Jumaat, 28 September 2012

SATU PENJELASAN YANG PATUT KITA FIKIR...JANGAN TAKSUB SATU2 PUAK..KERANA DUNIA YANG SEMENTARA.....SEOLAH2 KITA MENCAMPAK DIRI KITA DALAM NERAKA ATAU KITA SENTIASA DALAM KEMURKAAN ALLAH SWT KERANA TIDAK BERCAKAP PERKARA YANG HAQ@BENAR DAN MENYOKONG@MEMBIARKAN KEZALIMAN

Fikiran 'agama' yang mengharukan Umno

  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • 8:13AM Sep 28 2012
KOLUM Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?

Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.

Umno dan PAS, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk PAS juga.

PAS pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang berbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.

Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalisme) walau dikritik hebat, ia diiktiraf dalam fikah Islam.

Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.

Literalis dalam Umno harukan proses keadilan

Saya mengkritik golongan literalis dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.

Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno. Biasanya perkara ini dibuat oleh PAS.

Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalis tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.

Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup.

Pengharaman ini jika diterima bererti sistem Parlimen yang membolehkan ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.

Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga haram.

Golongan literalis ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.

Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan mantan perdana menteri dan presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan penggantinya Tun Abdullah Badawi, melakukan kritikan terbuka.

Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza ‘kem politik’. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah.

Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada ‘tubuh sendiri’. Tentu mereka tidak akan kata “haram untuk kau, halal untuk aku”.

Ilmu matan hadis


Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu mukhtalaf al-hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.

Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah.

Umpamanya apabila mereka membaca hadis:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya.”
(Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).

Mereka mengambil hadis ini tanpa mempedulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.

Ini seperti hadis: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun.”
(Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).

Para sahabah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina ‘Umar al-Khattab semasa beliau berucap.

Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup.

Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka.

Sejarah perdebatan dalam Islam

Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit.

Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW:

“Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar.” (Riwayat Daud).

Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan.

Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: “Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.”
(Surah al-Nahl: 125)

Dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat). Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-mira’ yang boleh diertikan sebagai al-jidal (debat).

Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang. Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar.

Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri.

Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas.

Bajet negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah.

Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun.

Fatwa literal

Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai:

“Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunah bukan dengan sunahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan.

“Kata Huzaifah: Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?. Jawab baginda: Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan PAS dan PKR.

Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.

Antaranya hadis (bermaksud): “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukuman-Nya”.
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai, dengan sanad yang sahih).

Dalam sejarah pemikiran fikah, tokoh aliran literalis yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak.

Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab:

“Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar… Adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan Allah untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.

“Dalilnya firman Allah: Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.

“Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi Allah azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan.

“Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap Muslim bahawa mengambil harta Muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram.

“Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari).

“Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan Muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran….”
(Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133. Kaherah: Maktabah al-Khaniji)

Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?

Maha suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu!

Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan Muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW:

"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah).”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Nabi SAW juga menyebut: “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun PAS.

Namun apabila membabitkan urusan agama, saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan ‘memeningkan’ negara dan Umno itu sendiri.


  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 171 subscribers
    Orang BN & UMNO selalu pakai peluru nie.

    “Kata Huzaifah: Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?. Jawab baginda: Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)

    Alhamdulillah, Dr. MAZA berjaya memberi PENCERAHAN kepada kita bahawa peluru BN & UMNO itu bukanlah peluru penembak tepat tetapi hanyalah peluru penabur.

    Lihat hadis ini.

    “Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar… Adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan Allah untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu."

    Ini adalah peluru sebenar diabad ini. Kalau tak ada SYAK, baru kita TAAT kepada pemimpin. Tapi kalau tiba2 minyak naik harga tanpa diberitahu kepada Rakyat, maka kita dibolehkan untuk BERDEBAT.

    Isunya sekarang, Najib takut berdebat. Harta Rakyat selamba dia REMBAT!!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!

    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi · Forever
      Ahli Akademik macam Dr Maza memang bercakap secara akademik...biasalah orang akademik panjang lebar hujahnya dan alasan....ulama "muda" dalam umno akan bercakap kearah mempertahankan kelangsungan umno itu sendiri walaupun mereka tahu akan kebobrokan umno selama ini....tetapi pejuang agama Allah akan tetap konsisten dengan perjuangan mereka walaupun di perlekeh, di tekan dan di hina sepanjang masa atau se umur hidup mereka....kerana mereka yakin dengan seyakin-yakinnya "JANJI DI TEPATI" oleh yang maha pemberi dan yang maha kaya iaitu Allah yang mencipta kita semua ....

    • Saidin Jusoh · Pengulas Tertinggi
      TUMBANGKAN REGIM BN!!!

    • Dollahtido Anakdollah · Pengulas Tertinggi · NTNU
      BUAT APA TUMBANG? NISAN KAN AJE PERTUBUHAN LUMBU PORNO NIE? TU YG AFDAL LEER!

    • Abu Fattah · ITM Dungun
      Seketul lagik PELURU GETAH REGIM BN ialah " YA AIYUHALLAZINAAMANU 'ATHI 'ULLAH WA ATHI URRASUL WA ULIL AMRI MINGKUM (Wahai orang2 yang berIMAN!! Taatlah kepada ALLAH dan taatlah kepada RASUL dan PEMIMPIN di kalangan kamu". Di pasak kedalam minda umat ISLAM setiap Khutbah Jumaat. Tanpa pencerahan lanjut bahawa ketaatan kepada PEMIMPIN DI KALANGAN KAMU itu adalah berdasarkan kepada YA AIYUHALLAZINA AMMANU..dengan erti kata yang lebih jelas..TAATLAH KEPADA PEMIMPIN DI KALANGAN KAMU YANG BERIMAN!!!....untuk ini kami rakyat merdeka bertekad KAMI UNDI PAKATANA RAKYAT dan sekaligus kami pakat-pakat TUMBANGKAN REGIM BN!!! TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!

    • Ramli B Sukri Rbs · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      UMNO TERLALU SOMBONG LAGI ANGKUH UTK MEMAHAMI ASPEK KEAGAMAAN DLM BERPOLITIK...MEREKA HANYA SONDOL SECARA SEMBRONO....YG PENTING BAGI MEREKA...MASYUUUUK

  • Tuan Luqman · UKM
    Terima kasih Dr MAZA....

  • Muhammad Asri · Pengulas Tertinggi · Institut Elektronika Indonesia
    SEBELUMNYA SAYA MINTA MAAF KALAU KEPADA SEMUA.

    ARTIKEL ABANG ASRI INI CUKUP BERNAS, DAN TERUS TERANG SAYA KATA INI DI YUJUKAN KEPADA ULAMA MUDA UMNO ( FATHUL BARI) YANG SELAMA INI SAYA RASA TELAH MENGHERET SAYA KE JURANG KEBINGUNGAN.

    APA YANG DI CAKAPKAN MEMANG BERDASARKAN HADITS TAPI DALAM HATI SANUBARI KU BERTANYA " TAKKAN ISLAM, TAKKAN ALLAH, TAKKAN MUHAMMAD, YANG SELAMA INI SAYA YAKINI TERNYATA BODOH SEPERTI INI?" DAN SAYA SEBAGAI ORANG ISLAM YANG KEKURANGAN ILMU HANYA DIAM DAN BERHARAP AGAR DAPAT JAWAPAN.

    ALHAMDULLILAH ABANG ASRI BAGI PENCERAHAN DAN TERJAWAPLAH PERTANYAANKU BAHAWA YANG BODOH ADALAH FATHUL BARI. ( ULAMA MUDA UMNO YANG MENYESATKAN)

    SAYA RASA BUKAN SEKEDAR SAYA SAHAJA YANG AKAN MEMBODOHKAN ISLAM BAHKAN BANYAK DI LUAR SANA BAIK YANG MUSLIM MAUPUN YANG NON MUSLIM KERENA MENDENGAR UCAPAN ULAMA UMNO YANG BODOH.

    ASTAGHFIRULLAH......
    MAAFKAN SAYA, DAN JANGAN CEMARI ISLAM SAYA.....

  • Anas Soffy · Penang, Malaysia
    Diharap BN and PAKATAN terima Nasihat ini

  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
    Ulamak su' adalah ulamak bisu, yg membisukan mulutnya bila berhadapan dgn kebathilan pemerintah. Ini dilakukan semata2 nak jaga pangkat & darjat. Krn ulamak2 sebeginilah, maruah Islam itu tercemar pd pandangan non muslim. Disbbkan mereka x menegur apa yg patut, seakan2 memberi gambaran yg Islam itu x adil. Sedangkan yg x adil sbnarnya adalah pemerintah, & langsung x ada kaitan dgn Islam. Krn ulamak sebeginilah, maruah islam itu tercemar & menjadi fitnah. Berapa ramai sbnarnya ulamak su' dlm kalangan kita skrg?? Subhanallah. Bertaqwalah kamu semua wahai ulamak su'! Krn jika kamu x bertaubat sblom meninggal dunia, kamu adalah org yg paling awal sekali dimasukkan kedlm NERAKA JAHANNAM, diheret dlm keadaan kepala dibawah.

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Ulamak su' (jht) ini bertambah2 kejahatannya dgn mula buat bising mengkritik & menghentam, bila pihak yg dihentamnya itu adalah kalangan pembangkang. Knape dia berani menghentam? krn kali ini x menjejaskan pangkat & darjatnya, & bertujuan utk mengampu. & lebih2 jht lagi bila dia pulak mendapat imbuhan atas hentaman/kritikan merapunya (sperti yg keluar baru2 ini dlm utusan meloya). Sesungguhnya inilah ulamak JAHAT, pembawa fitnah diakhir zaman...

    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
      Sumbangan buah fikiran dr Maza amat dihargai. Pencerahan sebeginilah yg kita mahu, mengembalikan pemahaman Islam sbnar dlm konteks rakyat-pemerintah. Bukan pemahaman yg diambil separuh buang separuh, semata2 nak jaga hati pemerintah. Jazakallah...

    • Faqirah Abdullah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerja sendiri
      oleh itu kita perlukan lebih ramai ulamak, cendiakawan yg nonpartisan yg berani menegur semua pihak..bila alQuran dan hadis ditafsir sesuka hatitentu banyak kecelaruan terjadi...para mufti khususnya sepatunya menjadi yg terkedepan dlm menegur,menasihati dlm usaha menangani permaslahan, fitnah dsb yg kian melanda negara sekarang..

  • Lebai Gōōgle · Pengulas Tertinggi
    Jom pakai songkok tinggi :D

  • Hamzah Mohammad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Dwi standard sudah menjadi sebahagian daripada politik dan pentadbiran Umno. Sikit lagi ulama muda Umno akan menuduh Dr Asri dengan tulisannya di atas, menggalakkan perpecahan di kalangan ummah dan oleh kerana nabi s.a.w. menyuruh ummah bersatu, juga menghina nabi dan sunnah nabi. Mereka tidak sedar dwi standard dan ketidakseimbangan dan ketidakadilan fikiran merekalah yang telah menyebabkan perpecahan ummah di negara ini. Untuk menyelamatkan ummah di negara ini, eloklah kita halau orang-orang saperti dari tampok pemerintahan negara.

  • Muhd Hazmi
    BELLA RAMMEZL ... MAAFKAN SAYA, SAYA HARAF JADILAH ORANG MATANG, JANGAN SPT BUDAK2. KITA HARAP TIDAK MENJADI ORANG BUTA, DAN TIDAK PEKAK...DAN JANGAN MENJADI SYAITAN YANG DIKENALI. LIHAT (ADA MATA) APA YANG UMNO BN BUAT SEKARANG, DAN JANGAN PEKAK (ADA TELINGA) YG ALLAH LARANG !!! KENAL YANG MANA PERMATA, YANG MANA KACA. ALLAH BERSAMA ORANG YG BENAR, YANG SEMBAHYANG, DAN YG BAIK.

  • Azham Bin Abdullah · Pengulas Tertinggi · umur 37 tahun
    Dr Mohd Asri ini yang sangat mesra dan arif dengan ilmu2 hadits ini, apa kata, cubalah kamu menasihati si Kassim Ahmad yang katanya anti-hadits itu supaya bertaubat, macamana? Baru betul ada cabaran kan? Melalak sorang2 tak seronoklah.

  • Zack Snoopies
    Agama dan politik xdpt dipisahkan...tp Allah telah mberi kita akal utk berfikir...jd gunakan lah utk jalan Allah..gunakan hartamu juga utk jalan Allah...bertindaklah kamu utk jalan Allah...

  • Mic Karak · Pengulas Tertinggi
    KUPASAN YANG BAIK.......MOHON ULAMAK YANG LAIN TURUT MENGUPAS BAGI NAMPAK RELAWAN DAN BENAR......KAMI TIDAK BOLEH SETIJU DENGAN PENA DAN ILMU DR.SAJA.......

  • Upex Ogi · Pengulas Tertinggi
    Terima kasih ustaz..Nampak jelas dalam kesamaran hidup dan kehidupan..Terima kasih..Semoga Allah mengasihi diri ini dan tuan..

  • Azman Shah · Pengulas Tertinggi
    Tazkirah pagi jumaat dari Dr. MAZA untuk golongan Literalis UMNO.Renung-renungkanlah dan ambil iktibar !

  • Nur Aqlani Maisarah · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    Tahniah Dr. Maza mampu mempertahankan Islam melaluai hujah berkesan demi kebaikan.InsyAllah

  • Bella Rommelz · Pengulas Tertinggi
    PKR DAN PAKATAN RAKYAT ... PARTI MEMBUAT FITNAH DAN TIDAK MENEPATI JANJI!!!

  • Mohamad Shukri · Pengulas Tertinggi
    Sudah berapa kali Ulama dari PAS menghulurkan tangan untuk berbincang dengan Ulama UMNO mengenai perjuangan politik dari segi Islam...tapi sampai sekarang tak seorangpun yang berani menyahut cabaran...apa yang mereka lakukan hanyalah berhujah melalui media massa tanpa ada penjelasan balik daripada pihak yang dituduh....Dato Harussani sendiripun kecut perut apabila TGNA minta beliau berdebat dengannya.....hanya iman yang dapat menilai anda berada dijalan yang mana...

  • Steve Lee · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    sebuah tulisan yang patut kita semua hayati, umno sedang membuatkan dirinya sebagai tuhan, kita tidak boleh mempertikaikan segala perbuatan mereka dan lihatlah bilik najib, terpapar gambar dia sendiri yang begitu besar, tujuan ia dibuat seperti mahu rakyat sanjung dan sembah dia..

  • Hafiz Mohd
    ULAMA AKHIR ZAMAN IALAH DI GELAR ULAMA SUK , YANG BERHATI BUSUK , AHLAK PULA TERKUTUK........INSYALLAH NERAKA JAHANNAM LAH DIA AKAN BAKAL MASUK DAN MERINGKUK

    • Zack Snoopies
      kita doakan mereka2 yg berhati busuk ini berubah utk Allah...insyllh

    • Abdul Hadi Abuyan · Pengulas Tertinggi
      APA YANG KAU KOMEN NI, " MEREKA YANG BERNAMA MANUSIA TETAPI SEEKOR BINATANG( KUCING) TETAPLAH DIA BERHATI BINATANG WALAUPUN BERNAMA MANUSIA (HAFIZ MOHD)"

    • Almizar Ar · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Jebat durhaka
      Abdul Hadi Abuyan Semulia-mulia manusia lebih mulia dari Malaikat dan sehina-hina manusia lebih hina dari binatang...fikir-fikirkan lah.

  • Alladdin Pa Wan Teh · Pengulas Tertinggi · Rapair man di [via PLUS Highway emergency phone]
    Susah hati betul kadang2 aku tgk depa....ni...Islam pun main2..

  • Ibnu Shafie · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    syabas dr maza... agama itu lurus... mereka yg berkuasa cuba membengkokkannya....

  • Wan Nor Wan Mamat · Pengulas Tertinggi
    Allahuakbar !!! Alhamdulillah, terima kasih Dr. MAZA, kamu telah menjelaskan apa yang sepatutnya diketahui, difahami dan diamalkan oleh kita hamba rakyat semua dan kepada para ilmuan. Jangan jadi pak turut serah maruah dan pemikiran kepada orang-orang jalil ugama. Mana ada ketaatan kepada orang zalim kerana akan menjurus kepada kezaliman sesama manusia.

  • Hisham Abd Rahman · · Pengulas Tertinggi · Kuli di Home Ministry
    Sebagai contohnya "tokoh" sekolah pondok ydekat kelantan dulu tu yg cakap haram undi DAP... ambe tak ingat sape nama dia,, sebab dia bukan somebody,,, dok soho pon,,, dia tu sama mcm dikata kan MARZA dalam petikan di atas,,, so ada otak kita pikir! buakan terima bulat2!

  • Haji Abd Rahim Sabli · Pengulas Tertinggi · Kuala Kangsar
    Jangan terkejut peristiwa memperthankan Mubarak ketika ada syuhada gugur di medan tahrir akan berulang di bumi bertuah ini...

  • Argus Md Yusof · · Pengulas Tertinggi · Baitulmal
    ambik kau UMNO....

  • Nur Aqlani Maisarah · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Sabah (UMS)
    Apabila kita berniat mempertahankan Islam dalam apa apa hujah kita maka akan ada kebaikannya dari Allah.Tetapi jika niat kita mempertahankannya lain dari kerana Allah maka akan ada juga "kebaikannya" untuk menambah DOSA.r

    Nasihat dan ingatan Dr. Maza ini adalah antara terbaik boleh kita gunakan.Ilmiah dalam penyampiannya sudah tentu ikhlas untuk rakyat Malaysia, dengan pelbagai hujah yang sahih dari Al Quraan, Hadish dan Ijma' Ulama serta rujukan para Alim Ulama Fiq sezaman dan terdahulu.Lengkap dan jika ada kurang setuju wajib debatnya dengan Ilmiah.Atau jika tidak mampu berhujah wajib menurut kesimpulan ulasan ini.

  • Mohd Nazri Bin Sulaiman
    “Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar… Adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan Allah untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.

    Sesungguhnya Islam itu maha adil lagi benar. Terimakasih DR MAZA atas pencerahan ini.

  • Mno Ros · Pengulas Tertinggi
    Bila PR menang nnt harap DMAZA sudi memegang tampuk Agama dalam negara.. supaya dapat jd pengimbang kepada kerajaan yg ada ~ harapanku.. doaku

  • Abu Bakar Mohamed · Pengulas Tertinggi
    Saya tunggu hujah dari ulamak muda UMNO atas perkara ini.

Tiada ulasan: