Ternakan Ikan Sangkar : Penjana Pendapatan
Latar belakang Projek
- Projek ini dipilih memandangkan Daerah Pekan mempunyai kawasan yang sesuai untuk projek ini di Sungai Pahang yang luas.
- Projek ini sudah menjadi antara aktiviti ekonomi utama yang terbukti memberi hasil yang baik kepada pengusaha.
Latar belakang Peserta
- Peserta daripada golongan Miskin daripada senarai eKasih Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri
- Peserta akan ditempatkan bersama dengan (Mento) yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ternakan ikan sangkar khususnya ter-nakan ikan Patin dan Talapia.
- Perseta akan mendapat tunjuk ajar secara terus dalam proses pengurusan ternakan dan sebagainya.
Latar belakang Mentor
- Mentor mengusahakan ikan ternakan ikan dari tahun 2004 bersama FAMA dan mempunyai bilangan sangkar sebanyak 24 buah, lapan buah ( 10 x 10) dan 16 (20 x 10) sangkar.
- Memiliki pusat jualan ternakan ikan sangkar milik sendiri, yang dibantu khusus oleh FAMA
- Hasil ternakan ikan di gerai jualan runcit yang dibangunkan oleh FAMA di bawah Cawangan Akualkultur.
- Hasil ternakan diambil oleh pemborong/peraih untuk memenuhi pasaran tempatan.
Kos Pengeluaran Bagi Peserta
Kos pengeluaran yang terlibat bagi aktiviti ini adalah :
Kos pengeluaran yang terlibat bagi aktiviti ini adalah :
- Sangkar ternakan 20 kakix 10 kaki : 3,500 /unit
- benih ikan : RM 720.00/sangkar
- makanan ikan : RM3,795 /sangkar seh-ingga boleh dipasarkan
- elaun sara hidup : RM 350 x 5 Bulan = RM 1750,00
- lain-lain peralatan kecil dan pentadbi-ran : mengikut keperluan semasa
Kos
keseluruhan pengeluaran peringkat pertama melibatkan 2 unit sangkar
berukuran 20 kaki x 10 kaki = RM19,240.00 termasuk elaun sara hidup RM
350 / Bulan
Kos untuk pusingan kedua dan sete rusnya adalah dianggarkan sebanyak RM10,780
Semua
kos pusingan pertama di atas akan ditanggung oleh pihak FAMA dan
disalurkan secara bersistem dan berperingkat serta dipantau oleh pegawai
FAMA dan juga mentor yang dilantik.
Manakala kos operasi pusingan kedua akan diambil dari keuntungan jualan pusingan pertama dan seterusnya.
Pulangan
Berdasarkan kepada kos-kos yang terlibat di atas, perkiraan pulangan akan dibuat di atas perbelanjaan modal operasi semusim dan selepas itu akan membawa kepada pengiraan pulangan modal yang dilaburkan bagi pembinaan sangkar ternakan.
Berdasarkan kepada kos-kos yang terlibat di atas, perkiraan pulangan akan dibuat di atas perbelanjaan modal operasi semusim dan selepas itu akan membawa kepada pengiraan pulangan modal yang dilaburkan bagi pembinaan sangkar ternakan.
Perkiraan bagi pulangan semusim (ikan tilapia dan patin) bagi dua sangkar adalah :
- benih ikan : RM720 x 2 = RM1,440.
- makanan ikan : RM3,795 x 2 = RM7,590
- Pendahuluan sara hidup peserta : RM350 x 5 bulan = RM1,750 jumlah kos pengeluaran : RM10,780
- harga jualan : RM8.00/kg
- purata kasar kuantiti ternakan yang dikeluarkan : 1000kg/sangkar
- jumlah jualan : RM8.00 x 2000 kg = RM16,000
- keuntungan : RM16,000 - RM10,780 = RM5,520/semusim
Ini
adalah perkiraan kasar yang dibuat bagi semusim. Bilangan sangkar yang
dicadangkan kepada setiap peserta adalah sebanyak dua buah sangkar
menepati jumlah pendapatan yang digariskan. Jika dicampurkan dengan elaun sara hidup setiap bulan dan keuntungan jualan dihujung musim, peserta akan mendapat pendapatan kasar sebulan sebanyak RM1,044.
menepati jumlah pendapatan yang digariskan. Jika dicampurkan dengan elaun sara hidup setiap bulan dan keuntungan jualan dihujung musim, peserta akan mendapat pendapatan kasar sebulan sebanyak RM1,044.
Kawalan
Semua
projek yang dicadangkan ini akan dipantau oleh mentor yang dilantik
disamping pegawai FAMA di Daerah Pekan ini, di mana lokasi sangkar
adalah berhampiran dengan mentor ataupun bersama dengan mentor.
Peserta pula akan diwajibkan mengikuti beberapa peraturan :
- kursus ternakan
- kursus pengurusan ikan dan sangkar
- buku kedatangan kerja dan rekod kewangan
- buku akaun AGROBANK
Peserta
- Jumlah peserta yang dicadangkan adalah seramai 10 orang / sebagai peserta sokongan.
- Peserta yang dipilih ini adalah mereka yang tinggal berhampiran dengan sun-gai Pahang.
Pasaran
- Semua hasil dibeli oleh FAMA sen diri melalui Pusat Operasi Akuakultur Lanchang dan juga diuruskan oleh mentor. Harga yang ditawarkan adalah mengikut persetujuan pusat dengan bersandarkan harga pasaran semasa.
- FAMA juga menggalakan pengusaha menjual sendiri secara kecil-kecilan bagi membolehkan hasil pendapatan yang tinggi.
Paparan : 12710
Tarikh Akhir Dikemaskini : 26 Mac 2012
Lemak Ikan Patin
Memilih lemak yang bagus untuk tubuh badan sebenarnya tidak terhad kepada memilih minyak masak sahaja. Hakikatnya lemak ‘sihat’ ini terkandung dalam berbagai lagi sumber-sumber semulajadi yang SS rasa patut dimasukkan dalam diet seharian kita. Ini termasuklah menerusi sumber kekacang dan ikan yang tinggal di kawasan sejuk.
Ikan patin merupakan salah satu ikan air tawar yang kaya dengan lemak ikan yang bagus untuk kesihatan kita. Ahli-ahli arkeologi sebelum ini mendapati mereka yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan laut beberapa ratus tahun dahulu di sebuah kawasan di Eropah hidup jauh lebih lama berbanding mereka yang tinggal di kawasan pedalaman (hutan). Malah, kita boleh lihat sendiri kebanyakkan rakyat Jepun dan Korea yang mengamalkan gaya hidup tradisional (banyak makan sumber berasaskan laut) mampu hidup melebihi usia 100 tahun. Semua ini dikaitkan dengan rahsia sebenar lemak yang terkandung dalam ikan, yang mana ia membantu mempertingkatkan lagi kesihatan kardiovaskular disamping meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dalam darah.
Asid lemak omega 3 telah terbukti secara klinikal penting untuk kemandirian tubuh (fungsi utama membrane sel), di samping mencegah kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti stroke, sakit jantung dan diabetes. Walaubagaimanapun, sejak zaman nabi Adam lagi tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3 dengan sendiri (badan kita hanya boleh menghasilkan asid lemak tepu yang dijadikan sebagai ‘sumber makanan jangka masa panjang’ dan sebagai penebat haba di bawah kulit). Maka dengan itu, hanya terdapat satu cara sahaja kita boleh mendapatkan omega 3, iaitu melalui diet. Pengambilan makanan-makanan semulajadi yang kaya dengan EFAs (seperti ikan, sumber kekacang) di samping supplemen lemak ikan (jika anda fikir diet anda kurang EFAs) amat membantu dalam mendapatkan sumber EFAs yang diperlukan.
Kalau anda perhati betul-betul, anda dapat lihat garisan-garisan lemak ikan patin pada isinya di sini.
After
I’m done with my GF’s wedding, I head over to Pekan Temerloh to have
superb Gulai Tempoyak Ikan Patin. As I arrived at food court, wow the
crowd is massive and diverse - families, couples, people in uniforms
(policeman, nurse etc) and big bikers. The seat was full and I decided
to take away the gulai since i’m still full from the wedding.
I got an opportunity to ask the aunty who cooks the Gulai Tempoyak. The fish is actually not wild from the river, they are actually reared in the river itself. They are in cages and still able to swim around with fresh, flowing river water running through ensuring the fishes have a clean, wholesome taste. They cook the gulai on the premises and served instantly. So that the gulai lover get freshly cooked gulai tempoyak right on the table.
A whole fish divided into two parts only – head and tail. Each part cost RM10, worth it. So I got my gulai tempoyak for my dinner. The gravy is tasty like no other, hearty, thick enough and fantastic. The color is great and just right. I don’t need any other adornment, just gulai tempoyak itself. The fish is so fresh, no fishy taste and it is so soft. Perfect and thumbs up aunty.
My
brother and I managed to finish one part each (both head part), it
sounds a lot but yes we did. This is addictive as the next morning my
brother said he keeps thinking of the gulai tempoyak that we had last
night. FYI, I don’t take both durian and tempoyak. I cant stand the
smell but gulai tempoyak, I cant even resist it! Especially during
Ramadhan, gulai tempoyak is a must have for my family. So for the Gulai
Tempoyak Ikan Patin lovers out there, I enclosed a recipe that I
heritage from my late mom.
You´ll need:
Ikan Patin, cut into 1.5 inch thick
Bird eye chili, blended – Quantity depends on your liking
A handful of red chili, blended
About 2cm of fresh turmeric, blended
2 stalks lemon grass, pounded
1 leave of turmeric
1 cup tempoyak (durian paste)
Old cucumber, peeled, cut into cubes
Water
Salt and sugar to add taste
Wash the cut fish with tamarind juice for 2 minutes to get rid the fishy smell.
Add water into pot and bring the water boil.
Add
tempoyak, bird eye chili, red chili, fresh turmeric, lemon grass and
turmeric leave. Mix the ingredients and simmer for about 5 minutes.
Once the gravy is boiling, add the patin and cook under low heat. Season with salt and sugar.
Switch off the heat and add cucumber.
Have a great weekend, everyone!
JERANTUT : Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram.
Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar di daerah ini mendapati patin muncung pasti menjadi pilihan terutama di hujung minggu iaitu apabila anak penduduk yang pulang dari perantauan untuk menjalani ibadat puasa bersama keluarga masing-masing. Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.
Patin muncung, jelawat, temoleh, tapah, patin perak, patin buah, tenggalan, gerahak, baung kenderak, baung akar dan kerai adalah antara ikan sungai yang sering diburu penduduk setempat setiap kali ke pasar kerana rasanya yang enak jika dijadikan masak tempoyak, pais tempoyak, gulai rom dan masak asam belimbing buluh.
Seorang peniaga di pasar besar Jerantut, Ruslan Wahab, 54, berkata permintaan ikan sungai sentiasa mendapat sambutan pembeli walaupun harganya mahal. “Saya mendapat bekalan ikan dari nelayan sungai di Kampung Pulau Mangsuk, Lada, Batu Embun, Jerantut Feri dan Kuala Teh. Biasanya ikan sungai yang dijual akan habis dalam masa sejam saja kerana pembelinya tetap ada walaupun harga ikan sungai asli cukup mahal.
“Ada kala, nelayan sungai selama ini menjadi pembekal, tidak dapat memenuhi permintaan kami kerana ada juga pelanggan sudah menunggu di jeti semata-mata mahu mendapatkan ikan sungai segar. “Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram,” katanya.
Katanya, harga bagi ikan sungai asli yang lain seperti temoleh mencecah RM40 sekilogram, juara (RM24), tapah (RM60), patin buah (RM100), tenggalan (RM80), baung kenderak (RM24), gerahak (RM55), baung akar (RM40), kerai kunyit (RM30) dan kerai jelawat (RM60).
Katanya, ikan sungai asli sering mendapat permintaan ramai kerana rasa isinya yang jauh lebih sedap berbanding ikan sungai diternak dalam sangkar. Sumber http://www.hmetro.com.my
AAP - Amacam ada yang berani memakanya?? Gamaknya berapa harga sepotong ikan tersebut kalau sudah dimasak gulai tempoyak? Moralnya sila pastikan apa jenis ikan yang telah anda order sebelum memakanya :) tanya berapa harganya terlebih dahulu. Mahu jadinya RM280 x 33 KG = RM9,240 ringgit :)
Wassalam, Wa'allahhualam.
RAJA SEGALA IKAN (PATIN MUNCUNG) MENCECAH HARGA RM280 - RM300 SEKILOGRAM DI JERANTUT
JERANTUT : Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram.
Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar di daerah ini mendapati patin muncung pasti menjadi pilihan terutama di hujung minggu iaitu apabila anak penduduk yang pulang dari perantauan untuk menjalani ibadat puasa bersama keluarga masing-masing. Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.
Patin muncung, jelawat, temoleh, tapah, patin perak, patin buah, tenggalan, gerahak, baung kenderak, baung akar dan kerai adalah antara ikan sungai yang sering diburu penduduk setempat setiap kali ke pasar kerana rasanya yang enak jika dijadikan masak tempoyak, pais tempoyak, gulai rom dan masak asam belimbing buluh.
Seorang peniaga di pasar besar Jerantut, Ruslan Wahab, 54, berkata permintaan ikan sungai sentiasa mendapat sambutan pembeli walaupun harganya mahal. “Saya mendapat bekalan ikan dari nelayan sungai di Kampung Pulau Mangsuk, Lada, Batu Embun, Jerantut Feri dan Kuala Teh. Biasanya ikan sungai yang dijual akan habis dalam masa sejam saja kerana pembelinya tetap ada walaupun harga ikan sungai asli cukup mahal.
“Ada kala, nelayan sungai selama ini menjadi pembekal, tidak dapat memenuhi permintaan kami kerana ada juga pelanggan sudah menunggu di jeti semata-mata mahu mendapatkan ikan sungai segar. “Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram,” katanya.
Katanya, harga bagi ikan sungai asli yang lain seperti temoleh mencecah RM40 sekilogram, juara (RM24), tapah (RM60), patin buah (RM100), tenggalan (RM80), baung kenderak (RM24), gerahak (RM55), baung akar (RM40), kerai kunyit (RM30) dan kerai jelawat (RM60).
Katanya, ikan sungai asli sering mendapat permintaan ramai kerana rasa isinya yang jauh lebih sedap berbanding ikan sungai diternak dalam sangkar. Sumber http://www.hmetro.com.my
AAP - Amacam ada yang berani memakanya?? Gamaknya berapa harga sepotong ikan tersebut kalau sudah dimasak gulai tempoyak? Moralnya sila pastikan apa jenis ikan yang telah anda order sebelum memakanya :) tanya berapa harganya terlebih dahulu. Mahu jadinya RM280 x 33 KG = RM9,240 ringgit :)
Wassalam, Wa'allahhualam.
HIDANGAN IKAN PATIN RM 13,000 MAHAL TU.....
WAH..WAH....WAH......
Ikan patin berharga RM 13,000 setelah di masak di Temerloh.....
Mahalnya......memang untuglah tokey kedai patin ni......Puluh ribu boleh dapat satu hari jual ikan patin....
memang betul-betul mencekik darah ni..... Kalau aku orang kaya pun...fikir berapa kali nak makan ikan patin ni...
Semoga kita sebagai
pengguna tidak terperangkap dengan tokey-tokey restoren ikan patin yang
kat temerloh ni....kena tanya harga dulu...jangan makan dulu........
Berikut merupakan berita mengenai perkara ini :-
Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut
seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau
membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan
baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan
sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Bernama
difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara
RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga
RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan
patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan
putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan
serta banyak lemak.
Ketua
Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta
restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga
atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan
orang ramai.
Mereka
yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga
RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.
Ikan Patin Goreng Berempah
Biasanya
kalau ikan patin orang suka masak lemak cili padi dengan tempoyak atau
masak asam pedas. Jarang pula terdengar ikan patin goreng. Selama ini
Amie pun tidak pernah buat tapi hari ini Amie goreng ikan patin. Dua
hari lepas Encik Suami bawa pulang ikan patin yang siap dipotong dan
dibersihkan. Siapa lagi kalau bukan kakak ipar kesayangan kami yang
beri. Amie teringat seorang rakan baik Amie yang sekarang mengusahakan
restoran masakan kampung di Pelabuhan Kelang. Tahun lepas, kami sempat
berbual-bual tentang pelbagai resepi dan bila Amie sebut tentang ikan
patin, dia mencadangkan Amie goreng dengan memerap terlebih dahulu
dengan beberapa jenis bahan. Amie sebenarnya sudah terlupa bahan yang
disebutkannya kecuali halia dengan serai. Petang tadi Amie cuba idea
untuk menggoreng ikan patin mengikut resepi tersendiri dan ternyata
hasilnya disukai oleh Encik Suami dan anak-anak. Buat rakan baik Amie,
Raja Halizah Raja Ali, terima kasih memberi cadangan untuk goreng ikan
patin walaupun Amie sudah terlupa apa bahan yang sepatutnya digunakan
sebagai pemerap. Semoga perniagaan restorannya bertambah maju dan
bolehlah kongsi resepinya yang lain pula.
Resepi: Ikan Patin Goreng Berempah
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin - bersihkan, belah 2 dan potong ikut citarasa
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
garam & perasa pilihan
minyak
Bahan kisar untuk memerap:
2 biji cili merah
5 batang serai
3cm halia
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu bteh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara:
1. Perap ikan patin bersama bahan pemerap, pati asam jawa, garam dan kunyit selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
3. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Amacam? Ada berani? Boleh cuba..... jangan takut!
Asam Pedas Ikan Patin
Monday, July 30, 2012
First time aku masak and makan asam pedas ikan patin...selalunya aku
masak patin buat masak lemak tempoyak je...tapi disebabkan tak jumpa
tempoyak, en.osbon aku suggest buat asam pedas je...
asam pedas pun asam pedas laaa...janji boleh makan ikan patin ni untuk berbuka.... ;)
nak masak asam pedas ni senang je...main campak itu, campak ini dalam
periuk, then buka api, tunggu la sampai
mendidih...then...taaarrrraaaaa...cepat, mudah dan sedap...nyum nyum...
meh aku sharekan resipi asam pedas versi campak campak aku....hehehe...
Ikan patin
Bunga Kantan
Asam Keping
Perencah Asam Pedas
Rempah Giling Asam Pedas *kalo ade la...
Daun Kesom
Bendi
Garam
Air *agak-agak la banyak mane kuah yang korang nak k
masukkan semua dalam periuk....then terus masak...
sangat sesuai untuk wanita yang bekerja...yang balik umah, nak cepat
siap masak makanan berbuka...buat masak camni je...hehehe...
selamat mencuba...
Ikan Patin Masak Tempoyak
Masakan - Ikan |
Share |
Ikan Patin Masak Tempoyak
Sumber resepi: tq77 myresipi.com
Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu) ( ni ros tak letak)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asaam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas) ( ni tak letak pun takpe)
Cara-cara
1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.
2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.
3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba
4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.
( cara ros, kunyit hidup, cili padi, bawang kecil dan tempoyak tu, ros blender dengan secawan air, tapi ros akan pastikan lada tidak terlalu halus dikisar).
gulai ikan patin masak tempoyak ku..siap kepala ikan lagi tu....: )
suke akan aroma bunga kantan dan daun kesum tu
kuahnye lagi pekat lagi sedap...
Nota: Kalau nak ganti ikan patin ni dengan ikan baung pun boleh,
sedap juga, dan nak letakkan dua tiga biji belimbing buloh pun boleh.Ikan Patin
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikan Patin | |
---|---|
Conservation status | |
Secure
|
|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Bertulang belakang |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Siluriformes |
Keluarga: | Pangasiidae |
Genus: | Pangasius |
Spesies: | P. hypophthalmus |
Nama binomial | |
Pangasius hypophthalmus (Sauvage, 1878) |
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
- Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
- Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
- Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
- patin Buah
- Patin Mucung
- Patin Juara.
Industri
Ikan patin sangkar dijual pada harga RM10 hingga RM14 sekilo di sekitar daerah Temerloh, Jerantut dan Bera. Manakala harga ikan patin sungai boleh mencecah RM180 sekilo bergantung kepada jenisnya.[1]Rujukan
Ikan Patin
kat sini la tempat aku lahir dan dibesarkan.. sebenarnye aku nak bagitau yang aku dah ade kat umah, balik sempena nak puasa nanti.. first day puasa kene la dengan family kan..
aku nak tulis pendek je ni.. nah, tengok dulu ikan-ikan patin bagi sesiapa yang tak kenal macam mana rupa ikan patin ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan