Ahad, 2 September 2012

SIAPA YANG BUTA ATAU CACAT PENGLIHATAN...SAPE PULA YANG BUTA HATI...SAPE DITUTUP PINTU2 HIDAYAH...INGATLAH ALLAH BERKUSA KEPADA SESUATU..SEDANGKAN MAKHLUK KEADAANNYA SANGAT2 BERKENDAK KEPADA ALLAH SWT...FIKIR2KANLAH

'Pakatan tak pernah bangkitkan tukar bendera'
3:54PM Sep 2 2012  
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Lim Kit Siang juga berkata, membuat perubahan pada Jalur Gemilang juga bukan agenda Pakatan.

"Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama tiga menteri kanan Umno menyerang dengan mengatakan bahawa ada desas-desus Pakatan mahu menggantikan Jalur Gemilang, ia mencerminkan diri mereka yang terdesak.

''Saya tidak percaya, dengan semua anggota polis dan sumber perisikan mereka, perdana menteri dan menteri dalam negeri tidak sedar bahawa tidak ada kebenaran pun mengenai desas desus itu,'' katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam Najib mendakwa Pakatan ingin mengubah Jalur Gemilang.

Beliau berkata, bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kerana Putrajaya masih lagi di bawah pimpinan BN.
Kumpulan besar berdemo di Raub
  • Koh Jun Lin
  • 1:42PM Sep 2 2012
 
Ribuan orang sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.

Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula kira-kira pada jam 2.15 petang.

Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali peng Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd.

Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mahkamah.

Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang milo. Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.



GALERI GAMBAR
 
 
Lagi kemarahan rakyat S'wak pada TV3, Nurul Syuhada
1:16PM Sep 2 2012  
Bukan sahaja parti pemerintah Sarawak, pembangkang negeri juga hari ini menyuarakan perasaan tidak senang terhadap kenyataan seorang pengacara TV3 yang melabelkan Bintulu sebagai kawasan daif.

Pemuda PAS Sarawak berkata, kenyataan oleh Nurul Syuhada Nurul Ain semasa lintas langsung stesen itu kelmarin " benar-benar mengguris hati rakyat Sarawak".

"Kenyataan spontan mengenai kedaifan Bintulu ini menunjukkan ketidakpedulian pengacara TV3 tersebut, yang juga merupakan seorang wartawan.

"Jika kualiti kewartawanan di TV3 adalah sebegini rendah, tidak hairanlah berita-berita di TV3 setaraf berita kedai kopi, penuh fitnah dan tangkap muat," kata Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohd Arifiriazul Paijo.

Semalam, Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga dilapor mahu Nurul Syuhada meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya itu bagi meredakan kemarahan penduduk.

Pandi berkata, Nurul Syuhada kurang arif mengenai Bintulu sehingga beranggapan Bintulu sebagai daif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.

Tanggapan umum S'wak daif
Bintulu juga bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Arifiriazul berkata, hakikatnya, Bintulu, merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak dan merupakan hub industri LNG di Sarawak yang menjadi penyumbang utama pendapatan negara.

"Kami menggesa pihak TV3 memohon maaf atas ucapan semberono pengacara mereka mengenai Bintulu.

"Kami menasihatkan pihak TV3 mewajibkan kerja rumah kepada semua wartawan mereka sebelum menerbitkan sesuatu berita," katanya.

Bagaimanapun, dewan itu berpendapat, isu itu timbul kerana kerajaan negeri didakwa gagal membangunkan Sarawak sehingga dilabel daif.

"Masyarakat umum masih menganggap Sarawak sebagai negeri miskin dan daif, kecuali di kawasan bandar seperti Kuching. Ini merupakan satu persepsi umum yang ada benarnya," katanya.
Zunar tawar karya 'haram' dalam pameran solo
  • Nigel Aw
  • 11:23AM Sep 2 2012
 
Kartunis terkenal Zunar yang sering menjadi mangsa pengharaman komik menawarkan karya-karyanya selama lebih sedekad dalam pameran solonya di tanah air.

"Kebanyakan karya-karya ini belum dilihat orang ramai kerana ia diharamkan kerajaan.

Zunar exhibition"Jadi ia menjadi perantaraan dan satu-satunya cara untuk orang ramai menatapnya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque berkata, pameran itu akan memberikan gambaran lebih baik berkenaan dirinya sebagai seorang kartunis.

"Dalam kebanyakan waktu, orang ramai hanya melihat apa yang saya lakukan sekarang tetapi pameran ini merangkumi koleksi kerja saya sejak 1999, termasuk yang belum disiarkan," katanya.

Zunar mengadakan pameran solo di Malaysia antara 1 hingga 9 September di Shah Alam.



Zunar adakan pameran soloAntara berahi dan revolusi dalam kartun
 
 
DAP Johor: Plus patut biayai pembinaan EDL
4:33PM Sep 2 2012  
DAP Johor hari ini mempersoalkan pengumuman kerajaan untuk mengambil alih lebuh raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) Johor Baharu, termasuk membayar kos pembinaan kepada konsesi.

"DAP Johor berpandangan, sama ada pengguna atau pembayar cukai tidak patut menanggung kos pembinaan EDL," kata pengerusinya Boo Cheng Hau dalam kenyataannya hari ini.

Sebaliknya, kata Boo, Plus Bhd patut membayar kos itu, kerana "syarikat berkaitan Umno" itu sudah mengutip wang daripada plaza tol Johor Bahru sejak 20 tahun lalu.

Kerajaan pada 30 Ogos dilapor memutuskan untuk mengambil alih EDL Johor Baharu daripada Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan dasar dan caj tol bagi lebuh raya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata keputusan ini dibuat oleh kabinet bulan lepas dan kos serta syarat-syarat pembelian sedang dibincangkan dan kos dan syaratnya dijangka dimaklumkan akhir tahun ini.

Katanya, kerajaan akan melihat cara untuk menguruskannya dan terdapat kemungkinan lebuh raya itu tidak akan dikenakan sebarang tol.

"Kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara ini kemudiannya tetapi ini bukan isu mendesak kerana ia akan diambil alih oleh kerajaan, berbanding sektor swasta yang perlu mengenakan tol," beliau dipetik berkata kepada pemberita di Putrajaya.

Terdahulu MRCB berkata syarikat itu terbuka dengan sebarang opsyen termasuk menjual EDL, yang dibangunkan oleh anak syarikat milik penuhnya MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB), kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu mengenai caj tol.
'Ketika sindrom selesa Umno, berlakulah cantas mencantas'
3:40PM Sep 2 2012  
Kepimpinan Umno diingatkan supaya mengenepikan sindrom 'selesa dan terpukul' yang pernah dialami parti itu pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 jika mahu melihat kejayaan besar parti itu dan
BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum 2004, sindrom selesa ini wujud apabila orang Umno dan BN berada di kemuncak maka mereka merasa terlalu selesa pada ketika itu.

"Apabila sindrom selesa ini berada di jiwa kepimpinan Umno di peringkat akar umbi, maka timbul rasa keyakinan yang terlalu amat sangat. Apabila ini berlaku, ketika itu nasihat tidak didengar, pandangan ditolak dan leka merebut peluang. Apabila ini berlaku maka perjuangan tidak lagi menjadi matlamat utama.

"Dalam keadaan sindrom selesa itu jugalah berlakulah cantas mencantas, dengki, iri hati dan merasa benci sesama sendiri. Ini kerana kita merasa kuat ketika itu dan kita meremehkan musuh-musuh politik kita," katanya kepada pemberita di Port Dickson, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Telok Kemang di Port Dickson. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata: "Apabila sindrom selesa itu menguasai diri kita, kita mula merasakan kita adalah yang terbaik. Dan dalam sindrom selesa itulah juga, kita mula menghindarkan keperluan anak buah kita dan rakyat dan kita mula berpeluk tubuh."

Katanya sindrom selesa itu telah dibayar dengan harga yang mahal apabila Umno dan BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya 2008, maka berlakulah sindrom terpukul pula.

"Bila sindrom terpukul ini berlaku, kita merasa takut, malu, tidak ada harapan lagi dan merasa kecewa dan tidak mahu melakukan perubahan. Tapi, apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kepimpinan parti dan negara, saya harap sindrom selesa dan terpukul ini tidak ada kerana Najib memberikan dukungan kepada transformasi dalam kerajaan dan politik. Dengan kepimpinan Najib kita
dapati rakyat telah bersama semula dengan Umno dan BN.

"Tetapi jangan biarkan beliau (Najib) berseorangan kerana jentera akar umbilah yang akan memperkuatkan dan menterjemahkan apa yang Perdana Menteri mahukan. Oleh sebab itu, kita mesti ketepikan sindrom selesa dan terpukul yang pernah kita alami," katanya.

Beliau berharap semua jentera dalam Umno dan BN bukan saja mula bergerak tetapi memperkukuhkan pergerakan mereka bagi menghadapi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

- Bernama
Musa Aman: Pembangkang pura-pura cacat penglihatan
3:15PM Sep 2 2012  
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi empat sebab mengapa rakyat Sabah perlu terus menyokong BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri.

Beliau berkata empat sebab berkenaan amat diperlukan demi kemajuan berterusan negeri dan kemakmuran rakyat Sabah meskipun negeri itu sudah mengecapi banyak kemajuan dan pencapaian di bawah kepimpinan Najib sekarang.

"Mengapa kita perlu mengekalkan BN? Mengapa Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu terus menjadi perdana menteri? Jawapannya mudah sahaja, kerana kita inginkan pembangunan, kita ingin kesejahteraan, kita inginkan keamanan dan kita inginkan kemakmuran serta keharmonian," katanya.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi dan Beluran secara serentak yang dirasmikan oleh Najib di Dewan Serbaguna Sri Libaran, dekat Sandakan hari ini.

Beliau berkata sebaliknya jika rakyat Sabah silap memilih parti dan pemimpin untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, Sabah dan rakyat negeri itu dikhuatir kembali kepada suasana kemunduran dan ketidakstabilan politik akibat perpecahan.

Bagaimanapun, Musa berkata rakyat Sabah sejak dahulu lagi sudah bijak dan matang berpolitik serta tidak mudah dipengaruhi parti pembangkang yang disifatkannya sebagai "pura-pura cacat penglihatan" kerana enggan mengakui pembangunan pesat yang dialami negeri Sabah di bawah BN.

Katanya rakyat tidak kira latar belakang kaum dan kepercayaan, sama ada di bandar atau di luar bandar sudah dapat menikmati dan mendapat banyak manfaat daripada pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib seperti Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

"Ada orang mengatakan macam mana perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) ini. (Rakyat) Di laut tolong. di darat pun di tolong. Nelayan ditolong, petani, pesawah pun ditolong, (rakyat) di desa pun dapat di kota pun dapat, kanak-kanak pun dapat orang tua pun dapat, pesara pun dapat malah pemandu teksi pun dapat," katanya.

Menurut Musa selain pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga melalui inisiatifnya sendiri berusaha membawa kemajuan kepada rakyat dengan memperkenalkan pelbagai program untuk meningkatkan taraf ekonomi dan hidup mereka.

Katanya projek mini estet sejahtera (MESEJ), penubuhan Pusat Kraftangan, program galakan perniagaan dan keusahawanan dan pembinaan pelbagai infrastruktur asas merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri membangunkan rakyat Sabah.

Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga telah mengambil langkah berani dengan memberhentikan kegiatan pembalakan secara berleluasa di kawasan seluas beratus-ratus ribu hektar dan menggantikannya dengan projek penanaman semula hutan demi kelangsungan sumber asli itu kepada generasi akan datang.

Menurut Musa melalui projek perladangan hutan itu, Sabah boleh menghasilkan kira-kira 400 pokok balak berkualiti bagi setiap satu hektar berbanding pembalakan biasa yang jumlah hasilnya jauh lebih rendah.

- Bernama
 
 سُوۡرَةُ البَقَرَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
  أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمۡ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ (١٦) مَثَلُهُمۡ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسۡتَوۡقَدَ نَارً۬ا فَلَمَّآ أَضَآءَتۡ مَا حَوۡلَهُ ۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمۡ وَتَرَكَهُمۡ فِى ظُلُمَـٰتٍ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ (١٧) صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡىٌ۬ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ (١٨) أَوۡ كَصَيِّبٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَـٰتٌ۬ وَرَعۡدٌ۬ وَبَرۡقٌ۬ يَجۡعَلُونَ أَصَـٰبِعَهُمۡ فِىٓ ءَاذَانِہِم مِّنَ ٱلصَّوَٲعِقِ حَذَرَ ٱلۡمَوۡتِ‌ۚ وَٱللَّهُ مُحِيطُۢ بِٱلۡكَـٰفِرِينَ (١٩)
 
 Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat. (16) Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). (17) Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). (18) Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. (19) 
Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
10:57AM Sep 1 2012  
Salah sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR dikesan disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian di Kota Bharu.

Naib presiden parti itu, Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah di bandar tersebut.

"Petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah.

pkr election poll bus attacked in kelantan 2"Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah. Tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

"Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

"Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin berkata, bas berkenaan ditahan di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan selepas satu laporan polis dibuat pada jam 5.14 pagi ini di balai berkenaan.

Katanya lagi, serangan berkenaan bagaimanapun tidak akan menggugat kempen berkenaan yang akan diteruskan dengan jelajah ke Perak.

"Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa serangan berkenaan bukanlah insiden pertama yang melibatkan keselamatan Anwar mahupun pemimpin kanan lain parti itu.
'Seolah-olah galakan dari PM'

Katanya, Anwar sebelum ini juga diserang di Sembrong, manakala ceramah yang disertai MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga dicemari dengan insiden membaling batu.

Seterusnya, perkara tersebut sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai laporan polis dibuat.

"Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat.

"Ia seolah-olah satu galakan terus dari Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama PKR dan Pakatan Rakyat," katanya.
pkr election poll bus attacked in kelantan storySementara itu, Anwar berkata, serangan berkenaan bagaimanapun tidak mengganggu acara yang disusun dalam program berkenaan.

Beliau antara lainnya hari ini mengikuti satu program solat dan zikir di Salor, dan seterusnya ke kediaman menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk minum pagi.

"Serangan samseng tidak harus ganggu acara," katanya.

Kelantan merupakan lokasi kedua dalam program tiga hari yang menumpukan kawasan pengundi Melayu itu.

Sebelum itu, Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR mengunjungi Bentong, Pahang dalam program yang disertai 300 orang.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah pengarah komunikasinya Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengarah strategi, Rafizi Ramli.

Program bersama bas berkenaan semalam juga meliputi kawasan Kuala Lipis, Gua Musang dan Tanah Merah.

Program berkenaan dirancang untuk meliputi lima negeri – Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan 20 acara rasmi di pelbagai lokasi.
Perlu pinda perlembagaan Kedah untuk 'timbalan MB'
3:08PM Sep 2 2012  
Umno Kedah menggesa kerajaan negeri pimpinan PAS mewujudkan segera jawatan Timbalan Menteri Besar bagi melaksanakan tugas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sakit.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun dalam perlembagaan negeri tidak wujud jawatan tersebut, kerajaan negeri perlu membuat pindaan terhadap perlembagaan tersebut.

"Umno Kedah akan menyokong dan bersetuju sekiranya kerajaan negeri mahu mewujudkan jawatan tersebut demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit di Alor Setar hari ini.

Beliau berkata semua itu bergantung kepada Azizan sama ada mempersetujui cadangan tersebut atau sebaliknya memandangkan keadaan kesihatannya yang kini tidak menentu.

Ahmad Bashah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata jika Azizan merasakan dirinya mampu untuk mentadbir, Umno tidak akan meminta beliau berbuat demikian.

Difahamkan satu mesyuarat exco kerajaan negeri akan diadakan Rabu ini di sebuah hospital swasta iaitu tempat Azizan dirawat. Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Azizan sendiri.

Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat exco ialah 5 Ogos lepas sebelum beliau mendapat rawatan di hospital swasta itu pada 14 Ogos.

Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Setar hari ini dihadiri 510 perwakilan dari 98 cawangan.

- Bernama

Tiada ulasan: