat beberapa orang tiba dengan van dan mencampakkan mayat itu,” kata pendakwa raya negeri Jalisco, Tomas Coronado.
Mayat itu ditemui berhampiran bandar perladangan, Tizapan, berhampiran sempadan dengan Michoacan.
Setakat ini, tidak ada tangkapan dibuat dan belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab.
Kira-kira 60,000 orang mati akibat keganasan berkait dengan dadah di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon mengarahkan tentera persekutuan menangani masalah penyeludupan bahan itu pada 2006.
Perang antara kartel membabitkan perebutan laluan penyeludupan ke Amerika Syarikat dan penguasaan ke atas sindiket tempatan. - AFP
NEW YORK: Ketika pelawat sebuah hotel eksklusif di New York boleh
menikmati pemandangan indah dari tandas di tingkat 18 bangunan itu,
keadaan yang sama tidak dirasai orang lain yang ada di sekitar kawasan
berkenaan.
Pelanggan Kelab Boom Boom Boom di Hotel Standard di Manhattan dapat melihat ke luar melalui kaca yang menjadi lantai, dinding dan siling di tandasnya.
Pada masa sama, kaca itu juga membolehkan orang lain melihat aksi mereka di tandas. Keadaan itu membimbangkan sesetengah pengguna tandas kerana tiada sebarang notis diletakkan mengenai situasi berkenaan. Lebih memalukan, sesetengah aksi mereka turut dirakam orang tidak dikenali yang melihat mereka dari bawah. Pelancong dari Melbourne, Australia, David Langdon, 55, berkata melihat ke luar dari tandas itu memang menyeronokkan.
“Tetapi pemandangan di dalam tandas amat menakutkan,” katanya. Menurut Langdon, dia melihat pejalan kaki melambai ke arahnya dari bawah.
Katanya, keadaan itu bukan sesuatu yang diharapkan apabila seseorang membuang air. Deretan mangkuk tandas pada dinding bilik itu dibina berhampiran dengan tingkap kaca dan ia membolehkan orang lain melihat setiap pergerakan yang ada di situ. Pemilik premis itu juga tidak memasang langsir atau bidai bagi melindungi pengguna tandas berkenaan. Menurut sumber, hotel berkenaan memang popular di kalangan selebriti.
Antara bintang yang pernah menggunakan tandas itu ialah Leonardo DiCaprio dan Cameron Diaz. Walaupun ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati, sesetengah pengguna lain tidak keberatan aksi mereka dalam tandas menjadi tontonan. Malah, ada antara mereka sempat melambai ke arah orang lain yang melihatnya dari bawah. Pengurus hotel berkenaan pula enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi media. - DM
Ini merupakan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang difailkan terhadap permohonan semakan kehakiman yang dibuat kepada Mahkamah Tinggi oleh kedai buku Borders berhubung tindakan JAWI merampas buku tulisan pengarang Kanada, Irshad Manji (foto atas).
Ini, menurut kalangan pengamal undang-undang, bermakna JAWI boleh mengatasi kuasa menteri dalam negeri dan merampas sebarang buku tanpa arahan dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian tersebut.
Hishammuddin dalam afidavitnya itu menyatakan bahawa walaupun tiada perintah pengharamannya pada hari buku itu dirampas, JAWI mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana buku itu melanggar Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 .
Katanya, rampasan tersebut boleh dilakukan oleh JAWI di bawah undang-undang berkenaan, tanpa sebarang perintah pengharaman daripada kementerian.
Menteri dalam negeri telah diarahkan menjawab permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Berjaya Books Sdn Bhd, yang mengendalikan kedai buku Borders, bersama-sama dengan pembantu pengurus besarnya, Stephen Fung dan pengurus kedai buku Borders di Gardens Mall, Nik Raina Nik Abdul Aziz.
Nik Raina (kiri) didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada bulan Jun atas tuduhan mengedarkan buku kontroversi - Allah, Kebebasan dan Cinta - tulisan Manji.
Berjaya Books telah mencabar kes itu di Mahkamah Tinggi dan menamakan JAWI, kementerian dalam negeri, menteri yang menjaga hal-ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri, sebagai responden.
JAWI merampas buku tersebut dari kedai buku Borders di Gardens Mall pada 23 Mei, manakala kementerian dalam negeri hanya mengisytiharkan pengharamannya enam hari kemudian - pada 29 Mei.
[Baca berita penuh]
Setiausaha Agung liga itu, Profesor Dr Abdullah Al-Turky berkata filem sedemikian tidak seharusnya dibuat atas nama kebebasan bersuara kerana ia menjejas keharmonian sejagat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya filem itu. Ia adalah perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya selepas menghadiri Seminar Antarabangsa berhubung Agama
dan Proses Perdamaian di Asean, di Bangkok semalam.
Liga Islam Sedunia, sebuah badan bukan kerajaan Islam yang berpangkalan di Makkah dan ditubuhkan pada 1962, turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengutuk filem bertajuk 'Innocence of Muslims' yang memutar belit fakta
berhubung Nabi Muhammad.
Protes terhadap filem itu telah merebak ke lebih 20 negara dan meragut banyak nyawa, termasuk seorang duta Amerika.
Bagi mengurangkan ketegangan semasa, Abdullah berkata Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan seperti membunuh dan memusnahkan harta benda sebagai cara menyelesaikan masalah.
Beliau turut diminta mengulas permintaan sekumpulan pengganas yang mahu umat Islam melancarkan lebih banyak serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat.
"Kami menentang sekeras-kerasnya penggunaan sebarang bentuk keganasan," katanya.
Sehubungan itu, Abdullah berharap ketegangan yang berlaku ketika ini tidak berpanjangan kerana keganasan bukanlah satu penyelesaian.
"Dialog dan kerjasama adalah alat yang berkesan dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.
Kedutaan AS di Bangkok ditutup tengahari ini
Sementara itu, Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok akan ditutup kepada awam tengah hari ini berikutan demonstrasi yang dirancang sebagai membantah filem menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.
Temujanji bagi perkhidmatan visa dan kewarganegaraan yang dijadual tengah hari esok dibatalkan dan dijadualkan pada tarikh lain, demikian menurut kenyataan di lamanweb kedutaan itu.
Kedutaan AS telah diberitahu oleh polis Thai bahawa satu demonstrasi melibatkan beberapa ratus orang dirancang diadakan di hadapan kedutaan itu antara jam 1 hingga 2 petang.
"Kedutaan AS di Bangkok tidak menyedari buat ketika ini sama ada wujud sebarang ancaman terhadap warga AS di Thailand," tambah kenyataan itu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kata kenyataan itu, kedutaan menasihatkan warganya agar berhati-hati dan mengawasi keadaan sekitar, terutama di kawasan kumpulan orang ramai.
Demonstrasi bantahan terhadap filem terbitan pembikin filem Yahudi yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. itu kini merebak ke lebih 20 negara dan mengakibatkan ramai terkorban, termasuk duta besar AS ke Libya.
Filem hina Nabi tiada lagi di Youtube
Sementara itu di KUALA LUMPUR, filem anti-Islam 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam, didapati tidak lagi boleh diakses melalui saluran YouTube selepas kerajaan bertindak menyekat penyiarannya.
Cubaan Bernama hari ini untuk mengakses kandungan filem itu gagal, menjurus kepada pengamatan bahawa pengguna Internet di negara ini telah dihalang daripada mengakses filem kontroversi itu.
Hanya maklumat pemberitahuan meminta maaf tertera pada skrin yang berbunyi: "This content is not available in your country due to a legal complaint. Sorry about that" (Kandungan ini tidak boleh ditonton di negara anda berikutan aduan
secara perundangan. Maaf mengenai perkara itu).
Filem arahan Sam Bacile, 52, dari California, yang disiar dalam laman YouTube telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Tiga hari lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Malaysia akan menyekat penyiaran filem itu yang jelas menghina agama Islam.
Rais dipetik sebagai berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui YouTube atau saluran lain.
- Bernama
Pengamal perubatan ditahan cuba setubuhi pesakit
Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki
yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba
melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ
di Seremban.Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari semalam ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains," katanya dalam sidang akhbar semalam.
Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.
- Bernama
PATUT IA DIREJAM BUKAN DENDA DAN PENJARA...ITU HUKUM HUDUD SEBAB IA DAH KAHWIN...ORANG TAK TAKUT BERZINA SEBAB HUKUM HUDUD TAK ADA
Jadi isteri 100 hari
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
surayaroslan@hmetro.com.my
RAMPAS...Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Hussaini Mustaffa menunjukkan naskhah al-Quran yang digunakan suspek untuk mengubati mangsa.
AIB...suspek hanya berseluar dalam ketika ditahan.
Itu syarat ditetapkan seorang bomoh yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah dihadapi wanita termasuk tidak boleh mengandung, kemurungan dan krisis rumah tangga.
Lelaki berusia 48 tahun dan berstatus penduduk tetap warga Thailand itu juga dipercayai terbabit dalam kegiatan nikah batin dengan menikahkan dirinya sendiri apabila dia menjadi kadi serta saksi selain mengambil upah RM200 daripada mangsa.
Malah, bomoh yang sudah beristeri itu juga bijak menjerat pasangan bermasalah untuk mendapatkan khidmatnya selain menawarkan diri berkunjung ke rumah pesakit bagi memberikan rawatan.
Berbekalkan mulut manis dan perwatakan alim serta menggunakan ayat suci al-Quran, bomoh dikenali sebagai ‘Abang Som’ itu dikesan menjalankan kegiatan songsang berkenaan sejak sebulan lalu dan sudah memerangkap empat mangsa di seluruh negara.
‘Pengamal perubatan Islam’ ditahan ketika cuba lakukan seks ke atas pesakit
SEREMBAN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di sini.
Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
“Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
“Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa,” katanya.
Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat. – Bernama
Gadis kilang campak bayi direman
PETALING JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
"Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.
Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya.
Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu.
Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.
Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.
Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.
Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.
Mayat atas pokok
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
“Bagaimanapun, sangkaan saya meleset sebaik melihat ada rambut pada objek itu dan apabila diamati, ia mayat wanita dalam keadaan berbogel dan sudah busuk,” kata Samual Abota, 22.
Mayat wanita berusia 20-an itu ditemui tersangkut pada dahan pokok di Sungai Moyog, Kampung Kodundungan Jalan Terawih, di sini, jam 10 pagi.
Samual berkata, ketika kejadian, dia memasang pukat di kawasan berkenaan sebelum terlihat objek seperti bangkai haiwan di kawasan itu dan tidak menghiraukan pada awalnya.
Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba timbul rasa ingin tahu dan apabila diamati, dia mendapati ada rambut pada objek itu dan apabila dihampiri, dia terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.
“Terkejut dengan penemuan itu, saya bergegas ke rumah kira-kira 300 meter dari tempat kejadian bagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan kepada penduduk sebelum mereka menghubungi polis,” katanya.
“Saya meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bagi membantu siasatan,” katanya.
Hafiz sebenar tegur bacaan ‘Sheikh’
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
Menggelarkan dirinya ‘Sheikh’, lelaki yang mengaku berusia 31 tahun dari Terengganu itu dilantik menjadi pengerusi masjid dan surau, malah mengislamkan seorang lelaki dan wanita dengan disaksikan jawatankuasa surau yang terpedaya dengan temberang kehebatannya.
Dia juga diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran.
Namun, tembelangnya pecah apabila seorang hafiz sebenar menjadi makmumnya ketika solat dan menyedari kesalahan ayat dibaca lelaki terbabit, lalu menegurnya.
Bertitik tolak daripada itu, jawatankuasa surau satu kawasan perumahan di Kepong mula melakukan siasatan dan akhirnya mendapati Sheikh itu menipu mereka dan sejak itu dia tidak lagi kelihatan di situ.
Masjid jadi kedai arak
Sheikh Raed Salah. Nama yang paling digeruni rejim Israel. Aktivis dan ahli politik Palestin ini pernah menjadikan dirinya sebagai perisai manusia untuk menghalang orang Yahudi memasuki dan mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa.
Beliau juga pernah dipenjarakan dua tahun oleh Israel kerana keberaniannya berjuang mempertahan tanah air. Sheikh Raed yang berada di Malaysia sejak 4 September lalu, menceritakan situasi sebenar dan penderitaan luar biasa orang Palestin yang bermula sejak 1948, selepas penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin.
Ikuti sesi soal jawab bersama tokoh hebat ini ketika majlis ramah mesra yang dianjurkan pertubuhan Aman Palestin di Shah Alam, awal bulan ini.
Sejak 1940-an, Israel memusnahkan 1,200 masjid dan tempat bersejarah Islam. Kini, hanya 50 masjid masih ada di Tebing Barat. Tetapi Israel mengubah masjid tersebut menjadi kedai arak, pub dan kandang haiwan.
Ada juga yang dijadikan tempat tari menari, synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan muzium yang diletakkan patung Yahudi.
Mereka mencabuli kesucian masjid kita! Selain itu, Israel membongkar kubur orang Islam, membuang tulang ke dalam laut kemudian mendirikan rumah serta jalan raya.
Di Tel Aviv, ada taman dan hotel yang cantik, semuanya dibina di atas kubur orang Islam. Kalau ini bukan kezaliman, maka apa lagi? Baru-baru ini kami membuat demonstrasi selepas
Universiti Tel Aviv mengumumkan akan membina bangunan tambahan di atas kubur orang Islam. Saya tanya kepada mereka, tamadun apa yang benarkan kita aniaya orang mati?
Berapa banyak tanah yang masih dimiliki orang Palestin?
Kini, hanya tiga peratus tanah Palestin dimiliki orang Islam, selebihnya dirampas Yahudi dengan bantuan Britain (yang menjajah Palestin sebelum 1948). Ribuan orang Islam Palestin hidup di antara langit dan bumi.
Israel mencabut pokok zaitun kami, dan gunakan pesawat untuk bakar kebun kami. Kalau anda nak tahu, ada sebuah kampung di Naqab, Tebing Barat, yang telah dihancurkan 40 kali oleh Yahudi. Setiap kali dimusnahkan, kami bina semula.
Itulah pendirian orang Palestin, kami tidak akan menyerah kalah.
Bagaimana keadaan Masjid Al-Aqsa sekarang?
Sejak akhir kurun ke-18 lagi, (Perdana Menteri pertama Israel) David Ben Gurion berkata, tiada nilai bagi Israel tanpa Baitulmaqdis, dan tiada nilai bagi Baitulmaqdis tanpa Masjid Al-Aqsa.
Kini Israel mahu umumkan pembahagian Al-Aqsa, satu kepada Palestin, satu kepada Yahudi. Apabila mereka dapat bahagian mereka dengan sokongan dunia antarabangsa, mereka akan runtuhkan Al-Aqsa.
Saya mahu sampaikan tiga mesej penting kepada orang Islam seluruh dunia mengenai Al-Aqsa:
i. Isu Al-Aqsa adalah isu al-Quran. Jika kita baca al-Quran, kita tahu Al-Aqsa perlu dipertahankan.
ii. Isu ini bukan hanya milik Palestin, tetapi semua orang Islam. Tentu kita tidak benarkan orang menceroboh masuk rumah kita, jadi begitulah kita perlu pertahan Al-Aqsa.
iii. Kita tahu Israel ada semua kekuatan tetapi mereka akan kalah. Sejarah menunjukkan setiap penjajahan ke atas Al-Aqsa gagal. Yang kekal adalah orang Palestin, pemilik sebenar tanah itu.
Israel memberitahu dunia Masjid Al-Aqsa dibina di atas tapak kuil paling suci ajaran Yahudi. Apa pendapat anda?
Mengenai dakwaan itu, Israel sendiri telah mengorek terowong selama 40 tahun untuk buktikan kewujudan kuil itu yang kononnya berada di tapak Al-Aqsa, tetapi sampai sekarang mereka tidak temui sebarang bukti.
Ya, cita-cita akhir mereka adalah untuk membina kuil itu (dianggap tempat beribadat paling suci dalam ajaran Yahudi) selepas meruntuhkan Al-Aqsa. Matlamat ini tidak pernah berubah.
Apabila wakil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pergi melawat Al-Aqsa, Unesco melaporkan Israel menggali jaringan terowong di bawah Al-Aqsa menggunakan bahan kimia. Tujuan utama adalah untuk runtuhkan Al-Aqsa.
Anda pernah ditahan di penjara Israel. Boleh kongsi pengalaman?
Pada masa ini, Israel sedang penjarakan lebih 500,000 orang Palestin. Ada yang syahid semasa dalam tahanan, ada yang mati ketika disiasat atau akibat sakit. Ada wanita hamil ditahan sehingga melahirkan anak di dalam penjara.
Kanak-kanak yang umurnya kurang 10 tahun juga dipenjarakan. Mana ada penjara di dunia yang menahan kanak-kanak? Hanya Israel yang buat begitu.
Lelaki yang dipenjarakan seumur hidup tidak mungkin dapat berjumpa keluarganya. Mereka hanya akan jumpa anak mereka, apabila anak itu juga dipenjarakan kerana menentang kezaliman Israel.
Revolusi dunia Arab tahun lalu, apa kesannya kepada Palestin?
Apabila orang Arab mendapat pemerintahan yang sah, dipilih oleh rakyat sendiri, ia akan membantu membebaskan Palestin dan Al-Aqsa.
Israel sebolehnya mahu semua diktator ini kekal di bumi Arab supaya mereka boleh mengawal orang Arab daripada memberi bantuan kepada Palestin.
Tetapi kini rakyat Arab telah bebas, dan mereka ini akan mainkan peranan membantu Palestin. Pembebasan Kaherah dan Damsyik adalah jalan kepada pembebasan Palestin.
Bagaimana layanan kerajaan Mesir terhadap Palestin sekarang?
Mohamed Morsi adalah presiden pertama dipilih rakyat dalam sejarah Mesir. Beliau berdepan banyak masalah besar, seperti kemiskinan, pengangguran dan tekanan daripada tentera.
Morsi juga terpaksa berdepan dengan perjanjian lalu yang ditandatangani presiden sebelum ini. Saya percaya beliau boleh lakukan perubahan bukan saja untuk Mesir tetapi dunia Arab kerana dia mempunyai akhlak yang baik serta bijaksana.
Ini tentu sekali akan memberi kesan positif kepada Palestin, terutama wilayah Gaza. Namun buat masa ini, kita perlu beri peluang kepada beliau untuk menyelesaikan lebih banyak masalah besar di negaranya sendiri.
Pendapat mengenai peranan dunia Islam dalam membantu Palestin.
Saya banyak kali ke ibu pejabat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan cerita mengenai keadaan Palestin, Baitulmaqdis dan Al-Aqsa. Memang OIC mahu menolong dan janji akan tunai kewajipan untuk bantu Al-Aqsa.
Cuma masalahnya, kita belum sampai tahap kesatuan Islam secara rasmi. Semua orang Islam cintakan Al-Aqsa dan mahu bantu, tetapi tiada dasar politik tetap di peringkat antarabangsa dalam kalangan negara Islam untuk sokong isu Palestin.
Tidakkah penyatuan orang Palestin sendiri menjadi kunci kepada penyelesaian konflik ini?
Ya, semua rakyat Palestin mahu Baitulmaqdis, termasuk Al-Aqsa, menjadi ibu negara. Tetapi Israel dan Amerika Syarikat (AS) telah berikan kesan buruk kepada rakyat Palestin.
Mereka ingin gagalkan penyatuan Hamas dan Fatah (dua kumpulan Islam utama di Gaza dan Tebing Barat). Israel beri kata dua kepada Fatah, “sama ada kamu buat perjanjian dengan Hamas, atau kita hentikan perjanjian damai”.
AS dan Eropah pula kata “kamu berdamai dengan Hamas, kami hentikan bantuan”. Ini meletakkan kami dalam keadaan sukar. Apa yang pasti, penyatuan rakyat Palestin hanya akan tercapai apabila Fatah berani menolak tekanan Israel dan AS.
Nasihat anda kepada orang Malaysia.
Saya merasa tenang dan timbul perasaan harapan apabila tiba di Malaysia. Saya mahu kejayaan Malaysia dibawa kepada negara Islam lain dan dijadikan contoh.
Hanya penyatuan umat Islam dapat memberi kekuatan kepada Palestin. Berpeganglah kepada tali ALLAH SWT dan jangan berpecah-belah.
Apabila kita berpecah-belah, kehebatan umat Islam akan hilang dan agenda Zionis akan berleluasa di negara Islam. – Sinar Harian
Duit bayar sewa rumah jadi abu
Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
ekhwan@hmetro.com.my
HANGUS...anggota bomba memeriksa barang di dalam rumah Ramu selepas api dipadamkan.
“Kini, saya terpaksa mengumpul semula duit sewa dan bekerja lebih kuat untuk membayar duit sewa rumah yang sudah dua bulan tertangguh,” kata K Ramu, 40, menceritakan kesedihan yang dialami selepas bilik stor di rumahnya di Kampung Jawa, dekat sini, hangus dijilat api, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dia sekeluarga tiada di rumah kerana keluar untuk membeli barangan keperluan.
Katanya, sebaik tiba di rumah kira-kira jam 6 petang, dia terkejut apabila melihat banyak asap tebal keluar dari rumah.
Menurutnya, tanpa berfikir panjang, dia segera meninggalkan isteri dan anaknya sementara dia segera berlari ke dalam rumah dengan membawa baldi berisi air kerana mahu memadamkan kebakaran.
Bagaimanapun, usahanya untuk memadamkan kebakaran ternyata tidak berhasil kerana api semakin marak walaupun turut dibantu beberapa orang jiran untuk memadamkannya.
“Beberapa minit kemudian, pasukan bomba tiba dan berjaya memadamkan kebakaran, namun saya tidak dapat menyelamatkan barangan berharga seperti wang, barang kemas dan pakaian yang disimpan dalam stor berkenaan.
Beliau berkata, anggaran awal kerugian dialami ialah RM15,000.
Sementara itu, jurucakap bomba sewaktu dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.21 petang dan tiba beberapa minit kemudian.
Katanya, tujuh anggota bomba bersama pegawai tiba di tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 7 malam.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak forensik bomba.
Penyamun hentak kepala guna botol
Sebelum kejadian, mangsa, 25, dikatakan berseorangan di luar kelab malam sebelum didatangi tiga lelaki tidak dikenali berpura-pura bertanyakan waktu ketika itu pada jam 2 pagi.
Sumber berkata, ketika sedang berbual, seorang suspek tiba-tiba mengambil botol lalu mengetuk kepala mangsa dari belakang.
“Pada masa sama, berlaku pergelutan antara mangsa dengan ketiga-tiga suspek dan kejadian disedari pengawal keselamatan kelab berkenaan yang cuba memberikan bantuan, tetapi turut dibelasah.
“Suspek juga sempat merentap rantai dipakai mangsa sebelum mengambil beberapa barangan berharga melarikan diri. Akibat serangan itu, mangsa cedera di kepala serta lebam di tangan dan badan,” katanya.
Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila rantai, telefon bimbit serta jam tangan lesap.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan mengenal pasti suspek masih dijalankan.
Daftar mualaf
Beliau mengulas aduan penduduk di satu kawasan penempatan di Kepong yang membuat laporan polis kelmarin mengenai seorang lelaki menyamar hafiz dan menipu penduduk sekitar dengan mengajar tadarus al-Quran.
Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sheikh itu turut melakukan proses mengislamkan satu pasangan dan tindak-tanduknya terbongkar selepas penduduk di situ menyiasat latar belakang seperti nombor telefon, plat kereta dan alamat rumahnya adalah palsu.
Mengenai proses mengislamkan orang, Marzuki menyatakan ia tidak boleh sewenang-wenangnya dilakukan tanpa pengetahuan jabatan agama yang bertanggungjawab mendaftar individu yang menjadi mualaf.
“Sesiapa saja boleh menjalankan proses mengislamkan orang, tetapi ia perlu mengikut prosedur betul iaitu mendaftarkan individu itu pada jabatan agama,” katanya.
Marzuki berkata, kebanyakan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung ajaran sesat, namun Jais turut membantu menyiasat individu yang menipu seperti menyamar hafiz sekiranya menerima laporan daripada pengadu.
2 suspek larikan 43 komputer riba 1Malaysia dicekup
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 26 dan 40-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah di Taman Holiday Park dan Grand Park, antara jam 3 hingga 5.30 pagi.
Sumber berkata, penahanan suspek pertama membolehkan polis menemui seunit komputer riba 1Malaysia, projektor, seutas jam tangan yang diletakkan di bilik tidur lelaki itu.
Katanya, suspek yang sedang tidur terkejut dengan kehadiran polis dan cuba melawan, tetapi dapat ditahan sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
“Siasatan awal terhadap suspek membawa kepada penangkapan seorang lagi rakannya dipercayai menjadi dalang merancang kegiatan memecah masuk rumah timbalan menteri berkenaan.
“Setakat ini, seorang suspek mengaku terbabit dalam kes itu sebelum menjual barangan dicuri kepada pelanggan pada harga serendah RM250 seunit.
Katanya, siasatan juga mendapati, seorang suspek adalah penjenayah tegar dan mempunyai rekod kesalahan lampau kerana giat melakukan pecah rumah di sekitar bandar ini sejak beberapa tahun lalu.
Suspek ditahan
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Lelaki berusia 40 tahun yang juga penagih dan sudah berkahwin itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di rumahnya di Kuala Krau, dekat sini.
Difahamkan, lelaki terbabit sebelum ini dikatakan pernah berselisih faham dan bertengkar dengan mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmod, berkata suspek masih direman di lokap Balai Polis Temerloh selama tujuh hari bermula semalam.
Menurutnya, polis percaya dan yakin dengan penahanan lelaki itu dapat membantu siasatan kejadian pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, pada masa sama, isteri mangsa, Siti Rohani Salleh, 48, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah kerana mengalami kecederaan parah selain kehilangan banyak darah.
“Bagaimanapun, kita akan bertemu semula dengan Siti Rohani sebaik wanita berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selain membuat pengawasan terhadapnya bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, Abdul Talib Yadin, 56, dan Siti Rohani Salleh, 48, ditikam pada beberapa bahagian badan menyebabkan Abdul Talib maut di tempat kejadian manakala Siti Rohani terpaksa merangkak menuruni jalan berbukit sejauh 200 meter dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan.
Ketika kejadian, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar baki surat khabar yang tidak terjual di sebuah kedai di kampung bersebelahan selepas menutup operasi kedai serbaneka mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh arah Kuala Lumpur.
Hanya dua pelajar terbabit belasah cikgu
Pengarahnya, Mansor Lat berkata, Jawatankuasa Disiplin Pelajar sekolah menengah itu yang bersidang pagi semalam, turut menjemput beberapa guru, ibu bapa dan semua pelajar berkenaan untuk membincangkan kejadian itu.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, hanya dua pelajar terbabit manakala 13 pelajar lain hanya berhimpun ketika kejadian itu berlaku dalam sebuah kelas di sekolah itu pada jam 7.30 pagi.
“Semua pelajar terbabit mengakui kesilapan masing-masing dan bermaafan dengan guru lelaki berusia 40-an itu di hadapan ibu bapa mereka serta guru lain di sekolah itu.
“Kita sudah membebaskan 13 pelajar berkenaan manakala dua pelajar itu akan dipanggil untuk siasatan lanjut. Selain itu Jawatankuasa Disiplin Pelajar juga akan memanggil mereka semula dalam tempoh terdekat untuk perbincangan kali kedua sebelum hukuman dijatuhkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ditanya kemungkinan dua pelajar ini dibuang sekolah, beliau enggan mengulas lanjut dan setakat ini, pihaknya masih membenarkan dua pelajar ini menduduki peperiksaan dalaman di sekolah itu kerana mereka bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Jumaat lalu Harian Metro melaporkan seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan 15 pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah, di sini hanya kerana guru terbabit menegur mereka tidak menyertai perhimpunan pagi di sekolah itu.
Gadis pulang
Oleh Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Hamidah berkata, anaknya pulang ke rumah pada jam 10.30 malam kelmarin dengan menaiki teksi seorang diri.
Katanya, anaknya masih lemah dan terpinga-pinga jika ditanya mengenai kejadian menimpa dirinya.
“Saya sangat bersyukur kerana dia selamat pulang. Apabila ditanya mengenai lelaki melarikannya, Husna berkata, dia tidak pernah sukakan lelaki itu, malah tidak pernah mempunyai telefon bimbit seperti dilaporkan sebelum ini.
“Anak saya juga memberitahu tidak tahu di mana lokasi dia tinggal kerana itu kali pertama dia ke Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata, anaknya dibenarkan pulang selepas lelaki terbabit terbaca berita mengenai kehilangan Husna disiarkan di akhbar Harian Metro (HM) baru-baru ini.
“Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro kerana menyiarkan berita kehilangan Husna. Saya turut berbangga kerana negara kita mempunyai akhbar yang prihatin masalah dihadapi masyarakat dan hanya Tuhan saja dapat membalas jasa baik ini,” katanya.
Bagaimanapun, Husna yang dikatakan enggan meneruskan persekolahan dan ingin mencari pekerjaan itu tidak pulang ke rumah ibu bapanya sejak daripada hari berkenaan.
Menurut jirannya, pada hari kejadian, dia ternampak Husna dalam keadaan tergesa-gesa turun ke kawasan tempat letak kenderaan pangsapuri sambil membawa beg sandang belakang selain satu beg baju.
Ibunya yang tiada di rumah kerana bekerja buntu dengan kejadian yang menimpa anaknya lalu meminta bantuan Harian Metro untuk menyiarkan berita mengenai kehilangan anak gadisnya itu.
Pekerja kilang direman 7 hari
Oleh Asmah Rusman
asmah@hemtro.com.my
asmah@hemtro.com.my
Perintah reman yang berakhir 22 September itu dikeluarkan Majistret Suraya Syawal terhadap wanita berusia 21 tahun berkenaan pada jam 11.30 pagi di Mahkamah Majistret 2 di sini, semalam.
Suspek memakai baju sejuk merah jambu, berkain batik dan berstoking serta dalam keadaan sihat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati keluarga mangsa tidak mengetahui wanita itu mengandung meskipun mereka tinggal bersama.
“Kemungkinan suspek melakukan tindakan kejam itu bagi melindungi perbuatannya daripada keluarga, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Siasatan awal juga mengesahkan bayi itu masih hidup selepas dilahirkan, tetapi meninggal dunia sebaik dicampak akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.
Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui penduduk di kawasan itu yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.
Difahamkan, bayi yang ditemui dalam keadaan bogel itu sempat dimandikan dulu sebelum dicampak sama ada melalui tingkap dapur atau bilik apartmen berkenaan.
Menurut Arjunaidi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Risau anak mati lagi
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
mohdhelmi@hmetro.com.my
Mas Enzati Abd Manap, 25, berkata, kedaifan hidup menyebabkan dia gagal mendapatkan rawatan terbaik untuk kedua-dua anaknya hinggalah Muhammad Danial Hakimi Mohd Firdaus, meninggal dunia tahun lalu ketika berusia empat tahun.
Enggan perkara sama berulang, dia mengharapkan sumbangan orang ramai membolehkan anak ketiganya, Nur Dhaniyah Husna, 11 bulan dibedah kerana kini kepala anak kecil itu membesar pada ukuran 48 sentimeter.
“Saya sangat memerlukan RM15,000 untuk pembedahan anak demi menyelamatkan nyawanya. Keluarga kami memang tidak terdaya akibat kemiskinan hidup,” katanya.
Harian Metro yang mengunjungi keluarga itu, mendapati Nur Dhaniyah begitu menderita apabila bahagian kepalanya membesar difahamkan mengandungi air menyebabkannya membengkak.
Dibelasah angkara hutang teman wanita
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Aizat, 26, berkata ketika dia berada di rumah tiba-tiba datang seorang lelaki berusia 30-an bertanyakan mengenai bekas teman wanitanya, kira-kira jam 10 malam.
Menurutnya, selepas memaklumkan wanita berkenaan sudah tidak tinggal bersamanya, lelaki itu mengugutnya untuk bertanggungjawab ke atas hutang yang dipinjam bekas teman wanitanya itu.
“Disebabkan enggan membayar bagi pihak bekas teman wanitanya itu, lelaki terbabit naik angin sebelum mendakwa dirinya sebagai anggota polis sebelum memaksa saya keluar dengannya untuk berjumpa dengan rakannya.
“Saya kemudian dibawa ke kawasan sebuah kuil sebelum ditumbuk, ditendang selain dicucuh dengan pemetik api di tangan. Sebaik selesai dibelasah kumpulan itu meninggalkan saya ,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Beliau berkata, lelaki itu turut mengugut untuk menyita rumahnya.
Dia membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.
5 tahun mohon niaga secara halal
Oleh Rosyahaida Abdullah
rosyahaida@hmetro.com.my
rosyahaida@hmetro.com.my
“Apa yang kami harapkan sekarang supaya pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dapat membina lot kedai di sekitar kawasan sini untuk kami. “Terdapat banyak padang di sekitar PPR (Projek Perumahan Rakyat) ini yang saya rasa satu daripadanya boleh digunakan untuk didirikan premis perniagaan,” kata S Rajagogilah.
Rajagogilah, 37, antara sembilan peniaga di bahu Jalan 1/23c berhampiran PPR Kampung Baru Air Panas, di sini yang kesal dengan tindakan DBKL tidak meluluskan permohonan mereka khususnya bagi mendapatkan lot kedai untuk disewa.
Akibat berniaga secara haram, mereka beberapa kali diberi notis pengosongan tapak serta disaman dan kekecewaan turut disuarakan mengenai gerai mereka yang kerap runtuh malah terbang dibawa angin kuat sementara orang luar pula sewenang-wenangnya dapat menyewa lot kedai di situ.
Menurut Rajagogilah, paling membuat dia kesal apabila permohonannya menyewa rumah sampah di kawasan itu turut ditolak atas alasan ia tidak boleh dijadikan premis perniagaan namun kini ia sudah pun beroperasi sebagai kedai runcit sejak akhir tahun lalu.
“Saya dan peniaga lain cuba memohon kepada DBKL untuk mendapatkan rumah sewa ini kerana lokasinya hanya kira-kira 15 meter dari satu lagi rumah sampah namun ia ditolak.
Peniaga burger dan air, Mohd Nizam Mohd Naam, 24, berkata, timbul tanda tanya jika penduduk yang juga peniaga asal di situ tidak diberi lot kedai sedangkan orang luar begitu senang memperolehnya.
Bagi Lim Geak Kee, 40, yang mengusahakan gerai makanan, dia juga pernah memohon bagi mendapatkan lot di medan selera kira-kira 20 meter dari lokasi gerai mereka sebelum ia dibangunkan lagi, namun gagal.
“Harapan kami sekarang hanya satu, semoga DBKL dapat menyediakan premis perniagaan untuk kami di sini atau memberi lot kedai yang tidak aktif kepada kami yang menjalankan perniagaan dari pagi ke petang,” katanya.
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Sukiman Surahman, ketika dihubungi berkata, pembinaan premis perniagaan terbabit adalah penyelesaian jangka panjang yang memerlukan kajian menyeluruh sebelum dapat dilaksanakan.
Cakar bekas awek
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Difahamkan, lelaki berusia 20-an terbabit pergi berjumpa dengan bekas teman wanitanya itu di sebuah kelab malam di ibu kota bagi berbincang mengenai hubungan mereka sebelum menciumnya, malah mengugut mahu mencederakan gadis terbabit.
Berikutan itu, mangsa berusia 22 tahun itu membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.
Menurut sumber, mangsa dipercayai pergi ke kelab malam berkenaan bersama enam lagi rakannya sebelum didatangi bekas teman lelakinya itu, jam 2 pagi.
“Lelaki terbabit dipercayai meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan mangsa yang mahu memutuskan hubungan cinta mereka. Dia mengajak mangsa berbincang namun mangsa menolak permintaan itu.
Kereta ‘terbang’ rempuh rumah
LAKARAN artis menunjukkan bagaimana kemalangan berlaku.
JURUTERA memeriksa struktur rumah selepas dirempuh.
Dalam kejadian awal pagi semalam itu, sebuah kereta Lexus berwarna perak melayang sebelum merempuh dinding bilik tidur sebuah rumah di tingkat satu yang terletak kira-kira 24 meter dari situ.
Menurut saksi, sebelum itu, pemandu kereta Lexus berkenaan terbabas sebelum merempuh sebuah kereta lain yang diletakkan di kawasan sama. Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta terbabit melambung dan melayang merempuh rumah berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan dinding tingkat atas rumah berkenaan berlubang. “Penghuni rumah itu sedang tidur apabila kereta berkenaan merempuh bangunan mereka kira-kira jam 3 pagi,” katanya. Bagaimanapun, pasangan suami isteri serta dua anak mereka yang ada di situ ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu kereta Lexus itu pula, katanya, hanya mengalami kecederaan ringan.
“Dua lelaki yang jadi penumpang juga dihantar ke hospital kerana kecederaan ringan,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis Epsom di Surrey berkata, selain bilik tidur utama, bilik air di sebelahnya juga rosak. “Lima kereta, satu peti surat dan pagar juga rosak,” katanya. Seorang jurutera struktur menyiasat tempat kejadian bagi memastikan bangunan itu selamat ketika polis menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana ia boleh berlaku. - TS
27 kilogram kokain dalam bagasi
Ia kejayaan terbaru dalam rampasan kokain yang disembunyikan dalam bagasi untuk penerbangan ke bandar raya di Amerika Syarikat tahun ini.
Pegawai anti-narkotik, James Singh berkata, dadah itu ditemui dalam beg dalam sebuah pesawat Caribbean Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan.
Sehubungan itu, polis menahan lapan kakitangan syarikat penerbangan dan lapangan terbang.
Dua belas pekerja dipecat awal tahun ini selepas seorang lelaki mencampakkan beg berisi 23 kilogram kokain di kawasan lapangan terbang itu. - AFP
17 mayat mangsa keganasan dadah ditemui
Polis menemui mayat itu ketika keganasan antara kumpulan dadah meningkat berikutan penahanan dua ketua kumpulan utama baru-baru ini.
“Saksi mendakwa melihat beberapa orang tiba dengan van dan mencampakkan mayat itu,” kata pendakwa raya negeri Jalisco, Tomas Coronado.
Mayat itu ditemui berhampiran bandar perladangan, Tizapan, berhampiran sempadan dengan Michoacan.
Setakat ini, tidak ada tangkapan dibuat dan belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab.
Kira-kira 60,000 orang mati akibat keganasan berkait dengan dadah di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon mengarahkan tentera persekutuan menangani masalah penyeludupan bahan itu pada 2006.
Perang antara kartel membabitkan perebutan laluan penyeludupan ke Amerika Syarikat dan penguasaan ke atas sindiket tempatan. - AFP
Pengguna tandas di hotel mewah terkejut aksi diperhati
Pelanggan Kelab Boom Boom Boom di Hotel Standard di Manhattan dapat melihat ke luar melalui kaca yang menjadi lantai, dinding dan siling di tandasnya.
Pada masa sama, kaca itu juga membolehkan orang lain melihat aksi mereka di tandas. Keadaan itu membimbangkan sesetengah pengguna tandas kerana tiada sebarang notis diletakkan mengenai situasi berkenaan. Lebih memalukan, sesetengah aksi mereka turut dirakam orang tidak dikenali yang melihat mereka dari bawah. Pelancong dari Melbourne, Australia, David Langdon, 55, berkata melihat ke luar dari tandas itu memang menyeronokkan.
“Tetapi pemandangan di dalam tandas amat menakutkan,” katanya. Menurut Langdon, dia melihat pejalan kaki melambai ke arahnya dari bawah.
Katanya, keadaan itu bukan sesuatu yang diharapkan apabila seseorang membuang air. Deretan mangkuk tandas pada dinding bilik itu dibina berhampiran dengan tingkap kaca dan ia membolehkan orang lain melihat setiap pergerakan yang ada di situ. Pemilik premis itu juga tidak memasang langsir atau bidai bagi melindungi pengguna tandas berkenaan. Menurut sumber, hotel berkenaan memang popular di kalangan selebriti.
Antara bintang yang pernah menggunakan tandas itu ialah Leonardo DiCaprio dan Cameron Diaz. Walaupun ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati, sesetengah pengguna lain tidak keberatan aksi mereka dalam tandas menjadi tontonan. Malah, ada antara mereka sempat melambai ke arah orang lain yang melihatnya dari bawah. Pengurus hotel berkenaan pula enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi media. - DM
'JAWI boleh rampas buku tanpa perintah pengharaman KDN'
Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) boleh merampas buku-buku
kontroversi mengenai Islam, walaupun tanpa Kementerian Dalam Negeri
mengharamkan buku-buku seumpama itu.Ini merupakan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang difailkan terhadap permohonan semakan kehakiman yang dibuat kepada Mahkamah Tinggi oleh kedai buku Borders berhubung tindakan JAWI merampas buku tulisan pengarang Kanada, Irshad Manji (foto atas).
Ini, menurut kalangan pengamal undang-undang, bermakna JAWI boleh mengatasi kuasa menteri dalam negeri dan merampas sebarang buku tanpa arahan dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian tersebut.
Hishammuddin dalam afidavitnya itu menyatakan bahawa walaupun tiada perintah pengharamannya pada hari buku itu dirampas, JAWI mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kerana buku itu melanggar Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 .
Katanya, rampasan tersebut boleh dilakukan oleh JAWI di bawah undang-undang berkenaan, tanpa sebarang perintah pengharaman daripada kementerian.
Menteri dalam negeri telah diarahkan menjawab permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Berjaya Books Sdn Bhd, yang mengendalikan kedai buku Borders, bersama-sama dengan pembantu pengurus besarnya, Stephen Fung dan pengurus kedai buku Borders di Gardens Mall, Nik Raina Nik Abdul Aziz.
Nik Raina (kiri) didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada bulan Jun atas tuduhan mengedarkan buku kontroversi - Allah, Kebebasan dan Cinta - tulisan Manji.
Berjaya Books telah mencabar kes itu di Mahkamah Tinggi dan menamakan JAWI, kementerian dalam negeri, menteri yang menjaga hal-ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri, sebagai responden.
JAWI merampas buku tersebut dari kedai buku Borders di Gardens Mall pada 23 Mei, manakala kementerian dalam negeri hanya mengisytiharkan pengharamannya enam hari kemudian - pada 29 Mei.
[Baca berita penuh]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan