Isu jemputan cuba gugat hubungan MB-Sultan S'gor
Faekah Husin, | 02 Sep 2012 |
Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan di mainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos samada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam Kemerdekaan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohamad Khusrin Munawi adalah Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55 dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.
Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.
Justeru, kerajaan negeri yakin sepenuhnya dengan pengalaman YB Dato Setiausaha dan seluruh Jawatankuasa Program yang terdiri dari pegawai kerajaan dalam mengendalikan acara sambutan yang melibatkan protokol dan tetamu jemputan.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, program sambutan pada malam kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran DYMM Sultan Selangor.
Sekiranya acara ini melibatkan DYMM Sultan mana mungkin Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan terlepas pandang akan perkara ini.
Tambahan pula, sekiranya DYMM Sultan Selangor berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri acara ini adalah menjadi tanggung jawab Setiausaha Sulit baginda, Dato Munir Bani untuk memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
Saya berpendapat, kekeliruan timbul apabila Dato Munir tidak memberikan maklumat yang sewajarnya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menteri Besar amat kecewa apabila ada pegawai yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mewujudkan suasana tegang serta menggugat hubungan baik beliau dengan DYMM Sultan Selangor.
Kerajaan Negeri pada masa yang sama telah menghantar jemputan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Adun Pembangkang dari Barisan Nasional tetapi tiada seorang pun mereka ini menghadirinya.
Ini membuktikan mereka ini tidak mempunyai semangat kemerdekaan mengamalkan politik jumud dan sempit.
Bagi menutup kelemahan sendiri maka mereka memperbesar-besarkan isu yang tiada.
*Penulis adalah Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor.
Manifesto Perak garap pengalaman 11 bulan memerintah
Muhammad Faizal, | 02 Sep 2012 |
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, sokongan rakyat negeri itu terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini.
Malah katanya, rata-rata rakyat yang ditemui menyatakan rasa tidak sabar mereka untuk mengundi demi mengembalikan semula pentadbiran kerajaan Perak kepada Pakatan Rakyat.
"Sokongan pengundi bukan Melayu nampaknya memihak kepada kita dan sekarang ini kita memberikan tumpuan yang khusus kepada pengundi Melayu dan juga mereka yang berada di atas pagar.
"Namun undi Melayu hanya melibatkan di kawasan pedalaman sahaja, manakala di kawasan lain mereka telah menunjukkan perubahan ketara," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, Pakatan Rakyat Perak akan memperkasakan manifesto 2008 dengan menerapkan pengalaman selama 11 bulan memerintah negeri itu sebelum ini.
"Kita mencari dasar khusus untuk kebaikan rakyat negeri ini.
"Setelah semua perkara diambil kira, satu manifesto khusus dapat kita hidangkan kepada seluruh rakyat dan pasti ia yang terbaik," sambungnya lagi.
Dalam pada itu beliau juga turut meletakkan keyakinan terhadap kemenangan Pakatan Rakyat di negeri itu memandangkan calon-calon yang diketengahkan kali ini 80 peratus adalah golongan muda.
"Kedudukan kerusi adalah status quo dan untuk kali ini kita tampilkan muka-muka baru serta dari golongan muda.
"Mengenai kedudukan kerusi dan calon kita telah hampir keperingkat kesempurnaan termasuk juga rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.
Beliau pasti pilihanraya kali ini menjanjikan satu peluang terbaik kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil balik Perak kerana pengalaman yang dialami sebelum ini telah diperbaiki sepenuhnya.
Budaya samseng menular menjelang PRU-13
M Faqih & Yaakub Dasan, | 02 Sep 2012 |
KUALA KRAI: Rakyat Kelantan malu tindakan pihak
tertentu mempamerkan aksi samseng sehingga menyebabkan bas Program
Merdeka Rakyat dipecahkan cermin dan disimbah cat merah.
Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di Kelantan, di mana sebelum ini kereta dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim ditendang di Jalan Sultan Ibrahim ketika mahu menghadiri program ceramah di Padang Perdana.
Dan awal pagi semalam pula bas rombongan Program Merdeka Rakyat yang di parkir berhampiran Pasar Besar Siti Khatijah pula menjadi mangsa pihak terbabit.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, di belakang insiden itu pastinya musuh politik kepada Pakatan Rakyat.
“Insiden itu dianggap biadap dan memalukan orang Kelantan. Ia jelas menyalahi budaya orang Kelantan yang terkenal dengan kemesraan dan menyambut tetamu dengan penuh hormat.
“Tindakan pihak terbabit jauh sekali dengan budaya Islam. Pemuda PAS amat kesal terhadap apa yang berlaku,” katanya di sini.
Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, sekiranya tidak berpuas hati mereka perlu berdepan dengan hujah.
Menurutnya juga mungkin ada kebenaran pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang lebih baik menyokong parti syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.
“Pemuda bimbang budaya samseng inilah yang akan terbawa-bawa sehingga PRU ke-13. Jika BN kalah mereka akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun,” katanya.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berharap pihak berkuasa menyiasat dengan telus isu tersebut kerana ia sudah dua kali berlaku di Kelantan membabitkan Anwar.
Di Gerik, Perak semalam kelihatan dua sepanduk yang dipasang di laluan Gerik-Jeli bagi mencemuhkan Ketua Pembangkang.
Laluan tersebut dilalui rombongan Anwar untuk ke Kedah dan Perak dalam misi jelajah Merdeka Rakyat selepas menghadiri program di Kelantan.
Himpunan Hijau
Sementara itu dalam perkembangan lain PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini iaitu Himpunan Hijau Ke Putrajaya dan Jamuan Aidilfitri.
Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang (MDM) dan padang MDM.
Katanya, program Himpunan Hijau akan menampilkan pidato oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Ibrahim Tuan Man.
“Pada hari tersebut juga diadakan program Anak Muda Kelantan Ekspresi Hijau melibatkan program ceramah, motivasi anak muda dan persembahan hiburan.
“Pada sebelah pagi pula program khas muslimat akan diadakan di dewan MDM,” ujarnya.
Manakala di RANTAU PANJANG 4 September ini, bekas anggota Parlimen Batu Berendam, Datuk Tamrin Ghafar akan menyampaikan ceramah merdeka di Pusat Tarbiah Rantau Panjang.
Selain itu turut ditampilkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub dan bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafii.
Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, ceramah tersebut diadakan sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55
Di KOTA BHARU pula diadakan solat hajat dan ceramah perdana yang akan menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.
Program tersebut akan diadakan 3 September (esok) di Padang Perdana bermula jam 8 malam.
Di MACHANG ceramah perdana sempena merdeka akan menampilkan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Program ceramah tersebut akan diadakan pada 4 September di Pasti Paloh Rawa, Dun Temangan.

Polis 'buru' individu mahu tukar bendera
Polis
menggesa individu ya ng terlibat membawa bendera alternatif "Sang Saka
Malaya" dan pihak yang dalam perhimpunan "Janji Demokrasi" pada malam
merdeka tampil membantu siasatan.
Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, ketua polis negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.
Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar perdana menteri dan isteri turut tampil.
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan.
Semalam seorang pemblog pro-Umno telah menyalahkan perbuatan tersebut kepada penganjur Janji Demokrasi dengan menuduh bahawa mereka turut mahu menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.
Menjawab dakwaan itu, juga di blog, penulis yang memperkenalkan diri sebagai "Serigala Selatan" semalam mengaku bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya tetapi tidak berniat menggantikan dengan Jalur Gemilang.
Katanya, beliau membawa bendera itu sebagai mahu memperingatkan orang ramai tentang sumbangan tokoh sejarah ke arah kemerdekaan.
2 September 2012
SHAH ALAM - PKR menegaskan insiden bas parti itu, yang digunakan dalam
kempen Jelajah Merdeka Rakyat, disimbah cat merah dan dipecahkan cermin
depan di Kota Bharu awal pagi semalam, bukan satu rekaan untuk mengalih
fokus isu kontroversi semasa.
Pengarah Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusuf berkata, pihaknya menafikan dakwaan bahawa insiden tersebut rekaan untuk menutup isu Himpunan Janji Demokrasi malam Khamis lalu, dicemari dengan tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan membawa bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang.
Menurutnya, semua pihak tidak wajar mengeluarkan komen atau kenyataan tidak berasas kerana insiden itu melibatkan isu keselamatan.
“Insiden bas PKR (diserang), yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah isu serius, namun PKR sudah lali dengan provokasi dan sabotaj sebegini.
“Ketika kejadian, saya sendiri melihat keadaan bas berkenaan semasa konvoi ini tiba dari Pulau Pinang sebentar tadi," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, insiden terbaru ini tidak akan mematahkan semangat konvoi Jelajah Merdeka Rakyat untuk menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia menemui rakyat.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya telah membuat laporan polis mengenai serangan bas parti itu yang diserang.
Menurutnya, insiden ini tidak wajar dikaitkan dengan program Himpunan Janji Demokrasi kerana Pakatan Rakyat (PR) bukan pihak penganjur.
“Mereka seharusnya mengkritik kami jika ada isu dan bukannya menggunakan politik sebagai serangan murahan," katanya.
2 September 2012
KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini
menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara
pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai
amat memalu dan mendukacitakan.
Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang mengamalkan tata susila yang tinggi sejak sekian lama.
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.
"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).
"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita pada jamuan Aidilfitri Sinar Harian di Pengkalan Chepa, di sini.
Beliau mengulas tindakan biadab sebilangan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam sambutan itu di Dataran Merdeka.
Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.
Menurut laporan, parti pembangkang akan menggantikan Jalur Gemilang jika mereka berkuasa.
Nik Aziz berkata bukan perkara mudah untuk menukar bendera sesebuah negara kerana melibatkan pelbagai prosedur sebelum boleh ditukar.
"Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera...bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya," kata beliau. -Bernama
2 September 2012
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
tetamu kehormat dan memberikan ucapan pada sambutan Hari Kemerdekaan
ke-55 peringkat negeri, Khamis lalu, kata Setiausaha Sulit baginda,
Datuk Mohamad Munir Bani.
Beliau berkata, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku memandangkan program tersebut adalah program rasmi Kerajaan Negeri.
“Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik, mengapa dalam program sedemikian, Anwar, yang tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri menjadi tetamu kehormat. Ketua Umum PKR itu juga tidak memegang sebarang portfolio rasmi, kecuali sebagai Penasihat Ekonomi Negeri yang dilantik.
“Kebiasaannya, kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi Kerajaan Negeri, Menteri Besar ganti tempat baginda untuk beri ucapan dan sebagainya. Tetapi, mengapa Anwar dijemput dan berucap kali ini, sedang ini program rasmi, bukan program politik?” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohamad Munir, pada Khamis lalu, dilaporkan memberitahu, Sultan Selangor tidak dimaklum untuk mencemar duli turut merayakan sambutan kemerdekaan peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini.
Tuanku hanya dijemput berangkat ke majlis tahlil dan bacaan Yasin yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kelmarin.
Menurutnya, sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri perlu memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin selaku ketua negeri sebarang program atau majlis rasmi seperti kebiasaannya.
Mohamad Munir berkata, kehadiran Anwar pada program tersebut juga dibimbangi akan menimbulkan pelbagai persepsi tidak baik dalam kalangan rakyat.
"Mungkin rakyat tertanya-tanya, mengapa program rasmi sebegitu, Sultan tidak hadir, sebalik Anwar yang menjadi tetamu kehormat dan tampil berucap di pentas," katanya.
Sementara itu, pada program berasingan di Galeri Shah Alam di sini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya berhubung isu tersebut, menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk memberi penjelasan.
Beliau berkata, sejak 2007 program merayakan ambang kemerdekaan bukan melalui Pejabat Menteri Besar tetapi melalui Pejabat SUK.
Katanya, terdapat satu jawatankuasa khas dari Pejabat SUK di mana Pejabat Menteri Besar diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan bagi menyempurnakan program tersebut.
“Saya tidak sangsi bahawa mereka buat perkara ini dengan betul dan tertib. Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang kemerdekaan ini dibuat pegawai kerajaan yang melaksanakannya sejak beberapa tahun lalu.
“Saya sudah merayakan kemerdekaan masuk kali keempat, dan semuanya dilakukan pejabat SUK. Saya tidak nampak ada perbezaan yang berlaku. Saya ingat penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK,” katanya.
Abdul Khalid berkata, penjelasan dan makluman mengenai apa juga perancangan atau program Kerajaan Negeri sentiasa dimaklumkan kepada Sultan Sharafuddin dalam pertemuan mereka pada setiap Rabu.
“Saya akan jumpa hari Rabu ini dan bercakap tentang perkara-perkara berbangkit," katanya.
2 September 2012
ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan bendera Jalur
Gemilang walaupun setelah berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim berkata, pimpinan PR tidak pernah menyuarakan pendapat mahupun berbincang untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan bendera Gabungan Janji Demokrasi.
Beliau berkata, kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur malam kelmarin dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak mendapat restu pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan perhimpunan tersebut.
“Perkara ini ditegaskan oleh wakil NGO dan pimpinan PR bahawa ia sama sekali tidak benar untuk menggantikan bendera Malaysia. Isu ini tidak seharusnya dibangkitkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahmad Kassim berkata, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut menegaskan akan mengekalkan Jalur Gemilang walaupun PR berjaya menawan Putrajaya kelak.
“Sekarang adalah masa untuk beri tumpuan menawan Putrajaya, bukan menimbulkan isu yang tidak pernah dibincangkan dan dirunding oleh pimpinan PR. Kita percaya insiden cubaan menukar bendera dilakukan oleh anak-anak muda yang terlalu terpengaruh dalam politik,” katanya.
Semalam Sinar Harian melaporkan, terdapat beberapa individu membawa ‘bendera baru’ kononnya tidak bersetuju dengan bendera Jalur Gemilang sedia ada pada perhimpunan Janji Demokrasi sempena sambutan ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, ketua polis negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.
Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar perdana menteri dan isteri turut tampil.
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan.
Semalam seorang pemblog pro-Umno telah menyalahkan perbuatan tersebut kepada penganjur Janji Demokrasi dengan menuduh bahawa mereka turut mahu menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.
Menjawab dakwaan itu, juga di blog, penulis yang memperkenalkan diri sebagai "Serigala Selatan" semalam mengaku bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya tetapi tidak berniat menggantikan dengan Jalur Gemilang.
Katanya, beliau membawa bendera itu sebagai mahu memperingatkan orang ramai tentang sumbangan tokoh sejarah ke arah kemerdekaan.
PKR: Kami tidak reka kes bas diserang
2 September 2012
Pengarah Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusuf berkata, pihaknya menafikan dakwaan bahawa insiden tersebut rekaan untuk menutup isu Himpunan Janji Demokrasi malam Khamis lalu, dicemari dengan tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan membawa bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang.
Menurutnya, semua pihak tidak wajar mengeluarkan komen atau kenyataan tidak berasas kerana insiden itu melibatkan isu keselamatan.
“Insiden bas PKR (diserang), yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah isu serius, namun PKR sudah lali dengan provokasi dan sabotaj sebegini.
“Ketika kejadian, saya sendiri melihat keadaan bas berkenaan semasa konvoi ini tiba dari Pulau Pinang sebentar tadi," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurutnya, insiden terbaru ini tidak akan mematahkan semangat konvoi Jelajah Merdeka Rakyat untuk menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia menemui rakyat.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya telah membuat laporan polis mengenai serangan bas parti itu yang diserang.
Menurutnya, insiden ini tidak wajar dikaitkan dengan program Himpunan Janji Demokrasi kerana Pakatan Rakyat (PR) bukan pihak penganjur.
“Mereka seharusnya mengkritik kami jika ada isu dan bukannya menggunakan politik sebagai serangan murahan," katanya.
Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan
2 September 2012
Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang mengamalkan tata susila yang tinggi sejak sekian lama.
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.
"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).
"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita pada jamuan Aidilfitri Sinar Harian di Pengkalan Chepa, di sini.
Beliau mengulas tindakan biadab sebilangan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam sambutan itu di Dataran Merdeka.
Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.
Menurut laporan, parti pembangkang akan menggantikan Jalur Gemilang jika mereka berkuasa.
Nik Aziz berkata bukan perkara mudah untuk menukar bendera sesebuah negara kerana melibatkan pelbagai prosedur sebelum boleh ditukar.
"Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera...bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya," kata beliau. -Bernama
Sambutan Merdeka: Istana persoal Kerajaan Negeri jemput Anwar
2 September 2012
Beliau berkata, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku memandangkan program tersebut adalah program rasmi Kerajaan Negeri.
“Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik, mengapa dalam program sedemikian, Anwar, yang tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri menjadi tetamu kehormat. Ketua Umum PKR itu juga tidak memegang sebarang portfolio rasmi, kecuali sebagai Penasihat Ekonomi Negeri yang dilantik.
“Kebiasaannya, kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi Kerajaan Negeri, Menteri Besar ganti tempat baginda untuk beri ucapan dan sebagainya. Tetapi, mengapa Anwar dijemput dan berucap kali ini, sedang ini program rasmi, bukan program politik?” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohamad Munir, pada Khamis lalu, dilaporkan memberitahu, Sultan Selangor tidak dimaklum untuk mencemar duli turut merayakan sambutan kemerdekaan peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini.
Tuanku hanya dijemput berangkat ke majlis tahlil dan bacaan Yasin yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kelmarin.
Menurutnya, sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri perlu memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin selaku ketua negeri sebarang program atau majlis rasmi seperti kebiasaannya.
Mohamad Munir berkata, kehadiran Anwar pada program tersebut juga dibimbangi akan menimbulkan pelbagai persepsi tidak baik dalam kalangan rakyat.
"Mungkin rakyat tertanya-tanya, mengapa program rasmi sebegitu, Sultan tidak hadir, sebalik Anwar yang menjadi tetamu kehormat dan tampil berucap di pentas," katanya.
Sementara itu, pada program berasingan di Galeri Shah Alam di sini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya berhubung isu tersebut, menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk memberi penjelasan.
Beliau berkata, sejak 2007 program merayakan ambang kemerdekaan bukan melalui Pejabat Menteri Besar tetapi melalui Pejabat SUK.
Katanya, terdapat satu jawatankuasa khas dari Pejabat SUK di mana Pejabat Menteri Besar diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan bagi menyempurnakan program tersebut.
“Saya tidak sangsi bahawa mereka buat perkara ini dengan betul dan tertib. Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang kemerdekaan ini dibuat pegawai kerajaan yang melaksanakannya sejak beberapa tahun lalu.
“Saya sudah merayakan kemerdekaan masuk kali keempat, dan semuanya dilakukan pejabat SUK. Saya tidak nampak ada perbezaan yang berlaku. Saya ingat penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK,” katanya.
Abdul Khalid berkata, penjelasan dan makluman mengenai apa juga perancangan atau program Kerajaan Negeri sentiasa dimaklumkan kepada Sultan Sharafuddin dalam pertemuan mereka pada setiap Rabu.
“Saya akan jumpa hari Rabu ini dan bercakap tentang perkara-perkara berbangkit," katanya.
PR akan kekalkan Jalur Gemilang
2 September 2012
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kassim berkata, pimpinan PR tidak pernah menyuarakan pendapat mahupun berbincang untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan bendera Gabungan Janji Demokrasi.
Beliau berkata, kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur malam kelmarin dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak mendapat restu pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan perhimpunan tersebut.
“Perkara ini ditegaskan oleh wakil NGO dan pimpinan PR bahawa ia sama sekali tidak benar untuk menggantikan bendera Malaysia. Isu ini tidak seharusnya dibangkitkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahmad Kassim berkata, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut menegaskan akan mengekalkan Jalur Gemilang walaupun PR berjaya menawan Putrajaya kelak.
“Sekarang adalah masa untuk beri tumpuan menawan Putrajaya, bukan menimbulkan isu yang tidak pernah dibincangkan dan dirunding oleh pimpinan PR. Kita percaya insiden cubaan menukar bendera dilakukan oleh anak-anak muda yang terlalu terpengaruh dalam politik,” katanya.
Semalam Sinar Harian melaporkan, terdapat beberapa individu membawa ‘bendera baru’ kononnya tidak bersetuju dengan bendera Jalur Gemilang sedia ada pada perhimpunan Janji Demokrasi sempena sambutan ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka baru-baru ini.
PKR mahu samseng dihukum
2 September 2012
Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, beliau tidak mahu membuat spekulasi terhadap pihak yang mendalangi kejadian itu tetapi menyifatkannya sebagai ugutan yang tidak akan memberi kesan kepada pihaknya untuk melaksanakan agenda parti demi kepentingan rakyat.
“Saya menggesa Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) supaya menyiasat dan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya samseng yang ternyata salah dan tidak bertanggungjawab, sekali gus menegah budaya samseng ini daripada terus berlaku.
“Perkara ini bukan kali pertama. Kita telah melihat kejadian demi kejadian yang berlaku kepada (Ketua Umum) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan kanan PKR serta Pakatan Rakyat (PR). Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan PKR dirosakkan. Kami mengutuk keras budaya ini yang mencemarkan arena politik negara,” katanya pada sidang media di pejabat PKR, semalam.
Katanya, kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan PR.
Terdahulu, Azmin berkata, petugas Keadilan Event Specialist yang tidur dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat pada jam 4.20 pagi, semalam.
Bas Jelajah Merdeka milik parti itu telah disimbah cat merah di sisi depan bas bahagian pemandu dan cermin bahagian hadapan bas di sebelah
pemandu juga telah dipecahkan.
Katanya, melalui tinjauan awal petugas PKR mendapati beberapa ketul batu bata telah dilontarkan ke bahagian pemandu. Malah, kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah yang sama.
“Serangan yang dibuat itu jelas menyasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah Merdeka Rakyat (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan Anwar supaya memaklumkan pergerakan sepanjang penjelajahan itu kepada polis setempat.
Beliau berkata, hal ini adalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada Anwar bersama rombongan sepanjang siri jelajah tersebut diadakan ke seluruh negara.
Menurutnya, langkah tersebut penting supaya polis tidak dipersalahkan sekiranya terjadi sebarang kemungkinan semasa berjalannya program anjuran PKR itu.
“Bagaimanapun, ini bukanlah satu layanan istimewa kepada beliau, tetapi sekurang-kurangnya menjaga keselamatan ketika siri jelajah tersebut.
“Apa salahnya dia memaklumkan lebih awal mengenai perjalanan mereka kepada polis supaya kita boleh pastikan perjalanan mereka selamat,” katanya.
Hishammuddin menegaskan, sekiranya selepas sesuatu perkara tidak diingini berlaku ia sangat mudah untuk melaporkan kejadian tersebut kepada polis.
Namun, sekiranya selepas kejadian dan polis tidak dapat mencari individu yang melakukan perkara tersebut, pihak berkuasa akan dipersalahkan.
Ahmad Bashah: Umno Kedah sokong lantik Timbalan MB
2 September 2012
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun dalam perlembagaan negeri tidak wujud jawatan tersebut, kerajaan negeri perlu membuat pindaan terhadap perlembagaan tersebut.
"Umno Kedah akan menyokong dan bersetuju sekiranya kerajaan negeri mahu mewujudkan jawatan tersebut demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit di sini hari ini.
Beliau berkata semua itu bergantung kepada Azizan sama ada mempersetujui cadangan tersebut atau sebaliknya memandangkan keadaan kesihatannya yang kini tidak menentu.
Ahmad Bashah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata jika Azizan merasakan dirinya mampu untuk mentadbir, Umno tidak akan meminta beliau berbuat demikian.
Difahamkan satu mesyuarat exco kerajaan negeri akan diadakan Rabu ini di sebuah hospital swasta iaitu tempat Azizan dirawat. Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Azizan sendiri.
Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat exco ialah 5 Ogos lepas sebelum beliau mendapat rawatan di hospital swasta itu pada 14 Ogos.
Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Setar hari ini dihadiri 510 perwakilan dari 98 cawangan. - Bernama
Umno: Pas manipulasi pepatah ‘malaikat-syaitan’ Dr M
30 Ogos 2012
Katanya, kedangkalan Pas dalam berpolitik amat terserlah kerana beliau pasti parti tersebut memahami pepatah Inggeris "better the devil you know than the angle you don't".
"Tetapi ia sengaja dimanipulasikan untuk mengelirukan fikiran masyarakat.
"Ini kerana maksud sebenar pepatah tersebut adalah lebih baik berurusan dengan orang yang dikenali daripada bersekongkol dengan pihak yang tidak dikenali, yang kemungkinannya akan membawa padah dan menghancurkan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Katanya, "barangkali juga Pas semakin ketandusan isu sehinggakan pepatah Inggeris yang digunakan bekas Perdana Menteri itu turut dimanipulasi sebagai bahan propaganda untuk memburukkan kepimpinan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN)."
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, beliau merasa kesal dan amat terkilan dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas kerana telah menyalah tafsir tulisan Dr Mahathir berkaitan "better the devil you know than the angle you don't".
"Tulisan Tun Dr Mahathir bukanlah memberi pengertian secara khusus sebagaimana terjemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, namun ia adalah satu sindiran terhadap perilaku masyarakat agar dapat membezakan antara dua kepimpinan dalam BN dan pakatan pembangkang.
"Tambahan pula rekod BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab telah terbukti dan rakyat merasaia kesejahteraan dan keamanan di bawah pentadbirannya," kata beliau lagi.
Shafie: Pembangkang perintah setelah asas dan landasan dibina BN
30 Ogos 2012
Beliau berkata sikap pembangkang mencipta tema Hari Kemerdekaan lain daripada yang ditetapkan kerajaan persekutuan jelas menunjukkan bahawa mereka lebih mementingkan agenda politik sendiri daripada memikirkan perpaduan dan kemakmuran umum.
Katanya, walaupun pembangkang mempunyai pendirian dan ideologi politik berlainan, namun mereka tidak seharusnya menafikan pembangunan dan kemajuan yang dilakukan kerajaan BN sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
"Apa yang dibuat pembangkang cuma nak menabur janji dan memburukkan dan tidak langsung mahu mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.
"Lim Guan Eng mungkin tidak boleh memerintah Pulau Pinang sebagai sebuah negeri kalau landasannya tidak kuat atau tidak kukuh," kata Shafie kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penghayatan Hari Kemerdekaan Warga KKLW, di sini hari ini.
Shafie berkata tradisi pentadbiran kerajaan yang melaksanakan segala agenda pembangunan negara dengan sokongan rakyat akan diteruskan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Najib yang mengutamakan kepentingan rakyat, sudah pasti akan terus melaksanakan lebih banyak program dan transformasi bagi memastikan Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 dengan rakyatnya memperoleh kejayaan dan keamanan.
"Saya penuh yakin Perdana Menteri mampu melaksanakan kesejahteraan untuk rakyat dan negara kita. Kita sedar dan tahu bahawa sepanjang 55 tahun, banyak yang dilakukan, kampung sudah menjadi bandar dan orang kampung hidup selesa.
"Apa yang pembangkang mampu lakukan hanya berjanji, walaupun mereka yang memerintah beberapa negeri, tak mampu tunaikan segala janji yang ditaburkan pada pilihan raya 2008," katanya.
Shafie berharap Najib terus memberi fokus bagi melengkapkan pembanguan dan kemajuan luar bandar dalam Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada bulan depan.
"Saya berharap kita akan dapat menjayakan agenda transformasi luar bandar bukan sekatat nak pastikan prasarana luar bandar dapat kita lengkapkan tetapi juga pembangunan insaniah manusia," katanya. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan