Penerbit Innocense of Muslims dijel
28 September 2012
"Mahkamah kurang percaya dengan defendan pada masa sekarang," kata Hakim Suzanne H Segal, semalam.
Segal juga berkata, Nakoula membawa "kemudaratan kepada komuniti."
Nakoula, disoal siasat oleh pihak berkuasa persekutuan awal minggu lalu, ditahan awal semalam, lapor Los Angeles Times.
Pendakwa raya persekutuan berhujah petang semalam bahawa penerbit filem itu mengundang bahaya dan seharusnya diletakkan dalam tahanan.
Bagaimanapun peguamnya berhujah Nakoula sewajarnya dibebaskan atas bon.
Malah peguamnya berkata, anak guamnya berhadapan dengan bahaya di penjara persekutuan di Los Angeles kerana ia menempatkan ramai tahanan beragama Islam.
Peguam itu menafikan Nakoula melanggar apa-apa terma pemantauan.
Nakoula pernah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan menipu bank. Dia ditahan pada 2009.
Di bawah tempoh pemantauan, Nakoula tidak dibenar menggunakan atau memiliki perkakasan yang membolehkannya akses kepada Internet tanpa kelulusan pihak pemantau.
Kesal ruang solat ala kadar
28 September 2012
Naib Presiden Nube Malaysia, Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa cawangan bank di negara ini yang mengabaikan tanggungjawab itu dan ada juga pengurusan yang hanya menyediakan ruang solat ‘ala kadar’ seolah-olah tidak menghormati agama Islam.
“Solat adalah Fardu Ain bagi setiap orang Islam dan mana-mana majikan seharusnya lebih sensitif terhadap keperluan menyediakan ruang solat di tempat kerja.
“Kegagalan menyediakan kemudahan seperti ini hanya akan menggalakkan seseorang pekerja Islam itu tidak dapat menjalankan kewajipan solatnya seperti yang dituntut oleh Islam,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) di sini semalam.
Abdul Jamil berkata, pihaknya mendapat aduan ada sebuah cawangan bank di cawangan utara yang menyediakan ruang solat berhadapan dengan tandas yang digunakan oleh semua kakitangan bank berkenaan dan ruang solat berkenaan hanya dipisahkan dengan pengadang yang usang dan langsir.
Katanya, terdapat juga beberapa cawangan bank yang menyediakan ruang solat di dalam bilik penjana kuasa elektrik, di bawah tangga dan tempat yang tidak bersesuaian.
“Nube amat terkilan dengan sikap pengurusan bank yang tidak sensitif dan menghormati agama Islam sedangkan solat dan kerja kedua-duanya adalah ibadah.
“Bank membuat keuntungan berjuta-juta dan mereka mampu menyediakan tempat yang mewah dan selesa untuk pelanggannya namun ruang solat yang selesa untuk kakitangan mereka sendiri mereka tidak boleh lakukan. Kononnya mereka mengamalkan prinsip korporat sosial dan aktiviti kebajikan di luar bank tetapi dengan kakitangan sendiri telah diabaikan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa JHEAINPP mengambil tindakan sewajarnya dan mengeluarkan garis panduan kepada semua pengurusan bank agar dapat menyediakan ruang solat sewajarnya.
Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13
28 September 2012
Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.
“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.
"Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.
Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.
Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.
“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.
“Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, 'Demi ALLAH'.
Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan.
“Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni,” katanya.
Bajet 2013 peluang akhir BN tarik pengundi
28 September 2012
Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, Dr Azman Ibrahim berkata, mengambil kira Bajet 2013, sudah tentu kerajaan akan memastikan belanjawan tersebut dimanfaatkan terlebih dahulu kepada rakyat.
Beliau turut menyifatkan bajet tersebut sebagai peluang terakhir BN untuk menarik rakyat bersama-sama mereka pada pilihan raya umum akan datang.
“Amat tidak bijak jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan PRU13 sebelum memanfaatkan belanjawan tersebut kerana inilah kesempatan terakhir pihak terlibat untuk tarik pengundi,” katanya.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan PRU13 tidak akan berlangsung tahun ini, lantas mengaburkan spekulasi pelbagai pihak kejutan bakal berlaku November ini.
Ini kerana katanya, perlu bagi Najib menggunakan sepenuhnya mandat pemerintahan lima tahun pemerintahan BN sejak 2008 sebelum PRU berlangsung.
Azman yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar negeri bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bimbang terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap pembangkang.
Beliau memberitahu, pembangkang tidak ketandusan isu sama ada peringkat setempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) atau peringkat nasional.
“Kita yakin rakyat bersama-sama tetapi kita tidak boleh jangka dan secara umumnya apa yang dikemukakan kerajaan itu kita istilahkan sebagai gula-gula kepada rakyat. Rakyat bijak menilai untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
'Bajet 2013 jangkaui pilihan raya'
27 September 2012
Bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan sosial yang mampan selain daripada mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemat, belanjawan itu akan lebih kepada "pengembangan sedikit tetapi lebih berhemat", kata mereka.
Perbelanjaan kerajaan persekutuan pada 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion dan ini bermakna yang perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.
Ini termasuklah rumah mampu milik, pengangkutan awam yang lebih baik, keselamatan awam, kemudahan pendidikan dan latihan, peluang perniagaan dan pelaburan yang lebih meluas.
Para pegawai itu menegaskan yang sementara sesetengah pihak lebih cenderung
melabelkan Bajet 2013 sebagai "belanjawan pilihan raya" berikutan programnya yang lebih berpusat kepada rakyat dan masa/tempoh untuk pilihan raya
umum dijangka antara sekarang dan bulan Jun tahun depan, seseorang itu tidak seharusnya lupa yang memperbaiki kehidupan rakyat telah menjadi seruan lantang Najib sejak ia memegang jawatan itu pada April 2009.
Belanjawan itu, tegas mereka, adalah seiring dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang akan mengambil kira aspirasi rakyat
untuk kehidupan yang lebih baik dan bersandarkan kepada asas-asas ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Dalam Belanjawan 2012 yang diumumkan tahun lepas, Najib, yang juga Menteri Kewangan memilih tema "Dasar Transformasi Nasional: Membela Rakyat dan Menyejahterakan Negara."
Dalam kata lain, falsafah Belanjawan 2013 melangkaui pilihan raya umum.
Sebaliknya, ia bersedia ke arah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat seperti meringankan kos kehidupan, memperbaiki penjagaan
kesihatan, memajukan modal insan dan mengembangkan infrastruktur asas di
kawasan-kawasan kurang membangun, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Sehubungan itu, para pegawai itu berkata, Najib, sebagai "game-changer" dalam transformasi politik dan ekonomi negara, akan memastikan yang Bajet 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar,
yang pendapatan bulan antara RM5,000 dan RM10,000.
Sudah banyak didebatkan yang belanjawan-belanjawan negara sebelum ini lebih
terpencong ke arah kemiskinan luar bandar sementara penduduk bandar kelas
pertengahan kerap kali diketepikan.
Kita letak itu ketepi, kesejahteraan komuniti/masyarakat secara keseluruhannya -- penduduk luar bandar, wanita, belia, kakitangan awam dan perniagaan -- akan turut diberi perhatian bagi menggerakkan negara ke hadapan
serta menyediakan penampan terhadap sebarang situasi luaran yang tidak menentu terutamanya pergolakan yang tercetus dari Eropah, tahun depan.
Ini bermakna kesinambungan dasar perlu bagi merancakkan lagi ekonomi domestik, yang telah menyaksikan pertumbuhan yang agak menggalakkan tahun ini, terutamanya dalam sektor-sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan.
Pelaksanaan beberapa Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) turut memberikan banyak rangsangan kepada ekonomi tempatan.
Ini terutamanya jelas dilihat dengan kerancakan pelaburan sektor persendirian selain daripada pengembangan pasaran modal tempatan menerusi
kejayaan tawaran awam permulaan (IPO) berprofil tinggi seperti Felda Global Ventures Holdings Bhd dan IHH Healthcare Bhd, permodalan pasaran Bursa Malaysia yang lebih baik dan meningkatnya tarikan kewangan Islam dalam pasaran kewangan global.
Berikutan kejayaan pasaran modal tempatan dan peranan penting Malaysia dalam penerbitan bon-bon sukuk, kerajaan dijangka memperhebatkan lagi insentif untuk pasaran modal sebagai pemboleh kepada pertumbuhan ekonomi.
Mengenai isu pengurusan kewangan berhemat, para pegawai itu berkata yang kerajaan akan kekal komited untuk terus menurunkan defisit fiskal kepada sekitar
4.0 peratus pada 2013 daripada 4.5 peratus pada 2012 dan 3.0 peratus menjelang 2015.
Ditanya bagaimana ia akan dilaksanakan walaupun belanjawan itu merupakan "belanjawan dengan pengembangan yang sedikit", mereka menjelaskan yang ia akan dilakukan menerusi pengurusan kewangan yang lebih baik, termasuk mengurangkan
pembaziran dan menyalurkan subsidi kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang betul dan sesuai.
Mereka berkata mengurangkan defisit tidak akan menjadi masalah selagi ekonomi tempatan berkembang maju dan kekal berdaya tahan terhadap sebarang situasi tidak menentu persekitaran luaran.
Ditanya sama ada persoalan mengenai duti eksais yang rendah untuk kenderaan bermotor akan ditangani dalam Belanjawan 2013, mereka berkata yang ucapan Najib seharusnya menjuruskan kepada menyemak semula industri automobil negara, di mana mata pencarian lebih daripada 500,000 rakyat yang dikaitkan dengan industri ini berhadapan risiko selain daripada meneliti kebangkitan semula syarikat-syarikat kereta nasional. - Bernama
Lembah Klang, Johor dan NS habis bekalan diesel
28 September 2012
Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak, Datuk Hashim Othman berkata, anggota persatuan di kawasan terjejas memaklumkan kepada pihaknya tentang ketiadaan bekalan diesel itu sejak petang semalam.
"Namun bekalan di stesen minyak di sepanjang lebuh raya mencukupi," katanya kepada Bernama.
Beliau menegaskan, situasi itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian panik oleh pengguna terutama menjelang pembentangan Bajet 2013, hari ini.
"Kehabisan kuota lebih awal pada bulan ini (hari ini baru 27 September) mungkin disebabkan kuota tidak cukup atau mungkin juga berlaku ketirisan dan ia tiada kaitan dengan bajet," katanya.
Hashim berkata kuota diesel yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada pengusaha stesen minyak adalah berbeza mengikut penggunaan pada setiap bulan.
Bagaimanapun, katanya, pengusaha stesen minyak perlu mengemukakan permohonan kepada KPDNKK sekiranya kuota yang diberikan telah habis. - Bernama
Desak siasat bas mewah Khalid
28 September 2012
Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin berkata, Abdul Khalid sendiri mengaku bas itu miliknya dan pernah disewakan kepada PKR untuk tujuan pilihan raya.
Menurutnya, rakyat berhak mengetahui dari mana Menteri Besar itu memperoleh wang memandangkan bas mewah itu berharga RM900,000.
“Rakyat ingin bertanya Menteri Besar dapat duit dari mana untuk beli bas?. Jika dia (Menteri besar) kata dia beli bas dengan pinjaman bank, ia tidak wajar kerana Menteri Besar telah disenarai hitam dan memiliki pinjaman RM60 juta dengan Bank Islam yang sedang di saman.
“Saya percaya dengan status sedemikian, tiada mana-mana bank yang sanggup meminjamkan RM900,000 kepada beliau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut mengesyaki ada penyelewengan daripada Pejabat Menteri Besar apabila bas berkenaan berjenama Dong Feng di bawah syarikat sama membekalkan 50 lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta yang dibeli Kerajaan Negeri.
“Bas berjenama Dong Feng itu dipasang dan diubah suai di sebuah kilang di Rawang yang sama membekalkan 50 lori berkenaan.
"Kita minta polis siasat sama ada berlaku penyelewengan atau tidak,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 semalam dan akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) minggu depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan