Ahad, 2 September 2012

CAKAP BIAR BETUL...SATU RAKYAT DENGAR DAN RAKYAT NAMPAK...SATU LAGI YANG MAHA BESAR...IAITU ALLAH TAHU YANG DIDALAM HATI SERTA DAN TAHU LAGI JELAS YANG TERSURAT DAN TERSIRAT....AKUI LAH ALLAH YANG MAHA BERKUASA...SEDARLAH DIRI NI ADALAH MAKHLUK...LEMAHNYA KITA NAK TAHAN KENTUT PUN TAK MAMPU...NI KAN MATI

Kes fitnah: AKSB saman Azmi Ali RM1 juta

Aslani M, 02 Sep 2012
KOTA BHARU: Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Che Ali kini berdepan tuntutan saman berjumlah RM1 juta ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Kenyataan itu disiarkan The New Straits Times (NST) pada 29 Mei bertajuk “Kelantan Misused RM600m in Loans” dianggap tidak benar, memfitnah kerana menuduh plaintif menyalahguna sebahagian dana RM600 juta membiayai perjalanan di luar negara oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Azmi dalam kenyataan itu mendakwa mereka yang turut serta dalam perjalanan tersebut termasuk anggota Exco dan beberapa pegawai kerajaan negeri serta wakil AKSB.

AKSB dalam tuntutannya menyebut Azmi bersama empat lagi defendan bertanggungjawab menyebabkan tersiarnya artikel tersebut, di mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tidak berasas dikaitkan dengan plaintif.

Turut dinamakan sebagai defendan iaitu MTRK; Pengarang Urusan Kumpulan NST, Abdul Jalil Hamid; Penyunting Kumpulan NST, Syed Nadzri Syed Harun dan New Straits Times (M) Bhd.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes terbabit ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum bicara pada 19 September ini. Defendan belum lagi melantik peguam.

Hisham berkata, tulisan yang disiarkan akhbar tersebut secara jelas bermaksud bahawa plaintif terlibat dengan korupsi sehingga gagal dalam tanggungjawab menggunakan wang pinjaman tersebut.

Sebelum ini plaintif melalui peguamcara mengemukakan notis tuntutan kepada defendan-defendan menuntut supaya menarik balik artikel tersebut, memohon maaf secara terbuka kepada plaintif dan membayar gantirugi.

Namun defendan-defendan enggan berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi.

Selain itu plaintif juga menuntut defendan menyiarkan permohonan maaf tersebut sebagai berita utama di muka surat hadapan dalam NST, mengiklan permohonan maaf tersebut dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian.

AKSB juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif.
Hisham: Politik kebencian termasuk serang bas perlu dihenti
SITI SAFA MOHD NOR
2 September 2012
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KAMPUNG GAJAH - Politik kebencian yang sedang berlaku harus dihentikan segera bagi mengelakkan ia terus menular di kalangan rakyat negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu tegas Menteri Dalam Negeri, tindakan segelintir pihak yang memijak bendera, membaling batu dan cat kepada bas yang digunakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, memijak gambar Perdana Menteri kelmarin selain membuat ugutan
bunuh ke atas pemimpin adalah satu kesalahan serius yang perlu diambil tindakan segera.

Menurutnya, insiden yang berlaku berkenaan akan dikendalikan bersama kerana ia melibatkan semua pihak tanpa memilih kepentingan masing-masing.

“Saya melihat insiden yang berlaku itu menjadi tumpuan rakyat dan tindakan segera harus diambil terhadap perkara ini.

“Kita mempunyai pelbagai undang-undang termasuklah polis dari segi konteks siasatan, peguam negara dari segi konteks pendakwaan dan kehakiman dari segi konteks kes dan juga hukuman.

“Kita mempunyai keseimbangan undang-undang kerana polis tidak boleh membuat tindakan sesuka hati mereka,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Felcra Wilayah Perak di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, masyarakat hari ini mahu melihat satu tindakan diambil kerana negara mempunyai undang-undang.

“Jika tidak boleh diambil tindakan pun, ia perlu dimaklumkan kepada masyarakat mungkin undang-undang tidak cukup, bukti tidak cukup dan sebagainya.

“Pihak polis harus menyiasat terlebih dahulu perkara ini dan bersama badan terlibat lain berbincang akta mana yang mahu didakwa bagi kes-kes berkaitan.

“Orang ramai juga harus tahu hasil siasatan itu supaya tidak berlaku eksploitasi maklumat yang tidak betul di sebarkan,” katanya.

Katanya, siasatan perlu dilakukan secara telus dan tidak mahu berlaku tunding jari pelbagai pihak kerana perkara itu tidak akan ada kesudahan.
'Tukar Jalur Gemilang bukan agenda Pakatan'
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
SHAH ALAM - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa langkah atau idea menukar Jalur Gemilang tidak pernah menjadi agenda Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana didakwa oleh banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).
Kit Siang, yang juga Penasihat DAP berkata, langkah menukar bendera negara ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat PR, yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 2008.
"Menukar bendera kebangsaan tidak pernah menjadi agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibincang atau dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Itu sebabnya saya menghantar mesej menerusi Twitter (semalam) sebagai respons kepada dakwaan kononnya PR mahu tukar bendera kebangsaan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam kenyataannya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengetuai tiga menteri kanan Umno untuk menyerang PR kononnya mahu menukar Jalur Gemilang, "ia tidak lebih daripada keadaan terdesak Umno-BN berkenaan dengan kemungkinan (keputusan) Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding menghormati kebenaran."
"Saya tidak dapat percaya dengan kesemua tenaga polis dan risikan bersama mereka, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat sedar bahawa tiada asas sama sekali dalam laporan palsu kononnya Pakatan Rakyat mahu menukar bendera kebangsaan," kata beliau lagi.
Kit Siang berkata, PR menerusi pelbagai polisi yang diumumkan sebelum ini termasuk Rangka Kerja Dasar Bersama pada Disember 2009 dan Buku Jingga tahun berikutnya telah menekankan komitmennya untuk mempertahankan ciri-ciri fundamental Perlembagaan Malaysia, khususnya peranan institusi raja berperlembagaan.
Sehubungan itu katanya, kempen pembohongan dan tidak berasas terhadap PR ini oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri Umno adalah tidak bertanggungjawab, khususnya "apabila empat menteri Umno mengulangi kenyataan tidak berasas kononnya PR mahu menukar bendera kebangsaan dan menjadikan Malaysia negara republik."
KDN segera tangani isu Jalur Gemilang, pijak gambar PM

2 September 2012
Gambar Najib kena pijak
Tindakan sekumpulan peserta himpunan yang memijak gambar pemimpin adalah tidak wajar.
Risalah yang diedarkan semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka kelmarin.
Risalah yang diedarkan semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka kelmarin.
SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan menyegerakan proses undang-undang terhadap pelaku tindakan biadap melakukan provokasi mahu menukar Jalur Gemilang, memijak gambar Perdana Menteri serta memaki hamun pemimpin negara pada satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mahu dalang dan 'desperado' atau golongan terdesak politik ini dihadapkan ke muka pengadilan kerana kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat mereka diadili mengikut peraturan dan undang-undang yang ada.
  
"Rakyat kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan desperado politik ini yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lantas bertindak dan mencipta isu membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan kini," katanya.
 
Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Merbok yang dihadiri kira-kira 300 perwakilan di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari ini.
 
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata polis sedang giat menjalankan siasatan dan pihak Peguam Negara pula akan mendakwa jika terdapat bukti kukuh mereka yang terlibat.

Katanya pihak pembangkang sering menuding jari menjadikan Umno sebagai kambing hitam segala aktiviti liar tetapi pembangkang akan menyaksikan kebenaran setelah siasatan selesai dijalankan.
 
" Kita tidak akan bertolak ansur dengan kerja-kerja negatif yang cuba menyemarakkan semangat bencikan pemimpin kerajaan yang selamanya dijadikan bahan cercaan," katanya.
 
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata pihak berkuasa Malaysia bekerjasama dengan pihak keselamatan Thailand bagi memantau aktiviti pihak pemisah di sana yang dikatakan memacak Jalur Gemilang pada lokasi-lakosi selepas pengeboman dilakukan di Selatan Thailand baru-baru ini.
 
Beliau berkata Kementerian Luar juga turut memainkan peranannya dalam menangani isu sama. - Bernama
3,000 sertai Himpunan Hijau Raub
NORFARAHAH OTHMAN
2 September 2012
3,000 sertai Himpunan Hijau Raub
Sebahagian daripada peserta Himpunan Hijau Raub.
RAUB - Dianggarkan lebih kurang 3,000 orang menyertai Himpunan Hijau Raub, berkumpul di Padang tasik Raub dekat sini, membantah aktiviti perlombongan emas di Bukit Koman.
Perhimpunan bermula jam 2 petang dengan kehadiran beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, yang menjadi tulang belakang himpunan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Minggu lalu, polis membenarkan Himpunan Hijau Raub dengan mengenakan 16 syarat untuk dipatuhi oleh penganjur.

Himpunan dijadual berlangsung selama dua jam itu, antara lain membantah penggunaan bahan kimia berbahaya oleh kilang perlombongan emas di Bukit Koman.
Dalam pada itu, semua peserta himpunan mula berarak ke kawasan perlombongan Bukit Koman kira-kira jam 4 petang selepas menunggu wakil pelombong selama setengah jam.
Jarak padang ke kawasan perlombongan lebih kurang dua kilometer.
Pemimpin Pas digesa tidak ghairah beri kenyataan
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas diingatkan tidak terlalu ghairah memberi kenyataan dalam media sehingga boleh mencetuskan perselisihan pendapat antara satu sama lain.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menekankan batasan bersuara perlu dilihat dari aspek isu kontroversi tanpa menghalang mana-mana pihak memberi kenyataan terhadap isu bukan kontroversi.

Lebih jelas katanya, hanya dua individu yang layak menjawab isu sedemikian sebagaimana diputuskan peringkat kepimpinan sebelum ini bagi menjawab isu kontroversi yang dibangkitkan media.

“Kita telah mengambil keputusan baru-baru ini supaya yang sepatutnya memberi respons dalam isu kontroversi ialah presiden parti dan ketua penerangan. Kita sudah mengambil keputusan seperti itu supaya tidak timbul lagi
percanggahan.

“Jadi, yang (pemimpin) bawah ini kena jagalah sikit jangan ghairah sangat. Surat khabar (media) ini memang dia (wartawan) cari ‘point’ orang bercakap sebenarnya,” katanya ketika berucap di Rumah Terbuka Perantau di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai, di sini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas bercanggah pendapat dengan kepimpinan utama parti berhubung pelaksanaan hudud sebagaimana kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam Sinar Harian 23 Ogos lalu yang tidak bersetuju hudud dilaksanakan dengan alasan sekarang bukan masa kondusif.

Pandangan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut disokong Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang berpandangan ia tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini.

Minggu lalu, Pas berhadapan dengan kontroversi terbaru susulan pandangan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu kepada sebuah akhbar Sin Chew Daily.

Sementara itu, Mustafa meminta pemimpin yang tidak berkenaan supaya tidak melayan kerenah media bagi mengelak berlakunya percanggahan pendapat dengan pimpinan utama.
Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh ditemui mati dalam kereta di kawasan stadium
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
KOTA BHARU - Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh, Rosyuri Mat Rifin ditemui mati dalam kereta, dipercayai selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Rosyuri Mat Rifin, 42, ditemui dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.                                                             
Allahyarham dipercayai menghidap kencing manis dan jantung.
Hudud: Perlu selesai isu undang-undang, kata Anwar
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
2 September 2012
Anwar (kanan) bersama Wan Azizah pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
Anwar (kanan) bersama Wan Azizah pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU-  Mana-mana pihak yang ingin melaksanakan hudud termasuk Kelantan perlu melepasi beberapa isu termasuk hal yang berkaitan undang-undang, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, terdapat dua pandangan berbeza mengani pelaksanaan hudud sama ada ia boleh dijalankan dengan mengikut  Perlembagaan Persekutuan sedia adaa dan sebaliknya.

“Berkenaan hudud, ada dua pandangan, ada dua kata ikut perlembagaan manakala satu lagi  tidak, (jika ingin dilaksanakan) ia perlu diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Sarapan Pagi Bersama Rakyat di sini semalam.

Anwar berkata, adalah jelas Barisan Nasional khususnya Umno tidak mempunyai pendirian tetap untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Sejak Umno ditubuhkan mereka tidak pernah ada hasrat laksana hudud, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menulis memberi amaran supaya hudud tidak dilaksanakan di Kelantan.

“Manakala pendirian kita jelas sama ada sebagai orang Islam dan juga dalam Pakatan, kita memberi kelonggaran di Kelantan kerana mereka sudah melaksanakan sebahagiannya, manakala di peringkat nasional kita memberi ruang  dan masih terikat dengan persekutuan dan perbincangan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau tidak berminat untuk mengkritik pihak tertentu dengan membawa isu hudud kerana tidak mahu agama dipermainkan.

Dalam pada itu, Anwar  menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam pakatan pembangkang bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai.

Beliau berkata sekiranya ada cadangan tambahan, mereka akan berunding menyelesaikannya berlandaskan prinsip permuafakatan.

“Kalau ada cadangan baharu kita bincang. Di Kelantan kita anggap sudah selesai, Pulau Pinang hampir selesai,” katanya.
Bas Anwar tarik perhatian ramai
Wartawan Sinar Harian
2 September 2012
anwar ibrahim
Anwar ketika berucap di pentas segera bas tersebut sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat di Machang, malam kelmarin.
MACHANG - Bas dua tingkat yang memaparkan gambar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Pejabat PKR Cabang Machang, di sini malam kelmarin menarik perhatian ramai.

Masing-masing yang hadir pada majlis sambutan Aidlfitri meninjau bas khas sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelantan itu.

Tidak kurang juga mengambil kesempatan bergambar bersama bas tersebut sebagai kenang-kenangan.

Bas itu menjadi perhatian apabila ruang dalamannya diubahsuai dengan pelbagai kemudahan termasuk wifi, tempat mesyuarat, tandas, dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera.

Selain Anwar, program jelajah tersebut turut dijayakan Persiden Keadilan yang juga isteri Anwar, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah bagi sama-sama menjayakan ceramah umum di Padang Majlis Daerah Tanah Merah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata,  PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

Katanya, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.Ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis,” katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan Jelajah Bas  itu sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, kelmarin manakala Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu.
1MB: PR tali barut penjajah era moden

2 September 2012
GEORGETOWN - Kelab 1Malaysia Brother's (1MB) menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang terus menakutkan rakyat dengan mengatakan Pulau Pinang akan rosak jika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu tidak ubah seperti tali barut penjajah era moden.

Penaung badan bukan kerajaan itu, Datuk Hamzah Zainuddin berkata sebaliknya PR yang perlu berasa takut kerana banyak janji pilihan raya mereka gagal ditunaikan.

"Kesedaran rakyat (Pulau Pinang) sudah ada sebenarnya. Mereka sendiri lihat, masalah penjualan tanah, masalah pembinaan kos rumah rendah dan peniaga kecil masih belum selesai," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kelab 1MB di Bukit Saujana, Paya Terubong, malam tadi.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 2,500 orang termasuk pemimpin BN antaranya ketua pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim, Presiden MIC Negeri L. Krishnan dan Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang.

Mengenai tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan ratusan bendera Malaysia dan BN sempena program pelancaran 1MB itu, Hamzah berkata, PR bimbang dengan kebangkitan BN dan berasa terancam jika rakyat terus memberi sokongan terhadap parti itu.

Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, 1MB merupakan satu keluarga yang besar terdiri penduduk tempatan dari pelbagai kaum dan bangsa untuk menentukan masa depan Pulau Pinang serta menyokong pemimpin yang boleh berjanji dan menunaikannya.

Katanya sebanyak 25,000 borang keahlian kelab berkenaan telah diedar kepada rakyat Pulau Pinang dan 16,300 daripadanya sudah menjadi ahli. - Bernama
Umno mahu Guan Eng tubuh jawatankuasa khas

2 September 2012
Datuk Musa Sheikh Fadzir
Datuk Musa Sheikh Fadzir
BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan berhubung penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak 2008.
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jawatankuasa itu penting kerana ia mampu memperjelaskan sama ada penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah benar dan telus atau sebaliknya.
 
"Sudah sampai masanya kerajaan negeri tubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat penjualan tanah dan bentangkan kepada umum bagi rakyat nilai sendiri sama ada apa yang mereka buat itu (jual tanah) adalah telus.
 
"Ini barulah dikatakan berani dan demokrasi, kita bukan hanya mahu seorang ketua menteri yang pandai bercakap dan menuduh orang sana sini tetapi boleh membuktikan apa yang beliau cakap," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.
 
Musa yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Kawan turut mencabar Lim supaya menjawab dan menjelaskan segala persoalan yang dikemukakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berhubung isu penjualan tanah di Taman Manggis.

"Mereka (pemuda BN) berkali-kali minta ketua menteri jawab dan jelaskan isu berkenaan tetapi sehingga hari ini beliau (Lim) tidak berbuat demikian sebaliknya beliau juga terus membohongi rakyat Pulau Pinang dengan menuduh itu semua agenda Umno," katanya.
 
Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah berkenaan kepada sebuah syarikat pemaju swasta.
 
Mereka terkejut apabila mendapat tahu tapak berkenaan akan dibangunkan sebagai hotel dan hospital swasta sedangkan tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk projek fasa kedua rumah kos rendah sebanyak 272 unit selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu. - Bernama
Perkasa: Tindakan desak tukar Jalur Gemilang hina negara
ROSILAWATI ROSEDI & NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN
2 September 2012
KUANTAN -Tindakan sekumpulan individu yang mahukan Jalur Gemilang ditukar kepada bendera baru yang digelar “Sang Saka Malaya’ menunjukkan mereka tidak memahami sejarah selain tidak berakal serta menghina negara.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pahang, Datuk Dr Abd Wahid Abd Manap berkata, tindakan kurang bijak mereka itu jelas menghina negara dan sewajarnya perlu dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan.



Menurutnya, bendera melambangkan identiti sesebuah negara dan mereka yang tidak menerima Jalur Gemilang seolah-olah tidak menerima kewujudan negara ini.

“Ia terpulang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka, namun kita berharap kumpulan ini kembali sedar dan menilai serta menghayati perjuangan orang dulu demi negara,” katanya.

Sebelum itu, sekumpulan individu terbabit membawa bendera baru dan mengedarkan risalah ketika perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, mereka yang terbabit melakukan tindakan tersebut tidak layak duduk bersama masyarakat di negara ini.

Menurutnya, ia seolah-olah tidak menghormati kerja keras pejuang dan pemimpin sebelum ini.

Dalam pada itu, Ketua MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker turut mengutuk tindakan tersebut kerana dianggap sengaja mencetuskan provokasi dan menanam sentimen memberontak dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, tindakan itu bukan saja satu perbuatan biadab dan menghina Jalur Gemilang sebagai lambang negara yang berdaulat malah boleh mengganggu gugat keharmonian negara yang dikecapi sejak sekian lama.

“Mereka sengaja menimbulkan kekacauan dan seolah-olah mempersendakan perlembagaan negara yang secara jelas menjadikan Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi negara.

“Jalur Gemilang adalah maruah negara dan tidak sewajarnya ada pihak cuba untuk menafikan hakikat itu dengan mengajak rakyat menggantikannya  dengan bendera lain atas kepentingan individu serta kelompok tertentu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Lian Ker berkata, kumpulan terbabit sengaja mengambil kesempatan atas kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk mencetuskan suasana huru hara dan perbuatan itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.


PM: Umno ditubuh atas dasar perjuangan agama, bangsa dan negara

2 September 2012
SANDAKAN - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) kira-kira 66 tahun lalu oleh pemimpin terdahulu adalah atas dasar perjuangan suci untuk membela kedaulatan agama, bangsa dan negara.
 
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata Umno tidak sama dengan parti-parti politik lain kerana asas perjuangan Umno ialah bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajahan dan membolehkan negara dan bangsa bebas menentukan masa depan sendiri tanpa kongkongan pihak luar.
 
"Umno bukan sebarangan parti, Umno bukan parti yang lahir di tepi jalan, Umno bukan parti ditubuh di tengah rusuhan rakyat, Umno adalah parti yang ditubuhkan kerana perjuangan, kerana niat yang suci, kerana jika tidak, negara ini tidak bebas, merdeka.
 
"Jadi Umno bukan sebarang parti. Umno tidak lahir kerana kerakusan hendakkan kuasa untuk mana-mana  pemimpin. Umno bukan parti yang lahir kerana orang dengki hendak sangat jawatan perdana menteri. Umno lahir atas  niat besar," katanya.
 
Sekiranya anggota Umno bersatu dan berpadu, tiada sesiapa mahupun mana-mana kuasa lain boleh menafikan perjuangan parti atas nama agama, bangsa dan negara, katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi  dan Beluran secara serentak di Dewan Serbaguna Sri Libaran di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan anggota dan pemimpin Umno supaya tidak melupakan sejarah penjajahan negara asing ke atas negara ini yang mengamalkan dasar dan pemikiran 'pecah dan perintah' kerana sebarang kelekaan cuma akan melemahkan bangsa Melayu sendiri.
 
Katanya penubuhan Umno pada awal tahun 1946 merupakan usaha penting untuk menyatupadukan bangsa Melayu yang bermula di semenanjung dan telah berjaya menyatupadukan pelbagai suku kaum Melayu pada ketika itu seperti Jawa, Boyan, Bugis dan lain-lain atas kesedaran bahawa Melayu lemah kerana berpecah-belah.
 
Menurut Najib selepas penubuhan Umno, bangsa Melayu tidak lagi melihat suku masing-masing sebagai yang paling penting atau utama sebaliknya mereka memilih bersatu serta bernaung di bawah panji Umno.
 
"Sebab itulah  Umno berjaya sebagai sebuah parti keramat sampai lah ke hari ini kerana di dalam Umno kita tidak mengagungkan kesukuan lagi...tak kira dari daerah mana, tak kira dari negeri mana, tak kira dari suku apa, asalkan dia orang Umno, kita pilih dia sebagai pemimpin," katanya.
 
Najib berkata sikap mengagungkan suku selain akan melemahkan orang Melayu dan Umno juga cuma membawa semula bangsa Melayu ke zaman dasar dan pemikiran 'pecah dan perintah' pihak penjajah sekaligus menafikan prinsip dan perjuangan asal Umno.

Perdana Menteri berkata anggota Umno tidak lagi boleh menoleh ke belakang sebaliknya mereka perlu membina nilai perjuangan asal Umno dan bukannya perjuangan atas nama struktur, logo dan lagu-lagu dan bangunan Umno yang besar semata-mata.
 
Katanya perjuangan atas prinsip dan nilai-nilai parti Umno yang akan menentukan kelangsungan parti demi perjuangannya untuk membela agama, bangsa, negara dan seterusnya membangunkan negara.
 
"Kita tanam dalam hati kita bahawa saya berkorban, sanggup berjuang atas nama agama, bangsa dan negara.  Kalau ada mana pemimpin yang berjuang kerana 'saya nak isi perut saya, saya nak isi poket saya, berjuang untuk  jawatan', kalau ada pemipin seperti ini, sila tinggalkan Umno. Kita akan lebih kuat tanpanya.
 
"Kita tak perlu resah kerana dalam sejarah perjuangan Umno, pemimpin boleh pergi dan datang. Tak ada mana-mana pemimpin Umno (sebelum ini) yang telah menunjukkan dia lebih besar daripada parti...yang kuat ialah parti, Najib tidak kuat, Musa (Aman) tidak kuat, lain-lain pemimpin tidak kuat, yang kuat ialah Umno dan Barisan Nasional yang ada di belakang kita," katanya. - Bernama
Anwar optimis PR menang PRU13 'dengan perjuangan telus'
MURNI ABD RASHID
2 September 2012
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
TANAH MERAH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis Pakatan Rakyat (PR) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bersandarkan cara perjuangan yang telus bukan dengan melontarkan fitnah serta mengaibkan orang lain seperti dilakukan segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ketua Pembangkang berkata, isu fitnah semakin berleluasa, namun dengan perjuangan atas dasar Islam, beliau yakin menang kerana mahu bela nasib semua kaum, lebih baik daripada yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.

Menurutnya, dahulu ketika cadangan batalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima tentangan.

“Pemuda Umno kata akan ‘serang’ habis-habisan dengan masuk ke setiap kampung dan melontarkan fitnah bahawa saya pengkhianat dan pembohong kerana mengajar rakyat jangan bayar hutang.

“Saya hendak tolong rakyat miskin, tetapi mereka angkuh dan sombong dengan lontarkan tuduhan sedemikian.

"Pemimpin yang baik bukan bersandarkan berapa tinggi bangunan mereka bina sebaliknya berapa banyak hak rakyat diperjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Merdeka Rakyat di hadapan ribuan penyokongnya di padang Majlis Daerah Tanah Merah (MTDM).

Turut hadir, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ghani; Pengerusi PKR Negeri, Abduk Aziz Kadir; Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan tokoh pimpinan setempat.

Anwar berkata, seorang pemimpin perlu tegas jangan hanya berani bercakap di belakang dan sebar fitnah bila masuk ke kampung-kampung, bila tiba hak rakyat dibincangkan banyak berdolak-dalik.

Tambahnya, jika PR menang pada PRU13 akan datang, harga minyak dan tarif elektrik seluruh negara akan diturunkan.

“Siapa yang miskinkan rakyat, bukan kaum Cina atau India yang halang, tetapi Umno contohnya di negeri ini. Insya-Allah jika PR menang kita batalkan jawatankuasa khas untuk dapatkan royalti.

“Semua itu hanya buang masa, kita serahkan serta merta hak rakyat negeri, ini bukan janji kosong,” katanya.

Sehubungan itu, program jelajah Merdeka Rakyat merupakan sambungan dari 20 siri ceramah sebelum ini akan jadi medan untuk PR memberi penjelasan agar rakyat tidak terus diperdayakan berkaitan isu-isu penting dalam negara.

Tiada ulasan: