Selasa, 11 September 2012

JIKA TAK BETUL FITNAH...JIKA BETUL TAK LAH FITNAH NAMANYA...BOLEH SAMAN JIKA FITNAH...'SPIN'...JANGAN SPIN KALAU ITU DOSA...KALAU ITU MENIPU HARGA..KALAU ITU SONGLAP2...RAKYAT TAHU KITA 'SPIN' APA...RAKYAT DA MUAK DAN MELUAT KOD...ALLAH TAHU KITA GULONGAN BAIK ATAU JAHAT..AKHIRAT LAGI CONFIRMLAH

Pelajar terselamat cubaan rogol di tandas universiti
10:45PM Sep 10 2012
Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.
  
"Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.
  
Raja Shahrom berkata lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit  meminta pertolongan.
  
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak universiti bagi membincangkan langkah meningkatkan kawalan keselamatan di universiti berkenaan.

- Bernama

Pas lebih tahu Nasha, Majlis Syura pilih jalan terbaik
ROSMIZA KASIM
10 September 2012
Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.
KOTA BHARU - Pas Kelantan menegaskan anggota Majlis Syura Pas lebih mengetahui tahu apa yang diperjuangkan mereka mahupun sebarang keputusan terbaik untuk parti berbanding pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, disebabkan itu  dalam isu kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terbabit, Majlis Syura sudah memilih jalan terbaik dalam membuat pendirian.

“Biarpun mesyuarat malam kelmarin tidak membincangkan kedudukan Nasharudin tetapi Pas Kelantan menghormati setiap keputusan yang ditetapkan.

“Kami yakin, semua yang dilakukan itu adalah diperoleh berdasarkan pertimbangan  daripada pelbagai sudut, baik mahupun keburukannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ditanya, sama ada tindakan mesyuarat tersebut untuk tidak membincangkan mengenai masalah itu kerana Pas masih memerlukan khidmat Ahli Parlimen Bachok itu untuk terus memperjuangkan pasti pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, beliau menjelaskan keputusan itu ditentukan pucuk pimpinan.

“Saya sendiri tidak mengetahui apa yang dibincangkan, oleh itu setakat ini saya menerima ketetapan tersebut dan melihat ianya dilakukan berdasarkan pertimbangan tertentu dan bukannya pendirian kosong sahaja,” katanya.

Pelbagai pihak membayangkan kemungkinan dihadapi oleh Nasharudin pada 9 September (kelmarin) menerusi mesyuarat Majlis Syura ekoran kenyataan keras beliau yang dilihat bercanggah dengan pendirian parti dan ditentang pimpinan Pas.

Bagaimanapun, mesyuarat yang dipengerusikan  Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din malam kelmarin tidak membincangkan kedudukan Nasharuddin dan sekali gus beliau masih kekal sebagai ahli Majlis Syura Pas.
Bubar Dun: Pulau Pinang masih 'berahsia'

10 September 2012
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan itu walaupun telah ada perbincangan mengenainya di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini.

"Kami hanya akan umum keputusan muktamad apabila Parlimen dibubarkan. Sama ada serentak atau tidak, tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bubar Parlimen dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di sini hari ini. - Bernama

Adakah Najib akan pecat Adun Gerakan yang berucap dipentas PAS ini?


Di tengah-tengah BN menghadapi krisis keyakinan yang parah di kalangan orang-orang bukan Melayu khususnya orang Cina.

Tiba-tiba parti Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS.

UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu.


Sebagai meraikan tetamu, pihak penganjur menjemput beliau memberi sepatah dua ucapan. Dr Cheah bagaimanapun memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada para hadirin.

Apa yang positifnya di sebalik undangan memberi ucapan oleh pihak penganjur ialah ia 'mengejutkan' kalangan masyarakat Cina yang hadir di majlis tersebut.

"Aiyaa orang Gerakan pun boleh cakap tempat PAS, Gerakan mau cakap (beri ucapan) tempat UMNO pun depa tarak kasi woo.." ujar seorang pengunjung Tionghua, dipercayai ahli Gerakan.

Nampaknya lepas ni berpusu-pusulah orang Cina keluar MCA dan Gerakan untuk sokong Pakatan

~ Kedah La

PKMM: 60% kontraktor anggotanya tenat, gulung tikar
8:42AM Sep 11 2012
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Kedah (PKMM) mendakwa hanya kira-kira 40 peratus daripada lebih 1,600 anggotanya berjaya manakala bakinya dalam keadaan tenat dan ada yang telah gulung tikar.

"PKMM cawangan Kedah dukacita kerana untuk tahun ini kerajaan Kedah hanya memberi peluang kepada kita menyelenggara jalan negeri bernilai RM50 juta sahaja," kata Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar.
  
"Kita akan menjadi pendesak untuk memelihara kebajikan ahli agar kerajaan pusat dan negeri memberi lebih banyak tender atau projek kepada kami untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke-35 PKMM di Alor Setar semalam.
  
Ahmad Fatahi berkata pihaknya telah menghantar surat kepada kerajaan Kedah dua bulan lepas agar menganugerahi projek melalui cabutan undi dan menghentikan pemberian projek kepada konsortium yang dikuasai anak syarikat miliknya.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Azmi Lateh.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmi berkata kerajaan pusat melalui Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) menyalurkan RM1.38 bilion dalam bentuk projek infrastruktur kepada Kedah untuk menyemarakkan pelaburan dan aktiviti ekonomi tahun ini.
  
Menurutnya, komitmen kerajaan pusat itu berjaya menarik dana pelaburan swasta tempatan (PFI) bernilai RM1.1 bilion setakat ini.
  
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk kelulusan permohonan untuk melaksana projek kecil dari semasa ke semasa mencecah hampir RM60 juta.
  
"Pemantauan yang dibuat mendapati pelaksanaan projek infrastruktur mencapai 97 peratus dan menghidupkan ekonomi rakyat Kedah," katanya.
  
Ketika berucap sebelum itu, Azmi berkata kemampuan kontraktor menyiapkan projek mengikut jadual memberi kesan terhadap keyakinan pelabur tempatan dan asing untuk melabur di negeri ini.

Sumbangan PKMM dalam sektor pembinaan turut memberi impak besar bagi mencapai matlamat bidang keberhasilan utama kerajaan (NKRA) untuk menjayakan agenda transformasi ekonomi kerajaan pusat, katanya.
  
Beliau berkata kerajaan mempunyai mekanisme tersendiri bagi membantu kontraktor yang menghadapi masalah menyiapkan projek kerana mahu rakyat menikmati keselesaan dan kesejahteraan.

- Bernama

Teguran Sultan Johor dihargai


MODEL Rapid Intervention Vehicle yang terdapat di pasaran.


KUALA LUMPUR - Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) atau kenderaan intervensi pantas untuk kegunaan tentera yang diutarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan baginda yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.
"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.
"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.

Pemuda PAS: Halang kemenangan BN pastikan Akta Kg Baru terbatal
9:42AM Sep 11 2012
Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyokong penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membatalkan serta-merta Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 jika diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ini susulan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan untuk membatalkan Akta ini jika PR  mendapat mandat memerintah Malaysia selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

"DPPKT merakamkan penghargaan setingginya atas keprihatinan pemimpin Pakatan Rakyat yang berusaha memberi jaminan Akta PPKB 2011 akan dibatalkan dan seterusnya akan dikembalikan kepada pemilik dan pewaris Kampung Baru," kata Ketua DPPKT, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Dalam keadaan isu tersebut didiamkan daripada pengetahuan rakyat, katanya, pemimpin Pakatan terus memainkannya sebagai agenda pentingnya bagi memastikan ianya terus bermain di bibir rakyat.

"DPPKT merasakan kenyataan inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat, khususnya pemilik Kampung Baru," kata Mohamad Suhaimi dalam satu kenyataan..

Pastinya, tambahnya, kenyataan tersebut akan melegakan penduduk Kampung Bharu keranan jaminan bahawa tanah milik mereka.

Mohamad Suhaimi mendakwa, isu Kampung Bharu membuktikan Umno telah gagal dalam membela hak rakyat khususnya orang Melayu di negara ini.

Beliau mendakwa, pemaju dimanjakan dengan pelbagai kemudahan manakala pemilik dan pewaris dibiarkan mereka tanpa sebarang pembelaan sewajarnya.

Sehubungan itu, tambahnya, DPPKT akan menjadikan kenyataan pemimpin Pakatan itu sebagai informasi penting untuk disampaikan kepada rakyat khususnya warga Parlimen Titiwangsa supaya mereka jelas dalam menentukan hala tuju politik negara.

Dengan memilih Pakatan, tegas Mohamad Suhaimi, akan memastikan tanah Kampung Baru tidak terusik, bahkan ianya akan kembali ke pangkuan rakyat sebagaimana asal.
Raja Nong Chik: Perjuangan pembangkang berdasar fitnah dan 'spin'
10:01AM Sep 11 2012
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa bahawa wadah perjuangan pembangkang bukan berunsurkan dasar tetapi hanya berlandaskan fitnah dan 'spin'.

"Lihat sahaja sifat dan perwatakan pembangkang yang ada pada hari ini. Wadah perjuangan mereka bukan berunsurkan dasar, perjuangan mereka hanya berlandaskan fitnah dan 'spin'.
  
"Apa sahaja produk kerajaan BN akan difitnah, ditohmah dan dicaci. Kebelakangan ini nampaknya mereka sudah bertambah ekstremis, sudah ada unsur mengaibkan pemimpin dengan memijak gambar dan menunjukkan punggung," katanya.

Raja Nong Chik yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar berkata demikian ketika berucap di perasmian persidangan perwakilan Umno Penampang, di Kota Kinabalu malam tadi.
  
Oleh itu, beliau mengajak penduduk Sabah supaya menolak pembangkang yang didakwanya gemar melemparkan pelbagai janji populis yang tidak mungkin dapat dikotakan, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Beliau berkata corak politik pembangkang juga lebih berunsur kepada memutarbelitkan fakta dan mewujudkan cerita politik yang bertujuan untuk mengaburi mata dan mengelirukan rakyat.
    
"Inilah yang dinamakan ciri-ciri saudagar mimpi yang ekstremis. Amat berbeza dengan corak politik BN yang bertunjangkan pencapaian dan menunaikan janji-janji demi untuk  rakyat," katanya

Raja Nong Chik berkata tema 'Janji Ditepati' merupakan wadah perjuangan BN sejak dahulu lagi kerana parti itu sentiasa akan berusaha memastikan janji yang dibuat ditunaikan.
  
"Ini bukan merupakan perkara yang baru kerana sejarah mampu membuktikan bahawa Barisan Nasional sentiasa 'walk the talk'," katanya.

Beliau berkata kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertungkus-lumus memperjuangkan pelbagai transformasi termasuk Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Transformasi Politik untuk menambah baik keadaan yang sedia ada demi kepentingan rakyat.

Raja Nong Chik juga mengingatkan ahli Umno Sabah agar tidak memandang ringan tanggungjawab yang akan digalas pada pilihan raya umum ke-13.

Menyifatkan pilihan raya akan datang itu sebagai paling sengit dalam sejarah negara, beliau berkata tanggungjawab yang dipikul Umno Sabah lebih berat kerana negeri itu dianggap sebagai 'simpanan tetap' BN.

Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose mahu ahli di bahagian itu memberi sokongan padu kepada calon BN di kawasan tersebut.

"Umno Penampang akan sentiasa bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain di bahagian ini demi memastikan kejayaan calon BN di Penampang,"
katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: