Selasa, 25 September 2012

YANG KANTOI...KANTOI LAH...BIARLAH KITA GILA UNTUK DAPAT SYURGA...JANGAN GILA NAK BERKUASA DIDUNIA...DUNIA AKAN MUSNAH...SEDANGKAN SYURGA KEKAL

Ceramah UMUM Pra PRU13 Bersama Pesuruhjaya PAS Selangor
Posted on Monday, September 24 @ 06:08:15 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: Lutfi

"

Ralat:Dr Rani bukan Exco Kerajaan Negeri Selangor. 


http://lutfimj2006.blogspot.com/"



Cap Ayam 'kuasa baru' saingi Aspirasi, ProM USM
Posted on Monday, September 24 @ 15:45:20 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

 
PILIHAN RAYA Kampus (PRK) Universiti Sains Malaysia (USM) yang bermula hari ini menyaksikan kemunculan "kuasa baru" bagi menyaingi Aspirasi Umno dan Pro-Mahasiswa (ProM).

Menggunakan logo Cap Ayam, mereka menggelarkan diri sebagai "Kualiti Bukan Sekadar Nama" dengan meletakkan empat calon di kerusi umum dan empat lagi di peringkat pusat pengajian.

"Mandat mahasiswa terbanyak mampu menjadikan kami 'kuasa baru' yang sederhana dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sungguhpun beberapa pukal mempunyai persepsi yang kurang betul kononnya kami (Cap Ayam) adalah calon bebas mewakili 'kuasa ketiga'," ujar jurucakap Norazrizal Aswad di perkarangan Pusat Penamaan Calon, USM.

Selain Aswad, calon umum lain seperti Kew Si Cheng, Ng Ming Yip dan Saw Jia Ying turut hadir pada sidang media tersebut.

Hadir bersama, calon-calon bagi kerusi Pusat Pengajian seperti, Hanafi Qasim Ahmad (Institut Pasca Siswazah), Muhammad Hazizi Padzil (Sekolah Kemanusiaan), Benjamin Tan (Pengurusan) dan Ramli Salleh (Ilmu Pengurusan).

Dalam perkembangan yang sama, Aswad mempersoal insiden lima calon ProM mengaku sukar untuk mendapatkan tandatangan kebenaran untuk menjadi calon daripada pihak berwajib.

"Sungguhpun kami ("Kualiti Bukan Sekadar Nama") dan ProM mempunyai faham politik yang berbeza, bagi kami, layanan yang menimpa Mereka (jika benar) adalah suatu yang tidak menjunjung imej Universiti.

"Sama ada perbuatan yang tidak menjunjung imej universiti itu termasuk dalam perancangan Task Force 2020 (kendalian) Umno BN atau tidak, biarlah Naib Canselor, Datuk Prof. Omar Osman yang bijaksana siasat dan jelaskan kepada kita (mahasiswa)," ujar beliau.

Sementara itu, Mohd Hafizan Marzuki - salah seorang jurucakap Cap Ayam - mengumumkan untuk menarik beberapa calon di peringkat Pusat Pengajian menerusi laman sosial Twitter beliau.

"Ksama 1 lwn 1 lwn aspirasi di peringkat pusat pengajian. Kami telah menarik diri bagi pusat pengajivan fizik, kimia, biologi, matematik #capAyam"

(https://twitter.com/matpijan/status/248978237370298368)

Aspirasi bertanding di semua 45 kerusi peringkat umum dan Pusat Pengajian. 

ProM sah bertanding di 16 kerusi dan masih berusaha untuk mendapatkan tandatangan kebenaran untuk tiga calon lagi.

Tempoh berkempen adalah bermula pada petang ini sehingga tengah malam Isnin depan.
Manakala, mahasiswa dijadualkan mengundang undi pada Selasa


Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 



Isu Air... MB Pahang cuba menaniaya rakyat Selangor
Posted on Monday, September 24 @ 15:34:36 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Blog ZulMamak



MENTERI Besar Pahang menunjukkan sikap sebenar sebuah kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional apabila tergamak ingin membatalkan konsesi perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor, seterusnya bakal menyebabkan krisis air melanda rakyat negeri Selangor.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengutuk ancaman dan ugutan sebegini seraya menyifatkan nasib rakyat Selangor tidak harus dipertaruhkan di atas tangan Menteri Besar Pahang.

Air adalah keperluan asas, masalah air yang kritikal akan membawa kepada kepayahan rakyat dalam mengurus keperluan harian dan boleh berubah menjadi malapetaka. Adalah tidak wajar seorang Menteri Besar berfikir untuk menaniaya rakyat yang berlainan negeri semata-mata kerana perbezaan parti yang memerintah.

SAMM Selangor mendesak supaya Menteri Besar Pahang menarik balik ugutan yang dilontar. 

SAMM Selangor juga merakamkan rasa pelik mengapa perjanjian air antara Selangor dan Pahang perlu disemak semula sedangkan ada perjanjian air lain yang perlu disemak iaitu perjanjian air antara Malaysia dan Singapura.

Perjanjian berat sebelah yang menawarkan harga air 'tidak masuk akal' itu tidak disemak sehingga hari ini. SAMM Selangor juga mohon supaya dikaji semula bagaimana perjanjian air dengan Singapura ini berlaku berat sebelah.

Inilah perjanjian yang sepatutnya dikaji, disemak dan dibatal bukan hanya kerana ia berat sebelah tetapi kerana ia suatu penggadaian hasil bumi negara kepada Singapura.

Justeru, SAMM Selangor dengan ini menyatakan kekesalan terhadap keberanian Menteri Besar Barisan Nasional yang tidak kena pada tempatnya. SAMM Selangor juga mencabar Umno/BN untuk punya keberanian mengugut kerajaan Singapura untuk menutup bekalan air ke Singapura sekiranya perjanjian berat sebelah tersebut tidak disemak semula.

Mengugut dan mengancam nasib rakyat adalah resam yang tidak boleh ditinggalkan oleh Umno dan Barisan Nasional ketika tertekan dan terdesak, seharusnya menjadi faktor yang besar mengapa Umno/BN wajar ditolak dalam pilihan raya akan datang. 


Azhar Achil, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia

Mahathir mudah lupa... rakyat tak lupa apa hang buat dengan Soros
Posted on Monday, September 24 @ 15:32:14 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter

Artikel di bawah amat popular sewaktu zaman reformasi dulu. Dipersilakan kepada saudara/ri membuat penilaian. Cumanya, yang saya hairan adalah bagaimana mudah Dr Mahathir meminta maaf kepada Soros pada tahun 2006 padahal pada tahun 1997 begitu garang dan bengis sekali Dr Mahathir memaki Soros. 



Sekarang ini Dr Mahathir cuba memaki Soros sekali lagi dengan menuduh Soros sekali lagi. Boleh percaya ka ini orang lagi?




Bosan bila dengar pasal George Soros ni.. Tak habis habis media lidah biawak milik UMNO duk main spin G. Soros ada kaitan dengan Pakatan Rakyat. Macam la parti Syaitan Dikenali ni suci murni mengalahkan minyak masak Seri Murni.. Ada fakta yang pencacai lembUMNO kene kaji sebelum attack Pakatan Rakyat tentang G. Soros nih.. Tun Mahathir pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan Soros sewaktu Soros melawat Malaysia pada tahun 2006 lepas. 


Sejurus selepas krisis ekonomi 1997, Dr. Mahathir dengan gempak gempitanya menyalahkan Soros di atas mala petaka ekonomi yang menimpa Malaysia pada masa itu. Seluruh jentera media Malaysia digunakan untuk menyerang Soros sehingga seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir. 

Tetapi...


11 tahun kemudian, Dr. Mahathir yang sama boleh bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan seperti di bawah:

"You personally are not involved but the devaluation was done by other traders and I accept that you are not involved," he told a packed news conference after the talks. "It's not the question of forgiveness or anything like that," said Mahathir, who had a mild heart attack recently. "My view of him has changed.

"TERJEMAHAN: "Kamu (Soros) tidak terlibat (menyerang matawang Malaysia pada tahun 1997) tetapi kejatuhan nilai matawang (Malaysia) adalah angkara pedagang matawang yang lain dan saya terima bahawa anda, Soros, tidak terlibat" Dr Mahathir menyatakan kepada para pemberita di dalam sidang media yang begitu sesak.

"...Pandangan saya terhadap Soros telah berubah" kata Mahathir.


Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan:
"They are now declared friend
s, and even found a common ground to take their ties a step further… for global peace."

TERJEMAHAN: Mereka (Mahathir dan Soros) adalah sekarang ini berkawan sehingga boleh mencari titik pertemuan di dalam mempromosi agenda keamanan dunia"




Inilah kerja parti SYAITAN!
Memutar belitkan kebenaran demi kekuasaan pengaruh 




Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kantoi...Masalah air di Selangor pun sanggup berlakon... penasihat APCO, wajib tolak umporno..
Posted on Monday, September 24 @ 15:29:45 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharshooter


Iklan air masalah air Selangor berjalan 'rahsia' di PJ
Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.




Iklan air masalah air Selangor berjalan 'rahsia' di PJ


Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.
Penduduk berkenaan juga memberitahu, kawasan tersebut tidak mengalami masalah air.
Pihak penerbit pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

Malaysiakini juga dilarang merakam keadaan di tempat itu atau melaporkan keadaannya.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

CUBA ANDA TENGOK BETUL2 ...TONG AIR SEMUA BARU...NAMPAK SANGAT MEMANG BERLAKON...MEMANG SIAL LA MEREKA YANG BUAT FITNAH..

Antara babak kelihatan, orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air.

Dipercayai lakonan dibiyai oleh BN dan penggambaran rahsia dilakukan di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya untuk dijadikan alat propaganda bagi memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri dalam isu air di Selangor..

Penggambaran tersebut dilakukan dengan pelakon-pelakon disuruh beratur sambil memegang baldi dan tong-tong air dihadapan lori tangki air,konon-kononnya mereka sedang berbaris untuk mengambil air dari lori tangki tersebut..
 


Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Din Sharpshooterhttp://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Penggambaran Video Krisis Air, Umno BN Semakin Memalukan
Posted on Monday, September 24 @ 15:21:31 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Azmizam

Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini ingin menyelar usaha buruk, yang dipercayai didalangi Umno Barisan Nasional apabila secara terdesak dan memalukan menjalani penggambaran video bagi menggambarkan krisis air di Selangor. Tindakan tidak matang dan berniat jahat itu dilakukan di sekitar Petaling Jaya dan berusaha membina persepsi negatif terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

AMK Selangor hairan melihat bagaimana jahat dan begitu buruknya strategi politik Umno Barisan Nasional, serta memperalatkan orag awam yang dipercayai diupah bagi "menjayakan" video tersebut. Sebagai sebuah parti antik yang mempunyai pelan politik, AMK Selangor merasa Umno Barisan Nasional sedang benar- benar goyah dan hanya menunggu masa untuk dikuburkan.
Secara tegas AMK Selangor berpendapat, rakyat Selangor sendiri memahami isu air yang melanda Selangor ini adalah kesan daripada kegagalan Syabas menyediakan air terawat yang mencukupi , dan mengambil pelbagai langkah bodoh bagi mengelakkan konsesi mereka dibatalkan oleh Kerajaan Negeri. Sikap mereka ini dilihat betul-betul seperti mengabaikan tanggungjawab utama mereka tetapi dengan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang bukan tugas mereka.

Terimalah Kemerosotan Dengan Lapang Dada

AMK Selangor ingin menasihatkan Umno Barisan Nasional terutama pimpinan Selangor agar menerima hakikat bahawa hari-hari terakhir mereka sedang menjelang. Justeru, sikap melampau mereka dalam menjalankan propaganda politik usang mereka hanya akan menambah kebencian rakyat , yang jelas sudah bersedia menolak mereka di peringkat nasional juga.

AMK Selangor yakin, bahawa Umno Barisan Nasional ini, akan dihukum dengan cara paling aib dan hina jika mereka sendiri yang berkehendakkan begitu , maka hendaklah sering beringat tentang apa yang mereka lakukan, dengan niat untuk memfitnah dan berpolitik secara bodoh ini akan mengakibatkan masa depan politik mereka menjadi amat buruk. AMK Selangor sedia menyambut sebarang bentuk kempen politik yang matang, tetapi menolak jika Umno Barisan Nasional bersikap bacul dan menggunakan orang awam.

Hakikat sebenar adalah Umno Barisan Nasional berada pada tahap kemerosotan paling buruk dalam sejarah penubuhannya, namun AMK Selangor mempelawa mereka untuk terus mengamalkan sikap politik yang berani dan penuh profesional bagi memberi lebih manfaat kepada rakyat. Sebagai pembangkang di Selangor, banyak lagi ruang positif yang boleh dimainkan oleh Umno Barisan Nasional sekiranya mereka mahu menyumbang sesuatu kepada negeri dan rakyat.

Hentikanlah niat dan pelan propaganda lemah yang mereka rancangkan. Ini kerana rakyat telah bijak menilai dan memperincikan setiap penipuan yang mereka lakukan. Umno Barisan Nasional hanya sekadar menambah cela pada maruah sendiri jika segala yang mereka rancang dan propagandakan itu menemui kegagalan dan dibongkarkan oleh pesaing sendiri.

Justeru AMK Selangor hari ini menyelar tindakan bodoh sombong Umno Barisan Nasional itu dan menghulurkan nasihat supaya mereka segera bertindak matang kerana pilihanraya akan datang, kuasa rakyat akan terusi memainkan peranan. AMK Selangor ingin mengajak Umno Barisan Nasional berpolitik secara berani, dan sekiranya mereka lupa, tsunami 2008 akan berulang, dan menenggelamkan mereka sepertimana Firaun tenggelam dengan bala tenteranya, akibat sikap zalim, sombong dan bodoh.

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Hina Islam: Ngeh Dah Minta Maaf, Mahathir, Najib Dan Pemimpin Umno Bila Lagi?
Posted on Monday, September 24 @ 06:15:13 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: Tok Janggut
Apabila Pengerusi DAP Perak dalam twitter nya mempersoalkan akan kewajaran umat Islam membuat demonstrasi aman mengutuk puak Yahudi kerana filemnya yang menghina Nabi, bergegak tempik puak UMNO mengutuk pula Dato Ngeh malahan ada yang meminta polis menyiasat beliau. Akhirnya beliau memohon maaf diatas ketelanjuran dan sikap tidak pekanya itu. Namun begitu mengapa bila pemimpin UMNO seperti Mahathir, Najib dan lain-lainya menghina syariat Allah dan memperlekehkan sunnah Nabi tidak ada pula pihak yang buat demonstrasi?

Pemimpin DAP itu secara terbuka meminta maaf, samada beliau ikhlas atau tidak tidak ada siapa pun yang boleh mengesahkanya. Bagaiman pula dengan Mahathir, Najib dan lainya? Bila pula mereka ini hendak meminta maaf, yang selalu kedengaran bukan minta maaf tapi bertambah hebat dan angkuhnya mereka memperkecilkan syariat Allah itu.

Ingin juga kita bertanya pada Mahathir. Apakah beliau tidak tahu bahawa syaitan itu musuh ketat umat Islam? Apakah beliau tidak pernah membaca atau mendengar bahawa syaitan itu sifatnya sangat pendendam, menipu, kerjanya merosakan aqidah dan akhlak umat Islam? Jadi mengapa beliau sanggup menyamakan UMNO/BN itu sebagai syaitan yang perlu disokong? Ini jelas beliau telah mengesahkan bahawa jahat dan zalimnya UMNO sama seperti syaitan juga. Jadi mestikah umat Islam perlu terus menyokong dan membantu serta membela puak syaitan? Perlukah orang Melayu bersyukur kepada talibarut syaitan? Orang Melayu Islam yang beriman hanya wajib bersyukur kepada Allah, bukanya kepada UMNO yang mempunyai bayangan syaitan itu! Dia bagi RM500.00 pada rakyat tapi puak mereka sapu berjuta RM duit rakyat. Golong penipu beginikah yang orang Melayu perlu sokong dan pertahankan? Hancur negara.

Hanya manusia yang berkhlak dan beraqidah seperti syaitan sahaja yang akan terus menyokong, membela dan mempertahankan UMNO itu.
Orang Melayu kena ingat....kemerdekaan yang kita kecapi sekarang bukanlah dari hasil usaha pemimpin UMNO dahulu. Mereka hanya menyambut kemerdekaan tetapi bukanya pejuang kemedekaan. Yang berjuang untuk menghalau penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan tanah air kita air pejuang Melayu yang hidup di dalam hutan dengan bersenjatakan keris, lembing dan tombak. Dato Gajah, Mat Kilau, Dato Bahaman, Hj Abd Rahman Limbong, Tok Kenali, Mat Janggut, Tok Ku Paloh dan ramai lagi. Inilah pejuang kemerdekaan sebenarnya. UMNO adalah pejuang palsu yang mendapat nama hasil dari darah dan nyawa pejuang kita di dalam hutan sana. Akibat tidak tahan dengan asakan dan amukan pejuang kita, maka penjajah mengambil keputusan untuk berundur dan keluar dari bumi ini maka dicarinyalah puak yang perlu diberikan kuasa memerintah dengan syarat wajib mengikuti dan mematuhi semua perjanjian yang dibuatnya. Itulah UMNO.

Umat Ilsam kena ingat, penjajah datang menjajah ke negara umat Islam diseluruh dunia sekadar untuk menjajah dan merompak hasil mahsul negara tersebut dan dibawa pulang ke negara asal mereka tetapi tujuan utama mereka ialah untuk merosakan aqidah umat Islam secara halus setelah mereka kalah dalam perang Salib dulu. Antara kejayaan besar mereka apabila meninggalkan sesebuah negara yang dijajah itu ialah undang-undang mereka kekal diamalkan oleh pemerintah negara tersebut yang menjadi boneka dan anjing peliharaan mereka. 

Inilah kebanggaan penjajah kerana aqidah umat Islam berjaya dirosakan dengan hanya pewarisnya mesti mengekalkan undang-undang yang mereka tinggalkan sehinggakan ada umat Islam yang beriktiqad bahawa undang-undang penjajah ini lebih baik, lebih adil dari syariat Allah itu sendiri. Bagi umat Islam yang faham bab tauhid, mereka sanggup mati dan sanggup hidup susah, asalkan tidak sekali-kali menyokong puak yang mempertahankan dan menjunjung undang-undang peninggalan penjajah itu demi kerana aqidah, kerana Allah dan kerana Rasul. Bagi yang telah rosak aqidahnya, mereka tidak peduli itu semua, yang penting poket mesti penuh, anak bini mesti hidup mewah, rumah besar, pangkat tinggi dan boleh buat apa sahaja tanpa siapa berani menghalangnya kerana mereka berkuasa. Itulah sebabnya pemimpin mereka berani menghina syariat Allah dan sunnah Nabi tanpa rasa berdosa dan tanpa perlu meminta maaf. Nampaknya DAP lebih bermaruah dari pemimpin UMNO ini. Inilah syaitan manusia yang sebenarnya. Jauhilah UMNO. Wallahualam. 

Raja Nong Chik terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau
Posted on Monday, September 24 @ 06:11:36 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh Zul Mamak

KUALA LUMPUR 24 September: Tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menampal pelekat berlogo BN pada setiap sejadah di surau Pantai Dalam menganggu penduduk ketika solat.
Difahamkan sumbangan sejumlah sejadah itu didermakan ketika Ramadan lalu yang dilekatkan dengan pelekat kekal berlogo 1Malaysia, Umno BN selain tertera nama portfolionya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sebagai penderma.

Ekoran itu, jemaah surau mengadu kerana mereka tidak dapat mengerjakan solat dengan khusyuk lantaran terpandang pelekat tersebut yang dilekatkan betul-betul di penjuru depan sejadah.
Kesal dengan kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof berkata, pihaknya turut melaporkan kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
“Kita kesal apa yang dibuat Nong Chik. Kalau pun mahu dapat sokongan, jangan terdesak dengan mempolitikkan jemaah dan surau.
“Kita tidak halang mereka mahu beri sumbangan, tapi jangan sehingga boleh mengganggu jemaah solat,” katanya ketika dihubungi.
Abdullah berkata, dengan melekatkan logo tersebut, tidak semestinya boleh memberikan sokongan kepada Nong Chik kerana rakyat tidak menilainya dari segi itu.
“Kita juga ada sumbang telekung kepada surau-surau sekitar Lembah Pantai, tapi tidaklah cetak logo KEADILAN untuk dilekatkan.
“Daripada apa yang saya tahu, tidak semua surau menggunakannya, tapi ada yang terpaksa guna jika jemaah ramai. Setiap surau difahamkan didermakan 10 hingga 20 sejadah,” ujarnya.
Semalam, Nong Chik menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan BN.
Gempar : Cristiano Ronaldo Beri kasut Emas untuk Bantu Rakyat Palestin
Posted on Sunday, September 23 @ 16:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"
Cristiano Ronaldo di satu Majlis Bersama Wakil Palestine.


Nukilan Abu Luqman
http://kachipemas.blogspot.com"
 
 
Bini PM, Bini Taib Mahmud Malukan Malaysia
Posted on Sunday, September 23 @ 15:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: laniismaa

"Isteri PM, Rosmah Mansor (kanan) bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud (dua, kiri) dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib hadir pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini di Istana Nurul Iman di sini, hari ini.

Foto Bernama.


Hanya bini PM Malaysia dan bini Taib Mahmud lain dari yang lain... mintak Rosmah lihat sekeliling!!

Sultan Brunei juga tidak dayus... menjaga aurat tanggungannya....


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (lima, kanan) serta Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (enam, kiri) berkenan bergambar dengan Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di Istana Nurul Iman di sini, hari ini.

Turut kelihatan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Salleh Abdul Rahaman serta anakanda-anakanda Sultan Brunei yang lain. Foto Bernama. www.EkELEH.com"
 
 
Dr M masih mahu anaknya jadi PM? Tak perlu risau jika M'sia jadi muflis - M
Posted on Sunday, September 23 @ 17:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber MC

Dr M masih mahu anaknya jadi PM? Tak perlu risau jika M'sia jadi muflis - MukhrizSeperti yang dijangka, UMNO telah menggunakan Minggu Orientasi Pelajar untuk pelajar baru di semua IPTA seluruh negara untuk menyebarkan propogandanya. Setiap tahun pemimpin Umno akan masuk ke kolej-kolej dan memberi syarahan yang bermotifkan untuk meyakinkan pelajar baru ini bahawa mereka harus terus percaya dan menyokong Umno-BN demi kebaikkan ‘Bangsa, Agama dan Negara!’

Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, tiada bezanya tahun ini. Kalau ada pun perbezaan, mungkin terdapat lebih banyak yang digembar-gemburkan pada tahun ini. Semakin tinggi kita daki, semakin curang kita jatuh. Umno pun akan mendapat nasib yang sama. Walaupun kebanyakkan pelajar baru ini pemalu dan santun, ramai yang menunjukkan muka bosan dan kurang senang dengan ucapan panjang lebar yang disampaikan oleh orang Umno demi agenda mereka.
Setiap tetamu terhormat ini diminta untuk memberi ucapan, Ada di antara yang langsung tidak menyembunyikan agenda ada juga yang menggunakan psiklogi. Namun, dalam era di mana komunikasi adalah menerusi sms, email, ruangan chat dan sebagainya, rakyat muda kita ini nampaknya bukanlah naïf seperti yang disangka. Jangan sangka semua akan menelan mentah-mentah apa yang kamu beri kepada mereka.
Ramai di antara anak muda yang sangat arif dengan dunia media sosial ini menyeringai sepanjang ceramah membosankan yang sebenarnya hanya mempunyai satu tujuan iaitu semua haruslah menyokong Umno-BN dan sekiranya tidak, negara akan hancur di tangan pembangkang penyangak. Mungkin pada seorang lelaki dewasa, penceramah BN ini bercakap kosong, Pelajar juga nampaknya kurang berminat, Ramai yang penat dan tidak kurang juga yang tertidur.
Mempersembahkan Anak bongsu
Hakikatnya, ramai dikalangan pelajar yang hanya berminat untuk belajar dan bukanlah ucapan berbaur politik atau menyibuk dengan isu ekonomi- sekurang-kurangnya sebelum mereka memulakan semester satu di universiti. Ramai yang berasa bertanggungjawab untuk belajar kerana orang tua mereka telah berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mereka meneruskan pelajaran di peringkat universiti. Mereka hany mahu belajar dan habis belajar dengan cepat supaya mereka boleh bergraduat dan mencari pekerjaan.
Tetapi pihak Umno yang kurang sensitif itu menggunakan minggu orientasi untuk mendapatkan peluang terakhir membasuh minda pelajar atau menarik mereka daripada agenda hitam pihak pembangkang- bergantung kepada pihak mana anda berada.
Salah seorang daripada pemberi ucapan paling kontroversi pada tahun ini adalah Mukhriz Mahathir – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan anak bongsu bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Mukhriz telah dijemput untuk berucap kepada pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada khamis lepas, 6 September dan beliau telah mencetuskan kegemparan di sana.
Mukhriz bukan cuba memaparkan situasi ekonomi yang indah tetapi malangnya penjelasan beliau lemah dan bercanggah. Beliau mendakwa bahawa kita berada pada jalan yang betul kerana pengurusan kewangan yang bijak tanpa bergantung dengan peminjaman luar negara yang besar.
“Kerajaan mempunyai RM800 billion dalam pinjaman. Dan hanya 17% daripadanya adalah peminjaman luar negara. Selebihnya adalah daripada institusi pinjaman dalam negara,” The Edge melaporkan beliau sebagai berkata.
Kejutan Muflis
Muhkriz cuba menyakinkan bahawa terdapat perbezaan di antara pinjaman luar dengan dalam namun hakikatnya, pinjaman adalah pinjaman. Kerajaan kita hanya kurang 2% daripada pinjaman maksimum yang dibenarkan oleh perlembagaan. Hanya disebabkan ini sahaja menunjukkan bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bapanya tidak boleh kita capai.
Mukhriz memburukkan lagi keadaan dengan membuat kenyataan terbodoh yang boleh dibuat oleh seorang menteri. Bagi yang lebih kritikal pemikirannya dalam audien, Mukhriz dilihat sebagai seorang yang bodoh, naïf dan kurang cerdik berbanding ahli-ahli Umno berpengaruh yang lain.
“Kita tidak perlu risau jika negara akan muflis atau tidak sekiranya kita terus memberi bantuan kepada rakyat. Ini kerana wang yang ada itu adalah lahir daripada pengurusan kewangan yang bijak dan pemungutan cukai yang efektif,” ujar Mukhriz yang berusia 46 tahun itu.
PM masa hadapan? Selamatkan Malaysia, hentikan Mukhriz!
Jangan risau jika Malaysia jatuh muflis! Dan bayangkan bapanya mahu dia menjadi PM selepas Najib!
Sudah tentulah tentangan rakyat terhadap cita-cita Mahathir ini kuat sehinggakan dia terpaksa memperlahankan kempennya untuk menjadikan Mukhriz PM. Sungguhpun begitu, terdapat ura-ura bahawa ada perjanjian dikalangan elit Umno untuk menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika Umno-BN mendapat semula negeri itu.
Mukhriz juga gagal menyatakan bagaimana Umno-BN akan membayar balik pinjaman itu- 800 billion bukanlah satu nilai yang kecil. Untuk seorang Timbalan Menteri Perdagangan, beliau sebenarnya tiada langsung idea bagaimana hendak menurunkan nilai hutang ini kepada nilai yang lebih mudah diurus.
Ada yang lebih arif mengenai kewangan dalam audien juga terkejut apabila Mukhriz telah dengan tidak sengaja mengeluarkan satu maklumat baru. Setakat ini, akhbar telah melaporkan hutang negara adalah dalam RM560 billion tetapi sekarang Mukhriz telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlahnya adalah RM800 billion!
Kitaran jahat dan Professor Kangkong!
Mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab akan risau jika negara dijangkan akan muflis. Tarikh akhir 2019 yang disebut oleh Idris Jala dan Koh Tsu Koon bukanlah satu gurauan dan ia mungkin akan lebih cepat daripada yang dijangka akibat daripada perbelanjaan tidak bertanggungjawab yang dilakukan dalam bujet 2010, 2011 dan 2012. Nampak gayanya Bujet 2013 juga akan meninggalkan satu lubang yang besar dalam perbendaharaan negara yang hanya akan ditutup oleh hutang.
Wang seharusnya sampai kepada rakyat dengan melalui aktiviti ekonomi yang berkesan dan bukannya apa yang dilakukan oleh pemimpin BN sekarang. Pelan-pelan untuk berbelanja dan projek-projek besar dibentangkan dan negara berhutang lagi tetapi wang masuk itu dikeluarkan dengan sekelip mata dan seminit kemudian ia dimasukkan semula dan diberi kepada rakyat.
Sekiranya pengurusan kewangan yang baik dilaksanakan, rakyat Malaysia akan stabil dari segi kewangan dan mereka tidak akan memerlukan bantuan kewangan! Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan minyak. Kita tidak mungkin menjadi miskin dan jika ia berlaku, ia adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang teruj dan penipuan.
Jadi untuk mereka yang mempunyai keistimewaan seperti Mukhriz, yang punyai bunglo besar yang sering menjadi topik perbualan di kota-kota, beliau sepatutnya tutup mulut kalau tidak tahu menahu mengenai perihal ekonomi.
Sekiranya beliau cuba untuk mengasah bakat memberi ucapan, beliau harus praktis dihadapan cermin dan bukannya dihadapan pelajar universiti dan memperbodohkan mereka dan juga rakyat Malaysia dengan kenyataan dan andaian bodoh beliau.
Kita juga terfikir, apakah pendapat Naib Canselor UUM Prof Dr Mustafa Ishak yang juga berada dalam audien tentang ucapan Mukhriz? Tolonglah jangan biarkan anak bongsu seorang ahli politik kejan merosakkan standad dan reputasi universiti anda.
Tunjukkan bahawa UUM mempunyai standad untuk menganalisis dakwaan ini-sama ada benar atau tidak fakta yang diucapkan oleh mana-mana pemimpin dalam atau luar negara. Dengan kata lain, jangan biarkan UUM diperkotak-katikkan dan dihujani oleh “Professor Kangkong’!
Malaysia Chronicle
 
Why Are 5 Million Kids On Facebook?
Posted on Monday, September 24 @ 02:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Sumber Malaysian Digest

FACEBOOK has an ugly little secret, a number disclosed nowhere in its voluminous filings to become a public company and now only vaguely addressed by corporate officials.

An estimated 5.6 million Facebook clients - about 3.5 percent of its U.S. users - are children who the company says are banned from the site.

Facebook and many other web sites bar people under age 13 because the Children's Online Privacy Protection Act (COPPA) requires web sites to give special treatment to children 12 or younger. The law aims to stop marketers prying personal information from children or using their data to advertise to them. Sites must get parental permission before allowing children to enter, and must take steps to protect privacy.

Facebook declines to acknowledge that many of its efforts to block children are not working.

The issue has taken on new relevance as the Federal Trade Commission finalizes rules to further restrict companies and Web sites that target youths or are geared to young audiences.

Facebook, the world's leading social media company with 955 million users, has said that the law does not apply to it because it explicitly restricts use of its site to people aged 13 and older.

Facebook has made some progress in identifying preteens and excluding them from the site. A June Consumer Reports study showed that Facebook eliminates as many as 800,000 users under age 13 in a year through its tiered screening process, which the company declines to describe.

The study still estimates 5.6 million children are on Facebook, a figure that experts say includes many who create accounts with help from their parents.

The Consumer Reports data comes from a January 2012 survey of 2,002 adults with home Internet. Participants were chosen by TNS, a research firm. The margin of error is plus or minus 2 percentage points.

"It's not surprising to us to see 12-year-olds sneaking onto Facebook," said FTC Chairman Jon Leibowitz, saying the situation was "particularly complicated" if parents helped them. "Is it troubling? In some ways it is. Is it a story in black and white? Not really."

A Reuters test of Facebook's signup process shows that a child could bypass the site's screening features with relative ease. The site effectively blocked a fictitious sign-up from an underage prospective user. But after an hour's wait, the site accepted a sign-up using the same name, email, password and birthday but citing a different birth year.

Facebook declined to discuss the data or describe its efforts to outlaw children. Spokesman Frederic Wolens said in an email that Facebook is "committed to improving protections for all young people online".

Larry Magid, who serves on Facebook's advisory board and co-directs the Internet group Connect Safely, said he and others studied the issue for a year and found no way to tell if children were lying online.

"The only solution that I am aware of is to access some sort of national ID or school records," he said. "There are good reasons that we don't do this. ... I'm sure this is really easy to do in totalitarian regimes."

Senator Richard Blumenthal, an outspoken privacy advocate whose youngest child is 18, said children's vulnerability to potential sexual predators and susceptibility to advertising were reasons to keep the 12-and under set off most web sites. "Our children were not on Facebook at that age, and they would not be now," he said.

When gullible preteens or "tweens" go online they often reveal sensitive data, said Kathryn Montgomery, who teaches at American University and was an early advocate of the 1998 COPPA Tlaw.

"What we hoped to do with these kinds of rules is to get companies to act responsibly toward kids. It's not easy to do," said Montgomery.

Facebook now boasts 158 million U.S. users, according to May figures from the data firm comScore. If the site more effectively banned children, it could stand to lose about 3.5 percent of its U.S. market.Ironically, one reason it's easy to game Facebook's screening process is the law passed to protect children. COPPA bars companies from saving most data on children. The FTC has said it would look skeptically on companies saving childrens' names or email addresses even if the data simply helped them prevent children logging onto their sites.

Children who aren't savvy enough to game Facebook's system often get parental help, according to a 2011 study headed by Danah Boyd, a senior researcher at Microsoft Research. She found that 55 percent of parents of 12-year-olds said that their child was on Facebook and that 76 percent of those had helped the child gain access.

"Many recent reports have highlighted just how difficult it is to enforce age restrictions on the Internet, especially when parents want their children to access online content and services," said Facebook's Wolens.

On Facebook, children are exposed to advertising for sugary, high-fat foods, the kind increasingly pulled from children's television shows.

"We found lots of food products on Facebook being advertised, including many which are targeted to children," said Jennifer Harris, director of marketing initiatives at Yale University's Rudd Center for Food Policy and Obesity.

KRAVE CEREAL IS ONE-THIRD SUGAR

One is Kellogg's new Krave cereal, a product which is roughly one-third sugar. With advertisements featuring an animated, pudgy Krave Krusader, it now counts 456,000 "likes" on Facebook.

Kellogg's said it did not intend to market Krave to tweens and complied with an industry initiative to not market high-fat, high-sugar products to children. "Krave follows Facebook's policy that all fans must be 13 or older," the company said in a statement.

Dr. Victor Strasburger, chief of the division of Adolescent Medicine, University of New Mexico Department of Pediatrics, said the Krave Krusader ads are part of what he called "unethical" appeals by sugary cereal makers. Nearly 20 percent of U.S. children aged 6-17 are obese, according to a 2011 government report.

Child advocates say that even if Facebook is not appealing directly to children, the company needs to realize that ads aimed at teenaged users will also attract tweens, who imitate older peers.

"I don't think Facebook deliberately goes out and gets kids at the moment," said Jeff Chester of the Center for Digital Democracy. "I think when they target teens the way they do, they know that they'll pull in a lot of younger kids.

- Reuters

Sumber: Malaysian Digest

 
Jika kita sayang Rasul, mari kita mula asah parang
Posted on Monday, September 24 @ 00:18:38 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: rozmal

"Jika kita benar-benar cintakan Rasul saw, marilah kita mulai dari sekarang asah parang setajam-tajamnya kerana sunnah ar Rasul saw ialah parang yang tajam adalah perlu untuk menyembelih kambing dan lembu terutama semasa ibadah korban. 

Arwah ayah saya seorang yang suka mengasah parang, kerana kerja akan jadi lebih mudah, kurang tenaga diperlukan apabila parang tajam semasa menyiang daging, menebang pokok dan sebagainya. 

Antara ciri-ciri seorang lelaki Melayu, sepatutnya mempunyai parang yang tajam sebagai alat penting semasa kenduri kendara. Adakah kita Melayu sejati atau Melayu perkasa?
Iklan khidmat masyarakat sebentar ;
MENTAUS CRAFTS akan menyertai promosi dan jualan kraf pada :
Tempat : East Coast Mall, Kuantan
Tarikh : 2 hingga 7 Oktober 2012
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
 
Mahathir takutkan Melayu tapi bayar Zionis, pinjam Bank Dunia
Posted on Sunday, September 23 @ 18:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
brp>Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.

“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.
“Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.
Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM.
“Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau,” katanya.
Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan.
Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan.
George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997.
Bagaimanapun, Pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36571
 
Pendedahan Bekas S/U DUN Perak: Jawatan Nizar tidak pernah lucut!
Posted on Monday, September 24 @ 01:16:39 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Perakite Daily

Abdullah Antong adalah bekas Setiausaha Dun Perak ketika tragedi rampasan kuasa berlaku.

Nantikan pendedahan selanjutnya!

Sumber youtube dipetik dariperakitedaily.blogspot.com
 
 
 
Bajet 2013: Jangan jadi Bajet penglipurlara atau bajet Najib Rosmah
Posted on Monday, September 24 @ 03:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mohdnoorawang

"PM Datuk Sri Najib Razak ketua kerajaan parti "UMNO/BN syaitan yang dikenali" (kata Mahathir) bakal membentang dan membaca bajet 2013 Jumaat 28 September 2012 "untuk rakyat kepada rakyat" dan digelar bajet 2013 bajet pilihanraya umum yang ke 13.

Cerita bajet 2013 atau bajet Najib Razak macam cerita hikayat dan berbentuk pengliburlara yang kesudahan ceritanya kumpulan atau geng atau kroninya yang mendapat habuan dan keuntungan berganda. Itulah kesudahan cerita bajet tiap tiapa tahun dari dulu kini dan selamnya. Yang kenyang dan buncit perut dab buncit kantong ialah pemimpin UMNO dan KRONI parti syaitan/UMNO/BN yang dikenali.

Cerita Bajet 2013 atau bajet penglipur lara Najib Razak bakal memberi kelegaan kepada semua penjawat awam Malaysia pusat dan negeri termasuk perbadanan milik kerajaan negeri dan pusat. Kumpulan inilah yang menikmati setiap tahun pembentangan bajet tahunan.

Cerita Bajet 2013 yang dikenali bajet penglibur lara atau bajet memancing undi tahun 2013 bakal membawa perubahan gaji dan pangkat seluruh anggota PDRM, GURU/PENDIDIK DAN LAIN LAIN PENJAWAT AWAM KEMUNGKINAN MENDAPAT TAMBAHAN ALAUN PERUMAHAN DAN BONUS SEKURANG-KURANGNYA SATU BULAN.

Cerita bajet 2013 atau bajet penglibur lara akan menambah peruntukkan BR1M akan masuk kedua pemberian untuk memancing atau membeli undi. Buku 1M. Kedai1M. Kelinik 1M, Kedai kain1M, Kedai Ikan 1M dan seribu macam lagi 1Malaysia bakal ditambah peruntukkan demi untuk membeli undi kerana parti syaitan UMNO/BN hampir nazak. 

Namun yang paling beruntung setiap bajet dibentang dalam parlimen ialah kumpulan kroni dan syarikat kroni BN/UMNO dengan puluhan juta bajet disalurkan dengan namaprojek dan pasaran mega dan sederhana. Sedia maklun syarikat tersebut memberi wang dan peruntuka untuk setiap PRU di Malaysia, terutama parti syiatan yang dikenali UMNO/BN serta semua komponennya.

Sasaran untam bajet 2013 atau bajet penglibur lara Najib Razak atau bajet PRU13 akan memberi seribu janji dan wang kepada masyarat luar bandar seperti petani, nelayan, yang tak pernah senang dari dulu kini dan selamanya.

Namun kumpulan yang tidak menjadi penjawat awam dam dan tidak ada syarikat besar dan kecil dan tidak menjadi kroni syarikat UMNO/BN tidak merasai apa apa kemudahan dan kenikmatan setiap bajet yang dibaca oleh kerajaan yang memerintah.

Jangan lupa hampir 45% penduduk Malaysia yang bekerja dibawah tangga gaji RM700 hingga RM1200 sebulan dengan kaedah jawatan dan gaji tidak tetap tidak merasai apa yang dirasai dan dinikmati oleh penjawat awan dan kakitangan kerajaan serta perbandanan.

Sepatutnya kerajaan mengurangkan cukai penjualan kereta, menurunkan harga bahan bakar dan bahan keperluan harian dengansatu cara yang berkesan jangka panjangnya. Pemebrian BR1M tidak memberi impak yang besar.

Sepatutnya kerajaan memotongkan subsidi gas kepada penjanakuasa swasta yang berjumlah puluhan juta setiap tahun. Kerajaan sepatutnya menurun gas memasak yang diguna seluruh rakyat Malaysia sebanyak RM5 hingga RM10 satu balang. Gas memasak cukup tinggi dipasaran sekarang.

Jika kerajaan syaitan yang dikenali UMNO/BN mahu benar memabantu rakyat sepatutnya bajet 2013 diturun harga pengguna letrik dengan satu kadar yang minimum kepada sasaran penggunayang bergai atau berpendapatan RM700 sebualan dan kepada pesara kerajaan dan wrga emas yang tiada pendapatan tetap. Begitu juga dengan harga air bersig yang disalurkan kepada orang ramai dengan kaedah makanisma seperti diatas.

Inilah sebahagian cadangan/ cutuh yang sepatutnya dilaksanakan olek kerajaan BN/UMNO Najib Razak. Jangan jadi bajet 2013 sebagai bajet pengliburlara atau bajet pancing undi 2013 dan bajet memperkaya syarikat kroni UMNO/BN dan individu dalam UMNO/BN."
 
 
Raja Nong Chik mahu jemaah surau ingat Umno/BN ketika solat
Posted on Monday, September 24 @ 06:07:39 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: lipasmalas

"JEMAAH salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit.

Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan "pelekat kekal" dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut.



Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut.

Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang "pelekat kekal" tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah "Qiam" di dalam solat.



Difahamkan ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah.
Baca selanjutnya di [Raja Nong Chik]

Untuk Perhatian: Penyokong dan blogger Umno (Baru) yang bebal dan benggong
Posted on Monday, September 24 @ 06:05:11 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: setisab

"
 umno baru tipu rakyat
Kekadang timbul rasa kesian pada penyokong-penyokong Umno (Baru), terutamanya kepada para blogger pro Umno (Baru). Ramai dikalangan mereka yang tidak tahu sejarah parti yang mereka sokong.


Dalam perkataan lain, mereka tidak ubah macam babi gila; kerja menyondol ikut suka. Mungkin juga mereka terbawa-bawa perangai Syaitan dan Iblis yang membudayakan hasutan kearahkejahatan, menafikan kebenaran. Mereka sokong kerna mungkin mereka termakan badi kalau tidak termakan babi. Mereka tidak faham dan tidak mengkaji sejarah parti mereka sendiri.

Penyokong Umno (Baru) dan para blogger pro Umno (Baru) yang bebal benggong itu sangkakan usia parti haprak mereka itu sudah lebih setengah abad tapi, cuba baca sejarah sebenar (di sini) parti haramjadah yang mereka perjuangkan itu….


Pada 4 Februari 1988, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Harun Hashim telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan itu UMNO, terkubur.
umno baru ditubuhkan 1988
UMNO (Baru) telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988. UMNO (Baru) inilah parti yang telah ditubuhkan oleh Mahathir Mohamad dan telah banyak memusnahkan warisan sejarah bangsa Melayu disamping menjahanamkan generasi serta hak orang-orang Melayu.    
  

Tiada ulasan: